Tugasan 3
BMMB1134
Keterampilan Berbahasa
NAMA : AMY NATASHA ANAK SULUPING
NO. KAD PENGENALAN : 030717-13-0118
ANGKA GILIRAN : 2021072310006
NO. MATRIK : P21074346
KUMPULAN/UNIT : BM SK 1
1.0 Pengenalan
Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) menyatakan
bahawa keterampilan bermaksud kecekapan atau
kemampuan yang tinggi. Bahasa pula ditakrifkan sebagai
bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat
dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia (Asmah
Haji Omar, 1983). Dalam komunikasi, kecekapan ataupun
keterampilan semasa menyampaikan sesuatu merupakan
aspek yang amat penting dan sememangnya wajar untuk
diambilkira.
Menurut Marselino Sadede et al. (2019), komunikasi tentunya
telah menjadi bahagian dalam kehidupan seharian manusia
dan tidak ada manusia di dunia ini yang tidak terlepas dari
komunikasi, baik secara langsung mahupun tidak langsung,
atau secara verbal mahupun non-verbal. Peribadi seseorang
itu dapat dinilai menerusi cara individu tersebut
berkomunikasi dengan orang lain mahupun melalui
komunikasinya di hadapan khalayak ramai. Namun begitu,
wujud beberapa halangan yang menyebabkan sesuatu
komunikasi itu tidak efisien. Hal ini kerana halangan tersebut
boleh wujud dari pelbagai sudut misalnya dari segi emosi,
pengalaman masa lampau, kurang persediaan dan
sebagainya.
2.0 Halangan Komunikasi
dalam Keterampilan Bahasa
Halangan-halangan komunikasi ini
mengakibatkan individu tersebut gagal untuk
menyampaikan komunikasi yang berkesan. Hal
ini kerana komunikasi yang berkesan
merupakan komunikasi yang disampaikan
mengikut cara yang betul dan penyampainya
juga hendaklah mampu untuk mengatasi
halangan-halangan komunikasi dalam
keterampilan berbahasa.
2.1 Komunikasi Sehala
Komunikasi sehala merupakan komunikasi yang
tidak melibatkan maklum balas daripada pendengar
kepada penyampai. Hal ini bermaksud komunikasi
tersebut hanya melibatkan penyampai sahaja.
Komunikasi sehala ini tergolong dalam halangan
komunikasi kerana sesuatu komunikasi yang lengkap
adalah komunikasi yang menggunakan komunikasi dua
hala. Komunikasi dua hala bermaksud komunikasi yang
melibatkan maklum balas dari pihak pendengar
terhadap mesej yang disampaikan oleh penyampai.
Dengan kata lain, ia memerlukan interaksi antara
penyampai dengan penerima.
Bagi memastikan berlakunya interaksi antara
penyampai dengan penerima, penyampai hendaklah
menggunakan bahasa yang difahami oleh penerima
ataupun pendengar agar penerima boleh turut serta
dalam komunikasi tersebut dan komunikasi tersebut
berkesan. Menurut Amir Aris & Ahmad Rozelan Yunus
(2016), komunikasiyang berkesan mempunyaiempat ciri
iaitu kefahaman, keseronokan,menjaga kepercayaan
sasarandan adanya tindakan yang menyusuli.
2.2 Penyampaian Menerusi Saluran Kedua
Penyampaian mesej atau info melalaui saluran kedua
ini menjadi halangan komunikasi kerana pihak yang
menjadi saluran kedua untuk menyampaikan maklumat
tersebut berkemungkinan boleh tersilap tafsir mesej
sebenar yang ingin disampaikan oleh penyampai. Kesilapan
yang dilakukan oleh pihak yang menjadi saluran kedua ini
akan menyebabkan maklumat tersebut tidak sampai kepada
penerima. Keadaan ini akan menyebabkan penerima juga
mendapat maklumat atau info yang salah.
Selain itu, penggunaan saluran penyampaian maklumat
yang banyak juga boleh menyebabkan maklumat atau info
yang diterima oleh penerima menjadi bertindih dan tidak
sahih. Halangan ini akan menyebabkan timbulnya
kecelaruan maklumat dalam kalangan penerima
2.3 Gangguan Emosi
Gangguan emosi dalam kalangan penyampai semasa
komunikasi ini melibatkan rasa panik dan terlalu
gementar. Kedua-dua gangguan emosi ini boleh
menyebabkan penyampai gagal untuk menunjukkan
keterampilan bahasa yang baik terutamanya ketika
berkomunikasi di hadapan khalayak ramai. Penyampai
yang menghadapi gangguan emosi ini berkemungkinan
akan berpeluh akibat rasa gemuruh yang sukar untuk
dikawal. Keadaan ini biasanya berlaku ketika seseorang
itu melakukan pengucapan awam. Selain itu, gangguan
emosi ini juga boleh berlaku apabila seseorang
penyampai itu kurang membuat persediaan.
Walau bagaimanapun, setiap orang yang belum biasa
melakukan pengucapan awam sememangnya akan
berdepan dengan halangan ini. Gangguan emosi ini
juga mengakibatkan seseorang itu gagal untuk
menunjukkan keterampilan bahasa dan komunikasi
yang baik. Hal ini kerana ia juga boleh menyebabkan
seseorang penyampai itu lupa tentang isi yang hendak
mereka sampaikan sehingga mengganggu kelancaran
komunikasinya. Segala gangguan tersebut
menyebabkan segala maklumat yang ingin disampaikan
menjadi kabur (Abdul Rahman, 2009).
