The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PALS1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU - TUGASAN 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUTERI FARAH IZZATI BINTI MOHD HAIROL AZMI, 2022-04-24 23:30:50

KERETA GAS ASLI (NGV) PENGANGKUTAN HIJAU

PALS1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU - TUGASAN 3

Keywords: kereta gas asli (NGV),produk teknologi hijau,pengangkutan hijau,asas kelestarian dan teknologi hijau,pemanasan global,pencemaran udara,kesan rumah hijau

PALS1012

KERETA GAS ASLI
(NGV)

PENGANGKUTAN HIJAU

RBT0622 PUTERI FARAH IZZATI BINTI
MOHD HAIROL AZMI

ofTABLE CONTENTS

03

PENGENALAN TEKNOLOGI
HIJAU

Konsep, Kriteria dan Dasar Teknologi Hijau Negara

04 - 07

ISU PEMANASAN GLOBAL

Punca dan Kesan

08 - 19

PRODUK TH DAN ANALISIS

Konsep Kereta Gas Asli (NGV), Perbezaan Antara
CNG dan LNG, Sistem NGV, Kelebihan dan
Kelemahan

20 - 21

CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN

Penambahbaikan Kereta Gas Asli (NGV) di Malaysia

22

KESIMPULAN

"If you truly
love nature,
you will find
beauty
everywhere"

LAURA INGALLS WILDER

PENGENALAN TEKNOLOGI HIJAU

Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi
produk, peralatan atau sistem untuk memelihara alam sekitar dan
alam semulajadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan
negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah
teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding
dengan teknologi sedia ada.

Kriteria-kriteria TH adalah ia meminimumkan degrasi kualiti
persekitaran, mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau
(GHG) yang rendah atau sifar, lebih selamat untuk digunakan
dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk
semua hidupan , menjimatkan tenaga dan sumber asli serta
menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui

Dasar Teknologi Hijau Negara berasaskan empat tunggak berikut:
Tenaga – Mencari ketidakbergantungan tenaga dan
mempromosikan kecekapan tenaga
Alam sekitar – Memulihara dan meminimumkan kesan kepada
alam sekitar
Ekonomi – Meningkatkan pembangunan ekonomi negara
melalui penggunaan teknologi
Sosial – Meningkatkan kualiti hidup untuk semua

ISU PEMANASAN
GLOBAL

Pada abad ke-21, isu Definisi pemanasan global (global
pemanasan global adalah warming) adalah satu fenomena
antara topik permasalahan peningkatan suhu bumi yang
yang besar dibincangkan melebihi paras normal. Fenomena
di peringkat dunia. ini akan membentuk satu
Menurut Pertubuhan ketidakseimbangan ekosistem di
Bangsa-Bangsa Bersatu muka bumi apabila peningkatan
(PBB) memberikan amaran suhu berlaku dan bumi kita terasa
tegas bumi akan lebih panas dari biasa. Secara tidak
mengalami kenaikan suhu langsung, pemanasan global ini
purata 2.7°C. Merujuk juga akan memberi impak negatif
kepada laporan World terhadap alam sekitar sehingga
Meteorological boleh menjejaskan kehidupan
Organization (WMO), manusia.
perubahan suhu global Intergovernmental Panel on
terkini telah melebihi 1.5°C Climate Change (IPCC) telah
berbanding zaman pra- menghasilkan sebuah model yang
industri pada tahun 1850- menganggarkan bahawa suhu
an. Menurut WMO, dunia global semakin meningkat
kita mengalami cuaca sebanyak 1.1°C hingga 6.4°C (2.0°F
panas yang sangat hingga 11.5°F) antara tahun 1990-
melampau. Peningkatan 2100. Andaian ini berdasarkan
suhu bumi ini berlaku anggaran yang dilakukan terhadap
disebabkan aktiviti pembebasan gas rumah hijau pada
manusia yang tidak masa akan datang dan kepekaan
terkawal terutamanya perubahan suhu.
pelepasan gas rumah
hijau.

