The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zzzarithsofeaaa, 2022-06-01 10:27:08

TUGASAN 3 PENULISAN ESEI PALS1012

TUGASAN 3 PENULISAN PALS1012

ISI KANDUNGAN ISI UTAMA MUKA
BIL. SURAT

1.0 PENGENALAN 2-3
2.0 ISU 1: PENCEMARAN AIR 3-4
3.0 ISU 2: PENGURUSAN SISA PEPEJAL 5-6
4.0 PRODUK PENYELESAIAN MASALAH 1: BOT SOLAR 6-7
5.0 PRODUK PENYELESAIAN MASALAH 2: BAJA KOMPOS 7-8
6.0 KESIMPULAN 9
7.0 SUMBER RUJUKAN 10

1

1.0 PENGENALAN

Teknologi hijau ialah membangunkan dan mengaplikasikan produk, sistem dan peralatan
untuk memulihara alam dan mengurangkan kesan akibat daripada aktiviti manusia (Bhardwaj,
M & Neelam, 2015). la merangkumi teknologi yang mewujudkan cara pembangunan mampan
dan membantu mengurangkan kesan kepada alam sekitar (Soni, 2015). Ia memberi tumpuan
bagaimana bagi mencapai kemampanan melalui sains dan teknologi (Singh & Kaur, 2013).
Pengenalan berkenaan Teknologi hijau ini adalah bertujuan untuk memelihara dan
memulihara alam sekitar yang berada di sekeliling kita dalam pada masa yang sama berfungsi
untuk membantu penyumbangan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Dalam era yang
semakin maju ini, sumber-sumber alam semula jadi kini kian tandus dan semakin diterokai
secara rakus oleh golongan-golongan manusia yang tidak bertanggungjawab. Teknologi hijau
telah menjadi satu medium untuk membantu manusia dalam proses penerokaan sumber yang
boleh diperbaharui bagi menggantikan sumber yang tidak boleh diperbaharui contohnya,
minyak mentah, arang batu dan gas asli. Hal ini demikian juga dapat membantu dalam
kelestarian alam sekitar serta meningkatkan mutu dalam pembangunan lestari yang lebih
menyeluruh.

Konsep Teknologi Hijau merupakan aplikasi sains alam sekitar sebagai pemuliharaan
sumber dan alam semulajadi bagi mengurangkan impak-impak negatif daripada aktiviti
manusia. Penggunaan teknologi rendah karbon yang juga lebih mesra alam berbanding
dengan teknologi sedia ada untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian,
sebarang teknologi yang dapat menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah
Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan
pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat
permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan. Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah
selaras dengan konsep pembangunan mapan (sustainable development) semua
pembangunan yang dilaksanakan hendaklah mematuhi kriteria berkaitan keperluan semasa
tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan.

Proses perubahan cuaca global sememangnya tidak dapat dihalang. Walau
bagaimanapun, usaha dapat dilakukan untuk melambatkan proses ini. Oleh yang demikian,
aplikasi Teknologi Hijau merupakan salah satu inisiatif dalam langkah untuk melambatkan
proses perubahan cuaca dunia. Manusia merupakan salah satu daripada penyumbang
terbesar dalam pelepasan Gas Rumah Hijau iaitu dengan melalui aktiviti harian yang
dilakukan contohnya, penggunaan kereta, tenaga elektrik, penggunaan bahan-bahan kimia
seperti racun serangga dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, aplikasi teknologi dan
amalan hijau seperti penggunaan alat-alat elektrik cekap tenaga, penggunaan kenderaan

2

awam atau bahan api alternatif, penjimatan penggunaan air merupakan antara perkara-
perkara yang boleh dipertimbangkan dalam melaksanakan aktiviti harian kita. Sebagai
masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar, kita juga perlu menyedari tentang pilihan
yang dibuat sekarang merupakan penentuan bagi perkara yang berlaku pada masa akan
datang.

2.0 ISU 1: PENCEMARAN AIR

Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada
sistem kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti
pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkutan dan sebagainya. Tumbuhan dan haiwan
juga memerlukan air untuk terus hidup. Malah, kemajuan semasa tidak boleh menepis rasa
kebergantungan kita kepada air. Manusia akan lebih bimbang tentang ketiadaan air, atau
tahap kebersihan air sama ada melampau atau tidak. Namun, air semakin hari semakin
tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Menurut Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau
tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana
bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini
sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan
memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain
seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan pencemaran air ini terjadi. Dengan itu,
punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan
domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenang-
wenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai
cara termudah untuk menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria
dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air
yang menggugat kehidupan akuatik.

Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan
kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke
dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke
dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai.
Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan
sungai tercemar. Ini biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.

3

Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil
pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungai-sungai.
Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam
sungai. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak
telah mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan
air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.

Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan
pencemaran air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti
nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada
gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, ini akan mengakibatkan
air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan
akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.

Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga
menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dari
makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air
serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan
buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga
menyumbang kepada pencemaran air laut.

4

3.0 ISU 2: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Pengurusan sisa pepejal merupakan satu keperluan dalam usaha untuk melindungi
alam sekitar dan menjamin kelestarian serta kualiti hidup masyarakat. Oleh itu tidak hairanlah
sekiranya pengurusan sisa pepejal dianggap sebagai isu global kerana semua individu
bertanggungjawab dalam penjanaan sisa pepejal yang dilakukan setiap hari. Salah satu
cabaran besar dalam kehidupan manusia dan masyarakat moden khususnya di bandar ialah
pengurusan persekitaran terutamanya pengurusan sisa pepejal atau sampah sarap buatan
manusia agar kualiti hidup terpelihara dan kehidupan menjadi lebih selesa dan sejahtera.

Sisa pepejal merupakan hasil buangan daripada aktiviti sosio-ekonomi manusia yang
mempunyai sifat kotor dan dianggap tidak berguna serta pengurusan sisa pepejal adalah
antara masalah utama yang di hadapi oleh kebanyakan bandar di negara membangun
(Hasnah, et.al, 2012). Manakala Seow dan Indera (2016) mentakrifkan sisa pepejal sebagai
sebagai suatu bahan atau sumber yang tidak lagi digunakan kerana tidak mempunyai nilai
ekonomi sebelum ia melalui proses akhir.

Sisa pepejal dapat dikategorikan kepada beberapa jenis antaranya adalah sisa pepejal
isi rumah, sisa pepejal import, sisa pepejal komersial, sisa pepejal keinstitusian, sisa pepejal
pembinaan, sisa pepejal perindustrian, sisa pepejal awam dan mana-mana sisa yang
ditetapkan dari semasa ke semasa (Laman Web Rasmi JPSPN, 2017).

Pencemaran sisa pepejal ini berpunca daripada buangan pepejal seperti sisa-sisa
makanan, sampah sarap dan benda-benda terpakai daripada kawasan perumahan,
perniagaan, sekolah dan kawasan-kawasan awam. Contoh barang-barang buangan ialah
seperti rangka atau bingkai, barang-barang elektronik, perabot dan tayar buruk, buangan
daripada perlombongan dan kuari, bahan buangan daripada pengorekan dan pecahan
bangunan-bangunan. Juga, sisa buangan taman dan sisa buangan binatang dan pertanian
seperti najis khinzir, lembu, sekam padi dan sekam kayu.

Kesan pencemaran sisa pepejal ini terhasil dari sisa-sisa pembuangan sampah yang
boleh membawa pelbagai wabak penyakit yang disebarkan oleh haiwan-haiwan perosak
seperti tikus, lipas, burung gagak, lalat dan lain-lain. Antara wabak penyakitnya seperti demam
denggi, taun, malaria, keracunan makanan dan sebagainya.

Pengurusan sisa pepejal di Malaysia bukan sahaja dilakukan oleh pihak berkuasa
tempatan seperti Majlis Daerah dan Majlis Pembandaran malahan turut diswastakan dan
dikendalikan oleh empat konsortium yang dilantik. Antara konsortium yang telah dilantik ialah
Alam Flora Sdn. Bhd yang beroperasi di Wilayah Tengah atau Timur dan juga Nothern Waste
Industries yang beroperasi di Wilayah Utara. Manakala pengurusan sisa pepejal di Wilayah

5

Selatan telah dikendalikan olen Southern Waste Management dan Eastern Waste
Management yang beroperasi di Malaysia Timur. Penswastaan ini dilakukan dengan
matlamat supaya perkhidmatan berkaitan pengurusan sisa pepejal menjadi lebih cekap
dengan kos perkhidmatan yang lebih berkemampuan menggunakan jentera yang lebih cekap
serta disokong oleh pekerja yang berkemahiran tinggi (Utusan Online, 20 September 2011).

