The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SINOPSIS NOVEL HEMPASAN OMBAK
SITI MARIAM (3THINKER)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sue_azimah, 2021-03-21 07:31:41

TUGASAN UP 1

SINOPSIS NOVEL HEMPASAN OMBAK
SITI MARIAM (3THINKER)

TUGASAN UNIT PLAN 1: SINOPSIS NOVEL
HEMPASAN OMBAK

NAMA: SITI MARIAM EDWIN ADRIANUS
KELAS: 3 THINKER
SEKOLAH: SMK PANTAI IBWS
GURU: PUAN SA’ADIAH BINTI BOHARI

Bab 1: Warisan? (m/s 1-14)

Tiga bulan lalu merupakan detik terakhir Haji Badrul menghuni
bilik kecil ini. Itulah pejabatnya. Segala operasi perniagaan
kecilnya direncanakan dan dikawal di bilik ini. Kini, Haji Badrul
telah pun menjadi arwah. Haji Badrul mempunyai seorang anak
lelaki, sebut saja namanya Farid. Dialah yang mewarisi sebuah
syarikat kecil industri desa – batik yang malap dan hampir
sahaja terlungkup. Inikah yang disebut sebagai warisan dan
harta pusaka? Perniagaan melesat. Hutang bertimbun-timbun.
Inilah yang dihadapi keluarganya. Kini, tiada sesiapa lagi yang
dapat diharapkan...kecuali FARID.

Bab 2: Menggapai Awan (m/s 15-28)

Farid terdesak. Situasi hidul segan, mati tak mahu memang
begitu meresahkan.Syarikat Batik Nusantara sudah mula
menimbunkan hutang dengan ejen pembekal pewarna,
kain putih, lilin dan lainnnya. Begitu banyak masalah yang
dihadapi syarikat tersebut. Farid pun mula untuk ambil tahu
dan mempelajari serba sedikit tentang perniagaan yang
diwarisi itu. Berniaga bererti berlumba. Berlumba
memerlukan minat yang berkekalan dan usaha sepenuh
hati tetapi berapa kerat manusia yang sanggup bersaing
secara sihat dan sopan? Mampukah usahawan muda itu
mengendalikan syarikat warisan dari ayahandanya itu?
Dengan usaha dan keteguhannya itu...mengapa tidak.

Bab 3: Titian Niaga (m/s 29-44)

Farid apabila bekerja saling tidak tumpah macam perangai ayahnya.
Oleh sebab terlalu memberikan perhatian dan penumpuan terhadap
kerja sering terlupa makan dan minum. Akibat menekuni urusan
perniagaan syarikat warisan ayahnya, dia kehilangan sama sekali
waktu senggangnya, apatah lagi kesantaian untuk berfoya-foya. Farid
sedang belajar mengengsot kini. Pada malam hari, Farid dan
keluarganya sedang berbual-bual tentang masalah yang dihadapi
syarikat itu. Seketika Lotfi, abang Farid berbicara “Takkan masalah
boleh selesai sendiri kalau kita tak mengatasinya. Lebih-lebih lagi
masalah dalam syarikat. Kalau kita tak bereskan, masalah ini akan
menjadi tunggul yang menghalang kelancaran perjalanan syarikat...”
kalau pantai bisa berubah dengan hempasan ombak, apatah lagi
dunia perniagaan yang tertakluk pada untung rugi.

Bab 4: Azam Usahawan Muda (m/s 45-60)

Kemahuan dan bakat sahaja tidak memadai untuk membesarkan
perusahaannya. Cita-cita itu ternyata terlalu muluk, unggul,
sedangkan dialah bayi yang baru belajar merangkak. Farid mulai,
faham dan tahu apa-apa yang wujud dalam syarikat sebenarnya.
Syarikat Batik Nusantara warisan ayahnya perlu disihatkan kembali,
agar lebih gagah, lebih bertenaga untuk mencapai cita-cita
perniagaannya. Tidak muda tumbang apabila berlumba dengan
pesaing-pesaing lain. Barangkali oleh rotaan keazaman dalam dirinya
memaksa dia untuk bangkit seawal ini... Adakah keazaman bos muda
ini akan membawakan hasil yang memuaskan serta mampukah dia
menstabilkan syarikatnya itu?

