The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ASMIDAR ANSSAR BINTI JAMALUDIN 33DTM20F1017
NUR AZRANI BINTI TOKIMAN 33DTM20F1025
NORLIN AZIHA BINTI SHAH ROL RIZAL
33DTM20F1027
NUR AQILAH BINTI NOR IZAMUDDIN 33DTM20F1042
AN NUR NABILAH BINTI ZULKIFLI 33DTM20F1045

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asmidaranssar24, 2022-11-25 02:30:06

Kemudaratan Hendaklah Dihilangkan : Konsep Asas serta Aplikasinya

ASMIDAR ANSSAR BINTI JAMALUDIN 33DTM20F1017
NUR AZRANI BINTI TOKIMAN 33DTM20F1025
NORLIN AZIHA BINTI SHAH ROL RIZAL
33DTM20F1027
NUR AQILAH BINTI NOR IZAMUDDIN 33DTM20F1042
AN NUR NABILAH BINTI ZULKIFLI 33DTM20F1045

MPU23052 SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
MENERANGKAN ETIKA & PROFESIONALISME BERKAITAN SAINS

TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN:
KONSEP ASAS SERTA APLIKASINYA

NAMA NO.KAD MATRIK

ASMIDAR ANSSAR BINTI JAMALUDIN 33DTM20F1017
NUR AZRANI BINTI TOKIMAN 33DTM20F1025
NORLIN AZIHA BINTI SHAH ROL RIZAL 33DTM20F1027
NUR AQILAH BINTI NOR IZAMUDDIN 33DTM20F1042
AN NUR NABILAH BINTI ZULKIFLI 33DTM20F1045

PENSYARAH
FARHA BINTI MUHAMMAD

ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka surat
1. PENGHARGAAN 3
2. PENGENALAN 4
3. DEFINISI 5
4. DALIL DAN HADIS BERKAITAN
KEMUDARTAN SESUATU PERKARA 6,7,8
I. Dalil menjauhi minuman yang
memabukkan iaitu arak 8
II. Hadis pengharaman melukis tato 9,10,11,12,13,14,15
III. Dalil berkaitan menolak kemudaratan
disebabkan oleh penyebarkan ajaran sesat
IV. Dalil pengharam riba
5. CONTOH – CONTOH KEMUDARATAN
6. PERKARA YANG MEMBAWA
KEMUDARATAN DAN KESANYA KEPADA
INDIVIDU, MASYARAKAT DAN NEGARA

7. KEPENTINGAN KAEDAH TERHADAP 16
KEMUDARATAN
17,18,19
8. APLIKASI KAEDAH 20
9. PENGAJARAN MENCEGAH
21
KEMUDARATAN 21
10. KESIMPULAN
11. REFERENCES

PENGHARGAAN

‫ْســــــــــــــــــ ِم اللهِ ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْيم‬

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .Alhamdullilah,segala puji bagi Allah
S.W.T serta selawat dan salam buat junjungan mulai Nabi Muammad SAW. Setinggi-
tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat
kami menyiapkan tugasan e-folio dengan jayanya. Pertama kali, kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustazah Farha Binti Muhammad selaku
pensyarah dari Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail kerana memberi tunjuk ajar
dan penerangan kepada kami dengan jelas dari awal sehingga akhir selama tugasan
ini dijalankan. Selain itu, kami juga mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada
rakan - rakan seperjuangan yang juga membantu kami, memberi sokongan dan ahli
kumpulan yang memberi komitmen dalam menukarkan idea serta pendapat masing-
masing semasa menjalankan tugas.Tidak lupa juga, terima kasih diucapkan kepada
pihak yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung.

Kami berharap agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambah ilmu
pengetahuan kepada pembaca.Selain itu juga, kami berharap dengan isi yang telah
kami sampaikan didalam tugasan ini dapat memberi manfaat kepada diri kami
terutama sekali kepada masyarakat diluar sana agar kita bersama- sama sentiasa
munasabah diri dan bersyukur dengan kebesaran alam yang diciptakan oleh Allah
S.W.T. Akhir sekali, semoga segala kerjasama dan usaha akan diberkati oleh Allah
S.W.T.

PENGENALAN

Manusia mempunyai berbagai-bagai tabiat semulajadi. Allah s.w.t mencipta
dan memberikan kepada kita dua kekuatan iaitu kekuatan sama ada mahu melakukan
kebaikan atau melakukan kejahatan. Jiwa manusia juga seringkali terlalai daripada
mengingati roh syariat lalu mereka melakukan kerosakan di muka bumi kerana
keegoan dan mementingkan diri sendiri dengan melanggar hak-hak orang lain. Jika
jiwa manusia ini dibiarkan begitu sahaja, tanpa ada penghalang yang menyekat
mereka daripada melakukan kerosakan kepada masyarakat, nescaya perasaan takut,
permusuhan dan persengketaan akan berleluasa dan menyebabkan institusi
kemasyarakatan akan musnah dan longgar. Kertas kerja ini akan membincangkan
mengenai betapa syariat Islam mengambil berat tentang perkara yang mendatangkan
manfaat kepada manusia secara keseluruhannya dan menghalang mereka daripada
kemudaratan melalui kaedah “la dharar wa la dhirar”
Penggunaan kaedah fiqh sebagai salah satu sumber sandaran hukum menjadi
pertikaian antara para fuqaha. Terdapat fuqaha yang mengharuskan penggunaannya
tertakluk kepada syarat tertentu dan ada fuqaha yang tidak mengharuskan
penggunaannya sebagai sandaran hukum. Sungguh pun begitu, dalam kebanyakan
keadaan terdapat banyak kaedah fiqh yang dijadikan penguat atau hujah sokongan
kepada dalil-dalil fiqh yang lain, lebih-lebih lagi kaedah-kaedah fiqh utama yang
bersumberkan dalil-dalil yang autentik daripada al-Quran dan hadis Nabi SAW yang
disepakati oleh para fuqaha sepanjang zaman.

