BUKU PANDUAN PELAJAR
1.3.5 Peminjaman dan Pemulangan Bahan Bukan Buku
a. Semua pensyarah layak meminjam bahan bukan buku dari Pusat Sumber.
b. Pinjaman perlu dibuat mengikut jadual yang disediakan.
c. Pemulangan mengikut tarikh/masa yang ditetapkan.
d. Denda dikenakan kepada sesiapa yang lewat memulangkan bahan.
e. Kerosakan dan kehilangan bahan perlu dilaporkan kepada Ketua Unit Pusat Sumber
f. Peminjam bertanggungjawab atas keselamatan bahan yang dipinjam.
g. Peminjam yang merosakkan atau menghilangkan bahan akan dikenakan denda atau bayar
ganti rugi.
h. Merekodkan pinjaman dan pemulangan bahan.
1.3.6 Peminjaman dan Pemulangan Peralatan
a. Rujuk senarai peralatan yang boleh dipinjam kepada Guru Perpustakaan dan Media
Sekolah atau Ketua Unit Pusat Sumber..
b. Peminjaman dan pemulangan perlu dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan.
c. Peminjam bertanggungjawab ke atas peralatan yang dipinjamnya.
d. Peminjam yang telah merosakkan atau menghilangkan peralatan perlu membayar ganti
rugi.
e. Merekodkan peminjaman dan pemulangan alat.
50 DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
BUKU PANDUAN PELAJAR
PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN
KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN, JOHOR BAHRU
1. Kebersihan Dan Kesihatan Diri
1.1 Setiap pelajar hendaklah menjaga kebersihan diri masing-masing.
1.2 Rambut pelajar lelaki hendaklah sentiasa pendek iaitu bahagian belakang dinipiskan,
tidak mencecahi dahi, telinga dan tengkuk. Rambut hendaklah sentiasa diminyak dan
disikat kemas.
1.3 Pelajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan misai, jambang dan janggut.
1.4 Rambut pelajar perempuan hendaklah sentiasa kemas. Reben putih, biru atau hitam
boleh digunakan untuk mengikat rambut. Pelajar Islam dikehendaki memakai baju
berlengan panjang serta tudung dan anak tudung sewaktu keluar dari dorm . Pelajar
dilarang mewarnakan rambut.
1.5 Pakaian hendaklah sentiasa bersih.
1.6 Kuku mestilah pendek, bersih, dan tidak boleh diwarnakan.
1.7 Pelajar-pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai alat-alat solek dan barang-
barang perhiasan diri seperti emas.
2. Kebersihan Dorm
2.1 Kebersihan dorm adalah tanggungjawab bersama.
2.2 Kain cadar mestilah sentiasa bersih. Hanya kain cadar yang dibekalkan oleh pihak
kolej boleh digunakan.
2.3 Kain cadar mestilah ditegangkan sebelum keluar dari dorm.
2.4 Segala pakaian dilarang digantungkan pada palang-palang katil atau tingkap.
2.5 Tuala mestilah disidai di ampaian.
2.6 Penghuni dilarang memakai kasut atau selipar di dalam dorm.
2.7 Kasut dan selipar hendaklah disusun pada tempatnya dengan kemas.
2.8 Loker pelajar hendaklah sentiasa rapi dan kemas.
2.9 Pelajar digalakkan menceriakan dorm dengan bahan-bahan yang sesuai.
3. Pemeriksaan Dorm
3.1 Pemeriksaan dorm dilakukan pada pukul 8.00 pagi setiap hari Sabtu.
3.2 Semua pelajar dikehendaki berada di luar dorm masing-masing dengan berpakaian
lengkap asrama semasa pemeriksaan dijalankan.
3.3 Pemeriksaan akan dilakukan oleh AJK asrama dengan penyeliaan warden blok.
51 DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
BUKU PANDUAN PELAJAR
3.4 Sekiranya tiada warden, AJK asrama haruslah diiringi oleh 2 orang ahli dorm tersebut
sebagai saksi.
3.5 Pemeriksaan kebersihan dorm secara berkala juga akan diadakan setiap minggu pada
hari persekolahan.
4. Penggunaan Lampu
4.1 Lampu dorm akan dipadamkan tepat pada pukul 11.00 malam.
4.2 Penghuni hendaklah bertanggungjawab ke atas penggunaan lampu dorm.
4.3 Penghuni dilarang mengambil atau menyimpan ‘starter’ lampu dorm.
4.4 Sekiranya berlaku kerosakan, penghuni mestilah memberitahu Ketua Dorm.
4.5 Lampu dan kipas hendaklah dipadamkan jika tidak digunakan atau tidak berpenghuni
di dorm atau kelas atau bilik belajar.
