KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (SEMAKAN 2017)
PENDIDIKAN
SAINS, SOSIAL DAN
ALAM SEKITAR
(MASALAH PEMBELAJARAN)
Tahun 5
Penulis
Noorasrida binti Bahauddin
Muhd Aidil Firdaus bin Mohd Abdullah
Editor
Siti Hanim binti Yunus
Zaidah binti Ahmad Rosly
Pereka Bentuk
Sahrizam bin Mohd Radzali
Ilustrator
Hasbullah bin Abu Hashim
Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur
2020
LOGO - HALAMAN HAK CIPTA DAN PENGHARGAAN
No. Siri Buku: 0068 Penerbitan pakej buku teks ini melibatkan
kerjasama banyak pihak. Sekalung
KK 507-221-0102011-49-2865-20101 penghargaan dan terima kasih ditujukan
ISBN 978-983-49-2865-0 kepada semua pihak yang terlibat:
Cetakan Pertama 2020 • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2020 Kamera, Bahagian Sumber dan Teknologi
Pendidikan, Kementerian Pendidikan
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan Malaysia (KPM).
dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan
semula, disimpan dalam cara yang boleh • Pegawai-pegawai Bahagian Sumber
dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dan Teknologi Pendidikan, dan Bahagian
dalam sebarang bentuk atau cara, baik Pembangunan Kurikulum, KPM.
dengan cara bahan elektronik, mekanik,
penggambaran semula mahupun dengan • Jawatankuasa Peningkatan Mutu,
cara perakaman tanpa kebenaran terlebih Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Panel Pembaca Luar, DBP.
Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti
atau honorarium. • Organisasi atau institusi yang telah
memberikan kerjasama dan membenarkan
Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan karya atau bahan terbitannya digunakan
Malaysia oleh: sebagai bahan pembelajaran.
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa, • Semua pihak yang terlibat secara langsung
50460 Kuala Lumpur. atau tidak langsung dalam usaha
No. Telefon: 03-21479000 (8 talian) menjayakan penerbitan buku ini.
No. Faksimile: 03-21479643
Laman Web: http://www.dbp.gov.my
Reka Letak dan Atur Huruf:
Percetakan Rina Sdn. Bhd.
Muka Taip Teks: Azim
Saiz Muka Taip Teks: 16 poin
Dicetak oleh:
Firdaus Press Sdn. Bhd.,
No. 28, Jalan PBS 14/4,
Taman Perindustrian Bukit Serdang,
Seri Kembangan,
43300 Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
KANDUNGAN iv UNIT 5 PETROLEUM 51
Kenali Petroleum 52
PENDAHULUAN 1 Kegunaan Petroleum di Sekeliling
UNIT 1 KEPERLUAN ASAS 2 Kita 53
MANUSIA 4 Kepentingan Petroleum 56
Keperluan Asas Kita Hargailah Produk Petroleum 59
Pentingnya Keperluan Asas 6 Saya Ingat 61
Aduh, Sukarnya Tanpa 8 Saya Jawab 62
Keperluan Asas! 10
Hargailah Keperluan Asas Kita 11 UNIT 6 MASYARAKAT 63
Saya Ingat MALAYSIA 64
Saya Jawab 13 Kenali Identiti Negara Kita
14 Budaya dan Amalan Masyarakat 66
UNIT 2 KEHIDUPAN HAIWAN Kita 71
Keperluan Asas Haiwan 16 Uniknya Masyarakat Malaysia
Bagaimanakah Haiwan 18 Amalan dan Budaya Masyarakat 73
Membiak? 20 Inklusif 75
Kitaran Hidup Haiwan 22 Saya Ingat 76
Hargai Haiwan di Sekeliling Kita 24 Saya Jawab
Saya Ingat 77
Saya Jawab 25 UNIT 7 KEMAHIRAN 78
26 BERURUSAN DI KAUNTER
UNIT 3 TUMBESARAN 30 Jenis Perkhidmatan Kaunter 82
TUMBUHAN 32 Kemahiran Berkomunikasi 84
Keperluan Asas Tumbuhan 34 di Kaunter 86
Lihatlah Tumbesaran Saya 35 Etika Berkomunikasi di Kaunter 89
Hargailah dan Peliharalah Saya Mari Bermain Dam Komunikasi 90
Saya Ingat 37 Saya Ingat
Saya Jawab 38 Saya Jawab
40
UNIT 4 TENAGA ELEKTRIK 42
Sumber Tenaga Elektrik 44
Fungsi Tenaga Elektrik 46
Kepentingan Tenaga Elektrik 49
Penjimatan Tenaga Elektrik 50
Litar Elektrik Lengkap
Saya Ingat
Saya Jawab
iii
PENDAHULUAN
Buku teks Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar (Masalah
Pembelajaran) Tahun 5 ditulis berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Sains, Sosial dan
Alam Sekitar (Masalah Pembelajaran) Tahun 5 yang bertujuan
untuk memenuhi kehendak Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Khas (KSSRPK) Semakan 2017 Kementerian Pendidikan
Malaysia serta menepati hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Buku ini dihasilkan agar pembelajaran yang diperoleh di bilik darjah
dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian. Selain itu, buku ini
menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid berkeperluan khas
(MBK) supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan
berupaya menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.
