The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR GAJAH 1, 2021-02-12 07:06:47

PAMERAN BERTEMA: TAHUN BARU CINA 2021

2021 PAMERAN BERTEMA TBC

ANJURAN:
PUSAT SUMBER SEKOLAH

SK ALOR GAJAH 1

SEJARAH TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang
Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari
Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12
tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

PAMERAN BERTEMA: TAHUN BARU CINA 2021
PUSAT SUMBER SEKOLAH, SK ALOR GAJAH 1

SEJARAH TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam
nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak
saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan
segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak
sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.

Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya
tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-
rumah dihiasi dengan buah limau, pokok limau, bunga, tanglung
merah, couplet dan lain-lain sebagai simbol rezeki.

SEJARAH TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul.
Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti
daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin.
Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima
wang angpau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik,
yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang
masih belum kahwin.

Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta
berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan
Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan
perayaan Cap Goh Mei.

SEJARAH TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah
yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti China, Hong
Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Tha
iland, dan juga di pekan cina di merata dunia.

Tahun Baru Cina juga disambut di tempat-tempat yang kuat
dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim
qamari (Cina),
termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsag
aan Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (旧正
月 kyūshōgatsu).

TARIKH PERAYAAN

Dalam astrologi dari Cina, mempunyai satu (1)
zodiak Cina, ianya mengikut kitaran 12 tahun
yang terdiri daripada dua belas (12) ekor haiwan
yang akan mewakili dua belas (12) jenis
keperibadian manusia yang berbeza.

TAHUN 2021 – TAHUN LEMBU

UCAPAN TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang
diucap dengan kuat, yang dikenali sebagai
"ungkapan pembawa tuah”.

Gong Xi Fa Cai : 恭喜发财
(Tahniah dan semoga mendapat rezeki)

Xi Nian Kuai Le : 新年快乐

(Selamat Tahun Baru)

PAKAIAN TAHUN BARU CINA

Pemakaian yang melebihkan warna merah
sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina
kerana dipercayai warna merah akan
menakutkan roh jahat dan nasib malang.
Tambahan, orang yang memakai baju baru dari
kepala hingga kaki pula melambangkan
permulaan baru pada tahun baru.

PAKAIAN TAHUN BARU CINA

SAMFOO HANFU CHEONGSAM

AMALAN TAHUN BARU CINA

Ang Pau

Secara tradis, âng-pau atau sampul merah diedarkan
sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan
suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang
belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang
dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-
kanak.

AMALAN TAHUN BARU CINA

Mercun

Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap
batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu
bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar,
mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun
biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan
letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat.
Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi
satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.

AMALAN TAHUN BARU CINA

Tarian Singa

Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah
dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi
simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari
dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. Tarian
singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan
orang Cina.

AMALAN TAHUN BARU CINA

Chap Goh Mei

Chap Goh Mei disambut lima belas hari selepas Tahun Baru Cina sebagai
menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei
disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-
besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar
bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi
meraikan Chap Goh Mei.

HIASAN TAHUN BARU CINA
Tanglung

Tanglung merupakan sejenis alat pelindung yang
melindungi lilin dari tiupan angin ketika berjalan
pada waktu malam. Ia merupakan salah satu
benda penting dalam kebudayaan Cina dan telah
menjadi salah satu unsur kebudayaan masyarakat
Cina semenjak tahun 250 SM lagi. Tanglung-
tanglung yang digunakan pada hari ke-15 Tahun
Baru Cina untuk Pesta Tanglung, dinyala terang-
terang, berwarna-warni, dan berbagai-bagai saiz
dan bentuknya.

HIASAN TAHUN BARU CINA

Jongkong Yuanbao

Yuanbao emas ( 金 元 宝 ; jīn yuánbǎo)
melambangkan wang dan kemewahan.
Jongkong berbentuk Yuanbao ini merupakan
perantara pertukaran piawaian di China
zaman silam.

HIASAN TAHUN BARU CINA

Ikan

Ikan sering kelihatan dalam lukisan. Sajian
berhias yang memaparkan ikan juga dapat
dilihat.
Ikan
melambangkan lebihan atau simpanan
tambahan supaya ada lebih untuk hidup
pada tahun baru & tahun-tahun akan
datang.

HIASAN TAHUN BARU CINA

Kaligrafi

Poster kaligrafi

Cina memaparkan peribahasa Cina.

Hiasan-hiasan lain termasuk gambar

Tahun Baru, simpul Cina, keratan kertas

dan gurindam.

HIASAN TAHUN BARU CINA
Hiasan Bunga

POKOK DUIT- POKOK
DUIT BULUH

PLUM POKOK JADE BALUNG
AYAM

MAKANAN TAHUN BARU CINA

Yee Sang

Yusheng, yee sang atau yuu sahng (Cina Ringkas: 鱼生; pinyin:
yúshēng) ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou Yee sang
biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah
(khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-
sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain.
secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah",
namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran
dan kesuburan.

MAKANAN TAHUN BARU CINA

Buah Limau

Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa perayaan
tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi masyarakat Cina ialah untuk
dipuja di Tokong dan daunnya untuk buang sial, buah limau mandarin pula
melambangkan kesejahteraan dan kemewahan.

MAKANAN TAHUN BARU CINA

Kuih Bakul

Kuih bakul (Cina: 年糕; pinyin: nián gāo) ialah makanan Cina yang dibuat
daripada tepung pulutdan gula lalu dibentukkan seakan seperti dodol. Kuih
ini paling selalunya dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan
kuih bakul dipercayai membawa tuah kerana namanya: "nian gao" (年糕)
mafhum ringkasnya, "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".

MAKANAN TAHUN BARU CINA

Ladu/ Dumpling

Ladu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa
dengan jongkong emas Yuanbao, seolah-olah berisi tuah.
Selalunya beriintikan ayam atau udang.

MAKANAN TAHUN BARU CINA

Mee Panjang

Mi Panjang adalah hidangan dikaitkan dengan umur panjang.
Mi yang panjang tidak akan dipotong menandakan
kepanjangan usia individu yang diberikan mi tersebut.
Hidangan mi biasanya disediakan dengan menggoreng atau
dimakan dengan sup.

PANTANG LARANG SEMASA PERAYAAN

Tuah Baik

• Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada
tahun baru.

• Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu
dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib
sekeluarga sepanjang tahun.

• Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang
tahun bagi pemakannya.

• Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari
tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.

• Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama
mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun.

• Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud
memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.

PANTANG LARANG SEMASA PERAYAAN

Tuah Buruk

• Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan Bahasa
Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".

• Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi
"seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana
perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)

• Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka
menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".

• Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering
telah mengatasi tradisi ini.)

• Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun
baru.

• Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana
ini turut dianggap tidak bagus.

• Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi
dengan perkataan bagi "kalah".

Daripada:
PUSAT SUMBER SEKOLAH

SK ALOR GAJAH 1


Click to View FlipBook Version