DEFINISI

Keadah Fiqh atau Fiqhiyyah merupakan gabungan dua perkataan Arab iaitu Qawaid
dan Fiqhiyyah. Dari sudut bahasa, pengertian kaedah membawa maksud tapak,asas
rumah dan prinsip. Fiqah pula membawa maksud suatu kefahaman iaitu memahami
sesuatu perkara dengan mendalam dan terperinci.
Apabila kedua-dua perkataan ini digabungkan, maka kaedah Fiqh dapat diertikan
sebagai suatu koleksi kaedah utama yang bersifat umum bagi menentukan sesuatu isu
atau masalah, seperti dalam aspek ibadah,perkahwinan, perubatan, ekonomi dan
sebagainya. Penentuan hukum-hukum ini pula akan ditentukan berdasarkan kaedah
atau formula tertentu.
Pembentukan formula teras kaedah Fiqh adalah berlandaskan tiga sumber, iaitu Al-
Quran,hadis dan pendapat para sahabat Rasulullah SAW yang rapat dengan baginda.
Secara umumnya, ulama telah membahagikan kaedah Fiqh kepada dua bahagian yang
utama, iaitu:
Al-kuliyyah Al-Kubra - Kaedah yang disepakati oleh kebanyakan ulama yang
merangkumi lima kaedah. Keistimewaannya boleh diaplikasi dalam semua bab Fiqh,
bermula dari bab Taharah sehingga bab Jihad, dan dalam pelbagai bidang seperti sains
dan teknologi,seni, perubatan, pelancongan, hospitaliti dan sebagainya.
Kaedah Fiqh Al-Sughra - Himpunan sejumlah besar kaedah-kaedah Fiqh yang skop
aplikasinya lebih kecil berbanding dengan kaedah Fiqh Al-Kuliyyah Al-Kubra.

DALIL DAN HADIS BERKAITAN KEMUDARTAN SESUATU
PERKARA

Kemudaratan bermaksud sesuatu perkara yang menjadi kesukaran atau mendatangkan
bahaya dan mudharat hendaklah dihapuskan. Kaedah ini juga membawa maksud
sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan dan perkara yang
berbahaya itu juga hendaklah dihilangkan. Islam melarang perbuatan berbahaya dan
memberikan kemudaratan kepada orang lain di persekitarannya, sama ada keluarga,
masyarakat mahupun rakyat di negaranya tanpa mengira perbezaan agama. Justeru,
ulama usul fiqh merumuskan kaedah penting yang dikenali sebagai qawa’id fiqhiyah,
iaitu ‘la darar wala dirar’ yang menekankan keperluan untuk menghilang dan
menghapuskan semua kemudaratan yang diperakui syarak. Berdasarkan kaedah itu
juga, orang Islam tidak dibenarkan melakukan sesuatu tindakan yang bukan sahaja
membahayakan diri sendiri, bahkan mencetuskan kemudaratan kepada orang lain.

1. Dalil menjauhi minuman yang memabukkan iaitu arak :

Haram meminum minuman yang memabukkan sama ada arak (‫)خمر‬, iaitu
yang dibuat daripada perahan anggur atau bukan arak, iaitu yang dibuat
daripada benda lain.

Ini berdasarkan firman Allah SWT:

ُ‫يَا أَيُّهَا الَّ ِذ ي َن آ َمنُوا إِنَّ َم ا الْ َخ ْم ُر َو الْ َميْ ِس ُر َو ا ْْلَن َص ا ُب َو ا ْْلَ ْزََلمُ ِر ْج ٌس ِم ْن عَ َم ِل الشَّيْطَا ِن فَا ْجت َنِبُوه‬
‫لَعَلَّكُ ْم ت ُفْلِ ُح و َن‬

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya
arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-
batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan.
Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
(Surah al-Maidah: 90)

2. Hadis pengharaman melukis tato:

Tatoo ialah membuat tanda atau lukisan pada mana-mana anggota tubuh secara kekal
seperti muka, lengan dan belakang. Ia dibuat dengan menggunakan warna-warna
tertentu dengan menusuk jarum pada anggota badan. Perbuatan ini adalah haram dan
dilaknat oleh Allah.

