The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suweetsury, 2022-05-18 00:46:12

KAJIAN TINDAKAN_BOKABEN_pkhas_skb2

KAJIAN TINDAKAN_BOKABEN_pkhas_skb2

KATEGORI PENDIDIKAN KHAS (KUMPULAN)
BOARD TALI KASUT IKATAN REBEN (BOKABEN)
Oleh

Nursuryati binti Yaakob
Muhammad Basid Fitri bin Hamid Latif

Nur Ain binti Abdul Kadir
SK Bidor 2, Batang Padang, Perak

ABSTRAK

Inovasi ini dibuat kerana terdapat murid masalah pembelajaran yang belum
menguasai kemahiran mengikat tali kasut ikatan reben dengan sendiri.
Pendekatan Board Tali Kasut Ikatan Reben (BOKABEN) ini membantu murid
menggunakan kemahiran motor halus bagi mengikat tali kasut dengan ikatan
reben serta menyerlahkan lagi keyakinan Murid Berkeperluan Pendidikan
Khas( MBPK) dari segi penampilan.. Board Tali Kasut Ikatan Reben
(BOKABEN) ini mengandungi belon berisi tepung bagi memberi bimbingan
menguatkan motor halus kepada murid, seperti aktiviti meramas, memicit,
mencubit dan menggolekkan di atas meja bagi menggantikan doh, Seterusnya
lembaran lirik lagu mengikat tali kasut ikatan reben berdasarkan langkah-
langkah mengikat tali kasut dengan betul, dan tiga jenis tali yang berlainan
saiz iaitu tali yang bersaiz besar (1 cm), sederhana (0.7 cm) dan kecil (0.5 cm).
Ujian pra dan ujian pasca dilaksanakan kepada murid Program Pendidikan
Khas Integrasi Kelas 4 Berlian untuk melihat tahap kefahaman dan kemahiran
mengikat tali kasut dengan ikatan reben. Metodologi Kajian yang digunakan
adalah melalui permerhatian, penggunaan bahan bersama guru dan hasil
kerja murid melalui ujian pasca dan ujian pos. Keputusan Ujian Pasca
menunjukkan peningkatan dalam tahap penguasaan murid terhadap
kemahiran mengikat tali kasut. Board Tali Kasut Ikatan Reben (BOKABEN) ini
merupakan salah inovasi yang diletakkan didalam Bilik Terapi Sensori PPKI
Sk Bidor 2, bagi membantu murid MBK dari segi kecergasan mental dan fizikal
untuk meningkatkan fokus terhadap ruang, daya tumpuan, kecerdasan dan
kewaspadaan bagi membantu otak menyusun serta menterjemah maklumat
bagi menguasai proses pembelajaran mengikat tali kasut. Manakala guru juga
lebih mudah untuk mengawal selia murid melalui aktiviti hands on.

1

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
BIL KETERANGAN 2
3
1 ABSTRAK 4-5

2 ISI KANDUNGAN 6 - 14

3 1.0 PENDAHULUAN

4 2.0 METODOLOGI/ PROSES KAJIAN

5 3.0 MANUAL OPERASI
3.1 Bimbingan peringkat pertama:
Menguatkan motor halus.

3.2 Bimbingan peringkat kedua:
Menguatkan daya ingatan.

3. 3 Bimbingan peringkat ketiga:
Penggunaan saiz tali yang berbeza
dalam mengikat tali kasut ikatan
reben

6 4.0 HASIL KAJIAN 13-18
4.1 Analisa kajian
4.2 Tafsiran keputusan 19
4.3 Hasil Dapatan 21
22
7 5.0 PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN

