The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by [email protected], 2021-02-25 19:23:44

E-KOMPILASI RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN 2021 ( RPT )

ISI KANDUNGAN


1. Sekapur Sirih Seulas Pinang daripada Pengarah


2. Prakata dari Sektor Pembelajaran


3. Dari meja editor

4. Pelaksanaan Penjajaran Kurikulum 2.0


5. Kurikulum Kebangsaan

6. Rancangan Pelajaran Tahunan (SPI Bil.3/1999)


7. Kandungan RPT

7.1 RPT Prasekolah 1

7.2 RPT Tahun 1-6 (SK)


7.3 RPT Tahun 1-6 (SJKC)

7.4 RPT Kelas Peralihan

7.5 RPT Tingkatan 1 - Tingkatan 5 (SMK/ SMKA)


8. Penghargaan

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SABAH



Salam sejahtera dan salam JPN Sabah

Salam Sabah Hebat!
Katakan Tidak Kepada Nombor 16.

Kita bersyukur kepada Tuhan kerana dengan keizinan dan limpah kurnia-Nya kita telah berjaya menghasilkan
kompilasi RPT ini.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan sekalung penghargaan kepada Jawatan kuasa Kumpulan Pemikir JPN Sabah
dan Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah selaku urus setia bagi menghasilkan kompilasi ini.

Sepanjang pelaksanaan PdPR yang bermula pada tahun lalu, saya terpanggil untuk membantu semua pihak yang
terkesan dengan pendemik C-19 ini agar dapat melaksanakan tugasan dengan sebaik mungkin mengikut norma dan normal baharu. Di antara
penekanan yang penting dalam memenuhi keperluan ini adalah melalui perancangan yang rapi serta pelaksanaan PdP seperti yang telah digariskan
dalam Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0. Sehubungan dengan itu, perlu ada bantuan yang diberikan kepada barisan hadapan dalam pelaksanaan
PdPR ini dan kompilasi RPT ini boleh menjadi sebahagian daripada sokongan JPN kepada pihak sekolah dan ibu bapa.
Di antara objektif utama kewujudan e-book ini adalah agar ibu bapa dan murid dapat mengetahui bidang yang akan dipelajari dalam tahun ini
serta perkembangan pembelajaran anak mereka. Selain daripada itu, melalui e-book ini juga, guru mendapat contoh RPT terbaik khususnya bagi
guru-guru baharu yang memerlukan bimbingan dalam melaksanakan pdp yang berkesan. Di samping itu juga, penerbitan e-book ini juga dapat
membantu barisan Pengetua dan Guru Besar serta Penolong Kanan bagi mengetahui status samada guru mereka mengajar mengikut sukatan
pelajaran KPM semasa pemeriksaan RPH dan penyeliaan PdP.

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan agar penerbitan e-book ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi meningkatkan pencapaian
pendidikan di negeri Sabah.


Selamat Membaca,
Yang Berbahagia Datuk Dr. Mistirine binti Radin
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

SETINTA KATA TIMBALAN PENGARAH SEKTOR PEMBELAJARAN



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam Sabah Hebat!
Katakan Tidak Kepada Nombor 16.

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan keizinan-Nya, Kompilasi RPT ini berjaya dihasilkan. Panel penulis RPT
ini adalah terdiri daripada sekolah-sekolah dalam Kumpulan Pemikir JPN Sabah.

Sesungguhnya wabak Pandemik Covid 19 telah membawa perubahan ketara dalam sistem pembelajaran negara bermula pada tahun lalu dan
sehingga kini masih lagi belum menampakkan penghujungnya. Inilah masa-masa yang cukup mencabar bagi warga pendidikan di Malaysia dan
dunia amnya. Sesi pembelajaran secara bersemuka telah diganti dengan Pembelajaran di rumah. Oleh yang demikian, pihak Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah telah mencadangkan kompilasi RPT ini untuk membantu guru menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih terancang dan
memenuhi Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 pada tahun 2021 ini.

