DODOKKUMMEENNTATSIASI
29 Disember 2021 (Rabu)
Dewan Makan Asrama
SMK Sungai Tiang
PENGENALAN
Majlis yang berlangsung pada 29 Disember 2021 ini merupakan
gabungan Majlis Sambutan Persaraan Puan Zuridah Binti Abd Halim,
Jamuan Akhir Tahun Kelab Staf 2021, Kenduri DG54 dan Perpindahan
Puan Zalina Binti Bahaudin ke SK Kampong Chegar.
Majlis bermula pada jam 11.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang
bertempat di Dewan Wisma Terbilang (Dewan Makan Asrama) SMK
Sungai Tiang. Semua hadirin memakai pakaian bertemakan “Baju
Kenduri”.
Majlis telah dihadiri oleh Tuan Pengetua, barisan Penolong Kanan,
barisan Guru Kanan, mantan PK HEM (Tn. Hj. Jamil Bin Adam), wakil PIBG,
para guru, AKP, wakil pelajar, pekerja kebersihan dan pengawal
keselamatan.
Pentas dihias indah bak pelamin bagi meraikan Puan Zuridah Binti Abd
Halim yang bakal bersara pada 2 Januari 2022. Majlis berlangsung dalam
suasana yang tenang dan ceria serta mematuhi SOP Covid-19.
Jumlah kehadiran adalah seramai 70 orang.
Atur Cara Majlis
KETIBAAN PARA TETAMU
Ketibaan Puan Zuridah Binti Abdul Halim disambut oleh barisan pentadbir
Para hadirin bergerak masuk ke dalam Dewan Wisma Terbilang setelah mengimbas suhu badan
AJK Pendaftaran bersedia menerima tetamu dan memberi cenderahati
Setiap tetamu menerima cenderahati serta nombor cabutan bertuah yang tercatat pada beg
Para hadirin berbual mesra sementara menunggu majlis bermula
Penjarakkan fizikal dan pemakaian pelitup muka sentiasa dijaga
Turut hadir seorang wakil pelajar
ALUAN PENGERUSI MAJLIS
Majlis dipengerusikan oleh Puan Nurul Farehah Binti Awang Ahmad
dan Puan Zatul Iffah Binti Ramli
BACAAN DOA
Ustaz Zikri Bin Zakaria membacakan doa bagi memberkati majlis.
Para tetamu mengaminkan doa
UCAPAN WAKIL PELAJAR
Muhammad Syahmi Iman Bin Abd Rahman menyampaikan ucapan mewakili semua pelajar.
UCAPAN PENGERUSI KELAB STAF SMKST
Cikgu Saffarin Bin Abd Hamid menyampaikan ucapan terakhir sebagai Pengerusi Kelab Staf 2021
UCAPAN TUAN PENGETUA
Tn. Hj. Muhamad Fauzi bin Mohd Kamal, Pengetua SMK Sungai Tiang
sedang menyampaikan ucap utama
PENGKISAHAN PN ZURIDAH BINTI ABD HALIM
Segak bergaya si anak dara,
Dipinang oleh Putera Mahkota,
Awal bismillah pembuka bicara.
Izinkan saya membaca biodata.
Bismillahirrahmanirrahim…
Pada tanggal 2 Januari 1966, tarikh keramat bagi pasangan Abd Halim Hassan dan
Rokiah Ahmad apabila dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Zuridah Abd Halim.
Dilahirkan di Pendang, Kedah dan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh kedua orang
tuanya, Mendapat pendidikan awal di Sek Keb Pendang dan seterusnya melanjutkan
pelajaran di SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah. Menggenggam cita-cita ingin
menjadi seorang pendidik, beliau terus terbang tinggi dengan melanjutkan pelajaran di
Institut Bahasa Kuala Lumpur (IBKL) dengan mengambil opsyen Bahasa Melayu
kemudian menukarnya kepada Bahasa Inggeris (Convertion).
Bermula dari sini, beliau mula melangkah dengan lebih yakin dan berani menempuhi
segala dugaan dan ujian dalam arena pendidikan yang penuh mencabar. Kata orang,
“alah bisa tegal biasa”, dan “genggam bara biar sampai jadi abu”, begitulah semangat
yang dimiliki oleh Puan Zuridah Halim. Dengan jiwa yang semangat dan membara, beliau
mula dihantar untuk berkhidmat di sekolah pertama di SM Katholik Petaling Jaya dari
tahun 1989-1990. Banyak sekolah yang beliau sempat berkhidmat sepanjang tempoh
perkhidmatan antaranya ialah:
-SMK Jeram Kuala Selangor (1991-1994)
-SMK Kubur Panjang (1995-1996)
-SMK Ayer Puteh (1997)
-SMK Sungai Tiang ( 1 Julai 1997-1 Jan 2022)
Beliau mendirikan rumah tangga bersama pasangan Shahrizal Hashim pada 1
September 1990. Dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu seorang putera dan 2 orang
puteri.
Di SMK Sungai Tianglah segala-galanya bermula dan berakhir apabila beliau berkhidmat
paling lama iaitu selama 27 tahun. Sikap prihatinnya terhadap anak didik amat tinggi
malah sentiasa mengutamakan mereka dalam banyak hal. Beliau tidak pernah jemu dan
mengalah dalam usaha memberikan pendidikan yang terbaik kepada semua anak
didiknya. Tidak hairanlah jika beliau diingati sebagai seorang guru yang penyayang oleh
anak-anak didiknya.
Sepanjang beliau berkhidmat di sekolah ini selama 27 tahun, banyak jasa dan bakti beliau
yang dicurahkan khususnya untuk kejayaan sekolah dan para pelajar amnya. Pada tahun
depan, kita pasti akan merasa kehilangan seorang pendidik berjiwa besar Pn Zuridah
Abd Halim. Setiap pertemuan pasti ada akhirnya. Kami disini mendoakan agar beliau
diberi kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga.
Tenanglah tenang air dilaut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik pasti disanjung
Semoga kita berjumpa lagi
Sekian,terima kasih
UCAPAN PUAN ZURIDAH BINTI ABD HALIM
Puan Zuridah Binti Abd Halim menyampaikan ucapan terakhir sebelum bersara.
UCAPAN PN ZALINA BINTI BAHAUDIN
Pn. Zalina Binti Bahaudin menyampaikan ucapan perpisahan sebelum bertukar
ke SK Kampong Chegar
PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA
PUAN ZURIDAH BINTI ABD HALIM
PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA
PUAN ZALINA BINTI BAHAUDIN
ANUGERAH PAKAIAN TERBAIK
TEMA “BAJU KENDURI”
Pn. Normarliny Binti Lateh : Penerima Anugerah Pakaian Terbaik Kategori Wanita
En. Muhd Zharif Fikri Bin Khozari : Penerima Anugerah Pakaian Terbaik Kategori Lelaki
PENGUMUMAN AJK KELAB STAF 2022