SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEKAN TELIPOK,
TUARAN, SABAH
SALIRAN DI MALAYSIA
“SISTEM PERPARITAN DI TAMAN HARTAMAS TELIPOK, TUARAN, SABAH ”
OLEH:
ABDUL RASHID BIN ARAJAIL
TINGKATAN 1K3
SENARAI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
Penghargaan 1
Pendahuluan 1
Objektif Kajian 1
Kawasan Kajian 1
Kaedah Kajian 2
Hasil Kajian 3
Rumusan 4
Rujukan 5
Lampiran 6
Lampiran 7
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Pekan Telipok
kerana memberi kebenaran dan sokongan untuk menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga ingin
merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya, iaitu Puan
Amirah kerana telah membantu saya dalam penyediaan laporan kerja lapangan ini. Hasil tunjuk ajar
beliau sepanjang penyediaan laporan ini merupakan hasil komitmen yang jitu daripada beliau.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, iaitu Encik Arajail dan Puan
Hjh jumda Hj Darwis yang telah memberikan dorongan dan sokongan dalam menjayakan kerja
lapangan ini. Tidak ketinggalan juga terima kasih kepada kakak saya sendiri kerana turut sama
menyumbang tenaga dan masa dalam proses melaksanakan kerja lapangan ini. Akhir sekali, ucapan
terima kasih ditujukan kepada semua responden yang sudi menjawab soalan-soalan dalam borang
soal selidik.
PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kerja lapangan tentang “Saliran di Malaysia yang Tidak Terancang dan
Kesannya terhadap Penduduk Setempat di Taman Hartamas, Tuaran, Sabah”. Saya memilih tajuk ini
kerana masalah saliran di malaysia merupakan satu isu utama yang membawa banyak kesan kepada
penduduk terutama di Sabah dan di Taman Hartamasa amnya. Saya telah menjalankan kerja
lapangan ini selama enam minggu. Saya mengumpul data dan maklumat yang diperlukan selepas
waktu persekolahan dan menulis laporan di dalam bilik darjah semasa waktu pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Geografi.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kerja lapangan ini adalah:
a) Mentakrif dan menghuraikan konsep saliran dan sistem perparitan di sabah khasnya lokasi
kajian iaitu taman Hartamas.
b) Menyatakan dan menyenaraikan jenis-jenis masalah saliran di kawasan kajian
c) Menghuraikan punca-punca masalah yang berlaku di kawasan kajian
d) Mengkaji kesan-kesan perparitan yang tidak terancang di kawasan kajian
e) Mencadangkan langkah-langkah pengurusan perparitan secara terancang di kawasan kajian
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya adalah di sekitar Taman Hartamas Telipok, Tuaran, Sabah. Lingkungan
kawasan kajian saya lebih kurang dua kilometer persegi. Kawasan ini di bawah pentadbiran Majis
Daerah Tuaran. kawasan terletak dalam daerah Telipok Tuaran di negeri Sabah. Jumlah penduduk
di kawasan kajian adalah kira-kira 300 keluarga. Bentuk muka buminya rata. Jarak kawasan kajian
dari bandar Tuaran ialah sepuluh kilometer.
1
Peta 1 kedudukan Taman Hartamas Telipok, Tuaran
KAEDAH KAJIAN
Rujukan. Saya membuat rujukan di Internet untuk mengetahui konsep saliran perparitan di lokasi
kajian.
Pemerhatian. Saya membuat pemerhatian tentang jenis-jenis sistem saliran dan perparitan yang ada
di kawasan kajian.
Berita/Surat khabar . Saya telah mendengar dan melihat sendiri keadaan kawasan kajian dalam
mengetahui permasalahan akibat masalah saliran danperparitan yang tidak terancang di kawasan
kajian.
2
HASIL KAJIAN
Konsep Sistem saliran perparitan
Menurut Kamus Dewan, sistem bermaksud kaedah melakukan sesuatu,manakala saliran bermaksud
sesuatu yang digunakan untuk menyalirkan air dll,saluran.(kamus pelajar edisi kedua). Perparitan
boleh didefinisikan sebagai yang berkaitan dengan parit, masalah bekalan air.(kamus dewan edisi
keempat). Sistem saliran perparitan . banyak digunakan untuk kemudahan dan keselesaan dimana-
mana perumahan sebagai mengelak berlakunya banjir.
Punca-punca sistem saliran dan perparitan mengalami masalah di Kawasa kajian.
Pertama: Masalah penduduk
Sikap Penduduk secara tidak langsung menjadi punca masalah dalam perkara ini. Terdapat
penduduk yang tidak bertanggungjawab seperti membuang sampah ke dalam parit selain sikap yang
tidak peduli terhadap aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong dan aktiviti membersihkan
kawasan kediaman. . Melalui pemerhatian saya, banyak sistem perparitan seperti sisa makanan,
plastik dan kertas dibuang oleh penduduk di kawasan kajian. Sampah sarap ini berada di sepanjang
jalan di sekitar kawasan kajian walaupun terdapat tong sampah yang disediakan oleh pihak
bertanggungjawab.
Faktor tanah tinggi
Berdasarkan pemerhatian dan pekhabaran dari media massa masalah yang menimpa kawasan
kajian, adalah berpunca dari faktor kawasan kajian adalah terletak dibawah dan terdapat lagi tanah
tinggi dan perumahan yang terletak lebih tinggi dari Taman ini iaitu Aparment Tuaran Impuian (ATI) .
Melalui temu bual saya dengan beberapa orang penduduk di kawasan kajian, mereka berpendapat
bahawa punca banjir berlaku di kawasan taman adalah aliran air dari tanah tinggi dan sistem
perparitan di ATI tidak diselenggaran dengan baik. Adakalanya rumah pernah juga dinaiki air
sehingga ke buku lali di taman ini terutama jika ada hujan ynag turun sepanjang hari.