8 6.0 SEBAR LUAS

9 7.0 RUJUKAN

2

1.0 PENDAHULUAN

Inovasi ini dibuat untuk membantu murid menggunakan kemahiran
motor halus bagi mengikat tali kasut dengan ikatan reben serta menyerlahkan
lagi keyakinan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas dari segi penampilan.
Selain itu objektif kajian ini ialah dapat meningkatkan kemahiran murid dalam
mengikat tali kasut ikatan reben melalui bimbingan secara berperingkat.dan
Mengkaji sama ada bimbingan secara berperingkat dapat meningkatkan minat
murid untuk mengikat tali kasut ikatan reben. Seramai 6 orang murid MBK
kelas 4 Berlian masih tidak dapat mengikat tali kasut dengan ikatan reben
menjadi sasaran dalam inovasi ini. Setiap murid berkeperluan Pendidikan
khas (MBPK) ini mempunyai potensi yang berbeza-beza. Tidak semua murid
memiliki kesempurnaan yang sama dari segi fizikal, emosi dan sosial. Pengkaji
mendapati murid ini gagal mengikat tali kasut ikatan reben. Semasa mengikat
tali kasut ikatan reben, murid ini dapat memegang tali dengan betul tetapi agak
sukar untuk mengendalikan tali tersebut dengan baik dan langsung tidak tahu
bagaimana mengikat tali kasut ikatan reben. Murid ini menunjukkan sifat tidak
sabar untuk menyiapkan ikatan apabila melihat rakan-rakannya dapat
membuat ikatan. Hal ini berlaku kerana murid ini mempunyai kemahiran motor
halus yang lemah serta tidak dapat mengingat langkah mengikat tali kasut
ikatan reben yang betul.

3

2.0 METODOLOGI/ PROSES KAJIAN

Kami telah merangka langkah-langkah dan menyediakan borang pemerhatian
terhadap perkembangan kemajuan murid terhadap peringkat intervensi yang
akan dijalankan. Berdasarkan ulasan dan pandangan Kurt Lewin, kami telah
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid berdasarkan pemerhatian
awal melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Daripada tinjauan awal
seperti ujian pengesanan, temu bual dengan guru dan meninjau aktivti
kemahiran motor halus murid yang telah dijalankan,kami mendapati bahawa
murid menghadapi masalah kemahiran motor halus dan tidak dapat mengikat
tali kasut ikatan reben. Setelah mengenal pasti masalah murid, kami
merancang satu prosedur pelaksanaan kajian bagi memudahkan kami
mendapatkan hasil kajian yang teratur. Proses intevensi ini telah dibahagikan
kepada tiga peringkat seperti gambar Rajah 2. Pertamanya ialah bimbingan
menguatkan motor halus dengan menjalankan aktiviti meningkatkan motor
halus seperti aktiviti meramas, memicit, mencubit dan menggolekkan belon
berisi tepung di atas meja bagi menggantikan doh. Kedua ialah bimbingan
menguatkan daya ingatan dengan menjalankan aktiviti nyanyian lagu yang
berkaitan dengan membuat ikatan reben mudah mengikut langkah yang betul
mengiku rentak lagu Senam Si tommy. Ketiga pula ialah bimbingan
menggunakan saiz tali yang berlainan untuk mengikat tali kasut ikatan reben.
Penghasilan bahan inovasi ini tidak menggunakan kos yang tinggi iaitu
sebanyak RM 30 untuk 1 unit board.

4

Bimbingan Peringkat Pertama:
Menguatkan Motor Halus

Bimbingan Peringkat kedua:
Menguatkan Daya Ingatan

Bimbingan Peringkat Ketiga:
Mengunakan Saiz Tali Yang Berlainan
Untuk Mengikat Tali Kasut Ikatan Reben

RAJAH 2

Kos Penghasilan Inovasi:- Unit kos Unit Jumlah kos
RM 1.80 500G RM 1.80
Bil Bahan RM 0.20 6 PCS RM 1.20
1. Tepung RM 3.00 1 pack RM 3.00
2. Belon berwarna RM 0.50 3 pcs RM 1.50
3. Kertas A4 RM 0.00 1 RM 0.00
4. Plastik laminate RM3.00 1 RM 3.00
5. Playwood terpakai RM 3.00 1 RM 3.00
6. Tali kasut(1 cm) RM 3.00 1 RM 3.00
7 Tali kasut 0.7cm Rm 1.50 9 RM 13.50
8 Tali Kasut 0.5 cm RM 30.00
9 Kain felt(kasut)

JUMLAH

5

3.0 MANUAL OPERASI
Board Tali Kasut Ikatan Reben (BOKABEN) ini merupakan salah satu inovasi
yang diletakkan didalam Bilik Terapi Sensori PPKI Sk Bidor 2, bagi membantu
murid MBK dari segi kecergasan mental dan fizikal untuk meningkatkan fokus
terhadap ruang, daya tumpuan, kecerdasan dan kewaspadaan bagi
membantu otak menyusun serta menterjemah maklumat bagi menguasai
proses pembelajaran mengikat tali kasut ikatan reben. Manakala guru juga
lebih mudah untuk mengawal selia murid melalui aktiviti hands on.3 peringkat
bimbingan akan dilakukan dalam penggunaan BOKABEN ini antaranya:

