The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afathin.amalia, 2021-11-07 23:34:52

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2021

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2021

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID,
05050 ALOR SETAR,KEDAH DARUL AMAN

KAJIAN TENTANG GUNA TANAH DI KAMPUNG TOK
ELONG,BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

NAMA : FATHIN AMALIA BT AZMI

NO IC : 060908-07-0290

TINGKATAN : 3 SAKINAH

NAMA GURU : CIKGU ARHAMNI BT ROBIAN

TARIKH HANTAR : 30 OKTOBER 2021

SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA
SURAT
1. Tajuk Kajian
2. Senarai kandungan 1
3. Penghargaan
4. Pendahuluan 2
5. Objektif kajian 3
6. Kawasan kajian 4
7. Kaedah kajian 5
8. Dapatan kajian 6
7
1. Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar
tentang latar belakang kawasan kajian

1. Melukis dan mentafsirkan peta lakar yang menunjukkan
taburan guna tanah di kawasan kajian

1. Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan
kajian dan menghuraikan satu faktor yang
mempengaruhi guna tanah berkenaan

1. Mengenal pasti dan menghuraikan tiga kesan guna
tanah tersebut terhadap alam sekitar di kawasan kajian.

1. Memberi tiga cadangan dan pendapat terhadap usaha-
usaha untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut.

9. Rumusan
10. Lampiran
11. Rujukan

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Puan Zaiton bt Ismail selaku pengetua Maktab Mahmud
Alor Setar kerana telah memberi keizinan kepada saya
untuk menggunakan segala peralatan dan kemudahan
yang diperlukan bagi melaksanakan tugasan ini.

Tidak ketinggalan guru mata pelajaran Geografi saya,
Puan Arhamni bt Robian atas segala bimbingan,
tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna
serta telah banyak menolong saya dan rakan-rakan
sekelas saya bagi menyempurnakan tugasan ini.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya
ucapkan kepada ibu bapa saya iaitu Azmi bin Mohamed
Yusof dan Sabariah bt Mohmad Salleh yang telah
banyak memberi sokongan moral dan dorongan kepada
saya serta sudi mengorbankan masa mereka untuk
menolong saya mengumpulkan maklumat -maklumat
tentang kajian guna tanah yang saya kaji.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya
kepada rakan-rakan sekelas saya terutamanya Nur Alya
Batrisyia Binti Muhamad Anuar kerana telah memberi
saya banyak pendapat dan idea.

PENDAHULUAN

Instrumen pelbagai dijalankan bagi memenuhi syarat
yang ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian
Pendidikan Malaysia bagi subjek Geografi Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3).Saya merupakan salah seorang pelajar
Tingkatan 3 dari Maktab Mahmud Alor Setar.

Saya telah memilih tajuk kajian guna tanah (petempatan)

Tujuan saya memilih kawasan Kampung Tok Elong ini
adalah kerana kawasan ini merupakan kawasan tempat
tinggal saya. Ekoran itu, kawasan ini memudahkan lagi saya
menjalankan kajian ini terutamanya ketika pembelajaran
secara maya dari rumah.

Tempoh kajian yang diberikan kepada saya serta rakan
seperjuangan saya yang lain telah dimanfaat dengan
sebaiknya untuk mengumpulkan maklumat bagi
menyiapkan kajian tentang
guna tanah ini.

Saya telah menemu ramah dan soal selidik sekurang-
kurangnya seramai 3 orang responden iaitu Azmi bin
Mohamed Yusof ,Sabariah bt Mohmad salleh dan
Sharidawati Binti Shahrom untuk mendapatkan
maklumat terkini tentang latar belakang kawasan kajian
dengan tepat disamping mengenalpasti satu jenis guna
tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan faktor
yang mempengaruhi guna tanah tersebut serta
mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah
tersebut terhadap alam sekitar yang telah dikaji.

Selain itu, saya turut mendapatkan cadangan usaha -
usaha untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut
daripada responden.

Kesemua mereka telah memberi kerjasama yang baik
kepada saya. Kerjasama yang diberi telah dapat
menjimatkan masa dan memudahkan kerja bagi
melengkapkan kajian tentang guna tanah di kawasan
saya ini. Semua data dan maklumat yang dipilih telah
direkod.

OBJEKTIF KAJIAN

OBJEKTIF utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi
kehendak tugasan kajian peta melalui aspek dan perkara-
perkara seperti berikut:

(a) Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar
tentang latar belakang kawasan kajian.