PUNCA PEMANASAN GLOBAL

Salah satu punca utama pelepasan gas rumah hijau meningkat
secara mendadak adalah daripada sektor pengangkutan.
Kenderaan merupakan salah satu keperluan utama bagi
manusia memudahkan pergerakan mereka di bumi ini. Oleh
itu, penggunaan serta pengeluaran kenderaan bermotor saban
tahun meningkat di atas jalan raya dan lebuh raya. Buktinya,
jualan kereta di Malaysia setakat Mac 2021 adalah 33% lebih
tinggi kepada 139,499 unit berbanding 105,253 unit yang
dicatatkan bagi tempoh sama tahun lalu (Berita Harian).
Industri automotif negara akan terus berkembang dengan
jumlah keseluruhan industri (TIV) dijangka melonjak kepada
600,000 unit pada tahun 2022, sebelum diunjurkan
berkembang 7.5% kepada 645,000 unit pada tahun 2023.
Jelaslah bahawa pertambahan kenderaan-kenderaan peribadi
ini di jalan raya dianggap sebagai penyumbang terbesar dalam
isu pemanasan global di muka bumi ini.

KESAN PEMANASAN GLOBAL

Kira-kira 20% daripada pembebasan karbon dioksida dan
karbon monoksida berasal daripada pembakaran bahan api
fosil di dalam enjin kereta. Pembakaran bahan api fosil seperti
minyak tanpa plumbum, petrol, diesel dan sebagainya daripada
kenderaan bermotor akan menghasilkan gas karbon dioksida,
karbon monoksida, nitrus oksida dan hidrokarbon yang akan
menyumbang kepada pencemaran udara dan pemanasan
global. Para penyelidik sains telah membuktikan bahawa
kenderaan melepaskan gas rumah hijau (GHG) yang akan
memberi kesan negatif kepada bumi ini. Lebih
membimbangkan lagi, sekiranya enjin dihidupkan tetapi
kenderaan tidak bergerak, ia berupaya melepaskan gas yang
berbahaya dua kali ganda lebih banyak daripada biasa.

Tambahan itu, enjin kenderaan yang hidup tetapi tidak
bergerak berjam-jam lamanya sewaktu kesesakan lalu lintas
akan menghasilkan haba yang banyak. Zarah halus yang
terhasil daripada asap ekzos sesebuah kenderaan itu akan
disedut ke dalam kenderaan lain di belakangnya. Secara tidak
langsung, penumpang akan menyedut wasap berbahaya
tersebut selama berjam-jam. Penyelidikan sanitifik telah
membuktikan bahawa kepekatan asap kenderaan ini adalah
lebih tinggi berbanding udara luar. Akibatnya, kanak-kanak dan
warga emas yang merupakan golongan yang sangat berisiko
akan mengalami masalah pernafasan. Hal ini kerana, kanak-
kanak bernafas dua kali lebih cepat berbanding orang dewasa
sekaligus menyebabkan badan mereka menerima dua kali lebih
banyak bahan pencemar yang berbahaya ini.

Menurut ahli sains dan alam sekitar, pemanasan global dan
perubahan iklim sememangnya sedang berlaku dan manusia
bertanggungjawab sepenuhnya atas perkara ini. Setiap insan
perlu berusaha untuk mengurangkan kesan perubahan iklim,
menyekat pengeluaran gas rumah hijau dan memelihara masa
hadapan planet yang kita diami ini. Setiap individu hendaklah
mengurangkan penggunaan petrol dan bahan api fosil agar
kita dapat mengurangkan isu pemanasan global, meningkatkan
kualiti udara yang kita sedut dan melindungi kesihatan
manusia.

PRODUK TEKNOLOGI HIJAU

KERETA GAS ASLI
(NGV)

Kebanyakan kenderaan bermotor menggunakan bahan api fosil
(petroleum) sebagai bahan bakar. Pembakaran bahan api fosil ini

akan membebaskan gas karbon dioksida ke udara seraya
meningkatkan jejak karbon negara. Teknologi Hijau dalam sektor

pengangkutan lebih menekankan kepada aspek prasarana
pengangkutan, bahan bakar dan juga pengangkutan awam. Kereta

Gas Asli (NGV) merupakan salah satu pengangkutan hijau yang
dapat memberi impak yang baik kepada alam sekitar dan mampu

mengatasi isu semasa global yang sedang berlaku ini.

