MINIT MESYUARAT GURU BIL 2 SESI 2021/2022
TARIKH : 22 FEBRUARI 2022
HARI : SELASA
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SUMAYYAH, SK TIONG
Hadir : 18. Naziffah Inawati Bt Nawi
19. Nazura Binti Abdullah
1. Rozanita Binti Ismail (GB) 20. Nik Nor Azni Bt Nik Ali
2. Zamiah Binti Mohd Yusof (PKP) 21. Nik Siti Amanah Zuhri Bt Nik Omar
3. Ab. Aziz Bin Mat (PKHEM) 22. Asmadi Bin Aziz
4. Adimansor B. Muhammad 23. Norsina Binti Senawi
5. Ahmed Nazri B. Mohamed 24. Noor Hayati Bt Ab Ghazi
6. Arizan Bt Ab.Rahman 25. Noor Mursyidah Binti Mustapha
7. Asnizan Bt Ahmad 26. Radiah Binti Mahmud
8. Azizah Bt Zakaria
9. Che Rohihan B. Che Haron 27. Rogayah Bt Yunoh
10. Erny Syahida Bt Md Shafii 28. Roslimy B. Mohamed
11. Haslini Binti Kadir 29. Siti Noorlela Bt Ghazali
12. Haziah Bt Yusoff 30. Siti Noralawiah Bt Zakaria
13. Maimunah Bt Kunjawa 31. Wan Hanimah Bt Wan Halim
14. Mazlan B. Abd.Samad 32. Wan Saripa Binti Wan Hamat
15. Mohamad Safuan B Mat Yaacob 33. Zaidi Bin Mohammad
16. Mohd Azril Azran B. Ra'aini 34. Zanariah Bt Mat Zain
17. Mohd Zulkifli Bin Ab Rahman
Tidak hadir : - Kuarantin
1. Mohd Arselan Bin Abdullah (PKKO) - Kuarantin
2. Kairul Azlan b. Abd Latif - Cuti Sakit
3. Suziana Bt Ab. Rahman - Kuarantin
4. Syahrir Bin Mohd Nor
1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir
mesyuarat.
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 1 SESI 2021/2022
Cadangan : Pn. Hjh. Zanariah binti Md. Zain
Sokongan : Pn. Rogayah bt. Yunoh
1
3. PERKARA BERBANGKIT/ MAKLUM BALAS MINIT
Tiada
4. PELAPORAN PENTADBIRAN ( PN. ROZANITA BINTI ISMAIL)
4.1 Cuti akhir sesi 2021/2022 akan bermula pada Jumaat 25.2.2022 hingga 20 Mac 2022.
Perancangan untuk sesi baharu adalah seperti berikut:
15 Mac 2022 - Mesyuarat Guru Kali Pertama untuk sesi baharu.
16 Mac 2022 - Pendaftaran Pra Sekolah,Tahun 1 hingga Tahun 6 dan Jualan Buku Tulis.
17 Mac 2022 - Persiapan Pembukaan Sekolah
4.2 Semua guru diminta menyerahkan semua kunci bilik-bilik khas ke pejabat dan
memulangkan semua peralatan yang dipinjam (jika ada) ke tempat yang sepatutnya.
4.3 Markah prestasi tahun 2021 boleh mula disemak melalui HRMIS. Sekiranya ada guru
yang mempunyai masalah tentang markah prestasi bagi tahun 2021, bolehlah
berbincang dengan Guru Besar.
4.4 Kita masih lagi dalam Pendemik Covid 19, adalah diharapkan semua guru sentiasa
menjaga diri sendiri dan SOP yang sepatutnya. Scan My Sejahtera apabila masuk ke
kawasan sekolah.
4.5 Makluman mengenai Cuti Rehat Khas. Bagi Bulan Januari ini sepatutnya guru-guru
belum layak sepenuhnya untuk memohon CRK. Bermula bulan Februari barulah guru-
guru akan diberi kebenaran memohon CRK. Namun jika ada keperluan, ianya atas budi
bicara guru besar.
Tindakan : Semua Guru
4.6 Untuk Mesyuarat Guru kali Pertama bagi sesi 2022/2023, jawatankuasa Kedai Sekolah
akan menyediakan hadiah alatulis seperti pen merah, pen hitam dan pen marker
kepada semua guru.
Tindakan : JK Kedai Sekolah
4.7 Guru Besar membacakan baki akhir kewangan setiap panitia. Jika ada masalah, Ketua
Panitia boleh berhubung dengan PT Kewangan Sekolah.
Tindakan : Ketua Panitia
2
5. PELAPORAN KURIKULUM (PN. ZAMIAH BINTI MOHD YUSOF)
5.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas komitmen PDPR dan
bersemuka sehingga tamat sesi 2021/2022. Hadiah kecemerlangan bagi setiap unit
Kurikulum, HEM dan Kokurikulum telah diserahkan kepada murid yang terpilih
sebagai menghargai komitmen mereka.
5.2 Terima kasih juga kepada semua guru yang berlapang dada menerima slip jadual
ganti/ relief.
Tindakan : Makluman
5.3 Semua guru diminta melengkapkan Buku Rancangan Mengajar dan menyerahkannya
kepada PKP pada Khamis 24.2.2022. Fail RPH sesi 2022/2023 boleh diambil dan
dilengkapkan sebelum sesi baharu bermula.
5.4 Jadual waktu sesi 2022/2023 akan diserahkan pada 15 Mac 2022. Semua guru diminta
berlapang dada kerana isu kekurangan guru akan memberi kesan kepada jumlah masa
yang diberi.
