The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by [email protected], 2020-05-21 21:20:55

GARIS PANDUAN PBL VERSI PKP

GARIS




PANDUAN





PBL





VERSI






PKP



_____________







TAHUN 2020

___________


SEKTOR PEMBELAJARAN

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH



Katakan Tidak kepada Nombor 16



Katakan Tidak Kepada MTM 0%

1

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJECT-BASED LEARNING
(PBL) VERSI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)



Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
13 Mei 2020




1.0 PENGENALAN


Garis panduan ini bertujuan untuk membantu Sektor Pembelajaran (SPb)

dan Sektor Pembangunan Murid (SPM) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
(JPNS); Pegawai Pendidikan Daerah (PPD); Pengetua dan Guru Besar

(PGB); dan guru-guru mata pelajaran untuk melaksanakan Project-Based
Learning (PBL) versi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). PBL versi PKP

merupakan program tiga dalam satu (3 in 1). Justeru itu pelaksanaannya

adalah bersifat teknikal dan bersistem yang perlu difahami oleh setiap
pegawai yang mengendalikannya.




2.0 LATAR BELAKANG


2.1 PKP telah mula dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia bermula 18 Mac

2020 sehingga 9 Jun 2020. Dalam tempoh tersebut, sesi persekolahan
biasa tidak beroperasi. Tidak ada interaksi bersemuka antara guru dan

murid dalam bilik darjah.


2.2 Guru adalah penjawat awam yang dikehendaki bertugas (dan tugas guru

adalah mengajar murid) di luar tempoh cuti penggal persekolahan. Cuti
Persekolahan Pertengahan Penggal 1 tahun 2020 telah berakhir pada 22

Mac 2020. Oleh yang demikian, semua guru wajib melaksanakan
Pengajaran dan Pembelajaran Jarak Jauh (PdPJJ). Sekolah pula wajib




Garis Panduan PBL Versi PKP JPN Sabah Page 1 of 10

menyediakan jadual waktu PdP mingguan yang perlu dilaksanakan oleh

guru dan murid.

2.3 Kutipan data melalui soal selidik dan pengisian instrumen PdPJJ oleh
guru-guru dari 23 Mac 2020 sehingga 27 April 2020, menunjukkan hanya

30% guru terlibat mengajar setiap hari manakala murid yang terlibat dalam

PdP secara dalam talian adalah dalam lingkungan 50% atau kurang
bergantung kepada lokasi kediaman murid.



2.4 Perkara ini mendorong sekolah melaksanakan inisiatif menghantar
lembaran kerja kepada murid-murid yang tidak dapat mengikuti PdPJJ

dalam talian oleh pelbagai kekangan terutama di kampung-kampung.
Kekerapan penghantaran dan kutipan semula bahan pembelajaran secara

manual melibatkan kos yang tinggi selain dikhuatiri akan mendedahkan
risiko keselamatan kepada guru-guru dan murid terlibat..




3.0 DEFINISI OPERASIONAL


3.1 Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning-(PBL):


Merupakan satu kaedah pembelajaran. Dalam PBL, murid bukan sahaja

akan menghasilkan satu projek dalam bentuk benda maujud (produk),

tetapi akan mencatatkan proses-proses yang terlibat dalam menghasilkan
produk tersebut..



3.2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP):


Merupakan arahan rasmi kerajaan Malaysia bertujuan mengekang
penularan Wabak Covid-19. Semasa PKP, semua sekolah diarah tutup

sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.









Garis Panduan PBL Versi PKP JPN Sabah Page 2 of 10

3.3 PBL Versi PKP:


Merupakan kaedah pembelajaran berasaskan projek untuk dilaksanakan

dalam tempoh PKP dengan mengambil kira kesediaan murid, ibu bapa
dan sumber yang ada di sekitar mereka. PBL Versi PKP dipermudahkan

agar mudah difahami dan dilaksanakan oleh murid dengan bimbingan

guru yang minimum dan dalam tempoh yang sesuai. Pembimbing utama
PBL Versi PKP adalah ibu bapa atau ahli keluarga kepada murid.