KONSEP NGV

NGV adalah singkatan daripada “Natural Gas for Vehicle” atau membawa
maksud kenderaan yang menggunakan gas asli. Kereta Gas Asli (NGV)
adalah kenderaan alternatif untuk mobiliti autonomi yang menggunakan
Gas Asli Mampat (CNG) atau Gas Asli Cecair (LNG). NGV adalah bahan api
yang mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar serta dapat memberi
impak yang baik terhadap ekonomi negara. NGV terdiri daripada 96% - 98%
Methana (CH4) dan ia merupakan salah satu proses alternatif penjimatan
daripada pergantungan terhadap bahan api fosil. Penggunaan NGV semakin
meluas di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun selepas perang dunia kedua
dan semakin luas selepas tahun 1950 hingga kini. Tambahan itu, setakat ini
terdapat banyak stesen NGV Petronas dibangunkan di seluruh Malaysia
supaya dapat memudahkan masyarakat dan memperbanyakkan
penggunaan sistem NGV kenderaan di negara ini.

Kereta NGV adalah kenderaan
berenjin pembakaran dalam
konvensional. Gas asli boleh
didapati secara meluas dan ia
juga dapat mengurangkan gas
rumah hijau dan pencemaran
persekitaran berbanding
dengan bahan api fosil yang
lain. Kereta Gas Asli (NGV)
digunakan sebagai sebahagian
daripada penyelesaian
kekurangan minyak,
pemanasan global dan
pencemaran udara. Banyak
negara telah menggunakan gas
asli sebagai alternatif kepada
bahan api bersih kereta dengan
jumlah terbesar di Pakistan,
Argentina, Iran, Brazil dan
negara-negara maju yang lain.

ANALISIS:

PERBEZAAN CNG

DENGAN LNG

Gas yang digunakan oleh Gas Asli Mampat (CNG) yang
Kereta NGV ini adalah sama banyak diedarkan oleh Esso dan
ada Gas Asli Mampat Petronas terdiri daripada metana
(Compressed Natural Gas, dan disimpan pada tekanan tinggi
CNG) atau Gas Asli Cecair iaitu antara 3000 hingga 3600 psi.
(Liquefied Natural Gas, LNG). Tangki yang diperlukan adalah
Di Malaysia gas yang lebih besar dan mahal daripada
digunakan sebagai bahan api tangki bahan api konvensional.
alternatif kereta adalah gas CNG mempunyai ketumpatan
jenis CNG kerana ia lebih tinggi dan tekanan rendah. Ia
selamat dari segi bersifat bukan toksik dan
penggunaan dan penggunaannya dengan ketara
penyimpanan. Walaupun dapat mengurangkan pelepasan
CNG atau LNG kedua-duanya gas berbahaya. Apabila gas CNG
dianggap sebagai NGV, tetapi dibakar sepenuhnya, ia
teknologinya jauh berbeza. mengeluarkan karbon dioksida
Terdapat beberapa dan wap air. Oleh kerana CNG
perbezaan antara CNG dan mempunyai nisbah hidrokarbon
LNG ini dari segi peralatan atau karbon yang tinggi dan
mengisi minyak, kos bahan nombor oktana penyelidikan yang
api, pam, tangki, keselamatan tinggi, ia memberikan gas ekzos
dan kos modal. kereta yang lebih bersih daripada
bahan api fosil.

CNG ini kurang mudah terbakar dan ia
mengeluarkan gas rumah hijau yang
lebih rendah. Tambahan itu, kos dan
penempatan tangki simpanan bahan api
lebih mudah dan murah. Kereta
bertenaga CNG ini mempunyai kos
penyelenggaraan yang lebih rendah.
CNG adalah salah satu sumber tenaga
yang paling sesuai. Oleh itu,
kebanyakkan kereta NGV di negara luar
menggunakan gas jenis CNG ini kerana
ia popular dan mempunyai banyak
kelebihan.

