Iii[Type here] [Type hIere] [Type here]
I
FALSAFAH PENDIDIKAN NO MATRIK
(BBD 10102) AB 210065
AB 210025
SEKSYEN 1 DB 200107
AB 210064
DR. NOR SOFURAH BINTI MOHD FAIZ AB 210035
AB 210016
“ DOREMI “ AB 210045
AB 210014
NAMA AHLI KUMPULAN 2 : AB210012
AB 210060
NO NAMA AB210069
1 MUHAMMAD FARIS AIMAN BIN KHAIRUL ANUAR
2 AHMAD DHARABI BIN MOHD AMIR NAJIB
3 MUHAMMAD HISYAMUDDIN BIN IBRAHIM
4 BALQIS BINTI BADRI
5 NUR ALYA SYAFIQAH BINTI ROYMI
6 NURUL MUNIRAH BINTI NAZARUDDIN
7 PUTERI ZAFIERAH BINTI MOHD NASIR
8 SABARIAH BINTI MOHD SAID
9 NURIN FARR’AIN BINTI MOHD ROZI
10 SITI NOOR KHALIZAH BINTI MOHAMAD SIDEK
11 SITI NORNABILA BINTI SAAT
Iii[Type here] [TypeIIhere] [Type here]
DO RE MI
Iii[Type here] [Type here] [Type here]
III
KANDUNGAN
MUKA HADAPAN I
NAMA AHLI KUMPULAN II
TAJUK DRAMA III
KANDUNGAN IV
BARISAN AHLI KUMPULAN V-VI
BIODATA VII-VIII
PENGENALAN IX
BAB 1 – PENGUTIP HUTANG 1-6
BAB 2 – KISAH HIDUP DO MATI SEMULA 7-10
BAB 3 – RE YANG LURUS 11-15
BAB 4 – MI YANG MALAS BEKERJA 16-18
BAB 5 – PERTEMUAN DO RE MI 19-27
NILAI MORAL 28
PENUTUP 29
IV
BARISAN AHLI KUMPULAN
V
VI
BIODATA TAN SRI P.RAMLEE
Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh dilahirkan pada 22 Mac 1929 di 40A,
Counter Hall Road, George Town, Pulau Pinang. Beliau lebih dikenali sebagai P.
Ramlee yang merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis
lagu Malaysia. Dianugerahkan "Seniman Agung Negara" kerana jasanya yang amat
besar dalam industri filem dan muzik dan hasil karya sasteranya, yang mana kerjaya
lakonannya bermula di Singapura pada 1948 semasa di puncak kerjayanya, sehingga
berhijrah ke Malaysia pada 1964 sehingga kematiannya, beliau dikenang sebagai ikon
terkemuka dalam industri hiburan Malaysia. Kemasyhuran beliau juga berkembang
sehingga ke rantau Asia Tenggara, termasuk Brunei, Indonesia serta Hong Kong dan
Jepun. Sepanjang hayatnya, beliau telah berlakon dalam 66 filem, 35 daripadanya ialah
arahannya, mengarang 250 lagu dan menyanyikan hampir 30 daripadanya.
Antara filem-filem terkenal P. Ramlee sebagai pelakon ialah Chinta (1948),
Abu Hassan Penchuri (1955), Anak-ku Sazali (1956), Antara Dua Darjat (1960) dan
Masam-Masam Manis (1965). Sebagai pengarah, antara filem-filem arahan beliau ialah
Penarek Becha (1955), Panca Delima (1957), siri filem Bujang Lapok (1957–1961),
Tiga Abdul (1964) dan Jangan Tinggal Daku (1971). Laksamana Do Re Mi (1972)
menandakan penampilan layar lebar terakhirnya dalam hayatnya. Kemudian dalam
kerjayanya, Ramlee berlakon dalam drama Intan (1970) dan Rantau Selamat
Sebagai penyanyi, antara lagu-lagunya yang terkenal ialah "Azizah", "Getaran
Jiwa", "Aci Aci Buka Pintu", "Di Mana Kan Ku Cari Ganti", "Jeritan Batinku" dan "Air
VII
Mata di Kuala Lumpur" yang merupakan lagu terakhir yang dirakamkannya sebelum
kematiannya.
P. Ramlee telah berkahwin sebanyak 3 kali dan dikurniakan 10 anak, yang mana
2 daripadanya ialah anak kandungnya. Beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1973 yang
ketika itu berumur 44 tahun di Hospital Kuala Lumpur, Setapak Kuala Lumpur,
Malaysia akibat serangan jantung. Beliau menerima pelbagai anugerah dan
penghargaan sepanjang kerjayanya, memperoleh beberapa kemenangan dari pelbagai
badan pemberi anugerah. Antaranya ialah pengiktirafan antarabangsa seperti Pelakon
Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik Ke-4 Tokyo.
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan
Francis Light English School. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran di Penang
Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika beliau masih bersekolah
di Penang Free School, beliau dikenali sebagai pelajar yang kemas dari segi tulisan dan
mempunyai bahasa yang menarik. Pada waktu tengah hari, beliau mempelajari
pendidikan Islam dan pada sebelah malamnya, beliau aktif bersukan. Guru beliau,
Encik Hashim adalah bapa kepada Ahmad Daud. Ketika zaman pendudukan tentera
Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Japanese Navy School (Kaigun Gakko)
sebelum kembali ke Penang Free School apabila perang tamat. Semasa perang, Ramlee
mempelajari asas muzik dan menyanyikan lagu Jepun. Sebaik sahaja perang tamat,
beliau mengambil pelajaran muzik yang membolehkannya membaca notasi muzik.
VIII
PENGENALAN
Do Re Mi merupakan sebuah filem komedi Melayu yang diterbitkan oleh Studio Filem Merdeka di
Malaysia pada tahun 1966. Filem ini ditayangkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Do Re Mi mengisahkan tentang tiga orang sahabat iaitu Masdur atau Do (Tan Sri P. Ramlee), Amore atau
Re (A. R. Tompel) dan Minami atau Mi (Ibrahim Din) yang menghadapi pergelutan dalam mencari
pekerjaan dan juga rumah tangga. Do, seorang yang tidak mempedulikan hal rumahtangga dan banyak
berhutang, telah menipu mertuanya untuk mendapatkan wang. Do dan isterinya kemudian berpisah akibat
tidak sehaluan. Do mengembara ke kota untuk memulakan hidup baru. Re pula mempunyai seorang isteri
yang bekerja di kelab malam, sementara dia sendiri menguruskan hal rumahtangga. Akibat kecuaian Re
yang menyebabkan wang isterinya dicuri, dia dihalau keluar dari rumah dan membawa diri mencari kerja
di kota.
Mi, seorang bujang yang meminati gadis yang tinggal berhadapan rumahnya, iaitu Milah (Wan Chik
Daud), sering bertuah kerana gadis tersebut sudi meminjamkan wang kepadanya yang tidak bekerja. Ketika
Mi keluar mencari pekerjaan, dia telah menolong mengejar pencuri yang merampas beg tangan seorang
wanita. Do dan Re yang sedang mencari kerja di pejabat buruh mendengar jeritan wanita tersebut, lalu
mengejar Mi yang sedang berlari, kerana menyangka dia adalah pencuri itu. Maka semenjak itu, mereka
bertiga berkawan rapat dan berlaku pelbagai perkara lucu. Pelbagai cabaran tiga sahabat dalam mencari
ikhtiar hidup dan mengharungi liku-liku kehidupan demi sesuap nasi.
IX
BAB 1 : PENGUTIP HUTANG
Pada suatu petang, kelihatan Do sedang leka dengan telefon pintarnya sambil
baring di atas sofa. Minah yang baru pulang dari membeli barangan dapur melihat Do
dan memanggilnya "Abang! Abang! Abang!". Tetapi Do tidak mendengar Minah
panggil, lalu Minah mencampak sayur yang dibelinya kepada Do. Do terkejut kerana
Minah mencampakkan sayur di atas badannya lalu mengatakan "Eh kau ni tak boleh
panggil elok-elok ke?". Minah pula berkata "Oh panggil elok-elok. Kita dekat sini
panggil dia, macam nak terkeluar anak tekak. Dia sibuk dengan telefon macam dah nak
terbonjol biji mata tu. Bila nak pergi cari kerja?" Lalu Do menjawab "Cari kerja?
