The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORAINI BINTI IBRAHIM KPM-Guru, 2024-06-27 00:41:55

Kertas kertas stem

Kertas Kerja STEM latest

SMK SELISING, 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN PERALATAN PRODUK STEM SOURSOP ICE CREAM DISEDIAKAN OLEH : PN NORAINI BINTI IBRAHIM PENYELARAS KELAB STEM SMK SELISING


KERTAS KERJA MEMOHON PERUNTUKAN BANTUAN PERALATAN PRODUK STEM SOURSOP ICE CREAM 1.0 PENGENALAN Inovasi produk merupakan salah satu cara meningkatkan penambahbaikan dalam sesuatu penghasilan produk. Pelbagai jenis produk boleh diinovasikan seperti inovasi produk makanan, elektronik, kosmetik, fesyen, pertanian dan sebagainya. Hasil kajian yang telah dijalankan menunjukkan produk makanan yang dipasarkan mengandungi bahan campuran bahan kimia yang tinggi dan tidak sesuai kepada kanak-kanak. Kandungan gula, penggunaan bahan pengawet dan penambah perisa dalam makanan dapat menjejaskan kesihatan kanak-kanak dan para pengguna. Inovasi produk aiskrim durian belanda atau Soursop Ice Cream merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah ini. Produk ini menggunakan buah durian belanda asli kerana ianya kaya dengan vitamin C dan dapat meningkatkan imunisasi serta diuretik semula jadi. Melalui produk ini juga, kanak-kanak dapat menikmati terus buah durian makanan yang sihat dan selamat yang terdapat dalam aiskrim buah asli durian belanda ini. 2.0 TUJUAN 2.1 Menyediakan peralatan lengkap bagi menghasilkan ‘Sour Soup Ice Cream’. 2.2 Menjadikan produk Soursop Ice Cream setanding dengan produk yang terkenal di pasaran. 2.3 Memasarkan produk Soursop Ice Cream ke pasaran yang lebih luas dan dapat memberikan hasil tambah kepada program pembangunan sekolah. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Meningkatkan minat murid dalam bidang STEM. 3.2 Mendedahkan ilmu perniagaan dan keusahawan kepada murid STEM. 3.3 Menghasilkan produk inovasi yang boleh dipasarkan dengan menggunakan ilmu STEM. 3.4 Mengaplikasikan dan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM dengan inovasi produk. 3.5 Menggalakkan kanak-kanak menggunakan produk semula jadi dan menikmati khasiat yang terdapat dalam buah durian belanda khususnya. 3.6 Melibatkan murid dalam aktiviti inkuiri dan penyelesaian masalah. 3.7 Mewujudkan murid bekerja dalam satu pasukan dan saling bekerjasama. 4.0 CADANGAN PERALATAN PRODUK STEM ’SOURSOP ICE CREAM’ ,TEMPAT DAN TEMPOH PELAKSANAAN 3.1 Peralatan Peralatan bantuan yang dipohon bertujuan memudahkan kerja-kerja membuat ’Soursop Ice Cream’ dan membolehkan aiskrim dihasilkan dengan banyak dalam satu-satu masa. Selain itu, peralatan yang dpohon membolehkan aiskrim dapat disimpan dalam tempoh yang lebih lama dan meningkatkan produktiviti penghasilan aiskrim. Peralatan yang dimohon disertakan lampiran sebut harga dan seperti berikut:


3.1.1 Soft Ice Cream Machine 3.1.2 Hitech Freezer 99L Dual Cooling 3.2 Tempat Jualan : Koperasi SMKS dan Majlis-majlis penting. 3.3 Tempoh Perlaksanaan : Sepanjang tahun 3.4 Program Kecemerlangan dan perbelanjaan pertandingan : RM1500.00 4.0 SUMBER KEWANGAN BIL PERKARA JUMLAH 1. SUMBANGAN RM7520.00 JUMLAH RM7520.00


5.0 PERBELANJAAN BIL PERKARA KUANTITI HARGA 1. HITEC FREEZER 99L DUAL COOLING (HFZFC138) 1 RM 699.00 2. SOFT ICE CREAM MACHINE YKF-9228 R BERSERTA PENGHANTARAN 1 RM 5721.00 3. PROGRAM KECEMERLANGAN DAN PERBELANJAAN PERTANDINGAN - RM1500.00 RM 7520.00 6.0 PENUTUP Diharapkan permohonan peruntukan bantuan peralatan Produk STEM Soursop Ice Cream ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh pihak tuan bagi melancarkan perjalanan dan memberikan pengalaman yang positif dalam aktiviti pembelajaran kepada murid-murid yang terlibat. Kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai dan diakhiri dengan ucapan ribuan terima kasih. Disediakan oleh, ................................................................ ( PN NORAINI BINTI IBRAHIM ) Penyelaras Kelab STEM SMK Selising. . Disokong oleh, .................................................................. ( EN MAT FADRULHISHAM BIN ISMAIL ) Pengetua, SMK Selising.


Click to View FlipBook Version