5. Tidur
5.1 Waktu tidur ialah pada pukul 11.00 malam.
5.2 Pada waktu tidur, penghuni dilarang membuat bising atau seumpamanya.
5.3 Penghuni dilarang tidur di dalam dorm lain.
5.4 Penghuni haruslah tidur dengan berpakaian sopan dan bersesuaian dengan suasana
asrama
5.5 Pada waktu belajar petang dan malam, pelajar dilarang tidur di dalam dorm.
6. Waktu-waktu Dorm dikunci
6.1 Pada pukul 7.30 pagi hingga habis waktu persekolahan (hari persekolahan).
6.2 Pada pukul 7.00 malam hingga 10.30 malam iaitu (waktu belajar-hari Ahad hingga
Sabtu).
6.3 Pada pukul 11.00 malam (waktu tidur). Palang pintu / kunci hendaklah dipasang dari
sebelah dalam.
6.4 Pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi hari Jumaat (waktu gotongt-royong)
7. Kehilangan atau Kerosakan
7.1 Sebarang kehilangan atau kerosakan barang-barang di dalam dorm seperti kunci
dorm, cermin muka harus diganti oleh ahli dorm.
8. Penggunaan Bilik Air dan Tandas
8.1 Semua pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan bilik air dan tandas.
8.2 Tandas dan bilik air hendaklah digunakan dengan cermat.
8.3 Pelajar dilarang membuang sampah atau apa jua bahan yang bukan sepatutnya ke
dalam lubang tandas.
52 DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
BUKU PANDUAN PELAJAR
8.4 Air hendaklah digunakan dengan cermat. Sebarang kebocoran mestilah dilaporkan
kepada warden atau penyelia asrama dengan segera.
8.5 Paip air atau sumber air hendaklah ditutup setelah digunakan atau tidak digunakan.
8.6 Pelajar tidak boleh menyimpan atau meninggalakan apa-apa barang di dalam tandas
dan bilik air.
9. Pelawat
9.1 Pelawat yang ingin berjumpa dengan pelajar hendaklah berjumpa dengan warden
terlebih dahulu. Sebelum masuk, pelawat dimestikan menunjukkan kad pelawat.
Wakil penjaga dikehendaki membawa kad pelawat.
9.2 Ibu bapa/penjaga hanya dibenarkan berjumpa pada hari Jumaat dan Sabtu atau pada
hari kelepasan am mengikut masa yang telah ditetapkan.
9.3 Perjumpaan hendaklah diadakan di sekitar kawasan asrama. Ibu bapa/penjaga
dilarang masuk ke dalam dorm.
9.4 Pihak asrama mempunyai hak untuk melarang mana-mana pelawat daripada
berjumpa pelajar selain daripada waktu melawat. Jika terdapat kiriman, bungkusan,
kiriman itu perlu diletakkan di pondok pengawal keselamatan atau dihantar ke pejabat
asrama (pada waktu pejabat). Tuliskan nama dan dorm penerima dengan jelas.
9.5 Semua surat dan barang kiriman daripada luar akan diperiksa terlebih dahulu oleh
warden sebelum diserahkan kepada pelajar.
9.6 Untuk sebarang kes kecemasan, ibu bapa yang datang di luar waktu lawatan haruslah
melaporkan diri di pejabat asrama dan meminta kebenaran warden terlebih dahulu.
10. Kebersihan Asrama Dan Penggunaan Alat serta Kemudahan
10.1 Pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan dorm, bilik sakit, bilik rehat, bilik
belajar, surau, dewan makan dan persekitaran asrama.
10.2 Sampah hendaklah dibuang di dalam tong sampah yang disediakan.
10.3 Dilarang berludah atau berkahak di kaki-kaki lima asrama dan di tangga asrama.
10.4 Katil hendaklah sentiasa kemas dan tersusun. Besi penghadang katil hendaklah
sentiasa dipasang.
10.5 Cadar dan sarung bantal hendaklah sentiasa dipasang dan berkeadaan bersih dan
kemas.
10.6 Segala barang milik persendirian hendaklah sentiasa disimpan dan disusun kemas.
10.7 Kasut mesti disusun di rak kasut di luar dorm masing-masing.
10.8 Semua pakaian lembap tidak dibenarkan disimpan di dalam dorm.
10.9 Pelajar tidak dibenarkan berpindah atau bertukar bilik kecuali dengan kebenaran
warden.
53 DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
BUKU PANDUAN PELAJAR
10.10 Pelajar dilarang berkongsi katil dan mengubah kedudukan perabot di dalam dorm.
Tidak dibenarkan memilih perabot-perabot di dalam dorm atau di mana-mana bilik
sekalipun.
10.11 Almari/loker hendaklah dikunci sepanjang masa.
10.12 Tidak dibenarkan menyidai pakaian di koridor, cermin tingkap, katil atau almari.
Gunakan penyidai pakaian yang disediakan di belakang / sisi asrama.
