LAPORAN
BERGAMBAR
AKTIVITI
BULAN
KEBANGSAAN
2021
PANITIA
SEJARAH
MESYUARAT BULAN
12.08
N KEBANGSAAN 2021
8.2021
MENGHIAS PERSEKITARAN SEKO
17.8
KOLAH DENGAN JALUR GEMILANG
8.2021
PELANCARAN BULAN
15.08
UC
CIK
N KEBANGSAAN 2021
8.2021
CAPAN PERASMIAN OLEH
KGU ZAKARIA BIN MOHD SALEH
PERTANDINGAN BUKU S
SKRAP
INFO KUIZ ME
16.8.2021-
ERDEKA ONLINE
- 08.09.2021
BUKU SKRAP /TOKO
20.09
ANTA
OH MERDEKA – 15.8 -
9.2021
ARA PEMENANG
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
Bapa Kemerdekaan Malaysia
1
ISI KANDUNGAN
1. BIOGRAFI M/S 3 - 4
2. KERJAYA M/S 5 – 6
3. SUMBANGAN DAN PERJUANGAN M/S 7
4. USAHA-USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN
M/S 8
5. KEMERDEKAAN TANAH MELAYU M/S 9
6. USAHA-USAHA SELEPAS KEMERDEKAAN
M/S 10
7. PENUBUHAN MALAYSIA M/S 11 - 12
8. PERSARAAN M/S 12 - 14
9. KOLEKSI FOTO M/S 15
2
BIOGRAFI
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj diputerakan pada 8 Februari
1903 di Alor Star, Kedah. Tunku merupakan putera ke-20 kepada
Sultan Abdul Hamid Halimshah, Sultan Kedah yang ke-24 dan isteri
beliau iaitu bonda kepada Tunku Abdul Rahman bernama Nearng
atau lebih dikenali sebagai Makche Menjalara. Bonda yang
dicintai itu adalah seorang keturunan Thai anak kepada Luang
Nara Borirak (Kleb), keturunan Chao Phya Maha Kota, Ketua
Negeri Mataban dalam jajahan Siam di Shan Utara Thailand.
Tunku dilahirkan di istana . Tunku tinggal di Istana Kota Lama yang
dikenali sebagai ‘Istana Tiga Tangga’. Nama timangan Tunku ialah
‘Awang’ yang disebabkan kulitnya yang hitam manis akibat
bermain panas manakala Ayahandanya memanggil beliau
dengan nama ‘Putra’. Beliau Putera Raja yang mempunyai adik
beradik yang ramai dan kaum kerabat yang besar jumlahnya,
tetapi tidak dalam lingkungan yang akan mewarisi takhta kerajaan
negeri. Tuhan telah menentukannya menjadi menjadi pemimpin
rakyat seluruh negara. Pemerintahannya itu tidak berdasarkan
warisan tetapi atas pemilihan rakyat.
Pada usianya enam tahun belajar di salah sebuah sekolah Melayu
di Alor Star dan kemudian sekolah Government English School.
Pada tahun 1913, ketika Tunku berusia sepuluh tahun, bondanya
menghantarnya ke Bangkok untuk tinggal bersama-sama
kakanda sulungnya Tunku Yusuf yang sedang bertugas di situ.
Beliau telah dimasukkan ke Sekolah Debsurin. Kemudiannya Tunku
pulang ke Kedah dan menyambung pelajaran di sekolah Melayu
pada tahun 1916, sebelum memasuki Penang Free School. Semasa
3
usia Tunku tujuh belas tahun, beliau dihantar oleh keluarganya ke
seberang laut untuk menuntut pelajaran di St. Catherine’s College,
Universiti Cambridge, England.