Tindakan : Semua guru
5.5 Guru pencatat minit untuk Mesyuarat Guru kali Pertama sesi 2022/2023 ialah Ustazah
Noorlela.
Tindakan : Pn Siti Norlela
5.6 Pada 24.2.2022 (Khamis) murid Bersama guru semasa akan membersihkan kelas
masing-masing dan akan bergerak ke kelas baharu selepas waktu rehat. Jadual dan
Pelan Kelas akan dimaklumkan dalam WhatsApp Rasmi. Guru Prasekolah Bersama
barisan pentadbir akan terlibat dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan Prasekolah di
Dewan Lebai Long.
5.7 Untuk makluman semua guru, data PBD yang diambil semasa PDPR ialah 92% orang
murid menguasai dan 8% murid adalah belum menguasai.( 19 orang di Tahap 1 dan
13 orang di Tahap 2)
5.8 PKP mengucapkan terima kasih atas usaha semua guru menyiapkan Catch Up Plan dan
Intervensi KPM PerkasaKu. Data CUP 1 telah dihantar pada 21/1/22 dan CUP 2 akan
dihantar pada 11/3/22 nanti. Hasil Pemantauan, teguran dari pihak JPN ialah
kesalahan olahan ayat di bahagian isu dan masalah.
Tindakan : Makluman
3
5.9 SK Tiong sedang berada pada Modul 4 untuk TS25. Semua urusan surat menyurat /
kertas kerja /dokumentasi hendaklah menggunakan logo KPM di bahagian kiri dan
logo sekolah Bersama logo TS25 di bahagian kanan.
Tindakan : Semua Guru
5.10 Terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam pengisian skor
SKPMg2. Portal telah dilengkapkan dan disahkan oleh Guru Besar.
Tindakan : Makluman
6. PELAPORAN HEM (EN. ABD. AZIZ BIN MAT)
6.1 PK HEM membacakan laporan pelaksanaan setiap unit HEM sepanjang sesi
2021/2022. Beliau mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam
membantu pihak HEM sepanjang sesi 2021/2022.
Tindakan : Makluman
6.2 Beberapa perkara perlu diberi perhatian untuk penambahbaikan bagi sesi akan
datang.
6.2.1 Pengisisan SSDM perlu lebih ditingkatkan.
Tindakan : JK SSDM
6.2.2 Pihak kantin perlu menyediakan 1 set makanan RMT kepada Guru Bertugas
RMT.
Tindakan : JK RMT
6.3 Setakat 20.2.2022, seramai 39 orang murid SK Tiong telah mendapat suntikan vaksin.
Tindakan : Makluman
6.4 Unit Kantin perlu mengadakan lebih banyak perbincangan dengan penender kantin
untuk menambah baik perkhidmatan kantin.
Tindakan : JK Kantin
6.5 Pendaftaran Tahun 1 sesi 2022/2023 akan dibuka pada 1 Mac 2022.
Tindakan : Makluman
4
6.6 Kelab Pencegahan Jenayah akan mula diaktifkan di bawah Unit Disiplin.
Tindakan : JK Disiplin
6.7 Makluman jumlah hari persekolahan adalah 219 hari.
Tindakan : Makluman
6.8 Semua Setiausaha Unit HEM perlu membuat perancangan untuk sesi baharu.
Tindakan : SU Unit HEM
7. PELAPORAN KOKURIKULUM (ASNIZAN BINTI AHMAD)
7.1 Setiausaha Kokurikulum membentangkan laporan pelaksanaan Kokurikulum yang
telah dijalankan sepanjang sesi 2021/2022.
7.2 Perjumpaan Kokurikulum telah berjaya dijalankan secara dalam talian. Badan
Beruniform sebanyak 6 kali, Kelab/Persatuan sebanyak 5 kali dan Sukan/Permainan
sebanyak 5 kali.
7.3 Latihan sukan untuk penyertaan ping pong dan bola jarring MSSD/MSSK/MSSM telah
diadakan dengan mematuhi SOP dan secara atas talian
7.4 Pelbagai pertandingan dalaman telah diadakan secara atas talian.
7.5 Semua hadiah kepada para pemenang telah dijalankan secara pandu lalu.
7.6 Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum juga telah diadakan.
7.7 Pengisian data PAJSK telah tamat dan disahkan. Pihak Kokurikulum mengucapkan
terima kasih kepada semua guru kelas Tahap 2 dan semua guru penasihat yang telah
memberi kerjasama untuk pengisian data.
Tindakan : Makluman
8. HAL-HAL LAIN
8.1 Datin Norsina meminta agar tandas perempuan yang rosak dibaiki.
8.2 Pemakaian baju Kokurikulum kepada semua guru pada setiap hari Rabu adalah
diwajibkan pada sesi akan datang.
Tindakan : Semua Guru
5
9. UCAPAN PENANGGUHAN
Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah
menjalankan tugas dengan baik sepanjang sesi 2021/2022. Terima kasih juga kepada
Cikgu Wan Saripa atas sumbangan cat untuk tandas dan semua guru yang terlibat dalam
menceriakan semua tangga di bangunan sekolah.
Guru Besar mendoakan agar semua guru diberi kesihatan yang baik untuk bertemu
kembali dan memberikan komitmen padu untuk sesi persekolahan baharu yang akan
datang
Mesyuarat ditamatkan pada jam 3.40 petang.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
………………………………… ………………………………………
(NIK NOR AZNI BINTI NIK ALI) (ZAMIAH BINTI MOHD YUSOF)
6