The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by topanasia, 2021-01-14 20:49:52

Buku Aktiviti Bahasa Melayu 5A SJKC







五年级

国文 活动本 5A
国文




©PAN ASIA PUBLICATIONS


BUKU AKTIVITI
Y
B AHA S A MELA U
BAHASA MELAYU



SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA

100% 根据最新 KSSR Semakan 课本编写























额外资料








姓名:.....................................................


班级:.....................................................


学校:.....................................................




根据 Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) 编写

K
Kandungan
andungan









Tema 1 Keluarga Tercinta

Unit 1 Riangnya Keluargaku ................................................................... 1 – 5
Unit 2 Keluarga Bestari .......................................................................... 6 – 10
Unit 3 Hadapi Bersama-sama ................................................................ 11 – 14


Tema 2 Perpaduan Tunjang Keharmonian

Unit 4 Bersama-sama Pupuk Perpaduan ............................................... 15 – 18
Unit 5 Hidup Berjiran Amalan Kita .......................................................... 19 – 22

Unit 6 Rakyat Bersatu Negara Maju ....................................................... 23 – 26


Tema 3 Pastikan Selamat Di Mana-mana

Unit 7 Sentiasa Peka Setiap Masa ......................................................... 27 – 30
Prihatin Pasti Selamat .................................................................. 31 – 34
Unit 8 ©PAN ASIA PUBLICATIONS
Unit 9 Bersiap Sedia Hadapi Kemungkinan ........................................... 35 – 38



Tema 4 Integriti Dalam Kehidupan
Unit 10 Bersikap Jujur .............................................................................. 39 – 42

Unit 11 Integriti Menyejahterakan Sekolah .............................................. 43 – 46
Unit 12 Nilai Integriti ................................................................................. 47 – 50


Ujian Pertengahan Tahun ........................................................................... 51 – 62
Jawapan ..................................................................................................... 63 – 70


















ii

Unit Riangnya Keluargaku
1





Mendengar dan Bertutur Buku m.s. 2 1.1.1
Teks

Rumah Idaman

©PAN ASIA PUBLICATIONS
A Lengkapkan perbualan di bawah menggunakan ayat yang sesuai. Kemudian,
lakonkan perbualan.

Boleh saya bantu? Wah, sungguh menarik rumah ini!

Kami datang ke sini untuk mencari rumah baharu yang sesuai.


Situasi 1


Chun Han : Selamat datang ke Syarikat Perumahan Bina Jaya Berhad.

(1)

Encik David : Terima kasih. (2)
Chun Han : Saya mencadangkan supaya keluarga encik membeli rumah
banglo ini. Lokasinya di Taman Bahagia. Rumah ini sangat besar
dan luas. Rumah ini berhampiran dengan sekolah. Terdapat juga
taman rekreasi yang cantik di kawasan perumahan ini.

Encik David : (3)




Situasi 2 KBAT Menganalisis

Puan Maria : Yin Yin, sebut semula lokasi rumah yang mahu ayah beli itu.

Yin Yin : (4)



Encik David : Wong Jun, apakah keistimewaan rumah tersebut?

Wong Jun : Keistimewaan rumah tersebut ialah (5)









1.1.1 Mendengar, mengecam sebutan dan menyebut semula ujaran yang terdapat dalam situasi formal.
Tahap Penguasaan
Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang 1
1 2 3 4 5 6

Membaca Buku m.s. 3 2.1.1
Teks

Ceria Bermain


A Baca dan fahami maklumat tersurat dan tersirat dalam petikan. Kemudian, berikan
respons. Isi tempat kosong dalam jadual di bawah. KBAT Menganalisis


Wong Jun dan Yin Yin suka bermain catur. Mereka
©PAN ASIA PUBLICATIONS
bermain catur pada waktu lapang. Mereka berhasrat
untuk mewakili sekolah dalam permainan catur.
Wong Jun dan adiknya mengamalkan sikap
positif dalam permainan catur. Mereka tidak pernah
bergaduh semasa bermain. Mereka berusaha
bersungguh-sungguh untuk menang dalam setiap
permainan.
Walaupun Yin Yin sukar untuk mengalahkan
abangnya, dia tidak pernah berputus asa untuk
menang. Dia akan mencari strategi untuk mengalahkan abangnya dalam permainan
itu. Wong Jun selalu memberikan semangat kepada adiknya.