Susahlah nak dapat kerja".
"Abang cakap senang lah. Saya ni dah mula malu tau asyik minta duit dengan
bapak. Abang tak fikir ke apa yang jadi dekat kita?" Jawab Minah dalam nada yang
marah. Do terus menjawab "Buat apa nak fikir? Okey lah ni. Masih boleh mandi, makan,
tidur". Minah mengeluh lalu berkata "Kereta tu bila-bila masa je orang boleh tarik. Ni
rumah ni bila-bila masa je Cik Limah boleh halau". Sudah-sudah lah tu Minah
membebel. Aku nak main game ni, desis hati Do.
1
1
Tiba-tiba ada seorang perempuan datang memberi salam, "Assalamualaikum.."
Minah cepat-cepat menjenguk dari tingkap rumahnya, lalu berkata "Ha kan tu baru je
cakap. Datang nak minta duit sewa lah tu". Do mengelabah sambil mencari tempat
untuk menyorok dan menyuruh isterinya berkata kepada orang yang datang pungut duit
sewa itu bahawa dirinya pergi kerja. Ha yelah kita je yang kena hadap. Dia mengelat je
pandai. Minah membebel sambil berjalan untuk membuka pintu rumahnya.
"Waalaikumsalam, ye Mak Limah? kata Minah. Mak Limah terus bertanya "Laki kamu
ada? Mak Limah ni bukan apa. Mak Limah rasa Mak Limah dah tak boleh berlembut
dengan kamu berdua ni. Duit sewa dah masuk 4 bulan kamu tak bayar".
"Bukan kami taknak bayar Mak Limah. Cuma duit kami cukup-cukup untuk
makan saje" kata Minah dalam nada yang menahan malu. "Habistu bila kamu nak bayar
duit sewa? Mak Limah bagi kamu sampai lusa. Kalau takde duit sewa, kamu berdua
kena keluar dari rumah ni" Mak Limah berkata dalam nada yang menengking sambil
mata melilau melihat persekitaran rumah Minah . Minah menjawab "Baiklah Mak
Limah".
2
2
Tiba-tiba ada seorang lelaki pula memberi salam. " Assalamualaikum. Ni rumah
Encik Do ke?" kata lelaki tersebut sambil melihat alamat rumah yang tertera di telefon
pintarnya. "Waalaikumsalam. Ye, saya isteri dia" kata Minah sambil muka yang
tertanya-tanya. "Encik Do dah tak bayar kereta selama 6 bulan. Jadi, pihak bank nak
bagi notis 3 hari. Jadi kalau tak dapat bayar, kami perlu tarik kereta Encik Do" kata
lelaki tersebut dengan tegas. "Ha? Yeke? Okey encik nanti saya suruh suami saya bayar
secepat mungkin" Jawab minah dalam keadaan yang menahan sabar. Mak Limah dan
lelaki tadi pun berlalu.
"Macam mana ni? Mana nak cari duit beribu dalam masa 2 hari?" kata Minah
kepada Do. "Sabar lah bagi aku fikir" kata Do sambil matanya khusyuk menatap telefon
pintarnya. "Ha idea dah datang" terus Do meletakkan telefonya di atas meja yang
berhampiran. " Apa dia?" kata minah dalam nada serius. Lalu Do berjalan ke arah
isterinya dan berbisik ".....". Minah terus mencelah sambil tangannya memukul Do dan
berkata "Apa punya idea ni? Saya taknak buat macam tu. Ni semua salah abang, kalau
abang kerja takdelah kita jadi macam ni" kata Minah yang tidak setuju dengan cadangan
Do. " Eh salah kita pulak. Ni semua nasib Minah" Jawab Do dalam keadaan selamba.
"Asyik nak salahkan nasib saje. Sudahlah, abang lepaskan saje Minah" kata Minah.
"Jika rancangan kita tidak berhasil, aku akan ceraikan kau" jawab Do. " Baguslah. Saya
pun dah tak tahan hidup macam ni" kata Minah sambil menjeling Do.
3
3
Susana di kedai Mak Minah riuh rendah kerana terdapat ramai pelanggan yang
datang ke kedainya. Pemandangan yang cantik berhampiran kedai Mak Minah
membuatkan ramai pelanggan dan papan tanda yang besar untuk menarik pelanggan
datang ke kedainya. Walau bagaimanapun, suatu hari anak Mak Minah datang ke
kedainya dalam keadaan nangis teresak-esak. Mak Minah pun bertanya kepada anaknya
" Eh kenapa kamu ni? Bergaduh dengan si Do lagi ke?". Anaknya menjawab sambil
menangis "Mak....Abang Do dah takde". Mak minah sangat terkejut dan bertanya
kenapa. Lalu Minah menjawab "Abang Do dah meninggal mak. Demam panas" sambil
meraung. " Ya allah, menantu aku!" kata Mak Minah dalam keadaan menangis. Minah
berkata kepada emaknya bahawa mereka tiada duit untuk uruskan mayat abang Do.
Lalu Mak minah menghukurkan duit kepada anaknya. Minah terus mengambil duit
yang diberikan oleh emaknya dan berkata "Tak cukup ni mak". Mak Minah menjawab
"Kamu mintak dengan bapak pulak". Minah terus berlalu dari kedai emaknya dalam
keadaan menangis.
Do memandu kereta untuk ke rumah bapak Minah sambil memerhatikan jam di
dashboard kereta. Dia mengeluh perlahan dan memandang ke arah jalan raya yang
masih sesak dengan kenderaan. Inilah padahnya gatal sangat main game tadi sampai
terlewat keluar, kalau tahu minah mesti aku dimarahi, bisiknya dalam hati. Setelah
setengah jam berlalu, Do sampai di rumah bapak Minah. "Assalamualaikum..." kata Do
sambil menangis. "Waalaikumssalam. Eh Do kenapa ni?" jawab makcik dalam keadaan
hairan. Do terus bertanya adakah bapak Minah ada di rumah. Lalu, makcik terus
memanggil bapak Minah yang ada di dalam rumah.
4
4
Beberapa minit kemudian, bapak minah keluar dan bertanya "Ha kenapa kau
datang ni?". Do terus meraung dan memanggil "Bapak....Minahhhhh. Bapak Minah
pula mencelah dan berkata "Ahh kau jangan panggil aku bapak! Disebabkan kau aku
bercerai dengan Mak si Minah". Do mendengar bapak Minah kata begitu lalu menjawab
"Kalau bapak tak bercerai tak dapat lah kawin dengan makcik cantik ni". Bapak Minah
pun berkata "Oh makcik kau cantik eh?" dan bertanya mengapa Do datang ke rumahnya
dalam keadaan menangis.
Manakala, Do sambung menangis dan menjawab pertanyaan bapak Minah bahawa
Minah sudah tiada. Bapak Minah bertanya " Minah? Dah takde? Pergi mana?". Dah
meninggal pak...kena sawan babi" kata Do kepada bapak Minah. Lalu bapak Minah
bertanya mengapa Do datang ke rumahnya. Do pula berkata "Nak mintak duit sikit
bapak. Nak urus mayat". Bapak Minah memandang Do lalu berkata "Duit...duit...anak
aku kena sawan babi pun sebab stress dengan kau agaknya. Haih..Minah, Minah. Orang
mati meninggalkan harta. Kau mati melingkupkan harta aku" sambil berjalan ke arah
almari untuk mengambil duit. Beberapa minit kemudian, bapak Minah berjalan sambil
mengeluh "Haa nah, duit".
Lantaran itu, cepat-cepat Do mengambil duit dari tangan bapak minah dan
mengatakan "Berapa ni pak? Ni macam tak cukup je. Bapak Minah merenung tepat ke
wajah Do yang berhadapan dengannya. Terpamer riak wajah yang sedih di wajah Do
walaupun sebenarnya itu hanya lakonan semata-mata. Sejurus itu, bapak Minah terus
memberikan wang dua kali ganda dengan yanh tadi. Tetapi Do terus mengatakan "Ni
pun tak cukup lagi bapak". Bapak Minah menjawab " Ah sudah jangan melebih. Aku
pukul kau nanti". "Baik pak cukup-cukup" kata Do sambil berlari ke arah keretanya.