Oleh itu, saya merakamkan sekalung penghargaan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan yang
besar dalam melahirkan kompilasi E-book RPT ini. Diharapkan agar guru-guru dapat memanfaatkan RPT ini di samping ibu bapa yang prihatin
dengan kemajuan pembelajaran anak-anak mereka untuk sama-sama berganding bahu dalam melonjakkan kualiti pendidikan di negeri Sabah.

Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga pendidikan serta terus bersama-sama menjayakan agenda pendidikan negara
demi melahirkan generasi masyarakat Malaysia yang cemerlang dan gemilang.


“SPb, Berfokus dan Berimpak Tinggi”

Dr. Hj. Mohd. Kassim bin Tusin
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Menanggung Kerja Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

DARI MEJA EDITOR



Sabah Hebat!
Katakan Tidak Kepada Nombor 16.

Syukur Alhamdulillah di atas kejayaan menerbitkan kompilasi RPT ini. Sekalung penghargaan kepada Ybhg Datuk Dr. Mistirine binti Radin, Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang telah mencetuskan idea untuk menerbitkan kompilasi RPT ini.

Usaha menghasilkan RPT ini adalah bertujuan untuk memberikan bimbingan kepada guru-guru untuk menghasilkan RPT agar menepati kehendak
Dokumen Penjajaran Kurikulum. Ini adalah kerana perkara ini bukan hanya perkara baharu kepada guru-guru yang baharu ditempatkan di sekolah,
namun semua guru tidak ada pengalaman dalam menghadapi pandemic Covid-19 bermula pada tahun lalu dan Perintah Kawalan Pergerakan masih
dilaksanakan pada tahun ini.

Sehubungan dengan itu, Kumpulan Pemikir JPN Sabah telah menyahut cabaran Pengarah untuk mengumpulkan RPT bermula dari prasekolah,
sekolah rendah dan sekolah menengah bagi berkongsi dokumentasi bagi rujukan bersama.

Selain RPT ini digunakan oleh guru-guru, ibu bapa juga dapat menggunakannya sebagai rujukan bagi memastikan anak-anak mereka dapat
mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan serta memantau perkembangan pembelajaran mereka.

Bagi memudahkan rujukan pembaca, warna yang berlainan telah digunakan untuk membezakan kandungannya iaitu warna merah bagi sisipan
kandungan, warna biru adalah merujuk kepada program sekolah, warna hijau pula adalah untuk ujian dan warna kuning bagi cuti persekolahan

Diharapkan agar kompilasi yang dihasilkan ini dapat dimanfaatkan dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian pendidikan murid-murid tanpa
mengira perbezaan sosio-ekonomi mereka.

Selamat melayari,

Sidang Editor

PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM 2.0







KURIKULUM KEBANGSAAN

Pendidikan merupakan suatu proses menuju kemajuan dan kehidupan yang lebih harmoni sama ada untuk individu, masyarakat mahupun negara.

Pada hakikatnya, manusia yang berpendidikan lebih menunjukkan sifat disiplin dan kematangan fikiran yang baik berbanding manusia yang
tidak mendapat pendidikan yang sepatutnya.


Sistem pendidikan yang sempuna dan berkesan berasal daripada sistem yang teratur melibatkan visi dan misi, matlamat, peraturan serta undang-
undang. Oleh itu, terhasilnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menjadi satu garis panduan kepada negara dalam mengurus pendidikan di

Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan teras kepada Sistem Pendidikan Malaysia yang banyak memberi tumpuan kepada
perkembangan emosi diri para pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk dalam pernyataan berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (1988 – Falsafah

Pendidikan Negara)

Salah satu panduan penting selain Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam pendidikan adalah Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan

yang tertera dalam Akta Pendidikan 1996 dinaytakan seperti berikut:

Kurikulum Kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.

[Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]

Kesimpulannya, Kurikulum Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sangat berkait rapat antara satu sama lain dalam usaha
melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi iaitu seimbang dari segala aspek.

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN


Rancangan Pelajaran Tahunan atau lebih dikenali sebagai RPT merupakan dokumen yang wajib disediakan oleh guru. RPT perlu disediakan

setiap tahun kerana merupakan salah satu dokumen yang penting untuk dirujuk dalam menyediakan Rancangan Pelajaran Harian guru.