Maklumat tersurat Maklumat tersirat Respons
Mereka bermain catur Mereka tidak suka Kita perlu mengisi masa
pada waktu lapang. membazirkan masa. lapang (1)



Mereka berhasrat untuk Mereka mempunyai
mewakili sekolah dalam cita-cita untuk mewakili (2)
permainan catur. sekolah.



Mereka berusaha
bersungguh-sungguh (3) (4)
untuk menang dalam
setiap permainan.
.
Wong Jun selalu
memberikan semangat (5) (6)
kepada adiknya.





2.1.1 Membaca dan memahami maklumat tersurat dan tersirat untuk memberikan respons.
Tahap Penguasaan
2 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang
1 2 3 4 5 6

Menulis Buku m.s. 4 3.1.1
Teks

Gembira Bercuti


A Tulis semula perenggan di bawah dalam bentuk tulisan berangkai.





©PAN ASIA PUBLICATIONS





























Keluarga Wong Jun melawat ke Zoo Negara pada hari Ahad yang lalu. Terdapat
banyak pengunjung pada hari itu. Mereka melihat pelbagai jenis haiwan di sana
seperti singa, zirafah, ular dan tapir. Wong Jun dan Yin Yin sempat bergambar
bersama haiwan. Mereka sangat gembira kerana dapat melawat ke Zoo Negara.

























3.1.1 Menulis ayat dalam perenggan secara mekanis dalam bentuk tulisan berangkai.
Tahap Penguasaan
Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang 3
1 2 3 4 5 6

Seni Bahasa Buku m.s. 5 4.1.1
Teks

Keluarga Adiputera


A Lengkapkan dialog di bawah dengan peribahasa yang sesuai. Kemudian, lakonkan
dialog.

langkah kanan cerdik seperti kancil cari jalan berganding bahu
©PAN ASIA PUBLICATIONS
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing bagai telur di hujung tanduk

Wong Jun sekeluarga sedang menonton filem “Keluarga Arjuna” yang disiarkan melalui
televisyen.

Arjuna : Ayah, kita mesti meninggalkan kawasan yang berbahaya ini. Nyawa


kita (1) .
Ayah Arjuna : Usah risau, anakku. Ayah akan (2)
untuk menyelesaikan masalah kita.

Arjuna : Ayah (3) , pastilah ayah
ada jalan untuk menyelamatkan sekeluarga kita.

Ayah Arjuna : Ingat, (4) .
Kita perlu menyelesaikan masalah ini bersama-sama.

Arjuna : Betul, ayah. Mari kita (5) untuk
keluar dari kawasan ini.
Ayah Arjuna : Mari anakku. Ayah berharap kita (6)
dengan mengikut arah anak sungai ini.



B Nyatakan dua pengajaran yang kamu dapat daripada filem “Keluarga Arjuna”.
KBAT Menilai


1.





2.






4.1.1 Bercerita dan mengujarkan dialog yang mengandungi peribahasa dan bahasa yang santun.
Tahap Penguasaan
4 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang
1 2 3 4 5 6

Tatabahasa Buku m.s. 6 5.1.1 (i), (ii)
Teks

Enaknya Menjamu Selera


A Kenal pasti kata nama am dan kata nama khas dalam petikan di bawah. Kemudian,
senaraikan kata nama am dan kata nama khas tersebut ke dalam peta bulatan.


Pada hari Sabtu yang lalu, Encik David dan keluarganya makan di Restoran
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Makanan Laut Huat Choi. Mereka ke sana dengan menaiki kereta Proton X70
yang baru dibeli oleh Encik David. Restoran itu terletak di tepi Pantai Harmoni, Port
Dickson. Suasana di pantai itu sungguh tenang.
Restoran itu dimiliki oleh jiran mereka, Encik Huat Choi. Beliau seorang
usahawan yang sangat berjaya. Dia mempunyai seramai dua puluh orang pekerja
di restorannya.
Selepas tiba di sana, mereka duduk di meja yang ditempah. Encik David
memesan pelbagai jenis makanan seperti udang, sotong dan ikan. Semuanya
sangat segar.