Walaupun rekod akademiknya tidak suatu yang boleh
dibanggakan, beliau adalah orang Melayu yang pertama dari
Kedah yang lulus dari sesebuah Universiti Inggeris pada tahun 1925
dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-undang
dan Sejarah dari Universiti Cambridge. Pada tahun 1926 beliau
pulang ke Tanah Melayu tetapi empat bulan kemudian,
kakandanya Tunku Ibrahim, Raja Muda Kedah ketika itu
menghantarnya kembali ke England untuk melanjutkan pelajaran
undang-undangnya di Inner Temple bagi membolehkan beliau
mendapat kelayakan menjadi peguam atau majistret. Malangnya
Tunku tidak dapat menumpukan minatnya dalam undang-undang
dan gagal mendapatkan sebarang kelayakan dan pulang ke
tanahair lima tahun selepas ituPada tahun 1933, Tunku berkahwin
dengan seorang gadis Cina yang memeluk agama Islam dan
mengambil nama Meriam. Mereka dikurniakan dua orang anak,
Tunku Khadijah dan Tunku Nerang.
4
KERJAYA
Tunku memulakan kerjayanya dengan berkhidmat sebagai
Penolong Pegawai Daerah, selepas itu Pegawai Daerah di
beberapa Daerah di Kedah. Pada tahun 1935, ketika Tunku
bertugas di Kuala Nerang, beliau telah memperjuangkan agar
keadaan kesihatan dan perubatan di situ diperbaiki, kerana
daerah itu sarang malaria. Malangnya isteri Tunku sendiri diserang
penyakit itu dan kemudiannya meninggal dunia. Sekali lagi Tunku
menyambung pelajaran undang-undang di England, pada tahun
1938, tetapi waktu Perang Dunia Kedua terpaksa pulang ke
tanahair dan beliau dilantik menjadi Pegawai Daerah Sungai
Petani dan kemudian Kulim. Sebelum itu Tunku telah berkahwin
dengan Violet Coulsan dari England, tetapi jodoh tidak panjang.
Pada tahun 1939 Tunku bertemu jodoh dengan Sharifah Rodziah
Binti Syed Alwi Barakhah. Perkahwinan mereka bahagia, kekal
hingga akhir hayat Tunku.
Pada tahun 1940 Tunku dilantik menjadi Timbalan Pengarah
Pertahanan Awam, Kedah Selatan. Apabila Jepun menyerahkan
Kedah kepada negara Thai pada tahun 1941, Tunku dilantik
menjadi Penyelia Pelajaran. Jawatan ini dipegangnya hingga
British berkuasa semula di Kedah dan di seluruh negara.
Di dorong oleh keazaman yang kuat Tunku ke England pada tahun
1947 untuk menghabiskan pelajarannya di Inns of Court. Di sini
beliau bertemu dengan Tun Abdul Razak yang jauh lebih muda
darinya. Tunku menjadi Yang Dipertua Kesatuan Melayu United
Kingdom dan Tun Razak menjadi Setiausahanya. Dalam umur 46
tahun Tunku berjaya menjadi seorang Barrister iaitu satu peringkat
yang agak tua. Beliau berjenaka bahawa dirinya adalah satu-
satunya pelajar dalam Inner Temple yang diterima ke Bar setelah
menuntut selama 25 tahun.
5
Setelah tamat perang dunia yang Kedua Tunku turut menyertai
politik menentang Malayan Union dan membangkitkan kesedaran
ke arah kemerdekaan. Bersama-sama dengan pemimpin-
pemimpin lain dalam UMNO, beliau berusaha menyatupadukan
tenaga orang-orang Melayu. UMNO telah ditubuhkan dengan
dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar bagi menyahut kehendak-
kehendak kebangsaan Melayu tetapi dalam beberapa hal dasar,
Tunku tidak bersetuju dengan pendapat yang ada.
Pulang ke tanahair, beliau berpindah ke Kuala Lumpur untuk
menjadi Timbalan Pendakwa Raya di bawah Jabatan Undang-
Undang Persekutuan dan kemudiannya Presiden Session Court.
Tetapi perkembangan politik dalam UMNO dan di luarnya amat
pesat seolah-olah menantikan seseorang pemimpin tertentu untuk
mengetuainya. Pada bulan Ogos 1951 terjadilah satu krisis dalam
UMNO yang menyebabkan Datuk Onn meletakkan jawatannya
sebagai Yang Dipertua. Waktu itu ada beberapa tokoh UMNO
yang boleh mengambil alih tempat Datuk Onn, tetapi pemimpin-
pemimpin parti yang ada bersetuju memilih Tunku. Dengan itu,
jadilah Tunku Yang Dipertua UMNO yang ke-2 sampai selama 20
tahun kemudian.