‫عن عبد الله ابن مسعود قال‬: ‫َل َع َن اللهُ ا ْل َوا ِش َما ِت َوا ْل ُم ْستَ ْو ِش َما ِت َوا ْل ُمتَنَ ِم َصا ِت َوا ْل ُمتُ َف ِل َجا ِت قال رسول الله‬
‫)متفق عليه( ِل ْل ُح ْس ِن ا ْل ُم َخ ِي َرا ِت َخ ْل ِق الله‬
Maksudnya : Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud, telah bersabda Rasulullah, Allah
melaknat tukang tatoo dan orang yang meminta dibuat tatoo dan orang yang
mencukur bulu kening dan orang yang mengasah gigi untuk kecantikan yang (semua
itu) mengubah ciptaan Allah .

3. Dalil berkaitan menolak kemudaratan disebabkan oleh penyebarkan ajaran
sesat:

Kita diperintahkan untuk mempertahankan akidah umat daripada terpesong,
disyariatkan jihad di bawah arahan pemerintahan yang sahih demi menjaga agama
yang menjadi asas keharmonian manusia didunia dan akhirat. Seseorang yang
menyebarkan ajaran sesat sudah tentu akan membawa mudarat yang besar kepada
masyarakat disebabkan oleh pemikiran yang sonsang. Demi menjaga masyarakat dan
mengelakkan mereka dari terkena mudharat yang besar.

َ‫ِا َّن ّٰل هلاَ يَأْ ُم ُر بِا ْل َع ْد ِل َوا َْ ِل ْح َسا ِن َو ِا ْيتَ ۤا ِئ ِذى ا ْلقُ ْر ٰبى َويَ ْن ٰهى َع ِن ا ْل َف ْح َش ۤا ِء َوا ْل ُم ْن َك ِر َوا ْلبَ ْغيِ يَ ِع ُظ ُك ْم لَعَلَّ ُك ْم تَذَ َّك ُر ْون‬

90. Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan,
memberi bantuan kepada kerabat, dan Dia melarang (melakukan) perbuatan keji,
kemungkaran, dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat
mengambil pelajaran.

4. Dalil pengharam riba:

Dalam Islam, pengharaman riba dilakukan secara berperingkat-peringkat, sama
seperti ketika mengharamkan khamr. Kerana di zaman jahiliyah, amalan riba
dilakukan secara terang-terangan. Jika pada masa itu ia diharamkan secara langsung,
sudah tentu ia akan membawa kepada penolakan secara frontal. Dan lama kelamaan,
akhirnya riba dilarang sama sekali

‫ٰٓياَ ُّي َها ا َلّ ِذ ْي َن ٰا َمنُ ْوا ََل تَأْ ُكلُوا ال ِر ٰب ٰٓوا اَ ْضعَا ًفا ُّم ٰض َعفَ ًة ۖ َّواتَّ ُقوا ّٰل هل َا لَ َعلَّ ُك ْم تُ ْف ِل ُح ْو َن‬

130. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memakan riba dengan
berlipat ganda dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung

CONTOH-CONTOH KEMUDARATAN

1. Kerajaan berhak mencegah penduduk kawasan tertentu keluar atua orang luar
masuk ke kawasan wabak seperti taun demi mencegah kemudaratan umum.

2. Kerajaan menetapkan penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan
surau termasuk solat Jumaat kerana takut dikuatiri boleh berlakunya
kebolehjangkitan wabak COVID-19.

3. Diberi kelonggaran untuk meninggalkan beberapa kewajipan dengan sedikit
kesukaran seperti dibolehkan duduk ketika solat, berbuka ketika sakit.

4. Mendedahkan kepincangan dalam pentadbiran negara kepada orang ramai
dibolehkan untuk mengelakkan orang ramai memilih pemimpin yang sama
mentadbir negara yang boleh membawa negara kepada kehancuran.

5. Haram membuka kilang arak, premis judi, kelab malam, rumah urut walaupun
boleh membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai kerana kerosakan lebih
besar berbanding kehancuran.

PERKARA YANG MEMBAWA KEMUDARATAN DAN
KESANYA KEPADA INDIVIDU, MASYARAKAT DAN NEGARA

Islam melarang perbuatan berbahaya dan mendatangkan kemudaratan kepada orang
lain di sekeliling mereka, baik keluarga, masyarakat mahupun orang di negara tanpa
mengira perbezaan agama.Sebaliknya, ulama Usul Fiqh merumuskan satu hukum
penting yang dikenali sebagai qawa'id fiqhiyah iaitu 'la darar wala dirar' yang
menekankan keperluan menghapuskan dan menghapuskan segala keburukan yang
diakui oleh syarak.

Berdasarkan peraturan ini, umat Islam tidak wajar melakukan tindakan yang bukan
sahaja membahayakan diri sendiri, malah mendatangkan kemudaratan kepada
masyarakat dan juga negara.

