The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK TUN DR SYED NASIR KALI KE-47

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurfadhlin98, 2023-08-19 03:46:43

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK TUN DR SYED NASIR KALI KE-47

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK TUN DR SYED NASIR KALI KE-47

Disempurnakan oleh : EN. MOHD Z AFFINDI BIN MOHAMED ALI Pengurus Felda Pasak 20 OGOS2023 | AHAD | 2.00PETANG DEWANTERBUKAIBNUSINA,SKTDSN S K T U N D R S Y E D N A S I R K A L I K E - 4 7


Ketibaan Jemputan dan Pendaftaran Ketibaan Perasmi Nyanyian Lagu Bangsa Johor Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan Doa Persembahan Murid Ucapan Guru Besar, SKTDSN Ucapan YDP PIBG, SKTDSN Ucapan Perasmi Pelancaran Gimik Tabung Surau Cikgu Zakaria bin Mohd Salleh Tn. Hj. Mohd Fuad bin Mohd Kamal Encik Mohd Z Affindi bin Mohamed Ali (Pengurus Felda Pasak) Rehat / Jamuan VIP 1 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-47 Cabutan Bertuah Bersurai


2 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang. SK Tun Dr Syed Nasir sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan ini adalah hasil kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu, sumbangan PIBG dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah. Sekian, terima kasih. G U R U B E S A R Encik Zakaria bin Mohd Salleh GURU BESAR, SK TUN DR SYED NASIR


3 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat llahi kerana dengan izin-Nya dapat kita mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SK Tun Dr Syed Nasir untuk kali yang ke-47 bagi tahun 2023. Saya mengharapkan pada tahun 2023 merupakan tahun yang agak mencabar untuk semua Ajk PIBG berkerja dengan lebih kuat lagi berbanding dengan tahun-tahun sebelum. Pihak PIBG SK Tun Dr Syed Nasir sentiasa memandang serius berkaitan keperluan anak-anak di sekolah ini dan saya memohon semua warga sekolah dan ibubapa mengembeling tenaga untuk kita sama-sama membantu pihak sekolah dalam meningkatkan mutu pendidikan dan pembangunan SK Tun Dr Syed Nasir. Hubungan yang baik antara ibu bapa dan guru amat penting bagi menjamin kesinambungan pendidikan dalam kalangan murid agar ianya dapat berjalan dengan sempurna dan berkesan. Permuafakatan antara ibu bapa dan guru juga dapat membina kerjasama dan gandingan mantap antara warga sekolah dan juga PIBG. Justeru itu, hubungan baik ini perlu diperkukuhkan bagi menyempurnakan misi yang tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Saya berharap agar pada tahun ini, PIBG dapat terus membantu pihak sekolah bagi mencapai sasaran dan harapan SK Tun Dr Syed Nasir bagi tahun ini dan juga tahun-tahun yang seterusnya. Akhir kata dari saya, saya mendoakan agar hubungan di antara PIBG, pihak sekolah dan masyarakat akan lebih erat bagi membuahkan hasil yang positif seterusnya akan dapat memberi kebaikan kepada semua pihak. Sekian, terima kasih. Y D P P I B G Tuan Haji Mohd Fuad bin Mohd Kamal YDP PIBG, SKTDSN


3 4 Memberi penerangan kepada ibu bapa dan penjaga tentang program-program yang telah dirancang untuk meningkatkan pencapaian anak-anak masingmasing. Seterusnya, memohon kerjasama ibu bapa serta penjaga agar segala program yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat. Mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan pihak sekolah. Menjalinkan hubungan warga sekolah dengan masyarakat. Membincangkan usul-usul yang dikemukakan oleh ibu bapa untuk meningkatkan peranan PIBG. Memberi pendedahan tentang aktiviti dan program yang dijalankan di sekolah.