(b) Melukis dan mentafsirkan peta lakar yang menunjukkan
taburan guna tanah di kawasan kajian.

(c) Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian
dan menghuraikan satu faktor yang mempengaruhi guna
tanah berkenaan.

(d) Mengenal pasti dan menghuraikan tiga kesan guna tanah
tersebut terhadap alam sekitar di kawasan kajian.

(e) Memberi tiga cadangan dan pendapat terhadap usaha-usaha
untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah di Kampung Tok Elong, Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

Kampung Tok Elong merupakan sebuah Kawasan tumpuan
penduduk kerana terletak berhampiran dengan pusat bandar,
iaitu Bukit Mertajam.

Oleh kerana Kawasan yang dikaji ini berhampiran bandar, ia
mempunyai penduduk yang ramai kerana banyak peluang
pekerjaan yang boleh didapatkan dan taraf hidupnya juga tinggi
serta menjadi tumpuan untuk petempatan.

Penduduk di Kawasan Kampung Tok Elong akan bersekolah di
sekolah kampung bersebelahan seperti Sekolah Kebangsaan
Tanah Liat, Sekolah Kebangsaan Penanti , Sekolah Agama Islam
Tuan Abdullah dan sebagainya.

Selain itu,Kawasan Bukit Mertajam juga mempunyai kegiatan
pertanian.oleh kerana Kawasan ini merupakan Kawasan yang
bertanah pamah, ia subur dan sesuai untuk penanaman padi,
getah serta kelapa sawit.

Secara keseluruhannya,Kawasan ini adalah lebih kepada kegiatan
pengangkutan,pertanian, perniagaan dan lain-lain.

KAEDAH KAJIAN

1) Rujukan

selaras dengan perkembangan teknologi masa
kini,Internet adalah sumber bagi mendapatkan pelbagai
maklumat.Melalui laman sesawang yang telah
dilayari,saya dapat memuat turun bahan maklumat
untuk dijadikan rujukan tambahan. Saya juga merujuk
beberapa buah buku bagi mendapatkan maklumat
penting yang berkaitan.

2) Pemerhatian

saya telah membuat pemerhatian dan tinjauan di
Kawasan Kampung Tok Elong bagi mengenal pasti jenis
guna tanah (petempatan) yang terdapat di Kawasan
kajian.Maklumat yang saya peroleh itu membantu saya
untuk melukis dan mentafsir peta lakar guna tanah.

3) Bimbingan guru

tanpa bimbingan guru,sudah tentu saya tidak berjaya
melaksanakan tugasan kajian yang telah diberikan. Saya
mendapat bimbingan daripada guru Geografi saya
,Arhamni bt Robian yang banyak memberi tunjuk ajar
berharga kepada saya.

HASIL KAJIAN

LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Kampung Tok Elong,Bukit
Mertajam Pulau Pinang.

Negeri Pulau Pinang mempunyai 5 daerah iaitu Seberang
Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai
Selatan ,Timur Laut dan Barat daya.Georgetown
merupakan ibu negeri Pulau Pinang.Bukit mertajam, iaitu
Kawasan kajian saya terletak di Seberang Perai Tengah.

Pulau Pinang merupakan sebuah negeri berpenduduk
padat kira-kira 1.6 juta orang.Oleh itu,tentulah banyak
kegiatan yang terdapat di Kawasan ini.

Antaranya,kegiatan petempatan.Kawasan kajian
berdekatan dengan bandar Bukit Mertajam dan menjadi
Kawasan tumpuan penduduk . Ini kerana banyak peluang
pekerjaan yang boleh didapati oleh penduduk.Terdapat
juga beberapa perusahaan kecil sekitar Kampung Tok
Elong seperti Mekar Kekal Enterprise. Setiap hari Selasa,
pasar malam dibuka sepanjang Jalan Kampung Tok Elong.

PETA LAKAR

TAFSIR PETA LAKAR

Peta menunjukkan Kampung Tok Elong dan kawasan
sekitarnya.Ciri pandang darat fizikal yag terdapat di dalam
peta ialah sungai (Sungai Juru) dan hutan kecil.Manakala
ciri pandang darat budaya ialah petempatan, masjid,
kilang, kelapa sawit, getah dan jalan raya.

Bentuk muka bumi di dalam peta ini menunjukkan
Kawasan bertanah pamah.Kawasan tanah pamah
digunakan untuk aktiviti pertanian, pengangkutan dan
petempatan.Terdapat juga Kawasan yang bersaliran iatu
sungai.

