MODUL BAHASA MELAYU
TINGKATAN 3
(KEMAHIRAN MENULIS)
TAJUK : KAWAL PERBELANJAAN ANDA
PEMBIMBING : UNIT BAHASA ,PPD SANDAKAN
NAMA SEKOLAH : SMK SUNG SIEW SANDAKAN
NAMA KETUA PANITIA : KASLIA SINANG(701208125390)
NAMA GURU-GURU :
1. DAYANADE BINTI HADZIDIL (770715-12-5896)
2. NURARIZAN BINTI NANTA (861006-49-5732)
3. SUHAIMI @ SURIANI BINTI AHMAD BABA (800228-12-6028)
4. USNIATI BINTI MOHD UMAR (810602-12-5746)
SASARAN TINGKATAN 3
SUBJEK BAHASA MELAYU
TEMA 14 : EKONOMI MAPAN NEGARA MAKMUR
TAJUK KAWAL PERBELANJAAN ANDA
CATATAN/nota Keadaan perkembangan ekonomi negara kita sekarang mengalami
sedikit penurunan. Ramai yang terpaksa diberhentikan bekerja sehingga
terdapat rakyat yang terpaksa ikat perut demi kelangsungan kehidupan.
Oleh itu, kita seharusnya berusaha untuk berbelanja dengan bijak agar
tidak terbeban dengan masalah ekonomi kini
Standard 3.2 Menulis untuk mengemukakan maklumat tentang sesuatu perkara
KANDUNGAN
Standard 3.2.1 Menulis untuk mengemukakan pendapat yang rasional tentang
Pembelajaran sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton menggunakan ayat
yang gramatis
Perkataan Maksud dalam konteks Dokumen Standard
Menulis *Membuat catatan
Mengemukakan pendapat * Memberikan buah fikiran /idea
Sesuatu bahan yang dibaca, * Daripada bahan bacaan, rakaman audio, video
didengar dan ditonton
Ayat yang gramatis *menggunakan bahasa yang lengkap dari segi tatabahasa
Objektif Pembelajaran I. Menulis dengan mengemukakan tiga perkara yang perlu
dilakukan sebelum berbelanja dengan ayat yang gramatis
II. Menulis dengan mengemukakan lima kelebihan berbelanja
secara berhemah berdasarkan video yang didengar dan
ditonton dengan menggunakan ayat yang gramatis
III. Menulis dengan mengemukakan lima kesan akibat
perbelanjaan yang tidak terkawal berdasarkan video yang
didengar dan ditonton dengan menggunakan ayat yang
gramatis
IV. Menulis teks dialog antara peniaga dan pembeli berkaitan
topik yang dibincangkan dengan menggunakan ayat gramatis
Tempoh Pelaksanaan 24 – 26 Ogos 2021
AKTIVITI PEMBELAJARAN
Arahan :
Aktiviti 1
Baca petikan yang diberikan.
1. Ubah gaya hidup
Beli barangan keperluan dan bukan kehendak
• Jika menggunakan kad kredit, pastikan anda membuat bayaran penuh (full settlement) bagi
mengelakkan hutang tertunggak
• Amalkan sikap berjimat cermat dan perbelanjaan bukan untuk menonjolkan kemewahan
• Jangan mudah terpengaruh dengan promosi dan tawaran
2. Membuat bajet yang realistik
Mulakan dengan membuat penilaian semua perbelanjaan anda.
• Tetapkan jumlah yang anda ingin belanja dan jumlah yang ingin disimpan
• Jika anda mempunyai kedudukan kewangan yang agak terhad, kenalpasti perkara yang paling
penting untuk anda belanjakan.
• Belanja ke atas barangan keperluan dahulu
3. Berbelanjalah secara bijak.
• Semak senarai harga barangan.
• Buat senarai barangan yang anda ingin beli dan bawa senarai tersebut sewaktu membeli belah
untuk mengelakkan pembelian secara mendadak (impluse purchase)
• Untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan, bawa jumlah wang yang mencukupi untuk
membeli barangan yang disenaraikan
• Rancang perbelanjaan dengan teliti dengan membuat perbandingan harga
• Seringkali menjelang musim perayaan, harga barangan akan melambung tinggi. Maka, elok
sekiranya perbelanjaan dibuat lebih awal dari tarikh perayaan.
• Rekod segala perbelanjaan yang dibuat bagi merancang perbelanjaan dengan lebih teliti. Jika
terlebih berbelanja, berusaha lah untuk berjimat serta mengurangkan perbelanjaan
Aktiviti 2
Dengar dan tonton video di bawah ini.
a) https://youtu.be/Za1t6NQfFjg
b) https://youtu.be/iKL65jkU3_I
Aktiviti 3 (1)dan 3 (ii)
Arahan Lengkapkan peta minda di bawah dengan jawapan yang tepat.
Kelebihan-kelebihan
berbelanja secara
berhemah
Aktiviti 3(ii)
Kesan-kesan berbelanja
secara tidak berhemah
Aktiviti 3 (iii) : Menulis pendapat berdasarkan soalan di bawah.
Anda telah pun menonton dua video yang diberikan. Anda juga telah mengetahui kepentingan
berbelanja secara berhemah dan kesan jika berbelanja secara tidak terkawal. Secara tidak langsung
anda juga meyedari betapa pentingnya merancang perbelanjaan secara beretika.
Pada pendapat anda, huraikan tiga sebab pentingnya setiap individu merancang perbelanjaan secara
beretika mengikut kemampuannya?
