UCAPAN
YBHG DATUK DR. MISTIRINE BINTI RADIN
PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH
Terima kasih saudara saudari pemudah acara, selamat pagi dan salam sejahtera.
“Sabah Hebat, Katakan Tidak Kepada Nombor 16”
“Katakan YA kepada 10 terbaik”
Slogan keramat, sepakat dan muafakat kita capai bersama bak kata pepatah ‘’Ringgan sama
dijinjing, berat sama dipikul, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni’’.
Tuan-tuan dan puan-puan. Terima kasih kepada semua yang hadir secara maya walau
di mana sahaja tuan-tuan dan puan-puan berada, kami tidak pernah lupa, walau jauh di mata
tetapi sentiasa dekat di minda kami semua. Majlis Anugerah MEKAR ini dilaksana sebaik
upaya. Matlamatnya untuk mengiktiraf usaha berganda tuan-tuan dan puan-puan dengan ahli-
ahlinya yang bijaksana dan dengan sepenuh kudrat yang ada. Syabas dan tahniah untuk
semua yang berjaya.
Ikan puyu ikan gelama
Mari ditangkap di hutan paya
Anugerah MEKAR dirai bersama
Moga usaha terus berjaya
Tuan-tuan dan puan-puan. Tahun beralih, bulan bertukar. Tahun 2020 merupakan
tahun yang mencabar dan sukar. Pendamik Covid19 menguji kita semua dengan memperkasa
pdpr. Pelbagai strategi norma baharu pendidikan diatur dan disasar. Walau banyak dugaan
mencabar tetapi tetap ampuh bersabar. Program, aktiviti dan strategi peningkatan akademik
dirancang dan diatur bak pagar. Menurut John C Maxwell “ A leader is one knows the way,
goes the way and show the way”. Akhirnya hasil kejayaan PPD, sekolah, guru dan pelajar dirai
bersama di dalam MEKAR.
Tuan-tuan dan puan-puan. Hari ini usaha pelajar, para guru, guru besar, pengetua dan
PPD diiktiraf cemerlang kerana kerja buat kalian bukan alang-alang. Tuan-tuan dan puan-puan
bukan pemimpin yang calang-calang kerana tuan-tuan dan puan-puan berusaha untuk
berkembang bukan penerus andang-andang. Tuan-tuan dan puan-puan pewaris pemimpin
gemilang dan amat berpotensi diangkat sebagai pemimpin terbilang. Teruskan usaha dan
kerja keras tuan-tuan dan puan-puan untuk melahirkan lebih ramai bintang. J.K Rowling
menyatakan,
“We do not need magic to change the world, we carry all the power we need inside ourselves
already : We have the power to imagine better”
Tuan-tuan dan puan-puan. Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua yang berjaya.
Semoga usaha ditingkat dan diangkat hingga ke persada antarabangsa. Jangan berhenti
dengan kejayaan yang ada kerana kejayaan hari ini bukan untuk selama-lamanya. Kejayaan
merupakan perjalanan yang tidak ada titik noktahnya. Semoga semua sihat sejahtera.
Burung pipit burung tempua
Hinggap sebentar di dahan tinggi
Terima kasih untuk semua
Tahun hadapan kita jumpa lagi
SEKIAN DAN TERIMA KASIH.
Penghargaan
Sekalung Ucapan terima kasih kepada
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
Sektor Pengurusan Sekolah
Sektor Pembangunan Murid
Sektor Pentaksiran Dan Peperiksaan
Sektor Pendidikan Islam
Sektor Pendidikan Khas
Sektor Infrastruktur Dan Perolehan
Sektor Sumber Manusia
Sektor Pengurusan
(Kewangan, Akaun Dan Pentadbiran)
Sektor Psikologi Dan Kaunseling
Sektor Sumber Dan Teknologi Pendidikan
Sektor Pengurusan Maklumat
Sektor Integriti
Semua Ketua Penolong Pengarah Kanan
Semua Ketua Penolong Pengarah
Staf Sektor Pembelajaran JPN Sabah
Tuan-tuan & Puan-puan