5 Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Melestarikan Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


Ucapan Alu-aluan Pengerusi Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung yang lalu. Membincangkan perkara berbangkit Membentangkan Laporan Tahunan PIBG sesi 2021/2022 Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan Berakhir Disember 2022 Perbahasan dan penerimaan usul-usul Pembubaran AJK PIBG Pelantikan Pengerusi Sementara Pemilihan dan Pelantikan AJK PIBG dan Juru Audit Dalaman Hal-hal Lain Ucapan Penangguhan 6


MINI T MESYUARAT AGUNG PIBG KAL I KE-46 / 2022 SK TUN DR SYED NASIR TARIKH : 06 Julai 2022 TEMPAT : Dewan Terbuka, Sk Tun Dr Syed Nasir MASA : 2.00 Petang PERASMI : Encik Abd Jaid bin Paiman (Pengerusi Koperasi Felda Pasak) 01 NYANYIAN LAGU 1.1 Lagu Negaraku 1.2 Lagu Bangsa Johor 02 BACAAN DOA 2.1 Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Tn Hj Mohd Amir bin Sarbini. 03 UCAPAN GURU BESAR / PENASIHAT EX-OFFICIO PIBG, En. Zakaria bin Mohd Salleh 3.1 Ucapan aluan dan setinggi-tinggi penghargaan kepada En Abd Jaid bin Paiman, serta semua tetamu yang sudi hadir ke Mesyuarat PIBG Kali Ke-46 ini. 3.2 Beliau merakamkan ucapan terima kasih, tahniah dan syabas kepada ibu bapa, penjaga serta waris murid yang dapat hadir ke mesyuarat pada kali ini. Beliau memaklumkan bahawa ibu bapa murid SKTDSN adalah ibu bapa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 3.3 Bagi tahun 2022 secara peribadi beliau suka untuk menjemput dan mengalualukan tetamu Yang Berhormat, semua ahli-ahli perniagaan dan orang-orang kenamaan di sekitar pasak bagi tujuan pihak sekolah untuk memohon sumbangan menceriakan bangunan dan keperluan sekolah. 3.4 Beliau menegaskan bahawa wujudnya permuafakatan ibu bapa dan PIBG adalah bertujuan menjadikan sekolah lebih cemerlang pada masa akan datang. 3.5 Beliau memaklumkan bahawa pengibatan ibu bapa sangat perlu bagi bersamasama meningkatkan prestasi sekolah dalam semua aspek. 3.6 Tujuan mesyuarat PIBG ini diadakan adalah untuk merungkai isu-isu atau pun permasalahan yang dihadapi murid, ibu bapa seterusnya pihak sekolah dan ianya melibatkan persetujuan tentang kutipan yuran PIBG. 3.7 Pihak sekolah sekarang aktif untuk melatih dan memberi peluang kepada semua pelajar yang berkemampuan untuk menyertai acara memanah. Sekolah kita mempunyai guru yang bertauliah untuk mengajar anak-anak memanah. 3.8 Beliau menggalakan dasar pintu terbuka untuk ibubapa berbincang tentang permasalahan dan pembelajaran anak di sekolah. Pihak sekolah dan ibubapa akan cari jalan penyelesaian bersama. 3.9 Pihak sekolah memohon jasa baik Pengerusi Koperasi Pasak dalam membantu pihak sekolah untuk mendaptkan peruntukan PA System dan menaik taraf bumbung dewan terbuka. 7


04 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG En. Mohd Fuad bin Mohd Kamal 4.1 Ucapan kesyukuran dan selamat datang kepada para ibu bapa yang sudi hadir ke mesyuarat Agung PIBG SKTDSN Kali ke-46. 4.2 Beliau juga mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan mengucapkan terima kasih atas sokongan serta komitmen yang diberikan dalam membantu pihak PIBG menjayakan program-program yang dirancang. 4.3 Beliau mengharapkan kehadiran seperti ini berterusan untuk tahun-tahun akan datang. 4.4 Beliau meminta kerjasama daripada Ibu Bapa untuk hadir ke sekolah bagi membantu guru-guru menceriakan kelas seperti mengecat, memasang langsir dan sebagainya demi untuk anak masing-masing. 4.5 Harapan untuk Mesyuarat Agung pada tahun ini semoga dapat membincangkan isi-isu yang memberi manafaat dan penambahbaikan kepada kita semua warga sekolah dan semua ibu bapa. 4.6 AJK PIBG sesi 2021/2022 telah berusaha sebaik mungkin untuk membantu pihak sekolah dan banyak program telah dilaksanakan sepanjang tahun 2021/2022. 4.7 Harapan saya semoga AJK PIBG dapat berkerjasama berganding bahu melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin dalam apa jua Untuk makluman semua hadirin yang hadir, PIBG Sk Tun Dr Syed Nasir. 05 UCAPAN PERASMIAN Encik Abd Jaid bin Paiman (Pengerusi Koperasi Felda Pasak) 5.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menjemput beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Tun Dr Syed Nasir Kali Ke-46 bagi tahun ini. 5.2 Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang hadir khusus kepada Ibu Bapa murid-murid SKTDSN. Ini merupakan salah satu tanda sokongan dan kerjasama Ibu Bapa kepada pihak sekolah dalam memastikan kecemerlangan anak-anak. 5.3 Mesyuarat Agung PIBG seperti ini sangat baik untuk Ibu Bapa kerana di waktu inilah Ibu Bapa dapat mengetahui prestasi anak masing-masing, pencapaian dan kejayaan sekolah, serta berbincang apa jua perkara yang berkaitan dengan anak-anak khususnya pembelajaran mereka. 5.4 Beliau menegaskan kepada Ibu Bapa supaya tidak berkira tentang perbelanjaan persekolahan anak-anak kerana setiap bayaran yang diminta oleh pihak sekolah semuanya adalah untuk kegunaan pembelajaran anak-anak juga. 5.5 Beliau juga turut menegaskan bahawa pihak sekolah perlu berusaha untuk menubuhkan Koperasi sekolah bagi membantu pelajar-pelajar di sekolah ini yang memerlukan bantuan dari segi kewangan untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi lagi. 8


