7
IKATAN TALI
SEJARAH TALI
Mengikut pendapat ada mengatakan orang Mesir adalah
orang pertama menggunakan tali. Tali yang mereka gunakan
diperbuat daripada rami yang halus, dahan kurma, bulu unta
dan akar kayu. Penduduk Mesir menggunakkan tali lebih
kurang 5000 tahun lepas (Syed Hasyim, 1983). Pada asalnya
tali diperbuat daripada kulit dan bulu binatang tertentu.
Kemudian rotan akar-akar kayu digunakan, setelah itu tali
diperbuat pula daripada sabut, dawai, kapas, rami, hemp dan
bahan-bahan campuran (synthetic). Tali terdapat dalam
pelbagai saiz lilitannya dan digunakan untuk berbagai-bagai
kegunaan.
DEFINISI SIMPULAN DAN IKATAN✔
Simpulan Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil
dan sederhana saiznya. Ia digunakan pada benda-benda yang
kecil dan sederhana. Contoh-contoh simpulan ialah seperti
buku sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpul,
simpul pemukat dan sebagainya. Simpulan digunakan pada
setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital,
mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.✔ Ikatan
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan
papan untuk jambatan, tiang bendera, menara dan
sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengakap dan
kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya,
ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak.
TAHAP 1 – TINGKATAN 1
a.Simpulan dan ikatan
asas
i. Simpulan buku sila
ii. Simpulan bunga keti
iii. Tindih kasih
iv. Simpulan pengail
v. Ikatan manuk
vi. Simpul belit
vii.Ikatan balak
viii.Ikatan seraya
ix. Ikatan serong
x. Ikatan silang gunting
xi. Mengemaskan tali
TAHAP 2– TINGKATAN 2 & 3
a. Simpulan/ Ikatan
pemancing
i. Simpulan darah bergelung
(untai)
ii. Simpulan lemak seela
iii.Simpulan /sempurna (untai)
iv. Simpulan pengail ganda
empat
v. Simpulan bergelung jurai
vi.Simpulan lemak seela
separuh
vii.Ikatan mata kail
viii.Simpulan Turtle
ix. Simpulan bebat
x. Simpulan tarbuck
xi. Simpulan frost
xii.Simpulan Bunga Keti
xiii.Simpulan stopper dan
angka 8
xiv.Simpulan tukang gantung
xv. Ikatan pengkalan
TAHAP 3 – TINGKATAN 4 & 5
a. Simpulan/ikatan
pendaki
i. Simpulan prusik
ii. Simpulan geseran
munther
iii. Simpulan tarbuck
(untai)
iv. Simpulan rama-rama
v. Ikatan manharness
vi. Simpulan kerusi
vii.Simpulan perompak
viii.Simpulan pencuri
ix. Simpulan tok fakir
x. Ikatan ampaian
xi.Weng segera
xii.Tangga tali
b. Jenis-jenis tali
i. Fungsi
ii.Ketahanan /kekuatan
setiap jenis tali
iii.Tatacara penjagaan
tali
c. Peralatan tambahan
i. Harness
ii. Carabiner & Figura 8
iii. Pully
iv.Juma
Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat
sesuatu peralatan. Menyambugkan dua tali dengan
menggunakan kaedah sambat sangat baik san selamat
semasa digunakan. sambat yang biasa digunakan seperti
sambat balik, sambat pendek dan sambat mata.✔ Mematikan
hujung tali Seorang pengakap dan pandu puteri tidak
menggunakan tali sebelum hujung tali dimatikan. Keadaan
ini perlu supaya tali tidak terburai dihujungnya.
Kebiasaannya hujung tali dimatikan dengan lilit pemati
biasa dan lilit pemati selit.
JENIS IKATAN DAN SIMPULAN
➢ Lilit Pemati Biasa
➢ Buku Sila
➢ Tindih Kasih
➢ Bunga Geti
➢ Simpul Manuk
➢ Simpul Pulih
➢ Simpul Himpit
➢ Simpul Bunga Geti Ganda
➢ Lilit Balak
➢ Belit Lucut
➢ Simpul Abah-abah
➢ Lilit Pasdul
➢ Lilit Tindih Kejap
Lilit Pemati
BiasaFungsi:Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya
nampak kemas dan tidakterbuang.Teknika) Letakkan tali
kecilb) Kemudian lilitkan dengan kemas supaya tali kecil
tidak mudahterburai. Lilitan tali kecil boleh dibuat sebanyak
10-15 lilitan sebelummemasukkan hujung kedalam hujung
kedua seperti dalam rajah.c) Seterusnya, tarik hujung tali
kecil kebawah.d) Setelah siap hujung tali kecil hendaklah
dipotong supaya kelihatankemas.
Buku SilaFungsi~
Menyambung 2 tali yang sama saiz.~ Mengikat pembalut segi tiga
semasa pertolongan cemas.Teknika) Letakkan hujung A dan B di atas
satu sama lain.b) Masukkan hujung A dibawah B.c) Kemudian,
lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B dibawah
Tindih KasihFungsi :~
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.~ Untuk
menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling
badanmangsa.Teknik :a) Mulakan ikatan dengan membentuk satu
bulatan.b) Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan
tersebut.c) Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan
kembali ke dalambulatan tersebut.
Bunga GetiFungsi :~
Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.~ Mengikat tali kesuatu
tanjul.Teknik :a) Mulakan simpul.b) Kemudian masukkan hujung tali
B supaya bersilang untuk membentuksimpul seperti rajahc)
Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.
Simpul ManukFungsi :~
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.~ Tidak
mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat
yangdikehendaki dengan selamat.~ Juga digunakan semasa
memulakan dan mematikan ikatan serayadan silang
gunting.Teknik :a) Mulakan simpul pada kayu.b) Kemudian,
buat satu lagisimpulan di atas simpulan tadi.c) Tarik hujung
tali.
Simpul PulihFungsi :~
Digunakan untuk menguatkan bahagian tali yang tidak kuat
tanpamemotongnya.~ Memendekkan tali yang panjang tanpa
memotongnya.Teknik :a) Mulakan simpul pulih.b) Kemudian
bentukkan satu pusingan setiap hujung.c) Kayu boleh digunakan
atau mengikat tali kecil.