Bab 5: Langkah Pertama (m/s 61-74)

Waktu kita berlumba, bangsa lain tidak cuman menyaksikan
sahaja. Yang jelas, selangkah kaki bangsa kita diorak, dua
langkah mereka bergerak. Jika usahawan terus akrab dengan
sikal “tidak apa”, cepat berpuas hati dengan apa-apa yang
diperoleh, ini akan mengancam usaha kerajaan untuk
mencatat paras keseimbangan eknomi antara kaum. Langkah
yang seharusnya Farid ambil adalah adakan promosi batik
dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia. Sebenarnya masih banyak lagi langkah-langkah
yang perlu Farid ketahui. Adakah usahanya ini akan
membuahkan hasil? Ya..tergantung dengan kecerdasan Farid
dalam membawa diri dalam dunia perniagaan ini.

Bab 6: Ilham daripada Zuraida (m/s 75-90)

Farid kagum dengan kegigihan Zuraida, rakan sekelasnya yang
dikenali sejak di tingkatan satu. Semasa zaman bersekolah
dahulu, Zuraida juga turut berniaga, mencari wang untuk
menampung keperluan adik-adiknya dikeranakan ibunya yang
janda anak lima. Ada sedikit harta dilaburkan dalam usaha
perniagaan kecil-kecilan di kaki lima kedainya itu. Kegigihan..itu
nilai pegangan Zuraida yang cukup dikagumi. Begitu begini,
bersih dapatlah sekitar seribu, kata Zuraida tidak lama dahulu.
Benarlah perniagaan ini seperti ombak, ada masa besar,
kadangkala kecil. Keadaan sosial bertukar, kalau perniagaan
tidak diubah suai dan tidak mengikut perkembangan, zaman
gelaplah yang terpaksa dilalui. Sabar, cekal, gigih, itulah sifat
yang mesti ada kerana itu modal kemanusiaan yang asas. Lagi?
Ilmu perniagaan.

Bab 7: Batik, Cinta (m/s 91-104)

Orang yang dijepit masalah, bantuanlah yang dicita. Zuraida
menawarkan untuk menjual sebahagian batik-batik keluaran syarikat
Farid di gerainya. Inikah jalan yang dia maksudkan? Kecil-kecil pun
gerai Zuraida, katanya lebih 400 helai kain batik terjual sebulan pada
hari-hari biasa. Sumbangan ini sungguh bermakna. Sumbangan ini
seperti tiang, walaupun mungkin kecil tetapi mampu menegakkan
syarikat. Sebagai pengeluar, mestilah peka dengan selera pengguna.
Zuraida yang kedudukan perniagaannya boleh dianggap di barisan
terhadapan, lebih tahu masalah tentang syarikat Farid. Zuraida telah
membukakan pintu idea untuk terus mengaktifkan perniagaannya.
Cita rasa pelanggan, kemahuan pelancong-pelancong mungkin
termasuk dalam aspek kemanusian. Nah, kini baru seimbang. Ada
modal yang cukup sambil memerhatikan kehendak pengguna. Farid
sedar sudah bertunas suatu perasaan lain terhadap Zuraida, bekas
teman setingkatannya.

Bab 8: Corak Baharu (m/s 105-120)

Manusia suka akan perubahan dan kepelbagaian. Ciri-ciri moden
mesti diterampilkan dalam barangan seni. Batik cap asli harus
menjadi suatu lambang kesenian yang sentiasa hidup segar
sepanjang zaman tetapi harus disesuaikan dengan masa. Seminar,
forum, kongres, dan entah apa-apa lagi belum tentu dapat
melahirkan manusia usahawan yang gigih. ‘Sanggup mengambil risiko
adalah antara sifat usahawan yang tahan lasak’. Dia kini hanya
menanti saat yang baik sahaja untuk mengorak langkah. Modal yang
sebanyak 75 ribu ringgit telah dilaburkan untuk membina bangsal
tambahan, peralatan dan bahan batik moden memang merupakan
suatu perjudian menurut Farid. Semuanya ada nilai seni, budaya
tetapi jelas nilai ekonominya kian malap. Semuanya kerana cita rasa
yang berubah. Apabila bangsala tambahan itu siap dibina kelak,
zaman baharu dalam sejarah pengeluaran batik syarikatnya akan
bermula. Untung rugi..itulah risiko yang harus ditanggung bos muda
itu.

