The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by idazainisafaren, 2021-04-20 22:30:04

Minit M.Agung PIBG KE31-2020 SKSD

Minit M.Agung PIBG KE31-2020 SKSD

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DURIAN
36000 TELUK INTAN PERAK DARUL RIDZUAN

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 SESI 2020/2021

Tarikh : 6 Mac 2020
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Durian

AGENDA MESYUARAT

AGENDA 1 : Ucapan Pengerusi Sementara

1.1 Pengerusi sementara iaitu En.Mohd Zakkiamani bin Mohd Idris mengalu-alukan
kehadiran para ibu bapa dan guru ke mesyuarat agung PIBG kali ke-31.

1.2 Beliau memaklumkan tujuan mesyuarat hari ini adalah untuk melantik ahli
jawatankuasa yang baharu dan membincangkan usul daripada ibu bapa.

1.3 Memohon maaf,jika ada kesilapan dan tersalah kata dan bahasa sepanjang beliau
memegang jawatan sebagai YDP PIBG.

1.5 Beliau berharap AJK yang baru dilantik dapat memberikan kerjasama bagi
menjayakan setiap program dan aktiviti yang dianjurkan demi kejayaan dan
kecemerlangan pelajar dan sekolah.
Tindakan : Makluman

AGENDA 2 : Ucapan Penasihat

2.1 Penasihat mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru kerana dapat
meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat Agung PIBG Kali ke 31.

2.2 Beliau juga mengalukan kedatangan En Ramli bin Abd Rasid,Pengerusi KPIBK Hilir
Perak ke SK Sg Durian sebagai perasmi Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 31.

2.3 Penasihat mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada YDP dan AJK PIBG
kerana bertungkus-lumus menjayakan mesyuarat Agung PIBG Kali ke 31 sesi
2020/2021

2.2 Jumlah guru terkini ialah seramai 11 orang dengan 6 orang guru lelaki dan 5 orang
guru perempuan.

2.3 Manakala jumlah murid terkini ialah seramai 54 orang.Terdapat peningkatan jumlah
murid pada tahun ini.

1

2.4 Pihak sekolah telah memohon bangunan baharu dari PPD dan JPN untuk memberi
keselesaan murid belajar di dalam kelas secara kondusif.Kelas sedia ada mempunyai
kapasiti yang amat kecil dan tidak dapat dapat menampung jumlah murid yang ramai.

2.5 Pihak JKR juga telah meninjau kawasan yang akan dibangunkan block bangunan
sekolah tapi masih belum menerima jawapan.

2.6 Projek pembangunan surau sekolah telah bermula dengan pembinaan tapak dan
tiang yang menelan belanja sebanyak RM20,000.00.Usaha mendapatkan dana,terus
berjalan bagi menampung kos perbelanjaan yang masih belum mencukupi.

2.7 Beliau menyeru kepada semua ibu bapa dan guru,bekerjasama dalam usaha mencari
sumbangan untuk projek pembangunan surau sekolah dan mendoakan agar ianya
dapat dibangunkan dengan sempurna seperti yang telah dirancang.

2.6 Berharap para waris dapat meningkatkan kehadiran ke mesyuarat pada masa
hadapan.

2.7 Sebelum mengakhiri ucapan,beliau menasihatkan agar Ajk PIBG yang akan dilantik
dapat memberi kerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti atau
program yang dirancang.Ajk PIBG merupakan tulang belakang yang mempunyai
hubungan rapat dengan guru untuk memastikan kejayaan murid-murid dapat dicapai.

AGENDA 3 : Membentang dan menerima minit mesyuarat Agung ke-30

3.1 En Khairul Anuar bin Lokman,setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat
agung bagi kali ke-30 untuk diterima dan disahkan.