Ikat Silang TungkuFungsi :~
Digunakan untuk mengikat 3 batang kayu atau buluh yang
sama saiz.Teknik :a) Dimulakan dengan lilit balak atau
simpul manuk. Kamudian belitkanpada ketiga-tiga batang
kayu berselang-selang.b) Seterusnya masukkan di celah-
celah batang kayu.c) Matikan ikat silang tungku dengan
menggunakan simpul manuk padakayu tengah
Ikat SerayaFungsi :~
Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang
dengansudut tepat.Teknik :a) Dimulakan dengan simpulmanuk.b)
Kemudian dililitkan dengankemas dan ketat.c) Seterusnya dililit
dicelah kayu.d) Akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk.
Simpul Abah-abahFungsi :~
Digunakan untuk membuat tanjul di tengah-tengah tali.~
Digunakan dalam aktiviti panjat memanjat.Teknik :a) Buat
satu gelung sepertidalam rajah.b) Tarik tali bahagian
atasmelalui gelung.c) Tali tersebut hendaklahmembentuk
tanjul.d) Beberapa tanjul hendaklah dibuatsupaya sesuai
digunakan untuk memanjat.
Lilit BalakFungsi :~
Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.~
Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.~ Untuk
memulakan ikatan serong.Teknik :a) Gunakan tali dengan
mengelilingi kayu.b) Tarik bahagian tali yang panjang supaya
menjadi kemas.
8
PERTOLONGAN CEMAS
Pengertian Pertolongan Cemas:
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara
diberikan kepada mangsayang mengalami kemalangan atau
kecederaan dengan segala kemudahan yangterdapat di
tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau
sebelum mangsamendapat rawatan perubatan yang
sempurna.
Maksud Kecemasan:
Sesuatu situasi kritikal yang boleh mengancam nyawa jika
tidak diberi rawatan segera,kesakitan mangsa menjadi lebih
serius, lebih mudarat dan mungkin menyebabkankematian.
TUJUAN & PRINSIP PC
Asas Bantu Mula
Rawatan sementara waktu yang diberikan kepada mangsa;
sebelum tibanya bantuanperubatan
Objektif
a. Menyelamat nyawab.
b. Mengelak mangsa cedera lebih serius
c. Mengurangkan kesakitand. Menguruskan pemindahan ke
hospital
PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS
prinsip penting yang patut anda patuhi apabila memberi
pertolongan cemas:
1. Bertindak segera, cekap dan penuh keyakinan.
2. Longgarkan pakaian jika perlu
3. Hentikan darah jika berdarah
4. Kurangkan kejutan dan tenangkan pesakit
5. Jangan gerakkan pesakit melainkan perlu.
6. Dapatkan rawatan segera jika keadaan teruk atau
mencemaskanberhubung dengan doctor di klinik atau rumah
sakit yang terdekat.
Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan
a) Membuat penilaian keadaan,- Menentukan keselamatan
diri dan mangsa dalam keadaan selamat.- Kemudahan-
kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan
mendapatkanbantuan.- Dapat menilai keterukan/keparahan
mangsab) Membuat diagnosa
–mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala,
keadaansekeliling yang boleh dijadikan bukti serta
menjalankan pemeriksaan keataskecederaan mangsa.c)
Memberi rawatan sementara
–menjalankan rawatan mengikut prinsip dan
memberikeutamaan kepada mangsa yang teruk.d) Membuat
dan memberi laporan
–mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi,kesedaran
danr awatan yang telah dilakukan keatas mangsa.
Peringatan !!!
a) Elakkan dari melakukan bantuan yang berlebihan dari
yang sepatutnya supaya dapatmengelakkan mangsa menjadi
lebih teruk.
b) Jangan tanggalkan pakaian mangsa terutama mangsa
yang tidaks edarkan diri.Lakukan dengan hanya
melonggarkan sahaja mana-mana bahagian yang ketat.
c) Cuba dapatkan bantuan perubatan seberapa segera.
d) Lakukan bantuan berdasarkan landas-landas selamatkan
nyawa, pendarahan dankecederaan patah.
Peti Pertolongan CemasPertolongan cemas
ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang
diberikanuntuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan
bantuan atau perawat yangbertauliah. Ia biasanya terdir
idari satu siriteknik yang boleh dilakukan, walaupun
tanpalatihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan
peralatan yang minimum. Antaraperalatan yang umumnya
ialah peti pertolongan cemas.
BIL PERKARA KEGUNAAN
1. Triangular bandage (kain anduh)
Untuk mengampu bahagian kecederaan/kepatahan, membalut luka/
pendarahan yangdidapati ada kepatahan tulang
2. Sterile eye pad
Melindung mata yang tercedera/ terkena bendasing
3. Non-sterile gauzeSterile gauze
Melakukan pencucian/pembebat luka‡
Membuat balutan/ memberi tekanan pada perdarahan dan
menstabilkan kepatahan
4. Elastic bandage/crepe bandageRoller bandage
Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/ untuk membalut luka dan
juga kecederaan ringaneg.Dislocation (terseliuh)
5. Glove-disposable/nonsterile
Melindungi diri dari sebarangcecair badan/sumber jangkitan
6. Scissor
Memotong gauze /bandage
7. Adhesive tape
Melekatkan balutan dan pembebat
8. Sterile multi-trauma dressing/ gauze
Melakukan pencucian/pembebatan luka
9. Alcohol prep pads
Mencuci sebarang bendasing/kekotoran padaluka sebelum
membalut.
10. Cotton buds
Mencuci luka pada kawasan sukar
11. Acriflavine (ubat kuning)
Untuk antiseptic
12. Dettol (boleh diganti dengan NormalSaline solution 0.9%)Antiseptik
Digunakan sebagai cucian lukaluar
13. LMS solution (minyak kuda)
Melegakan kesakitan otot
ANDUH DAN BALUTAN JENIS ANDUH
Anduh Besar
Anduh Kecil
Anduh Pergelangan Tangan
Anduh Menaik
Terdapat 5 jenis balutan anduh
1.ANDUH LENGAN.
Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang
tercedera .
Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh
dipinkan atau dilipatke bahagian dalam untuk lebih kemas.
ANDUH LUTUT
Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti
gambarajah di bawah) di ataslutut yang tercedera .
Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut
kemudian ikatkan bukusila pada atas bahagian lutut
(seperti gambarrajah di bawah) .
Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk
lebih kemas
ANDUH KEPALA.
Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya
pada atas dahi mangsadan biarkan bucu atas kain anduh
berada di belakang kepala .
Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke
belakang kepala kemudiandibawa ke dahi dan diikat buku
sila .
Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas
ANDUH PERGELANGAN TANGAN atau TAPAK KAKI.
Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain
anduh , kemudian tarikdan letakkan bucu atas kain anduh
di atas kaki/tangan. (seperti gambarajah dibawah. 1 .)
Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan
bawah. (sepertigambarajah di bawah)
Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas
pergelangan tangan seperti yangditunjukkan di
gambarajah di bawah.
Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat
kecerderaan padabahagian kaki yang mesti di balut
BALUTAN
Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan
Pembebatan digunakan untuk menutup luka dan mengawal
pendarahan
JENIS KAIN PEMBALUT
Pembalut Tiga Segi
Pembalut Lebar
Pembalut Kecil
Pembalut Gulung
LIPATAN SEGI TIGA
JENIS BALUTAN LUKA
Luka Tangan
Luka Dada
Luka Bahu
Luka Peha
Luka Siku
Luka Lengan
Luka Lutut
Luka Jari
BALUTAN LUKA TANGAN
BALUTAN LUKA DADA
BALUTAN LUKA BAHU BALUTAN LUKA PEHA
BALUTAN LUKA SIKU
BALUTAN LUKA LUTUT BALUTAN LUKA LENGAN
BALUTAN LUKA JARI
LUKA TUSUKAN
Luka tertusuk boleh disebabkan oleh benda-benda tajam seperti
jarum, paku, duri, kacadan lain-lain. Ia biasanya tidak banyak
berdarah melainkan pembuluh darah yang besar tertusuk. Seelok-
eloknya bersihkan luka tersebut sebelum rawatan diberi.
Kemudianbalut dengan pembalut yang bersih dan bawa pesakit
kehospital untuk rawatan lanjut.
TERKENA SELUMBAR
Cara merawat:
Cuci bahagian yang terkena selumbar dan Beri tuaman sejuk:
Ambil sehelai kain atau tuala. Lipat mengikut saiz yang
dikehendaki
Rendam dalam air sejuk, perah hingga tidak menitik dan
tuamkan pada bahagianyang luka.Tuaman ini haruslah
dikenakan pada bahagian cedera dan diulang-ulangkan
membasahkannya supaya sejuk
MERAWAT LUKA
Luka seperti terpotong, terhiris atau melecet.Bersihkan luka.
Kemudian sapu ubat pembunuh kuman yang sesuai.. Balut
lukadengan teliti menggunakan kain pembalut kasa yang bersih.
MELECUR
Cuci bahagian yang terbakar atau kene wap itu dengan sabun dan
air hangat.Kemudian sapukan petroleum atau Vaselin dan balut
dengan teliti. Jika terasa amatpedih berilah pesakit 2 pil aspirin
dan ulangi setiap 2 jam bila anggap perlu untukmengurangkan
sakit.
GIGITAN
Digigit Hama rumputHama-Hama ini adalah didapati pada
rumput panjang, lalang dan belukar.Gigitannyamenyebabkan
gatal dan bintat.Rawatan:1. Cuci tempat yang digigit bersih-
bersih dengan air dan sabun2. Tukar dan cuci pakaian, basuh
dengan anti-septik3. Jangan digaru kerana ini menambahkan
gatal dan menyebabkan bengkak.4. Bagi melegakan rasa
gagal sapulah dengan ammonia atau soda yang tidakterlalu
keras atau minyak anti-histamine.
Digigit lintah dan Pacat
Jangan cuba menarik lepas binatang-binatang ini kerana
sebahagian dari sengatnyaakan tertinggal pada
kulit.Rawatan:
1.Cucuh belakang binatang itu dengan api atau gosokkan
garam untukmelonggarkan gigitan dan menggugurkannya.
2.Bersihkan sekeliling tempat yang digigit itu dengan
methylated spirit.
3. Legakan gatal-gatal dengan campuran soda atau ammonia
yang tidak terlalukeras ataupun dengan minyak anti-
histamine.
4. Tutup dan balut dengan pembalut kering.
Dipatuk Ular
Gigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat,
bengkak pada tempat yangdigigit dan bisa.
Rawatan:
1. Jika anggota digigit, tahan perjalanan darah dengan
mengikat dengan kuat akanbahagian sebelah tempat yang
digigit yang pengaliran darah kejantung. Janganikan
sehingga pengaliran darah dalam urat nadi terhenti. Anda
haruslah dapatmerasa nadi pada pergelangan tangan atau
kaki.
2. Cuci luka itu dengan air yang dicampur dengan potassium
permanganate untukmenawarkan racun yang ada pada luka.
3. Juntaikan anggota yang tergigit itu dan biarkan darah
keluar dengan memotongke dalam akan daging yang digigit
dengan pisau yang tajam dan telah dibakar terlebih dahulu.
4.Longgarkan ikatan ‘tourniquet’ selama ½ minit tiap
-tiap ½ jam5. Biarkan orang yang digigit ular itu bertenang
dengan cukup.
6. Beri minuman panas, badan sentiasa dalam keadaan
panas.
7. Jika ia tidak bernafas Bantu pernafasan dan buat
pertolongan dalam pernafasan.
8. Hantar ke rumah sakit yang terdekat
9. Anti-Venin, ubat menawarkan bisa racun gigitan ular dan
hanya boleh diberikanoleh mereka yang terlatih sahaja
untuk membuat suntikkan
9
ORIENTEERING ASAS
PENGENALAN ORIENTEERING
Definasi
Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan
imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan
baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu
titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan
berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan
yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan
dipermukaan bumi mengikutsusunan tertentu.
Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure.
Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan
merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara
mencariharta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai
bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan
disampingmenyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan
risikotersendiri.
Jenis-jenis orienteering
Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut
ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF)
iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya
kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya
adalah :-
Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
Orienteering Malam (Night Orienteering)
Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
Norwegian Event
Kebaikan sukan orienteering
Sukan untuk semua
Meningkatkan kecergasan fizikal
Meningkatkan kecergasan mental& daya tumpuan
Memberi cabaran &keseronokan
Membina sikap positif& keyakinan diri
Menggunakan persekitaran yang sihat
Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas
Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan
cemas
Sejarah dan perkembangan
Sejarah permulaan
1.Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada
awal abad ke 19.
2.Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah
mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetatif,
berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah digelar
sebagai “Bapa Orienteering”.
3.Orienteering mengikut Model Killander merangkumi :-
Memerlukan daya ketahanan.
Stamina.
Kecekapan berlari.
Kekuatan mental.
Penggunaan skil navigasi dalam bentuk mukabumiyang
lebih mencabar.