Gas Asli Cecair (LNG) adalah sejenis
metana yang dicairkan dan
mengandungi lain-lain hidrokarbon
seperti etana, propana dan butana.
Apabila metana disejukkan ke paras
suhu -161°C ia bertukar dari bentuk
gas menjadi cecair. Umum
mengetahui metana adalah sejenis
gas yang mudah menyalakan api dan
ia juga mudah mengering dan jika
digunakan dengan cara yang betul ia
boleh mempercepatkan
pembakaran.

LNG yang bersifat kriogenik ini perlu
disimpan di dalam tangki terlindung
yang direka khas. Tangki silinder LNG
direka bentuk dengan cara yang serupa
dengan kelalang termos iaitu dengan
penebat yang besar. Reka bentuk ini
membolehkan gas disimpan sejuk
selama dua minggu atau lebih. Secara
umumnya, tangki ini beroperasi pada
tekanan yang agak rendah jika
dibandingkan dengan gas jenis CNG.
Kos pemasangan, penempatan tangki
dan kos penyelenggaraan LNG ini
adalah sama seperti CNG, namun hanya
terdapat perbezaan pada jenis tangki
yang digunakan.

Perbezaan antara CNG dan LNG ini
adalah berbeza dari segi
pengeluaran dan penyimpanan.
Kedua-dua gas ini mengandungi
metana (CH4) yang mengeluarkan
gas rumah hijau yang agak rendah.
Secara amnya, CNG lebih biasa
digunakan untuk kenderaan yang
lebih ringan seperti kereta dan teksi
manakala LNG digunakan untuk
kenderaan yang lebih berat seperti
lori.

BAGAIMANA NGV
BERFUNGSI?

1 Gas asli dimampatkan dan dimasukkan ke
dalam kereta melalui injap pengisi gas asli
(bekas).

2 Ia mengalir ke dalam silinder tekanan tinggi
yang terletak di dalam atau di bawah kereta.

3 Di dalan NGV, pemilihan bahan api pada
papan pemuka iaitu Selector Switch and Duel
Indicator membenarkan pemilihan gas asli
atau petrol untuk bertindak sebagai bahan api
untuk kereta.

BAGAIMANA NGV
BERFUNGSI?

4 Apabila gas asli diperlukan oleh enjin, ia
dibekalkan dari silinder dan melalui injap
master manual tertutup iaitu Master Shut-off
Valve.

5 Gas ali akan melalui paip bahan api tekanan
tinggi dan memasuki ke dalam pengawal
selia iaitu regulator.

6 Gas asli masuk ke pengawal selia (regulator)
yang akan mengurangkan tekanan daripada
3600 psi kepada tekanan atmosfera yang
berhampiran.

BAGAIMANA NGV
BERFUNGSI?

7 Injap selenoid gas ali membolehkan gas asli
melalui daripada pengawal selia ke
pencampuran gas (mixer) atau penyuntik
bahan api gas asli.

8 Dalam gas NGV bahan api semulajadi
bercampur dengan udara akan mengalir
melalui karburetor pterol atau suntikan bahan
api (injection)dan memasuki kebuk
pembakaran enjin.

9 Apabila pemandu memilih gas, sistem petrol
konvensional tidak diaktifkan dan sistem gas
asli secara automatik disalurkan.

KELEBIHAN NGV

MESRA ALAM

NGV adalah bahan api yang mesra alam dan tidak mencemarkan
alam sekitar. Gas Asli ini merupakan salah satu bahan api hijau yang

tidak mengandungi plumbum. Jika dibandingkan dengan kereta
biasa yang menggunakan petrol atau diesel akan menghasilkan
sejumlah besar gas yang berbahaya sekaligus akan memberi impak
negatif kepada alam sekitar. NGV ini mempunyai sifat pembakaran
yang lebih sistematik dan lengkap berbanding pembakaran bahan
api fosil. Hal ini akan dapat mengurangkan pencemaran udara

seraya dapat mengatasi masalah pemanasan global di setiap
negara. Kajian yang dijanlankan oleh TNO Road-Vehicles Research
Institute (Netherlands) mendapati kereta yang menggunakan NGV

mampu mengurangkan pengeluaran karbon monoksida dan
nitrogen oksida berbanding kereta bahan api fosil. Jika 10%
daripada kereta persendirian beralih kepada NGV, jumlah pelepasan
gas berbahaya dapat dikurangkan (karbon monoksida sehingga
93%, nitrogen oksida 33% dan hidrokarbon 50%). Ini bermakna gas

asli sebagai bahan api alternatif pengangkutan mampu
mengurangkan pelepasan gas pencemar oleh kereta persendirian.