Kurang kesedaran alam sekitar
Berdasarkan pemerhatian saya, kesedaran mengenai kerja gotong royong dalam kalangan penguni
taman ini juga kurang. Pertama, banyak penduduk tidak bijak mengendalikan sampah, kedua
penduduk juga tidak tahu mengurangkan sampah dan ketiga banyak penduduk tidak tahu bahawa
sesetengah sampah boleh dikitar semula. Banyak sistem perparitan yang boleh dikitar semula seperti
tin aluminium, kertas dan bekas plastik dibuang begitu sahaja. Kesan-kesan Pembuangan Sistem
Perparitan yang Tidak Terancang di Kawasan Kajian
Saliran tersumbat
Pembuangan sistem perparitan ke dalam longkang dan parit di kawasan kajian juga
menyebabkan saliran tersumbat. Berdasarkan soal selidik, empat orang responden mengatakan
longkang di kawasan kajian tersumbat berpunca daripada sampah sarap seperti plastik, tisu, kertas
dan puntung rokok yang dibuang ke longkang. Tambahan pula kebanyakan rumah di kawasan kajian
telah diubah suai sehingga menutup longkang asal. Keadaan itu menyukarkan pengaliran air dengan
sempurna lebih-lebih lagi apabila sisa makanan dan minyak masak dari rumah berdekatan turut
dibuang ke longkang itu. Sisa atau sampah yang tidak dikutip selalunya akan tersumbat di longkang-
longkang lalu mengakibatkan banjir.
3
Cadangan Langkah-langkah Pengurusan Sistem Perparitan Secara Terancang di Kawasa
Kajian
Penguatkuasaan Undang-Undang
Berdasarkan temu bual dengan Encik Azman,selaku ketua Taman, berpendapat pihak berkuasa
tempatan (PBT) hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang diberi kuasa
menyelengggaran sistem perparitan di kawasan taman ini. Selain itu, tindakan tegas juga hendaklah
dikenakan terhadap penduduk yang membuang sampah di dalam longkang dan parit. Beliau juga
meminta peraturan dan pengawasan keselamatan terumata jika berlaku banjir dikuatkuasakan dan
diberi perhatian. Melalui peraturan ini, penduduk boleh meminta bantuan atau pampasan keatas
kejadian yang menimpa mereka. Sebagai contoh, pihak berkuasa perlu menghantar bantuan
kecemasan dari segi makanan dan peralatan eperluan harian kepada mangasa.
Gotong-royong
Selain itu, untuk mengatasi masalah parit tersumbat, ketua Taman telah mencadangkan agar
penduduk Taman Hartamas melaksanakan program gotong-royong membersihkan kawasan
persekitaran. Pada masa gotong-royong ini, penduduk boleh membersihkan longkang, mengumpul
sampah dan menanam pokok bagi mengindahkan lagi kawasan perumahan. Aktiviti gotong-royong
ini boleh dijalankan dua bulan sekali. Semangat gotong-royong ini dapat memupuk semangat
kerjasama dan sikap bertanggungjawab dalam kalangan penduduk.
RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya, kerja lapangan yang saya jalankan membolehkan saya mengetahui
masalah banjir berlaku kerana beberapa faktor yang berkaitan dengan sistem saliran dan perparitan
yang tidak terancang dan langkah- langkah pengurusan sistem saliran secara terancang. Kesedaran
masyarakat dalam melaksanakan program kemasyaratakatan seperti gotong royong perlu
ditingkatkan demi mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa. Sokongan semua anggota
masyarakat sangat penting untuk menangani masalah pembuangan sisa pepejal.
Saya berbangga dan bersyukur serta berterima kasih kerana penduduk di tempat tinggal saya saling
bekerjasama dalam menjaga kebersihan kawasan sekitar.
Tidak lupa juga kepada pihak berkuasa yang sentiasa prihatin dan mengambil langka drastik
sekiranaya kawasan dilanda banjir sabah amnya.Kprihatinan begini memberi keyakinan rakyat
kepada kerajaan dan terus memberi kerjasama kepada kerajaan dalam mengatai banjir di sabah.
Hasil kajian ini saya buat sendiri dengan bantuan ibu dan rujukan internet. Saya tidak
menjalankan kajian dan soal selidik di luar memandangkan keadaan sabah yang dilanda Covid 19
dan ini menghalang saya berjalan dan membuat tinjauan secara nyata, saya hanya merujuk kepada
berita dan carian internet.
Lantaran daripada kesan ini semua sekolah di sabah telah menjalankan PdPR termasuklah
kajian saya ini dan semua penduduk sabah menjalankan PKPB
# Stay home # Stay safe # Kita jaga kita
4
RUJUKAN
Internet
http://jpspn.kpkt.gov.my/ http://www.ppsppa.gov.my/
Akhbar
Berita Harian, 5 Oktober 2020
Harian Metro , 5 Oktober 2020
Buku
Buku teks
Hisham Azman bin Ibrahim dan Mohamad Khairun Fitri bin Ahmad. 2016.
Geografi Tingkatan 1. Kuala Lumpur Era Visi Sdn. Bhd.
Rohani Hamzah, Rossnita Sardi et al. 2018. Success PT3 Geografi. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
5
Lampiran
Keadaan Banjir yang menimpa daerah kajian yang menunjukkan sistem saliran di kawasan
ini tidak terancang dan tidak diselenggara.
Taman Hartamas Telipok
Kawasan kajian
Jalan Tuaran ke Kota Kinabalu tidak dapat dilalui oleh kereta-kereta kecil danrendah
6
( Sumber Internet dan jiran-jiran )
7