5
5
6
6
BAB 2: KISAH DO MATI HIDUP SEMULA
Pada malam itu, di rumah Do. Dia kira-kira duit dan mengatakan "Ha ni boleh
lah kau pergi bayar duit sewa rumah sambil hulur duit dekat Minah. Duit yang
selebihnya aku buat bayar kereta. Nasib lah aku ni pandai" kata Do. Minah meninggi
suara dan berkata "Pandai apa? Penipu!". Do menjawab " Takpelah kita tipu duit mak
bapak kau je bukan duit orang lain. Tiba-tiba mak Minah datang, sambil matanya
memerhati sekeliling rumah Do dan berkata "Sunyi sepi je..kesian menantu aku dia
meninggal pun takde sape datang sambil menangis mengenang nasib menantunya".
"Mak datang!!" kata Minah kepada D. Situasi di dalam rumah, kelam kabut dibuatnya
apabila dengar suara mak Minah. "Mak datang? Eh cepat-cepat kau pergi baring" kata
do. Minah menjawab "Bukan Minah yang mati. Abang mati dulu". "Ha cepat-cepat"
kata Do kepada Minah sambil baring di katil dan menutup selimut untuk berpura-pura
meninggal.
Mak Minah ketuk pintu beberapa kali tetapi tiada siapa yang menyahut, lalu terus
membuka pintu dan masuk ke dalam rumah anaknya itu sambil menangis dan berkata
"Menantu aku...kenapa lah jadi macam ni. Minah, kenapa takde orang ni?". "Macam
mana Minah nak panggil orang? Mayat ni kena teman, kalau tak dia bangun" kata
Minah kepada emaknya sambil berpura-pura menangis. Mak Minah pula menjawab
"Aik...ha takpelah biar mak panggil tok bilal" kata mak Minah kepada anaknya sambil
7
7
keluar dari rumah untuk panggil tok bilal. Sampai di muka pintu, tiba-tiba bapak Minah
datang dan berkata "Senyap je. Mayat dah tanam ke?". Lalu mak Minah menjawab
"Ada mayat kat atas tu. Ni nak pergi panggil tok bilal. Si Minah tak boleh tinggal mayat
Do nanti mayat bangun katanya". " Mayat Do apa nya? Si Minah yang mati jadi si
Minah lah mayat" kata bapak Minah kepada mak Minah dalam nada yang serius. "Eh
orang tua ni. Si Do lah yang mati! Menantu aku yang mati!" sambil berjalan menangis
lalu pergi memanggil tok bilal.
Sementara itu, Do dan Minah di dalam rumah. Minah menjerit dekat Do "Bapak
datang, bapak datang!". Lalu Do berkata "Kau sini baring". Minah pun menjawab " Eh
abang bangun lah. Ni saya je mati". Pada masa itu, bapak Minah masuk ke dalam rumah
dan melihat mayat anaknya yang baring kaku di atas kati dan berkata "Ha kan betul
Minah yang mati. Gila agaknya Mak si Minah tu. Minah...Minah...kenapa lah awal
sangat kau mati. Do, kau tak panggil ke orang kampung?". Do pula menjawab "Macam
mana nak panggil pak. Sape nak jaga Minah". " Haa biar bapak pergi panggil orang
kampung" kata bapak Minah sambil berjalan keluar dari rumah.
Baru keluar dari rumah, mak Minah pun sampai. "Ha dah panggil tok bilal?" kata
bapak Minah.Dah. "Tok bilal datang lepas asar" jawab mak Minah. Bapak Minah terus
menjawab "Apa pulak lepas asar. Keringlah mayat si Minah" sambil menangis
mengenangkan nasib anaknya. Mak Minah berkata "Haihh orang tua ni balik-balik kata
mayat si Minah, si Minah yang mati. Yang matinya si Do!". " Malas aku nak bertengkar.
Pergi tengok sendiri" bapak Minah menjawab. Sementara itu Do dan Minah pun
berpura-pura mati apabila mendengar mak dan bapaknya bertengkar. " Aik, dua-dua
dah mati. Ni semua salah kau. Tadi Minah saje yang mati. Kesian nya anak menantu
8
8
aku. Sape lah yang mati dulu" kata bapak Minah sambil melihat wajah anak dan
menantunya. "Do yang mati dulu!" kata mak Minah. "Minah dulu!" kata bapak Minah.
Tiba-tiba ada seorang perempuan dan lelaki datang.
"Assalamualaikum"..."Waalaikumussalam. Ni datang nak melawat jenazah ye?" tanya
bapak Minah kepada orang yang datang. " Saya datang nak tarik kereta" jawab lelaki
tersebut. Manakala, perempuan iaitu Mak Limah pula berkata "Saya nak kutip sewa
rumah. Jenazah? Sape yang meninggal?". "Do dengan Minah" kata bapak Minah. Mak
Limah berasa hairan dan bertanya "Kenapa? 2 hari lepas sihat saja. Bapak Minah
menjawab "Si Minah kena sawan babi. Si Do ni tadi sihat saje tiba-tiba saje meninggal
juga mungkin nak teman bini dia". Mak Minah pula mencelah "Do yang mati dulu! Do
demam panas. Si Minah tadi sihat saja". "Haihh, lagi-lagi nak bertengkar" kata bapak
Minah sambil menjeling ke arah mak Minah.
Mak Limah melihat gelagat dua orang itu lalu berkata "Kesiannya..takpelah
makcik halalkan sewa rumah kamu berdua". Manakala, lelaki itu pula berkata "Pihak
bank pun rasanya boleh claim insurance jadi tak perlu bayar hutang tertunggak tu".
Dalam pada itu, mak Limah masih tertanya-tanya siapa yamg mati dulu antara dua ini
dan bertanya kepada mak Limah. Lalu mak Minah menjawab pertanyaan itu "Do mati
dulu!!". Bapak Minah mencelah lagi " Minah mati dulu!!". "Do dulu lah!!!" kata mak
Minah. Bapak Minah tidak puas hati dengan tindakan mak Minah yang tidak sekepala
dengannya dan berkata "Haih orang tua ni. Beginilah barang siapa disini yang tahu sape
mati dulu. Aku bagi RM300".
Tiba-tiba Do yang berpura-pura mati lalu hidup kembali dan menjawab "Saya mati
dulu!!". Minah juga berkata "Saya mati dulu!!". "Eh awak diam. Saya mati dulu" kata
Do. Bapak Minah terkejut melihatnya itu dan berkata "Oh korang berdua menipu ye.
Kau tak mati cakap mati ye". Do menjawab "Bukan tipu pak. Kami nak duit bayar
hutang"... "Kalau macam tu makcik nak duit sewa rumah!" kata mak Limah dengan
nada yanh tinggi. Do membalas "Tu makcik, ambik situ sambil menunjuk duit yang
berada di atas meja. Lelaki itu pula bertanya "Encik Do nak saya tarik kereta atau nak
bayar?". Do mendengarkan itu terus menunjukkan duit dan berkata" Tu..tu..duit kereta".
Setelah itu, mak Limah dan lelaki itu ambil duit dan keluar dari rumah.
Mak Minah terus bertanya "Mana duit aku? Kurang ajar punya anak. Cakap laki
sendiri mati". "Bukan Minah mak. Abang Do ni. Tu mak duit mak" kata anaknya.
"Sudah! Aku taknak tengok muka korang berdua lagi. Mati betul-betul pun tak ingin
aku datang. Kau orang tua sama je bersubahat" mak Minah keluar dari rumah dengan
9
9
reaksi yang marah. Bapak Minah pula berkata "Aikkkk kita takde kena mengena pulak
kena. Ha duit aku mana?". Dah takde pak. Semua dah bayar hutang" jawab. "Oh jadi
duit aku korang buat bayar hutang ye" kata bapak Minah sambil tangannya memukul
Do. Makcik ingin menghalang suaminya itu dari terus memukul Do lalu berkata
"Sudahlah bang kita sedekah jelah dekat mereka". "Nasib baik ada makcik kau. Kalau
tak memang nahas aku kerjakan kau berdua" kata bapak Minah sambil berjalan keluar
dengan isterinya. Setelah semua orang pulang Minah berkata kepada Do "Bang,
rancangan tak berhasil". Lalu Do berkata "Disebabkan rancangan kita gagal. Maka
mulai saat ini, bercerai lah kita berdua".