3.1 Bimbingan peringkat pertama: Menguatkan motor halus

Kami telah memulakan sesi bimbingan peringkat ini dengan
memperkenalkan belon berisi tepung kepada murid. Kami menggunakan
kaedah demonstrasi untuk menunjukkan cara melakukan aktiviti dengan
menggunakan belon berisi tepung. Kemudian barulah murid melakukan aktiviti
menggunakan doh melalui bimbingan kami. Tunjuk cara ini adalah untuk
membolehkan murid mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah

6

daripada pengkaji. Menurut Wan Nouraini (2008), tunjuk cara (demonstrasi)
ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti
mengikut prosedur.

Semasa bimbingan peringkat pertama ini, kami membimbing murid
melakukan dua aktiviti dahulu iaitu meramas dan memicit belon berisi tepung.
Apabila murid telah menguasai kemahiran melakukan aktiviti ini, maka
pengkaji meneruskan aktiviti bermain belon berisi tepung dengan aktiviti
mencubit dan menggolek di atas meja. Walaupun murid telah menguasai
kemahiran melakukan aktiviti meramas,, mencubit dan menggolek doh di atas
meja, tetapi kami terus membimbing murid melakukan secara berulang kali
bagi menguatkan motor halus murid di samping meningkatkan kemahiran
koordinasi mata dan tangan murid.

Proses bimbingan telah dilaksanakan selama 3 sesi dalam minggu
intevensi pertama dengan setiap sesi bimbingan telah mengambil masa
sepanjang 30 minit. Kami telah mencatatkan pemerhatian semasa sesi
bimbingan ini dalam rekod anekdot. Semasa menjalankan sesi bimbingan,
kami juga mengambil kira suasana persekitaran yang sesuai dan kondusif.
Oleh itu, proses bimbingan ini telah dijalankan di bilik multisensori kelas
pendidikan khas yang kondusif dan bebas daripada gangguan murid-murid
lain supaya murid tidak tertarik dengan gangguan lain semasa sesi rawatan
dijalankan. Ibrahim (1995) dalam kajian yang dijalankan mendapati,
pembelajaran berkesan disebabkan oleh faktor persekitaran yang
menyenangkan dan dikenal pasti bahawa tempat belajar adalah penting dalam
memulakan aktiviti pembelajaran.

7

3.2 Bimbingan peringkat kedua: Menguatkan daya ingatan.

Pada proses intevensi peringkat kedua, kami telah melaksanakan
bimbingan menguatkan daya ingatan kepada murid dengan menjalankan
aktivti nyanyian lagu yang berkaitan dengan mengikat tali kasut dengan
ikatan reben mengikut langkah yang betul. Sebelum itu kami telah mencipta
lirik lagu mengikat tali kasut dengan ikatan reben berdasarkan langkah-
langkah dalam mengikat tali kasut dengan betul.
Lirik lagu bagi mengikat tali kasut adalah menggunakan irama Senaman Si
Tommy:

Rajah 4: Lirik lagu yang digunakan semasa proses intevensi

Pada mulanya, kami telah menyanyikan lagu mengikat tali kasut ikatan
reben kepada murid. Seterusnya kami menjelaskan maksud lirik lagu baris
demi baris sambil mengikat tali kasut ikatan reben dengan menggunakan tali
pada kotak mengikut langkah yang betul. Ini adalah bertujuan untuk
memudahkan kefahaman murid mengenai lirik lagu dan mengetahui cara
mengikat tali kasut ikatan reben dengan tepat. Kemudian kami membimbing
murid menyanyikan lagu mengikat tali kasut ikat reben baris demi baris.

8

Setelah murid dapat menyanyi dengan lancar, kami membimbing murid
menyanyikan lagu tersebut sambil mengikat tali kasut. Kami juga memberi
penerangan yang jelas dan teliti kepada murid bagi setiap baris dalam
mengikat tali kasut dengan iringan lagu. Abdullah Al-Amin Al-Na’miy (1994),
di dalam bukunya menyatakan bahawa Ibnu Khaldun telah mengisyaratkan
sesungguhnya muzik adalah suatu ilmu, dan menekankan bahawa muzik
dan nyanyian itu sesuatu perkara yang dapat memperkembangkan
pengetahuan dan idea semasa melagukan sesuatu lagu.

