BAB 4: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI
MELAYU TIDAK BERSEKUTU
ePembelajaran Secara Maya
SEJARAH TINGKATAN 3
Objektif Pembelajaran: Pelajar dapat menghuraikan
Pemerintahan Kesultanan Melayu
di Perlis, Kedah dan Kelantan
Pemerintahan Kesultanan Melayu
Ia membawa kepada kewujudan sistem pentadbiran yang sistematik dan diwarisi
hingga sekarang.
Kebijaksanaan pemerintah tempatan membawa perkembangan dalam pelbagai
bidang seperti ekonomi, politik dan sosial.
NEGERI PERLIS
Merupakan wilayah yang terpisah dgn kedah pada tahun 1842.
Yed Hussin Jamalullail diistiharkan sebagai Raja Perlis yang pertama
LATAR oleh Maharaja Siam di Bangkok pada tahun 1843.
BELAKANG Gelaran bagi baginda ialah Phya Songkram Rama Wichit Willis
Asmara Phya Pelit.
Upacara pemasyhuran turut diadakan di istana Arau pada tahun
yang sama.
PENTADBIRAN Raja Syed Hussin Jamalullail membentuk pasukannya sendiri
PERUNDANGAN yang terdiri daripada pembesar-pembesar tempatan.
DAN HUBUNGAN Tua Syed Abdullah ibni Syed Harun Jamalullail dilantik sebagai
LUAR Raja Muda Perlis.
Perdana Menteri di di sandang oleh Dato’ Arau dengan gelaran
Dato’ Belat Paduka Seri Perdana Menteri.
Negeri Perlis telah dibahagikan kepada 22 Mukim.
• Undang-undang Kesultanan Kedah dijadikan rujukan asas.
• Kebajikan rakyat diberi keutamaan
• Hubungan baik terjalin dengan Siam.
• Ianya merupakan strategi untuk menghadapi ancaman kuasa lain.
LATAR NEGERI KEDAH
BELAKANG
Antara kerajaan terawal yang muncul sejak abad ke-17.
Kemasukkan Islam pada abad ke-12 telah memulakan sistem
pemerintahan Islam di Kedah.
Pusat pentadbiran didirikan di Kota Bukit Meriam.
Sultan Muzaffar Shah merupakan pemerintah pertama
Kedah bergelar Sultan.
PENTADBIRAN Sultan mengetuai sistem pemerintahan dan dibantu oleh
pembesar-pembesar.
Pembahagian Wilayah dijalankan untuk melicinkan
pentadbiran negeri.
Setiap wilayah diketuai oleh pembesar daerah.
Mukim telah diwujudkan di setiap daerah dan diketua oleh penghulu.
Terdapat 128 Mukim di Kedah pada abad ke-19.
PERUNDANGAN DAN Kanun Undang-undang Kedah dilaksanakan pada 1650.
HUBUNGAN LUAR Isi kandungan yang menjelaskan hak Raja dan golongan
pemerintah.
Hubungan diplomatik dengan Siam supaya salah satu strategi
untuk menghadapi serangan daripada Burma.
KESULTANAN MELAYU KELANTAN
LATAR BELAKANG
• Wujud pada abad ke-17.
PENTADBIRAN • Pada tahun 1776-1794, Kerajaan Kelantan disatukan oleh
Long Yunos dan ditabalkan sebagai Sultan dengan gelaran
Yang Dipertuan.
• Pada tahun 1812, Kelantan mengalami perubahan
disebabkan oleh :
- Pertelingkahan dengan Terengganu
- Pengaruh Siam
• Sultan Muhammad 1 telah mengadakan Perjanjian dengan
Siam untuk menghadapi ancaman Terengganu.
• Siam menganugerahkan gelaran Phya Pipit Pakdi kepada
Sultan Muhammad 1.
• Pengaruh Siam terhadap Kelantan tamat pada tahun 1909.
Sultan Muhammad II (1839-1886) membentuk sistem
Jemaah Menteri dan baginda dibantu oleh pembesar-
pembesar dalam pentadbiran.
Pada tahun 1904, Kelantan dibahagikan kepada 3 jajahan
seperti Selatan Batu, Mekebang, Pasir Puteh dan Pasir Mas.
Tok Weng mengetuai pentadbiran pada peringkat bawah
dan dibantu oleh imam.
PERUNDANGAN Undang-undang syarak yang diamalkan sewaktu
HUBUNGAN LUAR pemerintahan Sultan Muhammad II telah menjamin
keamanan dan kemakmuran.