4. IOF ditubuhkan dalamtahun 1961 dengan10 negara.
5. Kejohanan-kejohanan dunia yang dianjurkan oleh IOF
adalahseperti :-
World Orienteering Championships (WOC)
World Cup (WC)
Junior World Orienteering Championships (JWOC)
Asia-Pacific Orienteering Championships (APOC)
World Masters Orienteering Championships (WMOC)- 35
tahun keatas
6. Acara orienteering terbesar yang dianjurkan adalah O-
Ringen (Swedish Five-Days) yang melibatkan penyertaan
antara 15000 hingga 25000 orang.
Perkembangan di Malaysia
Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan
oleh En. Wan Sabri Wan Mansor (Dr),Pensyarah UPM di
Hutan Simpan Air Hitam, UPM pada tahun 1983.
Penubuhan Persatuan Orienteering Pulau Pinang (POA)
dalam tahun1983.
Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering
Selangor & Wil. Persekutuan (WOA) pada tahun 1986.
Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia (MOOC) yang
pertama telah diadakan dalam tahun 1988.
Malaysia bergabung denganIOF dalam tahun 1992
melaluiWOA.
Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) dalam
tahun 1994.
Penubuhan 5 buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor,
Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan dalam tahun
1996.
MOA Caw. PulauPinang dan MOA Caw. Sabahpula
ditubuhkan pada tahun 1997.
TERMINOLOGI DAN ALATAN
Titik kawalan (Controlpoint)
·Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas
peta yang perlu dilawatioleh peserta.
·Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumiatau ciri-ciri
buatanmanusia yang jelas.
·Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada
penjaga dititikini.
Penanda kawalan (Controlmarker)
·Tujuannya bagi membantu pesertatiba kedestinasi yang
betul.
·Suatu objek yang diperbuatdaripada kain berwarna
merah muda dan putih sebagai tandayang diletakkan di
Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
·Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk
lubang(puncher) yang unik.
·Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga40
dijadikan sebagaiNo. Kod Kawalan.
Kad kawalan (Controlcard)
·Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad
kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau
pengesahan.
·Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa
bermula(start time) dan tersedia petak-petak untuk
ditebuk apabila sampaidi titik kawalan nanti.
Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan
penamat untuk dicatatkan masa penamat.
Peta utama (Mastermap)
·Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan
disertakan denganketerangan kawalan.
·Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.
Keterangan kawalan (Controldescription)
·Keterangan asas sebagai panduantitik-titik (control
description) kawalan berkenaan. Butir-butir
yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan
dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
·Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis
dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentukkod/gambarajah.
Landasan (Course)
·Landasan adalah panduan arah perjalanan dari
permulaan titik kawalan ke
titik kawalanyang lain hingga kepenamat. Landasanini
akan dilukisdiatas peta utamadan akan disalin oleh
peserta kemudiannya.
·Tanda yang berkenaan landasanadalah :-
-Titik permulaan ditandakan dengantiga segi.
- Titik kawalan dengantanda bulatan.
-Titik penamat dengan tanda 2 bulatanbertintih.
- ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.
q Kompas (Compass)
·Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan
orienteering.
·Ia digunakan hanya untukmenentukan arah sahaja.
PETA
Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi
sesebuah kawasan yang dilihat dari udara.Peta adalah
sumbermaklumat bagi kawasanberkenaan. Mempunyai
tajuk,kontor, skala, petunjuk,garisan melaras dan kod warna
yang akan memberi kemudahandan tangkapan yang tepat
mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.
Jenis-jenis peta
Terdapat beberapa jenispeta yang diterbitkan seperti berikut :-
Peta topo
Peta panduan jalanraya
Peta khusus
Atlas
Peta imejan satelit
Peta orienteering
Kandungan peta orienteering
Tajuk peta
Arah Utara
Skala - samada 1:5000,1:10000, atau 1:15000
Petunjuk peta
Garisan melaras utara-selatan
Kredit – kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan,penaja dsb.
Jenis kompas
Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk
tujuan navigasi. Antaranya adalah :-
Kompas Tentera
Kompas Orienteering
Kompas Marin
Kompas Kiblat
Kompas Digital
Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai bentuk
dan jenama antaranya baseplate compass, thumb compass
dan clip compass. Ianya direkacipta agar lebih mudah dan
praktikal. Dua jenama yang popular adalah Suunto buatan
Finland dan Silva buatan Sweden.
Kegunaan kompas orienteering
Kompas orienteering bolehdigunakan untuk tujuanberikut :-
Mengukur jarak
Menentukan kedudukan
Mencari arah
Anatomi kompas orienteering
10
KOMPAS
TAHAP 1 – TINGKATAN 1
a. Mengenal Arah Mata
angin
b. Mencari arah mata
angin
c. Menentukan arah
kiblat
d. Pengenalan Kompas
TAHAP 2– TINGKATAN 2 & 3
a. Praktikal mencari
bearing (arah mata angin)
b. Latihan di kawasan
sekolah
c. Menggunakan peta -
Membaca peta/
Orientasi peta
d. Aktiviti Orienteering
dan Pandu Ara
TAHAP 3 – TINGKATAN 4 & 5
a. Merintis hutan
menggunakan kompas
b.Pertandingan mencari
bearing
i.Menggunakan peta
ii. Mencari harta karun
c. Aktiviti Pandu Arah dan
Orienteering
PENGERTIAN KOMPAS
Kompas merupakan alat navigasi yang memanfaatkan
medan magnetis bumi dalam penentuan sebuah arah.
Sebelum pedoman arah ditemukan, dalam menentukan
sebuah arah manusia menggunakan posisi benda-benda
langit sebagai patokan, misalnya matahari dan bintang.
Kompas adalah alat penunjuk arah mata angin. Alat ini
menggunakan medan magnet bumi untuk menentukan
arah utara, selatan, timur dan barat.
Dalam bidang maritim, kompas memberikan manfaat
dalam menentukan arah untuk menempuh perjalanan
jauh secara aman dan efisien dibanding berpegangan
terhadap posisi bintang.
Fungsi dan Manfaat
Fungsi dan manfaat utama dari kompas adalah untuk
menentukan arah mata angin, terutama arah utara dan
selatan yang menjadi tempat medan magnetis bumi. Selain
itu, kompas juga berguna untuk:
Mengukur besar sudut kompas
Mengukur besar sudut peta
Menentukan letak orientasi
Mempermudah perhitungan dan pembacaan peta
Cara Kerja Kompas
Prinsip kerja kompas adalah adanya gaya tarik menarik
antara magnet pada jarum kompas dengan kutub magnet
bumi. Jarum kompas yang terbuat dari magnet memiliki
kutub utara dan selatan dan akan selalu menunjuk arah
utara dan selatan.