Proses bimbingan peringkat kedua ini dilaksanakan oleh pengkaji selama
dua sesi dalam minggu kedua dengan setiap sesi bimbingan telah mengambil
masa sepanjang 30 minit. Pengkaji telah mencatatkan pemerhatian dalam dua

9

sesi bimbingan ini dalam rekod anekdot berdasarkan rakaman video yang
diambil. Apabila mendapat bahawa murid menguasai kemahiran
menyanyikan lagu mengikat tali kasut ikatan reben ini, maka pengkaji
meneruskan rawatan dengan bimbingan peringkat terakhir iaitu bimbingan
penggunaan saiz tali yang berbeza dalam mengikat tali kasut ikatan reben.

3. 3 Bimbingan peringkat ketiga: Penggunaan saiz tali yang berbeza
dalam mengikat tali kasut ikatan reben

Pada peringkat ini intevensi adalah memberi bimbingan kepada murid
dalam mengikat tali kasut ikatan reben dengan menggunakan saiz tali yang
berlainan. Kami telah menyediakan tiga jenis tali yang berlainan saiz iaitu tali
yang bersaiz besar (1 cm), sederhana (0.7 cm) dan kecil (0.5 cm). Pada
mulanya, kami telah menggunakan tali yang bersaiz besar untuk menjalankan
proses bimbingan dahulu kerana tali yang bersaiz besar adalah lebih mudah
untuk dipegang berbanding tali yang bersaiz sederhana dan kecil. Ini adalah
mengikut prinsip pengajaran iaitu dari senang kepada susah dan menepati
Teori Piaget yang menyatakan isi pelajaran hendaklah disusun mengikut
peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak.

Sebelum mengikat tali kasut ikatan reben pada kain felt yang disediakan,
kami telah memperkenalkan tali kepada murid supaya tidak terkeliru antara tali
dan benang dan membimbing murid menyebut tali dengan betul. Kemudian
kami telah membuat demonstrasi cara mengikat tali kasut ikatan reben dengan
menggunakan tali kasar pada kain felt sambil menyanyikan lagu mengikat tali
kasut ikatan reben. Integrasi motor visual ialah keupayaan murid disleksia

10

untuk meniru perbuatan yang dilihat (Mahfuzah ,2018). Seterusnya murid
dibimbing oleh kami mengikat tali kasut ikatan reben seperti yang di
demonstrasi oleh salah seorang dari kami tadi.

Kami membimbing murid memegang kedua-dua hujung tali dengan cara
yang betul. Kami juga membimbing murid meluruskan kedua-dua belah tali
supaya mempunyai ukuran yang sama panjang ini adalah bertujuan untuk
memudahkan murid mengikat tali kasut ikatan reben pada langkah
seterusnya. Kemudian kami meminta murid menyanyi lagu ikatan tali kasut
sambil membuat ikatan, bagi memastikan murid dapat mengikat tali kasut
ikatan reben mengikut langkah yang betul. Murid diberi peluang untuk
mencuba mengikat tali kasut ikatan reben pada kain felt tanpa bantuan
pengkaji. Apabila murid telah berjaya mengikat tali kasut ikatan reben pada
kain felt dengan menggunakan tali kasar secara beberapa kali, maka kami
menggantikan tali kasar dengan tali yang bersaiz sederhana dan akhirnya tali
yang bersaiz halus. Ini adalah bertujuan untuk membolehkan murid
menguasai kemahiran mengikat tali kasut ikatan reben secara ansur maju.

Rajah 5: Tali yang bersaiz besar, sederhana dan kecil yang digunakan semasa
dalam peringkat ke tiga.