Bab 9: Batik Sumber Rezeki (m/s 121-136)

Encik Mokhsein telah merasmikan bangsal yang baru dibina.
Perasmian agak sederhana dan lebih kepada kenduri kesyukuran
ekoran tertegaknya bangsal baharu. Namun bagi Farid, yang lebih
bermakna pada tarikh itu ialah kehadiran Hartini Noor. Dia graduan
seni reka fabrik lepasan UiTM dan melanjutkan bidangnya di sebuah
akademi seni tampak di Australia. Dia adalah adik sepupu Mokhsein.
Selepas kehadiran Hartini Noor, tenaga utama dalam menggerakkan
industri batik moden itu, Farid berfikir bahwa operasi pengeluaran
mesti dimulakan dalam jangka waktu terdekat. Mokhsein
menekankan yang syarikat Farid sekadar industri kecil dan
sederhana. Ia berpotensi memainkan peranan yang penting dalam
proses pembangunan negara, berupaya mewujudkan lebih banyak
peluang pekerjaan, dapat meningkatkan tabungan negara, memberi
sumbangan positif terhadap corak agihan pendapatan negara,
menjadi pusat latihan pekerja untuk menyokong industri besar tetapi,
kemampuan syarikat-syarikat kecil seperti Farid masih kurang
memuaskan.

Bab 10: Maafkan Aku, Eda (m/s 137-150)

Farid mengunjungi Zuraida di gerainya untuk menghilangkan
rasa cemburu di jiwa bekas rakan setingkatannya itu. Farid
menjelaskan bahawa Hartini Noor sudah bertunang dengan
pereka bentuk dalaman dan bekerja selama sebulan sahaja di
syarikatnya. Bos muda itu pun mengajak Zuraida mengelilingi
beberapa negeri untuk memasarkan batik keluaran syarikatnya
itu. Zuraida bersembang dengan Hartini Noor pada hari itu. Dia
berasa kagum akan hasil kerja seni Hartini Noor yang
memaparkan pelbagai kegunaan seperti skarf, sapu tangan,
alas meja, dan juga sarung kusyen. Begitu menarik bukan?
Sepulang itu Zuraida juga berkenalan dengan keluarga Farid.

Bab 11: Bara Dendam (m/s 151-164)

Mukhtar berasa marah apabila mendapat tahu bahwa di Seremban
batij keluaran syarikatnya, iaitu Syarikat Batik Rajawali tidak
mendapat sambutan dengan alasan batik keluarannya itu bercorak
dan tidak sesuai dengan cita rasa pelanggan. Modal juga sudah
banyak dikeluarkan, stok batik masih banyak yang tidak terjual, dan
ejen pula diberi keuntungan sebanyak 35 peratus. Jika masalah itu
tidak diselesaikan, maka Syarikat Batik Rajawali boleh bankrap.
Mukhtar yakin, batik pilihan pengguna sekarang adalah pesaingnya,
Syarikat Batik Nusatara milik Farid. Mukhtar telahpun memberi amaran
agar Zuraida tidak menjual batik itu di gerainya, dan jika Zuraida
masih bedegil maka dia tidak segan-segan untuk merobohkan
gerainya itu. Dan akhirnya, Farid pun menerima amaran keras dalam
bentuk surat layang dari Mukhtar. Dia diingatkan supaya memutuskan
hubungan dengan Zuraida. Surat layang tersebut ditunjukkan kepada
ibu dan abang Farid. Hajah Zaoyah pun mahu melaporkan perkara itu
kepada pihak polis.

Bab 12: Samseng (m/s 165-180)

Zuraida menceritakan tentang larangan bapa saudaranya agar tidak
menjual batik moden yang dikeluarkan oleh syarikat Farid. Di bengkel
membuat batik moden milik Farid.. Mahmood tidak berpuas hati kerana dua
lelaki itu telah meninggalkan Syarikat Batik Rajawali. Dengan tidak kepuasan
hatinya itu, Mahmood pun memarahi Azmi dan Masri. Namun mereka
berdua hanya memberi alasan tidak dibayar gaji walaupun sudah bekerja
selama dua bulan di situ. Berlaku pertengkaran antara mereka. Mahmood
dengan lagak samseng memarahi Pak Nik yang cuba untuk meleraikan
mereka kerana mencuri pekerja syarikat milik majikannya. Mahmood yang
hilang sabar kemudiannya mencekik leher baju Azmi. Mahmood seperti
orang yang hilang akal mahu memasukkan kepala Azmi ke dalam kawah
yang mengandungi lilin panas. Masri yang tidak punya pilihan lain pun,
terpaka menyelamatkan Azmi, dia menerpa ke arah Mahmood lalu
mencurahkan lilin panas dari canting ke muka Mahmood. Pak nik mahu
menangkap Mahmood tetapi dia malah berlari menuju ke pintu pagar untuk
menyelamatkan diri. Apabila Farid pulang, Pak Nik pun segera menceritakan
kejadian yang baru berlaku.