10.13 Tidak dibenarkan merendam kasut dan pakaian di dalam sinki.
10.14 Bilik membasuh / dobi tidak boleh digunakan selepas pukul 11.00 malam
10.15 Lampu hendaklah ditutup pada pukul 11.00 malam kecuali lampu bilik air dan koridor.
10.16 Surau dikhaskan untuk beribadat, tidak dibenarkan tidur, belajar atau makan. Pelajar
dikehendaki bersembahyang berjemaah di surau pada setiap waktu.
10.17 Radio/walkman atau apa-apa alat bunyi yang menggunakan kuasa bateri hanya
dibenarkan dimainkan pada waktu rehat sahaja. Bunyinya hanyalah untuk diri sendiri
sahaja atau dengan menggunakan ‘ earphone ‘.
10.18 Dilarang menyambung peralatan elektrik ke mana-mana punca lampu atau soket tiga
pin.
10.19 Pelajar dilarang sama sekali membetulkan lampu atau kipas atau apa-apa sambungan
elektrik. Segala kerosakan kemudahan elektrik hendaklah dilaporkan kepada warden
atau penyelia asrama.
10.20 Pelajar dilarang mengusik atau mengalih mana-mana pemadam api.
10.21 Pelajar dinasihat menggunakan segala kemudahan asrama dengan cermat dan
bersama-sama menjaganya agar berada di dalam keadaan baik.
10.22 Pihak asrama/kolej tidak akan bertanggungjawab ke atas kemalangan yang berlaku ke
atas pelajar akibat dari kecuaian sendiri atau pelanggaran mana-mana peraturan
asrama/kolej.
10.23 Pelajar dilarang membawa atau menyimpan apa jua bahan api.
10.24 Pelajar dilarang membawa atau menyimpan atau menggunakan telefon bimbit di
dalam kawasan asrama atau kolej.
54 DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
BUKU PANDUAN PELAJAR
11. Sakit dan Penyakit Berjangkit
11.1 Pelajar-pelajar yang sakit atau cedera hendaklah segera memberitahu ketua dorm,
warden bertugas atau warden blok atau penyelia asrama.
11.2 Pelajar yang dihinggapi penyakit berjangkit dibenarkan pulang ke rumah.
11.3 Untuk berehat di bilik sakit, pelajar harus mendapat kebenaran daripada warden blok,
warden bertugas atau penyelia asrama.
11.4 Penghantaran ke klinik atau hospital akan diuruskan sama ada oleh warden blok,
warden bertugas atau penyelia asrama.
12. Kecemasan
12.1 Tanda kecemasan adalah apabila loceng dibunyikan berpanjangan.
12.2 Pelajar hendaklah mematuhi arahan kecemasan dari semasa ke semasa.
13. Melaporkan Perbuatan Yang Melanggar Peraturan Kolej
13.1 Adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar melaporkan apa-apa perbuatan yang
dilakukan oleh mana-mana pelajar atau kumpulan pelajar yang didapati bertentangan
dengan peraturan asrama atau kolej.
14. Keselamatan Harta Benda Peribadi
14.1 Setiap pelajar bertanggungjawab ke atas keselamatan harta benda sendiri.
14.2 Pihak asrama tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda peribadi
pelajar.
14.3 Wang yang telah dibekalkan oleh ibu bapa / penjaga untuk bayaran asrama atau kolej
hendaklah dibayar dengan segera.
14.4 Pelajar dikehendaki menyimpan wang sekiranya berlebihan dan dokumen –dokumen
penting dengan warden blok masing-masing.
15. Menyampaikan Berita Kecemasan
15.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menyampaikan berita kecemasan sendiri atau melalui
rakan-rakan kepada ibu bapa/penjaga/keluarga.
15.2 Berita kecemasan akan disampaikan oleh ketua warden, warden bertugas, warden
blok atau penyelia asrama.
16. Hukuman
16.1 Apabila pelajar melanggar mana-mana peraturan asrama tindakan / hukuman berikut
boleh dikenakan :
16.1.1 Amaran
16.1.2 Membuat akujanji di hadapan ibu bapa/penjaga dan warden.
16.1.2 Khidmat sosial
55 DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
BUKU PANDUAN PELAJAR
16.1.3 Rotan
16.1.4 Gantung asrama
16.1.5 Buang asrama atau
16.1.6 Lain-lain hukuman yang difikirkan munasabah oleh Pengarah
16.2 Pelajar yang didapati melanggar peraturan asrama juga akan dikenakan demerit
berdasarkan Sistem Poin. Nama pelajar yang melakukan kesalahan berat akan
diumumkan sewaktu perhimpunan ‘roll call’ oleh warden bertugas.
16.3 Pelajar yang didapati kerap melakukan kesalahan, perihalnya akan dilaporkan kepada
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jika
perlu kes akan dirujuk kepada pihak berwajib untuk tindakan.
16.4 Pelajar yang kerap melakukan kesalahan juga akan dirujuk kepada kaunselor.
** Sila rujuk Buku Peraturan Kolej dan Kolej Kediaman untuk peraturan yang lebih terperinci
56 DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN