The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by [email protected], 2021-03-21 21:33:39

E-KOMPILASI RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN 2021 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH (SEKOLAH RENDAH)

ISI KANDUNGAN




1. Sekapur Sirih Seulas Pinang daripada Pengarah

2. Prakata dari Sektor Pembelajaran


3. Dari meja editor


4. Pelaksanaan Penjajaran Kurikulum 2.0

5. Kurikulum Kebangsaan


6. Rancangan Pelajaran Tahunan (SPI Bil.3/1999)


7. Kandungan RPT

7.1 RPT Prasekolah

7.2 RPT Tahun 1-6 (SK)


7.3 RPT Tahun 1-6 (SJKC)


8. Penghargaan

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SABAH



Salam sejahtera dan salam JPN Sabah

Salam Sabah Hebat!
Katakan Tidak Kepada Nombor 16, Say Yes To Top 10

Kita bersyukur kepada Tuhan kerana kita telah berjaya menghasilkan e-kompilasi RPT ini.

Tahniah dan sekalung penghargaan kepada Jawatankuasa Kumpulan Pemikir JPN Sabah dan Sektor Pembelajaran,
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah selaku urus setia atas kejayaan menghasilkan e-kompilasi ini.

Sepanjang pelaksanaan PdPR yang bermula pada tahun lalu, saya terpanggil untuk membantu semua pihak yang terkesan
dengan Pandemik COVID-19 ini agar dapat melaksanakan tugasan dengan sebaik mungkin mengikut norma dan normal
baharu. Di antara penekanan yang penting dalam memenuhi keperluan ini adalah melalui perancangan yang rapi serta pelaksanaan PdP seperti yang
telah digariskan dalam Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0. Sehubungan dengan itu, perlu ada bantuan yang diberikan kepada barisan hadapan dalam
pelaksanaan PdPR ini dan e-kompilasi RPT ini boleh menjadi sebahagian daripada sokongan JPN kepada pihak sekolah dan ibu bapa.

Di antara objektif utama kewujudan e-book ini adalah agar ibu bapa dan murid dapat mengetahui bidang yang akan dipelajari dalam tahun ini serta
perkembangan pembelajaran anak mereka. Selain daripada itu, melalui e-book ini juga, guru mendapat contoh RPT terbaik khususnya bagi guru-guru
baharu yang memerlukan bimbingan dalam melaksanakan pdp yang berkesan. Di samping itu juga, penerbitan e-book ini juga dapat membantu barisan
Pengetua dan Guru Besar serta Penolong Kanan bagi mengetahui status samada guru mereka mengajar mengikut sukatan pelajaran KPM semasa
pemeriksaan RPH dan penyeliaan PdP.

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan agar penerbitan e-book ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi meningkatkan pencapaian
pendidikan di negeri Sabah.


Selamat Membaca,

Yang Berbahagia Datuk Dr. Mistirine binti Radin
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

SETINTA KATA TIMBALAN PENGARAH SEKTOR PEMBELAJARAN



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan keizinan-Nya, e-kompilasi RPT ini berjaya dihasilkan. Panel penulis RPT ini
adalah terdiri daripada sekolah-sekolah dalam Kumpulan Pemikir JPN Sabah.

Sesungguhnya wabak Pandemik COVID-19 telah membawa perubahan ketara dalam sistem pembelajaran negara bermula pada
tahun lalu dan sehingga kini masih lagi belum menampakkan penghujungnya. Inilah masa-masa yang cukup mencabar bagi warga
pendidikan di Malaysia dan dunia amnya. Sesi pembelajaran secara bersemuka telah diganti dengan pembelajaran di rumah. Oleh
yang demikian, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah mencadangkan kompilasi RPT ini untuk membantu guru
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih terancang dan memenuhi Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 pada tahun 2021 ini walaupun sesi
pembelajaran secara bersemuka telah dilaksanakan.

Oleh itu, saya merakamkan sekalung penghargaan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan yang besar
dalam melahirkan kompilasi E-book RPT ini. Diharapkan agar guru-guru dapat memanfaatkan RPT ini di samping ibu bapa yang prihatin dengan
kemajuan pembelajaran anak-anak mereka untuk sama-sama berganding bahu dalam melonjakkan kualiti pendidikan di negeri Sabah.

Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga pendidikan serta terus bersama-sama menjayakan agenda pendidikan negara demi
melahirkan generasi masyarakat Malaysia yang cemerlang dan gemilang.

“SPb, Berfokus dan Berimpak Tinggi”



Dr. Hj. Mohd. Kassim bin Tusin
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Menanggung Kerja Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

DARI MEJA EDITOR



Syukur Alhamdulillah di atas kejayaan menghasilkan e-kompilasi RPT ini. Sekalung penghargaan kepada Ybhg Datuk Dr. Mistirine binti Radin, Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang telah mencetuskan idea untuk penghasilan E- kompilasi RPT ini.

E-kompilasi RPT ini bertujuan untuk memberikan bimbingan kepada guru-guru untuk menyediakan RPT yang menepati kehendak Dokumen Penjajaran
Kurikulum. Ini adalah kerana perkara ini bukan hanya perkara baharu kepada guru-guru yang baharu ditempatkan di sekolah, tetapi juga kepada semua
guru. Ini kerana semua guru tidak ada pengalaman dalam menghadapi Pandemic COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dilaksanakan
pada tahun ini.

Sehubungan dengan itu, Kumpulan Pemikir JPN Sabah dan urus setia telah telah menyahut cabaran Yang Berbahagia Datuk Pengarah untuk mengumpul
RPT bermula dari prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah bagi berkongsi dokumentasi dan didokumentasikan.

RPT ini adalah untuk digunakan oleh guru-guru. Walau bagaimanapun, ibu bapa juga dapat menggunakannya sebagai rujukan bagi memastikan anak-
anak mereka dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan serta memantau perkembangan pembelajaran mereka.

Bagi memudahkan rujukan pembaca, warna yang berlainan telah digunakan untuk membezakan kandungannya iaitu warna merah bagi sisipan
kandungan, warna biru adalah merujuk kepada program sekolah, warna hijau pula adalah untuk ujian dan warna kuning bagi cuti persekolahan

Diharapkan agar E-kompilasi yang dihasilkan ini dapat dimanfaatkan dan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian pendidikan murid-murid tanpa
mengira perbezaan sosio-ekonomi mereka.


Selamat melayari,


Sidang Editor

PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM 2.0







KURIKULUM KEBANGSAAN


Pendidikan merupakan suatu proses menuju kemajuan dan kehidupan yang lebih harmoni sama ada untuk individu, masyarakat mahupun negara.

Pada hakikatnya, manusia yang berpendidikan lebih menunjukkan sifat disiplin dan kematangan fikiran yang baik berbanding manusia yang tidak

mendapat pendidikan yang sepatutnya.

Sistem pendidikan yang sempuna dan berkesan berasal daripada sistem yang teratur melibatkan visi dan misi, matlamat, peraturan serta undang-

undang. Oleh itu, terhasilnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menjadi satu garis panduan kepada negara dalam mengurus pendidikan di
Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan teras kepada Sistem Pendidikan Malaysia yang banyak memberi tumpuan kepada
perkembangan emosi diri para pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk dalam pernyataan berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh

dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (1988 – Falsafah Pendidikan Negara)


Salah satu panduan penting selain Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam pendidikan adalah Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan yang
tertera dalam Akta Pendidikan 1996 dinaytakan seperti berikut:

Kurikulum Kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya
dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan.

[Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]

Kesimpulannya, Kurikulum Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sangat berkait rapat antara satu sama lain dalam usaha melahirkan
modal insan yang berkualiti tinggi iaitu seimbang dari segala aspek.

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN


Rancangan Pelajaran Tahunan atau lebih dikenali sebagai RPT merupakan dokumen yang wajib disediakan oleh guru. RPT perlu disediakan setiap
tahun kerana merupakan salah satu dokumen yang penting untuk dirujuk dalam menyediakan Rancangan Pelajaran Harian guru.


Penyediaan RPT seharusnya dibuat sebelum sesi persekolahan tahun semasa bermula dari hari pertama hingga ke hari terakhir persekolahan. RPT
yang baik adalah RPT yang ditulis mengikut tahun semasa menggunakan kurikulum terbaru dan terperinci mengikut tarikh persekolahan.


Penyediaan RPT perlu merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 3 Tahun 1999. Antara kandungan SPI tersebut adalah seperti berikut:

Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii) Rancangan

Pelajaran Harian. Pengetua, Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan

kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir.


(i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN

Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang

dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,
cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.


Sehingga kini SPI berkaitan penyediaan RPT ini masih berkuatkuasa dan perlu dipatuhi oleh semua guru.





KANDUNGAN RPT


7.1 RPT Prasekolah

Link : http://bit.ly/PRASEKOLAH-RPT


7.2 RPT Tahun 1-6 (SK)

Link Tahun 1 : http://bit.ly/TAHUN1-SK

Link Tahun 2 : http://bit.ly/TAHUN2-SK
Link Tahun 3 : http://bit.ly/TAHUN3-SK

Link Tahun 4 : http://bit.ly/TAHUN4-SK

Link Tahun 5 : http://bit.ly/TAHUN5-SK

Link Tahun 6 : http://bit.ly/TAHUN6-SK



7.3 RPT Tahun 1-6 (SJKC)
Link Tahun 1 : http://bit.ly/TAHUN1-SJKC

Link Tahun 2 : http://bit.ly/TAHUN2-SJKC

Link Tahun 3 : http://bit.ly/TAHUN3-SJKC

Link Tahun 4 : http://bit.ly/TAHUN4-SJKC
Link Tahun 5 : http://bit.ly/TAHUN5-SJKC

