NAMA AHLI :
NURUL FATIN NABILA BINTI AZMAN (D20211098443)
NUR MASSHAHANIM BINTI RANJA (D20211098465)
NURAINI BINTI MUSTAFA (D20211098452)
SITI NUR MAWARDAH BINTI MOHD ROPI (D20211098451)
NUR AIN NAJWA BINTI MOHD BUSTAMAN (D20211098446)
NAMA PENSYARAH :
PROF. MADYA DR NORAZIMAH BINTI ZAKARIA
KOD KURSUS : BSS3173
TAJUK TUGASAN 2 : KISAH BERMULA DI BUKIT SI GUNTANG
( PROSA TRADISI – SASTERA TULISAN)
KISAH BERMULA DI BUKIT SI GUNTANG
KISAH BERMULA DI BUKIT SI GUNTANG
WATAK
DEMANG WAN EMPUK & NILA PAHLAWAN
LEBAR DAUN WAN MALINI KRISYNA PANDITA
NILA UTAMA
SULALATUS SALATIN
Di tanah Andalas , terdapat sebuah negeri yang bernama Palembang.
Rajanya bernama Demang Lebar Daun yang merupakan cucu kepada
Raja Suran.
Di sungai palembang tersebut terdapat
sebuah sungai yang diberi nama Muara
Tatang.
Di sungai palembang ini juga terdapat sebuah bukit
yang diberi nama Bukit Si Guntang. Bukit Si Guntang ini
didiami oleh dua orang perempuan iaitu wan Empuk dan
Wan Malini. Merekalah yang menanam padi huma di
bukit ini.
Kisah Bermula apabila anak raja Suran yang tiga saudara
dipelihara oleh Raja Aktabu’l-Ard ,mereka diberi pesanan oleh
ayahandanya apabila tiga saudara ini besar akan disuruh
hantar ke dunia.
Setelah ketiga-tiga anak Raja Suran mendengar pesan itu, maka mereka
dilengkapi dengan pakaian anak-anak raja dan kemudiannya mereka dihantar
kedunia dengan menaiki lembu putih.
Maka pada malam tersebut Wan Empuk dan Wan Malini terlihat dari rumahnya terdapat
cahaya yang terang menyala seperti api di Bukit Si Guntang itu. Mereka berasa takut dan
tidak berani untuk pergi melihat pada malam itu. Wan Malini berkata…
“ Dikuatiri cahaya terang benderang itu adalah naga besar.”
Setelah hari siang. Mereka pergilah menuju ke tempat yang bercahaya terang benderang
malam semalam. Maka sebaik sahaja sampai , mereka melihat padinya berbuah emas,
berdaun perak dan berbatang sauna. Mereka terkejut, tanah bukit Si Guntang juga bertukar
menjadi keemas-emasan.
Lalu Wan Empuk dan Wan Malini terlihat 3 orang lelaki muda duduk diatas lembu
putih dengan lengkap berpakaian anak raja. Wan Empuk dan Wan Malini terkejut.
Sebaik itu, mereka bertanya kepada tiga orang pemuda itu, “ Siapakah tuan
hamba bertiga? Anak raja manakah tuan hamba? Kerana selama kami duduk
disini tiada seorang manusia pun datang kemari.”
Sahut Nila Pahlwan, “Adapun Kami bukan daripada Jin dan peri dan bukan
daripada bangsa Indera. Bangsa Kami daripada manusia. Asal kami daripada
anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain.
Lalu Wan Empuk dan Wan Malini bertanya lagi “ Jikalau tuan hamba daripada
anak cucu Raja Iskandar apa sebab tuan hamba kemari?’ Maka Nila Pahlawan
pun berceritalah kepada Wan Empuk dan Wan Malini seperti mana yang
diceritakan oleh Raja Aktabur’l-Ard kepada mereka.
wan empuk dan wan malini bertanya lagi kepada tiga anak raja itu apa alamat yang
diperkatakan oleh mereka. Kemudianya Nila Pahlawan menjawab Mahkota kami bertiga
inilah alamatnya. Serta padi yang berbuah emas , berdaun perak dan berbatang suana dan
tanh negara bukit ini menjadi seperti warna Keemas-emasan.
wan empuk dan wan Malini pun percaya. Peristiwa itu telah
menyebabkan ketiga-tiga anak raja ini dijaga oleh Wan Empuk dan
Wan Malini. Lalu DEmang Daun Lebar pun mengetahui Wan Empuk
dan Wan Malini menjaga ketiga-tiga anak raja itu . kemudianya ,
ketiga-tiga anak raja itu dibawa menaiki lembu putih kenaikan baginda
ke negeri Palembang
Dengan Takdir Allah , Lembu Kenaikan Baginda Muntah Buih Yang
Didalamnya Terlihat Seorang Manusia Lelaki. Maka Demang Daun
Lebar Menamakannya “Batala” Yang Bermaksud Orang Yang
Membaca Cerita Kerana Daripada Anak Cucu Betala Itulah
Menyebakan Orang Membaca Cerita Dahulukala.
TAMAT