The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sobursyahin, 2023-03-12 12:56:12

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran Pendidikan Islam (Bidang Akidah) Kelas 1 Anggerik Tarikh:Hari 7 Mac 2023/14 Sya’ban 1444/Selasa Masa 1.30 petang – 2.30 petang ( 1 jam ) Bilangan Murid 27 orang (Lelaki: 12, Perempuan: 15) Tajuk IMAN PEGANGANKU Pengetahuan Sedia Ada Murid tahu secara asas kewujudan Allah, Malaikat, Kitab dan Rasul. Standard Kandungan 3.1 Merumus dan meyakini rukun iman serta menjadikannya sebagai pegangan dan asas tindakan dalam kehidupan harian. Standard Pembelajaran 3.1.1 Menyatakan pengertian rukun iman. 3.1.2 Menyenaraikan rukun iman. 3.1.3 Merumuskan kepentingan beriman kepada rukun iman dalam kehidupan harian 3.1.4 Meyakini rukun iman dan menjadikannya sebagai pegangan dalam kehidupan. Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran murid dapat: 1. Menyatakan pengertian rukun iman dengan tepat setelah mendengar penerangan guru. 2. Menyenaraikan rukun iman mengikut urutan yang betul selepas mendengar dan menonton video. 3. Menjelaskan hikmah dan mengamalkan rukun iman dengan betul selepas melihat slide power point. Kemahiran Berfikir Membanding beza kehidupan orang yang mempercayai rukun iman dan orang yang tidak mempercayai rukun iman. Gabung Jalin Al-Quran dan Akhlak Penyerapan Muzik: Mengalunkan nasyid tentang rukun iman Penerapan Nilai Taat, Yakin, Bersungguh-sungguh Amalan Pedagogi Masa Kini Pembelajaran Koperatif Kemahiran Insaniah Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat. EMK Teknologi maklumat dan komunikasi: Murid mengakses kandungan pembelajaran melalui media dan aplikasi interaktif.


Penilaian dan Pentaksiran Pentaksiran atas talian melalui kuiz yang telah disediakan. Bahan Bantu Mengajar 1. Video dari Youtube berkaitan rukun iman. 2. Flash Card 3. Aplikasi media digital. (Wordwall, Quizizz,Jamboard , Padlet, Hot Potatoes, Jamboard )


Langkah/Masa Isi Kandungan Aktiviti Catatan Permulaan (2 minit) Bacaan doa penerang hati. 1.Guru memastikan semua murid berada dalam keadaan yang selesa dan sedia. 2.Murid-murid diminta membaca doa secara beramai-ramai. Penerapan nilai 1. Khusyuk 2. Adab berdoa Set Induksi (5 minit) 1) Video tentang rukun iman. 2) Paparan gambar-gambar berkait rukun iman. Soalan: 1) Apakah video dan gambar yang dilihat? 2) Apakah tajuk yang bakal kita belajar? 3) Siapakah yang wajib percaya dengan rukun iman? 4) Pernah dengar tak tentang rukun iman? 1. Guru memaparkan video Ana Muslim dan beberapa gambar berkaitan rukun iman. 2. Murid diminta menonton video Ana Muslim dan gambargambar berkaitan rukun iman. 3. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan kandungan video. 4. Guru membuat perkaitan video dengan tajuk yang akan dipelajari. 5. Kemudian murid menjawab soalan berkaitan di pautan. Kaedah: -Pemerhatian -Soal jawab Strategi: Berpusatkan guru dan murid. Bahan: -Video youtube - Flash card -Aplikasi interaktif Jamboard, Hot Potatoes Nilai: Bersemangat Berani menjawab Langkah 1 (10 minit ) 1. Pengertian rukun iman 2. Hukum beriman dengan rukun iman. 1. Guru memaparkan video berkaitan pengertian dan konsep rukun iman. Kaedah: Pengulangan Strategi:


2. Guru meminta murid mengulang pengertian rukun iman secara lisan. 3. Guru meminta murid menjawab 2 bahagian soalan menggunakan aplikasi interaktif. 4. Murid menjawab soalan secara individu melalui pautan yang disediakan. Berpusatkan guru dan murid Bahan: Video Youtube Aplikasi interaktif Quizizz, Hot Potatoes Nilai: Fokus Langkah 2 (15 minit ) 1. Senarai rukun iman. 2. Susunan rukun iman. 1. Guru memaparkan video nasyid Nussa berkaitan senarai rukun iman dari Youtube. 2. Guru meminta murid mengikut alunan nasyid secara beramai-ramai. 3. Guru meminta murid cuba menghafal senarai rukun iman dengan alunan nasyid. 4. Murid bernasyid bersama-sama dan cuba menghafal rukun iman. 5. Guru menerangkan secara terperinci senarai rukun iman. 6. Guru meminta murid menjawab beberapa soalan melalui pautan EMK: Teknologi maklumat dan komunikasi Kaedah: Penerangan, Pemerhatian Pengulangan Penghafalan Bahan: Video Youtube Aplikasi interaktif Quizizz Nilai:


