DODOKKUMMEENNTATSIASI
29 Disember 2021 (Rabu)
Dewan Wisma Terbilang
SMK Sungai Tiang
PENGENALAN
Majlis yang berlangsung pada 29 Disember 2021 ini merupakan gabungan Majlis
Sambutan Persaraan Puan Zuridah Binti Abd Halim, Jamuan Akhir Tahun Kelab Staf
2021, Kenduri DG54 dan Perpindahan Puan Zalina Binti Bahaudin ke SK Kampong
Chegar.
Majlis bermula pada jam 11.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang bertempat
di Dewan Wisma Terbilang (Dewan Makan Asrama) SMK Sungai Tiang. Semua
hadirin memakai pakaian bertemakan “Baju Kenduri”.
Majlis telah dihadiri oleh Tuan Pengetua, barisan Penolong Kanan, barisan Guru
Kanan, mantan PK HEM (Tn. Hj. Jamil Bin Adam), wakil PIBG, para guru, AKP, wakil
pelajar, pekerja kebersihan dan pengawal keselamatan.
Pentas dihias indah bak pelamin bagi meraikan Puan Zuridah Binti Abd Halim yang
bakal bersara pada 2 Januari 2022. Majlis berlangsung dalam suasana yang tenang
dan ceria serta mematuhi SOP Covid-19.
Jumlah kehadiran adalah seramai 70 orang.
KEKUATAN : Kerjasama yang baik antara AJK dan semua warga SMK Sungai Tiang
telah menjayakan majlis.
KEKURANGAN : Tidak dapat bersalam-salaman kerana mematuhi SOP Covid-19.
PENAMBAHBAIKAN : Tayangan slaid kenang-kenangan guru yang akan bersara.
Atur Cara Majlis
KETIBAAN PARA TETAMU
Ketibaan Puan Zuridah Binti Abd Halim disambut oleh barisan pentadbir
Para hadirin bergerak masuk ke dalam Dewan Wisma Terbilang
setelah mengimbas suhu badan dan MySejahtera
AJK Pendaftaran bersedia menerima tetamu dan memberi cenderahati
Setiap tetamu menerima cenderahati serta nombor cabutan bertuah yang tercatat pada beg
Pengerusi Kelab Staf 2021, En Saffarin Bin Abd Hamid melayan tetamu VIP
Naib Pengerusi Kelab Staf 2021, Pn. Nor Ermina Binti Mohd Tamin
bertungkus-lumus bersama AJK membuat persiapan bagi menjayakan majlis
Para hadirin berbual mesra sementara menunggu majlis bermula
Penjarakkan fizikal dan pemakaian pelitup muka sentiasa dijaga
Turut hadir seorang wakil pelajar
ALUAN PENGERUSI MAJLIS
Majlis dipengerusikan oleh Puan Nurul Farehah Binti Awang Ahmad
dan Puan Zatul Iffah Binti Ramli
BACAAN DOA
Ustaz Zikri Bin Zakaria membacakan doa bagi memberkati majlis.
Para tetamu mengaminkan doa
UCAPAN WAKIL PELAJAR
Muhammad Syahmi Iman Bin Abd Rahman menyampaikan ucapan mewakili semua pelajar.
UCAPAN PENGERUSI KELAB STAF SMKST
Cikgu Saffarin Bin Abd Hamid menyampaikan ucapan terakhir sebagai Pengerusi Kelab Staf 2021
UCAPAN TUAN PENGETUA
Tn. Hj. Muhamad Fauzi bin Mohd Kamal, Pengetua SMK Sungai Tiang
sedang menyampaikan ucap utama
PENGKISAHAN PN ZURIDAH BINTI ABD HALIM
Segak bergaya si anak dara,
Dipinang oleh Putera Mahkota,
Awal bismillah pembuka bicara.
Izinkan saya membaca biodata.
Bismillahirrahmanirrahim…
Pada tanggal 2 Januari 1966, tarikh keramat bagi pasangan Abd Halim Hassan dan
Rokiah Ahmad apabila dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Zuridah Abd Halim.
Dilahirkan di Pendang, Kedah dan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh kedua orang
tuanya, Mendapat pendidikan awal di Sek Keb Pendang dan seterusnya melanjutkan
pelajaran di SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah. Menggenggam cita-cita ingin
menjadi seorang pendidik, beliau terus terbang tinggi dengan melanjutkan pelajaran di
Institut Bahasa Kuala Lumpur (IBKL) dengan mengambil opsyen Bahasa Melayu
kemudian menukarnya kepada Bahasa Inggeris (Convertion).
Bermula dari sini, beliau mula melangkah dengan lebih yakin dan berani menempuhi
segala dugaan dan ujian dalam arena pendidikan yang penuh mencabar. Kata orang,
“alah bisa tegal biasa”, dan “genggam bara biar sampai jadi abu”, begitulah semangat
yang dimiliki oleh Puan Zuridah Halim. Dengan jiwa yang semangat dan membara, beliau
mula dihantar untuk berkhidmat di sekolah pertama di SM Katholik Petaling Jaya dari
tahun 1989-1990. Banyak sekolah yang beliau sempat berkhidmat sepanjang tempoh
perkhidmatan antaranya ialah:
-SMK Jeram Kuala Selangor (1991-1994)
-SMK Kubur Panjang (1995-1996)
-SMK Ayer Puteh (1997)
-SMK Sungai Tiang ( 1 Julai 1997-1 Jan 2022)
Beliau mendirikan rumah tangga bersama pasangan Shahrizal Hashim pada 1
September 1990. Dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu seorang putera dan 2 orang
puteri.
Di SMK Sungai Tianglah segala-galanya bermula dan berakhir apabila beliau berkhidmat
paling lama iaitu selama 27 tahun. Sikap prihatinnya terhadap anak didik amat tinggi
malah sentiasa mengutamakan mereka dalam banyak hal. Beliau tidak pernah jemu dan
mengalah dalam usaha memberikan pendidikan yang terbaik kepada semua anak
didiknya. Tidak hairanlah jika beliau diingati sebagai seorang guru yang penyayang oleh
anak-anak didiknya.
Sepanjang beliau berkhidmat di sekolah ini selama 27 tahun, banyak jasa dan bakti beliau
yang dicurahkan khususnya untuk kejayaan sekolah dan para pelajar amnya. Pada tahun
depan, kita pasti akan merasa kehilangan seorang pendidik berjiwa besar Pn Zuridah
Abd Halim. Setiap pertemuan pasti ada akhirnya. Kami disini mendoakan agar beliau
diberi kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga.
Tenanglah tenang air dilaut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik pasti disanjung
Semoga kita berjumpa lagi
Sekian,terima kasih
UCAPAN PUAN ZURIDAH BINTI ABD HALIM
Puan Zuridah Binti Abd Halim menyampaikan ucapan terakhir sebelum bersara.
UCAPAN PN ZALINA BINTI BAHAUDIN
Pn. Zalina Binti Bahaudin menyampaikan ucapan perpisahan sebelum bertukar
ke SK Kampong Chegar
PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA
PUAN ZURIDAH BINTI ABD HALIM
Hadiah istimewa daripada Kelab Staf kepada Puan Zuridah Binti Abd Halim
PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA
PUAN ZALINA BINTI BAHAUDIN