Berdasarkan peta, kegiatan ekonomi utama yang
dijalankan oleh penduduk ialah peniaga.Terdapat juga
sesetengah kegiatan ekonomi pertanian di bahagian
timur laut.Tanaman yang ditanam ialah kelapa sawit dan
getah.

Kampung Tok Elong menjadi kawasan tumpuan
penduduk dan mempunyai petempatan pola petempatan
berselerak.Kawasan ini mempunyai kemudahan sosial
seperti masjid dan perhentian bas.

Terdapat petempatan selain Kampung Tok Elong iaitu
Sunagi Semambu, Berapit dan Taman Suria Aman. Oleh
kerana banyak kegiatan ekonomi yang boleh didapatkan
di Kawasan ini, petempatan dan jalan raya pula banyak
dibina.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
GUNA TANAH

KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

Kemudahan infrastruktur mempengaruhi pembangunan
guna tanah petempatan. Penduduk lebih mudah melakukan
aktiviti seharian ,mudah bergerak dari satu tempat ke satu
tempat yang lain dengan adanya kemudahan ini.

Antara contoh kemudahan infrastruktur ialah pembangunan
jalan raya.jalan raya dibina bagi menghubungkan luar bandar,
kampung dengan Kawasan bandar. Selain itu, lampu isyarat dan
hentian bas memudahkan pergerakan penduduk.

KESAN GUNA TANAH

Aktiviti petempatan juga memberi kesan terutamanya
terhadap alam sekitar.

PENCEMARAN UDARA
Jalan raya yang dibina menyebabkan banyak kenderaan
bermotor melaluinya seprti bas , kereta dan juga lori
.Kenderaan yang digunakan oleh penduduk mengeluarkan
gas yang tidak baik dan boleh mencemarkan alam
sekitar.pembakaran yang dibuat oleh penduduk secar tidak
terkawal juga menyebabkan berlakunya pencemaran udara.

PENCEMARAN AIR

Pencemaran air di Kawasan saliran seperti parit, sungai dan
longkang. Penduduk yang tidak bertanggungjawab
membuang sampah sarap ke dalam longkang atau parit.
Sampah tersebut mengeluarkan bau busuk dan mengganggu
penduduk.

PENINGKATAN SUHU

juga berlaku akibat pertambahan gas karbon dioksida
daripada kenderaan. Ini menyebabkan kadar penyerapan
bahang semakin tinggi terutamanya di Kawasan bandar.

.

CADANGAN USAHA MENANGANI KESAN
GUNA TANAH

Bagi mengatasi masalah – masalah yang berlaku akibat aktiviti
petempatan terdapat beberapa usaha yang boleh dilakukan
penduduk.

AKTIVITI KEMASYARAKATAN

Antaranya,pihak berkuasa boleh menganjurkan aktiviti
kemasyarakatan seperti gotong – royong untuk menangani
masalah pencemaran air. Aktiviti ini wajib dihadiri oleh semua
penduduk . Selain hilang masalah bau busuk, kesihatan
penduduk juga terjamin daripada serangan demam denggi .

KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM

Pihak berkuasa perlu menggalakkan penduduk berkongsi
kenderaan atau menggunakan pengangkutan awam seperti bas
atau kereta api dan menambah kemudahan pengangkutan
awam bagi mengelakkan pencemaran udara berlaku.

MENYEDIAKAN KEMUDAHAN ASAS

Pihak berkuasa juga perlu menyediakan lebih banyak
kemudahan asas seperti tong sampah. Ini kerana selepas
selesainya jualan pasar malam, banyak sampah sarap yang
bertebaran di tengah jalan.

RUMUSAN

Kajian yang telah dijalankan di Kampung Tok Elong telah
memberi kelebihan yang sangat berguna kepada saya.
Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti jenis guna
tanah di Kampung Tok Elong.

Selain itu, saya juga dapat mengaetahui dengan lebih
terperinci apa disebalik definisi dan maksud guna tanah
.Berdasarkan kajian yang telah dijalankan saya mengetahui
dengan lebih jelas beberapa kesan guna tanah di kawasan
kajian .

Selepas mengumpulkan segala maklumat, saya dapat
memberikan beberapa usaha dan cadangan yang boleh
diguna pakai untuk mengatasi kesan guna tanah yang
sedang dan telah berlaku.