Kandungan buku teks ini meliputi asas pembelajaran sains,
geografi atau alam sekitar, sejarah dan kemahiran sosial. Sebagai
kesinambungan buku teks Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar
(Masalah Pembelajaran) Tahun 4, buku ini masih mengekalkan tema
yang sama, iaitu manusia, haiwan, tumbuhan, alam sekitar dan
kemahiran sosial.
Dalam buku ini, terdapat tujuh unit. Setiap unit mengandungi
halaman rangsangan, dan diikuti dengan kandungan pembelajaran,
rumusan dan soalan latihan. Di samping itu, terdapat beberapa
penyendal untuk membangkitkan rasa ingin tahu, dan meningkatkan
cara berfikir kritis dan kreatif murid. Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
turut diselitkan dalam setiap unit pembelajaran.
Akhir sekali, kandungan buku teks Pendidikan Sains, Sosial dan
Alam Sekitar (Masalah Pembelajaran) Tahun 5 ini diharapkan dapat
melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan asas sains melalui
pemerhatian, pengalaman dan penyiasatan. Seterusnya, murid
diharapkan dapat mengenali dan menghargai alam sekitar.
Pembelajaran tentang kemahiran sosial pula membolehkan
murid mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi dan
interaksi sosial yang positif demi membina jati diri sebagai
warganegara yang holistik, bersemangat patriotisme dan
memiliki nilai murni dalam kehidupan harian.
iv
Penggunaan Ikon dalam
Buku Teks
Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT).
Soalan yang berkaitan dengan
kandungan pembelajaran.
Aktiviti berbentuk eksperimen atau
penyiasatan.
Rumusan pada akhir setiap unit.
Soalan latihan pelbagai aras.
Maklumat tambahan berbentuk video, Imbas Saya
laman web atau yang berkaitan
dengan kandungan pembelajaran.
Kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21.
Informasi tambahan.
v
Pengenalan Watak
Azim Kiran
Mei Li Elsie
vi
UNIT 1 KEPERLUAN ASAS MANUSIA
Nama saya Azim. Saya berumur 11 tahun. Saya tinggal
di kampung bersama-sama dengan keluarga saya.
Segarnya
udara di sini!
Soalan
Berdasarkan gambar di atas, apakah yang
sedang dilakukan oleh keluarga Azim?
1
.narabmagtaubmemkutnuaidemitlumadapiradkifargnahabimahamemnadtaraysignem/acabmemdirumgnibmiB •uruGatoN
Keperluan Asas Kita Mari kita
mendaki Bukit
Keperluan asas ialah sesuatu Raya bersama-
yang diperlukan oleh sama dengan
manusia untuk terus hidup. Azim dan
Keperluan tersebut ialah ayahnya. Cuba
udara, air, makanan dan kawan-kawan
tempat berlindung.
kenal pasti
keperluan
asas mereka.
Azim sudah Mari kita
bersedia untuk makan di tepi
mendaki Bukit
sungai ini.
Raya? Mesti kamu
Sudah, sudah lapar.
ayah. Jom Ya, ayah. Perut
kita gerak. saya sudah
berbunyi.
MULA
2
Tempat kita Segarnya
berlindung pun udara di sini.
ada. TAMAT
Ayah, saya dahaga.
Soalan Kita berhenti
dulu, ya. Kita
Apakah keperluan asas manusia?
minum air.
3
BA :1-3
SP: 1.1.1
Pentingnya Keperluan Asas
Setiap keperluan asas mempunyai kepentingan yang tersendiri
kepada manusia. Mari kita menyanyikan lagu ini bersama-sama.