MENJIMATKAN
KOS BAHAN API

Kelebihan NGV yang seterusnya adalah menjimatkan kos bahan api
untuk satu tempoh perjalanan. Jika kita mengisi petrol sebanyak
RM50, ia hanya mampu bertahan sehingga 350km hingga 500km,
tetapi jika kita menggunakan NGV, satu silinder tong gas harganya
antara RM8 hingga RM10 dan mampu bertahan sehingga 80km

hingga 150km. Disamping itu, NGV juga dikecualikan daripada duti
import dan cukai jualan. Yang paling menarik, kerajaan telah

menetapkan pengurangan cukai jualan bagi NGV ini antaranya
kenderaan Monogas (NGV sahaja) potongan sebanyak 50%,

kenderaan Bi-fuel (Petrol dan NGV) potongan sebanyak 25% dan
kenderaan Dual-fuel (Diesel dan NGV) sebanyak 25%.

GAS ASLI LEBIH
SELAMAT

Gas asli adalah cukup selamat dan lebih ringan daripada udara. Gas Asli
juga akan meresap ke dalam udara sekiranya berlaku kemalangan dan
tidak membentuk bahan mudah terbakar. Jika dibandingkan dengan
bahan api fosil seperti petrol dan diesel, ia merupakan bahan mudah
terbakar dan kebakaran boleh berlaku sekiranya terdapat kebocoran
bahan api, kehadiran oksigen dan percikan api kecil. Umum mengetahui
gas asli merupakan bahan yang tidak mudah meletup dan lebih selamat
berbanding petrol kerana suhu penyalaan gas asli adalah lebih tinggi
(630°C) berbanding petrol (450°C). Tangki silinder NGV direka untuk
ketahanan daripada berlakunya letupan ketika kemalangan. Buktinya, ia
juga diuji dengan tembakan M16 tetapi peluru 5.56 M16 menujukkan

bahawa ia gagal menembusi tangki silinder tersebut. Tangki silinder
NGV ini mampu bertahan sehingga 15 tahun sebelum ditukar baru dan
tangki ini tidak sama seperti tangki gas memasak. Tambahan itu, tangki
NGV ini juga mampu menampung tekanan sehingga 300bar dan ia juga
telah diuji untuk piawai ISO. NGV adalah satu bahan api alternatif yang
selamat dan menguntungkan sekiranya digunakan dan di selenggara

dengan cara yang betul dan dipasang oleh bengkel-bengkel yang
bertauliah berlandaskan standard keselamatan yang sepatutnya.

KELEMAHAN NGV

KOS PEMASANGAN TINGGI

Kos pemasangan NGV sangat mahal dan ia mengikut jenis kenderaan,
saiz dan bilangan tangki silinder gas asli. Walaupun kos untuk
menukarkan kenderaan bersistem petrol kepada sistem NGV memerlukan
kos yang agak tinggi iaitu antara RM2500 hingga RM5500, namun ia
dianggap berbaloi kerana mampu melakukan penjimatan perbelanjaan
petrol sehingga 70%. Kos untuk memasang sistem NGV ini menjadi tinggi
disebabkan terdapat bahan dan komponen yang disumbang dan
diimport dari luar negara kerana Malaysia masih kurang berpengalaman
sepenuhnya dalam bidang ini.

STESEN NGV TERHAD

Hanya segelintir stesen bahan api yang menyediakan gas NGV di
Malaysia. Setakat ini stesen bahan api Petronas sahaja yang
menyediakan gas NGV. Stesen NGV di Malaysia masih belum mampu
menampung jumlah pelanggan. Hal ini kerana kebiasaannya kereta
akan beratur untuk mengisi semula gas pada waktu pagi, tengah hari
atau pada waktu petang. Kereta memerlukan 90 saat untuk pengisian
semula gas asli dan ini akan menyebabkan berlakunya kesesakan lalu
lintas di setiap stesen NGV.