Peraturan yang berkaitan dirumuskan berdasarkan perintah Allah SWT sebagaimana
firman-Nya: "Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah
menyediakan segala yang mendatangkan kebaikan kepadanya." (Al-A'raf: 56)

Oleh itu , dalam blog ini akan membincangkan kesan terhadap kemudaratan yang
dilakukan dan kesanya terhadap masyarakat dan negara . Suka saya bahaskan tentang
beberapa topik yang secara umumnya sudah jelas mendatangkan kemudaratan tetapi
kebanyakan masyarakat tidak mengambil cakna terhadap kesanya sedangkan perkara
ini membawa kesan buruk kepada masyarakat dan negara. sehubugan dengan itu ,
terdapat beberapa topik hangat yang selalu dibahaskan oleh masyarakat iaitu
kemudaratan terhadap tubuh badan dari segi pengharam meminum arak , kesan
kemudaratan terhadap riba’ dalam jual beli dan juga kesan kemudaratan perjudian.

KESAN INDIVIDU

I. Kesan meminum arak kepada individu

Pengharaman arak semenjak sekian lama diketahui umum dalam kalangan masyarakat
Islam. Lebih 14 abad yang lalu sebelum kedatangan syariat Islam, amalan minum arak
menjadi sebahagian budaya dan kebiasaan masyarakat Arab Jahiliah. Antara kesan
kepada individu jika meminum arak, ianya akan meningkatkan kes kemalangan jalan
raya akibat memandu dengan keadaan mabuk yang boleh mengakibatkan kematian.
Selain itu, kes pembunuhan insan yang tidak bersalah, merogol dan memperkosa
berlaku disebabkan kesan buruk akibat pengambilan arak. Kesan pengambilan
minuman beralkohol ini yang boleh mengakibatkan kecelaruan emosi, tingkah laku
dan fikiran, keresahan dan kebingungan, kekeliruan, hilang ingatan sementara atau
kekal, kemurungan, kecenderungan untuk membunuh diri dan psikosis. Kemudaratan
minuman keras terhadap sistem saraf dan otak (neuropsychiatry) merupakan kesan
jangka panjang kepada seseorang.

II. Kesan penggunaan tato kepada individu

Tatu adalah lukisan atau tanda kekal di atas kulit yang dibuat dengan menggunakan
dakwat pigmen atau pewarna yang dimasukkan ke kulit melalui tusukan jarum ke
lapisan dermis (lapisan kedua kulit). Dakwat dimasukkan ke dalam lapisan dermis
kerana sel kulit di bahagian ini adalah stabil, oleh itu tatu akan menjadi kekal.Namun
pada hakikatnya, tatu itu boleh memberi kesan yang buruk kepada kesihatan individu
yang bertatu. Alahan pada jenis pigmen atau pewarna yang digunakan. Simptom
seperti bengkak dan gatal-gatal pada bahagian yang mempunyai kesan merah akibat
mentatu.Selain itu akan mendapat Jangkitan kuman Memandangkan proses membuat
tatu melibatkan kelukaan pada kulit, maka ia boleh menyebabkan jangkitan setempat
pada luka tersebut. Gejala yang biasa berlaku adalah bengkak, sakit dan bernanah di
kawasan tersebut. Jangkitan lain yang boleh memberi kesan kepada individu ialah
Jangkitan penyakit Hepatitis B dan Jangkitan HIV dan Hepatitis C boleh berjangkit
sekiranya jarum yang tercemar digunakan. Didalam islam ianya diharamkan kerana
dianggap sebagai mengubah ciptaan Allah S.W.T.

III. Kesan penyebaran ajaran sesat kepada individu.

Apabila terpengaruh dengan ajaran sesat. seseorang itu akan terdedah dengan aktiviti-
aktiviti yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.Hal ini termasuk melakukan
perbuatan-perbuatan syirik dan khurafat.Sebagai contohnya, percaya kepada ibu duit,
pemujaan kubur, memuja roh roh adalah perbuatan khurafat. Akibatnya akidah
seseorang akan rosak.Selain itu, masa terbuang. masa pengikut ajaran sesat juga akan
terbuang sia-sia kerana mengamalkan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan
dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta
khurafat. Kesan ajaran sesat terhadap individu yang paling jelas adalah ia
menjerumuskan seseorang itu ke dalam perkara syirik seterusnya kufur dan akhirnya
membawa murtad atau terkeluar seseorang itu daripada Islam.Bukan itu sahaja, minda
seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin yang
mendakwa mendapat wahyu. malah tercetusnya perbuatan dan kelakuan yang tidak
rasional kerana sikap tetaksuban mereka. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi
tidak rasional dan fanatik.

IV. Kesan riba kepada individu.

Walaupun Allah S.W.T mengharamkan riba sebagaimana arak atau judi diharamkan,
ia masih kurang diberi perhatian oleh kebanyakan orang Islam. Masih terdapat di
antara mereka yang menganggap ia sebagai isu yang remeh dan tidak perlu diberi
perhatian yang berat seperti dosa-dosa besar yang lain. Kurangnya pemahaman
tentang takrifan dan hikmah pengharaman riba. Bentuk kehilangan berkat di dunia
harta yang terbabit dengan riba mudah hilang atau habis melalui jalan tidak berfaedah
sehingga seseorang individu tersebut rasa miskin dan fakir walaupun mempunyai
wang yang banyak. Malah, harta itu menjadi sebab ringannya pemilik untuk
melakukan maksiat, kefasikan dan menghinakan diri di sisi Allah SWT. Hilanglah
sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan dan tamak haloba dalam diri
individu tersebut. Riba menyebabkan ianya dipandang sebelah mata sahaja oleh orang
Islam sendiri. Kesan riba, terutama kepada mereka yang mengetahuinya lagi besar
apabila orang yang memakan riba disamakan seperti seorang yang melakukan zina

sebanyak 60 kali. Hakikatnya, riba termasuk dalam tujuh dosa besar di samping syirik,
sihir, membunuh, makan harta anak yatim, lari dari medan perang serta menuduh
perempuan suci dengan zina.

