INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA NERUS TERENGGANU
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)
AMBILAN JUN 2022
SEMESTER 1 TAHUN 1
TUGASAN 2 – E-PORTFOLIO
NAMA PELAJAR : AMIRATUL ATHIRAH BINTI MOHD ROSDI
ANGKA GILIRAN : 2022092310054
NO KAD PENGENALAN : 040209-11-0048
KUMPULAN/UNIT : BM 3
KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1074 / SEJARAH PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
NAMA PENSYARAH : DR. MOHD FADZIL BIN BAHARUDIN
TARIKH HANTAR : 17 SEPTEMBER 2022
NO. TEL : 017 9197326
Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :
TANDA TANGAN PEMERIKSA/PENSYARAH TARIKH :
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami dengan sejelas-jelasnya.
TANDA TANGAN PELAJAR TARIKH :17
SEPTEMBER 2022
ISI KANDUNGAN
TUGASAN 2
BIL. PERKARA MUKA
SURAT
PENGHARGAAN 1
1.0 PENGENALAN 2
2.0 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI MENGIKUT
KRONOLOGI
2.1 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI SEBELUM MERDEKA 3
2.1.1 SISTEM EJAAN RUMI WILKINSON (1904) 4
2.1.2 SISTEM EJAAN RUMI ZA’BA (1941)
2.1.3 SISTEM EJAAN RUMI FAJAR ASIA (1943) 5
2.1.4 SISTEM EJAAN RUMI KONGRES (1956) 6
2.2 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI SELEPAS MERDEKA
2.2.1 SISTEM EJAAN RUMI PERSEKUTUAN BAHASA MELAYU
UNIVERSITI MALAYA (PBMUM) 7
2.2.2 SISTEM EJAAN BAHASA MALAYSIA-INDONESIA (EJAAN
MALINDO)
2.2.3 SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU (1972) 8
3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM 9-10
MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI
4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI PADA MASA KINI 11
5.0 RUMUSAN 12
6.0 RUJUKAN 13
Penghargaan
Assalamualaikum w.b.t.
Pertamanya, saya panjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan yang
Maha Esa kerana telah memberikan kekuatan dan kesungguhan kepada saya untuk
menyempurnakan tugasan kerja kursus tugasan 2,iaitu tugasan e-portfolio bagi mata
pelajaran BMMB1074 (Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu).
Dalam pada itu, saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada
pensyarah mata pelajaran Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu iaitu Dr. Mohd Fadzil bin
Baharudin kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya
sehingga tugasan ini berjaya disempurnakan dengan jayanya.
1
1.0 Pengenalan
Bahasa adalah suatu ungkapan melalui percakapan seseorang untuk menyampaikan
maknanya yang tersendiri dan diaplikasikan dalam satu komuniti masyarakat untuk
berkomunikasi dengan individu lain. Dalam masa yang sama, terdapatnya tulisan yang
wujud apabila manusia meneliti kaedah untuk menyampaikan fikiran dan perasaan mereka
melalui sebuah lambang berbentuk coretan kepada bahasa yang difahami oleh diri sendiri
dan orang lain yang turut membacanya. Oleh itu, wujudlah sistem ejaan yang membina
pelengkap bagi sesebuah komunikasi. Terdapat dua jenis tulisan bagi bahasa Melayu yakni
tulisan Jawi dan tulisan Rumi. Menurut sejarah, tulisan rumi ini datang ke kepulauan Melayu
bersama-sama dengan kedatangan orang Eropah pada suatu masa dahulu.
Penyelarasan dan pelaksanaan ejaan rumi yakni sistem ejaan bahasa Melayu telah
bermula pada tahun 1904 dan diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos
1972. Justeru itu, ini adalah hasil daripada kesepakatan bersama Majlis Bahasa Indonesia-
Malaysia. Sistem ejaan tersebut adalah seperti berikut:
•Huruf vokal:
a, e, i, o, u
•Huruf konsonan:
huruf selain huruf vokal
•Huruf diftong:
ai, au, oi
•Huruf konsonan gabungan:
gh, kh, ny, ng, sy
2
2.0 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Mengikut Kronologi.
2.1 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Selepas Merdeka
2.1.1 Sistem Ejaan Rumi Wilkinson(1904)
Bermula pada tahun 1902,kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah
mengambil langkah insiatif untuk mendirikan sebuah jawatankuasa ejaan yang dipimipin
oleh R.J. Wilkinson ,ketua-ketua sekolah pada ketika itu menguruskan perancangan ejaan
yang pertama kalinya di Tanah Melayu. Ejaan Wilkinson diperkenalkan berdasarkan
rumusan daripada nama Romanised Malay Spelling dan diterbitkan pada bulan Oktober
1904 dalam bentuk sebuah laporan .