10
10
BAB 3: RE YANG LURUS
Suasana di rumah Re sangat tenang, Re sedang memotong bawang sambil
menyanyi di dapur. Tiba-tiba kedengaran suara Midah memanggil Re. Lalu Re
menyahut panggilan isterinya yang tercinta "Ye, darling". "Tolong ambilkan air. Panas
lah cuaca harini" kata Midah. Re ke dapur semula dan menadah tangannya di bawah
paip lalu merenjiskan air ke muka Midah. "Oi! Yang kau renjis air dekat aku ni
kenapa?" kata Midah dengan nada yang marah. " Tadi kata panas. Saya renjislah air
bagi sejuk" jawab Re dengan bersahaja. "Ini bukan bagi sejuk, ini mengapikan aku lagi
adalah. Aku nak air minum!! Haihh ada laki pun bodoh" kata Midah sambil membuat
jelingan yang tajam terhadap Re. Re dengan selamba menjawab "Oh, cakaplah air
minum".
Midah berpaling menghadap Do "Sudahlah! Kau dah siap masak belum?". "Belum
ling" jawab Do sambil menggelengkan kepalanya. "Kalau nak harapkan kau masak,
sampai besok pun aku tak makan" sindir Midah. "Kita makan lusa jelah" Re menjawab
sambil gelak di dalam hati. "Sudah! Aku nak pergi" jawab Midah sambil memakai kasut
untuk keluar. "Ling, ling. Nak balik pukul berapa?" tanya Re. "Tak tentu. Mungkin aku
tak balik malam ni" jawab Midah. "Tak balik?" tanya Re sekali lagi."Tidak!" kata
Midah. "Habis, i nak tidur sama siapa?" Re memandang wajah Midah dengan mata
yang melirik. "Kau tidur lah dengan si Cik Mong tu" jeling Midah. Re menjawab "Cik
Mong kucing. Baru dekat belum pegang dia dah cakar nanti". Itu kau punya pasal. Aku
tak peduli" kata Midah sambil membuka pintu keretanya. "Ling, ling. Jangan lupa beli
chewing gum ye" jerit Re supaya isterinya dengar. Isterinya pula membalas jeritan itu
11
11
"Kalau aku ingat. Bukan aku nak ingatkan kau saja". Lalu Midah meninggalkan
kawasan rumahnya sambil melambaikan tangan antara satu sama lain.
Di ruang tamu rumah, Re sedang melihat gambar Midah. "Hei darling. I have you,
you have me. Because of you darling, i masak, i basuh baju, i juga kemas rumah" kata
Re dalam hati. Dalam masa yang sama AMT mengejutkan Re dari berkata dengan
gambar Midah. "Aiii *terkejut* apa ni? Kau ni menggangu saje aku sedang asmara"
kata Re. Sampai bila kau nak jadi begini? Bini kau bekerja siang, malam. Dibawa
kehulu kehilir dengan dato’ tu. Yang kau duduk rumah ni nak jadi apa?" beritahu AMT.
"Kamu pun satu busy body jugak. Yang kehulu kehilir itu dia, bukan aku. Aku peduli
apa" tidak menghiraukan kata-kata AMT. AMT menepuk tangan ke dahi lalu berkata
"Kau tu laki dia mesti siasat hubungan bini kau dengan dato’. Jangan sampai orang
kampung mengatakan kau tu makan hasil bini. Kalau dia buat kesalahan, tahan lah".
"Aku nak pergi tahan? " Re berkata sambil memandang wajah AMT. "Ha yelah" jawab
AMT dan Re terus berkata "Taknak lah. Takut aku" Apa kau takut? Ha ni nampak
sambil tunjuk musclenya yang urat dawai tulang besi. Dalam dunia ni siapa pun aku
tak takut. Ha marilah pergi" ajak AMT. Re dengan mukannya yanh blur terus bertanya
"Pergi ke mana?". "Pergi tengok bini kau lah" jawab AMT dan Re menyuruh AMT
tunggu kerana dia ingin menukar bajunya sebelum berangkat.
Re dan AMT tiba depan pejabat Midah bekerja dengan menaiki kereta AMT. "Ha
tu kau tengok bini kau dipegang-pegang dengan dato’ tua tu" tunjuk ke arah isteri Re.
Re melihat Midah namun tak mampu berkata apa-apa. AMT melihat Re dan bertanya
"Kau taknak tahan bini kau ke?". "Takpelah biarkan jelah dia" sambil matanya
merenung isterinya dari jauh. "Haih...Re, Re. Sampai bila kau nak butakan mata begini.
Takpelah kita masuk restoran ni. Aku belanja kau makan" ajak AMT. Lalu, Re dan
12
12
AMT berjalan masuk ke restoran. Sehubungan dengan itu, Midah ternampak Re dan
bercakap seorang diri bahawa "Oh kau keluar makan di restoran ye. Tunggu kau"
sambil menikmati makanan di hadapannya.
Semasa Re dalam perjalanan pulang, rumahnya telah dirompak. Tapi dalam masa
yang sama Re tidak tahu bahawa rumahnya telah dirompak oleh perompak yang
bernama "Lone ranger"... Lone ranger mengetuk pintu sambil memberi salam
"Assalamualaikum, ada orang tak. Ni penyamun penakut nak masuk ni. Cakap lah.
Kalau ada aku nak cabut. Kalau takde aku nak masuk ni. Cakap lah. Oh takde ye.
Takpelah. Aku masuk jugak. Dengdengdengdengdengdeng. Betul takde orang dalam
rumah ni. Kalau ada orang keluar lah. Aku nak masuk ni. Ha betul takde orang" kata
Lone ranger seorang diri. Lalu Lone ranger masuk ke dalam rumah, tiba-tiba dia
terkejut dengan bayangnya sendiri. "Apa punya penyamun ni" katanya dalam hati
sambil terus menyelongkar rumah Re untuk mendapatkan apa-apa barang berharga.
Kemudian, dia menjumpai kotak di bawah katil. Dia mengambil kotak tersebut lalu
keluar dari rumah Re.
Tiba-tiba Lone Ranger terkejut semasa dia ingin keluar dari rumah yang telah
dirompaknnya. Dia juga tidak tahu bahawa orang di hadapanya adalah pemilik rumah
yang dirompaknya. "Assalamualaikum" kata Re yang berdiri di hadapan rumahnya.
Lone Ranger terus berbisik "Tak boleh jawab. Ni bukan rumah saya". Re bertanya "Ni
rumah siapa?". "Taktahu manusia mana keluar tapi rumah tak kunci. Kalau penyamun
masuk, dia salahkan penyamun" sambil tangannya sedang memegang kotak. Re
mendengarkan itu lalu berkata "Tak patut, tak patut dan bertanya awak ni siapa?". Saya
penyamun Lone Ranger. "Oh awak ni penyamun. Jadi semua awak dah kebas lah
semua?" sambil melihat rumah dibelakang Lone Ranger. " Dah habis dah" kata Lone
Ranger. "Bagus. Biar dia tahu rasa takpe biarkan" dia tidak tahu yang rumah itu adalah
rumahnya.
"Tapi jangan bagitahu polis ye" kata Lone Ranger. "Eh takde. Saya tak pernah
campur hal orang. Sumpah. Awak, awak punya pasal. Saya, saya punya pasal. Bila-bila
senang, datang lah lagi." kata Re yang bersahaja. Lone Ranger pun bertanya "Ini rumah
sape ni?" kerana pelik mengapa Re berada di depan rumah itu. Langsung Re menjawab
itu adalah rumahnya. Tetapi Lone Ranger bertanya lagi dan Re mengangguknyan.
Dalam masa itu, Lone Ranger pun lari setelah mengetahui rumah yang dirompaknya
rumah Re. Re melihat Lone Ranger berlari lalu berkata seorang diri "Hahahaha macam-
macam dunia sekarang. Eh, boleh bergurau pulak mencuri rumah kita". Re pun masuk
1133
ke dalam rumah sambil memerhatikan keadaan rumah. Kata dah kebas tapi takde pun
tanda-tanda kena curi. Baik betul penyamun Lone Ranger. Tak sangka.