5.6 Pendidikan hari ini memerlukan pengorbanan , guru-guru ada tanggungjawab utama disamping ibubapa. Guru-guru tidak mampu untuk melaksanakan tugas berseorangan tanpa ada sokongan dari ibubapa. Ibubapa perlu sama-sama memainkan peranan dalam mendidik anak-anak. 5.7 Beliau berjanji akan cuba untuk membantu dalam menaik taraf pentas dewan dan PA system sekolah. Beliau akan menghubungi pihak sekolah secepat mungkin berkenaan sumbangan tersebut. 5.8 Ucapan terima kasih dan merasmikan mesyuarat Agung kali ke-46 06 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-45 TAHUN 2020/2021 6.1 Setiausaha telah membentangkan minit mesyuarat serta memohon pengesahan dari sidang mesyuarat. Beliau turut meminta maaf jika terdapat kesilapan dalam minit mesyuarat tersebut. 6.1.1 Dicadang untuk disahkan oleh Pn Maizura binti Yusof 6.1.2 Disokong untuk pengesahan oleh Pn Sharifah binti Mohd Noh 07 MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA LAPORAN PENYATA KEWANGAN TAHUN 2021/2022 7.1 Pn. Saimah Binti Kasmon membentangkan penyata kewangan bagi tahun 2021/2022 dan memohon pengesahan dari sidang mesyuarat. 7.1.1 Dicadang untuk disahkan oleh Pn Suhaila binti Sulaiman 7.1.2 Disokong untuk pengesahan oleh Pn Nur Firzana binti Yasir 08 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Tiada. 09 MEMBAHASKAN DAN MENERIMA USUL 9.1 Usul Pn Tumira binti Abu : · Hari sukan sekolah di adakan pada hari cuti persekolahan Respon Guru Besar, Hari sukan sekolah akan dipertimbangkan semula untuk diadakan pada hari cuti sekolah kerana kemungkinan besar sekiranya hari sukan diadakan pada cuti sekolah, pihak sekolah akan berhadapan dengan ketidakhadiran pelajar pada hari tersebut. 9.2 Usul Pn Nurul Eadah binti Tukiman : · Mencadangkan agar pembelajaran mata pelajaran Matematik bagi kelas Pra Sekolah menekankan operasi Tambah,tolak dan darab dan bahagi Mencantikkan lagi bangunan agar lebih ceria 9