3.4 Tiga Dalam Satu (3 in 1):



Setiap projek yang dihasilkan oleh murid akan diberi tiga (3) penghargaan
iaitu (1) markah akademik berbentuk skor Pentaksiran Bilik Darjah atau

yang setaraf dengannya; (2) Sijil Koakademik peringkat daerah; dan (3)
Jika layak dinilai di peringkat negeri, akan mendapat hadiah utama

Koakademik peringkat negeri.


3.5 Bahan PBL:


Dokumen bertulis yang disediakan oleh guru menggunakan templat bahan

PBL yang standard oleh JPNS. Bahan PBL boleh disediakan oleh guru
sendiri berdasarkan DSKP atau Sukatan Pelajaraan rasmi KPM. Guru

juga boleh menggunakan bahan yang terdapat dalam Kompilasi PBL Versi

PKP terbitan JPNS.



4.0 PBL VERSI PKP



4.1 PBL versi PKP digunakan dalam tempoh PKP/PKPB sahaja. Penggunaan
versi ini pada masa akan datang adalah mengikut kesesuaian dan

arahan.semasa.


4.2 PBL versi PKP dikenal pasti berupaya untuk meningkatkan secara
optimum pelibatan murid dalam PdPJJ berdasarkan kriteria berikut:




Garis Panduan PBL Versi PKP JPN Sabah Page 3 of 10

4.2.1 Projek boleh disiapkan dalam jangkamasa satu hingga tiga
minggu;


4.2.2 Laras bahasa yang digunakan (hendaklah) mudah untuk

difahami oleh ibu bapa/ penjaga/ahli keluarga sebagai

pembimbing utama;

4.2.3 Bimbingan yang minimum oleh guru;


4.2.4 Menjana kreativiti dan inovasi murid dan ibu bapa berasaskan

bahan-bahan yang mudah diperolehi di persekitaran mereka

4.2.5 Projek dibuat secara individu atau berkumpulan. Projek

kumpulan boleh dibuat bagi murid yang mempunyai adik-beradik
yang berada pada kelas atau tahap yang sama dan tinggal di

rumah yang sama;


4.2.6 Penekanan kepada PBL adalah proses menghasilkan projek

yang dilakukan sendiri oleh murid. Oleh itu setiap
langkah/proses perlu didokumentasikan dalam bentuk

catatan/diari atau rakaman gambar atau video.




5.0 PENYEDIAAN BAHAN PBL


5.1 PBL Versi PKP adalah PBL akademik tetapi sesuai untuk tujuan
pemberian markah aktiviti koakademik



5.2 Bahan PBL disediakan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP). JPNS telah menyediakan templat untuk guru-guru

menyediakan bahan PBL agar tidak tersasar daripada DSKP.

5.3 Guru-guru sebagai penulis dialu-alukan untuk menyediakan bahan PBL

menggunakan templat di pautan berikut:




Garis Panduan PBL Versi PKP JPN Sabah Page 4 of 10

Sekolah Rendah, Sekolah
https://forms.gle/FfVceQMB1SXTdZR89 Menengah dan Tingkatan

6

https://forms.gle/JVz8xVh19NeTUXbQ7 Prasekolah




5.4 JPNS telah menerbitkan bahan-bahan ini dalam bentuk e-Book. Manakala
terbitan e-Book Jilid 2 dan seterusnya, JPN dan PPD akan membuat

penilaian terhadap kesesuaian bahan yang dihantar.


5.5 Garis Panduan dan maklumat berkaitan PBL terbitan pertama boleh

dimuat turun di pautan https://bit.ly/koleksi-pbl-sabah dan e-Book
Kompilasi PBL dan Projek Mudah Versi PKP.




6.0 PENGURUSAN PBL MURID :


6.1 PERANAN GURU MATA PELAJARAN


6.1.1 Fasa Perancangan

6.1.1.1 Menentukan tugasan PBL yang sesuai kepada murid;
dan

6.1.1.2 Menyediakan panduan lengkap seperti tempoh

penyiapan dan kutipan semula hasil PBL murid;


6.1.2 Fasa Penyampaian Bahan
6.1.2.1 PBL dan panduan lengkap hendaklah disampaikan

kepada setiap murid dalam pelbagai kaedah (dalam

talian dan luar talian)
6.1.2.2 Guru digalakkan berbincang bersama ibu bapa/penjaga

berkaitan kaedah bimbingan.


6.1.3 Fasa Pemarkahan
6.1.3.1 Hasil PBL murid dikutip;




Garis Panduan PBL Versi PKP JPN Sabah Page 5 of 10

6.1.3.2 Guru memberi skor Tahap Penguasaan (TP) mengikut
rubrik yang disediakan dalam bahan PBL


6.1.3.3 Guru menyediakan senarai nama murid berdasarkan

Tahap Penguasaan murid;


6.1.3.4 Guru merekodkan skor Tahap Penguasaan murid

dalam rekod Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) murid atau
yang setaraf dengannya;

6.1.3.5 Menyediakan sekurang-kurangnya satu sampel

mewakili setiap Tahap Penguasaan untuk rujukan
penyetaraan oleh Jawatankuasa Penyetara Sekolah;


6.1.3.6 Memilih dua (2) hasil projek terbaik dari kumpulan

Tahap Penguasaan tertinggi (TP3 bagi Prasekolah, TP6
bagi Tahun 1-6, Tingkatan 1-4, dan Band 6 bagi

Tingkatan 5 dan 6) untuk dihantar ke PPD; dan


6.1.3.7 Melabelkan projek-projek terpilih dengan nama murid,

nama sekolah, Tahun/Tingkatan, nama projek dan
nama guru pembimbing.




6.2 PERANAN PGB


PGB melantik Jawatankuasa Penyetara Tahap Penguasaan peringkat

sekolah sebagai pengawal kualiti penilaian yang disediakan oleh guru mata

pelajaran dan melaksanakan tindakan berikut:


6.2.1 Melaksanakan penyetaraan skor Tahap Penguasaan berdasarkan
sampel yang disediakan oleh guru;


6.2.2 Menghantar dua set senarai nama murid (berdasarkan Tahap




Garis Panduan PBL Versi PKP JPN Sabah Page 6 of 10

Penguasaan) yang telah menghasilkan

projek dalam bentuk softcopy atau hardcopy ke PPD untuk
perhatian:


6.2.2.1 TPPD Sektor Pembelajaran

6.2.2.2 TPPD Sektor Pembangunan Murid


6.2.3 Perkara 6.2.2 disertakan dua sampel terbaik setiap mata pelajaran;

6.2.4 Selepas penilaian peringkat daerah, mengambil semula sampel terbaik
murid dari PPD dan mengembalikan kepada murid selepas dinilai di

peringkat daerah dan peringkat negeri (jika layak); dan


6.2.5 Menyerahkan sijil koakademik kepada murid.




6.3 PERANAN TPPD SEKTOR PEMBELAJARAN


6.3.1 Menerima senarai nama murid berdasarkan Tahap Penguasaan

daripada sekolah (softcopy atau hardcopy)


6.3.2 Menyediakan data Tahap Penguasaan murid berdasarkan PBL; dan


6.3.3 Menganalisis data untuk tujuan pelaporan mingguan dan dialog
prestasi peringkat daerah.




6.4 PERANAN TPPD SPM



6.4.1 Menerima senarai nama murid berdasarkan Tahap Penguasaan
daripada sekolah (softcopy atau hardcopy)


6.4.2 Menilai dan menentukan sijil ko-akademik kepada murid berdasarkan TP

seperti Jadual 1 berikut:





Garis Panduan PBL Versi PKP JPN Sabah Page 7 of 10

Jadual 1: Contoh Borang Penyerahan Tahap Penguasaan Murid

Berdasarkan PBL ke PPD


Nama Sekolah :
Mata Pelajaran:

Tahun/Tingkatan:
Tajuk PBL

Nama Guru Mata Pelajaran:

Bil. Nama Murid Tahap Sijil Ko- Kelayakan
Penguasasan akademik dinilai untuk

(Peringkat pemenang

Daerah) utama
(Peringkat

Negeri)
1 Murid 1 6 Emas/Johan Penyertaan (hasil

projek disertakan)

2 Murid 2 5 Perak/Naib -
Johan

3 Murid 3 3 Penyertaan -


Tandatangan Pengesahan: PPD

Tarikh:




6.4.3 Mencetak sijil koakademik setiap murid dan menyerahkan kepada PGB;


6.4.4 Mengisikan data murid dalam enam (6) kategori pautan koakademik JPNS
(Rajah 1); dan


6.4.5 Menghantar sampel hasil projek terbaik kepada TP SPM.










Garis Panduan PBL Versi PKP JPN Sabah Page 8 of 10

Rajah 1: Pautan Tahap Pencapaian dan Sijil Koakademik Berdasarkan Hasil

PBL


































6.5 PERANAN TIMBALAN PENGARAH SPM


6.5.1 Menerima perkara 6.4.4 dan 6.4.5;


6.5.2 Membuat penilaian untuk penerima hadiah utama daripada JPNS.


6.5.3 Menyediakan sijil untuk penyertaan peringkat negeri


6.5.4 Penyampaian hadiah utama peringkat negeri (Johan. Naib Johan, Ketiga,
Penyertaan)




7.0 KETETAPAN UMUM


PBL boleh dilaksanakan secara luar talian (offline) atau dalam talian (online).










Garis Panduan PBL Versi PKP JPN Sabah Page 9 of 10

8.0 PENUTUP


Panduan ini akan disemak dari semasa ke semasa untuk pindaan dan

penambahbaikan berdasarkan dapatan analisis instrumen pemantauan,
makluman dan arahan baharu daripada KPM.














SABAH HEBAT: KATAKAN TIDAK KEPADA MTM 0%!




STAY HOME:KEEP SAFE AND STAY HEALTHY!





Pejabat Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

13 Mei 2020





































Garis Panduan PBL Versi PKP JPN Sabah Page 10 of 10

Lampiran 2


CARTA ALIR PELAKSANAAN PBL VERSI PKP


Aliran Tindakan Bidang Tugas Instrumen
Kerja

Mula

Memilih bahan PBL untuk Dokumen bertulis

murid sama ada disediakan (disediakan
sendiri atau memilih menggunakan
daripada kompilasi eBook templat bahan PBL
PBL. jabatan)

Menetapkan arahan dan
tempoh penyiapan
menggunakan memo

Guru Mata bertulis atau pesanan
Pelajaran
telefon

Menyampaikan arahan dan Rubrik Penilaian
bahan PBL kepada murid &
perbincangan dengan ibu

bapa/penjaga sebagai
pembimbing.

Melaksanakan projek Catatan Proses
berdasarkan arahan dalam penyiapan projek
Murid bahan PBL.

Hasil projek


Mengutip (hasil) projek.

Memberi skor Tahap
Penguasaan (TP)
berdasarkan rubrik
Guru Mata penilaian.
Pelajaran

Merekodkan dalam Rekod PBD
Pentaksiran Bilik Darjah individu
(PBD) atau rekod prestasi
akademik lain, setiap
murid.




[Date] 1
Lampiran 2 PBL Versi PKPB Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Lampiran 2


Menyediakan daftar

prestasi setiap murid yang Rekod TP
menghantar projek. mengikut kelas

Memilih dua sampel
terbaik setiap Tahap Hasil projek
Penguasaan. contoh setiap TP.

Menyerahkan salinan

rekod TP kelas dan sampel
kepada PGB berserta
sampel setiap TP.
Mengarahkan JK Rubrik penillaian
Penyetaraan mengesahkan
skor TP

Sampel hasil
Memilih sampel daripada projek yang
TP tertinggi untuk dihantar mendapat TP
ke PPD (lengkap dengan tertinggi (sijil
label) emas)

Pengetua/Guru Mengumpul daftar murid Daftar murid layak
Besar (PGB) yang layak diberi sijil mendapat sijil

koakademik. koakademik dalam
bentuk softcopy
atau hardcopy.

Menghantar dua (2) set
daftar penerima sijil dan
sampel hasil projek terbaik

kepada PPD.