KESAN KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

I. Kesan kemudaratan meminum arak kepada masyarakat dan negara:

Mengikut rekod yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) jumlah mangsa
kematian atau kecederaan parah atau ringan disebabkan pemandu mabuk antara tahun
2010 sehingga 2018 ialah seramai 2,391 orang, dan daripada jumlah tersebut, seramai
1,196 orang telah meninggal dunia. Oleh itu, perkara ini merujuk kepada kesan
meminum arak telah meragut nyawa sebilangan masyarakat sekali gus mengurangkan
populasi bilangan penduduk di sesebuah negara.

Selain itu, di US, kerugian yang ditanggung oleh kerajaan dan rakyat pembayar cukai
disebabkan oleh arak ialah sebanyak USD429 bilion. Daripada jumlah kerugian
tersebut, 72 peratus kos ialah hasil daripada hilangnya produktiviti kerja, 10 peratus
kos tindakan terhadap penjenayah, 11 peratus kos perubatan, dan 5 peratus kos
daripada kemalangan jalan raya. Kajian ini telah dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan
Pencegahan Penyakit (CDC) di bawah Kementerian Kesihatan US pada tahun 2010.
Hal ini menyebabkan kesan kepada negara kerana kos terpaksa ditanggung oleh
kerajaan menerusi cukai yang dibayar oleh rakyat

Seterusnya , di Australia pula, kerugian kos mata wang negara meningkat disebabkan
oleh arak ialah sebanyak USD36 bilion setahun. Kos ini meningkat sekali ganda
daripada tahun-tahun sebelumnya. Kajian ini dikeluarkan oleh Yayasan Pendidikan
dan Pemulihan Alkohol, Australia pada tahun 2010.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kemudaratan alkohol kepada
sistem saraf dan otak (neuropsychiatry) merupakan kesan jangka panjang alkohol

yang paling kerap dilaporkan di kalangan orang dewasa. Antara kesan alkohol kepada
kesihatan mental ialah;
(a) Kecelaruan tingkah laku dan fikiran.
(b) Keresahan dan kebingungan.
(c) Kekeliruan.
(e) Hilang ingatan sementara atau kekal.

Selain itu, pengambilan minuman beralkohol yang berterusan terutamanya jika
diambil dalam jumlah yang banyak, boleh memberikan kesan toksik dalam organ
badan. Kesan toksik alkohol kepada otak boleh menyebabkan gangguan mental
seperti kemurungan dan psikosis. Selain itu, alkohol boleh menyebabkan sirosis hati
dan kegagalan fungsi hati, kegagalan jantung, gastritis, ulser, radang pankreas dan
kanser saluran oro-farink (mulut dan tekak). Semua ini merupakan antara komplikasi
atau kesan jangka panjang kemudaratan terhadap kesihatan disebabkan alkohol.
Bahkan kematian pra-matang boleh berlaku akibat kegagalan fungsi organ badan ini.

II. Kesan kemudaratan riba’ kepada masyarakat dan negara:

Apabila memperkatakan tentang perniagaan secara islam , salah satu elemen yang
perlu kita perhatikan adalah riba .walaupun Allah mengharamkan riba sebagaimana
riba atau judi diharamkan , ia masih kurang diberi perhatian oleh kebanyakan orang
islam . masih terdapat diantara mereka yang menganaggap ia sebagai isu yang remeh
dan tidak perlu diberi perhatian yang berat seperti dosa - dosa yang lain . kurangnya
pemahaman tentang takrifan dan hikmah pengharaman riba meyebabkan ianya
dipandang sebelah mata sahaja oleh orang islam sendiri .

Pada masa sekarang , riba merupakan sinonim degan ‘interest ‘ atau faedah yang
diamalkan oleh insitusi kewangan konvensional . amalam riba oleh bank membayar
faedah kepada penyimpan dan mengenakan bunga kepada peminjam di mana
perbezaan antara keduanya merupakan keuntungan kepada bank . sehubungan dengan
itu, , terdapat beberapa kesan kemudaratan riba kepada masyarakat sekaligus negara

Kesan daripada sistem riba kepada masyarakat ialah, kos sara hidup akan meingkat
dan mengakibatkan kehidupan sesorang individu menjadi lebih susah. Sebagai

contohnya, Jepun dan Amerika Syarikat telah mengamalkn sistem ini sehingga kedua
negara ini berdepan dengan krisis kewangan yang teruk.

