The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by [email protected], 2021-05-08 06:06:05

MODUL PdPR BAHASA MELAYU TINGKATAN 5

MODUL pdpr BAHASA

MELAYU
TINGKATAN 5

Disediakan oleh:-

1. Hajah Maznah Binti Hasaan
2. Ajirah Binti Lahak
3. Thresa Lomunga
4. Salma Binti Mappa

5. Zuraina Binti Maskul
6. Rina Rasdiana Binti Sahar
7. Sophia Binti Akmadul
8. Siti Norhayani Binti Misnan
9. Sanuddin Binti Warisi

Penasihat : Norsiah Hj. Abdullah
SISC+ Bahasa
PPD Kunak

A. MAKLUMAN

Dalam modul ini, anda dikehendaki memisahkan ayat-ayat majmuk yang diberikan supaya menjadi ayat
tunggal seperti beriku:

1. Memisahkan ayat majmuk gabungan kepada ayat tunggal

2. Memisahkan ayat majmuk pancangan Relatif kepada ayat tunggal
3. Memisahkan ayat majmuk pancangan Komplemen kepada ayat tunggal

4. Memisahkan ayat majmuk pancangan Keterangan kepada ayat tunggal

5. Memisahkan ayat majmuk campuran kepada ayat tunggal

Contoh:

1. Memisahkan ayat majmuk gabungan kepada ayat tunggal
a) Ibu dan kakak ke pasar.

Ayat tersebut terbentuk daripada ayat tunggal yang berikut, dan disambungkan dengan

menggunakan kata hubung “dan”

a(i) Ibu ke pasar (dan)

a(ii) Kakak ke pasar

2. Memisahkan ayat majmuk pancangan Relatif kepada ayat tunggal

a) Norazlina membeli baju yang berwarna merah jambu.

Ayat tersebut terbentuk daripada ayat tunggal yang berikut, dan disambungkan dengan

menggunakan kata hubung relatif “yang”
a(i) Norazlina membeli baju

a(ii) Baju itu berwarna merah jambu

3. Memisahkan ayat majmuk pancangan Komplemen kepada ayat tunggal

a) Pengawas melaporkan bahawa terdapat pelajar ponteng semasa aktiviti kokurikulum

Ayat tersebut terbentuk daripada ayat tunggal yang berikut, dan disambungkan dengan
menggunakan kata hubung komplemen “bahawa”

a(i) Pengawas itu melaporkan. (bahawa)

a(ii) Terdapat pelajar ponteng semasa aktiviti kokurikulum.

1

4. Memisahkan ayat majmuk pancangan Keterangan kepada ayat tunggal

a) Farhan menangis kerana ayahnya meninggal dalam kemalangan jalan raya semalam.

Ayat tersebut terbentuk daripada ayat tunggal yang berikut, dan disambungkan dengan

menggunakan kata hubung keterangan“kerana
a(i) Farhan menangis

a(ii) Ayahnya meninggal dalam kemalangan jalan raya semalam.

5. Memisahkan ayat majmuk campuran kepada ayat tunggal

a) Iman masih belajar tetapi rakan-rakanya yang sudah keletihan telah lama terlena.

Ayat tersebut terbentuk daripada ayat tunggal yang berikut, dan disambungkan dengan
menggunakan kata hubung “tetapi” dan kata hubung relatif “yang”

a(i) Iman masih belajar.

a(ii) Rakan-rakannya keletihan.

a)(iii) Rakan-rakanya sudah lama terlena.

B. Modul ini hendaklah digunakan bersama video di pautan https://youtu.be/yX-WVBjYrvU untuk
lebih memahami apa itu ayat majmuk.

Sekian dan terima kasih

2

Latihan 1
11
Pisahkan ayat-ayat di bawah ini kepada ayat-ayat tunggal dengan mengekalkan maksud dan struktur
asalnya.

1. Mereka bertepuk tangan sambil menyanyi.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

2. Semua pelajar menyukai cikgu Malek kerana dia pandai mempelbagaikan cara pengajarannya.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

3. Kamarul seorang pelajar yang pintar tetapi dia malas belajar.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

4. Rumah itu besar tetapi tidak berpenghuni.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

5. Adelia tetap turun ke sekolah walaupun hujan turun dengan lebatnya

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

3

Latihan 2

Cerakinkan ayat-ayat di bawah ini kepada ayat-ayat tunggal dengan mengekalkan maksud dari stuktur
asalnya.

1. Jika kamu mengantuk, tidurlah di atas katil ini.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

2. Beliau ialah guru muzik berpengalaman kerana telah berkhidmat hampir 35 tahun.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

3. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara umpama ke bukit sama di daki ke
lurah sama dituruni.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

4. Kakak amat gambira kerana kami akan menziarahinya pada hujung minggu ini.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

5. Sekiranya saya menang dalam pertandingan itu, saya akan dihadiahkan sebuah basikal oleh ayah saya.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

6. Lelaki yang memakai baju kemeja biru itu ayah saya.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….…

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

4

Latihan 3

Pisahkan ayat-ayat di bawah ini kepada ayat-ayat tunggal dengan mengekalkan maksud dari stuktur
asalnya.