"Darling..darling..ini ke darling? Sampai hati kau ada lelaki lain di belakang aku.
Tak guna" kata Re seorang diri sambil tengok gambar Midah di talefonnya. Dalam pada
masa yang sama Midah dalam perjalanan menuju ke rumah. Beberapa minit kemudian,
terdengar ketukan pintu di rumah Re sambil menjerit-jerit nama Re. "Alamak, dia dah
balik" kata Re yang mendengar suara isterinya cepat-cepat menuju ke katil untuk
berpura-pura tidur.
Lalu Midah terus masuk ke rumah sambil mencari Re dan mendapati Re yang
sedang tidur. "Oh tidur ye..nanti kau" kata Midah lalu mengejut suaminya yang tidur
"Re..Re..Darling...." Mendengar Midah yang memanggil Re darling, cepat-cepat Re
bangun dari pura-pura tidur dan berkata "Ye sayang..sorry lah i tak sedar you balik lah".
Midah dalam keadaan marah lalu berkata "Harini kau tak kemana-mana?. Re terus
menjawab "Takde, tadi mata tak mau tidur tapi bila saya ambik gambar you baru
terlelap mata. Rindu lah". Midah yang tidak puas hati mendengar jawapan Re, lalu
Midah berkata "Oh tak kemana mana ye". "Takde" jawab Re pendek.
Midah yang tidak larat kerana baru pulang, dia berkata kepada suaminya "Kepala
i pening lah...tolong ke kedai belikan ubat" sambil mengurut kepalanya. "Boleh, nak
beli macam mana" kata Re. Lalu, Midah menyuruh Re ambil duit di bawah katil.
Beberapa minit Re intai di bawah katil tapi tiada apa-apa dan memberitahu Midah
bahawa tiada apa-apa di bawah katil. Midah terus berkata " Pagi tadi aku tengok ada".
Re terus berkata "Pagi tadi ada ni dah takde. You letak kat mana?". Midah terus mencari
duit di bawah katil. Re yang memerhati gelagat isterinya dan berkata "Takde kan".
Midah yang tidak puas hati pula berkata "Oh kau curi duit aku ye". "Asal pulak" kata
Re yang tidak tahu menahu. Dalam keadaan marah Midah berkata "Kau ingat aku
taktahu? Aku nampak kau di restoran tadi. Kau makan sedap-sedap di restoran mahal
guna duit aku ye". Re terus mencelah "Eh mana ada. Jangan lah tuduh i macam tu".
"Kalau bukan kau sape yang masuk dalam rumah ni? kata Midah.
Tiba-tiba Re pun teringat sesuatu "Alamak..Lone Ranger! Halah Lone Ranger
sampai hati kau kebas duit bini aku" kata Re sambil menepuk dahinya. Midah yang
mendengarkan itu berkata "Laki-laki taktahu untung..makan aku bagi, pakai aku
siapkan. Kau curi duit aku lagi ye". "Tak..Sumpah tak.." kata Re dalam keadaan
bersalah. Dalam masa yang sama Midah yang membuka almari terus mengambil semua
baju Re dan mencampakkan baju ke Re sambil berkata "Sekarang ambik baju kau pergi
14
14
keluar dari rumah aku. Aku taknak tengok muka kau lagi. Get out sekarang!". Re yang
mengutip bajunya yang dicampak oleh Midah sambil berkata "Haih Lone Ranger
sampai hati kau buat aku begini".
15
15
BAB 4 : MI YANG MALAS BEKERJA
Awal pagi itu, Mi sedang bersiap untuk pergi mencari kerja. Setelah siap, Mi
keluar dari rumah sambil bersiul untuk menarik perhatian Milah. Setelah itu, Milah pun
membuka tingkap rumahnya dan berkata "Tak malu kacau orang" lalu tutup semula
tingkap rumahnya. Tetapi Mi tidak berhenti bersiul dan sekali lagi Milah membuka
tingkap sambil berkata "Eh you nak apa?". "Bapak you ada dekat rumah? tanya Mi
sambil tersengih-sengih melihat wajah Milah yang jelita."Takde. Bapak i outstation lalu
Milah masuk ke dalam rumah. Mi tidak berhenti bersiul untuk memanggil Milah .
Lalu, Milah keluar dari rumah terus Mi menanggil Milah dan berkata harini nak
dua puluh tau sambil membuat muka yang tidak malu. Milah yang sudah tahu Mi
inginkan apa lalu bertanya "Apa dua puluh?". "Eleh..macam taktahu pulak..20 ringgit
lah buat bayar grab nak pergi cari kerja" sambil mengenyit matanya. "Tak malu minta
duit dekat orang perempuan" sambil menghulurkan duit dekat Mi dan berkata muka je
handsome tapi duit takde macam mana nak kahwin? terus Milah masuk ke dalam rumah.
Mi yang mendengarkan kata-kata Milah terus berkata bersendirian "Handsome?
Kahwin? Aiii dia suka aku lah tu hehehe". Mi pun bersiul lagi. Milah menjenguk keluar
dari pintu. Mi melambaikan tangannya " Bye bye awak". "Bye!" kata Milah dengan
nada garang." Wahh garang!! Makin kau garang makin sssup menyelinap berdesup
dalam hati aku" Mi kata bersendirian sambil melihat rumah Milah.
16
16
Setengah jam kemudian dia tiba di tempat dia ingin mencari kerja. Dia
membacakan di sepanduk yang berada di pintu masuk. Mencari pemandu peribadi. Gaji
dua ribu sebulan. Kelulusan SPM. Aku SPM masa kertas matematik aku tak datang.
Tapi boleh lah kot. Ada lesen kereta. Ha ada ada. Pandai cakap bahasa inggeris? Buat
apa nak cakap bahasa inggeris? Aku nak bawak kereta saja tapi kira pandai jelah. Ha
okey boleh cuba mintak ni. Lalu, Mi pun masuk ke tempat dia ingin mencari kerja.
Assalamualaikum. Assalamualaikum encik. Mi memberi salam beberapa kali.
Tidak lama kemudian seorang lelaki keluar dari pintu hadapan sambil menjawab
salamnya dan berkata "Yaa, saya Dato' bukan encik" tetapi Mi tidak mengendahkan
panggilan tersebut kerana bagi dia semua panggilan sama sahaja. Lalu, Dato' memberi
dia masuk. "Awak datang sini ada apa" tanya Dato' kepadanya." Saya ada baca kat luar
tadi tu katanya sedang cari pemandu peribadi ye?" sambil menunjuk ke arah luar pintu.
Dato' terus berkata "Oh ye. Saya baru pecat driver lama saya". Mi terus bertanya
mengapa dia dipecat, lalu Dato' berkata kerana pekerjanya yang dahulu kerja makan
gaji je. Mi terus mengatakan "Ah encik jangan risau. Saya makan nasi tak makan gaji".
Dato' menggelengkan kepalanya kerana kehairanan dan bertanya adakah dia ada
resume. Mi terus menghulurkan resume yang dipegangnya.
Dato' membaca resumenya dan bertanya "SPM tapi masa kertas matematik tak
datang? Kenapa awak tak datang?. Lalu Mi menjawab "Sebab saya dah terlebih pandai
kira- kira. Jadi saya tak perlu datang jawab kertas matematik. Buang masa je". "Oh
macam tu pulak ye" kata Dato. "Ye lah encik. Hmmm air kopi panas takde ke? Kering
lah tekak ni" meminta air sambil buat muka yanh tak tahu malu. Dato terus berkata "Air
kopi? Midah, tolong buatkan air kopi 2" menyuruh pembantu peribadinya. Pembantu
peribadinya yang bernama Midah terus menganggukkan kepalanya sambil berkata
"Baik dato’. Lalu Mi mencelah, "Kalau boleh bawak sekali nasi lemak ke nasi goreng
ke kalau ada chicken chop ke lagi bagus". Midah yang mendengar kata-kata Mi terus
berasa kehairanan lalu meninggalkan Mi dan Dato’.
Sambil menunggu Midah membuatkan air, Mi bertanya "Encik ada kereta apa ye?
