Institut Pendidikan Guru Kampus
Bahasa Melayu 59990 Lembah
Pantai, Kuala Lumpur.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)
Disediakan oleh:
Nama: MUHAMMAD IRFAN KALIM BIN MOHD KAMEL
No. Kad Pengenalan: 011121140717
Angka Giliran: 2020192340132
Kumpulan/ Unit F7
Nama Pensyarah: PUAN SHARIZAN HAMID
Tajuk Tugasan : PENULISAN AKADEMIK
Tarikh Penyerahan: 12 MEI 2022
Tarikh Menerima
Maklum Balas
Daripada Pensyarah
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN...............................................................................................1
2.0 BILIK DARJAH MESRA BUDAYA..................................................................1
3.0 LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA 1
3.1 ASPEK FIZIKAL.....................................................................................1
3.2 ASPEK EMOSI ......................................................................................2
3.3 ASPEK SOSIAL .....................................................................................2
3.4 ASPEK SOSIOLINGUISTIK...................................................................3
4.0 KESIMPULAN ................................................................................................3
RUJUKAN ............................................................................................................4
1
1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan penduduk yang berbilang
kaum, bangsa, dan agama. Oleh itu, penyatuan bangsa merupakan perkara penting
untuk membentuk perkongsian persefahaman antara kaum di negara kita. Penyatuan
ini hendaklah bermula sejak dari bangku sekolah lagi. Oleh hal yang demikian, guru
memainkan peranan utama dalam memastikan pengurusan bilik darjah mesra
budaya. Terdapat beberapa langkah yang terdiri daripada aspek fizikal, emosi, sosial,
dan sosialinguistik yang boleh digunakan oleh guru dalam menghasilkan pengajaran
dan pembelajaran yang kondusif untuk murid-murid yang terdiri daripada pelbagai
latar budaya.
2.0 BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Persekitaran bilik darjah yang baik bukan terletak semata-mata pada unsur-unsur
fizikal sahaja, sebaliknya bilik darjah yang baik adalah bilik darjah yang melibatkan
unsur-unsur emosi dan hubungan kemanusiaan . Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi
Salleh.,, (2009) Kemesraan yang wujud dan terjalin apabila manusia berhubungan
dan dalam hubungan tersebut nilai-nilai murni menjadi pegangan dan amalan. Nilai-
nilai ini akan menjadi pegangan dan amalan dan akan membina perfefahaman,
toleransi, dan hormat-menghormati sesama manusia. Dalam konteks bilik darjah,
keselesaan dan kegembiraan ini diwujudkan oleh guru dan murid melalui perlakuan
yang positif sewatu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
3.0LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Guru merupakan agen utama dalam mewujudkan bilik darjah mesra budaya kepada
murid-murid. Oleh yang hal demikian, terdapat beberapa langkah yang boleh
digunakan oleh guru dalam mewujudkan bilik darjah mesra budaya. Cakupannya
merangkumi aspek fizikal, emosi, sosial, dan sosiolinguistik.
3.1 ASPEK FIZIKAL
Pengurusan persekitaran fizikal dapat menpengaruhi murid dan suasana pengajaran
dan pembelajaran mereka. Menurut Noriati A. Rashid et al, (2017), pengurusan fizikal
akan melihat sejauh mana seorang guru itu bersikap prihatin dan professional
terhadap tugasnya sebagai pengurus bilik darjah. Pengurusan fizikal yang positif dan
bermakna kepada murid, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian
2
sebagai seorang guru. Antaranya, pelan lantai, kebersihan pengcahayaan dan
pengudaraan, susunan kerusi dan meja, susunan perabot dan peralatan, hiasan bilik
darjah, sudut dan ruang bacaan, serta sudut multimedia. Contohnya, bagi susunan
kerusi dan meja murid, murid-murid yang berbeza budaya seperti murid melayu, cina,
dan india diletakkan dalam kumpulan meja sekali atau secara berpasangan. Oleh itu,
murid-murid ini dapat mengenali dan berinteraksi antara satu sama lain dan tidak
hanya duduk dalam kelompok mereka sahaja. Selain daripada itu, susunan kerusi dan
meja mestilah sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan. Tegasnya, persekitaran fizikal bilik darjah dapat mewujudkan suasana
positif dan menggalakkan perkongsian budaya.
3.2 ASPEK EMOSI
Emosi merupakan satu perasaan dan juga gerak hati yang dialami oleh seseorang
individu yang akan terpapar melalui tindak balas fisiologi sekiranya berlaku
rangsangan terhadap emosi dalam sesuatu keadaan. Dalam menghasilkan bilik
darjah mesra budaya, guru perlu mengambil berat terhadap emosi murid-muridnya.
