The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ashrafhaqiem01, 2021-11-20 07:20:26

Penyakit Misteri Puteri Salju

KISAH SUMPAHAN PUTERI SALJU

KISAH SUMPAHAN PUTERI SALJU

Di sebalik pergununan salji, terdapat sebuah kampung yang damai diperintah oleh
seorang puteri. Puteri ini kehilangan ibu dan bapanya sejak kecil dan membesar seorang diri.
Puteri ini menghidap penyakit misteri sehingga dikhabarkan puteri itu tidak dibenarkan keluar
dari istana kerana risau mampu mencederakan orang ramai. Tambahan pula, terdapat penduduk
kampung mengatakan bahawa mereka pernah ternampak kelibat puteri itu bermain di laman
istana dan melihat dia akan membekukan semua benda yang disentuhnya. Oleh itu, puteri
tersebut telah digelar sebagai Puteri Salju oleh penduduk kampung.

Puteri Salju yang membesar bersama penyakit misteri itu sudah semakin parah dan
tidak mampu mengawal penyakitnya itu. Dia sudah tidak berani untuk keluar semula berjalan-
jalan di laman istana. Puteri Salju tahu bahawa dia perlu mengawal penyakit misterinya kerana
dia akan menjadi pewaris bapanya untuk memerintah kampung apabila umurnya menjelang
lapan belas tahun. Puteri Salju mengarahkan pembantu istananya untuk mencari sesiapa yang
mampu mengubati penyakit misterinya itu.

Oleh hal yang demikian, satu pengumuman telah dilakukan oleh pihak istana kepada
penduduk kampung bahawa sesiapa yang mampu membawa ubat kepada penyakit misteri
puteri akan diberikan ganjaran yang lumayan. Sejak hari itu, ramai orang dari pelusuk kampung
telah datang ke istana untuk cuba mengubati Puteri Salju. Ada juga yang membawa kenalan
dan rakan dari perkampungan sekitar ke istana untuk memberi ikhtiar kepada si puteri. Pada
suatu hari, seorang lelaki tua telah datang ke istana dan memberitahu Puteri Salju bahawa akan
tiba seorang lelaki membawa sebiji epal yang akan menjadi penawar kepadanya.

Setelah mendengar nasihat lelaki tua tersebut, Puteri Salju pun mengarahkan agar
semua epal yang ditanam di kampung itu dibawa ke istana. Hal ini menyebabkan penduduk
kampung berasa terbeban kerana tanaman mereka diambil oleh pihak istana. Melihat keadaan
penyakit misterinya itu, Puteri Salju mengambil keputusan untuk memakai sarung tangan agat
tidak membekukan benda yang disentuhnya. Setelah beberapa lama, Puteri Salju bertekad
untuk bertemu dengan penduduk kampung dan beramah mesra.

Puteri Salju amat disenangi kerana sifatnya yang sopan dan mudah didekati. Tiba-tiba,
seorang kanak-kanak telah menarik tangan Puteri Salju untuk mengajaknya bermain. Puteri
Salju yang terkejut itu terus menarik semula tangannya menyebabkan sarung tangan si puteri

terbuka. Kanak-kanak itu terus menarik tangan Puteri Salju. Tanpa disedari, Puteri Salju
tersentuh kanak-kanak itu menyebabkan dia membeku dengan sekelip mata. Semua orang yang
hadir ke istana berasa amat terkejut. Ibu bapa semua mengambil anak mereka menjauhi Puteri
Salju. Dia pulang ke istana dan tidak bergaul lagi sejak peristiwa itu.

Suatu hari, seorang lelaki dari perkampungan sekitar telah datang untuk berdagang.
Antara hasil dagangannya adalah buah-buahan iaitu epal dan anggur. Penduduk kampung
segera mengerumuni lelaki tersebut untuk mendapatkan epal kerana sekian lama tidak
menikmati buah itu. Menyedari perkara ini, pengawal istana segara menangkap lelaki itu dan
membawanya ke istana. Lelaki itu amat bingung dengan perkara yang terjadi. Dia dibawa terus
berjumpa Puteri Salju di istana.

Semasa berjumpa dengan si puteri, lelaki itu telah menanyakan soalan tentang perkara
yang terjadi kepadanya. Lalu, Puteri Salju menjawab bahawa dia menghidapi penyakit misteri
yang akan membekukan segala perkara yang disentuhnya. Dia juga memberitahu tentang
ramalan lelaki tua kepadanya. Selepas diterangkan oleh Puteri Salju, lelaki itu mengeluarkan
sebiji epal dari poketnya. Lelaki itu berkata bahawa itu ada epal terbaik yang pernah ditanam
di kebunnya dan disimpan untuk dimakan ketika perjalanan. Lelaki itu memberikan epal
kepada Puteri Salju dan berharap agar dia sembuh dari penyakitnya jika benar dialah lelaki itu.
Tersentuh dengan kebaikan lelaki itu, Puteri Salju mengambil epal itu lalu menggigit
sebahagian epal.

Tiba-tiba, badan Puteri Salju seakan-akan bercahaya dengan terang sekali. Tangannya
bercahaya dan sarung tangannya terbuka dengan sendiri. Puteri Salju cuba menyentuh kerusi
di sebelahnya dan melihat kini penyakit misteri itu sudah tiada. Puteri Salju berasa amat
gembira dan berterima kasih kepada lelaki itu. Dia meminta lelaki itu agar tinggal di
kampungnya dan berkahwin dengannya. Lelaki itu akhirnya berkahwin dengan Puteri Salju
dan hidup dengan aman dan damai.


Click to View FlipBook Version