Masakan istimewa di restoran itu ialah Siakap Masak Tiga Rasa Huat Choi.
Rasanya sangat sedap. Mereka makan dengah penuh selera. Selepas makan,
mereka bersiar-siar di pantai.

















Kata Kata
Nama Nama
Am Khas

















5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks; (i) kata nama am, (ii) kata nama khas.
Tahap Penguasaan
Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang 5
1 2 3 4 5 6

Unit Keluarga Bestari
2





Mendengar dan Bertutur Buku m.s. 7 1.1.2
Teks

Bijaknya Adik

A Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan respons yang sesuai. Kemudian,
lakonkan perbualan.

Kamu boleh menghantar sajak kamu Ibu sangat bangga Sajak itu tentang
ke alamat yang ada pada majalah ini. dengan bakat kamu. apa?



pengorbanan seorang ibu membesar dan Wah, sungguh bagus sajak kamu
mendidik anaknya tanpa rasa penat lelah. ini!


Aleya : Ibu, Aleya telah menulis sebuah sajak yang istimewa untuk ibu.


Puan Fara : Betulkah? (1)


Aleya ©PAN ASIA PUBLICATIONS
: Sajak ini tentang (2)



Puan Fara membaca sajak yang ditulis oleh Aleya.


Puan Fara : (3)
Hantarlah sajak ini ke majalah.

Aleya : Terima kasih, ibu. Bolehkah ibu menunjukkan caranya?


Puan Fara : Boleh, Aleya. (4)




Aleya : Oh, begitu! Aleya akan menghantar sajak ini pada hari Sabtu ini.


Puan Fara : (5)
Ibu berharap kamu akan terus mengasah bakat ini.
Aleya : Baiklah, ibu.



1.1.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang diujarkan dalam situasi formal.
Tahap Penguasaan
6 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang
1 2 3 4 5 6

Membaca Buku m.s. 8 2.1.2
Teks

Pustaka Mini Keluarga


A Baca petikan di bawah. Kemudian, cari makna perkataan dengan merujuk kamus
atau media elektronik.

Encik Krishnan sangat mementingkan pendidikan anak-anaknya. Beliau selalu
menggalakkan anaknya, Siva dan Dewi membaca bahan bacaan yang bermutu.
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Beliau yakin bahawa membaca boleh meningkatkan ilmu pengetahuan.
Oleh sebab itu, Encik Krishnan menyediakan pustaka mini di rumah. Siva
dan Dewi membantu ibu bapa mereka menghias dan mengemas pustaka mini itu.
Mereka menampalkan gambar dan poster yang bermaklumat.
Encik Krishnan membeli pelbagai jenis buku untuk dimuatkan di pustaka
mini. Siva dan Dewi akan menjaga buku tersebut dengan baik dan menyusun buku
dengan rapi di rak buku.
Pada waktu lapang, Encik Krishnan sekeluarga akan membaca buku
bersama-sama. Jika tidak tahu makna sesuatu perkataan yang terdapat dalam
buku, Siva dan Dewi akan merujuk kamus untuk mencari maksudnya.
Encik Krishnan sentiasa memastikan anak-anaknya membaca buku. Beliau
juga menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anaknya dengan sama-sama
membaca buku.



1. mementingkan –


2. menggalakkan –

3. mini –


4. menghias –

5. menampalkan –


6. dimuatkan –

7. rapi –


8. lapang –

9. merujuk –


10. teladan –

2.1.2 Membaca dan merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan dan meneliti ejaan yang tepat mengikut susunan perkataan.
Tahap Penguasaan
Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang 7
1 2 3 4 5 6

Menulis Buku m.s. 9 3.2.1
Teks

Syabas, Abang!


