KSSM PPKI
PENDIDIKAN SENI
VISUAL
TAJUK:
(Media Lukisan)
DISEDIAKAN OLEH: CIKGU AHLA-NAJWA
MEDIA LUKISAN
● Penghasilan lukisan menggunakan media
kering seperti pensel, arang, pen,oil
pastel, soft pastel dan pensel warna.
● Media kering merupakan bahan atau
media yang digunakan untuk melukis atau
menambahkan seri dan kecantikan
sesebuah lukisan
LUKISAN
Kerja hasil seni menggunakan warna dan bahan-bahan kering
(MEDIA KERING)
Pensel
Media yang biasa digunapakai dalam lukisan ialah media
pensel. Pensel dibuat daripada arang dan tanah liat. Terdapat
dua jenis pensel yang iaitu jenis pensel keras(H) dan lembut(B).
Teknik yang dapat dibuat dengan menggunakan media pensel
ialah teknik garisan, teknik gosokan, teknik titik, teknik lorekan,
dan teknik campuran.
Oil pastel c iri-ciri yang serupa dengan
pastel dan krayon.
Oil pastel terdiri daripada pigmen
yang dicampur dengan minyak dan
pengeringan lilin yang tidak kering.
Arang
• Arang asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar dan media yang
tertua sekali.
• Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yang maksimum, lembut,
lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam
kawasan yang luas pada masa yang singkat.
• Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan
memadam.
Pen
Media lain yang sesuai digunakan untuk melukis ialah media pen. Pelbagai pen
yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen
teknikal, pen marker dan sebagainya.
Teknik yang dapat dibuat dengan menggunakan media pen ialah teknik garisan,
teknik gosokan, teknik titik, teknik lorekan dan teknik campuran.