Link Tahun 6 : http://bit.ly/TAHUN6-SJKC

PENGHARGAAN



1. YBhg Datuk Dr Mistirine Binti Radin 11. Puan Lily Wong
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Pengetua Sekolah Tinggi Kota Kinabalu

2. Encik Mohd Zaini Bin Yanin 12. Encik Vasuthevan a/l S. Palanivulu
Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Pengarah Kolej Tingkatan 6, Kota Kinabalu

3. Tuan Haji AbidinBin Marjan 13. P Sunthararajo a/l Rengasamy
Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Pengetua SMK Entabuan, Tenom

4. Dr. Haji Mohd Kassim Bin Tusin
Ketua Penolong Pengarah Kanan 14.Encik Hendry Anandan
Menanggung Kerja Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Pengetua SMK Keningau

5. Puan Hjh. Wanihim Binti Othman 15. Encik Gambar @ Oyoh Bin Wong Ah Kong
Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran
Guru Besar SK Telaga, Pitas
6. Puan Linna Binti Hassin
Pegawai Pendidikan Daerah Semporna 16. Puan Tan Lee Lee

7. Hj. Adnan Bin Othman Guru Besar SJKC Good Shepherd, Kota Kinabalu
Timbalan Sektor Pembangunan Murid, PPD Sipitang
17. Encik Mohd. Hafiz Zuraimy Bin Damsah
8. Puan Foo Lee Yen Guru Besar SK Api-Api, Kota Kinabalu
Timbalan PPD, Sektor Perancangan PPD Ranau

9. Puan Rohani Binti Haji Ramlee
Pengetua SMK Bandaraya, Kota Kinabalu

10. Ybhg, Datin Hasnah Binti Mohd Yakob
Pengetua SMKA Kota Kinabalu

SENARAI GURU PENYEDIA RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN ( RPT ) TAHUN 2021



SJKC GOOD SHEPHERD, KOTA KINABALU


1. CHONG YEN HA 14. VOON FUI KONG

2. WONG SHU YI 15. NIA VUN CHOO
3. TSEN LEE TUNG 16. LEN YIAN MEE

4. NGU SIEW PING 17. LIEW YUK TSU
5. YAP TSIN BOON 18. TAN PENG CHING

6. TAN LIE MEE 19. ANNEY CHIN
7. CHUNG TZU KEN 20. NOR AZRINA IDAYU BT AHMAD

8. MALCOLM JOHN 21. CHONG CHEE WEI
9. CHEW LEE MEI @ MARIE CHEW 22. LIAU YUN TSHIN@ PENNY

10. LEE BING FUNG 23. KOK HONG TYNG
11. CHONG YUN JAU 24. KAREN YONG CHET YING

12. YONG SIEW ZO 25. LAI KAI LING
13. JANET CHONG FUNG JIN

SK API-API , KOTA KINABALU


23. PUTRI NURAINI BINTI MEGATKAMALUL BAHRIN
1. ALIAS RANTAU WENSIS
24. ROSLE BIN BASAS
2. AMMY AMELIA BINTI JAMAL
25. ROGAYAH HASSAN
3. ANIJOSFINA BINTI MUSA
26. RUJIA BINTI ABDULATIF
4. ANNAH BINTI PAHALUDDIN
27. SAFARINAH BINTI AZWAN
5. AZIRIA BINTI KASIM
28. SHARUL ISWAR BIN IDRIS
6. CHI SIEWPING
29. SHAMMEY TEY
7. DAISY JAMIAN
30. SITI NURZARINA BINTI AG MOHD HUSSIN
8. IRENE GABRIEL
31. SANTHAVALLI A/P SUBRAMANIAM
9. JAHRAH BINTI MUSADDIKAN
32. TONG LEE CHANG
10. JESSICA RINE ALPHONSUS
33. UMA DEVI A/P KRISHNAN
11. JESSY GANIE
34. YENTICHIA BINTI DAMIN
12. JU MARIA CAN JOB@JOSEPH
35. YIU POH HOCK
13. LIZA BINTI TALIP
36. ZULAIKHA BINTI AWANG BESAR
14. MOHAMAD ALI BIN ISMAIL
37. ZURAIMI BIN ROSLE
15. MOHD AZRUL HISHAM BIN AB AZIZ
38. PRESENAGANESH PILLAI A/L PERIANEN
16. MUHAMMAD HADI BIN BABA
39. LIM ZALIMAH LIM ALI BANDIONG
17. MUHAMMAD NUR SYAHFIE BIN IDRIS
40. MOHD. SARIZAM BIN MATSANIT
18. MURNIE BINTI JOEL
41. DARSAHANEE BIN YUSOP
19. NG SHOK TENG@ALICE
42. BADANA GIMIL
20. NURSHAQEERA SHERLY SIBANGUN
43. MOHAMAD ALMURSHIDI BIN SAHIDAN
21. NORSILAWATI BINTI SARIDAH
44. NOR AINI BINTI ABDULLAH
22. NORAINI BINTI MAIL




45.


Click to View FlipBook Version