10 Respon Guru Besar, Guru Pra Sekolah telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengajar mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Pihak sekolah telah berusaha untuk meningkatkan lagi kecerian sekolah, bangunan, taman-taman di sekitar sekolah dan pagar sekolah. Pihak sekolah telah berbincang dengan PIBG untuk membantu meningkatkan lagi keceriaan sekolah. 9.3 Usul Pn Simirahayu binti Sisis : Mencadangkan agar pihak sekolah memantau kuantiti makanan yang dijual di kantin sekolah supaya baik dan sihat untuk murid. Respon GPK HEM, pihak sekolah telah beberapa kali menegur dan telah meminta pihak pengurusan kantin sekolah meningkatkan kualiti dan kuantiti makanan untuk murid-murid. 9.4 Usul En Mohd Fuad bin Mohd Kamal : · Mencadangkan untuk memohon sumbangan sebanyak Rm 5.00 perkeluarga bagi menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti ko-kurikulum murid SKTDSN. Respon daripada Ibubapa sebulat suara bersetuju untuk menaikkan sumbangan sebanyak Rm10.00 perkepala untuk sumbangan kepada aktiviti kokurikulum SKTDSN. 9.5 Usul Baikpulih Padang dan Penyediaan Garaj Kereta Guru : Respon YDP PIBG, Usul ini pernah di bincangkan pada sesi mesyuarat agung yang lepas. Tidak dapat dilaksanakan kerana kos baikpulih yang tinggi. Bagi penyediaan garaj kereta guru, pihak PIBG sentiasa berusaha untuk menyediakan sebarang bentuk kemudahan bagi murid dan guru termasuk pembinaan garaj kereta. 9.5 Usul Penyediaan Loker untuk atasi isu beg berat Respon YDP PIBG, Usul ini pernah diperbincangkan pihak PIBG masih tidak dapat laksanakan kerana memerlukan kos yang besar. Respon Guru Besar,Berkenaan dengan isu beg berat ini telah dibuat pemeriksaan oleh KPM. Satu usaha yang dilakukan oleh sekolah ialah dengan mengurangkan bilangan matapelajaran yang diajar dalam sehari.


11 10 PEMBUBARAN AJK PIBG SK TUN DR SYED NASIR SESI 2021/2022 10.1 En. Mohd Fuad bin Mohd Kamal selaku YDP PIBG Sesi 2021/2022 mengisytiharkan pembubaran AJK PIBG Sesi 2021/2022 dan mencadangkan pemilihan Pengerusi Sementara untuk mempengerusikan pemilihan AJK PIBG Sesi 2022/2023. 10.2 En Ismail bin Harun mencadangkan En Mohd Fuad bin Mohd Kamal sebagai pengerusi sementara dan disokong sebulat suara oleh sidang mesyuarat. 11 PEMILIHAN DAN PELANTIKAN AJK PIBG SK TUN DR SYED NASIR SESI 2022/2023 11.1 Ex Officio EN. ZAKARIA BIN MOHD SALLEH (Guru Besar) 11.2 Yang DiPertua EN. MOHD FUAD BIN MOHD KAMAL (Keputusan Sebulat Suara) 11.3 Naib Yang DiPertua PN. RAFIAH BT RASHID (Keputusan Sebulat Suara) 11.4 Setiausaha/Penolong Setiausaha EN. ABD RAZAK BIN SALEH PN. AZURA BT ESAM (Keputusan Sebulat Suara) 11.5 Bendahari/Penolong Bendahari PN. SAIMAH BT KASMON PN. ROHANI BT ABD HAMID @ MOHD KAMIT (Keputusan Sebulat Suara) 11.6 AJK Guru EN. AZHARI BIN SAKIR EN. AMIR AMJAD BIN ARIFFIN PN. SHARA A/P AMURTHAM PN. UMINADZRAH BT ARBAAI CIK NUR FADHLIN BT KAMARUDDIN (Keputusan Sebulat Suara)