No/Simbol/Keterangan/Derajat
1/U/Utara/0 / 360
2/UTL/Utara Timur Laut/22.5
3/TL/Timur Laut/45
4/TTL/Timur Timur Laut/67.5
5/T/Tenggara/90
6/TM/Timur Menenggara/112.5
7/TG/Tenggara/135
8/SM/Selatan Menenggara/157.5
9/S/Selatan/180
10/SBD/Selatan Barat Daya/202.5
11/BD/Barat Daya/225
12/BBD/Barat Barat Daya/247.5
13/B/Barat/270
14/BBL/Barat Barat Laut/292.5
15/BL/Barat Laut/315
16/UBL/Utara Barat Laut/337.5
BAHAGIAN KOMPAS
Dial : Bagian permukaan yang tertera angka atau huruf
seperti jam
Visir : Pembidik Sasaran
Kaca Pembesar : Untuk melihat sasaran dan angka pada
Dial agar lebih jelas
Jam Penunjuk : Menunjukkan lokasi magnet bumi
Tutup Dial : Mempunyai 2 garis bersudut 450 dan dapat
diputar
Alat penggantung : Tempat mengaitkan tali dan dapat
juga untuk menyangkutkan ibu jari ketika melakukan
pembidikan
Cara Menggunakan Kompas Bidik
Berikut ini adalah panduan menggunakan kompas agar
mendapat arah yang akurat, yaitu:
1.Letakkan kompas diatas permukaan datar
2.Tunggu jarum jarum kompas tidak bergerak dan
menunjukkan arah utara dan selatan
3.Bidik sasaran dengan menggunakan visir, melalui celah
pada kaca pembesar, setelah itu miringkan kaca pembesar
sekitar 50° dengan kaca dial
4.Apabila penglihatan visir diragukan karena kurang jelas
terlihat dari kaca pembesar, luruskan garis pada tutup
dial ke arah visir, searah dengan sasaran bidik agar
mudah terlihat melalui kaca pembesar
5.Apabila sasaran bidik 30°, maka bidiklah ke arah 30°.
Sebelum menuju sasaran, tetapkan dahulu titik sasaran
sepanjang jalur 30°. Cari benda yang menonjol atau tinggi
diantara benda lain disekitarnya sebagai patokan untuk
mencegah kehilangan jalur
6.Sebelum bergerak menuju sasaran bidik, tetapkan pula
Sasaran Balik (Back Azimuth atau Back Reading) agar kita
dapat kembali ke tempat semula apabila tersesat. Rumus
menentukan sasaran balik adalah:
Apabila sasaran < 180° = ditambah 180°. Contoh: 30°
sasaran baliknya adalah 30° + 180° = 210°
Apabila sasaran > 180° = dikurang 180°. Contoh: 240°
sasaran baliknya adalah 240° – 180° = 60°
11 Jenis Kompas
Perkembangan teknologi dan kebutuhan menuntuk produsen
kompas menghadirkan produk yang sesuai dengan keinginan dan
daya beli pasar. Meskipun pada dasarnya memiliki fungsi yang sama
1.Kompas Biasa / Analog
Kompas ini adalah jenis yang paling umum digunakan karena
harganya relatif murah. Kompas analog atau biasa ini berisi
jarum magnet yang direndam dalam suatu cairan.
Namun, penggunaan kompas ini harus benar-benar dalam keadaan
tenag dan pada posis datar, mengingkat harganya yang murah
tentu tingkat akurasinya tidak terlalu baik
2. Kompas Bidik / Kompas Prisma
Tipe kompas bidik biasanya digunakan oleh TNI, Tim SAR, Navigator
dan pendaki gunung. Kompas ini mempunyai garis lembut dengan
poros vertikal yang berfungsi untuk membidik sasaran dan
menentukan derajat posisi sasaran.
3. Kompas Silva
Kompas silva adalah salah satu jenis kompas yang biasa dipakai
dalam bidang topografi. Kompas ini mempunyai protektor datar
yang berfungsi sebagai tempat pada peta topografi. Kompas ini
digunakan untuk membantu navigasi di daratan.
4. Kompas Thumb
Thumb Compass adalah jenis kompas yang mirip dengan kompas
silva, hanya saja memiliki model yang berbeda. Kompas ini
digunakan seperti cincin yang dipasang di ibu jari atau jempol.
5. Kompas Digital
Bagi orang-orang yang suka melakukan perjalanan seperti
menjelajahi hutan atau mendaki gunung, kompas ini merupakan
pilihan praktis. Kompas digital memiliki tingkat akurasi yang
baik, sebab penentuan arah telah menggunakan komputerasi dan
data disajikan secara digital.
6. Kompas GPS / Satelit
Kompas jenis ini terintegrasi dengan satelit. Kompas GPS dapat
digunakan pada area blank spot. Teknologi dalam menentukan
arah ini telah diadopsi pada sistem GPS mobil yang dapat juga
menampilkan pergerakan si pengguna.
7. Kompas Kiblat
Jenis kompas ini dimanfaatkan untuk menentukan arah dan posisi
kiblat bagi umat muslim. Biasa digunakan ketika mengawali
pembangunan mushola atau masjid.
8. Kompas Nahkoda
Kompas nahkoda merupakan kompas yang digunakan di bidang
pelayaran. Kompas ini sangat presisi dan tahan terhadap
goncangan ketika terkena ombak besar.
9. Kompas Solid State
Teknologi ini merupakan jenis kompas yang tertanam di
smartphone kita. Solid State Compass adalah perangkat keras
yang juga disematkan pada beberapa benda lain, seperti jam
tangan, serta gadget lain yang memiliki fitur kompas.
10. Kompas Astronomi
Kompas ini diandalkan bagi para pegiat di bidang astronomi atau
orang-orang yang tengah menjalajahi daerah kutub. Jenis
kompas ini sangat akurat dan memiliki fitur letak geografis
bujur dan lintang.
11. Gyro Compass
Kompas Gyro adalah sistem kompas yang mampu mempertahankan
orientasi dengan prinsip ketetapan momentum sudut sehingga
tahan terhadap goncangan dan sangat presisi.