Mari kawan-kawan Imbas Saya
Mari kita belajar
Keperluan asas manusia
Ada empat perkara
Udara yang bersih
Harus kita jaga
Penting untuk bernafas
Kita hirup setiap masa
Oh air yang bersih
Penting untuk manusia
Kekalkan suhu badan
Kita minum secukupnya
Makanan berkhasiat
Perlu kita amalkan
Badan bertenaga
Itulah kepentingannya
Tempat untuk berlindung
Mestilah sentiasa bersih
Agar lebih selamat
Kehidupan kita semua.
(Ulang rangkap pertama)
Irama lagu:
Tepuk Amai-amai
4
Kepentingan keperluan asas adalah seperti yang berikut:
Keperluan Asas Kepentingan
1
Udara Bernafas.
2
Mengekalkan
Air suhu badan dan
3 menghilangkan
Makanan dahaga.
4
Memberikan tenaga
TTeemmppaat tBPerelirnlidnudnugngan dan mengekalkan
kesihatan.
Melindungi diri
daripada cuaca
panas, hujan dan
bahaya.
Informasi Tambahan BA : 4-5
70 peratus daripada kandungan tubuh SP: 1.1.2
badan manusia ialah air.
5
Aduh, Sukarnya Tanpa Keperluan Asas!
Jika keperluan asas tidak dipenuhi, kehidupan manusia akan
terjejas. Antaranya termasuklah:
1. Kekurangan udara yang bersih menyebabkan kita sukar
bernafas.
2. Kekurangan air dalam badan menyebabkan kita
menjadi lemah.
AIR
6
3. Kekurangan makanan menyebabkan badan kita menjadi
lemah dan boleh menjejaskan kesihatan.
4. Tanpa tempat berlindung, kita akan terdedah kepada
cuaca panas, hujan dan bahaya.
Bagaimanakah BA : 6-7
pencemaran udara dan SP: 1.1.3
air memberikan kesan
kepada kehidupan
harian manusia?
7
Hargailah Keperluan Asas Kita
Kita hendaklah bersyukur atas nikmat keperluan asas yang
diberikan kepada kita. Oleh itu, kita perlu mengetahui cara
untuk menjaga dan menghargai keperluan asas tersebut
dengan baiknya.
1
Saya menanam dan menjaga pokok
supaya udara lebih bersih dan segar.
2
Cintailah
Sungai Kita
Saya membuang sampah ke dalam
tong sampah agar sungai bersih dan jernih.
8
3
Saya makan mengikut keperluan
supaya tidak membazir.
4
Saya membersihkan rumah dan
persekitarannya supaya selamat didiami.
Sebagai seorang anak, jelaskan cara yang boleh BA : 8-10
kamu lakukan untuk memastikan rumah kamu SP: 1.1.4
dalam keadaan yang bersih dan selamat.
9
Saya Ingat
1. Keperluan asas manusia ialah udara, air, makanan dan
tempat berlindung.
2. Kepentingan keperluan asas manusia ialah:
Keperluan Asas Manusia Kepentingan
(a) Udara
(b) Air Bernafas.
(c) Makanan Mengekalkan suhu badan dan
menghilangkan dahaga.
(d) Tempat Berlindung
Memberikan tenaga dan
mengekalkan kesihatan.
Melindungi diri daripada cuaca
panas, hujan dan bahaya.
3. Kekurangan Kekurangan air
udara yang bersih dalam badan
menyebabkan kita Kesan menyebabkan kita
sukar untuk bernafas. Ketiadaan menjadi lemah.
Keperluan
Asas
Kekurangan makanan Manusia Tanpa tempat berlindung,
menyebabkan badan kita kita akan terdedah
menjadi lemah dan boleh kepada cuaca panas,
menjejaskan kesihatan. hujan dan bahaya.
4. Cara Menghargai Keperluan Asas Manusia
Menanam Membuang Makan Membersihkan
dan menjaga sampah ke dalam mengikut rumah dan
pokok supaya tong sampah agar keperluan
udara lebih sungai bersih dan supaya tidak persekitarannya
membazir. supaya selamat
bersih dan jernih.
segar. didiami.
10
Saya Jawab
Jawab semua soalan dalam buku latihan.