11.7 AJK Ibu Bapa PN. NORHASLINA BT LOD EN. HASRULNIZZAM BIN LADIN EN. MOHD FAIZAL BIN ZAINOL EN. ROSMAN BIN MUJI PN. NURHAFIZA BT IZHAR EN. SHIRIE BIN RAMALI PN. MAIZURA BT MD ZIN EN. MOHD PAIZAL BIN MOHD NOH EN. ISMAIL BIN HARRON (Keputusan dan Sokongan Sebulat Suara) 11.8 Juru Audit Dalaman TN. HJ. KHAIROL ANUAR BIN KIRAMAN PN. SARIPAH NOR HASIMAH BT HASSIM (Keputusan Sebulat Suara) 12 UCAPAN YDP SESI 2022/2023 12.1 En. Mohd Fuad Bin Mohd Kamal mengucapkan terima kasih kepada sidang mesyuarat yang telah melantik dan memberi kepercayaan kepada beliau sebagai YDP PIBG. 12.2 Beliau mengharapkan sokongan serta kerjasama yang berterusan daripada semua AJK PIBG yang telah dilantik dalam melonjakkan nama dan prestasi sekolah yang ke arah lebih cemerlang. 12.3 Kepada Ibu Bapa yang ada permasalahan tentang anak, boleh berhubung dengan beliau kerana YDP PIBG juga berperanan sebagai perantara Ibu Bapa dengan pihak sekolah. 13 UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT OLEH GURU BESAR 13.1 Beliau mengucapkan terima kasih sekali lagi di atas kehadiran Ibu Bapa yang amat menggalakkan. 13.2 Ucapan terima kasih dan tahniah kepada AJK baru bagi sesi 2022/2023 yang telah dilantik dan berharap agar kerjasama yang erat ini berterusan demi kecemerlangan anak-anak. 13.3 Ibu Bapa juga boleh berjumpa terus dengan pihak sekolah untuk berbincang sekiranya terdapat sebarang permasalahan tentang anak masing-masing. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang. 12


LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK TUN DR SYED NASIR SESI 2021/2022 1.0 PENDAHULUAN PIBG SK Tun Dr Syed Nasir merupakan sebuah persatuan yang amat prihatin dan sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pihak sekolah. Sejak ditubuhkan, semangat untuk berjasa kepada pihak sekolah tidak pernah luntur dan semakin kian membara. Kerjasama yang baik antara pihak sekolah dan PIBG menjadi tunjang utama demi memastikan semua murid yang belajar di sekolah ini dapat menikmati proses pembelajaran yang kondusif selain bermutu tinggi. Sikap saling membantu ini diterjemahkan dalam logo PIBG sekolah iaitu “Sepakat Muafakat Membawa Berkat”. Hubungan yang utuh dan erat ini adalah demi menjamin kepentingan bersama dalam memastikan sekolah dapat melahirkan modal insan yang cemerlang. 2.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022 Ex – Officio : En Zakaria bin Mohd Salleh Yang Di Pertua : En Mohd Fuad bin Mohd Kamal Naib Yang Di Pertua : Pn Rafiah binti Rashid Setiausaha : En Abd Razak bin Saleh Naib Setiausaha : Pn Azura binti Esam Bendahari : Pn Saimah binti Kasmon Naib Bendahari : Pn Rohani binti Abd Hamid @ Mohd Kamit AJK Guru : En Azhari bin Sakir En Amir Amjad bin Ariffin Pn Shara a/p Amurtham Pn Uminadzrah binti Arbaai Cik Nur Fadhlin binti Kamaruddin AJK Ibu Bapa : Pn Norhaslina binti Lod En Hasrulnizzam bin Ladin En Mohd Faizal bin Zainol En Rosman bin Muji Pn Nurhafiza bte Izhar En Mohamad Shirie bin Ramali Pn Maizura binti Md Zin En Mohd Paizal bin Mohd Noh En Ismail bin Harron Juru Audit Dalaman : Tn Hj Khairol Anuar bin Kiraman Pn Saripah Nor Hasimah binti Hassim 13


14 3.0 PEMBENTUKAN BIRO-BIRO Bagi memastikan segala aktiviti PIBG yang dirancang dapat berjalan dengan lancar, beberapa biro telah dibentuk seperti berikut: 4.0 AKTIVITI-AKTIVITI PIBG 4.1 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 46 Mesyuarat ini telah diadakan pada 06 Julai 2022, hari Ahad bertempat di Dewan Ibnu Sina, SK Tun Dr Syed Nasir. Perasmian dilakukan oleh En Abd Jaid bin Paiman (Pengerusi Koperasi Felda Pasak). JAWATANKUASA NAMA AHLI JAWATAN KUASA BIRO PIBK En Ismail bin Haron Pn Ros Amani binti Abd Rahim En. Abd Razak bin Saleh Pn Maizura binti Md Zin BIRO EKONOMI DAN KEWANGAN Pn Saimah binti Kasmon En Mohd Fuad bin Mohd Kamal Pn. Rafiah binti Rashid BIRO MAKLUMAT Pn Shara a/p Amurtham Tn Hj Khairol Anuar bin Kiraman Pn Saripah Nor Hasimah binti Hassim BIRO PENDIDIKAN Pn Azura binti Esam En Rosman bin Muji En Mohd Faizal bin Zainol En Mohamad Shirie bin Ramali BIRO KEBAJIKAN DAN KEROHANIAN En Mohd Paizal bin Mohd Noh En Hasrul Nizzam bin Ladin Pn Norhaslina binti Lod Pn Nurhafiza bte Izhar BIRO SUKAN DAN KEBUDAYAAN En Hasrul Nizzam bin Ladin En Azhari bin Sakir En Khairol Anuar bin Kiraman BIRO KECERIAAN DAN KESELAMATAN Pn Sharifah binti Mohd Noh Pn Hajar binti Lod Pn Uminadzrah binti Arbaai