11
SENI PERKEMAHAN
TAHAP 1 – TINGKATAN 1
a. Definisi
b. Mendirikan khemah
c. Memilih Tapak
Khemah
d. Perlindungan
semulajadi
e. Perhubungan
f. Punca air
g. Kebersihan
h. Keselamatan
i. Konservasi
j. Kegiatan di kawasan
perkhemahan
k. Etika perkhemahan
l. Memotong kayu
m. Beg Galas
n. Kaedah mengisi
”Rucksack”
o. Jenis-jenis khemah
p. Cara penjagaan
khemah
TAHAP 2– TINGKATAN 2 & 3
a. Kraf perkhemahan
i. Gajet
b. Beg Galas
i. Kaedah memikul beg galas
c. Jenis-jenis unggun api
d. Dapur
i. Jenis-jenis dapur
e. Memasang api
f. Memasak
i. Teknik memasak
ii.Praktikal memasak
iii.Nasi, ikan goreng,
sayur dan teh
iv.Lain-lain masakan
ringan
v. Pertandingan memasak
TAHAP 3 – TINGKATAN 4 & 5
a.Kraf perkhemahan
lanjutan
b. Lanjutan Tahap 1 & 2
c. Sanitasi
Pengenalan
Merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk
menghadapi cabaran alam semulajadi dalam kegiatan luar.
Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan
digunakan apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan
atau pengembaraan.
Rasional
Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan
dalam menghadapi cabaran alam semulajadi dan habitatnya
Memupuk perasaan cinta terhadap alam semulajadi dan
mensyukuri ciptaanNya Mengamalkan nilai-nilai murni dan
menghayati keindahan flora dan fauna yang terdapat di
muka bumi
Objektif
Mengalakkan masyarakat untuk mengaplikasi kemahiran
dan teknik kraf perkhemahan dalam keiatan luar Memahami
habitat dan alam semulajadi dan mengetahui cara untuk
hidup apabila berada di dalam hutan Memberi kesedaran
kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam
sekitar dengan cara yang sepatutnya
Jenis-jenis Kraf Perkhemahan
Fire craft Ropes craft
Woodcraft Tool craft
Khemah
Shelter (tempat berteduh)
Fire craft
Api penting digunakan dalam kehidupan seharian Selain itu,
digunakan untuk membekalkan cahaya, memanaskan suhu
badan, keselesaan, memasak dan sebagainya Api juga boleh
merosakkan alam sekitar jika disalahgunakan iaitu tanah
menjadi hitam, merosakkan dahan dan akar pokok
Membuat Unggun Api Kaedah “Fire Triangle”
Bentuk huruf A Menggunakan 3 elemen iaitu: Haba, angin
dan bahan bakar Bentukkan huruf ‘A’ menggunakan ranting
kayu dengan bukaan huruf ‘A’ menghala arah angin
Letakkan rabuk/bahan mudah terbakar di dalam huruf ‘A’
dan nyalakan api Kipas secara perlahan dan letakkan lagi
bahan bakar untuk menyalakan api
Jenis-jenis Kraf Api
Hunter‟s Fire
Reflector Fire
Star Fire
Teepee Fire
Log Cabin Fire
Council Fire
Hunters Fire
Selain daripada menjadi bahan bakar, kayu-kayu ini juga
berfungsi sebagai tungku untuk memasak kerana ia disusun
rapat.
Reflector Fire
Fungsi utama api jenis ini ialah untuk menghalakan haba ke
satu arah Contoh:memanaskan badan Boleh digunakan
untuk memanggang
Star Fire
Boleh menggunakan kayu yang pelbagai saiz dan panjang
Teepee Fire
paling sesuai dan mudah digunakan Tetapi sukar untuk
didirikan kerana perlu susun dan seimbangkan kayu
Log Cabin Fire
Senang dan mudah didirikan kerana ia sangat stabil
apabila terbakar, api hanya membakar bahagian dalam
council Fire Sangat stabil, mudah
Dikenali sebagai „Api piramid‟.
membakar dan senang dinyalakan
Ropes craft
Kemahiran asas berkaitan ikatan dan simpulan tali Ikatan
tali perlu dipelajari untuk digunakan dalam kehidupan
seharian Dalam kraf tali, ia penting untuk membuat ikatan
pada pelbagai jenis kraf dalam aktiviti perkhemahan
Jenis-jenis Tali
PolyesterManila Cotton Polypropylen Sisal Nilon
Polyethylene Jute
Jenis-jenis lkatan
Stopper knotsOverhand Figure Eight Double Figure Eight
Double Overhand
Joiner Knots
Loop Knots
End Securing Knots
Lashing
JENIS TALI
JENIS IKATAN
Wood craft
Dalam perkhemahan, individu perlu mempelajari cara untuk
membina kraf kayu atau disebut sebagai “gajet” Gajet
penting dalam aktiviti luar dan mempunyai pelbagai fungsi
iaitu:
Memudahkan pengurusan tempat atau kawasan
perkhemahan
Menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun dan
teratur
Jenis-jenis wood craft Ampai kain
1. Kerusi
2.Tempat buang sampah
3.Dapur mug hook treebowl stand cook shelter
4.Meja & Kerusi
5. Tangga
6. Katil
Khemah
Khemah merupakan alatan penting dalam menjalankan
aktiviti luar Ciri-ciri tapak atau kawasan khemah:
Mendapatkan kebenaran dan maklumat Kemudahan asas
seperti bekalan air Kawasan lapang Tidak terlalu jauh
dari penduduk atau perkampungan
Mendirikan Khemah
Menentukan arah cahaya matahari terbit dan terbenam
Berlawanan dengan arah tiupan angin Tempat yang selamat
dan sesuai seperti tanah rata, lapang, teduh dan selesa
Elakkan mendirikan khemah di bawah pokok yang reput, tua
dan mudah tumbang, berumput tebal dan dipenuhi lalang
supaya mengelakan serangga atau binatang berbisa
Jenis-jenis khemah
Khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan
iaitu
Rigde tent
Frame tent
Dome tent
Bell tent
Ridge tent
Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung
Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya
mudah dibawa dan dilipat
Dome tent
Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang
sesuai dan fleksibel Ringan, mudah dibawa dan sesuai
digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan
sebagainya.
Frame tent
Khemah jenis besar yang
biasa digunakan untuk
perkhemahan keluarga
Rangka khemah akan
dipasang dahulu dan
kanvas dipasang kemudian
Bell tent
Mempunyai satu tiang
tinggi di puncak khemah
Khemah jenis ini sudah
jarang digunakan dan
digantikan dengan khemah
jenis “DOME”.
