The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1273-24-amy, 2021-11-08 09:53:29

Amy Natasha anak Suluping TUGASAN 2 GKEB1072

TUGASAN 2 GKEB1072

kemahiran
membaca dan
membuat nota

GKEB1072 KEMAHIRAN BELAJAR

Kandungan

Perkara Muka Surat

Penghargaan 2
1.0 Pengenalan 3
2.0 Kepentingan 4
3.0 Justifikasi 5
4.0 Alat Kemahiran Berfikir 6
5.0 Penutup 7
Rujukan 8

1

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua pihak yang telah membantu
saya dalam melaksanakan tugasan ini baik
secara langsung mahupun tidak langsung.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada
pensyarah Kemahiran Belajar GKEB1072 iaitu
Encik Hj Bustam Bin Daman atas segala
bimbingan sepanjang proses menyiapkan
tugasan ini. Tidak ketinggalan juga kepada
rakan-rakan sekelas yang turut sama-sama
berbincang dan menyumbangkan idea dalam
melengkapkan tugasan ini. Akhir sekali, saya
juga mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan terima kasih kepada ibu saya
serta ahli keluarga saya yang lain kerana
memberi dorongan kepada saya untuk
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.




2

1.0 Pengenalan

Kemahiran membaca dan membuat nota
merupakan salah satu kemahiran yang
seharusnya dikuasai oleh semua murid untuk
memudahkan pembelajaran. Saniah Sayuti
(2000) menyatakan bahawa kemahiran
membaca biasanya terbahagi kepada dua
bahagian yang utama iaitu membaca secara
pantas dan membaca secara kritis. Menurut
Jabar Ibrahim (1992), Teknik pengambilan
nota boleh atau perlu dipelajari. Oleh yang
demikian, kedua-dua kemahiran ini iaitu
kemahiran membaca dan kemahiran
membuat nota ini perlulah seiring supaya
pembelajaran menjadi lebih berkesan.
Nurahimah Mohd Yusoff (2015) menyatakan
bahawa kejayaan dan keberkesanan
pembelajaran tidak hanya bergantung kepada
kekuatan individu menghafal atau mengingati
fakta sebaliknya memerlukan kemahiran
individu mengguna serta memanipulasi
kemahiran belajar yang ada.

3

2.0 Kepentingan

Kemahiran membaca dan membuat nota ini
penting kerana pembacaan dan penulisan nota
yang betul akan memudahkan pembelajaran.
Menurut Mohammad Shatar Sabran (2005),
mencatat nota adalah suatu seni. Nota
merupakan ringkasan isi-isi penting kandungan
pembelajaran yang telah kita pelajari dan
bertujuan untuk kegunaan semasa membuat
ulang kaji. Kedua-dua kemahiran ini saling
berkait rapat kerana ia akan memudahkan kita
semasa membuat rujukan tentang sesuatu topik
pembelajaran. Selain itu, kedua-dua kemahiran
ini juga adalah penting kerana ia membantu
dalam meningkatkan kefahaman seseorang
terhadap pembelajaran tersebut. Mohd Najib
Abdul Aziz (2008) dalam jurnal Pendidik dan
Pendidikan menyatakan bahawa mencatat nota
merupakan elemen penting yang dapat
membantu pelajar belajar dengan lebih baik dan
memperoleh maklumat yang berguna ketika
pembelajaran.

4

3.0 Justifikasi

Untuk tujuan penghasilan produk alat
kemahiran berfikir ini, saya telah memilih alat
kemahiran berfikir peta minda jenis cabang. Alat
kemahiran berfikir ini diasaskan oleh Tony
Buzan pada tahun 1984. Pada pendapat saya,
alat kemahiran berfikir jenis ini lebih mudah
digunakan semasa membuat nota kerana ia
boleh menghubungkaitkan tajuk-tajuk kecil
dalam sesuatu subtopik dengan huraian beserta
contohnya sekali gus. Peta minda jenis cabang
ini juga mudah untuk dibaca kerana wujud
penggunaan anak panah dan juga pelbagai
bentuk grafik seperti bentuk bujur, segi empat
dan sebagainya. Selain itu, peta minda jenis ini
juga kelihatan lebih menarik apabila wujud
warna-warna yang digunakan untuk
membezakan tajuk besar, tajuk kecil dan juga
huraian. Alat kemahiran berfikir jenis ini juga
dapat meningkatkan daya ingatan ketika
membuat ulang kaji kerana ia mengandungi isi-
isi penting yang telah diringkaskan.

5

4.0 Alat Kemahiran Berfikir

6

5.0 Penutup

Kesimpulannya, kemahiran membaca dan
membuat nota ini amat penting dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dan terbukti
membantu dalam meningkatkan keberkesanan
dalam pembelajaran. Oleh itu, ia penting untuk
diaplikasikan dalam pembelajaran. Kemahiran
membaca tergolong dalam kemahiran bahasa.
Kemahiran membuat nota juga memerlukan
penguasaan kemahiran menulis yang juga
merupakan salah satu kemahiran bahasa. Hal
ini menunjukkan bahawa kesinambungan antara
kemahiran-kemahiran bahasa ini amat penting.
Oleh yang demikian, ia perlu dikuasai dengan
baik.




7

Rujukan

Ibrahim, J. (1992). Lulus Peperiksaan. Kuala
Lumpur: Syarikat S. Abdul Majeed.



Jurnal Pendidik dan Pendidikan. (2008).
Kemahiran belajar dan hubungannya dengan

pencapaian akademik, 6.



Sabran, S. (2005). Rahsia kecemerlangan
akademik. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors Sdn.Bhd.



Sayuti, S. (2000). Psikologi Pendidikan. Skudai:
Universiti Teknologi Mara.



Yusoff, N. M. (2015). Kemahiran belajar dalam

kalangan p
elajar , 1.




8


Click to View FlipBook Version