15 4.2 SUMBANGAN DERMA UNTUK TABUNG PIBG PIBG sekolah menerima sumbangan sebanyak RM40.00 daripada setiap keluarga sebagai sumbangan PIBG bagi tahun 2021/2022. Bagi keluarga yang tidak berkemampuan memberi sumbangan ini, mereka boleh dikecualikan sekiranya mendapat sokongan daripada guru kelas anak mereka dan pengesahan serta kelulusan daripada pihak Jawatankuasa PIBG. 4.3 KEDAI BUKU PIBG Bagi menambah dana pendapatan tabung PIBG, kedai buku dibuka setiap hari sepanjang sesi persekolahan. Semua warga sekolah khususnya muridmurid, dapat membeli peralatan tulis dan buku tulis di kedai buku ini dengan harga yang rendah dan berpatutan. Kedai buku PIBG ini dikawal selia oleh Bendahari PIBG, Pn. Saimah binti Kasmon dan dibantu oleh Pn Rohani binti Abd Hamid @ Mohd Kamit serta beberapa orang AJK PIBG yang lain. 4.4 PEMBENTUKAN PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK) Sarana Ibu Bapa adalah merupakan suatu inisiatif perluasan perlaksanaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah. Bagi memenuhi tuntutan itu, maka Biro-Biro PIBK telah dibentuk dengan kerjasama daripada Jawatankuasa PIBG. PIBK ini bertujuan untuk membantu pihak sekolah dalam menyediakan kemudahan dan keceriaan dalam kelas serta persekitaranya bagi menjamin suasana pembelajaran yang lebih kondusif. Selain itu, PIBK juga berperanan penting dalam memberi sokongan kepada murid-murid dalam meningkatkan lagi pencapaian mereka ke tahap yang lebih cemerlang. Dengan adanya PIBK ini, secara tidak langsung meletakkan ibu bapa dan murid dalam keadaan yang bertanggungjawab. Kerjasama yang terbentuk dalam PIBK ini memberi kefahaman bahawa kejayaan murid tidak hanya bergantung kepada usaha sekolah semata-mata tetapi perlu melibatkan usaha sama ibu bapa, murid, guru dan juga pentadbiran sekolah. 5.0 PENUTUP Jawatankuasa PIBG sangat mengalu-alukan pihak ibu bapa/ penjaga, para dermawan dan bekas-bekas murid SK Tun Dr Syed Nasir untuk memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk idea atau kewangan bagi memastikan hasrat sekolah menjadi institusi yang terunggul di negara ini akan dapat dicapai. Pihak PIBG akan sentiasa memberikan sokongan padu dan galakan kepada pihak sekolah demi kebajikan dan kemenjadian murid-murid di sekolah ini. Semoga dengan kejayaan-kejayaan dalam pelaksanaan program dan aktiviti yang telah dirancang oleh PIBG bersama pihak sekolah bagi sesi 2021/2022, akan dapat memajukan lagi sekolah ini sekaligus mendukung warga SK Tun Dr Syed Nasir ke arah mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi pada masa akan datang.