6
SUMBANGAN DAN PERJUANGAN
Pada waktu permulaaan pimpinan Tunku, tugas terpenting ialah
bagi memupuk kerjasama antara kaum dan mencapai
persetujuan atas perkara-perkara pokok bagi pemerintahan
negara merdeka. Tunku berusaha dengan yakin, sabar dan
tawakkal bagi menyatupadukan kaum-kaum di samping menjaga
keutuhan bangsa Melayu dan MCA (Pertubuhan Cina Tanah
Melayu) yang ditubuhkan pada tahun 1952 di kawasan-kawasan
majoriti bukan Melayu. Hasilnya “Perikatan” UMNO-MCA telah
memberi kemenangan kepada kedua-duanya.
Menjelang pilihanraya 1955 Perikatan ini disertai pula oleh MIC
(Kongres India Tanah Melayu) sebagai mewakili kaum India.
Dengan pertubuhan Perikatan ini semua kaum-kaum yang penting
adalah terwakil dalam sebuah badan politik yang terbesar
bergerak menuju kemerdekaan.
Kata sepakat yang dahulunya susah untuk dicapai kerana parti-
parti tidak mempunyai pendapat yang sama, sekarang boleh
diselesaikan secara konsensus dalam Perikatan. Soal kerakyatan
ditimbulkan dimana bukan Melayu menghendaki kelonggaran
yang lebih sedangkan orang Melayu mempertahankan syarat-
syarat yang ketat. Soal-soal lain termasuk hak-hak istimewa bagi
orang-orang Melayu, penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan dan asas dasar pelajaran kebangsaan dan Islam
sebagai agama rasmi.
7
USAHA-USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN
Setelah tercapai persetujuan mengenai cara-cara
mengendalikan negara, pemimpin-pemimpin Perikatan
mengemukakan kepada Kerajaan British. Rombongan pertama
Perikatan ke London telah dibuat pada tahun 1954 tetapi tidak
beroleh kejayaan. Pada Julai tahun 1955 telah berlangsung
pilihanraya umum yang pertama telah diadakan di mana
Perikatan mencapai kejayaan cemerlang dengan beroleh 51
daripada 52 kerusi yang ditandingi. Dengan majoriti yang
diperolehi itu, perikatan membawa satu rombongan lagi ke
London, diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri
dan Menteri Dalam Negeri.
Sebagai Ketua Menteri, Tunku berusaha sedaya upaya untuk
menamatkan pengganasan komunis secara damai. Pada 9
September 1955, beliau mengisytiharkan pengampunan bagi
pengganas-pengganas komunis yang menyerah diri. Berikutan
daripadanya, Rundingan Baling diadakan pada 28 hingga 29
Disember 1955 antara Parti Komunis Tanah Melayu, diwakili oleh
Chin Peng, Chin Tien dan Rashid Maidin; dengan Kerajaan yang
diwakili oleh Tun Tan Cheng Lock dan Tunku. Rundingan ini gagal.
Chin Peng menolak cadangan Tunku agar komunis meletak
senjata tanpa syarat. Semakin teguhlah azam Tunku hendak
menewaskan pengganas komunis. Lima tahun kemudian, usaha
bersama seluruh rakyat telah berjaya menamatkan Darurat yang
disebabkan oleh pengganasan komunis.
Pada tahun 1956, Tunku mengetuai rombongan ke London untuk
berbincang dengan Kerajaan British mengenai Kemerdekaan
Tanah Melayu, yang terdiri daripada empat orang wakil Raja-raja
Melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan, dapat meyakinkan
Kerajaan British supaya menetapkan tarikh Kemerdekaan iaitu 31
Ogos 1957.