3.2 Cadangan : Pn Norihan binti Mat ali
Sokongan : Pn Noraini binti Mohd Noh

Tindakan : Setiausaha

AGENDA 4 : Membentang dan menerima laporan tahunan

4.1 En Khairul Anuar bin Lokman setiausaha PIBG membentangkan laporan tahunan
untuk diterima dan disahkan. (Rujuk lampiran laporan tahunan)

4.2 Cadangan : En Mustapana bin Mat Nayan
Sokongan : Pn NorHayati binti Hasimi

Tindakan : Setiausaha

2

AGENDA 5 : Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan PIBG bagi Tahun 2019

5.1 Pn Nor Azura binti Rasit Bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan PIBG
yang bermula pada 1 Januari 2019 sehingga berakhir pada 31 Disember 2019(Rujuk
Lampiran kewangan)

5.2 Cadangan : Pn Norhayati binti Esmon
Sokongan : Pn Norsiah binti Hashimi

Tindakan : Setiausaha

AGENDA 6 : Membahas usul / cadangan daripada AJK dan Ahli

6.1 Pengerusi membacakan usul pertama berkaitan senarai bayaran tambahan
persekolahan 2020 untuk tahun 1 hingga 6.

Bil. Tajuk / Jenis Kutipan Th. 1 Th. 2 Th. 3 Th. 4 Th. 5 Th. 6
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)

1 Sumbangan PIBG (satu keluarga) 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00

2 Program Peningkatan Akademik 30.00 30.00 30.00 65.00 65.00 165.00

3 Keselamatan dan Keceriaan 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00

Sekolah

Jumlah Besar: 90.00 90.00 90.00 125.00 125.00 225.00

6.2 Pn Norlida binti Mohd Nor mengajukan soalan,berkenaan kenaikan bayaran
tambahan rm100 untuk tahun 6 kerana sebelum ini tiada perubahan kadar bayaran
dikenakan.Guru besar selaku penasihat,memaklumkan bayaran tambahan tersebut
terpaksa dinaikkan bagi menampung perbelanjaan aktiviti kecemerlangan UPSR
seperti membeli bahan-bahan BBM,photostat dan sebagainya.Selain itu juga,pihak
sekolah merancang untuk menghantar murid tahun 6 menyertai Kem Didik Berita
Harian yang akan diadakan tidak lama lagi.Usul ini disokong sebulat suara oleh ahli
yang hadir

Cadangan : Pn Norhayati binti Hashimi
Sokong : Pn Norihan binti Mat Ali

Tindakan : Bendahari

6.2 Cadangan pertama oleh Pn Norlida binti Mohd Noh agar pihak sekolah membeli
kointainer atau kotak simpan barang bagi memudahkan murid-murid menyimpan
buku teks dan aktiviti yang tidak dibawa pulang ke rumah.Kontainer tersebut,dapat
mengelakkan berlakunya kehilangan buku serta kelas akan menjadi lebih kemas dan
teratur.Penasihat menjelaskan,Kontainer akan menyebabkan ruang menjadi sempit
kerana keadaan kelas yang bersaiz kecil.Oleh itu,pihak sekolah telah menyediakan
rak di setiap kelas.Semua buku boleh disimpan di dalam rak yang telah dilabelkan
nama setiap murid.

6.8 Cadangan kedua oleh Pn Faziana,meminta murid tadika dijemput untuk turut serta
menyertai program yang diadakan seperti Kejohanan olahraga,hari guru dan

3

sebagainya.Beliau juga,bertanyakan mengenai makanan percuma yang telah
dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan sebelum ini.Selain itu Pn Faziana
menyarankan agar pihak kantin dapat menyediakan makan yang berkhasiat untuk
murid-murid.Penasihat memaklumkan,Sk Sg Durian tidak tersenarai program
makanan percuma.Hanya beberapa sekolah sahaja yang terlibat di daerah Hilir
Perak.

6.9 Beliau juga memaklumkan makanan yang dijual termasuk RMT adalah berkhasiat
dan sentiasa dipantau oleh guru yang bertugas.Jika makanan tersebut tidak
memuaskan,guru bertugas perlu merekodkan di dalam buku Laporan Guru Bertugas
Harian dan Laporan RMT seterusnya tindakan akan diambil melalui budi bicara
dengan pengusaha kantin sekolah.

7.0 Cadangan ketiga berkenaan program sekolah perlu dimaklumkan seminggu lebih
awal agar mereka dapat membuat persiapan untuk anak-anak.Guru besar selaku
penasihat menjelaskan bukan semua aktiviti sekolah dapat dimaklumkan lebih awal
kerana ada sebahagiannya perlu dilaksanakan dengan segera oleh PPD & JPN
mengikut keadaan dan masa yang ditetapkan.