1. Nyatakan keperluan asas manusia dalam gambar
di bawah.
ab
cd
11
2. Nyatakan kepentingan keperluan asas di bawah.
Keperluan Asas Kepentingan
(a) Udara
(b) Air
(c) Makanan
(d) Tempat Berlindung
3. Padankan jawapan yang betul. kita akan terdedah
kepada cuaca panas,
(a) hujan dan bahaya.
Kekurangan udara yang
bersih menyebabkan
(b) badan kita menjadi
Kekurangan air dalam lemah dan boleh
badan menyebabkan menjejaskan kesihatan.
(c) kita menjadi
Kekurangan makanan lemah.
menyebabkan
(d) kita sukar
Tanpa tempat bernafas.
berlindung
4. Nyatakan satu keperluan asas manusia yang kamu
tahu. Terangkan cara kamu menghargai keperluan
asas tersebut.
12
UNIT 2 KEHIDUPAN HAIWAN
Perhatikan gambar. Ceritakan.
Dahaganya!
Ibu, saya
lapar.
Mengapakah tempat
tinggal kita diganggu?
13
Keperluan Asas Haiwan
Haiwan memerlukan keperluan asas untuk hidup. Keperluan
asas haiwan ialah udara, air, makanan dan tempat berlindung.
Mari kita lihat kehidupan Orang Utan di Pusat Pemuliharaan
Orang Utan di Sepilok, Sabah.
1.
Terbang sekawan si burung kedidi,
Melayang tinggi membelah awan;
Hutan rimba habitat semula jadi,
Tempat berlindung banyak haiwan.
2.
Pohon saga di tepi jalanan,
Tumbuh rendang suasananya redup;
Haiwan juga perlukan makanan,
Sumber tenaga teruskan hidup.
Informasi Tambahan
Habitat haiwan bermaksud tempat tinggal bagi haiwan.
Ada haiwan yang hidup di darat dan ada haiwan yang hidup
di dalam air. Ada juga haiwan yang hidup di kedua-dua
tempat, iaitu di darat dan di dalam air.
14
3.
Daun selasih letak di raga,
Hendak dibuat penambah rasa;
Udara bersih perlu dijaga,
Haiwan bernafas setiap masa.
4.
Sejuk nyaman sungai mengalir,
Mudik ke hulu mendayung sampan;
Haiwan juga perlukan air,
Kerana air sumber kehidupan.
Imbas Saya
Selain Pusat Pemuliharaan Orang Utan di Sepilok Sabah, BA : 11-13
terdapat juga pusat pemuliharaan untuk haiwan yang SP: 2.1.1
lain seperti Pusat Penyu dan Ekosistem Marin di Rantau
Abang, Terengganu. Pada pendapat kamu, mengapakah
pusat pemuliharaan haiwan ini diwujudkan?
15
Bagaimanakah Haiwan Membiak?
Haiwan perlu membiak untuk mengelakkannya daripada
pupus. Haiwan membiak dengan dua cara, iaitu bertelur dan
melahirkan anak. Mari kita kenal pasti haiwan yang bertelur.
12
Ayam Ular
3 4
Penyu Katak
Soalan
Nyatakan jenis haiwan lain yang bertelur.
16
Haiwan yang membiak dengan cara melahirkan anak
ditunjukkan dalam gambar berikut:
12
Harimau Lembu
3 4
Kucing Paus
Soalan BA : 14-16
SP: 2.1.2
Nyatakan haiwan lain yang membiak dengan
cara melahirkan anak selain di atas.
17
Kitaran Hidup Haiwan
Kitaran hidup haiwan ialah peringkat pertumbuhan yang
berlaku bagi haiwan. Haiwan akan berubah dari segi saiz dan
bentuk semasa proses ini.
(A) Kitaran Hidup Rama-rama
Proses kitaran hidup bagi haiwan bertelur seperti rama-
rama adalah seperti dalam gambar rajah yang berikut:
Peringkat 4: Peringkat 1:
4Rama-rama 1 Telur
Telur rama-rama
Rama-rama menetas dan
akan keluar mengeluarkan
daripada pupa. anak rama-
rama.
Kitaran Hidup
Rama-rama
Peringkat 3: Peringkat 2:
Pupa
2 Larva
Pupa akan Bentuk anak
rama-rama tidak
3tersangkut pada sama dengan
ibunya.
bawah daun dan
Imbas Saya
bentuknya
berubah.
Bagaimanakah rama-rama mendapatkan
makanan untuk terus hidup?
