The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulakmal10380, 2021-09-12 03:37:45

KEMPEN TAK NAK ROKOK

KEMPEN TAK NAK ROKOK

UNIT DISIPLIN
SMK DATO’ BIJAYA SETIA

KEMPEN ‘ TAK NAK ROKOK’



Ucapan pengetua sempena Salam sejahtera kepada seluruh warga SMK Dato’ Bijaya Setia.
Kempen
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kerana kita warga
“Tak Nak Rokok” sekolah dapat bersama-sama menjayakan Kempen “Tak Nak Rokok” pada tahun 2021
secara maya. Terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa yang menjayakan program hari ini.

Menurut Kamus Dewan,rokok ditakrifkan tembakau yang digulung dalam kertas atau
daun nipah. Kini rokok boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Sebagaimana yang kita
sedia maklum, setiap tahun kempen anti rokok diadakan bagi memberikan kesedaran
kepada para pelajar khususnya dan warga sekolah amnya tentang bahaya merokok pada
kesihatan diri, orang sekeliling serta persekitaran kita dengan mewujudkan persekitaran
yang sihat dan selamat. Selain itu kempen ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran
masyarakat tentang amalan gaya hidup sihat dan rasa hormat perokok terhadap hak bukan
perokok untuk mendapat udara bersih.

Langkah proaktif Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap kempen anti merokok
dan membebaskan negara daripada asap rokok ini lebih tegas lagi bermula 2019 apabila
perguatkuasaan larangan merokok di tempat awam dikuatkuasakan. Maklumat tentang
bahaya merokok juga telah dinyatakan dengan jelas pada kotak rokok. Lantaran itulah
kempen ini harus dilaksanakan setiap tahun sebagai peringatan kepada perokok tegar dan
juga kepada bukan perokok khususnya pelajar-pelajar sekolah agar dapat berhenti
daripada merokok dan terus men olak rokok dengan slogan “katakan tak nak kepada
rokok”.

Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Pada masa kini cabaran terhadap tabiat merokok lebih besar apabila terhasilnya rokok
elektronik yang para pelajar tidak terkecuali daripada memilihnya. Terdapat bahan kimia
di dalam rokok seperti nikotin yang kandungannya didakwa dapat memberi ketenangan
kepada perokok. Hakikat sebenarnya terdapat lebih 4000 bahan kimia beracun atau toksid
dalam rokok yang dibebaskan ke udara dan paru-paru perokok yang boleh menyebabkan
barah. Nikotinnya pula akan memberi kesan ketagihan yang boleh memberi gangguan
mental.

Murid-murid yang dikasihi
Jika anak-anak pelajar tidak mahu terlibat dengan najis dadah, rokok perlu dielakkan. Keungkinan
perokok terlibat dengan dadah adalah tinggi. Derita penagih dadah akan ditanggung seumur hidup. Antara
tanda awal yang dikesan pada pelajar terlibat dengan dadah ialah sering ponteng sekolah, prestasi akademik
merosot dengan mendadak, mata merah, sering mengantuk di dalam kelas dan sering ke tandas. Banyak
masalah sosial lain yang akan timbul akibat terlibat dengan najis dadah. Mula-mula mereka hanya membohongi
ibu bapa dan mencuri untuk mendapatkan bekalan dadah. Jika keinginan mereka akibat ketagihan dadah tidak
tercapai, mereka mungkin bertindak lebih ganas seperti membunuh. Anak-anak pelajar telah biasa melihat kes
sebegini yang dipaparkan dalam media massa.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah merangka program ini bagi membantu pelajar mengetahui
tentang bahaya merokok serta kesan-kesan buruk yang akan dialami. Pihak sekolah akan terus berusaha untuk
membendung masalah berkaitan rokok dalam kalangan pelajar agar dapat membantu negara mengatasi najis
dadah hingga ke akar umbi. Kepada pelajar yang telah mula berjinak-jinak dengan merokok, hentikanlah tabiat
ini kerana akibatnya sangat buruk.

Dengan pesanan tersebut, saya dengan ini merasmikan Kempen “Tak Nak Rokok” peringkat sekolah
bagi tahun 2021. Sekian, terima kasih.