Penyediaan RPT seharusnya dibuat sebelum sesi persekolahan tahun semasa bermula dari hari pertama hingga ke hari terakhir persekolahan.

RPT yang baik adalah RPT yang ditulis mengikut tahun semasa menggunakan kurikulum terbaru dan terperinci mengikut tarikh persekolahan.

Penyediaan RPT perlu merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 3 Tahun 1999. Antara kandungan SPI tersebut adalah seperti berikut:


Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii)
Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua, Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-

prinsip perancangan yang mutakhir.

(i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN


Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.




(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti
objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.


Sehingga kini SPI berkaitan penyediaan RPT ini masih berkuatkuasa dan perlu dipatuhi oleh semua guru.





KANDUNGAN RPT


➢ RPT Prasekolah ➢ Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (SMKA & SMK)

Link : http://online.anyflip.com/bcmeq/zrsj/ Link Tingkatan 1 : http://online.anyflip.com/bcmeq/hpqu/

Link Tingkatan 2 : http://online.anyflip.com/bcmeq/poln/
Link Tingkatan 3 : http://online.anyflip.com/bcmeq/ppvg/

➢ RPT Tahun 1-6 (SK) Link Tingkatan 4 : http://online.anyflip.com/bcmeq/scgl/

Link Tahun 1 : http://online.anyflip.com/bcmeq/brka/ Link Tingkatan 5 : http://online.anyflip.com/bcmeq/hjky/
Link Tahun 2 : http://online.anyflip.com/bcmeq/tewp/

Link Tahun 3 : http://online.anyflip.com/bcmeq/gmbg/

Link Tahun 4 : http://online.anyflip.com/bcmeq/wqfg/

Link Tahun 5 : http://online.anyflip.com/bcmeq/hcgz/
Link Tahun 6 : http://online.anyflip.com/bcmeq/tpre/

➢ RPT Tahun 1-6 (SJK)

Link Tahun 1 : http://online.anyflip.com/bcmeq/tgyy/

Link Tahun 2 : http://online.anyflip.com/bcmeq/xtmj/

Link Tahun 3 : http://online.anyflip.com/bcmeq/clza/
Link Tahun 4 : http://online.anyflip.com/bcmeq/ikhr/

Link Tahun 5 : http://online.anyflip.com/bcmeq/tavu/

Link Tahun 6 : http://online.anyflip.com/bcmeq/mpqv/


➢ RPT Kelas Peralihan

Link : http://online.anyflip.com/bcmeq/fxsa/

PENGHARGAAN



1. YBhg Datuk Dr Mistrin Bin Radin 11. Puan Lily Wong
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Pengetua Sekolah Tinggi Kota Kinabalu

2. Encik Mohd Zaini Yanin 12. Encik Vasuthevan a/l S. Palanivulu
Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Pengarah Kolej Tingkatan 6, Kota Kinabalu

3. Tuan Haji Abidin Marjan 13. P Sunthararajo a/l Rengasamy
Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Pengetua SMK Entabuan, Tenom

4. Dr. Haji Mohd Kassim bin Tusin
Ketua Penolong Pengarah Kanan 14.Encik Hendry Anandan
Menanggung Kerja Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Pengetua SMK Keningau

5. Puan Hjh. Wanihim Osman
Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran 15. Encik Gambar Wong
Guru Besar SK Telaga, Pitas
6. Puan Lina Hassin
Pegawai Pendidikan Daerah Semporna
16. Puan Tan Lee Lee
7. Hj. Adnan Othman Guru Besar SK Good Shepherd, Kota Kinabalu
Timbalan Sektor Perancangan, PPD Sipitang
17. Encik Mohd. Hafiz Zuraimy bin Damsah
8. Puan Foo Lee Yin Guru Besar SK Api-Api, Kota Kinabalu
Timbalan PPD, Sektor Perancangan PPD Ranau

9. Puan Rohani Haji Ramlee
Pengetua SMK Bandaraya, Kota Kinabalu

10. Ybhg, Datin Hasnah Binti Mohd Yakob
Pengetua SMKA Kota Kinabalu


Click to View FlipBook Version