Shelter
Shelter sukar untuk dibina dan memerlukan kemahiran yang tinggi
Boleh melindungi daripada serangga, panas, hujan, angin, salji dan
suhu sejuk. Boleh menyembunyikan diri daripada musuh bahaya
Jenis-jenis Shelter
Phonco-Lean-To
Mudah dan cepat dibina
Diikat pada dua batang
pokok Shelter tertutup
pada satu bahagian sahaja
Pastikan shelter tidak
menghala arah angin
Phonco Tent
Mudah dibina Diikat
diantara dua pokok
Shelter tertutup pada dua
bahagian, kiri dan kanan
One man Shelter
Mudah dibina dan terhalang dari
rintangan angin Saiz yang kecil
menjadikan ia lebih sejuk dan
nyaman
12
VIDEO
Lagu Rasmi KRS
https://youtu.be/kTkxgkMFjgg
Ikatan dan Gadget
https://youtu.be/b7bTJltPmz8
Pertolongan Cemas
https://youtu.be/bik3z5ttwwU
Kawad Kaki
https://youtu.be/oWa_DEkFd2k
Kompas dan Orieentering
https://youtu.be/ycMm9ntf1XQ
Seni Perkemahan
https://youtu.be/vqVWu97w_is
13
LAMPIRAN
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
KAD UJIAN KENAIKAN PANGKAT
Ujian Kelayakan : LANS KOPERAL
Nama :
Tingkatan :
Syarat-syarat :Ahli hendaklah Lulus Ujian/Peperiksaan Tahap 1 iaitu:
ITEM UJIAN KHAS 1
Ujian Bertulis Mengandungi 60 soalan meliputi semua tajuk dalam silibus KRS.
Melakukan kawat asas dengan baik
Ujian Kerohanian
Tarikh:
Menghafaz Asmaul Husna,
Menghafaz 5 surah Juz Amma.
Ujian Moral
Tarikh:
Pengucapan awam:
Tajuk : Buat baik dibuat baik
Kesetiaan kepada Negara
Waspada sebelum kena
Sahabat setia
Teguran membina
Ujian Kecergasan
Tarikh:
Larian 2.4 km
Bangkit tubi ( 30kiraan/minit)
Tekan tubi(20kiraan/minit)
Lentik Belakang(20 kiraan/minit
Angkat Beban yang setara berat anggota kadet / tidak kurang 50 kg
B ITEM UJIAN TERAS 1
DISIPLIN DAN KEROHANIAN
1.1 Ketatanegaraan
Mengenal Maksud Lambang Negara Malaysia
Tarikh:
Melukis Bendera Malaysia dan maksud.
Tarikh:
Menyanyikan Lagu kebangsaan dan Lagu Negeri.
Tarikh:
Melukis Bendera Negeri tempat tinggal.
Tarikh:
2 KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
2.1 Perkhemahan
Kraf Perkhemahan Asas
Tarikh:
Keselamatan asas semasa berkhemah
Tarikh:
Mengikuti perkhemahan selama 3 hari 2 malam
Tarikh:
2.2 Ikatan
Buku Sila
Tarikh:
Bunga keti
Tarikh:
Ikatan Manok
Tarikh:
Tindih Kasih
Tarikh:
Simpul belit
Tarikh:
Simpulan Pengail
Tarikh:
2.3 Kompas
Mengenal bahagian-bahagian Kompas
Tarikh:
Mengenal arah mata angin
Tarikh:
2.4 Ikhtiar Hidup
Mengenali sumber-sumber ikhtiar hidup.
Tarikh:
Mengenali jejak atau tanda-tanda
Tarikh:
2.5 Pertolongan Cemas/Bantu Mula
Membuat Anduh Tiga Segi, Andoh Besar, Andoh Leher dan Andoh Lengan.
Prinsip asas pertolongan cemas.
Tindakan semasa kecemasan.
2.6 Asas kebombaan
Pengenalan mengenai kebakaran
Punca kebakaran
Cara-cara mengelak kebakaran.
2.7 Kebudayaan
Menyertai atau mempersembahkan 2 kali persembahan kebudayaan
seperti nasyid, berzanji, bermain kompang, bersajak, pentomin, seni silat
atau persembhan lain yang sesuai.
KHIDMAT MASYARAKAT
Menyertai 2 khidmat masyarakat dengan masa tidak kurang daripada 6
jam.
ALAM SEKITAR
Menyertai atau melaksanakan 2 projek yang berkaitan dengan Alam
Sekitar seperti membuat taman, menanam pokok, mengutip sampah di
kawasan sekolah, sungai tempat rekreasi atau lain-lain aktiviti yang
sesuai.
KEUSAHAWANAN
Menyediakan satu projek yang berkaitan samada rekacipta ataupun
jahitan
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
KAD UJIAN KENAIKAN PANGKAT
Ujian Kelayakan : KOPERAL
Nama :
Tingkatan :
Syarat-syarat :
Ahli hendaklah Lulus Ujian/Peperiksaan Tahap 1 iaitu:
Ujian Bertulis
Mengandungi 60 soalan objektif dan 40 soalan struktur meliputi semua
tajuk dalam silibus KRS.
Ujian Kawad
Berkebolehan memberi arahan & Perintah Kawat dengan baik dan betul.
Melipat, menaik, menurunkan bendera dengan cara yang betul.
Ujian Kerohanian
Menghafaz 10 surah Juz Amma
Menghafaz selawat Syifa’
Menceritakan atau menulis tentang sejarah kehidupan Rasullah S.A.W.
Ujian Moral
Pengucapan awam:
Tajuk : Balasan Jujur
Bersusah-susah dahulu, bersenang-
senang kemudian
Contohi labah-labah
Kalau cermat, tentu selamat
Budi bahasa
Ujian Kecergasan
Larian 2.4 km
Bangkit tubi ( 30kiraan/minit)
Tekan tubi(20kiraan/minit)
Lentik Belakang(20 kiraan/minit
Angkat Beban yang setara berat anggota kadet / tidak kurang 50 kg
DISIPLIN DAN KEROHANIAN
Ketatanegaraan
Menerangkan Rukun Negara
Menyanyikan satu lagu patriotik
Menyanyikan Lagu Kadet Remaja Sekolah
Ketahanan diri dan kebudayaan
2.1 Perkhemahan
Etika Perkhemahan
Penjagaan Khemah
(Membuka, memasang, melipat, membersih)
Amalan kesihatan berkhemah
Mengikuti perkhemahan selama 4 hari 3 malam
2.2 Ikatan
Ikatan Balak
Ikatan Seraya
Ikatan Serong
Ikatan Silang Gunting
Mengemaskan Tali
Membina 2 jenis gajet
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
KAD UJIAN KENAIKAN PANGKAT
Ujian Kelayakan : SARJAN
Nama :
Tingkatan :
Syarat-syarat :
Ahli hendaklah Lulus Ujian/Peperiksaan Tahap 2 iaitu:
ITEM UJIAN KHAS
Ujian Bertulis
Mengandungi 60 soalan objektif dan 40 soalan struktur meliputi semua
tajuk dalam silibus KRS.