8
KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Pada 30 Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor, ketika jam tepat
pukul 12 tengah malam, bendera Tanah Melayu pun dinaikkan,
mengambil tempat Union Jack. Awal pagi esoknya, 31 Ogos, di
Stadium Merdeka, Tunku membaca Pengisytiharaan
Kemerdekaan. Dalam kedua-dua peristiwa itu, pekikan
“Merdeka!” daripada Tunku berkumandang disambut gembira
oleh ribuan rakyat disitu dan jutaan lagi yang mengikuti siaran
radio.
https://youtu.be/NIq5H6MMJBw
9
USAHA-USAHA SELEPAS KEMERDEKAAN
Setelah negara merdeka pada tahun 1957 dan Tunku Abdul
Rahman menjadi Perdana Menteri yang pertama, usaha-usaha
dibuat bagi mengukuhkan pemerintahan negara melalui
perpaduan rakyat dan kemajuan ekonomi. Rancangan Malaya
yang pertama, dimulakan sejak 1956, adalah bertujuan untuk
mengisikan kemerdekaan dengan pembangunan.
Pada tahun 1960, keadaan darurat yang telah berjalan selama 12
bulan diisytiharkan tamat. Sebelumnya, pada Disember, tahun
1955, rundingan telah diadakan antara Tunku dan lain-lain dengan
pemimpin-pemimpin Parti Komunis Malaya bagi menyelesaikan
permusuhan. Apabila komunis tidak setuju membubarkan parti
mereka, pihak Perikatan menolak sama sekali perundingan
dengan mereka.
Dari segi hubungan luar, Kerajaan Perikatan di bawah pimpinan
Tunku cuba berbaik-baik dengan semua negara tetapi menolak
persahabatan dengan negara-negara Komunis memandang
kepada ancaman Komunis di dalam negeri. Tanah Melayu
menyertai secara aktif dalam politik antarabangsa seperti
mengaggotai Bangsa-bangsa Bersatu dan badan-badan yang
ditubuhkannya, menjadi ahli Komanwel British, mengambil sikap
menentang dasar Apartheid Afrika Selatan, menyokong
perjuangan rakyat Palestin dan menghantar tentera ke Congo bila
peperangan saudara meletus di sana.
Untuk persahabatan serantau, Tunku telah mengasaskan ASA atau
Pertubuhan Asia Tenggara pada tahun 1961 dengan dianggotai
oleh Malaya, Filipina dan Thailand. Kemudiannya pertubuhan ini
dibubarkan untuk membuka jalan kepada Penubuhan ASEAN
pada tahun 1967. Pada tahun kemudian ini juga, hubungan
dengan negara-negara bloc komunis mula diadakan.
10
PENUBUHAN MALAYSIA
Pada bulan September 1963, wilayah negara telah diperluaskan
dengan Penubuhan Malaysia mangikut cadangan Tunku supaya
semua negeri-negeri di bawah pemerintahan British di Asia
Tenggara digabungkan ke dalam sebuah Persekutuan bersama-
sama dengan Malaya yang telah pun merdeka itu. Atas jasanya
itu, Tunku diberi gelaran “Bapa Malaysia”.
Dalam penubuhan Malaysia ini, tidak disangka-sangka mendapat
tentangan hebat dari rejim Sukarno. Maka dengan itu berlakulah
Konfrontasi antara dua negara serumpun dan tamat hanya
apabila rejim Sukarno diguling pada bulan Oktober 1965 oleh
tentera. Di samping itu, Malaysia menghadapi tuntutan ke atas
Wilayah Sabah oleh kerajaan Filipina yang berlanjutan ke hari ini.
Dalam keadaan negara menghadapi ancaman dari luar, tercetus
pula satu pergolakan politik yang hebat dalam negeri, melibatkan
kerajaan pusat di bawah pimpinan Perikatan dengan kerajaan
Singapura pimpinan PAP. Pimpinan PAP menjalankan kempen
yang luas di dalam dan luar negeri bagi memburukkan kerajaan
pusat. Akibatnya permusuhan antara Melayu dan orang China
makin bertambah teruk sehingga boleh mencapai paras bahaya.
Tunku mengambil keputusan untuk menyingkirkan Singapura dari
Malaysia.
Menjelang tahun 1969, ketegangan kaum ini, Tunku telah dengan
berat hati mengampuni 11 orang pemuda (9 keturunan China)
yang telah dihukum mati oleh mahkamah kerana bersubahat
dengan pihak musuh di waktu Konfrontasi Indonesia dahulu. Tetapi
kemurahan hati Tunku ini telah disalahertikan oleh parti-parti
pembangkang sebagai kelemahan. Suasana perkauman bertiup
sampai ke kemuncak dan meletus dalam peristiwa 13 Mei 1969.