BIL P E R K A R A JUMLAH 1 Sumbangan MSSD 40.00 2 Sumbangan Gelanggang Kriket 5000.00 3 Sumbangan Duit Raya Untuk Murid 600.00 4 Sumbangan Raya PPD 50.00 5 Sumbangan Raya Kg Felda Pasak 500.00 6 Sumbangan Hari Raya sekolah & Sambutan Hari Guru 1000.00 7 Sumbangan Banner Sekolahku Sejahtera 225.00 8 Sumbangan Sukan Tahunan Sekolah 1000.00 9 Sumbangan Hadiah Perpisahan(2 orang) 140.00 10 Sumbangan Sambutan Hari Guru-PPD 100.00 11 Sumbangan Jamuan Perpisahan AJK PIBG 90.00 12 Sumbangan Pasukan Ragbi dan Kriket Daerah 1500.00 13 Sumbangan Kriket MSSJ 250.00 14 Sumbangan Ragbi MSSJ 100.00 15 Sumbangan Memanah MSSJ 100.00 16 Sumbangan Bola Tampar MSSJ 100.00 17 Sumbangan Badminton MSSJ 50.00 18 Sumbangan Bola Tampar Daerah 100.00 19 Sumbangan Memanah Daerah 100.00 20 Sumbangan Olahraga Daerah 50.00 21 Sumbangan Kriket MSSM 100.00 22 Sumbangan Bulan Kemerdekaan-Pertandingan 1200.00 23 Sumbangan Maulidur Rasul 600.00 24 Sumbangan Pasukan Kriket - Sekolah Juara 1560.00 25 Sumbangan lampu dan pemasangan di Dewan 1000.00 26 Perbelanjaan Mesyuarat Agung PIBG 5700.00 JUMLAH 21, 255.00 16


En. Zakaria bin Mohd Salleh : Pegawai Ex-officeo Tn Hj Mohd Fuad bin Mohd Kamal : Yang Dipertua Pn. Rafiah binti Rashid : Naib Yang Dipertua En. Abd Razak bin Saleh : Setiausaha Pn. Azura binti Esam : Pen. Setiausaha Pn. Saimah binti Kasmon : Bendahari Pn. Rohani binti Abd Hamid@Mohd Kamit : Pen. Bendahari En. Amir Amjad bin Ariffin : AJK Guru En. Azhari bin Sakir : AJK Guru Pn. Shara a/p Amurtham : AJK Guru Pn. Uminadzrah binti Arbaai : AJK Guru Cik Nur Fadhlin binti Kamaruddin : AJK Guru Pn. Sharifah binti Mohd Noh : AJK Ibu Bapa Pn. Norhaslina binti Lod : AJK Ibu Bapa En. Hasrulnizzam bin Ladin : AJK Ibu Bapa En. Mohd Faizal bin Zainol : AJK Ibu Bapa En. Rosman bin Muji : AJK Ibu Bapa Pn. Nurhafiza binti Izhar : AJK Ibu Bapa En. Mohamad Shirie bin Ramali : AJK Ibu Bapa Pn. Maizura binti Md Zin : AJK Ibu Bapa En. Mohd Paizal bin Mohd Noh : AJK Ibu Bapa En. Ismail bin Harron : AJK Ibu Bapa Tn. Hj. Khairol Anuar bin Kiraman : Pemeriksa Kira-kira Pn. Saripah Nor Hasimah binti Hassim : Pemeriksa Kira-kira J A W A T A N K U A S A P I B G S K T U N D R S Y E D N A S I R TAHUN 2022 – 2023 17