7.1 Cadangan keempat,meminta guru menghantar murid yang sakit ke hospital
sepanjang keberadaan mereka di sekolah tanpa memaklumkan kepada ibu bapa
terlebih dahulu.Penasihat memberitahu,pihak sekolah perlu mengikuti SOP yang
ditetapkan.Guru juga tidak dibenarkan untuk memberi sebarangan ubat bagi
mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.Beliau juga menjelaskan,guru perlu
meminta izin dari ibu bapa untuk menghantar anak ke hospital bagi mendapatkan
rawatan yang sewajarnya.

AGENDA 7 : Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG dan Pemeriksa Kira-kira 2020/2021

7.1 En. Mohd Zakkiamani bin Mohd Idris diberi kuasa untuk membubarkan AJK sesi
2019/2020.

7.2 Pn Norsiah binti Hashimi mencadangan agar mengekalkan YDP PIBG ,AJK dan
pemeriksa kira-kira yang lama bagi sesi 2020/2021. Cadangan diterima sebulat
suara.

7.3 Jawatan NYDP pula telah digantikan oleh En Shamsul bin Alaudin.Manakala Pn
Norhayati binti Esmon yang memegang jawatan tersebut sebelum ini dilantik sebagai
Ahli Jawatankuasa.Cadangan diterima sebulat suara

7.5 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021 adalah seperti berikut:

Penasihat : Pn Sabariah binti Taib
Yang DiPertua : En Mohd Zakkiamani bin Mohd Idris
Naib Yang DiPertua : En Shamsul bin Alauddin
Setiausaha : En Khairul Anuar bin Lokman
Bendahari : Pn Nor Azura binti Rasit

4

Ahli Jawatankuasa : Cik Nor Hidayah Binti Zaini Safaren
Pemeriksa Kira-Kira : Cik Thurga Devi a/p Ramachandran
En Mohd Azahari bin Ab Aziz
En Abdul Razak Bin Mohamed Aris
Pn Norhayati binti Hashimi
Pn Norihan binti Mat Ali
Pn Noraini binti Mohd Noh
En Husman bin Ahmad
En Mohd Effendi bin Mat Mislan
Pn Norhayati binti Esmon
Pn Norsiah binti Hashimi

Pn Misrina binti Samot
Pn Aizza Maria binti Bakri

AGENDA 8 : Hal-hal lain

8.1 Penasihat menyarankan kepada ibu bapa,memantau barang kepunyaan anak yang
tertinggal di sekolah seperti seluar,songkok,botol air dan sebagainya.

8.2 Ibu bapa perlu mengambil perhatian yang sewajarnya terhadap pembelajaran anak-
anak di rumah

8.3 En Mohd Zakiamani memaklumkan,ada pihak yang telah menyumbang mesin
bancuhan simen untuk pembinaan surau.

8.4 Jika ibu bapa atau sesiapa yang ingin membuat sumbangan bahan sampingan
seperti pintu,tikar,bumbung dan sebagainya amatlah dialu-alukan kerana projek
pembinaan surau ini masih memerlukan dana yang secukupnya.

AGENDA 9 : Ucapan Penangguhan

9.1 YDP PIBG merakamkan ucapan terima kasih kerana telah diberi kepercayaan sekali
lagi untuk menyandang jawatan Yang DiPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai
Durian. Beliau memaklumkan sesi ini adalah sesi terakhir YDP, Setiausaha dan
Bendahari sedia ada memegang jawatan masing-masing. Sesi selepas ini akan
ditukar dengan yang baharu.

9.2 Beliau seterusnya mengucapkan tahniah kepada barisan AJK yang telah dipilih.

9.3 Beliau berharap barisan AJK dapat menyumbangkan idea-idea bernas untuk
kemajuan PIBG sekolah.

9.4 Beliau berharap semua AJK yang dipilih dapat memberikan kerjasama dan
sumbangan dengan seikhlas hati kepada pihak sekolah.

5

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5:40 petang. Disemak oleh,

Disediakan oleh, ................................

............................. (MOHD ZAKKIAMANI BIN MOHD IDRIS)
(KHAIRUL ANUAR BIN LOKMAN)
Setiausaha Yang DiPertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Sungai Durian SK Sungai Durian

6


Click to View FlipBook Version