Bab 13: Api (m/s 181-196)

Ketika jam menunjukkan pukul 2.00 pagi, seisi rumah Hajah Zaoyah
dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat. Penghuni rumah
terjaga. Betapa terkejutnya mereka apabila mendapati bengkel
tempat pengluaran batik moden dijilat api. Farid berusaha
memadamkan kemaraan api dengan alat pemadam api, tetap
gagal. Jiran tetangga datang dan cuba membantu. Pasukan
Bomba dan Penyelamat datang memadamkan api tersebut.
Kakitangan Tenaga Nasional juga datang untuk memutuskan
bekalan elektrik untuk mengelakkan api daripada merebak ke
seluruh bangunan. Akhirnya, bengkel tersebut hanya mensisakan
rangka. Farid terpaku di hadapan bengkel hingga azan subuh
berkumdang. Farid menerima dugaan yang menimpanya sebagai
takdir. Pegawai merumuskan bahawa kebakaran berlaku angkara
perbuatan sabotaj.

Bab 14: Ombak (m/s 197-207)

Tiga hari selepas peristiwa kebakaran bengkel, Mokhsein datang ke
bengkel Farid sekembalinya dari Singapura. Mokhsein juga
memberitahu bahawa dia menerima surat ugutan daripada Mukhtar
agar tidak membantu perniagaan Farid. Kemudian Mokhsein
memberitahu khabar gembira, iaitu dua buah butik di Singapura dan
Ampang Park mahu melanggani batik moden keluaran Farid. Zuraida
mencadangkan, agar Farid menimba ilmu lagi memandangkan
terdapat banyak kolej di Kuala Terengganu. Farid bermimpi dia
membeli syarikat kepunyaan Mukhtar yang hampir dilelong oleh bank.
Kemudian usahawan muda itu menemui Mukhtar dan memaafkan
kesalahan lelaki itu. Ibunya memaklumkan bahawa Mukhtar kini
berada di Penjara Marang dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga
tahun. Seterusnya, Farid dan Zuraida mengikuti Mokhsein serta isterinya
menghadiri majlis perkahwinan Hartini Noor di Kuantan.

SINOPSIS KESELURUHAN BAB

Novel ini mengisahkan tentang seorang anak yang bernama
Farid, dia telah meneruskan warisan Syarikat Perniagaan Batik
Nusantara selepas ayahnya Haji Badrul meninggal dunia. Farid
terpaksa mengambil alih syarikat tersebut dalam usianya yang
terbilang sangat muda iaitu 19 tahun. Haji Badrul mempunyai
seorang isteri yang bernama Hajah Zaoyah. Latifah sebagai
anak sulung dan mereka juga mempunyai 5 orang anak yang
tidak pernah dididik dalam bidang perniagaan. Lotfi anak
sulung lelakinya pula lumpuh dikeranakan kemalangan dan
berpaut pada kerusi roda untuk bergerak. Farhan menjadi
harapan dan pewaris legasi bagi syarikat arwah ayahnya itu,
manakala Hanisyah dan Hisham adik Farid baru berusia 15
tahun dan juga 12 tahun.

Farid menghadapi kesukaran untuk memulakan perniagaan kerana
dia masih mentah dalam bidang perniagaan. Syarikat peninggalan
batik arwah ayahnya juga menghadapi masalah kewangan. Ramai
agen tidak membayar hutang. Selain itu, permintaan batik keluaran
Syarikat Nusantara di pasaran juga tidak memberangsangkan. Syarikat
tersebut turut dibantu oleh Tomsiah yang dipanggil Kak Tom. Dia telah
berkhidmat sejak syarikat itu ditadbir oleh ayahnya. Kak Tom
menguruskan tugasan pentadbiran dan kewangan.