Kelantan sebagai pusat perdagangan.
o Hubungan baik terjalin dengan Siam semasa
pemerintahan Sultan Muhammad I
o Kelantan juga menjalinkan hubungan dengan
Terengganu, Kedah, Patani dan negeri-negeri Melayu
yang lain.
UJIAN DIAGNOSTIK
1. Siapakah Raja Perlis yang pertama?
2. Namakan sistem perundangan di Kedah?
3. Mengapakah pembahagian wilayah dijalankan di Kesultanan Kedah?
4. Nyatakan tahun undang-undang Kedah dilaksanakn?
5. Mengapakah kedua-dua negeri ini menjalinkan hubungan dengan Siam?
6. Apakah peranan yang dimainkan oleh Tok Weng dalam pentadbiran
Kesultanan Kelantan?
7. Nyatakan 3 negeri yang juga menjalin hubungan dengan Kelantan.
KESULTANAN MELAYU TERENGGANU
LATAR BELAKANG
• Sultan Zainal Abidin I merupakan pengasas Kesultanan
PENTADBIRAN Terengganu.
• Baginda memerintah dari tahun 1708 hingga tahun
1773.
• Sistem pemerintahan baginda membawa kemajuan
dan kemakmuran negeri.
•Baginda juga berjaya mengekalkan kedaulatan
kerajaan.
•Kebijaksanaan pemerintah menyebabkan Terengganu
menjadi negeri terakhir menerima Penasihat British.
Sultan di bantu oleh pembesar yang berperanan
sebagai penasihat dalam urusan pentadbiran wilayah
dan daerah.
semasa pemerintahan Sultan Omar (1839-1876)
baginda telah mengemaskini sistem penghulu.
Pemerintahan Sultan Zainal Abidin III pula dibantu
oleh Tengku Musa, Tuan Hitam dan Che Abdul Rahim.
Pembesar yang bergelar Dato’ Mata-mata bertugas
untuk menyambut kedatangan pelawat atau orang
kenamaan terengganu.
Sistem Jemaah Mesyuarat Kerajaan memutuskan
hukuman atau perisytiharan negeri.
Keanggotaannya digelar Ahli Mesyuarat.
PERUNDANGAN Sistem perundangan islam telah diamalkan
HUBUNGAN LUAR sejak pemerintahan Sultan Zainal Abidin I.
Semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin
III, Jabatan Mahkamah yang diketuai oleh
Tengku Musa telah ditubuhkan.
Tujuan penubuhannya adalah untuk
mengendalikan urusan berkaitan keadilan dan
perundangan.
Undang-undang bagi diri kerajaan
Terengganu digubal dan diamalkan pada
tahun 1911.
Individu yang berkebolehan dan arif dalam
ilmu agama dipilih sebagai hakim mahkamah.
Hubungan terjalin dengan Siam sejak
abad ke-18.
Hubungan turut terjalin dengan
Kelantan, Patani dan Johor.
Hubungan baik yang terjalin
membolehkan Terengganu mengekalkan
kedaulatan negerinya.
KESULTANAN MELAYU JOHOR
LATAR BELAKANG
Institusi kesultanan Johor mempunyai sejarah yang
PENTADBIRAN panjang.
Kesultanan Johor mula diperintah oleh keturunan
Bendahara sebaik sahaja jurai keturunan Sultan
Melaka berakhir pada tahun 1699.
Pergolakan yang berlaku telah menyebabkan
keturunan Temebggung Daeng Ibrahim menjadi
pemerintah di Johor.
Anak baginda iaitu Daeng Abu Bakar telah menjadi
Sultan Johor pada tahun 1885.
• Zaman pemerintahan Maharaja Abu Bakar
mengalami zaman pemodenan.
• Wujud sistem pentadbiran yang moden dan cekap
ekoran daripada pembentukan Majlis Jemaah Diraja
Johor, Jemaah Menteri dan Jabatan-jabatan kerajaan.
• Dato’ Sri Amar Diraja dan Dato’ Bentara Dalam
dilantik untuk membantu pemerintahan sultan.
• Bagi melicinkan pentadbiran, jawatan Menteri Besar
dan Setiausaha Kerajaan diwujudkan.
PERUNDANGAN Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
HUBUNGAN LUAR telah digubal pada tahun 1895 sebagai
tunjang dalam pentadbiran.