11

QR CODE VIDEO PEMBENTANGAN INOVASI
12

4. 0 HASIL KAJIAN

Pengumpulan data kami melibatkan enam orang murid Kelas K4 Berlian yang
terdiri daripada 4 murid lelaki dan 2 perempuan. Murid ini adalah seperti
berikut:

Bil Responden Bangsa Jantina Umur Pengesanan
Lelaki masalah
1 RESPONDEN A India 13 Masalah
tahun Komunikasi
2 RESPONDEN B OA Lelaki
11 Mempunyai
tahun daya ingatan
yang lemah

3 RESPONDEN C Melayu Perempuan 14 Mudah keliru
4 RESPONDEN D Cina Perempuan tahun
5 RESPONDEN E India Lelaki 12 Masalah
tahun Komunikasi
6 RESPONDEN F Melayu 13 Mempunyai
tahun daya ingatan
yang lemah
Lelaki 12 Mempunyai
tahun daya ingatan
yang lemah

4.1 Analisa kajian Jumlah (%)
100
No Masalah
50
1 Tidak faham cara membentuk ikatan 50
reben 25

2 Lupa Langkah-langkah ikatan

3 Keliru pusingan ikatan antara tangan
kanan dan kiri

4 Masalah Komunikasi

13

4.2 Tafsiran keputusan
Semasa ujian pra, pemerhatian awal kami mendapati murid telah
menunjukkan semangat yang tinggi dan berusaha untuk menghasilkan satu
ikatan tali kasut. Akan tetapi, apabila murid telah gagal mengikat tali kasut
secara berulangkali, murid semakin kurang kesabaran dan tumpuannya
mudah beralih ke tempat lain. Di samping itu, murid juga sentiasa memandang
kepada kami untuk mendapat kepastian adakah ikatan yang dibuat olehnya
betul atau tidak sehingga meminta bantuan daripada pengkaji.
Walaubagaimanapun, murid telah menunjukkan sikap yang positif dan
berminat dalam ujian pos. Melalui pemerhatian, pengkaji mendapati walaupun
kemahiran motor halus murid tidak begitu mahir dalam memegang tali yang
kecil, tetapi pengkaji telah memperhatikan bahawa murid telah menunjukkan
semangat yang tinggi dalam melakukan ikatan tali kasut. Murid telah
menumpukan perhatian sepenuhnya dan menunjukkan perasaan seronok
serta menunjukkan kecenderungan melengkapkan ikatan tali kasut ikatan
reben.

14

4.3 Hasil Dapatan

Ujian pra dan ujian pos dilaksanakan adalah bertujuan untuk menilai
dan menguji tahap keberkesanan bimbingan secara berperingkat dalam
mengikat tali kasut ikatan reben sebelum dan selepas ujian dijalankan ke atas
murid. Semasa menjalankan ujian pra dan ujian pos, pengkaji telah
mencatatkan pemerhatiannya pada borang senarai semak bagi memudahkan
mengenal pasti sejauh manakah kemahiran murid dalam meningkat tali kasut
ikatan reben. Berikut adalah keputusan bagi ujian pra dan ujian pos yang telah
dijalankan.

Jadual 1: Perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pos (Kemahiran
mengikat tali kasut ikatan reben)

Items yang diuji UJIAN PRA UJIAN POS

YA TIDAK YA TIDAK

Dapat membezakan antara tali dan / /
benang

Membezakan tangan kanan dan kiri //

Cara memegang tali dengan betul / /

15

Penguasaan koordinasi mata dan / /
tangan

Mengikat tali kasut ikatan reben / /
mengikut langkah yang betul

Menghasilkan satu ikatan tali kasut yang / /
lengkap dengan ikatan reben

Berdasarkan jadual 1, satu graf perbandingan keputusan ujian pra dan
ujian pos telah dibina (rujuk rajah 6).

Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos

100 100
Ujian pos
80

60

40
16.7

20

0
Ujian Pra

Rajah 6: Perbezaan peratusan keputusan ujian pra dan ujian pos.

16

Berdasarkan rajah 6, peratus peningkatan adalah 83.3% berbanding
keputusan ujian pra ialah 16.7%. Murid telah menunjukkan prestasi yang baik
selepas intevensi dengan bimbingan secara berperingkat diberi. Ini
bermakna penggunaan bimbingan secara berperingkat telah berjaya
meningkatkan kemahiran murid dalam mengikat tali kasut ikatan reben.

5.1 Perbandingan minat murid dalam keputusan ujian pra dan
ujian pos

Kajian tindakan ini dibina secara berperingkat bukan sahaja dapat
meningkatkan kemahiran murid dalam mengikat tali kasut ikatan reben, tetapi
juga dapat meningkatkan minat murid dalam mengikat tali kasut ikatan reben.
Berikut adalah keputusan senarai semak dalam ujian sebelum tindakan dan
selepas tindakan.