Selepas makan malam, Farid bermusyawarah bersama Lotfi dan ibunya
Hajah Zaoyah tidak mahu syarikat itu dijual dan ditutup. Hajah Zaoyah
mahu warisan yang ditinggalkan terus bertahan dan berkembang dalam
dunia pasaran batik. Tiba-tiba fikiran Farid terlintas untuk menjual
sebahagian aset syarikatnya bagi dijadikan modal dan membayar hutang.
Tambahan pula, Hajah Zaoyah juga sanggup menggadaikan barang
kemas dan tanah demi menyelamatkan syarikat itu. Farid pun
mempertimbangkan lagi cadangan ibunya dan cuba untuk mencari jalan
lain. Farid juga perlu memerlukan orang yang arif kerana setiap pelaburan

Farid telah mengadakan mesyuarat dan dan ini adalah mesyuarat yang
pertama sejak dia mengambil alih syarikat itu. Dia telah menyatakan hasrat
mengembangkan perniagaan dengan memperbesarkan lagi bengkel batik
dan meningkatkan lagi penguluaran. Modal akan diperoleh daripada hasil
jualan sebahagian aset syarikat dan hasil gadaian barang kemas ibunya.
Idea Farid disambut dengan baik oleh semua ahli yang hadir pada
mesyuarat itu.

Sebelum projek tersebut dilaksanakan, Farid telah bertemu dengan En
Mokhsien yang merupakan bekas pekerja ayahnya dan pengarah urusan
pemborong binaan Nadi Zaman. En Mokhsein banyak memberi tunjuk ajar
dan memotivasikan Farid agar menjadi usahawan bumiputera yang
berjaya. Farid menjadi lebih bersemangat. Kemudian, dia juga bertemu
dengan Zuraida atau Eda rakan sekelas sekolah menengah yang
membuka kedai di bandar Terengganu. Zuraida seorang yang pandai
melayan pelanggan. Dia sudah terlibat dalam bidang perniagaan sejak di
bangku sekolah. Cara layanan dan citarasa pelanggan terhadap batik
dalam genggaman Zuraida. Hubungan Farid dan Zuraida kian erat. Farid
menceritakan segala masalah yang berlaku kepada Zuraida. Zuraida
memberi idea supaya Farid mengubah corak batik tradisional ke
kontemporari. Hal yang demikian dikeranakan citarasa pelanggan yang
sering berubah-ubah mengikut peredaran masa. Cadangan Zuraida

Farid sekali lagi datang ke pejabat Encik Mokhsein. Encik Mokhsein
menyemak rancangan perniagaan dan berjanji akan membantu Farid.
Pada masa yang sama, Encik Mokhsein menasihatkan Farid supaya
mengikuti kursus pengurusan perniagaan dan mendapatkan khidmat
nasihat dari Mida dan MARA. Ilmu dapat membantu seseorang bersaing
dalam dunia perniagaan yang sangat kompetetif.

Modal sebanyak 75 ribu ringgit telah dilaburkan untuk membina
bengkel tambahan, peralatan dan bahan batik moden. Pembatik-
pembatik modennya itu akan diberi latihan jangka pendek oleh MARA
dan MIDA. Setelah bengkel batik siap dibina, Farid telah mengadakan
majlis perasmian dan mengundang Encik Mokhsein sebagai perasmi
majlis. Majlis ini turut dihadiri Hartini Noor yang merupakan graduan seni
reka fabrik UiTM dan dia telah dilantik oleh Encik Mokhsein sebagai
pengajar corak batik moden di Syarikat Batik Nusantara. Hartini banyak
menyumbangkan idea dan melatih pekerja Farid dalam mencorak seni
moden. Kehadiran Hartini Noor menyebabkan Zuraida berasa cemburu
dan dia mempunyai perasaan salah sangka terhadap Farid. Farid sedar
akan tindakan Zuraida dan dia menjelaskan bahawa Hartini sudah