MUATAN BERTAMBAH & RUANG SEMPIT

Bagi kereta yang memasang tangki silinder NGV, sudah semestinya
bebanan yang ditanggung agak berat dan ia mengambil 1/3 daripada
ruang tempat simpanan barang. Masalah ini agak menyusahkan
sekiranya seseorang itu mempunyai ahli keluarga yang ramai. Hal ini
kerana kereta tersebut perlu menampung berat penumpang dan
tangki silinder gas asli. Disamping itu, terdapat juga kereta yang perlu
memasang dua atau tiga tangki silinder pada ruang tempat simpanan
barang dan ini akan menyebabkan ruang tersebut sempit dan tidak
boleh meletakkan barang-barang keperluan lain.

CADANGAN

PENAMBAHBAIKAN

Tangki silinder NGV perlu ditambah baik
dari segi ketahanannya iaitu sehingga 20
tahun. Tangki silinder NGV perlu
menggunakan bahan yang lebih kuat
dan keras daripada tangki petrol.
Pembinaannya mestilah boleh menahan
tekanan tinggi yang ektrem dan telah
diuji pada tekanan 4500 psi atau 30 bar
agar ia dapat mengurangkan letupan
atau kebocoran sekiranya berlakunya
kemalangan atau perlanggaran ringan.

Jurutera NGV perlu meningkatkan kualiti komponen-
komponen kereta yang menggunakan gas asli sebagai
bahan api alternatif mereka. Misalnya, enjin yang
digunakan mestilah enjin berkuasa tinggi seperti enjin
turbo, komponen-komponen kereta seperti plug, gear,
break, penyuntik gas, sensor tekanan dan sebagainya
perlu diberi pemantauan yang secukupnya. Komponen-
komponen ini mudah rosak sekiranya kereta bergerak
menuju ke destinasi yang agak jauh dan tidak
diselenggara dengan teliti. Tidak dinafikan terdapat
kereta yang mampu untuk bertahan, tetapi terdapat juga
enjin kereta yang manja dan akan rosak kerana ia tidak
tahan panas. Jurutera NGV juga perlu meningkatkan pick
up kereta agar pemanduan kereta lebih selamat. Hal ini
kerana, sekiranya seseorang itu menukar mode kereta
bahan api fosil kepada mode NGV pick up kenderaan
tersebut akan menjadi kurang berbanding penggunaan
petrol. Disamping itu, sistem penyejukan juga perlu
ditingkatkan untuk memastikan kesejukan pada
perjalanan yang panjang.

Kerajaan mestilah memainkan peranan yang penting
dalam menambahkan bilangan stesen NGV sekurang-
kurangnya 300 buah stesen NGV. Kerajaan juga perlu
komited dalam memberi tumpuan kepada stesen-
stesen bahan api lain seperti Caltex, BHP, Petron, Shell
dan sebagainya agar membina tempat pengisian gas
asli. Hal ini kerana, setakat ini hanya terdapat lebih
kurang 70 buah stesen NGV Petronas sahaja di seluruh
Malaysia. Penambahan stesen ini bukan sahaja dapat
memudahkan pemandu mengisi gas asli tetapi dapat
menarik minat orang menggunakan kereta jenis NGV
ini sekaligus mengurangkan penggunaan bahan api
fosil seperti petrol dan diesel. Umum mengetahui,
kenderaan NGV ini memberi kesan positif kepada
persekitaran dan menyokong usaha kerajaan untuk
mengurangkan 40 peratus pelepasan karbon seraya
mengurangkan masalah pemanasan global di negara
ini.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, peningkatan bilangan kereta yang tidak mesra alam iaitu
pengangkutan yang menggunakan bahan api fosil seperti petrol dan
diesel pastinya mencetus pelbagai isu alam sekitar, antaranya pemanasan
global, kualiti udara, implikasi kesihatan dan pencemaran Gas Rumah
Hijau (GHG). Malaysia telah meletakkan sasaran untuk mengurangkan
pembebasan gas karbon dioksida sebanyak 40 peratus pada 2020 dan 45
peratus pada 2030. Oleh itu, kerajaan mestilah komited untuk
menggalakkan orang awam menggunakan kereta Gas Asli (NGV) sebagai
salah satu bahan api alternatif dan mengurangkan penggunaan bahan api
fosil bahkan penggunaan teknologi hijau untuk pengangkutan haruslah
dititikberatkan bagi menyokong penjagaan alam sekitar.

