P ada masa dahulu, ada seorang
saudagar yang mempunyai tiga orang
anak perempuan. Anak bongsunya,
Jelita, sangat cantik dan baik hati.
Suatu hari, saudagar hendak pergi
berniaga di kota. Anak sulung saudagar
berpesan kepada saudagar supaya
membelikannya sepasang gaun yang
cantik manakala anak yang tengah
meminta sepasang kasut merah.
“Bagaimana pula dengan kamu,
Jelita?” tanya saudagar.
2
“C ukuplah dengan apa yang telah
ayah berikan kepada kami,” kata Jelita.
“Ayah akan gembira jika kamu dapat
meminta sesuatu,” kata saudagar.
“Kalau begitu, bawakanlah saya
sekuntum bunga mawar.”
“Baiklah,” kata saudagar.
Saudagar pun berangkat
ke kota. Setelah urusan perniagaannya
selesai, saudagar mencari barang yang
dipesan oleh anak-anaknya. Malangnya,
saudagar tidak dapat mencari bunga
mawar kerana waktu itu musim sejuk.
4
Dalam perjalanan pulang,
disebabkan salji yang turun dengan
lebat, saudagar tersesat di dalam hutan.
Puas saudagar mencari jalan pulang,
tetapi tidak berjumpa. Hari mulai gelap.
Saudagar berasa sangat sejuk dan lapar.
Tiba-tiba, saudagar terpandang
suatu cahaya. Saudagar pun pergi ke
arah cahaya itu dan mendapati cahaya
tersebut datang dari sebuah istana
yang besar.
6
“A da sesiapa di dalam?” teriak
saudagar berulang kali. Namun, tiada
jawapan.
Saudagar mendapati pintu istana itu
tidak berkunci. Saudagar menolak pintu
istana itu. Pintu itu terbuka dan saudagar
pun masuk ke dalam. Keadaan di dalam
istana itu senyap sunyi.
“Ada sesiapa di dalam?” tanya
saudagar lagi. Masih tiada jawapan.
8
Saudagar melihat banyak makanan
terhidang di atas meja. Oleh sebab
saudagar berasa sangat lapar, dia pun
memakan makanan itu. Saudagar berasa
sangat letih. Dia pun tidur di sebuah
bilik di istana itu.
Apabila terjaga pada keesokan
harinya, saudagar mendapati sarapan
pagi telah terhidang. Saudagar pun
bersarapan sebelum bersiap untuk
meninggalkan tempat itu.
10
K etika keluar dari istana itu,
saudagar melihat bunga mawar sedang
mekar di taman istana. Saudagar pun
memetik sekuntum mawar. Tiba-tiba,
saudagar dikejutkan oleh suatu suara
yang kuat. Dia berpaling dan ternampak
suatu makhluk yang hodoh dan bengis.
“Kamu memang manusia yang
tidak mengenang budi,” kata makhluk itu
dengan marah. “Saya memberi makanan
dan perlindungan kepada kamu, tetapi
kamu mencuri mawar saya!”
12
“M aafkanlah saya,” kata saudagar
ketakutan. “Mawar ini untuk anak
perempuan saya. Saya tidak berniat
hendak mencuri.”
“Baiklah, saya akan bebaskan
kamu. Tetapi sebagai ganti, kamu mesti
membawa anak kamu itu ke sini. Dia
mesti tinggal di istana ini!”
Disebabkan terlalu takut, saudagar
pun bersetuju.
14
A pabila saudagar tiba di rumah, dia
menceritakan apa yang berlaku kepada
anak-anaknya. Mereka berasa sangat sedih.
“Saya rela pergi menemui haiwan
itu asalkan ayah selamat,” kata Jelita.
“Tidak, ayah tidak sampai hati
menyerahkan kamu kepada haiwan itu,”
kata saudagar.
“Jika saya tidak pergi, tentu kita
semua akan dibunuhnya.”
Setelah dipujuk oleh Jelita, barulah
saudagar bersetuju.
16
S audagar pun membawa
Jelita menemui haiwan itu. Apabila
melihat haiwan yang bengis itu, Jelita
menggeletar ketakutan. Namun begitu,
dia berkata, “Terima kasih kerana tuan
telah menyelamatkan ayah saya.”
“Kamu boleh memanggil saya
Si Hodoh,” kata haiwan itu dengan
lembut.
Setelah mengucapkan selamat
tinggal kepada Jelita, saudagar pun
dengan berat hati meninggalkan
tempat itu.
18
S
etelah beberapa lama tinggal di
istana itu, Jelita mendapati Si Hodoh baik
hati dan lemah lembut. Lama-kelamaan
Jelita suka tinggal bersama-sama Si Hodoh
walaupun dia sangat rindu akan ayahnya.
Pada suatu hari, Jelita merayu kepada
Si Hodoh supaya membenarkannya pulang
menemui ayahnya.
“Baiklah, kamu boleh pulang, tetapi
selama satu minggu sahaja. Jika kamu tidak
pulang, saya akan mati,” kata Si Hodoh.
20
J elita gembira dapat kembali ke
22 rumahnya sehingga dia terlupa untuk
pulang ke istana. Suatu hari, Jelita
teringat akan janjinya. Jelita pun pulang
ke istana dan mendapati Si Hodoh
terbaring di taman.
“Maafkan saya kerana lambat
pulang. Janganlah mati kerana saya
mencintai kamu,” kata Jelita sambil
menangis teresak-esak.
Tiba-tiba, Si Hodoh bertukar
menjadi seorang putera yang tampan.
Dia menceritakan tentang dirinya yang
disumpah oleh ahli sihir.
Putera kemudian berkahwin dengan
Jelita. Mereka hidup aman dan bahagia.
A Imbas kembali.
1. Berapa orangkah anak saudagar?
2. Ke manakah saudagar pergi pada suatu hari?
3. Mengapakah Si Hodoh marah kepada saudagar?
4. Bagaimanakah sikap Si Hodoh terhadap Jelita?
5. Bilakah Si Hodoh berubah menjadi seorang putera raja?
B Dapatkan kamu menamakan bunga-bunga ini? Satu contoh diberikan di bawah.
bunga raya bakung bunga matahari
mawar orkid
bunga mawar