2.4 Gangguan Luaran
Gangguan luaran yang dimaksudkan ialah
gangguan bunyi. Gangguan bunyi ini berpunca
daripada bunyi bising yang dihasilkan oleh para
pendengar. Contohnya, para pendengar berbual
rancak semasa penyampai sedang bercakap
ataupun semasa penyampai sedang membuat
pengucapan awam. Keadaan ini sedikit sebanyak
telah menjadi halangan kepada penyampai untuk
menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap
mesej yang hendak disampaikan.
3.0 Isu Keterampilan Berbahasa
Isu-isu dalam keterampilan berbahasa
timbul apabila beberapa perkara telah menjadi
halangan dalam sesebuah komunikasi.
Antaranya termasuklah isu bahasa dan juga isu
media sosial. Menurut Mei Jayanti &
Subyantoro (20190, bahasamemiliki fungsi
pentingbagi kehidupan bermasyarakat.
3.1 Isu Bahasa
Isu bahasa ini bermaksud tahap penguasaan bahasa yang
dimiliki oleh penyampai ketika berkomunikasi dengan
penerima ataupun pendengar. Sekiranya penguasaan bahasa
seseorang penyampai itu rendah, maka keberkesanan
sesuatu komunikasi itu juga rendah. Semakin tinggi tingkat
penguasaan bahasa seseorang, semakin baik pula
penggunaan bahasa dalam berkomunikasi (Fatimah & Ratna
Dewi Kartika Sari, 2018). Hal ini kerana tahap penguasaan
bahasa seseorang individu itu semestinya akan memberi
kesan kepada cara berbahasanya ketika dia berkomunikasi.
Tahap penguasaan bahasa ini juga merangkumi penguasaan
terhadap tatabahasa, tanda baca dan sebagainya.
Hal ini kerana intonasi ketika berkomunikasi mementingkan
aspek tanda baca dan juga tatabahasa yang betul.
Keterampilan berbahasa juga dinilai daripada aspek bahasa
yang mempraktikkan penggunaan-penggunaan bahasa yang
betul. Tambahan pula, penguasaan bahasa yang baik juga
akan membantu dalam meningkatkan keyakinan diri
seseorang dalam komunikasi. Irma Wani Othman (2019)
menyatakan bahawa kemahiran penggunaan bahasa
merupakan salah satu elemen yang seringkali dikaitkan
dengan keyakinan diri yang menentukan kejayaan ekspatriat
dalam menyesuaikan diri dalam persekitaran baru.
3.2 Isu Media Sosial
Media sosial banyak mempengaruhi keterampilan
berbahasa seseorang. Hal ini dikatakan sedemikian
kerana kebanyakan bahasa yang digunakan di media
sosial merupakan bahasa yang kurang sopan dan tidak
menepati aspek-aspek bahasa yang betul. Dalam hal
ini, ia bukan sahaja melibatkan keterampilan berbahasa
malah turut berkait rapat dengan kesantunan
berbahasa. Pada masa kini, media sosial merupakan
pengaruh yang terbesar dalam kehidupan seharian kita.
Hal ini kerana komunikasi pada hari ini juga turut
berlaku menerusi media sosial.
Menurut Tuty Mutiah et al. (2019), kemajuan teknologi yang
menyebabkan memudarnya kebudayaan timur dan
lunturnya norma-norma kesantunan dalam segala hal,
sehingga memberikan pengaruh buruk bagi masyarakat,
khususnya kamu pelajar. Isu ini telah memberi kesan
kepada komunikasi harian yang berlaku secara bersemuka
kerana bahasa-bahasa yang digunakan di media sosial turut
mempengaruhi bahasa yang digunakan dalam komunikasi
harian yang berlaku secara bersemuka. Menurut Reni
Supriani & Ida Rahmadani Siregar (2012), kesalahan-
kesalahan berbahasa ini menyebabkan gangguan terhadap
peristiwa komunikasi, kecuali dalam hal pemakaian bahasa
secara khusus seperti dalam lawak, jenis iklan tertentu, serta
dalam puisi.
4.0 Kesimpulan
Komunikasi merupakan medium utama untuk menilai keterampilan
bahasa seseorang. Terdapat pelbagai halangan yang wujud dalam
komunikasi harian kita kerana pelbagai faktor. Hal ini telah
menyebabkan komunikasi kurang berkesan dan cara berbahasa
semasa berkomunikasi terganggu. Namun begitu, majoriti daripada
halangan-halangan tersebut dapat diatasi jika penerima ataupun
pendengar memberi kerjasama yang baik dengan penyampai.
Komunikasi yang baik dan berkesan merupakan cerminan
keterampilan berbahasa yang tinggi kerana mesej yang disampaikan
dapat difahami dengan jelas. Oleh itu, penguasaan terhadap aspek-
aspek komunikasi perlulah ditingkatkan untuk memperlihatkan
keterampilan berbahasa yang baik.
Sekian Terima Kasih