CHUA JOCK CHENG
PENGETUA SMK DATO’ BIJAYA SETIA

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2021

PENGETUA

PENOLONG KANAN PENOLONG KANAN PN CHUA JOCK CHENG PENOLONG KANAN PENOLONG KANAN
PETADBIRAN HEM PETANG TINGKATAN 6
PENOLONG KANAN
KO KURIKULUM EN ABDUL HAMID
BIN HASIM
EN TEO BOON KOK PN. NORSHILA BT EN KUMAR A/L PN MAZLINA BT
GK BAHASA MHD SHANOL RAMAMURTHY CHE OMAR

GK SAINS DAN GURU KANAN MATA PELAJARAN
MATEMATIK
GK TEKNIK DAN GK
VOKASIONAL KEMANUSIAAN

PN MANCHERI A/P PN SUNITA BT MAYDIN PN NOREMAH BTE
SUBRAMANIAM ABD RASHID

JAWATANKUASA DISIPLIN DAN PENGAWAS SEKOLAH

PENGERUSI : CHUA JOCK CHENG PENGETUA
PK HEM
TIMBALAN PENGERUSI : NOR SHILA BT MHD SHANOL PK PENTADBIRAN
PK KOKURIKULUM
NAIB PENGERUSI 1 : TEO BOON KOK PK PETANG
PK TINGKATAN 6
NAIB PENGERUSI 2 : KUMAR A/L RAMAMURTHY

NAIB PENGERUSI 3 : MAZLINA BT CHE OMAR

NAIB PENGERUSI 4 : ABDUL HAMID B HASIM

SETIAUSAHA : NURUL AKMAL BT ABDUL HAMID

PENOLONG SETIAUSAHA : NORAIDA FADZLIA BT OTHMAN

AJK : SEMUA KAUNSELOR

MAHENDRA RAO

CHANDRAN A/L VASUDEVAN

KALPANAH DEVY A/P KUPPUSAMY

JUNITA BT JAMALUDDIN

NOREHAN BT YAHYA

MASHITAH BT NAYAN

MARZULIANA BT MUKHTAR

RATNAMALA A/P VARATHANRAJU

BALAMURUGAM A/L LETCHUMANAN

MOHD RIDHWAN BIN HAT

HONG CHEE ON

GOH SIAK NION

CHOONG SIEW LEE

GANESAN A/L PERUMAL

CHEE MOOI ENG

KASTURI A/P MUNISAMY

ROHAIDA BT MOHD RADZI

NOORZILA BT MOHD SOPIAN

Meningkatkan pengetahuan dan informasi
mengenai bahaya merokok kepada para
pelajar.

Menanam kesedaran mengenai amalan gaya
hidup sihat di kalangan pelajar walau di
mana mereka berada.

Memastikan para pelajar dapat belajar dalam
keadaan sihat dan ceria ketika dalam
kawasan sekolah atau luar kawasan sekolah.

Membimbing para pelajar ke arah cintakan
kehidupan yang bebas dari tabiat merokok.



1. Sekolah merupakan kawasan larangan merokok. Semua
guru, ibu bapa, pekerja, murid dan mana-mana individu
yang berada dan berusan dengan sekolah tidak
dibenarkan merokok di kawasan sekolah. (Pek. Iktisas
Bil. 4/97)(Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau,
1993)

2. Larangan merokok meliputi semua premis sekolah,
sama ada kawasan terbuka, mahupun bilik-bilik atau
tempat-tempat yang terselindung. (Pek. Iktisas Bil 1/83)

3. Murid-murid tidak dibenarkan membawa, membeli atau
mengedar rokok.

4. Murid-murid ditegah sama sekali merokok di Kawasan
sekolah atau berdekatan dengan pintu/ pagar sekolah.

5. Murid-murid yang ditangkap 5 kali merokok akan
dibuang sekolah. (Pek. Iktisas Bil 4/97)

JENIS KESALAHAN DAN TINDAKAN YANG
BOLEH DIKENAKAN

KESALAHAN / PEKELILING RUJUKAN TINDAKAN SEKOLAH
PERLAKUAN
PEK.IKTISAS BIL. 1. HUKUMAN ROTAN
MEROKOK 6A/75, 4/1997 2. NASIHAT/

KAUNSELING
3. DIGANTUNG

SEKOLAH
4. PANGGIL IBU BAPA
5. BUANG SEKOLAH

SELEPAS 5 KALI
DITANGKAP



















IKRAR

SELAMAT DIRI
ANDA
SEBELUM
TERLEWAT

UNIT DISIPLIN
SMK DATO’ BIJAYA SETIA


Click to View FlipBook Version