11
Bagi memulihkan keadaan yang tegang dalam negara, Parlimen
telah digantung dan di atasnya tertubuh Majlis Gerakan Negara.
Tunku masih menjadi Perdana Menteri tetapi pengarah Mageran
telah diserahkan kepada Tun Abdul Razak. Pada 22 September
1970, Tunku meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri,
setelah mendapat kepastian dari pimpinan baru bahawa negara
akan kembali kepada demokrasi dan Mageran dibubar setelah
keamanan pulih semula. Pada Februari 1971, Tunku tidak
bertanding lagi untuk jawatan UMNO.
PERSARAAN TUNKU ABDUL RAHMAN
Setelah bersara dari politik tanahair, Tunku bertolak ke Jeddah
untuk memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Sekretariat
Islam yang pertama. Di waktu memegang jawatan ini, banyak
usaha-usaha yang dibuat oleh Tunku bagi memupuk kerjasama
dan persaudaraan antara negara-negara Islam. Syor-syor
dikemukakan bagi kemajuan umat Islam dalam bidang ekonomi
seperti penubuhan bank Islam, kegiatan di bidang agama dan
juga kebudayaan.
Minat Tunku dalam kemajuan orang-orang Islam dan agama Islam
bukanlah baru. Sewaktu menjadi Perdana Menteri, beliau telah
mengilhamkan pertandingan Al-Quran di peringkat negeri dan
antarabangsa yang mengharumkan nama Malaysia. Kembali ke
tanahair, Tunku terus bergiat dalam bidang dakwah membantu
orang-orang bukan Melayu memeluk agama Islam. Kini Tunku
mengetuai PERKIM atau Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia.
12
Dalam bidang sukan, Tunku adalah bertanggung jawab
menghidupkan semangat kesukanan dalam negara. Beliau
adalah pengasas Pesta Bola Merdeka yang begitu popular dan
disambut baik oleh negara-negara lain di Asia. Beliau pernah
menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia dan Presiden
Konfederasi Bolasepak Asia. Beliau sendiri sangat suka bermain
bola di waktu mudanya, dan sebelum merdeka pernah menjadi
Presiden Persatuan Bolasepak Melayu dan Presiden Persatuan
Bolasepak Selangor.
Pendeknya Tunku ialah seorang yang istimewa dilahirkan untuk
memimpin manusia dalam keadaan yang mencabar seperti di
Malaysia. Pemimpin-pemimpin yang luas pengetahuan
akademiknya ataupun petah bercakap belum tentu dapat
mengemudikan negara ini di celah liku-liku perkauman yang
menghendaki kebijaksanaan dan kesabaran yang bukan
sedikit.Tunku tidak ada ilmu yang banyak, tetapi peribadinya
memupuk satu rasa keyakinan pada orang-orang yang
mendampinginya.
13
Tunku meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 22
September 1970 dan sebagai Presiden UMNO diumumkan pada 24
Januari 1971 dalam Perhimpunan Agung UMNO. Tunku Abdul
Rahman mangkat pada 6 Disember 1990.
14
KOLEKSI FOTO
15
SEKOLAH KEBAN
SYED
Panitia Pend
ACARA YANG DIPERT
Pertand
DIJALANKAN P
NGSAAN TUN DR
NASIR
didikan Muzik
TANDINGKAN
dingan Nyanyian Lagu Patriotik
Tahap 1
Dan
Tahap 2
PADA 17 OGOS 2021 – 30 OGOS 2021
PANITIA REKA
TEKNOLOGI &
MAKLUMAT D
PERTANDINGAN REKA
KREATIF SEMPENA B
A BENTUK DAN
& TEKNOLOGI
DAN KOMUNIKASI
A CIPTA DAN PENGUCAPAN
BULAN KEBANGSAAN 2021
ANJURAN
BERSAMA :
PANITIA RBT, TMK
&
JENIS – JENIS
PERTANDINGAN
TAHAP 2
• PROJEK REKA CIPTA BAHAN
TERPAKAI
• PENGUCAPAN KREATIF
PERTANDINGAN
REKA CIPTA
TAHUN 4
PERTANDINGAN
REKA CIPTA
TAHUN 5