Syarikat Farid semakin berkembang. Farid turut turun padang
untuk berjumpa dengan agen baharu. Pengalaman mengajar
Farid supaya mencari agen yang jujur dan melunaskan hutang
dengan cepat. Di sebalik kemajuan perniagaan Farid, ada
pesaing yang marah dan tidak berpuas hati. Jualan batik
Syarikat Rajawali kepunyaan Mukhtar, bapa saudara Zuraida
merosot. Mukhtar menyadari bahawa hasil batik syarikat Farid
boleh menyebabkan perniagaannya gulung tikar. Mukhtar
bertambah marah apabila anak buahnya turut membantu
Farid untuk menjual batik moden di gerainya. Mukhtar
mengugut untuk membakar gerai Zuraida sekiranya dia tidak
mahu memulangkan batik tersebut kepada Farid. Zuraida akur
dengan permintaan bapa saudaranya itu. Zuraida terpaksa
kerana Mukhtar banyak memberi bantuan setelah ayahnya
meningglkan ibunya. Mukhtar juga mengugut Farid supaya
menghentikan operasi batik modennya menggunakan surat
layang. Farid menceritakan kejadian itu kepada Kak Tom dan
keluarganya. Hajah Zaoyah menyarankan agar Farid

Di samping itu, Mukhtar mengupah ketua samseng yang

bernama Mahmood untuk memberi kacau di bengkel moden
syarikat Farid. Apabila Mahmood tiba di bengkel moden itu, dia

terlihat Masri dan Azmi sedang bekerja. Mahmood bertambah
marah dan menyangka syarikat Farid mencuri bekas pekerja
majikannya. Haryani yang baru pulang cuba untuk meredakan

suasana dengan melayan Mahmood dengan baik tetapi gagal.
Kemudian, Haryani menghalau Mahmood. Mahmood masih lagi

berdiri dan enggan untuk pulang. Haryani berlari dan
memintang pertolongan daripada Pak Nik. Tindakan Mahmood
semakin agresif apabila Pak Nik dan dia bertikam lidah.

Mahmood mencekik leher Azmi dan ingin mencelup muka Azmi
ke dalam kawah lilin cair. Tangan Masri yang memegang

canting lilin panas, dia nekad mencurahkan lilin tersebut pada
muka Mahmood supaya Azmi dilepaskan. Muka Mahmood
melecur dan dia berlari lintang pukang keluar dari bengkel.

Walaupun cubaan pertama dan kedua tidam berjaya mensabotaj

perniagaan Farid tetapi Mukhtar tidak pernah patah semangat
untuk membalas dendam. Mukhtar telah mengupah lagi sekali

beberapa pemuda untuk membakar bengkel moden syarikat Farid.
Pada waktu malam, Farid sekeluarga menyedari cahaya api dan
bunyi letupan dari bengkel batik miliknya. Dalam beberapa minit,

api marak dengan cepat dan menjilat bengkel itu hingga rentung.
Farid berpura-pura tenang apabila berhadapan dengan Hartini

dan pekerjanya walaupun perasaan sedih dipendamkan dalam
hati. Siasatan pihak bomba mendapati bengkel tersebut disabotaj
dan dibakar secara sengaja. Pihak polis juga telah memanggil Farid

untuk diambil keterangan. Polis telah menangkap Mukhtar setelah
siasatan selesai dan bukti mencukupi. Mukhtar telah didakwa dan

dihukum penjara selama 3 tahun.

Selepas 3 hari kejadian itu, Encik Mokhsein pergi ke pejabat Farid.

Beliau memberitahu Farid bahawa beliau berjaya membantu
Syarikat Nusantara mendapatkan pelanggan dari Singapura dan

Kuala Lumpur. Zuraida meminta maaf atas tindakan pak ciknya
itu. Dia menyatakan bahawa akan sambung belajar. Semasa
perjalanan menghadiri perkahwinan Hartini, Encik Mokhsein

mengusik Farid dan Zuraida. Encik Mokhsein menyatakan bahawa
mereka pasangan yang sesuai untuk memajukan Syarikat Batik

Nusantara. Farid hanya tersenyum manakala Zuraida mukanya
merah padam menikmati pemandangan di luar kereta.

SUMBER RUJUKAN

Buku Komsas Tingkatan 3
- NOVEL HEMPASAN OMBAK (BAB 1-14)

Internet
- https://www.bumigemilang.com/novel-hempasan-
ombak-k-sinopsis-tema-persoalan-nilai-pengajaran-plot-
latar/

SEKIAN DAN TERIMA KASIH ☺


Click to View FlipBook Version