Lantaran daripada itu, “Sistem Ejaan Rumi Wilkinson” yang digunakan secara rasmi
di semua sekolah umum adalah sama dan seragam dengan yang digunakan dalam semua
kamus dan penerbitan karangan Wilkinson sendiri yang telah dihasilkan dari tahun 1901
hingga akhir tahun 1940-an. Selain itu,pedoman Ejaan Rumi Wilkinson yang dibentangkan
ini berdasarkan Kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang disusun olehnya pada tahun 1903.
Dalam pada itu, Wilkinson juga menjelaskan bahawa dua sistem yang logis bagi perumian
bahasa Melayu yakni sistem yang pertama adalah perumian secara harafiah berdasarkan
ejaan manakala sistem yang kedua pula ialah perumian secara fonetik iaitu menurut
sebutan sesuatu perkataan.
3
2.1.2 Sistem Ejaan Rumi Za’ba (1941)
Zainal Abidin Ahmad ataupun yang lebih mesra dan dikenali sebagai Za’ba telah
melakukan penambahbaikan kepada sistem ejaan Wilkinson. Sistem ejaan sekolah atau
juga lebih dikenali sebagai sistem ejaan Rumi Za’ba ini telah digunakan di sekolah-sekolah
di Tanah Melayu. Sementara itu, sistem ejaan ini juga telah bermula di Maktab Perguruan
Sultan Idris. Walaubagaimanpun, terdapat beberapa kelemahan yang dikesan misalnya
sistem ini agak sukar untuk difahami kerana terdapat pengejaan kata yang masih terdapat
sistem ejaan rumi dahulu yakni Sistem Ejaan Rumi Wilkinson.
Di samping itu, adanya ketidakseragaman pengejaan kata dalam penulisan yang
menggabungkan penggunaan tulisan rumi iaitu berpunca daripada kaedah penggunaan
aneka ragam lambang huruf serta beberapa sistem ejaan rumi yang lain yang telah
diterapkan ke dalam pelbagai jenis kamus seperti kamus ekabahasa dan dwibahasa.
Kemudian, kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam sistem berkenaan dan kaedah
penggunaan yang beraneka itu telah menggalakkan sebahagian pihak untuk turut hadir bagi
menghasilkan beberapa sistem baru ejaan rumi dalam anggaran tempoh dari tahun 1940
hingga 1959 lamanya.
4
2.1.3 Sistem Ejaan Rumi Fajar Asia (1943)
Sistem ini merupakan suatu kaedah ejaan yang digunakan dalam majalah
dwimingguan Fajar Asia yang telah diterbitkan di Singapura iaitu bermula pada tahun 1943
di bawah pimipinan Zainal Abidin bin Ahmad sebagai ketua pengarang. Seterusnya, dari
sudut aspek pengejaan kata dan cara penulisan keharmonian vokal,didapati sistem ejaan
Fajar Asia boleh dikatakan sebagai percubaan yang pertama dalam insiatif untuk
menyatukan ejaan rumi bahasa Melayu dengan ejaan rumi bahasa negara jiran iaitu bahasa
Indonesia. Malah, Angkatan Sasterawan 50 yang telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 telah
mengangkat ejaan Fajar Asia untuk menjadikannya sebagai ejaan rasmi. Lain daripada
itu,para Penulis Melayu mulai memikirkan betapa wajar dan pentingnya mereka bergerak
dalam pertubuhan penulis supaya tuntutan yang berhubungan dengan politik,bahasa dan
sastera Melayu dapat disepakati bersama.
5
2.1.4 Sistem Ejaan Rumi Kongres (1956)
Pada tahun 1952, Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu yang pertama
telah dilangsungkan di Singapura seterusnya yang kedua pula pada tahun 1954 di
Seremban pada 16 hingga 21 September 1956 di Singapura dan Johor Bahru. Dalam
Kongres Bahasa Melayu yang ketiga (1956), isu ejaan rumi telah dipandang serius.Oleh
sebab itu, ahli peserta kongres telah bersepakat dan sebulat suara umtuk melakukan
penambahbaikan kepada beberapa pembaharuan yang agak terperinci dan lebih
jelas,misalnya membaiki sistem ejaan Za’ba. Sistem Ejaan Rumi Kongres merupakan sistem
ejaan Rumi bagi bahasa Melayu yang dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu yang ketiga pada tahun 1956. Hasil daripada rumusan terdapat empat dasar
pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi (Memoranda,1962:261-262).