P ENYAMBUT T E TAMU VI P E n . Z a k a ri a b Mo h d S a l l e h T n H j Mo h d F u a d b Mo h d K ama l P n . R a fi a h b t R a s h i d P n . Affi d a h b t Af a n d i P n . H j h Z a ri n a b t E s a E n . Mo h ama d b Ahma d J EMPUTAN / SURAT MENYURAT E n . Ab d R a z a k b S a l e h T n H j Mo h d F u a d b Mo h d K ama l E n . Mo h d Na s z ri b Ab d K a rim JURUA C ARA MAJ L IS E n . Amir Amj a d b Ariffi n P n . S a ri p a h No r H a s ima h b t H a s s im P EN C ATAT MINI T P n . R a h ima h b t J ama l P n . Ma i z u r a b t Md Z a i n PA SIST EM/ SIARAYA/KI PAS E n . Mo h d F a d z i l b Yu s o f E n . Mo h d Afif b S a i d o n P ENDAF TARAN / C ABUTAN B E R TUAH P n . No r z a h a y a n a b t Ab d Gh a n i P n . No r R o h a i z a h b t Ahma d P n . No o rfi z a n a b t Ya a s a k P n . Nu r h a fi z a b i n ti I z h a r P n . S h a rif a h b i n ti Mo h d No h P E RSEMBAHAN / SAMBUTAN E n . Mo h d Ni z am b Ab d u l Ma j i d P n . No rri z a b t I d ri s P n . Ai n a Na b i l a b t Ahma d l o tfi E n . Mo h ama d S h iri e b R ama l i E n . I sma i l b H a rr o n E n . Mo h d F a i z a l b Z a i n o l P EN C ATAT P EMI L IHAN AJK E n . Ab d R a z a k b S a l e h GIMIK P E LAN C ARAN TABUNG SURAU P n . R o h a n i b t Ab d H ami d P n . H a fi z a Az l i n b t S a i o n P ENASIHAT P ENGE RUSI NAI B P ENGE RUSI SE T IAUSAHA NAI B SE T IAUSAHA B ENDAHAR I NAI B B ENDAHAR I : E n c i k Zakaria bi n Mo hd Sal l e h Gu r u B e s a r, S K T u n Dr S y e d Na s ir : T uan Hj . Mo hd F uad bi n Mo hd Ka m al YDP P I BG, S K T u n Dr S y e d Na s ir : P uan Rafiah bi n ti Ras h id NYDP P I BG, S K T u n Dr S y e d Na s ir : E n c i k Abd Razak bi n Sal e h S e ti a u s a h a P I BG, S K T u n Dr S y e d Na s ir : P uan Az u ra bi n ti E sa m P e n . S e ti a u s a h a P I BG, S K T u n Dr S y e d Na s ir : P uan Sai m ah bi n ti Kas m o n B e n d a h a ri P I BG, S K T u n Dr S y e d Na s ir : P uan R o han i bi n ti Abd Ha m id@Mo hd Ka m it P e n . B e n d a h a ri P I BG, S K T u n Dr S y e d Na s ir 18


P EMIMP IN BA C AAN DOA T n H j K h a ir o l An u a r b K ir ama n HADIAH / C ENDE RAHAT I / SI J I L / P E RASMI P n . Az u r a b t E s am P n . R o s Ama n i b t Ab d u l R a h im E n . I sma i l b H a r o n E n Mo h ama d S h iri e b R ama l i P n . S a ima h b t K a smo n P n . S h a r a A/ P Amu rt h am P ROTOKOL E n . Amir Amj a d b Ariffi n T n . H j . Mo h d Amir b S a r b i n i P n . F a i z a h b t Md S a l l e h P n . Nu ri n a h b t Na a f E n . Mo h d F a i z a l b Z a i n o l P n . H a b i b a h b t Ma d ir a n P n . Asmi h a y a ti b t Z a i n u d d i n BUKU P ROGRAM P n . F a ri d a h b t R aml i C i k Nu r F a d h l i n b t K ama r u d d i n P E RSIAPAN DEWAN E n . I s h a k b i n H a l u s E n . Amri b i n Ng a d ima n E n . Z u l Az ri b i n Z a h u d i l Amb i a E n . Az h a ri b i n S a k ir E n . Z a h a ri b i n Ma h a t P ENTAS/ BA C KDROP / SE RANTA P n . No o r F a d h i l l a h b t Mo h d T a h ir P n . No o r Ai n i b t Mu s t a p h a P n . K ama ri a h b t K ami d P n . Ni k Z a i n u n b t Ab d u l l a h P e k e rj a P emb e r s i h a n S w a s t a JAMUAN I BU BAPA & GURU P n . R a fi a h b t R a s h i d P n . Umi n a d z r a h b t Ar b a a i P n . No o rfi z a n a b t Ya a s a k P n . No o r a i n i b t I b r a h im P n . R o h a i z a h b t Ab d R a h im JAMUAN VI P P n . S iti J o n a i d a h b t H a iri P n . S h a rif a h b t Mo h d No h P n . No r h a s l i n a b t L o d P n . Nu r u l Na j w a b ti A. L a tif P n . S y a h i d a b t Ab d Ma j i d P n . Nu r An i s S o f e a b t Mo h d J o DOKUMENTASI E n . Mo h d F a d l y i s S h a q q u r b H a z r a n P n . Ai n a Na b i l a b t Ahma d l o tfi 19


Penghargaan Seluruh Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-47 SK Tun Dr Syed Nasir dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama, sokongan dan sumbangan yang telah diberikan oleh semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Faridahramli@creativedesign


Click to View FlipBook Version