A Tulis pendapat kamu berdasarkan gambar-gambar di bawah.

Dewi melihat gambar abangnya semasa kecil dan semasa dewasa. Dewi sangat kagum
akan kejayaan yang dicapai oleh abangnya.
1. Apakah pendapat kamu tentang sikap ibu bapa Dewi
©PAN ASIA PUBLICATIONS
terhadap abangnya?

bertanggungjawab – mengambil berat
Pada pendapat saya, ibu bapa Dewi sangat

bertanggungjawab dan



2.
Nyatakan pendapat kamu tentang hubungan keluarga
Dewi.

rapat – meluangkan masa – mengeratkan hubungan

Pada pendapat saya,





3.
Pada pendapat kamu, apakah punca kejayaan abang
Dewi dalam pelajarannya? KBAT Menilai










4.
Pada pendapat kamu, bagaimanakah cara untuk kita
berjaya seperti abang Dewi? KBAT Menilai











3.2.1 Membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat daripada sesuatu bahan multimedia.
Tahap Penguasaan
8 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang
1 2 3 4 5 6

Seni Bahasa Buku m.s. 10 4.2.1
Teks

Syair Keluarga Hebat


A Lafazkan syair di bawah. Kemudian, nyatakan pengajaran yang terdapat dalam
syair tersebut. KBAT Menganalisis


Rangkap 1
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Dengarlah ini sebuah janjiku,
Untuk keluarga hebatku,
Tiada yang mustahil di dunia baru,
Berusaha mencapai cita-cita itu.





Rangkap 2
Kesabaran membuka mataku,
Kegigihan menyentuh hatiku,
Akan aku pegang janji itu,
Mencapai cita-cita setinggi Kinabalu.




Rangkap 3
Kuingat pesanan keluargaku semua,
Usaha sampai berjaya,
Tuntutlah ilmu sampai bila-bila,
Tidak sekali berputus asa.




Rangkap 4
Kugenggam azam ini,
Menjadi ingatan dalam diri,

Jasa keluarga jangan dilupai,
Mereka sentiasa memberi motivasi.






Secara keseluruhan, syair ini mengisahkan





4.2.1 Melafazkan dan melagukan syair dengan irama yang sesuai serta menyatakan idea keseluruhan syair.
Tahap Penguasaan
Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang 9
1 2 3 4 5 6

Tatabahasa Buku m.s. 11 5.1.1 (iii)
Teks

Ayah Cemerlang, Ibu Gemilang


A Lengkapkan dialog di bawah dengan kata ganti nama yang sesuai.





©PAN ASIA PUBLICATIONS



















siapa mereka kamu saya sana apa mana


Janet : Itu gambar (1) , Farah?

Farah : Itu gambar ibu dan ayah (2) menerima Anugerah
Ibu Gemilang dan Ayah Cemerlang.


Mei Fung : Majlis anugerah itu diadakan di (3) ?
Farah : Majlis itu diadakan di Johor Bahru.

Janet : Adakah kamu ke (4) untuk menghadiri majlis
tersebut?
Farah : Ya, saya menghadiri majlis tersebut bersama keluarga saya.

Mei Fung : Penyampai anugerah itu (5) ?
Farah : Penyampai anugerah itu ialah Tan Sri Ng Yen Fong dan Datuk Seri Tuan
Ibrahim.
Janet : Tahniah, Farah kerana ibu bapa (6) mendapat
anugerah tersebut!
Farah : Terima kasih. Saya berasa bangga terhadap pencapaian ibu bapa saya.

(7) menunjukkan teladan yang baik kepada saya.


5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks; (iii) kata ganti nama.
Tahap Penguasaan
10 Sangat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang
1 2 3 4 5 6

©PAN ASIA PUBLICATIONS
















































Ingin menjadi penulis kami?
Sertai kami dengan menghantar
e-mel ke alamat
[email protected]
SEM. M’SIA RM6.30
www.panasiapub.com SABAH/ SARAWAK RM6.50
泛亚出版有限公司 ISBN





9 789674 664978


Click to View FlipBook Version