4.0 PRODUK PENYELESAIAN MASALAH 1: BOT SOLAR
Antara salah satu cara menyelesaikan masalah isu pencemaran air, adalah dengan

menggunakan produk teknologi hijau iaitu bot solar. Produk ini merupakan produk yang
dihasilkan dengan suatu tingkat kemahiran inovasi yang telah diilhamkan dalam pengubahan
bot enjin yang menggunakan diesel (bot diesel) kepada bot yang lebih mesra alam. Bot solar
ini merupakan produk rekacipta yang telah dimanfaatkan oleh ramai pengguna terutamanya
para nelayan. Pengguna bot akan menggunakan bot secara kerap bagi menjalankan aktiviti
atau kerja harian mereka. Terdapat sesetengah daripadanya menjadikan bot sebagai punca
pendapatan mereka. Sebelum bot ditransformasikan kepada bot yang lebih baik atau mesra
alam, kebiasaannya bot-bot yang bergerak di sekitar laut atau sungai menggunakan enjin
yang memerlukan tenaga bahan bakar seperti diesel bagi menghidupkan enjin untuk
memastikan bot itu berfungsi. Hal ini kerana, penggunaan enjin berkuasa diesel mempunyai
kesan negatif terhadap alam sekitar dan juga mahal. Dengan itu, pemasangan panel solar
pada bot mampu menggerakkan bot dan berfungsi sama seperti bahan bakar. Bot solar hanya
menggunakan kuasa tenaga cahaya matahari bagi menggerakkan bot. Panel solar yang

6

dipasang pada bot berfungsi untuk menyerap semua tenaga cahaya daripada matahari dan
akan bertukar kepada tenaga yang akan menggerakkan motor dalam enjin bot tersebut.
Penggunaan tenaga solar adalah terkini dan mengikut peredaran zaman. Kelebihan bot solar
adalah dapat mengelakkan pencemaran yang boleh berpunca daripada tenaga bahan bakar
yang digunakan untuk menghidupkan enjin bot. Bot solar ini dinovasikan dengan
menggunakan tenaga yang lebih baik dan boleh diperbaharui tanpa member impak negatif
kepada ekosistem atau masyarakat negara.

5.0 PRODUK PENYELESAIAN MASALAH 2: BAJA KOMPOS
Antara salah satu cara menyelesaikan masalah isu pengurusan sisa pepejal, adalah

dengan menggunakan produk teknologi hijau iaitu baja kompos. Baja kompos adalah sejenis
baja yang telah dihasilkan daripada proses pereputan bahan-bahan organik yang telah terurai
lalu dikitar semula membentuk menjadi baja atau pinda tanah. Kompos adalah bahan utama
dalam pertanian organik. Pada umumnya pengkomposan hanya perlu membuat timbunan
bahan-bahan di kawasan yang terbuka dan menunggu bahan-bahan tersebut terurai
sekurangnya hingga ke enam minggu atau lebih. Kaedah pengomposan moden
menggunakan beberapa langkah proses, dipantau dengan teliti dengan kemasukan air,
udara, dan bahan yang kaya dengan karbon dan nitrogen. Produk baja kompos ini sering
menjadi pilihan pengguna dalam menyokong pemeliharaan alam sekitar kerana ia dapat
membekalkan khasiat yang cukup untuk tanaman serta dapat menggantikan baja kimia yang
akan memberi kesan buruk kepada tanaman, tanah dan ekosistem semula jadi. Hal ini

7

menyebabkan masalah kakisan tanah. Berikut boleh mengundang kepada kecederaan
penduduk setempat mahupun menjejaskan reputasi alam sekitar yang baik di negara kita.
Baja Kompos akan terhasil apabila bahan organik mereput dan terurai kepada bahan yang
kaya dengan nutrien yang dipanggil 'humus' melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh
organisma tanah seperti bakteria, cacing dan kulat. Bahan yang sudah terurai itulah yang
dinamakan sebagai kompos. Walaubagaimanpun, proses ini mengambil tempoh masa yang
agak lama sehingga memakan sekurang-kurangnya 4 hingga ke 6 bulan.