Antaranya,ejaan di Malaya dan di Indonesia hendaklah disamakan atau disatukan.
Selain itu, peraturan ejaan perlulah mudah difahami,maka sistem fonologi diterima sebagai
sistem yang lebih baik daripada sistem fonetik dan satu satu fonem hendaklah digambarkan
dengan hanya satu tanda huruf sahaja.Seterusnya,pengejaan haruslah tetap sekata
mengikut kaedah yang satu dan semacam. Di samping itu, kata-kata dan bahasa-bahasa
asing mestilah disesuaikan pengejaannya dengan hukum-hukum sistem fonologi Melayu.
6
2.2 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Selepas Merdeka
2.2.1 Sistem Ejaan Rumi Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM)
Sistem ejaan rumi Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) adalah
suatu sistem ejaan rumi yang digunakan dalam Jurnal Bahasa dan telah diterbitkan oleh
PBMUM pada tahun 1959. Sementara itu, sistem ejaan rumi PBMUM bukanlah suatu
kaedah sistem ejaan rasmi yang telah diperakukan. Namun begitu, kaedah sistem ejaan
rumi ini telah diambil sebagai suatu usaha yang penting dalam percubaan melanjutkan ke
arah penyatuan ejaan rumi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Hal ini disebutkan
demikian kerana sistem ejaan ini hampir menyerupai sistem ejaan yang diketengahkan oleh
sistem ejaan Fajar Asia.
2.2.2 Sistem Ejaan Bahasa Malaysia-Indonesia (Ejaan Malindo)
Hasil daripada perbincangan daripada sistem ejaan Kongres dan sistem ejaan
PBMUM, diakui dan didapati masih tiddak dapat mencapai matlamat yang sepatutnya yakni
penyeragaman tulisan rumi. Hal iini dikatakan demikian kerana sistem ejaan rumi Kongres
tidak dapat dilaksannakan apabila wujud sifat yang terlalu idealistik dari sudut linguistik yang
akhirnya sukar untuk dipraktikkan. Oleh itu, usaha untuk menyeragamkan sistem ejaan rumi
antara kedua-dua buah negara jiran iaitu Malysia-Indonesia tetap diteruskan (Muhammed
Salehudin). Hal ini telah menyebabkan beberapa siri pertemuan dan rundingan telah
diadakan oleh wakil daripada kedua-dua negara tersebut.
Dalam pada itu, rentetan daripada perjanjian persahabatan yang telah dimaterai
pada tahun 1959, pertemuan antara Jawatankuasa Persekutuan Ejaan Rumi Tanah Melayu
yang diketuai oleh Tuan Syed Nasir Ismail dan Panitia Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa
Indonesia yang diketuai oleh Prof Slamet Mauljana dari Jakarta pada tahun 1959. Justeru
itu, pertemuan ini telah digagaskan sebagai sistem ejaan bersama yang dikenali dengan
nama sistem Ejaan Malindo. Lantaran itu, sistem ejaan ini juga mengandungi maklumat
berkaitan dengan fenom vokal, diftong, konsonan serta perlambangannya, kaedah
penulisan dan penyebutan abjad, penggunaan tanda sempang, penulisan kata ulang,
penggunaan angka yakni angka dua, huruf besar, penulisan kata depan , kata ganti singkat,
partikel dan penggunaan tanda baca.
7
2.2.3 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1972)
Seiring dengan peredaran masa, akhirnya sistem ejaan baru untuk bahasa Melayu
serta bahasa Indonesia berjaya menggapai kemuncak kepada segala kegiatan pelengkap
bagi semua sistem ejaan. Sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu telah dirasmikan oleh Yang
Amat Berhormat Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein,Perdana Menteri Malaysia dan
bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur Sistem dan di Jakarta oleh
Presiden Soeharto pada 16 Ogos 1972. Pada hari ini,sudah 50 tahun Sistem Ejaan Rumi
Baru Malaysia-Indonesia berikutan dengan pengisytiharan serentak di kedua-dua buah
negara.Sementara itu,di Malaysia,sistem ejaan baru bersama ini dirujuk sebagai Ejaan Rumi
Bersama yang masih digunakan sehingga pada masa kini.