Jadual 2: Perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pos (Minat
mengikat tali kasut ikatan reben)

Items yang diuji UJIAN PRA UJIAN POS

YA TIDAK YA TIDAK

Merasa seronok semasa mengikat tali kasut ikatan //
reben

17

Menumpukan perhatian semasa mengikat tali kasut //
ikatan reben

Kecenderungan melengkapkan ikatan tali kasut //

Selain itu, kami juga memberi peneguhan positif kepada responden
sebagai pujian ke atas usahanya sepanjang intevensi bimbingan secara
berperingkat dalam meningkatkan kemahiran mengikat tali kasut ikatan reben.
Ini secara tidak langsung telah meningkatkan minat murid untuk melibatkan
diri dalam bimbingan mengikat tali kasut ikatan reben.

18

5.0 PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN
Kami telah menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual, senarai

semak dan Rekod anekdot. Kami adalah instrumen utama memungut data.
Pengkaji perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati
sendiri fenomena yang ingin dikaji. Maklumat kajian diperoleh secara langsung
daripada peserta kajian.

Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis
dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Nota
lapangan dan diari pengkaji merupakan penyokong utama dalam
mengesahkan kerja-kerja lapangan yang dijalankan dalam kajian kualitatif.
(Aini Hassan. 2007).

Dalam kajian ini, kami telah menggunakan bimbingan secara
berperingkat untuk meningkatkan kemahiran murid dalam mengikat tali kasut
ikatan reben. Pada bimbingan peringkat pertama, murid telah dibimbing untuk
meningkatkan kemahiran motor halus. Di samping itu, peningkatan kemahiran
murid selepas kajian turut dibantu dengan kaedah nyanyian yang telah
dilaksanakan dalam proses bimbingan peringkat kedua. Ini selari dengan
Noraini (2003), yang menyatakan bahawa iringan irama lagu dengan rentak
tertentu menguatkan lagi diet ingatan kerana disamping mengurangkan
kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong penumpuan.

19

Peningkatan kemahiran murid dalam mengikat tali kasut ikatan reben turut dibantu
dengan proses bimbingan yang ketiga di mana murid telah dibimbing oleh kami untuk
mengikat tali kasut ikatan reben dengan penggunaan saiz tali yang
berbeza. Penggunaan saiz tali yang berbeza iaitu dari saiz tali yang besar, sederhana
dan akhirnya kecil telah membolehkan murid menguasai kemahiran mengikat tali kasut
ikatan reben dengan baik. Oleh itu, untuk memastikan murid dapat menguasai kemahiran
mengikat tali kasut ikatan reben dengan baik,kami telah mencadangkan mengaplikasikan
bimbingan secara berperingkat dalam kemahiran yang lain. Kajian ini dijalankan adalah
untuk melihat keberkesanan bimbingan secara berperingkat meningkatkan kemahiran
kanak-kanak berkeperluan khas dalam menguasai kemahiran mengikat tali kasut ikatan
reben. Kaedah nyanyian juga merupakan satu kaedah yang berkesan untuk membantu
kanak-kanak memperoleh sesuatu ilmu dan kemahiran.Selain itu perlu penambahan
terhadap aktiviti-aktiviti kemahiran motor halus lain yang menarik minat dan perhatian
murid.

20

7.0 SEBAR LUAS
Laporan bergambar.

21

RUJUKAN

Abdullah Al-Amin Al-Na’miy (1994). Kaedah dan teknik pengajaran menurut ibnu
khaldun dan al-qabisi. Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka

Aini Hassan. 2007. Kualitatif Atau Kuantitatif?: Memahami Andaian Asas Yang
Mendasari Penyelidikan Pendidikan. Masalah Pendidikan. 30 (1). Halaman 7-
16. ISSN 0126-5024

Noraini Ahmad (2003). Menguatkan ingatan. Diperoleh 22 Mac 2019 dari
http://books.google.com.my

Ibrahim Saat (1995). Isu pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Wan Nouraini Wan Muhammad (2008). Kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Diperoleh 22 Mac, 2019 dari
http://members.tripod.com/jpn_sem3/publish/Kae_tek.htm

Lewin (1946) & Laidlaw (1992). Action research and minority problem. Journal of Social
Issue, 2(1),65.

Ibrahim Saat (1995). Isu pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Mahfuzah Zainol (2018) Intervensi Terapi Carakerja untuk Murid Disleksia.

22


Click to View FlipBook Version