MIMA , MILO , TAM DAN SAHABAT BARU
UNIVERSITI SELANGOR, BESTARI JAYA
FILZA IZZATI BINTI MOHAMAD
RIDZUAN (3202000761)
NUR IQLIMA BINTI NOR AZLAN
(3202037501)
HANI SUMAIYAH BINTI SANAPI
(3202036781)
NURUL ALEESYA SYAHIRAH BINTI
KAMARULNIZAM (3202030031)
1
Pada suatu petang, ketika mereka sedang duduk berehat, Mima bertanyakan soalan kepada Milo dan
Tam “ Bolehkah kita membuat satu perjanjian ?”. Jawab Milo dan Tam “ Perjanjian apa Mima ?”.
Lalu Mima menjawab “ Perjanjian yang kita akan berkawan sehingga akhir hayat kita dan kita akan
bersama tak kira apa yang terjadi ”. Tam dan Milo tersenyum lalu mereka menjawab “ Sudah pasti
sahabatku !”. Lalu mereka pun bergelak ketawa dan gembira berjalan pulang ke rumah masing-
masing.
2
Selepas mandi dan makan, ibu Mima memanggil Mima duduk bersamanya dan ingin memberi tahu
sesuatu kepadanya. “ Mima, ayah dan ibu bersetuju ingin mengajak sepupu kamu Mira tinggal sekali
bersama kita. Ibu ingin kamu berkongsi bilik dan peralatan persekolahan bersama Mira nanti ”.
Walaupun Mima tersenyum namun jauh dihatinya dia tidak ingin sekali Mira tinggal dengannya
kerana Mira seperti dingin berkawan dengan Mima sejak kecil lagi .
3
Keesokan paginya ketika berjalan menuju ke sekolah, Mima kelihatan muram dan sedih.
Milo dan Tam berlari ke arah Mima dan bertanyakan mengapa. Lalu Mima menceritakan apa yang
terpendam dihatinya kepada dua sahabatnya itu. Milo dan Tam faham dan memberi semangat kepada
Mima agar Mima tidak sedih lagi. Mereka kembali ceria dan menjalankan hari-hari mereka dengan
riang dan gembira.
Ketika Mima balik dari sekolah, dia mendapati barang persekolahannya dan meja belajar
telah berubah dan sebahagian barangannya diletak di atas lantai. Mima berasa marah lalu terpandang
tempat tidurnya yang juga diletakkan diatas lantai manakala katil diubah dan disusun cantik oleh ibu
untuk menyambut kedatangan sepupunya dari bandar itu.
4
•
Tak lama kemudian, sepupunya itu telah pun sampai ke rumah. Sesampai sahaja di rumah, Mima
diam dan kaku memandang sepupunya begitu juga Mira. Lalu mereka ke ruangan makan dan Mima
melihat ibunya sedang memasak makanan kegemaran Mira. Terdapat pelbagai lauk yang moden.
Mima berasa tidak adil untuknya.
Petang itu, Mima ingin keluar untuk berjumpa Milo dan Tam. Ibu menyuruh Mima membawa
sepupunya Mira agar kawan-kawan yang lain tahu akan kehadirannya di kampung itu. Mima pun
membawa Mira. Sepanjang mereka berjalan mereka sedikit pun tidak bercakap. Milo dan Tam
tersenyum memandang Mima. Lalu Mima kembali ceria dan gembira apabila melihat sahabatnya.
5
Mira tersenyum dan menghulur tangan kepada Tam dan Milo untuk berkenalan. Tam
dan Milo rasa gembira dan suka untuk berkawan dengan Mira. Lalu mereka berbual dan
bermain bersama dengan Mira, namun Mima berasa tidak puas hati dan ingin pergi kerana
marah akan mereka mengabaikannya. Sambil berjalan Mima menangis pulang ke rumah
dan meninggalkan Mira bersama mereka, sambil berkata “Aku tak ingin lagi berkawan
dengn kalian” . Mima pulang ke rumah sambil menangis dan mengunci pintu biliknya.
6
Ibu mengetuk pintu dan menanyakan dimana Mira dan mengapa kamu meninggalkannya.
Mima menangis dan mengatakan Mira merampas sahabatnya dan mereka mengabaikannya.
Ibu tersenyum dan menasihati Mima “ Ibu faham Mima tidak biasa untuk berhubungan
rapat dengan Mira kerana Mira seorang yang pemalu dan pendiam. Jadi Mima perlu
menegur dan menyapa Mira agar Mira berasa selesa berkawan dengan Mima” . Lalu Mima
mengangguk faham.
7
Kedengaran suara Milo dan Tam memberi salam, ibu menjawab salam dan lihat mereka menghantar
Mira pulang. Ibu tersenyum dan memberi tahu situasi sebenar lalu meminta mereka pergi berjumpa
dan berbicara dengan Mima. Tam dan Milo tersenyum kerana mereka juga telah mendengar
penjelasan dari Mira mengapa dia dingin dengan Mima. Mereka masuk kebilik Mima dan memeluk
Mima lalu Milo menceritakan apa yang mereka faham tentang Mira kepada Mima “ Mira ingin sekali
berkawan dan berbaik dengan kamu tetapi dia berasa malu dan rendah diri untuk menegur kamu” .
Mima tersenyum dan menanyakan kepada Mira apakah betul apa yang dikatakan Milo, lalu Mima
menjelaskan juga apa yang terpendam dihatinya.
8
Lalu mereka bersalaman dan meminta maaf antara satu sama lain. Kini mereka menjadi
akrab dan selalu bersama . Tam, Milo, Mima dan Mira kini telah menjadi sahabat yang baik.
Mereka bermain, belajar dan sering bercerita Bersama-sama. Mereka sekali lagi membuat
perjanjian untuk menjadi sahabat sejati sampai bila-bila.
9
• Sinopsis
Pada suatu hari , Di sebuah kampung yang dinamakan kampung gebu. Terdapat tiga ekor kucing
yang comel bernama Mima, Milo dan Tam. Mereka bersahabat baik sejak dari kecil lagi dan sering
main bersama. Akhirnya mereka bertemu dengan sepupu Mima bernama Mira dan mereka pun
menjadi sahabat selamanya.
10
PENGAJARAN
Sebagai insan yang hidup bermasyarakat. Seharusnya kita menpunyai sikap toleransi,
bersangka baik dan berkasih sayang antara satu sama lain agar talian persaudaraan tidak
terputus
11
TERIMA KASIH
KERANA
MENONTON
12