Menerima daftar murid
berdasarkan TP

TPPD Memasukkan data ke Fail data akademik
Pembelajaran dalam prestasi akademik daerah dalam

(Salinan 1)
sekolah (PBL versi PKP) talian (dan luar
talian sebagai
back-up data)





[Date] 2
Lampiran 2 PBL Versi PKPB Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Lampiran 2


Menerima daftar murid (Lihat Lampiran 1)

berdasarkan persijilan
koakademik

Mengeluarkan sijil
koakademik peringkat Daftar dan sampel
daerah (Emas, Perak, projek terbaik
Gangsa dan Penyertaan)
TPPD
kepada murid mengikut
Pembangunan
kelayakan
Murid

(Salinan 2)
Memilih hasil projek
terbaik untuk dihantar ke
JPN


Memasukkan data
pencapaian murid dalam
instrumen 6 google form.

Menerima daftar dan hasil
projek terbaik daripada
PPD


Menilai projek mengikut Instrumen
kategori untuk pemilihan
menentukan pemenang pemenang
peringkat negeri (Emas,
Perak, Gangsa, Penyertaan)
Sektor

Pembangunan Menyampaikan hadiah dan Sijil dan hadiah
Murid, JPNS
sijil kepada murid utama

Menyimpan rekod
pemenang untuk rekod
negeri.

Mengembalikan sampel
projek kepada sekolah


Tamat





[Date] 3
Lampiran 2 PBL Versi PKPB Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

LAMPIRAN 1



PENGANUGERAHAN SIJIL KOAKADEMIK BERDASARKAN TAHAP PENGUASAAN
PROJECT-BASED LEARNING VERSI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PBL

VERSI PKPB)



PENGANUGERAHAAN SIIL KOAKADEMIK PERINGKAT DAERAH



Tahap
Penguasaan Kelayakan Sijil
Bil. Tahun/ Tingkatan
TPBerdasarkan Koakademik
Standard
Kurikulum
1 PRASEKOLAH TP 3 EMAS
TP 2 PERAK
TP 1 GANGSA
2 TAHUN 1-6 (KSSR) TP 6 EMAS

TP 5 PERAK
TP 4 GANGSA
TP 3 PENYERTAAN
3 TINGKATAN 1-4 (KSSM) TP 6 EMAS
TP 5 PERAK

TP 4 GANGSA
TP 3 PENYERTAAN
4 TINGKATAN 5 (KBSM) BAND 6 EM4AS
BAND 5 PERAK
BAND 4 GANGSA

BAND 3 PENYERTAAN
5 TINGKATAN 6 (dicadangkan TAHAP 6 EMAS
mengikut kaedah KSSM) TAHAP 5 PERAK
TAHAP 4 GANGSA
TAHAP 3 PENYERTAAN











LAMPIRAN 1 PANDAUN PEMBERIAN SIJIL KOAKADEMIK BERDASARKAN BAHAN PDP VERSI PKPB
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH pg. 1

PENGANUGERAHAN SIJIL KOAKADEMIK PERINGKAT NEGERI MENGIKUT

MATA PELAJARAN

MATA
SIJIL HADIAH
PELAJARAN SIJIL PERINGKAT
BIL. PERINGKAT PERINGKAT
TAHUN 1` DAERAH
NEGERI NEGERI
(contoh)

1 BAHASA

MELAYU EMAS EMAS TIGA

SEKOLAH A PERAK HADIAH


2 BAHASA (PPD hedaklah GANGSA (EMAS,

MELAYU memilih yang terbaik PRNYERTAAN PERAK,

SEKOLAH B sahaja untuk KETIGA)

3 BAHASA dihantar ke peringkat

MELAYU negeri)


SEKOLAH C



1 BAHASA

INGGERIS EMAS EMAS TIGA

SEKOLAH A PERAK HADIAH


2 BAHASA (PPD hedaklah GANGSA (EMAS,

INGGERIS memilih yang terbaik PRNYERTAAN PERAK,

SEKOLAH B sahaja untuk KETIGA)

3 BAHASA dihantar ke peringkat

INGGERIS negeri)


SEKOLAH C









LAMPIRAN 1 PANDAUN PEMBERIAN SIJIL KOAKADEMIK BERDASARKAN BAHAN PDP VERSI PKPB
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH pg. 2


Click to View FlipBook Version