"THE POETRY OF THE
EARTH IS NEVER DEAD"

JOHN KEATS

RUJUKAN

Ahmad Razi Ramli, & Juliana Mohd Abdul Kadir. (2020, November 30).
Subsidi bahan api 'lestari' ke arah negara rendah karbon. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2020/11/759879/subsidi-bahan-
api-lestari-ke-arah-negara-rendah-karbon

Bernama. (2021, Oktober 28). Dunia berdepan peningkatan suhu 2.7 celcius.
Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/10/dunia-
berdepan-peningkatan-suhu-2-7-celcius/

Engku Zaidi Engku Ibrahim. (2009). Kajian analisis risiko kualitatif dan
kuantitatif pada penggunaan stesen pengisian gas asli (NGV). Universiti
Teknikal Malaysia Melaka.
http://digitalcollection.utem.edu.my/4872/1/Kajian_Analisis_Risiko_Kualitatif_D
an_Kuantitatif_Pada_Penggunaan_Stesen_Pengisian_Gas_Asli_-
_24_pages.pdf

Hashimah Mohd Yunus. (2017). Modul teknologi hijau asas kelestarian. Pusat
Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan
Teknologi Hijau. https://anyflip.com/kvly/sivm/basic

Kementerian Pengangkutan Malaysia. (2019). Dasar pengangkutan negara
2019-2030. Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Mohd Zaky Zainuddin. (2021, April 16). Jualan kenderaan di Malaysia terus
meningkat. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2021/04/807504/jualan-kenderaan-
di-malaysia-terus-meningkat

Mohd Zaky Zainuddin. (2022, Januari 20). Jualan kereta di Malaysia dijangka
terus bertambah. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2022/01/913679/jualan-kereta-di-
malaysia-dijangka-terus-bertambah

Muhammad Alif Hafizi Jasmani. (2018, Januari). The development of energy
efficient vehicle using natural gas technology (NGV) [Paper presentation].
Faculty of Engineering Technology, Universiti Malaysia Pahang.
https://core.ac.uk/display/200791688?
utm_source=pdf&utm_medium=banner&utm_campaign=pdf-decoration-v1

RUJUKAN

Muhammad Razuhanafi Mat Yazid. (2020, September 22). Pengangkutan aktif
pulihara alam. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/09/733921/pengangkuta
n-aktif-pulihara-alam

Nasuha Badrrul Huzaini. (2015, Oktober 6). Pencemaran udara jejas
kesihatan. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/bhplus-
old/2015/10/86816/pencemaran-udara-jejas-kesihatan

Ng, Z. H. (2009). Development of engine management system for modified
diesel engine fuelled by compressed natural gas (CNG) [Doctoral dissertation,
Universiti Malaysia Pahang].
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/1174/2/CD4460.pdf

Nizamuddin Zainuddin, Ezanee M. Elias, Mustakim Melan, & Rohafiz Sabar.
(2017). Aplikasi teknologi kelestarian (hybrid) pada pengangkutan awam (bas)
di bandar satu pendekatan diskriptif. Journal of Technology and Operations
Management, 71-87.
http://repo.uum.edu.my/id/eprint/22274/1/JTOM%20S%202017%2071%2087.
pdf

Nor Suzana Yusof. (2021). Impak pemanasan global terhadap alam sekitar.
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS).

Norhazlan Haron. (2005). Faktor-faktor yang mempengaruhi penjanaan trip ke
tempat kerja dan kesan pelaksanaan teleworking dalam mengurangkan
pencemaran udara [Unpublished master’s thesis]. Universiti Teknologi
Malaysia Institutional Repository. https://core.ac.uk/display/11780432?
utm_source=pdf&utm_medium=banner&utm_campaign=pdf-decoration-v1


Click to View FlipBook Version