18
(B) Kitaran Hidup Arnab
Arnab merupakan haiwan yang mempunyai peringkat
tumbesaran dalam kitaran hidupnya. Gambar rajah
menunjukkan kitaran hidup arnab.
Arnab dewasa Anak arnab baru
lahir
Kitaran
Hidup
Arnab
Anak arnab
Saya Cuba Berudu, Oh, Berudu!
1. Cari berudu di sekitar kawasan rumah atau BA : 17-18
sekolah kamu. SP: 2.1.3
2. Masukkan berudu ke dalam akuarium kecil.
3. Perhatikan perubahan fizikal berudu selepas
seminggu.
4. Terangkan pemerhatian kamu kepada guru.
19
Hargai Haiwan di Sekeliling Kita
Kita mestilah menghargai dan menunjukkan perasaan sayang
terhadap haiwan. Antara cara yang boleh kita lakukan
termasuklah:
1. Memastikan keperluan asas haiwan yang dipelihara
mencukupi.
2. Merawat atau membawa haiwan yang sakit ke klinik
haiwan untuk mendapatkan rawatan.
20
3. Menjaga tempat berlindung atau habitat haiwan daripada
dimusnahkan.
Azim, jangan rosakkan sarang burung itu.
Sarang tersebut tempat burung itu berlindung.
4. Melindungi haiwan supaya tidak ditangkap atau dibunuh
sesuka hati.
Azim, jangan lastik burung itu. Kasihan
pada anak-anaknya kalau ibunya mati.
Semasa pulang dari sekolah, kamu terjumpa BA : 19-20
seekor kucing yang terjatuh ke dalam longkang. SP: 2.1.4
Sebagai seorang murid yang sayang akan
haiwan, apakah tindakan kamu?
21
Saya Ingat
1. Keperluan asas haiwan ialah udara, air, makanan dan
tempat berlindung.
2. Haiwan membiak dengan cara melahirkan anak dan bertelur.
3. Yang berikut ialah contoh haiwan yang membiak melalui dua
cara, iaitu:
Bertelur Melahirkan anak
Ayam Harimau
Ular Lembu
Penyu Kucing
Katak Paus
4. Gambar rajah kitaran hidup rama-rama adalah seperti yang
berikut:
12
Telur
Rama- Kitaran Hidup Larva
rama Rama-rama
4 3
Pupa
22
5. Gambar rajah kitaran hidup arnab adalah seperti yang
berikut:
Arnab Kitaran Anak arnab
dewasa Hidup baru lahir
Arnab
Anak d
arnab
6. Cara menghargai kepentingan haiwan:
ab c
Memastikan Merawat atau Menjaga Melindungi
keperluan membawa tempat haiwan
haiwan yang berlindung
asas sakit ke klinik atau habitat supaya tidak
haiwan haiwan ditangkap
yang haiwan untuk daripada
dipelihara mendapatkan dimusnahkan. atau dibunuh
mencukupi. sesuka hati.
rawatan.
23
Saya Jawab
Jawab semua soalan dalam buku latihan.
1. Nyatakan keperluan asas haiwan di bawah.
abc d
2. Lengkapkan rajah di bawah.
Cara Pembiakan Haiwan
3. Senaraikan empat haiwan yang bertelur dan empat haiwan
yang melahirkan anak.
4. Susun peringkat kitaran hidup rama-rama mengikut urutan.
a Rama-rama b Pupa c Larva d Telur
5. Nyatakan peringkat kitaran hidup arnab.
a
cb
6. Terangkan cara kamu menghargai kepentingan haiwan
dalam kehidupan.
24
UNIT 3 TUMBESARAN TUMBUHAN
Ibu,
mengapakah
ibu menyiram
pokok bunga
setiap hari?
Mari kita meneka jawapan yang akan
diberikan oleh ibu Mei Li.
25
.narabmagtaubmemkutnuaidemitlumadapiradkifargnahabimahamemnadtaraysignem/acabmemdirumgnibmiB •uruGatoN
Keperluan Asas Tumbuhan
Tumbuhan memerlukan keperluan asas untuk membesar.
Keperluan asas tumbuhan ialah udara, air dan cahaya
matahari. Mari kita ikuti cerita tentang pokok cili di bawah.
1
Tolong selamatkan
saya. Saya sakit.
2 Kasihan kamu, pokok cili.
Mari saya tolong kamu.
Susahnya kamu
bernafas dalam Daun saya
plastik ini. Saya telah layu
bukakan plastik dan kuning
ini, ya. sebab kurang
udara.