Berdasarkan kelebihan produk teknologi hijau yang dipilih di atas iaitu baja kompos,
aktiviti kompos berupaya meningkatkan lagi usaha-usaha dalam mewujudkan jaminan
sumber makanan dalam kalangan masyarakat atau penduduk setempat. Hal ini dapat dilihat
apabila sumber input pertanian boleh dihasilkan sendiri tanpa perlu bergantung kepada
pembelian baja. Tambahan pula aktiviti pertanian yang dihasilkan menggunakan kompos
lebih 'organik' dan sihat. Selain itu, baja ini berfungsi dalam menambah nutrien ke dalam tanah
kerana ia merupakan tanah humus yang kaya dengan nutrien. Apabila kompos diletakkan di
atas tanah sedia ada, ia menambah nutrien, seperti karbon dan nitrogen. Nutrien ini digunakan
oleh tumbuhan untuk pertumbuhan dan fotosintesis. Menambah kompos juga membantu
mengekalkan air untuk kegunaan tumbuhan. Disamping itu, masyarakat dapat belajar untuk
mengamalkan sikap kitar semula sisa dapur dan halaman. Pengkomposan menyimpan
sebanyak 30% sisa daripada pergi ke tong sampah. Ini mengurangkan jumlah sampah di
rumah anda. Dengan ini, pembelian beg sampah dapat dikurangkan apabila bahan buangan
dialihkan dengan cara yang sepatutnya.

8

6.0 KESIMPULANNYA

Konklusinya, persamaan bagi kedua-dua cara penyelesaian masalah adalah produk
teknologi hijau yang berupaya dalam menyelamatkan dan memelihara alam sekitar. Baja
kompos dan bot solar kedua-duanya merupakan produk yang menjamin kesejahteraan
kehidupan masyarakat kepada kehidupan yang lebih baik dan sihat. Kehidupan dengan
persekitaran yang bersih dan selesa. Produk-produk teknologi hijau jarang diamalkan dalam
budaya masyarakat kita pada hari ini, dan ini perlu diterapkan terutamanya anak-anak yang
masih di peringkat sekolah. Amalan penjagaan dan mencintai alam sekitar perlu dipupuk sejak
mereka kecil. Penggunaan bot solar akan memberi impak yang lebih banyak kepada
masyarakat terutamanya masyarakat nelayan. Penjagaan atau penyelenggaraan bagi
penggunaan solar adalah lebih mudah dengan hanya membersihkan panel solar tersebut
setahun sekali dan hanya perlu memastikan panel sentiasa dalam keadaan bersih.
Penggunaan dan penciptaan bot solar dapat mengembangkan lagi teknologi dalam industri
tenga solar. Selain itu, pencemaran yang dikaitkan dengan sistem solar yang digunakan
adalah lebih rendah berbanding produk teknologi hijau yang lain manakala baja kompos
hanya melibatkan masalah pengurusan sisa pepejal. Hal ini memerlukan sikap dan
tanggunjawab oleh penduduk tempatan tentang kepekaan mereka terhadapa sisa
pembuangan di rumah. Walaubagaimanapun, perkara ini perlu dititiberatkan bagi memupuk
suasana dan persekitaran yang bersih sekali gus dapat menyelamatkan alam sekitar tercinta
Akhir kata, keharmonian alam sekitar merupakan suatu amanah yang perlu dipikul bersama
oleh setiap lapisan masyarakat. Setiap kalangan masyarakat, dalam kedudukan mereka
masing-masing, perlu bertindak sewajarnya untuk menyelesaikan isu ini. Pendekatan yang
paling sesuai adalah melalui pendidikan yang dilaksanakan dalam pelbagai peringkat dan
bentuk. Pendidikan sahaja belum pasti dapat menyelesaikan semua masalah sekiranya kita
tidak mempunyai polis dan dasar yang jelas untuk mengatasinya. Untuk memastikan yang
polisi dan dasar terlaksana, kita memerlukan kepada sistem penguatkuasaan yang berkesan
untuk memastikan polisi dan dasar ini terlaksana. Kerajaan juga perlu memastikan bahawa di
sana terdapat suatu mekanisme yang membolehkan alam sekitar dapat diurus dengan baik.
Media massa amat berperanan dalam menyedarkan masyarakat tentang kepentingan
pemuliharaan alam sekitar.

9

7.0 SUMBER RUJUKAN
Nadzri. A. T. (2016). Mereka bentuk dan membina bot solar.

http://eprints.ums_edu.my/id/eprint/17424/
PENCEMARAN AIR. (2014). Blogspot.com. http://pencemaran-

pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-air.html
Seow Ta Wee. (2003). Pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Diperolehi pada 5 Mei 2020.

Daripada http://eprints.uthm.edu.mv/2585/1/94.pdf.
Seow Ta Wee dan Indera Syahrul Mat Radzuan. (2016),Sikap Masvarakat terhadap

Program Kitar semula: Kajian kes di daerah Batu Pahat, Johor. Journal of Techno-
Social.75-86.
Scribd. (2021). Scribd.
https://www.scribd.com/embeds/356333200/content?start_page=1&view_mode=scroll
&access_key=key-fFexxf7r1bzEfWu3HKwf

10


Click to View FlipBook Version