The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Senarai Pejuang Kemerdekaan Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Badrul Maicomel, 2023-08-23 21:54:32

Buku Skrap Kemerdekaan

Senarai Pejuang Kemerdekaan Malaysia

BUKU SKRAP HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 31 OGOS


PENDAHULUAN BIODATA DIRI TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN KESIMPULAN KANDUNGAN RUJUKAN


Terima Kasih Kepada Muallim, Muallimah Serta Umi Dan Ayah Yang Membantu Saya Dalam Menyediakan Buku Skrap Ini. Buku Skrap ini menceritakan tentang tokoh-tokoh Kemerdekaan Malaysia. Saya memilih tajuk ini kerana saya amat mengagumi tokoh-tokoh Kemerdekaan Malaysia yang terkenal dengan keberanian dan jasa-jasa dalam menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang Merdeka.


BIODATA DIRI NAMA : MARISSA QISTINA BINTI BADRULHISAM KELAS : 5 SALAHUDDIN SEKOLAH :SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI PINTAR EL-KHAWARIZMI


Tokoh - Tokoh PEJUANG KEMERDEKAAN MALAYSIA


Nama sebenar ialah Haji Hassan Bin Panglima Mat Munas. Dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut sehingga paras dada. Beliau merupakan pahlawan dan ulama terkenal menentang pihak British sehingga sanggup gadaikan nyawa. Beliau terbunuh ketika menentang pihak British semasa perang di Kelantan disebabkan pengenaan cukai. TOKOH 1 TOK JANGGUT


Nama sebenar ialah Mat Kilau Bin Mat Rasu. Dikenali juga sebagai Mat Siam setelah tukar nama kepada Mohamed Bin Ibrahim. Beliau merupakan pahlawan terkenal menentang pihak British di Pahang. Beliau merupakan seorang pahlawan yang sangat disegani dan dihormati. Beliau berjuang kerana kadar pungutan cukai tinggi yang membebankan masyarakat dan keangkuhan pihak British. TOKOH 2 MAT KILAU


Nama sebenar ialah Abdul Said Bin Omar Dikenali juga sebagai Penghulu Naning Seri Merah Raja Dol Said. Beliau merupakan pahlawan terkenal menentang pihak British di Naning. Beliau menentang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan kemahiran dalam mengalahkan pihak British dalam dua peperangan. Beliau menentang bayaran cukai dan pelaksanaan indang-undang British. TOKOH 3 DOL SAID


Nama sebenar ialah Rasul Abdul Salam Bin Shahrom. Dikenali juga sebagai Imam Perang Indera Gajah Perang - beliau merupakan Orang Besar Raja Pahang. Beliau merupakan penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang. Beliau berani menentang tentera British dengan menghalau pihak British yang hendak meampas pemerintahan negeri Pahang. TOKOH 4 TOK GAJAH


Nama sebenar ialah Muhammad Salleh Bin Dau Balu Beliau adalah pemerintah Sungai Sugut, Sabah. Dikenali juga sebagai seorang pejuang Sabah yang menentang kemasukan pihak British. Beliau menentang peraturan baru yang diperkenalkan oleh pihak British yang membebankan rakyat. Beliau berani memungut cukai di kawasan pihak British dan melakukan serangan bersenjata. TOKOH 5 MAT SALLEH


Nama sebenar ialah Pandak Limo Bin Machang Lela Tok Mahmud. Beliau adalah penghulu di Pasir Salak dan seorang Pembesar Berlapan di Perak. Beliau menentang perjuangan menentang penjajah British di Perak. Beliau juga membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak. TOKOH 6 DATO' MAHARAJALELA


SAYA AMAT BERSYUKUR DAN BERBANGGA KERANA BERADA DI DALAM NEGARA YANG MERDEKA. INI SEMUA ADALAH HASIL DARI JASA DAN KEBERANIAN YANG DITUNJUKKAN OLEH TOKOH-TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN. KITA HARUS MENGHARGAI USAHA DAN PENGORBANAN PEJUANG TERDAHULU DENGAN MENGEKALKAN PERPADUAN SEDIA ADA. SEMANGAT PATRIOTIK HARUS DIPUPUK DI KALANGAN PELAJAR SEJAK DARI KECIL BAGI MEMASTIKAN SEJARAH LAMA SENTIASA DIINGATI DAN KEAMANAN MALAYSIA DAPAT TERUS MAJU. KESIMPULAN


Terima Kasih RUJUKAN : BUKU SEJARAH TAHUN 5 HTTPS://TWITTER.COM/KDSI_1


Click to View FlipBook Version