3
26
4 Saya menyiram air untuk mengelakkan
kamu daripada menjadi kering.
5
Selepas sebulan... Terima kasih, Mei Li. Saya juga
6 memerlukan cahaya matahari agar daun
saya tidak menjadi kuning dan gugur.
Soalan
Berdasarkan cerita di atas, apakah
keperluan asas bagi tumbuhan?
27
Saya Cuba Tumbuhan Memerlukan Air
Alat dan Bahan:
1. Anak pokok kacang hijau
2. Bekas
3. Penyiram mini
4. Air
5. Pen penanda
Langkah-langkah:
Lakukan aktiviti dalam kumpulan.
1. Labelkan A dan B pada kedua-dua bekas anak pokok.
AB
2. Letakkan anak pokok A dan B secara bersebelahan
di luar kelas.
AB
28
3. Siram air pada
anak pokok A
sebanyak dua kali
setiap hari selama
lima hari. Anak
pokok B tidak perlu
disiram dengan air.
AB
4. Rekodkan pemerhatian kamu terhadap keadaan anak
pokok A dan B selepas lima hari.
Pasu Keadaan Anak Pokok
A
B
Kesimpulan:
Anak pokok A __________________ kerana mendapat
_____________ yang cukup.
Anak pokok B __________________ kerana tidak mendapat
_____________ yang cukup.
______________ ialah satu daripada keperluan asas tumbuhan.
Tumbuhan memerlukan udara, air dan cahaya matahari untuk
membesar dengan baiknya dan sihat.
Informasi Tambahan BA : 21-24
Penyiasatan ini boleh diubah suai untuk menguji SP: 3.1.1
keperluan asas tumbuhan yang lain.
29
Lihatlah Tumbesaran Saya
Tumbuhan mengalami tumbesaran apabila tinggi dan bilangan
daun bertambah. Mari kita perhatikan peringkat tumbesaran
pokok terung.
Saya telah menjadi
anak pokok. Saya
menjadi lebih tinggi
dan mempunyai
banyak daun.
Saya telah
bercambah. Saya
mengeluarkan pucuk
dan akar.
Saya biji benih.
Saya yang paling
kecil di sini.
Biji Benih Biji Benih Anak Pokok
Bercambah
Informasi Tambahan
Selain biji benih, tumbuhan
juga boleh dibiakkan melalui
keratan batang dan daun.
Batang Ubi Daun Setawar
30
Saya semakin Saya telah berbuah. Saya
matang dan mula mengeluarkan buah yang
berwarna ungu. Buah itu
berbunga.
dinamai buah terung.
Pokok Berbunga Pokok Berbuah
Tumbuhan tidak makan seperti benda hidup yang BA : 25-26
lain. Bagaimanakah cara tumbuhan mendapatkan SP: 3.1.2
makanannya untuk terus membesar?
31
Hargailah dan Peliharalah Saya
Tumbuhan sangat penting kepada manusia dan haiwan. Oleh
itu, kita mesti menghargai dan memelihara tumbuhan dengan
cara berikut:
1 Membuang atau 2 Mematuhi arahan agar
mencabut tumbuhan tidak memijak kawasan
yang telah mati tertentu supaya tumbuhan
untuk menanam dapat membesar dengan
tumbuhan lain. baiknya.
3 Menanam pelbagai
jenis tumbuhan.
32
4 Menjaga dan
memelihara pokok
besar yang menjadi
tempat berlindung
haiwan lain.
5 Melaksanakan 6 Memastikan
kempen kesedaran keperluan asas
seperti Kempen tumbuhan
Hijaukan Bumi. yang ditanam
mencukupi.
Imbas Saya Soalan
Apakah cara lain kamu menghargai dan BA : 27-30
memelihara tumbuhan untuk menjaga SP: 3.1.3
alam sekitar?
3.1.4
33
Saya Ingat
1. Keperluan asas tumbuhan ialah udara, air dan cahaya
matahari.