Kalau honda, toyota saya taknak. Saya nak buggati ke rolls royce ha takpun paling
kurang pun lambo lah. Barulah semangat sikit nak bawak". Dato’ terkejut dan berkata
"Lambo? ". Mi terus menjawa "Ye. Ha lepas tu gaji tu RM2000 seminggu lah ye bukan
sebulan. Apa pejabat besar macam ni gaji driver sebulan RM2000 je. Kedekut.
Mendengarkan kata-kata itu, Dato’mula rasa marah namun masih tetap bersabar. Lalu
Midah datang membawa air dan diletakkan di atas meja. Mi dengan gelabahnya
17
17
meneguk air namun disebabkan air panas dia menyembur kopi di dalam mulutnya dan
terkena muka Dato' yang berada di hadapannya. Dato’ tidak lagi dapat menahan rasa
marah lalu memanggil security untuk menghalau Mi yang kurang ajar. Mintak kerja
tapi demand macam-macam. Dahlah sembur air kopi dekat muka aku. Lalu Mi pun
dibawa keluar oleh dua orang security guard.
18
18
BAB 5 : PERTEMUAN DO RE MI
Di hadapan sebuah pejabat, kelihatan ramai orang yang sedang menunggu
giliran untuk ditemuduga. Re berkata bersendirian "Haih...nak mintak kerja pun kena
beratur..macam nak ambik bantuan" mengeluhnya. Tiba-tiba Do muncul berjalan
menghampiri pintu masuk pejabat. Lalu Re menyapa "Oi, oi kawan. Kalau nak mintak
sedekah tunggu hari jumaat. Ni pejabat orang nak mintak kerja". Do menghampiri Re
dan berkata "Hei sahabat, cakap baik sikit lah" sambil menjeling matanya ke arah Re.
"Haha, datang mintak kerja bawak bungkusan. Haih..macam-macam lah hidup di dunia
ini. Ada bini kena usir" kata Re. Do pula menyambung "Hei sahabat. Makan boleh
sembarang makan. Cakap jangan sembarang cakap" walaupun matanya tidak
memandang Re. Tetapi Re terus menjawab " Oh, makan boleh sembarang makan ye?
Awak nak makan kaki?" Sudahlah diusir, dituduh pulak penipu. Haih, nasib badan.
Do yang tidak tahan apabila Re berkata begitu pun membalas "Yang kau sakit hati
apasal? Aku tipu bukan duit bapak kau pun "Hei kalau duit bapak aku takde lah aku
susah begini mintak kerja. Kau tahu tak? Huh, sekarang tahanlah sehelai sepinggang
bawak bungkusan pulak" kata Re sambil ketawa. "Woi, kau sindir aku ye?" tanya Do.
Re pula bertanya siapa pula yang menyindir kau. Do masih tidak puas hati dan bertanya
siapa yang dia cakap sebentar tadi. "Aku cerita aku punya pasal kau peduli apa?" jawab
Re. Do yang tidak puas hati dengan kata-kata Re terus bangun seperti mahu bergaduh.
19
19
Melihat Do yang sedang bangun Re pun berkata "Kita cakap pasal kita, dia pulak sakit
hati".
Orang ramai yang berada di sekitar itu turut bangun untuk melihat pertelingkahan
Do dengan Re. Lalu, seorang lelaki berada di tengah-tengah Do dengan Re pula berkata
"Ni kepala bapak dia. Ni kepala bapak kau. Kalau berani pijak lah". Re melihat lelaki
yang berada dihadapannya itu pun berkata "Oh itu kepala bapak aku. Ini kepala bapak
dia. Kepala bapak kau mana?". Lelaki tersebut mengatakan tidak tahu. Sejurus dengan
itu, Do menumbuk lelaki itu sambil berkata "Ha ini kepala bapak kau dasar kurang ajar.
Batu api. Kau pun sama , tunjuk penumbuk dekat Re.
Tiba-tiba Mi muncul untuk menyertai pergaduhan. Melihat gelagat Do dengan Re
bergaduh, lalu Mi berkata "Kurang ajar ye kau main pijak kepala bapak". Kemudian,
perempuan office melihat pertelingkahan mereka dan menjerit "Hoii berhenti!! Sape
yang mulakan pergaduhan ni?". Orang ramai menunjuk mereka bertiga iaitu Do, Re
dan Mi. Mendengarkan orang ramai kata begitu, Re berkata "Eh kita pulak. Dia yang
masuk campur hal orang dulu" Perempuan office yang tidak puas hati terus menghalau
mereka bertiga sebelum dia memanggil guard. Do memandang perempuan office
tersebut lalu berkata "Kami pun tak lapar lah nak bekerja di sini. Sudah. Mari kawan"
Do mengajak Re dan Mi keluar dari pejabat tersebut.
Setelah keluar dari pejabat tadi, Mi menanyakan "Sape nama kau" tunjuk ke arah
Do. Do menanyakan pula bahawa nama pendek ke panjang? Mi terus menjawab
"Mana-mana pun boleh lah". " Nama panjang Masdo. Nama pendek Do" jawab Do.
Mendengar jawapan Do, Mi pula menunjuk Re dan bertanya "Kau?". "Nama kecik ke
besar?" ulas Re. Mi pula berkata "Eh serupa lah kecik besar. Re pun menjawab
20
20
soalannya "Nama besar orang panggil Amore. Nama kecik Re. Yang kau tanya kita,
yang kau ni nama sape?". " Aku? Aku kalau nama penuh Minami" jawab Mi. Do terus
memandang Mi dan berkata "Minami? Macam rokok jepun" sambil ketawa sinis.
"Nama kosong Mi" sambung Mi. Do pun berkata "Kalau begitu dah kena lah kita
bertiga. Aku Do!, Re menyambung dan berkata ,"Re" dan "Mi" kata Mi. Bermula lah
tentang persahabatan Do, Re dan Mi.
Kemudian Mi mengajak mereka ke rumahnya. Sesampainya mereka di hadapan
rumah usang, lalu Mi pun berkata "Ha inilah rumah aku". Do terkejut lalu berkata "Inii
rumah ke reban ayam" sambil melihat persekitaran rumah Mi. Mi yang dalam keadaan
selamba menjawab " Ini istana sangkut" sambil menunjuk ke arah rumahnya. Do pula
berasa hairan berkata " Istana sangkut? sambil menggoyangkan tiang rumah. "Eh apasal
kau goyang-goyang" kata Mi yang terkejut melihat tindakan Do yang berbuat demikian.
"Aku nak tengok istana sangkut kau ni kuat ke tak" kata Do". "Mestilah kuat. Dia punya
engineer ini macam " sambil tunjuk bagus. Do pun bertanya "Siapa engineer?". "Ini dia,
aku" sambil menunjuk ke arahnya". Do yang terkejut berkata "Kau? Hmm patutlah
goyang". Sementara itu Re berpegang di kayu rumah lalu runtuh.
Do dan Mi terkejut kerana terdengar bunyi yang kuat kayu jatuh. Dalam masa yang
sama Mi berlari bersembunyi kerana bunyi itu. Do yang melihat gelagat Mi terus
bertanya "Eh kenapa kau bersembunyi?". Mi pula menjawab " Bukanlah. Rumah ni dah
pernah runtuh dulu. Masa tu engineer tak pass lagi". "Ohh" kata Do sambil memandang
rumah Mi yang usang itu.
Tiba-tiba Milah keluar menyiram pokok di depan rumah. Do, Re dan Mi
memerhatikan Milah. Mi bersiul lalu Milah menjelirkan lidah dan mereka terkejut
melihat tindakan Milah itu. Siapa perempuan tu? tanya Do kepada Mi. "Itu mata air
aku" jawab Mi yang tersenyum. "Mata air kau..." kata Do sambil ketawa mendengar
jawapan Mi. Do dan Re tidak percaya akan kata-kata Mi, sambil ketawa terbahak-bahak.
Kenapa kau berdua ketawa? Korang nak tengok? kata Mi yang ingin menunjuk bukti.
Tapi Re masih tidak percaya kata-kata Mi. "Tengok, aku boleh panggil dia" sambil
bersiul memanggil Milah. Do dan Re masih lagi ketawa melihat gelagat Mi. Tiba-tiba
bapak Milah yang keluar lalu Do, Re dan Mi pun berpura-pura membuat benda lain.
Bapak Milah yang mendengar orang bersiul pun bertanya "Apasal kau bersiul? Nak
ngorat anak aku ye". Takdelah pakcik. Saya main dengan burung" kata Mi yang
berpura-pura menutup malu. Bapak Milah pula berkata selamba "Muka macam jebon.
Ada hati nak ngorat anak aku" sambil masuk ke dalam rumah.
21
21
Namun keluar semula dan berkata "Aikk ada 3 jebon? Kau dengar baik-baik ye.
Jangan buat gila di sini! Kalau tak, aku pelengkung kepala kau lalu masuk ke dalam
rumah semula. "Jebon tu apa?" tanya Mi kepada Do yang berdiri di sebelahnya. "Nenek
kau tak?" jawab Do dalam keadaan memerli. "Eh bukan...Nenek aku Cik Embun".
"Atok kau bukan?" tanya Re pula. "Bukan..Atok aku James Bond" jawab Mi. Manakala,
Re berkata "Ini bukan mata air lah. Ni mata besi!" sambil menunjuk ke arah rumah
Milah. Do yang malas mendengar pun berkata "Eh sudahlah mata air tolak tepi.
Sekarang rumah dah ada". "Rumah dah ada tapi dapur tak berasap tak guna juga" Re
mencelah. "Haa itulah kita perlu mencari jalan" kata Do. "Apa kata kita buat begini"
kata Re mengajak kawan-kawannya berbincag. Setelah beberapa minit mereka
berbincang. " Bijak kepala otak kau ni. Tapi macam mana nak dapat modal bisnes?"
kata Do. "Itu mata air aku ada" sambil menunjuk ke arah rumah Milah. "Boleh ke?"
tanya Do kepada Mi. "Eh mestilah boleh. Ini malam aku pergi pinjam duit dia" jawab
Mi dalam keadaan selamba.
Pada malam itu, Mi datang ke rumah Milah dan mengetuk pintu rumah Milah.
Beberapa saat kemudia terdengar suara Milah bertanya "Siapa?". Mi menjawab dalam
keadaan selamba "Darling you". Milah pun membuka pintu dan bertanya mahu apa
datang ke rumahnya waktu malam-malam. "Bapak you ada rumah?" tanya Mi sambil
melihat keadaan sekeliling rumah Milah. "Takde" jawab Milah. "I nak masuk kejap
boleh?" tanya Mi kepada mata airnya itu. Milah pun berkata"Masuklah. Nak apa?". Mi
yang tersengih-sengih berkata malu. "Oh masuk rumah kita tak malu. Nak cakap malu
pulak. Cakap lah nak apa" kata Milah yang menyindir. Mi yang malu-malu nk beritahu
berkata "Nak mintak...nak mintak...nak mintak". "Mintak apa?" tanya Milah. Mi yang
22
22
masih malu untuk beritahu, dia menggunakan bahasa isyarat tunjuk gaya duit guna jari.
"Cakap!" kata Milah. "Nasi! I belum makan i lapar. Ada nasi?" jawab Mi yang tersasul.
Milah dalam keadaan selamba pun berkata "Itulah orang suruh kahwin taknak".
Mi yang berasa teruja tiba-tiba terkejut terdengar ketukan pintu. "Siapa?" tanya Milah.
Dalam masa yang sama Mi dan Milah kelam kabut mencari tempat untuk
menyembunyikan Mi yang berada di dalam rumahnya "Bapak. Milah, buka pintu!" kata
bapak Milah sambil mengetuk pintu dengan kuat. "Milah, buka pintu. Bapak balik ni!"
kata bapaknya lagi. Beberapa minit kemudian Milah membuka pintu. "Ada orang cari
bapak ke?" tanya kepada anaknya Milah. "Takde" jawab Milah pendek. Asyik malam
je meeting. Tak ada pasal lain pasal khalwat pasal khalwat. Apa nak jadi budak-budak
zaman sekarang. Tak boleh lepak nak masuk rumah kosong saja. Kalau masuk rumah
bapak ni bapak pelekung kepala dia. Kata bapak milah seorang diri dan menyuruh
Milah buatkan bapak air kopi. "Baik bapak" sambil suruh Mi bersembunyi.
Pada masa itu, bapak Milah bangun dan berjalan melihat pokok sambil membebel
serta berkata Miilah, Milah. Pokok ni dah berama lama tak siram. Daun dah kuning,
dah layu semua. Apa lah si budak ni buat di rumah. Ha tengok, pedang patah aku ni pun
merata-rata diletaknya. Tak boleh buat main pedang pusaka ni. Sudah 99 orang aku
bunuh. Haih Milah, Milah apa lah kerja si budak ni. Taktahu nak kemas langsung.
Bapak Milah tidak tahu yang Mi sedang mengekorinya lalu menjampi jampi bapak
Milah. "Oi! Yang kau jampi-jampi aku ni kau sape?" tanya bapak Milah dalam keadaan
terkejut. "Jebon pakcik" jawab Mi dalan keadaan takut-takut. Bapak Milah yang
mendengarkan jawapannya itu terus mengejar Mi sambil memegang pedang. Mi yang
takut terus berlari keluar dari rumah sambil dikejar bapak Milah. "Hei, belum dapat lagi
lah. Kejar balik pakcik" kata Mi. Bapak Milah sambung mengejar Mi.
23
23
Do dan Re yang melihat gelagat Mi yang dikejar oleh bapak Milah pun berkata
"Hei, kau pulak pergi mintak" kata Do kepada Re. "Aku? Takde orang lain ke?" jawab
Re. "Takde. Aku ada kerja lain" kata Do yang memberi alasan. Re pun dalam keadaan
yang terpaksa terus berjalan menujuk ke rumah Milah. Re mengetuk pintu rumah Milah.
"Siapa?" tanya Milah. "You punya darling punya brother in law" jawab Re selamba.
Milah pun membua pintu dan bertanya "Haa kenapa?". Re berkata "Bapak you tadi
kejar jebon ye". "Ha yelah, kenapa?" jawab Milah. Re memberi tahu ada perkata yang
ingin diberitahu tetapi dia malu dan Milah berkata kalau malu masuklah ke rumahnya.
Milah pun bertanya "Apa yang awak nak cakap? Jangan main-main". Re pun berkata
"Boleh cakap?".
Boleh kata Milah. Tetapi Re yang segan dan tersengeh-sengeh malu untuk
bercakap. "Eh jangan mengada-ngada, cepat cakap!" kata Milah. "Boleh?" tanya Re.
"Ye boleh" jawab Milah. Re pun berkata "Alamak seram lah". "Cakap betul-betul nak
apa?" kata Milah kepada Re. Re pun berkata "Nak du....". "Du apa?" tanya Milah. Re
pun berkata lagi "Du..." Milah yang tidak tahan sabar menunggu jawapan Re pun
menjerkah Re dan berkata "Du apaaaa?". "Durian!" jawab Re yang terkejut. "Ni bukan
musim durian. Nak buat apa durian?" tanya Milah. "Nak cakar muka Jebon" jawab Re.
"Eh cakaplah betul-betul. Jangan berseloroh" kata Milah. Re pun berkata "Nak mintak
dui....". Tidak sempat Re menghabiskan ayatnya tiba-tiba bapak Milah pulang ke rumah.
Re dan Milah yang berada dalam keadaan kabut mencari tempat untuk
bersembunyi. "Milah cepat buka pintu. Apa yang kau buat di dalam?" jerit bapak Milah.
Pada masa yanh sama Milah berbisik kepada Re masuk dalam bilik dan keluar ikut
24
24
tingkap. Tetapi Re yang tidak dengar kata-kata Milah dan membuat pecah cermin.
"Kenapa awak pecahkan cermin ni?" tanya Milah kepada Re. "Aku terperanjat.
Ingatkan bapak jebon rupanya bayang sendiri. Mana aku nak sembunyi ni" kata Re.