LAMPIRAN

Saliran (parit)
yang tercemar
dengan sampah
sarap

Jalan Kampung Tok Elong yang menjadi
Kawasan perniagaan pasar malam setiap hari
selasa

BORANG SOAL SELIDIK GEOGRAFI

TAJUK: kajian guna tanah petempatan di Kampung Tok Elong, Bukit
Mertajam,Pulau Pinang

NAMA: azmi mohd yusof
UMUR: 48
PEKERJAAN: Pensyarah
Tanda (/) pada pilihan jawapan anda.

1. nyatakan faktor yang mempengaruhi aktiviti petempatan di
Kampung Tok Elong.

( ) bentuk muka bumi(tanah pamah)
( / ) peluang pekerjaan
( ) jaringan pengangkutan
( ) kemudahan infrastruktur

2. apakah kesan aktiviti petempatan terhadap alam sekitar
yang berlaku di kawasan Kampung Tok Elong?(kesan
negatif)

( / ) pencemaran udara
( ) pencemaran bunyi
( ) pencemaran air
( ) peningkatan suhu

3. apakah cadangan dan usaha anda bagi menangani masalah
yang berlaku di Kampung Tok Elong?

( )aktiviti gotong-royong
( ) menyediakan keperluan asas
( / )membina lebih banyak kemudahan pengangkutan
( ) membina unit jawatankuasa memantau aktiviti

petempatan

BORANG SOAL SELIDIK GEOGRAFI

TAJUK: kajian guna tanah petempatan di Kampung Tok Elong, Bukit
Mertajam,Pulau Pinang

NAMA: sabariah bt mohmad salleh
UMUR: 39
PEKERJAAN: suri rumah
Tanda (/) pada pilihan jawapan anda.

1. nyatakan faktor yang mempengaruhi aktiviti petempatan di
Kampung Tok Elong.

( / ) bentuk muka bumi(tanah pamah)
( ) peluang pekerjaan
( ) jaringan pengangkutan
( ) kemudahan infrastruktur

2. apakah kesan aktiviti petempatan terhadap alam sekitar
yang berlaku di kawasan Kampung Tok Elong?(kesan
negatif)

( ) pencemaran udara
( ) pencemaran bunyi
( ) pencemaran air
( / ) peningkatan suhu

3. apakah cadangan dan usaha anda bagi menangani masalah
yang berlaku di Kampung Tok Elong?

( )aktiviti gotong-royong
( ) menyediakan keperluan asas
( / )membina lebih banyak kemudahan pengangkutan
( ) membina unit jawatankuasa memantau aktiviti

petempatan

BORANG SOAL SELIDIK GEOGRAFI

TAJUK: kajian guna tanah petempatan di Kampung Tok Elong, Bukit
Mertajam,Pulau Pinang

NAMA: SHARIDAWATI BINTI SHAHROM
UMUR: 44
PEKERJAAN: suri rumah
Tanda (/) pada pilihan jawapan anda.

1 .nyatakan faktor yang mempengaruhi aktiviti petempatan di
Kampung Tok Elong.

( / ) bentuk muka bumi(tanah pamah)
( ) peluang pekerjaan
( ) jaringan pengangkutan
( / ) kemudahan infrastruktur

2. apakah kesan aktiviti petempatan terhadap alam sekitar
yang berlaku di kawasan Kampung Tok Elong?(kesan
negatif)

( / ) pencemaran udara
( ) pencemaran bunyi
( / ) pencemaran air
( ) peningkatan suhu

3. apakah cadangan dan usaha anda bagi menangani masalah yang
berlaku di Kampung Tok Elong?

( / )aktiviti gotong-royong
( / ) menyediakan keperluan asas
( )membina lebih banyak kemudahan pengangkutan
( ) membina unit jawatankuasa memantau aktiviti

petempatan

RUJUKAN

Internet

• https://www.permohonan.my/kesan-guna-tanah-
terhadap-alam-sekitar/#7-kesan-petempatan-terhadap-
alam-sekitar

• https://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Pinang#Bandar_Uta
ma

• https://www.mysumber.com/peta-lakar.html

• https://www.mysumber.com/pt3-geografi-2018-kajian-
guna-tanah.html

• https://ms.wikipedia.org/wiki/Bukit_Mertajam

• https://www.permohonan.my/cadangan-usaha-
mengatasi-kesan-guna-tanah/#5-cadangan-usaha-
mengatasi-kesan-guna-tanah-petempatan-pembandaran

Buku rujukan

• Hisham Azman bin Ibrahim & Mohamad Khairun
Fitri bin Ahmad,2017. Geografi Tingkatan 1. Era Visi
Sdn.Bhd.


Click to View FlipBook Version