Ejaan yang baharu ini merupakan hasil muafakat Malaysia-Indonesia yang
mengenyahkan tradisi ejaan lama dan menggantikan ejaan yang sebelumnya yakni Ejaan
Za’ba di Malaysia dan Ejaan Soewandi di Indonesia.Dalam pada itu, terdapat enam aspek
utama Sistem Ejaan Rumi 1972. Antaranya, mempunyai beberapa jenis huruf dalam bahasa
Melayu iaitu huruf vokal,diftong serta huruf konsonan. Selain itu,wujudnya sistem pola
keselarasan huruf vokal dan terdapat penulisan kata bahasa Melayu seperti penulisan
rangkai kata.Seterusnya, penggunaan huruf besar dan kecil. Kemudian, penggunaan tanda
bacaan di dalam ayat. Akhir sekali, penulisan partikel iaitu seperti lah, kah dan tah yang
dieja berangkai dengan perkataan yang berada di hadapannya.
8
3.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Menyeragamkan Sistem Ejaan Rumi.
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) iaitu dalam menyeragamkan sistem ejaan
rumi misalnya memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan. Bagi
mencapai misi dan objektif tersebut, DBP telah giat dalam menjalankan program dari semasa
ke semasa iaitu Minggu Penulis Remaja dengan tujuan memupuk penulis muda. Program
sebigini telah dilaksanakan untuk melahirkan pewaris generasi ilmu kesusasteraan pada
masa depan. Justeru itu, dalam mengukuhkan ilmu kesusasteraan melalui sisitem ejaan rumi
ini, DBP sekali lagi telah menerapkan dengan cara penganugerahan bagi memberi galakan
para sastera menerokai bidang ini. Jelaslah,kepentingan DBP adalah sangat penting
sehingga telah berjaya mendapat pengiktirafan oleh jabatan kerajaan sebagai Badan
Berkanun melalui Akta Parlimen pada tahun 1959 dalam memartabatkan lagi dunia bahasa
sastera dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu.
Selain itu, peranan DBP dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi yakni dengan
membakukan ejaan dan sebutan, serta membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa
kebangsaan. Penggerakan kegiatan peristilahan yang didukung oleh DBP telah dilaksanakan
melalui dasar bahasa yang menerapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah
rendah,menengah dan peringkat institusi pengajian tinggi. Sehebungan dengan itu,
Jawatankuasa Istilah (JKI) telah banyak ditubuhkan oleh DBP dengan kerjasama pelbagai
pihak seperti institusi pengajian tinggi awam dan sekolah-sekolah bagi mengumpul,
membentuk dan mengembangkan istilah dan ejaan bahasa Melayu yakni dalam bidang sains
dan sains gunaan. Justeru itu, perubahan ini telah menggambarkan perancangan korpus
bahasa Melayu berkembang dengan pesat sekali dalam insiatif menyeragamkan sistem ejaan
rumi dan sebutan.
9
Seterusnya, peranan DBP dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi iaitu dengan
mencetak, menerbitkan, membantu usaha bagi percetakan atau penerbitan buku-buku,
riasalah-riasalah, kamus-kamus dan lain-lain lagi bentuk persuratan serta bahan ilimiah
dalam bahasa kebangsaan. Hal ini memang sejajar dengan pihak DBP yang merupakan
salah sebuah organisasi penerbitan yang terbesar di Malaysia. Lebih-lebih lagi pihak DBP
juga telah mencetak dan menerbitkan buku-buku dalam tulisan rumi untuk diberikan kepada
sekolah-sekolah. Contohnya, buku teks dan buku rujukan yang merupakan bahan dan
sumber ilmiah yang utama bagi para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.
Selanjutnya, pihak DBP turut bergiat aktif dalam menerbitkan buku-buku kesusasteraan,
pendidikan serta industri percetakan negara. Hal ini juga diperkukuhkan lagi kepentingan
peranan yang ditunjukkan oleh DBP bermula dari 20 tahun yang lalu apabila mereka telah
berjaya menerbitkan tidak kurang daaripada 50 judul buku undang-undang bahasa Melayu.
Oleh itu, situasi ini memaparkan DBP juga bertindak sebagai medium penterjamahan karya-
karya asing melalui sistem ejaan bahasa Melayu pada masa kini.
10
4.0 Cabaran Sistem Ejaan Rumi Pada Masa Kini
Dalam era kemodenan ini, tidak dapat kita nafikan bahawa sistem ejaan rumi pada
masa kini menghadapi pelbagai cabaran dalam menjaga kedaulatan serta
memartabatkannya. Lebih-lebih lagi hanya sebilangan sahaja rakyat Malaysia yang
menggunakan ejaan rumi dengan betul dalam penulisan. Hasil daripada pemerhatian
mendapati sebahagian besar daripada masyarakat Malaysia menggunakan ejaan rumi yang
tidak betul daripada yang sepatutnya.