Milah pun berkata "Sinii belakang cermin ni". Re pun mengikut kata-kata Milah dan
terus bersembunyi di belakang cermin lalu Milah menutupnya guna kain. Bapak Milah
yang berada di luar rumah pun membebel "Eh kenapa lambat si budak Milah ni". "Ye
bapak" kata Milah sambil berlari membuka pintu. "Apa yang bunyi bising tadi?" tanya
bapak Milah. "Pinggan pecah pak dilanggar jebon" jawab Milah.
Bapak Milah pun berjalan masuk ke dalam rumah. Milah pun bertanya "Bapak
kejar Jebon tadi dapat tak?". Bapaknya pun menjawab "Tak dapat. Dia lari laju macam
pelesit ssup ssap ssup ssap terus hilang. Kalau aku dapat memang aku cincang putus
dua. Milah kenapa kau tutup cermin ni?". "Kilatlah bapak" kata Milah selamba. "Mana
kilat? Hujan takde, guruh takde. Mana kilatnya" kata bapak Milah sambil membuka
kain tutup cermin. Re mengikut setiap gerak geri bapak Milah. Lalu bapak Milah
bertanya "Milah, kenapa muka bapak lain?. "Agaknya cermin tu mengejeklah bapak".
"Re terus mengikut setiap gerak geri bapak Milah namun mereka bertukar posisi tempat.
Bapak Milah berasa hairan dan baru perasan rupanya itu Jebon. Re yang terkejut lalu
berlari mengambil pedang dan menghulurkan pedang itu kepada bapak Milah. "Haa
terima kasih. Jebon!" kata bapak Milah sambil mengejar Re dengan pedang. Re yang
lalu di hadapan rumah Mi dan berkata kepada Do "Tunggu! Tak dapat lagi lah. Kau
pulak pergi!". Do yang mendengarkan itu mengeluh dan berkata "Masing-masing tak
boleh harap!".
Sementara itu bapak Milah terus mengejar Re sementara itu Do ke rumah Milah.
Do mengetuk pintu rumah Milah. "Siapa?" tanya Milah. "Mat of Zorro" jawab Do
selamba. Beberapa minit Milah pun membuka pintu. "Bolehkah ana masuk ke dalam?"
tanya Do. "Silakan Mat of Zorro" kata Milah sambil menunjuk ke dalam rumah. Do
pun masuk ke rumah Milah. "Eh, apa awak nak?" tanya Milah. "Nak minta pinjam
RM100 lah" kata Do dengan nada tidak malu. "Oh tadi yang datang minta durian lah
nasi lah nak duit sebenarnya?" kata Milah. "Oh minta durian ye?" tanya Do. Milah pun
menjawab "Haah" dan Do pula berkata "Duit...". "Tak malu, orang jantan mintak duit
dekat orang perempuan. Nah! sambil menghulurkan duit dan bertanya Bila nak bayar?".
Do pun mengambil duit dari tangan Milah dan berkata "Esok, esok mesti untung. Ha
lagi satu. Nak pinjam gitar". "Nanti sekejap ye" kata Milah. Tiba-tiba bapak Milah
mengetuk pintu. "Kejap bapak" kata Milah sambil menyuruh Do bersembunyi di
25
25
belakang cermin. "Milah cepat bukak pintu" kata bapak Milah lagi. "Ye bapak. Datang
ni" kata Milah sambil membuka pintu dan bertanya kepada bapaknya dapat kejar Jebon
tadi atau tak. Bapak Milah terus berkata "Tak dapat. Dia lari lebih dari pelesit ssup ssup.
Bapak dah bilang jangan tutup cermin sambil buka kain di cermin. Kau ni degil lah.
Alangkah terkejutnya 3 Jebon jelir lidah disebalik cermin. Lalu, bapak Milah pengsan
kerana terkejut.
Pada suatu hari Do, Re dan Mi sibuk menyediakan ubat untuk jualan mereka esok.
Do, Re dan Mi bernyanyi di pasar untuk menarik perhatian orang membeli ubat mereka.
Orang ramai berebut membeli ubat mereka. Sesudahnya mereka menjual ubat, lalu Do
menghulurkan duit kepada Mi dan Re sambil bahagiannya masukkan ke dalam
poketnya. Manakala, Re ternampak ada beberapa bahagian duit yang lebih dan bertanya
kepada Do "Yang itu??" . Do menjawab "Nii bahagian Milah". Re tahu yang itu
bahagian Milah tetapi tunjuk duit yang ada di tangan Do. " Ni modal untuk niaga esok
lah" jawab Do. Re pun berkata "Oh ye tak ye juga. Eh marilah sediakan barang jualan
esok pulak". Maka dengan itu, mereka memulakan perniagaan seperti biasa dengan
menyanyi namun tiba-tiba orang ramai menyerbu mereka dan memusnahkan segala
ubat-ubatan yang dijual kerana dikatakan ubat tipu. Do, Re dan Mi pun melarikan diri.
TAMAT
26
26
27
27
NILAI MORAL
Dalam penghasilan sebuah filem, pengarah akan cuba yang terbaik dalam
menyampaikan persembahannya. Selain daripada skrip, idea dan jalan cerita yang
menarik, pengarah juga akan mengetengahkan nilai moral yang cuba disampaikan
kepada audien. Nilai moral yang ingin disampaikan tidak semestinya secara nyata atau
secara jelas, namun ada juga nilai moral yang disampaikan secara tersirat yang mana
memerlukan audien untuk berfikir dan mengkaji tentang nilai tersebut.
Nilai moral utama yang dapat diketengahkan dalam filem Do-Re-Mi adalah
sentiasa mengamalkan sifat jujur. Kita mestilah jujur dalam melakukan apa jua perkara
terutamanya dengan ahli keluarga. Sebagai contoh, watak Do dan isterinya Minah telah
menipu ibu bapa mereka demi mendapatkan duit untuk menyelesaikan hutang.
Penipuan yang dijalankan akhirnya memberi kesan buruk kepada hidup Do kerana
terpaksa bercerai dengan isterinya, Minah. Perkara ini jelas menunjukkan kejujuran
terutamanya dalam rumah tangga sangat diperlukan bagi mengelakkan runtuhnya
sesebuah isntitusi keluarga. Contoh lain yang boleh diambil adalah, pada akhir filem
ini, penipuan yang djialankan oleh Do, Re dan Mi telah diketahui oleh masyarakat
apabila ubat yang mereka jual tidak mendatangkan apa-apa manfaat. Oleh sebab itu,
segala barangan yang mereka jual telah di hancurkan oleh masyarakat setempat.
Perkara tersebut jelas membuktikan bahawa sifat jujur itu sangat penting dalam
kehidupan kerana apabila kita melakukan penipuan, hidup kita pasti tidak akan tenang
dan sentiasa dalam keadaan gelisah.
28
28
Penutup
Kesimpulan yang dapat kami buat di sini tentang projek karya philosophia ini
ialah projek ini sangat menarik dan memberikan kami pengalaman dalam pembikinan
drama iaitu drama yang diadaptasi oleh Seniman Agung Negara iaitu Allahyarham Tan
Sri P. Ramlee. Karya philosophia ini juga adalah merupakan satu cabang untuk
membina keyakinan diri dan mencungkil bakat agar dapat menjadi pendidik yang
berkualiti dan hebat. Ini kerana projek karya Philosophia ini mempunyai banyak
cabaran dan rintangan. Oleh itu, projek ini dapat memupuk sifat sabar dan
bertanggungjawab dalam diri para pelajar. Di samping itu, dalam pembikinan filem
“Do-Re-Mi” ini dapat memberikan banyak nilai dalam diri. Sebagai contohnya, sifat
jujur amat penting dalam hidup seseorang agar dapat menjadi seseorang yang di
pandang baik oleh masyarakat. Oleh hal yang demikian, dapat memberikan pengajaran
kepada audiens bahawa sifat yang tidak jujur akan memberikan kemudaratan kepada
diri kita. Kami berasa amat berbangga dan beruntung kerana dapat diberi peluang untuk
menghasilkan karya philosophia ini. Ini kerana, dapat mengenangkan kembali jasa yang
dicurahkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada negara kita. Kesimpulannya,
sebagai masyarakat Malaysia kita janganlah melupakan jasa-jasa masyarakat dahulu
yang memberikan hiburan dan lawak kepada kita sehingga ke hari ini.
29
29