The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-11691551, 2022-01-26 07:25:30

Geografi kajian sisa domestik

Geografi kajian sisa domestik

Kajian Sisa Dosmetik Di Jalan Layang 4 Taman Perling, Johor
Bahru

Nama: Humaira Binti Zaed Ghazali
Kelas: 1 Abqari
Nama guru: Cikgu Hanifah

Senarai Kandungan

o Penghargaan
o Pendahuluan
o Objektif Kajian
o Kawasan Kajian
o Kaedah Kajian
o Hasil Kajian
o Rumusan
o Rujukan

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi iaitu
Puan Hanifah kerana telah membimbing saya menyiapkan kerja lapangan ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa saya, iaitu Encik Zaed Ghazali dan
Puan Siti Hajar kerana memberi sokongan dan semangat kepada saya.Tidak lupa
juga kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu proses menyiapkan kerja
lapangan ini.

Pendahuluan

Saya telah berusaha untuk menjalankan kerja lapangan berkaitan dengan kesan
pembuangan sisi domestik di sekitar Jalan Layang 4 Taman Perling, Johor Bahru.
Selain itu, saya juga memberi cadangan pengurusan sisa domestik secara terancang
di Jalan Layang 4 Taman Perling, Johor Bahru. Saya memilih Jalan Layang 4 Taman

Perling, Johor Bahru sebagai kawasan kajian kerana kawasan itu adalah tempat
tinggal saya.

Objektif Kajian

o Menghuraikan sisa domestik
o Menjejaskan jenis-jenis sisa domestik
o Mengkaji dan menghuraikan kesan pembuangan sisa domestik di Jalan

Layang 4 Taman Perling , Johor Bahru
o Mencadangkan dan menhuraikan pengurusan sisa domestik secara terancang

di Jalan Layang 4 Taman Perling , Johor Bahru

Kawasan Kajian

Kawasan kajian saya ialah Jalan Layang 4 Taman Perling, Johor Bahru. Saya
memilih kawasan kajian ini kerana ia adalah tempat tinggal saya

Peta Lakar Kawasan Kajian

Kaedah Kajian

o Kaedah Soal Selidik

Saya menjalankan soal selidik terhadap 25 orang respoden di Jalan Layang 4
Taman Perling bagi mengenal pasti peratusan penduduk yang melakukan
pengasingan sisa domestik , jenis sisa domestik , kesan pembuangan sisa
domestik serta cadangan pengurusan sisa domestik secara terancang di sekitar
kawasan perumahan.

o Kaedah Pemerhatian

Saya telah memerhati kawasan kajian saya bagi membuat pemerhatian kesan
pembuangan sisa domestik di Jalan Layang 4 Taman Perling, Johor Bahru.

o Kaedah temu bual

o Saya telah menemu bual penduduk di kawasan kajian saya untuk
mendapatkan maklumat tentang kesan pembuangan sisa domestik.

o Rujukan Internet dan Buku Rujukan Geografi

Saya telah melayari internet dan merujuk buku-buku untuk mencari
maklumat tentang konsep sisa domestik, kesan pembuangan sisa domestik
dan cadangan pengurusan sisa domestik secara terancang.

o Jadual

o Graf

o Tasiran Graf

Graf ini menunjukkan hasil kaji selidik yang dilakukan oleh 25 orang
penduduk di Jalan Layang 4 Taman perling , Johor Bahru sama ada mereka
melakukan pengasingan sisa domestik atau tidak . Sebanyak 69 peratus
daripada kalangan respondem mengatakan mereka tidak mengasingkan sisa
domestik dari rumah mereka, manakala 31 peratus lagi melakukan
pengasingan sisa domestik