Wordwall dan Hot Potatoes. 7. Murid menjawab secara individu melalui pautan yang disediakan. Bersungguhsungguh Yakin Langkah 3 ( 20 minit ) 1) Kesan beriman dengan rukun iman. 2) Hikmah mengamalkan rukun iman dalam kehidupan seharian. 1. Guru memaparkan slide power point berkaitan hikmah beriman dengan rukun iman. 2. Guru menerangkan kesan dan akibat jika tidak beriman dengan rukun iman. 3. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 4. Guru meminta murid menjawab soalan berkaitan hikmah beriman dengan rukun iman secara berkumpulan. 5. Murid menjawab melalui pautan yang disediakan secara berkumpulan. Kaedah: Penerangan Perbincangan Soal jawab Sumbang saran Amalan pedagogi: Pembelajaran koperatif Kemahiran Insaniah: Kerja berpasukan Bahan: -Slide powerpoint -Aplikasi interaktif Padlet, Google Form Nilai: Kerjasama, Prihatin,


Bersungguhsungguh Penutup ( 8 minit ) Penutup kognitif : Guru membimbing murid untuk merumuskan isi pelajaran. Penutup sosial : Guru menasihati murid tentang kepentingan mengamalkan rukun iman dalam kehidupan seharian 1. Guru meminta murid mengingat kembali isi pelajaran yang telah dipelajari. 2. Murid mendengar nasihat guru tentang kepentingan mengamalkan rukun iman dalam kehidupan seharian. 3. Guru menjalankan pentaksiran berbentuk kuiz melalui pautan Google Form. 4. Murid menjawab kuiz secara individu melalui pautan yang disediakan. Penerapan nilai: -Yakin -Bersyukur -Menjaga ibadah -Kasih sayang -Patriotik Gabung jalin: Akhlak Bahan: Kuiz Google Form Pautan link BBM https://sites.google.com/epembelajaran.edu.my/abdul-sobursyahin/utama


REFLEKSI Alhamdullilah, bersyukur kepada Allah S.W.T atas nikmat dan peluang dariNya saya dapat menyiapkan tugasan pentaksiran berterusan subjek (EDUP 2112) Teknologi dan Media Pengajaran. Pentaksiran berterusan ini membantu saya merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan lebih berkesan dan bermakna. Tugasan ini juga semestinya berpandukan kepada tema Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21)yang merangkumi elemen 6C iaitu Sahsiah (Character), Komunikasi (Communication), Kewarganegaraan (Citizenship),Pemikiran Kreatif (Creativity Thinking),Pemikiran Kritis(Critical Thinking)dan Kolaborasi (Collaboration). Melalui aktiviti berbentuk media interaktif seperti ini mampu menarik minat dan memberi pengalaman sebenar kepada pelajar untuk meneroka bidang teknologi yang melibatkan elemen merentasi kurikulum (EMK). Kaedah dan bahan media yang digunakan semestinya dirancang dengan sistematik supaya dapat disesuaikan dengan tahap perkembangan pelajar. Antara faktor yang meningkatkan lagi kualiti kaedah penggunaan media interaktif ini adalah kejelasan dalam memberi setiap arahan dan langkah-langkah pembelajaran.Para pelajar lebih bersemangat dan memberi tumpuan semasa PdP dijalankan. Antara kekangan yang saya hadapi ialah untuk memahami cara membina platform Google Site.Ini merupakan kali pertama saya mempelajari platform ne. Selain itu, kekangan masa juga menjadi masalah untuk saya kerana perlu juga menyiapkan tugasan bagi subjek yang lain. Namun begitu, hasil tunjuk ajar dan bimbingan daripada pensyarah iaitu Mr Choo Kaw Hing Peter, saya berjaya menghasilkan Google Site dan menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kelemahan yang dikesan semestinya memberi pengajaran dan ilmu baru kepada saya untuk memperbaiki lagi tahap kemahiran kendiri. Ilmu teknologi telah menjadi salah satu pengetahuan penting yang perlu dikuasai oleh guru dalam sistem pendidikan masa kini. Tidak dinafikan, pengetahuan sedia ada tentang teknologi yang dimiliki oleh saya sangatlah kurang semasa menyiapkan tugasan ini. Namun saya tetap berusaha membuat rujukan dan meneroka pengetahuan aplikasi interaktif ini melalui laman sesawang, media sosial seperti Youtube. Hasilnya sangat memberi ransangan dan galakan untuk saya lebih kreatif membina aplikasi interaksi yang baru dipelajari seperti Wordwall, Quizizz, Wordwall, Padlet dan sebagainya. Justeru, harapan saya segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan lebih sistematik dan terancang seterusnya memberi impak yang berkesan kepada para pelajar pada masa akan datang.


Click to View FlipBook Version