Antara cabaran sistem ejaan rumi pada masa kini adalah penggunaan bahasa rojak
dalam komunikasi. Seperti yang kita ketahui,bahasa Inggeris merupakan salah satu bahasa
antarabangsa dan banyak digunakan dalam pelbagai urusan tertentu. Penggunaan bahasa
Inggeris secara meluas juga menyebabkan ramai masyarakat Malaysia mula
mencampurkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam media sosial dan komunikasi
seharian. Tambahan pula, masyarakat sering beranggapan bahawa bahasa rojak lebih
mudah untuk digunakan berbanding bahasa Melayu baku. Namun begitu, fenomena ini
amat memberi kesan terhadap usaha pemerkasaan bahasa Melayu dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Menurut Fahmy(2017) dalam Berita Harian,beliau berpendapat
bahawa penggunaan bahasa rojak secara berleluasa oleh stesen televisyen dan
penerbitan akan membebankan tugas pendidik untuk memperbetulkan tatabahasa serta
pemahaman bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. Maka, proses pembelajaran bahasa
Melayu akan berlaku secara perlahan dan lambat difahami oleh pelajar sekolah.
Selain itu, cabaran dalam menghadapi sikap rakyat Malaysia sendiri yang tidak
berbangga dengan bahasa Melayu yang digunakan pada masa kini. Hal ini terjadi demikian
kerana sesetengah masyarakat selalu berfikiran kolot dan sempit dengan berpendapat
bahawa bahasa Melayu tidak maju dan ketinggalan zaman. Sikap tidak yakin individu
terhadap bahasa Melayu menyebabkan bahasa kebangsaan kita dipandang rendah oleh
masyarakat. Bukan itu sahaja, sikap ini boleh mengakibatkan bahasa Melayu akan mudah
untuk rosak dan martabatnya akan dijatuhkan dalam kalangan masyarakat kita sendiri.
Bahasa malambangkan sesuatu bangsa. Persis kata pujangga,bahasa jiwa bangsa.Jika
rosak sesebuah bahasa,maka akan rosaklah sesuatu bangsa. Lama- kelamaan, bangsa itu
sendiri akan menghilangkan identiti bangsa mereka. Jelaslah bahawa, sikap rakyat yang
berfikiran sempit terhadap bahasa Melayu dapat menjejaskan kemurnian bahasa Melayu
dalam kalangan masyarakat.
11
5.0 Rumusan
Kesimpulannya, bermula dari abad ke-18 yakni apabila pengaruh bahasa Inggeris
dari penjajah mula bertapak ke dalam bahasa Melayu, maka tulisan rumi telah diterima dan
menggantikan tulisan Jawi. Lantaran itu, sistem ejaan rumi ini dapat dibahagikan kepada
dua kumpulan yakni perkembangan sistem ejaan rumi pada waktu sebelum dan selepas
merdeka. Bukan itu sahaja, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam
menyeragamkan dan melaraskan sistem ejaan rumi seperti memajukan bakat
kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu,membakukan
ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu serta
mencetak, menerbitkan, membantu usaha bagi percetakan atau penerbitan buku-buku,
risalah-risalah, kamus-kamus dan banyak lagi bentuk persuratan serta bahan ilmiah dalam
bahasa Kebangsaan. Namun begitu, seiring dengan peredaran zaman yang serba canggih
ini, terdapatnya cabaran-cabaran sistem ejaan rumi pada masa kini. Oleh itu, pihak-pihak
berwajib dan yang berkaitan seperti pihak DBP dan kerajaan perlulah bertanggungjawab
dengan berganding bahu bersama rakyat Malaysia yang lain bagi meneruskan usaha
menjaga dan memelihara kedaulatan sistem ejaan bahasa Melayu di negara kita. Jelaslah
bahawa perkara ini mestilah dipandang serius oleh setiap lapisan masyarakat agar tidak
menggunakan dan mengaplikasikan sistem ejaan bahasa Melayu sesuka hati tanpa
mengambil kira soal peraturan yang ada.
12
6.0 Rujukan
Ismail bin Dahaman (2007), Ejaan Rumi Sepanjang Zaman, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Dr. Abdul Hamid Mahmood (1993), Ejaan Bahasa Melayu Terkini, Kajang, Masa Enterprise.
Asmah Haji Omar (2008), Ensiklopedia Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Fatahiyah Mohd Ishak, Sistem ejaan rumi, sumber daripada laman web:
https://www.scribd.com/presentation/519063800/Sistem-Ejaan-Rumi
Nrllysazm (2021), Cabaran ejaan rumi pada masa kini, sumber daripada laman web:
https://anyflip.com/dtfgb/jexb/basic
13
14