2. Proses tumbesaran pokok terung adalah seperti yang
berikut:
1 Biji Benih 4 Pokok
2 Biji Benih Berbunga
Bercambah 5 Pokok
Berbuah
3 Anak Pokok
3. Cara Melaksanakan
Menghargai kempen kesedaran
Membuang
atau mencabut dan seperti Kempen
tumbuhan yang Memelihara Hijaukan Bumi.
telah mati untuk Tumbuhan
Mematuhi arahan
menanam untuk agar tidak memijak
tumbuhan lain. Menjaga kawasan tertentu
Alam Sekitar supaya tumbuhan
Menanam dapat membesar
pelbagai jenis dengan baiknya.
tumbuhan. Menjaga dan
memelihara pokok
Memastikan besar yang menjadi
keperluan asas tempat berlindung
tumbuhan yang
haiwan lain.
ditanam
mencukupi.
34
Saya Jawab
Jawab semua soalan dalam buku latihan.
1. Nyatakan keperluan asas bagi tumbuhan di bawah.
2. Azim telah menjalankan uji kaji keperluan anak pokok
terhadap udara, air dan cahaya matahari. Yang berikut
merupakan pemerhatian Azim terhadap anak pokok:
Pasu Keadaan anak pokok
A Daun menjadi kering.
B Daun layu dan kuning.
C Daun kuning dan gugur.
Berdasarkan jadual di atas, isi tempat kosong dengan
jawapan yang betul.
(a) Pokok A kekurangan ___________________.
(b) Pokok B kekurangan ___________________.
(c) Pokok C kekurangan ___________________.
35
3. Perhatikan gambar di bawah.
AC
B
DE
Susun peringkat tumbesaran pokok terung mengikut urutan
yang betul.
4. Jelaskan cara kamu menghargai dan memelihara
tumbuhan di sekeliling untuk menjaga alam sekitar.
36
UNIT 4 TENAGA ELEKTRIK
Azim mengikut ayahnya pergi ke sebuah restoran.
Tiba-tiba, suasana menjadi gelap.
Ayah, mengapakah
lampu terpadam?
Soalan
Apakah yang berlaku dalam situasi di atas?
37
Sumber Tenaga Elektrik
Sumber tenaga elektrik ialah bahan atau objek yang boleh
menyimpan atau menghasilkan tenaga elektrik. Mari kita kenal
pasti sumber tenaga elektrik dalam gambar di bawah.
Bateri
Dinamo
38
Generator Akumulator
Panel Solar
Sel Solar BA : 31-33
SP: 4.1.1
Soalan
Senaraikan sumber tenaga elektrik yang
terdapat di rumah kamu.
39
Fungsi Tenaga Elektrik Memusingkan kipas
Terdapat pelbagai fungsi tenaga
elektrik dalam kehidupan
harian kita. Tenaga elektrik
membolehkan peralatan elektrik
berfungsi dengan baiknya.
Perhatikan fungsi tenaga elektrik
seperti dalam situasi berikut:
Menghidupkan televisyen
40
Menyalakan lampu
Memanaskan air
Menanak nasi Memanaskan
makanan
Memutarkan
mesin basuh
Ramalkan kehidupan manusia jika tiada BA : 34-35
bekalan elektrik. Bincangkan. SP: 4.1.2
41
Kepentingan Tenaga Elektrik
Tenaga elektrik amat penting dalam kehidupan manusia.
Gambar menunjukkan kepentingan tenaga elektrik kepada
manusia.
1. Tenaga elektrik menyalakan lampu untuk menerangi
kawasan yang gelap.
2. Tenaga elektrik memusingkan kipas untuk menyejukkan
suasana.
42
3. Tenaga elektrik menjimatkan masa dan tenaga manusia
ketika melakukan kerja.
4. Tenaga elektrik pada lampu isyarat melancarkan pergerakan
kenderaan di jalan raya.
Saya Cuba Cahaya, Oh, Cahaya!
Lakukan aktiviti ini pada waktu malam. Tulis nama kamu BA : 36-37
pada sekeping kertas dalam keadaan berikut: SP: 4.1.3
(a) ketika suis lampu dihidupkan.
(b) ketika suis lampu dipadamkan.
Bandingkan kedua-dua tulisan tersebut. Kongsikan
pemerhatian kamu dengan rakan.
43
Penjimatan Tenaga Elektrik
Terdapat pelbagai cara untuk menjimatkan tenaga elektrik di
rumah. Kita seharusnya menggunakan tenaga elektrik dengan
bijaknya dan berhemah seperti cara yang berikut:
Matikan
suis lampu
dan kipas
jika tidak
digunakan.
Pastikan pintu
peti sejuk
sentiasa
ditutup rapat.
Gosoklah baju
dalam kuantiti
yang banyak
seminggu
sekali.
44