Selain itu, golongan muda turut mendapat kesan sampingan dimana mereka sukar
mendapat pekerjaan kerana sesetengah syarikat berhadpan dengan masalah kewangan
dan hutang. Justeru itu, golongan muda ini hanya diberikan pekerjaan secara kontrak
oleh syraikat tersebut. Oleh itu, golongan muda tidak mampu untuk menangani situasi
yang berlaku sedemikian. Jika masalah ini tidak diatasi dengan secepat mungkin,
golongan muda mungkin akan hidup dalam keadaan yang susah seperti gelandangan.

Selain itu , kesan terhadap negara iaitu hutang Antarabangsa ,Suatu krisis hutang
negara-negara membangun telah berlaku pada awal tahun 1980 an. Beberapa buah
negara seperti Mexico dan Brazil menghadapi kesulitan besar dalam pembayaran
hutang luar negara disebabkan kenaikan kadar bunga yang tidak dijangka serta
kemerosotan harga barangan utama negara. Masalah hutang luar negara dialami oleh
hampir keseluruhan negara di dunia hari ini terutamanya negara-negara dunia ketiga.
Negara-negara ini terpaksa meminjam dari negara-negara kaya atau dari Tabung
Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund-IMF) untuk menampung
keperluan asas negara atau bagi tujuan memajukan ekonomi negara Negara atau bad
an yang memberi pinjaman ini pastinya mengenakan syarat-syarat tertentu kepada
negara peminjam seperti kadar faedah dan tempoh masa sesuatu pinjaman diberikan.

III. Kesan kemudaratan judi kepada masyarakat dan negara:

Fenomena judi semakin menjadi-jadi. Malangnya terdapat umat Islam yang turut
terlibat dalam gejala ini dengan pelbagai bentuk dan cara. Antaranya termasuklah
aktiviti seperti loteri, tikam, mesin slot dan sebagainya yang melibatkan segala bentuk
perjudian sedangkan ia adalah satu perkara yang diharamkan dan berdosa besar di
sisi Islam.

Judi dalam bahasa Arab dikenali sebagai al-maisir atau al-qimar. Ia bermaksud
permainan pertaruhan golongan Arab dengan menggunakan anak panah. Permainan

judi juga ditakrifkan sebagai permainan dengan anak batu, atau dengan dadu atau
segala jenis pertaruhan.

Antara kesan buruknya ialah aktiviti perjudian boleh menyebabkan seseorang itu lalai
daripada tanggungjawab yang dipikul sehingga menyebabkan kehabisan wang dan
dibebani hutang. Akibat daripada hutang ini juga seseorang itu mudah terjebak
dengan jenayah sehingga mampu meruntuhkan institusi kekeluargaan dan perpecahan
dalam masyarakat.

Selain itu, kesan aktiviti perjudian dalam kalangan masyarakat ini secara tidak
langsung akan memberi kemudaratan kepada negara. Contohnya seperti aktiviti
perjudian yang berlaku di kalangan pegawai kerajaan atau penjawat awam yang boleh
menyebabkan rasuah berlaku akibat daripada kerugian yang dialami. Maka apabila
rasuah berlaku, ianya akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negeri dan negara
akan menjadi kucar kacir dan menimbulkan masalah lain seperti masalah ekonomi,
pengabaian terhadap masyarakat jika amalan rasuah terus berleluasa di peringkat
pimpinan negara.

KEPENTINGAN KAEDAH TERHADAP KEMUDARATAN

Apa itu kaedah fiqh ? kaedah fiqh bermaksud tiada mudarat dan tidak boleh memberi
mudarat atau dalam bahasa arabnya (la darar wa la dirar ) yang merupakan salah satu
daripada lima kaedah fiqh yang utama (al Qawa’id al-kulliyah al-khams). Ia
merupakan kaedah dasar dan bersifat umum yang dapat diterapkan pada pelbagai
hukum fiqh terhadap perbuatan mukallaf.

Perkataan darar membawa maksud sesuatu yang bertentangan dengan manfaat
menurut Ibn Manzur: t., manakala dari segi istilah ia bermaksud melakukan kerosakan
terhadap kemaslahatan yang disyariatkan sama ada terhadap diri sendiri atau orang
lain secara tidak benar. Berdasarkan kaedah fiqh ini telah menjelaskan bahawa semua
jenis kemudaratan yang menimpa mana-mana pihak, maka kemudaratan itu wajib
dihilangkan daripada terus berlaku. Wajib ke atas setiap individu menghilangkan
mudarat terhadap dirinya, begitu juga tidak harus bagi individu tersebut menyebabkan
mudarat kepada orang lain. Kemudaratan juga wajib untuk dihilangkan sebelum
berlakunya perkara tersebut, wajib juga dihilangkan ketika berlakunya perkara
tersebut dengan menghilangkan mudarat tersebut, atau menyediakan alternatif lain
bagi menggantikan mudarat tersebut. Kaedah berkenaan dirumuskan berdasarkan
perintah daripada Allah SWT seperti firman-Nya: “Dan janganlah kamu berbuat
kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan
padanya.”(Al-A’raf ).