1.__________________________________________________________________________________________________________________
2.__________________________________________________________________________________________________________________
3.__________________________________________________________________________________________________________________
Aktiviti 4 Situasi di Kedai Runcit Pak Ali
Arahan : Anda diminta untuk melengkapkan dialog dibawah mengunakan ayat
yang tepat dan betul
Puan Halimah terserempak Puan Siti di restoran. Perbualan mereka berkisar perbelanjaan bulanan
keluarga masing-masing. Berikut merupakan perbualan mereka.
Puan Halimah : Banyaknya barang yang kamu beli ni, Siti. Habis berapa ribu belanja dapur untuk
sebulan
Puan Siti : Biasa saja ni. Memang inilah berbelanjaan setiap bulan keluarga saya. Biasanya
saya memperuntukkan RM400 setiap sebulan
Puan Halimah : Tapi banyak pula yang kamu beli dengan nilai perbelanjaan tersebut. Saya hanya
membeli barang dalam tiga beg plastik ini pun sudah mencecah RM300.
Puan Siti : Ah, tu la kamu. Kita ni sebagai pengguna perlulah bijak berbelanja.
Puan Halimah : Siti, boleh kamu jelaskan cara berbelanja dengan bijak?
Puan Siti : ____________________________________________________________________________
Puan Halimah : Oh, begitu rupanya. Apa lagi yang perlu yang saya lakukan sebelum berbelanja?
Puan Siti : ______________________________________________________________________________. Tapi kamu
jangan lupa, sebelum meninggalkan kaunter bayaran, semak resit pembayaran terlebih dahulu.
Puan Halimah : Siti, kenapa kamu selalu berbelanja di kedai itu?
Puan Siti : Kedai tu sangat terkenal dengan menjual barangan pada harga yang berpatutan.
Kedai itu juga sering kali ______________________________________________________________.
Puan Halimah : Terima kasihlah Siti kerana kamu sudi berkongsi maklumat berbelanja secara
berhemah.
Pentaksiran :
Instrumen 1 : Rubrik Pentaksiran
TAHAP KRITERIA
1 Ayat mengandungi idea dan contoh yang terhad .
2 Ayat mengandungi idea dan contoh berkesinambungan
Keseluruhan idea boleh difahami
3 Ayat mengandungi idea dan contoh serta huraian yang
berkesinambungan.Keseluruhan idea mudah difahami dan jelas
4 Ayat mengandungi idea yang dan huraian yang berkesinambungan
.Keseluruhan idea mudah difahami , jelas dan menarik .
5 Kesemua idea jelas dan berkesinambungan serta olahan yang menarik ,
mengandungi contoh yang sesuai serta tatabahasa yang mudah difahami,jelas
dan tepat.
6 Kesemua idea jelas dan contoh yang berkesinambungan serta olahan yang
menarik , mengandungi tatabahasa yang tepat ,mudah difahami ,jelas dan
dapat mengaitkan idea dengan kehidupan sebenar .
INSTRUMEN 2 : Refleksi Proses Pembelajaran Murid
1. Apakah maksud perbelanjaan berhemah?
2. Menulis tiga perkara yang perlu dilakukan sebelum berbelanja
3. Nyatakan lima kelebihan berbelanja secara berhemah.
4. Senaraikan lima kesan perbelanjaan tidak berhemah.
5. Menulis huraian dengan jelas tentang perkaitan sikap merancang perbelanjaan secara
beretika dengan sikap berbelanja mengikut kemampuan.
6. Melengkap teks dialog dengan ayat yang gramatis
PANDUAN KERJA
1. Guru perlu menjelaskan dan memahamkan murid tentang tajuk,topik, tema pengajaran dan
pembelajaran
2. Murid perlu memahami terlebih dahulu topik yang dibincangkan
3. Fahami arahan yang terdapat di bahagian aktiviti 1, 2 , 3 dan 4
4. Jawab dan laksanakan kehendak aktiviti 1
5. Setelah aktiviti 1 dipenuhi, beralih ke aktiviti 2
6. Guru mengaitkan aktiviti 1 dan 2 melalui sesi soal jawab
7. Setelah itu, beralih ke aktiviti 3
8. Gunakan bahan di aktiviti 2 untuk melakukan aktiviti 3
9. Kemudian, murid diminta melengkapkan dialog dengan ayat-ayat gramtis
10. Untuk mengetahui murid dapat memberikan idea melalui pembacaan dan penulisan atau tidak
boleh rujuk kriteria yang terdapat pada Pentaksiran Instrumen 1
11. Instrumen 2 pula bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman murid terhadap topik
pembelajaran. Buku teks dan bahan (video ) yang diberikan boleh dijadikan sebagai rujukan
untuk menjawab instrumen 2 selain pengetahuan sedia ada murid dibantu dengan bimbingan
daripada guru
12. Sekiranya aktiviti 1,2 dan 3 dan pentaksiran Instrumen 1 dan 2 telah siap, maka murid boleh
menghantar kerja kepada guru untuk disemak dan penerimaan tugasan seterusnya
RUJUKAN
Scan QR Code untuk menonton video
Modul sedia ada VS Modul PdPr
MODUL SEDIA ADA MODUL PDPR
Koleksi soalan Soalan berstuktur
Tidak mempunyai kreteria khusus Mempunyai kriteria yang jelas
Tanpa nota rujukan Berserta nota rujukan
- Mempunyai panduan kerja buat