Hubungan baik terjalin dengan negeri-
negeri melayu termasuk Terengganu,
Perak, Pahang dan Selangor.
Baginda juga menjalin hubungan
dengan negara-negara luar melalui
lawatan rasmi ke Eropah dan Jepun.
Pengiktirafan telah diberikan kepada
Johor oleh kuasa-kuasa ini.
Soalan diagnostik
1. Senaraikan faktor-faktor yang membolehkan Kesultanan Terengganu mengekalkan
kedaulatannya?
2. Senaraikan pemodenan yang dilakukan oleh sultan Abu Bakar dalam memajukan
Kesultanan Johor?
3. Nyatakan hubungan luar kesultanan Terengganu dan Johor. Adakah mereka mempunyai
hubungan luar berikan sebabnya.
FAKTOR PERLUASAN KUASA BRITISH DI PERLIS, KEDAH, KELANTAN DAN TERENGGANU
KEDUDUKAN YANG STRATEGIK
•Penting kepada perdagangan British
•Kelantan dan Terengganu merupakan laluan
penting di antara Siam dan Singapura
MENGHALANG KEMASUKAN KUASA BARAT LAIN
Negeri-negeri melayu Utara merupakan penampan
bagi kuasa-kuasa barat yang lain untuk campurtangan.
Kuasa Barat berminat meluaskan kuasa mereka spt:
Kuasa Barat Kawasan yg Diminati
Perancis Kawasan Segenting Kra
jerman Pulau Langkawi
Amerika Syarikat Terengganu
Rusia Ujung Salang
KEMAKMURAN DAN KEKAYAAN SUMBER HASIL
Kedah dan Perlis kaya dengan hasil pertanian dan pertanian yang
menjadi sumber makanan bagi penduduk P.Pinang pada zaman pemerintahan British
Aktiviti pembuatan seperti pertukangan dan pembinaan kapal.
Kedua-dua negeri ini penting sebagai pembekal barangan
dagangan kepada pedagang Singapura.
MENGHUBUNGKAN BURMA DENGAN PULAU PINANG
Hasrat British untuk menghubungkan Burma dengan P.Pinang dan Singapura.
Pembinaan jalan raya, kereta api dan telegraf yang membolehkan
British berhubung dengan India.
Hubungan ini penting untuk perdagangan dan keselamat British.
BEBAN ORANG PUTIH
Slogan yang digunakan oleh British dalam meluaskan kekuasaanya.
British berasa bertanggungjawab utk membebaskan negeri-negeri yang
mengalami kekejaman dan ancaman daripada Siam.
Ke arah Perjanjian
Bangkok
Perjanjian Perjanjian Sulit Perjanjian
Burney (1826) British-Siam Sempadan
(1897)
(1899)
Perjanjian Perjanjian
Pengisytiharan Bangkok
(1909)
British
KEMAJUAN DAN KEMAKMURAN JOHOR
Pemodenan yang dijalankan Faktor Kemajuan dalam sektor
dalam pelbagai bidang seperti Kemajuan pertanian telah merangsang
pentadbiran, infrastruktur dan
Johor perkembangan ekonomi
sosialmembawa secara sosial
perkembangan yang
Golongan pentadbir yang
menyeluruh berwibawa dan berkebolehan
dalam menjalankan tugas untuk
Kebijaksanaan dan kecekapan memakmurkan ekonomi Johor
pemerintah dalam mentadbir
Johor seperti Sultan Abu Bakar seperti Dato’ Jaafar bin
yang digelar Bapa Pemodenan Muhammad dan Dato’ Abdul
Johor Rahman bin Andak
1. Pengekalan 2. Penerusan Sistem
kedudukan sultan Pentadbiran
_______________ Tradisional
________________
________________ ________________
________________
________________
PERKEMBANGAN
PENTADBIRAN
3. Pengenalan Birokrasi
Barat.
_____________________
_____________________
______________________
* Sila penuhkan tempat kosong rujuk buku teks m/s 100-101.
Sila Jawab soalan latihan di Link google Form yang telah disediakan
https://forms.gle/ZzX3FQvuP4tHNfg28
SELAMAT MENCUBA : JANGAN LUPA PADA SEJARAH YANG TELAH MENGAJAR KITA ERTI HIDUP
#STAYATHOME
#KITAJAGAKITA
#SELAMAT MENJAWAB SOALAN SEJARAH
#SAYANGISEJARAHKITA