“Daripada ibn ‘Abbas ra berkata: sabda Rasulullah s.a.w: Tiada mudarat dan tidak
boleh memberi mudarat’ [Ibn Majah, no. 2431]

Hadis di atas membawa maksud bahawa kaedah fiqh yang pelbagai daripada
ungkapan ‫ َلضررولضرار‬ianya memudahkan sesuatu ketika darurat atau menjadi alasan
bagi mengelakan sesuatu yang diperintah oleh Allah SWT tanpa alasan untuk
meninggalkanya. Hadis di atas ini sangat bersesuaian untuk menjadi hujah bagi
mengelak kemudaratan serta memberi kepentingan kepada semua umat Islam dalam
segala suruhan Allah SWT dalam apa jua keadaan.

APLIKASI KAEDAH

Kajian ini menggunakan kaedah yang diaplikasikan untuk tujuan penyelidikan
melalui pendekatan analisis kandungan. Pendekatan ini menerangkan mengenai
kemudaratan hendaklah dihilangkan. Terdapat beberapa kaedah dan konsep untuk
menghilangkan kemudaratan. Antaranya ialah dengan menggunakan kaedah pertama
iaitu kaedah yang diambil daripada perkataan al-darar yuzāl. Kaedah ini membawa
pengertian bahawa kemudaratan itu haruslah dihilangkan apabila ia terjadi. Hal ini
bermakna jika kemudaratan ini berlaku dan mendatangkan bahaya kepada manusia
dan alam ini, ia wajib dihilangkan. Perkara ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad
S.A.W :

‫لاَ َض َر َر َولاَ ِض َرا َر‬

Maksudnya : Tidak ada sebarang mudarat dan tidak ada juga perbuatan membalas
kemudaratan.

Riwayat Malik (31)

Hadith ini merupakan hadith yang masyhur serta menunjukkan bahawa Islam
menafikan sebarang kemudaratan kepada orang lain. Kemudaratan ini tidak boleh
juga dilakukan terhadap diri sediri. Jadi, kemudaratan ini wajib dihindarkan sama ada
kemudaratan tersebut berkait dengan hak umum atau hak khusus. Justeru, ini memberi
makna bahawa Islam menafikan kesemua bentuk kemudaratan dalam setiap aspek dan
sudut. Kesimpulannya, seseorang itu tidak boleh melakukan kemudaratan terhadap
orang lain di mana ia boleh membawa kerosakan terhadap seseorang itu. Jumhur
ulama’ telah menetapkan bahawa wajib untuk menjauhi segala perkara yang boleh
memudaratkan kaum muslimin.

Aplikasi kaedah untuk menghilangkan kemudaratan ini telah dipecahkan kepada
beberapa bahagian. Antara kaedah-kaedah tersebut ialah, kemudaratan tidak boleh
dihilangkan dengan kemudaratan. Kaedah ini telah bermaksud bahawa walaupun
kemudaratan itu mesti dihilangkan, ia bukanlah dengan cara menimbulkan sesuatu
kemudaratan yang boleh memudaratkan orang lain. Hal ini sangat bertentangan
dengan konsep al-darar yuzãl yang membawa maksud menghilangkan kemudaratan.
Manusia haruslah menghilangkan kemudaratan dengan cara yang baik dan bermanfaat
supaya tidak memberikan kemudaratan kepada manusia, haiwan dan alam. Jika
kemudaratan dihilangkan dengan kemudaratan, ia bakal menambahkkan masalah
besar di kalangan masyarakat. Terdapat beberapa contoh bagi kaedah kemudaratan
tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan. Antaranya ialah, tidak boleh seseorang
yang kelaparan mengambil makanan orang yang juga akan mati kebuluran sekiranya
makanannya diambil.

Selain itu, seseorang itu tidak boleh memotong jari tambahannya jika dibimbangi
memudaratkan. Tambahan pula, kaedah yang seterusnya ialah kemudaratan yang
lebih berat dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih ringan. Kaedah ini bermaksud
bahawa sekiranya terdapat dua kemudaratan dalam satu masa yang sama, maka
kemudaratan yang lebih berat seharusnya dihilangkan dengan melaksanakan perkara
yang lebih ringan dengan mudaratnya. Sebagai contoh, doktor melakukan
pembedahan terhadap wanita mengandung yang meninggal dunia demi
menyelamatkan bayi yang masih mempunyai peluang untuk hidup. Selain itu, antara
contoh lain ialah adanya hukum hudud untuk membendung kemudaratan yang lebih
besar. Kaedah yang seterusnya ialah menolak kemudaratan adalah lebih utama
daripada mengambil kebaikan. Kaedah ini dimaksudkan dengan apabila bertembung
antara kemudaratan dan kebaikan, maka menolak mudarat itu adalah lebih utama. Hal
ini dibimbangi akan menyebabkan kemudaratan yang lebih besar jika membiarkan
kerosakan itu terus merebak.

Allah Taala telah berfirman di dalam surah Al Baqarah ayat 219 iaitu :

Maksudnya : Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang khamar dan judi.
Katakanlah, “Pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi
manusia. Tetapi dosanya lebih besar daripada manfaatnya.” Dan mereka
menanyakan kepadamu (tentang) apa yang (harus) mereka infakkan. Katakanlah,
“Kelebihan (dari apa yang diperlukan).” Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-
Nya kepada kamu agar kamu memikirkan.