Kesan Pembuangan Sisa Domestik

o Pencemaran bau

Melalui data soal selidik, didapati 5 orang respoden menghadapi masalah bau
busuk di persekitaran Jalan Layang 4 Taman Perling, Johor Bahru.
Longokkan sampah sarap yang lama terbiar dan tidak dikutip mengeluarkan
bau busuk dan membuatkan kawasan persekitaran Jalan Layang 4 Taman
Perling Kotor dan tercemar. Keadaan ini menimbulkan ketidak selesaan
kepada penduduk. Misalnya responden yang bernama Puan Latipah terpaksa
penduduk menghidu bau busuk dari kawasan pembuangan sampah itu
terutamanya selepas hujan

o Punca Penyakit

Melalui data selidik, didapati 8 orang mengatakan pembuangan sisa domestik
bole menyebabkan penyakit di Jalan Layang 4 Taman Perling, Johor Bahru.
Sisa makanan yang dibuang boleh mengundang haiwan perosak seperti tikus,
lipas, lalat, nyamuk dan ulat. Keadaan ini boleh merebakkan penyakit dan
virus yang berbahaya.

o Saliran Tersumbat

Melalui data soal selidik, didapati 6 orang responden menyatakan bahawa
longkang dan parit berdekatan rumah mereks tersumbat akibat pembuangan
sampah sarap. Keadaan ini dikhuatiri akan menyebabkan banjir di Jalan
Layang 4 Taman Perling apabila hujan. Misalnya, rumah Encik Said dimasuki
air selepas hujan lebat selama sehari

Cadangan pengurusan sisa domestik secara terancang

o Amalan 3R

Melalui data soal selidik, 12 orang responden mencadangkan agar
penduduk Jalan Layang 4 Taman Perling mengamalkan 3R (Recycle,
Reuse, Reduce) . Amalan ini dapat mengurangkan jumlah sampah yang
dibuang serta dapat menjimatkan wang penduduk. Contohnya,
penduduk Jalan Layang 4 Taman Perling mengadakan pertandingan
pengubahsuaian barang-barang terpakai pada hari keluarga tahunan.

o Pendidikan

Melalui data soal selidik, 5 orang respoden mencadangkan agar
program pendidikan tentang penjagaan alam sekitar diterapkan kepasa
murid sekolah. Melalui program ini, murid-murid dididik supaya
mengurangkan sampah drai rumah merekan dan memupuk sikap
pembersih dalam diri murid-murid. Contohnya, murid di sekolah Sultan
Ismail melakukan pengasingan sisa pepejal dan mengamalkan kitar
semula.

o Kaedah penstoran dam kutipan yang pelbagai

Melalui data soal selidik, 10 orang mencadangkan agar pihak berkuasa
tempatan (PBT) menjalankan beberapa kepada jenis kediaman
penduduk sama ada rumah teres, rumah bertingkat atau kondominium.
Tiga kaedah kutipan seperti kutipan berbendul jalan, kutipan berpusat
dan kutipan dari premis ke premis hendaklah dilakukan dengan kerap.
Misalnya, bagi rumah bertingkat, tong communal digunakan sebagai
tempat penstoran berpusat dan kutipan berpusat dilakukan setiap hari
untuk pengumpulan sisa di Jalan Layang 4 Taman Perling, Johor Bahru.

Rumusan

Iktibar kepada;
-Diri: Kita haruslah menanam sikap saying akan alam sekitar dengan
tidak membuang sisa-sisa domestik merata-rata yang boleh
mendatangkan keburukan
-Bangsa/Masyarakat: kita boleh mengadakan aktiviti gotong royong
Sekurang-kurangnya setiap minggu untuk mengekalkan kebersihan
kawasan tersebut
-Negara : Kita mestilah mendidik bangsa dan Negara supaya penjaga
kebersihan negara dan mengurangkan pembuangan sisa domestik dari
kawasan perumahan contohnya mengitar semua botol plastic ,
menggantikan lampin pakai buang dengan kain yang boleh dibasuh
yang sesuai untuk kulit bayi dan sebagainya .

Rujukan
o Bahan bercetak
o Orang responden
o Laman sesawang / internet

o Pemerhatian


Click to View FlipBook Version