Guru perlu menjaga hati murid-murid mereka supaya mereka tidak terasa hati dan
seterusnya hilang motivasi untuk meneruskan pembelajaran Haliza Hamzah & Joy
Nesamalar Samuel (2016). Lazimnya, guru memberikan layanan yang adil kepada
semua murid. Guru perlu memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tanpa mengira kaum,
etnik, status, dan agama. Tambahan pula, setiap penglibatan murid semasa aktiviti di
dalam bilik darjah perlu diberi pujian atau ganjaran oleh guru. Perbuatan ini akan
menjentik emosi murid-murid untuk berasa gembira dan bersemangat untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran. Jelasnya, aspek emosi murid-murid perlu diambil
perhatian oleh guru dalam mewujudkan bilik darjah mesra budaya.
3.3 ASPEK SOSIAL
Aspek sosial melibatkan komunikasi atau pergaulan antara manusia dalam kehidupan
seharian. Interaksi ini bertujuan untuk mencapai kejayaan yang sama terutamanya
dalam bilik darjah. Bilik darjah mesra budaya memerlukan guru untuk memainkan
peranan dalam mewujudkan komunikasi positif dalam bilik darjah (Nuur Syafiqah
Abirerah & Najah Nadiah Amran. 2020). Contohnya, interaksi sosial dapat dibina
melalui aktiviti bilik darjah. Kaedah pembelajaran koperatif dipilih untuk membolehkan
3
setiap murid bekerjasama dalam kumpulan dalam melaksanakan tugasan yang
diberikan. Lebih baik jika setiap kumpulan itu dibentuk dengan murid-murid yang
berbeza latar belakang, budaya, dan kecermelangan akademik. Tambahan pula,
aktiviti berkumpulan membolehkan murid-murid belajar di antara satu sama lain.
Selain itu, dalam aspek ini juga, guru perlu memaparkan sikap yang baik seperti
kemas, bertanggungjawab, kasih sayang dan sebagainya. Hal ini demikian kerana,
setiap perlakuan guru akan diperhatikan oleh murid-murid. Tegasnya, aspek sosial
mementingkan interaksi yang baik antara murid dan murid serta guru dan murid agar
perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah mesra budaya.
3.4 ASPEK SOSIOLINGUISTIK
Bahasa merupakan satu anugerah tuhan kepada manusia kerana dengan bahasa
manusia dapat menyampaikan hasrat, meluahkan rasa, dan mengumakakan
pendapat. Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa
Melayu merupakan bahasa rasmi yang dituturkan oleh rakyat Malaysia. Walau
bagaimanapun, kepelbagaian kaum dan etnik yang mempunyai bahasa mereka
sendiri dibenarkan untuk bertutur dalam bahasa masing-masing tanpa sekatan
(Zakaria Stapa et al., 2012). Guru memainkan peranan penting dalam mewujudkan
bilik darjah mesra budaya melalui aspek sosiolinguistik. Guru boleh melaksanakan
aktiviti bahasa atau sastera dengan menyelitkan unsur-unsur warisan budaya etknik-
etnik lain dengan menggunakannya sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran.
Tamsilannya, menggunakan cerita rakyat etnik iban dalam pengajaran bahasa
Melayu. Melalui penyerapan budaya ini, murid-murid tidak akan berasa tersisih dan
seronok untuk belajar mengenai kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia.
Tegasnya, aspek sosiolinguistik mampu melahirkan murid-murid yang berjati diri dan
mewujudkan bilik darjah mesra budaya.
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kepelbagaian budaya di Malaysia memerlukan guru menggalas
tanggunjawab penting dalam menghasilkan bilik darjah mesra budaya. Terdapat
pelbagai langkah yang boleh diambil oleh guru meliputi aspek fizikal, emosi, sosial
serta sosiolinguistik. Oleh yang demikian, terpulanglah kepada guru untuk memilih
langkah terbaik dalam menghasilkan bilik darjah yang positif serta sesi pengajaran
dan pembelajaran yang menarik dan berkesan.
4
RUJUKAN
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan bilik darjah dan tingkah
laku. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh. (2009). Pengurusan bilik darjah.
Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis. 161-188.
http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-
_2009.pdf.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A.
Majid. (2017). Budaya dan pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Nuur Syafiqah Abirerah & Najah Nadiah Amran. (2020). Kestabilan emosi dan cabaran
kehidupan golongan armalah. Jurnal al-Turath, 5(1), 11-20.
http://journalarticle.ukm.my/15204/1/106-217-1-SM.pdf.
Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf. (2012). Faktor
persekitaran sosial dan hubungannya dengan pembentukan jati diri. Jurnal
Hadhari Special Edition, 155-172.
http://journalarticle.ukm.my/6104/1/JD005862_155-172.pdf.