Ujian Kawad
Berkebolehan memberi perintah kawad kepada skuad atau platun sendiri.
Ujian Kerohanian
Berkebolehan memimpin sembahyang berjemaah dengan mengetahui
bacaan wirid dan doa selepas sembahyang.
Menghafaz 2 hadis pendek dari kitab ‘Hadis Empat Puluh”.
Menceritakan atau menulis mengenai riwayat kehidupan seorang dari
khalifah Ar-Rasyidin.
Ujian Moral
Pengucapan awam:
Tajuk :Sesal kemudian tidak berguna
Etika perniagaan yang baik
Pengorbanan kaum ibu
Fikir sebelum bertindak
Ujian Kecergasan
Larian 2.4 km dalam masa 12 minit (L)/15 minit (P)
Bangkit tubi ( 30kiraan/minit)
Tekan tubi(20kiraan/minit)
Lentik Belakang(20 kiraan/minit
Angkat Beban yang setara berat anggota kadet / tidak kurang 50 kg
DISIPLIN DAN KEROHANIAN
Ketatanegaraan
Nama dan jawatan Jemaah Kabinet
Dapat menyatakan sekurang-kurangnya 3 amalan baik dalam agama
masing-masing.
Nama-nama Sultan dan Yang Di Pertua Negeri
Ketahanan diri dan kebudayaan
2.1 Perkhemahan
Membantu menguruskan perkhemahan selama 2 hari 1 malam/ Menjadi
Pengerusi AJK kecil
Menyertai perkhemahan selama 4 hari 3 malam di luar sekolah
Mengendalikan satu aktiviti terancang dalam perkhemahan
2.2 Ikatan
High Element Activity
Abseiling, Flying Fox, Repelling, Ascending
Membuat 5 Simpulan/ Ikatan Pemancing
Membina 3 jenis gajet
2.3 Kompas
Latihan dan aktiviti orienteering di kawasan sekolah
Membaca/ mengguna dan orientasi peta
2.4 Ikhtiar Hidup
Mengenali pokok-pokok perubatan/ tumbuhan/ buaha-buahan yang
boleh dimakan/ minum
Membuat perangkap/ jerat
Memasak mengikut kaedah ikhtiar hidup
Membina dan mengendali rakit
1. Buluh
2.Tiub Getah
2.5 Pertolongan Cemas/Bantu Mula
Menguasi 3 kaedah praktikal pemulihan pernafasan.
1.Mulut ke mulut
2. Holger-Nelson
3. Slivester
2.6 Kebudayaan
Telah menyertai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kebudayaan
tidak kurang dari 1 tahun.
2.7 Basikal
Pengenalan basikal
Membaiki kerosakan kecil
2.8 Kayak
Kemahiran Asas Kayak
Pengendalian kayak
KHIDMAT MASYARAKAT
Menyertai 6 khidmat masyarakat dengan masa tidak kurang daripada 18
jam.
Menyedikan laporan bertulis mengenai sejarah tempat tinggal anda.
ALAM SEKITAR
Lulus ujian mengenalpasti salah satu berikut:
20 jenis burung yang terdapat di Malaysia
20 jenis hidupan liar di hutan
20 jenis ikan air tawar atau laut.
20 jenis serangga
KEUSAHAWANAN
Berkebolehan melaksanakan salah satu aktiviti berikut:
Merekacipta satu logo dan slogan berkaitan dengan logo berkenaan cth.
Hari Kebangsaan, Hari Kantin, Hari KRS
Membaiki 10 buah kerusi atau meja.
Merekacipta satu alat dapur yang dibuat dari bahagian-bahagian pokok
kelapa.
Merekacipta satu alat daripada bahan-bahan terbuang.
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
KAD UJIAN KENAIKAN PANGKAT
Ujian Kelayakan : PEGAWAI WARAN
Nama :
Tingkatan :
Syarat-syarat :
Ahli hendaklah Lulus Ujian/Peperiksaan Tahap 3 iaitu:
ITEM UJIAN KHAS
Ujian Bertulis
Mengandungi 60 soalan objektif dan 40 soalan struktur meliputi semua
tajuk dalam silibus KRS.
Ujian KawaD
Berkebolehan mengenalpasti kesalahan kawat dan arahan kawat oleh
Ketua Platun dan ahli.
Kebolehan mengajar kawat mengikut kaedah.
Ujian Kerohanian
i. Pilih 2 aktiviti berikut:
Menyertai satu program Qiyamulail.
Menyampaikan satu tajuk tazkirah selama 5-10 minit
Menghafaz ayat 102-105 surah Al Imran serta maksudnya.
ii. Menulis mengenai salah satu tajuk di bawah
Menghafaz 4 hadis pendek dari Hadis 40 dengan maksudnya.
Perjanjian Hudaibiah
Piagam Madinah
Kehidupan di zaman Jahiliah
Ujian Moral
Menulis dan menghuraikan Sistem Raja Berperlembagaan.
Menyertai satu program dialog integrasi
Pengucapan awam berunsur integrasi/ patriotisme/ kenegaraan-
selama 5-10 minit
Penghayatan nilai-nilai murni tahap 1 & 2
Ujian Kecergasan
Larian 2.4 km dalam masa 12 minit (L)/15 minit (P)
Bangkit tubi ( 30kiraan/minit)
Tekan tubi (20kiraan/minit)
Lentik Belakang(20 kiraan/minit )
Angkat Beban yang setara berat anggota kadet / tidak kurang 50 kg
DISIPLIN DAN KEROHANIAN
Ketatanegaraan
Menulis dan menceritakan salah satu daripada tajuk dibawah :
Kebebasan dalam Sistem Demokrasi
Hak dan tanggungjawab pengguna
Hak dan tanggungjawab warga Negara
Sistem Parlimen dan undang-undang di Malaysia
2.4 Ikhtiar Hidup
Mengenali pokok-pokok perubatan/ tumbuhan/ buahan-buahan yang
boleh dimakan/ minum
Membuat perangkap/ jerat
Memasak mengikut kaedah ikhtiar hidup
Membina dan mengendali rakit
Buluh
Tiub Getah