Terdapat beberapa contoh bagi kaedah bagi kemudaratan ini. Antaranya,
menghapuskan iklan judi untuk mencegah tabiat menjudi yang kemudaratannya lebih
besar daripada mendapat bayaran iklan yang sedikit. Selain itu, melakukan sesuatu
yang salah demi menyelamatkan ikatan silaturrahim sesetengah pihak. Sebahai
contoh, berbohong adalah haram pada asalnya, namun ia diharuskan jika ia membawa
kebaikan seperti mendamaikan dua pihak yang sedang bertelagah. Seterusnya,
menyedut air ke dalam hidung sunat pada asalnya, tetapi bagi orang yang berpuasa ia
adalah makruh kerana dibimbangi akan terbatal puasanya. Kaedah bagi perkataan al-
darar yuzāl ini boleh diaplikasikan di dalam bidang Sains dan Teknologi. Contoh
aplikasi tersebut ialah mengesan penyakit keturunan dengan melakukan rawatan
genetik adalah harus bagi mengetahui penyakit genetik terutamanya terhadap
pasangan yang berisiko tinggi.

Di samping itu, pembedahan plastik harus dijalankan sekiranya ada keperluan
uyang boleh mendatangkan kemudaratan. Namun, kemudaratan tersebut perlulah
disahkan oleh pakar perubatan yang terlibat. Seterusnya, kaedah yang berikutnya ialah
kemudaratan perlu dibendung dengan sebaik mungkin. Kaedah ini berasal daripada
kaedah Usuliyyah yang berkaitan dengan kewajipan mencegah kemudaratan. Perkara
terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan membendung kemudaratan itu sekadar
yang termampu.Antara contoh yang boleh dikaitkan dengan kaedah ini ialah usaha
Saidina Abu Bakar As Siddiq untuk mengumpul dan membukukan Al Quran agar ia
tidak hilang. Selain itu, Saidina Umar Al-Khattab yang mengambil tindakan untuk
membakar kedai arak agar tidak menimbulkan sebarang masalah di kemudian hari.

PENGAJARAN MENCEGAH KEMUDARATAN

Kaedah fiqh “la darar wa la dirar” secara amnya merupakan salah satu dasar
penting dalam syariat Islam. Secara keseluruhannya, ia mendatangkan manfaat
kepada manusia dan menghalang mereka daripada melakukan kemudaratan kepada
diri dan masyarakat. Kaedah ini telah mendidik umah Islam untuk menjadi lebih
bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara agar tidak menyebabkan kemudaratan
kepada diri mereka sendiri. Kaedah ini akan menjauhkan umat Islam dari sifat zalim,
membenci antara satu sama lain, permusuhan dan kerosakan. Hal ini akan
menyebabkan umat Islam dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan sentiasa
bersatu-padu jika mengamalkan konsep al-darar yuzāl.

Sekiranya umat Islam mengamalkan kaedah untuk mencegah kemudaratan ini,
ia sudah tentunya dapat menonjolkan kecantikan dan kebaikan Islam dan ajarannya
yang bernilai tinggi. Tambahan pula, dengan mencegah kemudaratan, manusia dapat
mencari keredhaan Allah. Hal ini kerana Allah Taala menyukai orang-orang yang
berbuat kebaikan dan mempunyai sifat belas kasihan terhadap oang lain. Allah
membenci dengan orang-orang yang memberi mudarat kepada orang lain dengan
zalim dan melampaui batas. Jika manusia mengamalkan kaedah ini, ia dapat menjaga
kebajikan dan kemaslahatan bagi individu dan masyarakat.

KESIMPULAN

Secara umumnya, kemudaratan yang berbentuk umum dan besar adalah lebih
diutamakan daripada kemudaratan yang bersifat khusus dan ringan kerana menjaga
kemaslahatan umum dan menjaga kebajikan orang ramai itu lebih didahulukan
terutamanya dalam situasi yang melibatkan nyawa. Begitu juga sekiranya
bertentangan di antara suatu tuntutan dan tegahan, maka hendaklah didahulukan
dengan meninggalkan tegahan tersebut kecuali sesuatu tuntutan itu lebih besar kerana
mendahulukan bahaya dan darurat adalah lebih utama . Oleh , telah dihuraikan antara
perkara dan contoh yang menjurus kepada kemudaratan kepada individu , masyarakat
dan negara antaranya dalam kegiatan judi , meminum arak dan juga pengharaman
riba dalam sistem kewangan negara .Oleh itu ,kaedah konsep asas telah dijelaskan
pada huraian seperti di atas .Srhubungan dengan itu, sebagai umat islam kita mestilah
mengaplikasikan kaedah ini dalam kehidupan demi kemaslahatan umat .

REFERENCES

1) https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/10/199979/riba-punca-
kehidupan-tidak-berkat

2) https://www.samudera.my/minum-arak-halang-manusia-dari-rahmat-
kurniaan-ihsan-allah-peace/

3) http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15865
4) http://asst5.blogspot.com/p/kesan-buruk-mengamalkan-ajaran-sesat.html
5) https://www.coursehero.com/file/123678161/KESAN-AJARAN-SESATdocx/
6) https://www.slideshare.net/beaflower/titas-kemudaratan-riba


Click to View FlipBook Version