1. Untuk kita mengalahkan pasukan itu bukannya mudah.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

2. Adalah baik untuk kamu membuat latihan itu.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

3. Pak Malau mendapati bahawa tikus keluar mencari makanan pada waktu malam.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

4. Qavita belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

5. Iqwan tidak mahu memberitahukan perkara itu walaupun menyaksikannya.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

6. Nurico melonjak-lonjak kegembiraan apabila lulus dalam peperiksaan itu.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….…

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

5

Latihan 4

Baca petikan di bawah dengan teliti. Cerakinkan ayat majmuk yang bergaris kepada ayat-ayat tunggal
tanpa mengubah maksud asalnya.

(1) Ramai dalam kalagan ibu bapa kini sering memberikan telefon pintar kepada anak-anak sebagai hadiah
hari lahir atau sebagai ganjaran. (2) Pemberian ini bertujuan untuk memberikan perangsang dan galakan
kepada anak-anak supaya mereka akan terus berusaha. Walau bagaimanapun, tidak banyak ibu bapa
yang memantau pengguaan peranti itu selepas memberikannya kepada anak-anak. Tahukah mereka
bahawa penggunaan telefon pintar tanpa pemantauan akan mendatangkan kesan negatif kepada anak-
anak?
( 6 markah)

Jawapan:

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

6

Latihan 5

Baca petikan di bawah dengan teliti. Cerakinkan ayat majmuk kepada ayat-ayat tunggal tanpa
mengubah maksud asalnya.

(1) Pihak Swasta telah menyumbang RM 8 juta bagi pembangunan e-sukan. (2) Keprihatinan pihak Swasta
terhadap perkembangan e-sukan jelas menunjukkan bahawa sukan tersebut mempunyai potensi untuk
memartabatkan nama negara pada persada antaranbangsa. (3) Peruntukan tersebut dapat digunakan
bagi merangka persiapan para atlet.

7

JAWAPAN

Latihan 1
11
Pisahkan ayat-ayat di bawah ini kepada ayat-ayat tunggal dengan mengekalkan maksud dan struktur
asalnya.

1. Mereka bertepuk tangan sambil menyanyi.

1a) Mereka bertepuk tangan.

1b) Mereka menyanyi.

2. Semua pelajar menyukai cikgu Malek kerana dia pandai mempelbagaikan cara pengajarannya.

2a) Semua pelajar menyukai ckgu Malek.
2b) Dia pandai mempelbagaikan cara pengajarnnya.

3. Kamarul seorang pelajar yang pintar tetapi dia malas belajar.

3a) Kamarul seorang pelajar yang pintar.
3b) Dia malas belajar.

4. Rumah itu besar tetapi tidak berpenghuni.

4a) Rumah itu besar.
4b) Rumah itu tidak berpenghuni.

5. Adelia tetap turun ke sekolah walaupun hujan turun dengan lebatnya

5a) Adelia tetap turun ke sekolah.
5b) Hujan turun dengan lebatnya.

8

Latihan 2

Cerakinkan ayat-ayat di bawah ini kepada ayat-ayat tunggal dengan mengekalkan maksud dari stuktur
asalnya.

1. Jika kamu mengantuk, tidurlah di atas katil ini.

1a) Kamu mengantuk.
1b) Kamu tidurlah di atas katil ini.

2. Beliau ialah guru muzik berpengalaman kerana telah berkhidmat hampir 35 tahun.

2a) Beliau ialah guru muzik berpengalaman
2b) Beliau telah berkhidmat hempir 35 tahun.

3. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara umpama ke bukit sama di daki ke
lurah sama dituruni.

3a) Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.
3b) Kita hendaklah ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni.

4. Kakak amat gambira kerana kami akan menziarahinya pada hujung minggu ini.

4a) Kakak amat gembira.
4b) Kami akan menziarhinya pada hujung minggu ini.

5. Sekiranya saya menang dalam pertandingan itu, saya akan dihadiahkan sebuah basikal oleh ayah saya.

5a) Saya menang dalam pertanding itu.
5b) Saya akan dihadiahkan sebuah basikal oleh ayah saya.

6. Lelaki yang memakai baju kemeja biru itu ayah saya.

6a) Lelaki itu memakai baju kemeja biru.
6b) Lelaki itu ayah saya.

9

Latihan 3

Pisahkan ayat-ayat di bawah ini kepada ayat-ayat tunggal dengan mengekalkan maksud dari stuktur
asalnya.

1. Untuk kita mengalahkan pasukan itu bukannya mudah.

1a) Kita mengalahkan pasukan itu.
1b Mengalahkan pasukan itu bukannya mudah.

2. Adalah baik untuk kamu membuat latihan itu.

2a) Latihan itu baik.
2b) Kamu membuat Lathan itu.

3. Pak Malau mendapati bahawa tikus keluar mencari makanan pada waktu malam.

3a) Pak Malau mendapati tikus makan.
3b) Tikus keluar mencari makan pada waktu malam.

4. Qavita belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

4a) Qavita belajar bersungguh-sungguh.
4b) Qavita mencapai kejayaan yang cemerlang.

5. Iqwan tidak mahu memberitahukan perkara itu walaupun menyaksikannya.

5a) Iqwan tidak mahu memberitahukan perkara itu.
5b) Iqwan menyaksikannya.

6. Nurico melonjak-lonjak kegembiraan apabila lulus dalam peperiksaan itu.

6a) Nurico melonjak-lonjak kegembiraan.
6b) Nurico lulus dalam peperiksaan itu.

10

Latihan 4

Baca petikan di bawah dengan teliti. Cerakinkan ayat majmuk yang bergaris kepada ayat-ayat tunggal
tanpa mengubah maksud asalnya.

(1) Ramai ibu bapa kini sering memberikan telefon pintar kepada anak-anak sebagai hadiah hari lahir atau
sebagai ganjaran. (2) Pemberian ini bertujuan untuk memberikan perangsang dan galakan kepada anak-
anak supaya mereka akan terus berusaha. Walau bagaimanapun, tidak banyak ibu bapa yang memantau
pengguaan peranti itu selepas memberikannya kepada anak-anak. Tahukah mereka bahawa penggunaan
telefon pintar tanpa pemantauan akan mendatangkan kesan negatif kepada anak-anak?
( 6 markah)

Jawapan:

1. a) Ramai ibu bapa kini sering memberikan telefon pintar kepada anak-anak sebagai hadiah hari jadi.
b) Ramai ibu bapa kini sering memberikan telefon pintar kepada anak-anak sebagai ganjaran.

2. a) Pemberian itu bertujuan (sesuatu).
b)Pemberian itu bertujuan untuk memberikan perangsang kepada anak-anak.
c) pemberian itu bertujuan untuk memberika galakan kepada anak-anak.
d) Anak-anak akan terus berusaha.

Latihan 5

Baca petikan di bawah dengan teliti. Cerakinkan ayat majmuk kepada ayat-ayat tunggal tanpa
mengubah maksud asalnya.

(1) Pihak Swasta telah menyumbang RM 8 juta bagi pembangunan e-sukan. (2) Keprihatinan pihak Swasta
terhadap perkembangan e-sukan jelas menunjukkan bahawa sukan tersebut mempunyai potensi untuk
memartabatkan nama negara pada persada antaranbangsa. (3) Peruntukan tersebut dapat digunakan
bagi merangka persiapan para atlet.

( 6 markah)
Jawapan:

1a) Pihak Swasta telah menyumbang RM 8 juta.
1b) Pihak Swasta menyumbang bagi pembangunan e-sukan.

2a) Keprihatinan pihak swasta terhadap perkembangan e-sukan jelas menunjukkan (sesuatu).
2b) Sukan tersebut mempunyai potensi.
2c)Sukan memartabatkan nama negara pada persada antarabangsa.
2d)Peruntukan tersebut dapat digunakan.
2e) Peruntukan tersebut merangka persiaan para atlet.

11

MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5

Sasaran Tingkatan 5

Subjek Bahasa Melayu

Tajuk atau Pertanian, Perikanan dan Penternakan
tema

Nota berkaitan Sektor pertanian merupakan sektor ekonomi primer yang penting dari
tajuk atau tema segi sosial, ekonomi dan ekologi. Kepentingan sektor pertanian tidak
harus dikesampingkan malah perlu dibangunkan agar seiring dengan
sektor perindustrian. Begitu juga dengan sektor perikanan dan
penternakan yang tidak kurang pentingnya kepada kemajuan ekonomi
negara. Rakyat juga akan memperolehi makanan dengan mudah melalui
sektor berkenaan. Golongan muda digalakkan untuk menceburi bidang ini
demi mencapai pembangunan Bersama selain mengurangkan
kebergantungan kepada negara luar dalam menampung keperluan
permintaan bagi produk makanan dan lain-lain.

Standard 3.4.2 Menulis untuk menghuraikan perenggan isi secara kritis dan
pembelajaran kreatif dengan menggunakan bahasa yang gramatis.

Perkataan Maksud
Kritis • Menimbangkan baik buruk terlebih dahulu.
Kreatif • Mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan
dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.
Gramatis • Berasaskan prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa.

Objektif Pada akhir pelajaran, murid dapat menghuraikan satu perenggan isi
pembelajaran dengan kritis dan kreatif dengan menggunakan bahasa yang gramatis.

Tempoh 2 minggu
pelaksanaan

12

AKTIVITI PEMBELAJARAN

Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti.

Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel tersebut. Tulis e-mel anda itu selengkapnya.

Panjang e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

e-mel 1
Daripada : [email protected]
Kepada : [email protected]
Subjek : Kebaikan bidang pertanian

Intan Adlina,
Apa khabar Intan sekarang di sana? Saya mengharapkan Intan dan keluarga sihat sejahtera.
Bagaimana kehidupan Intan setelah berpindah ke Tanah Rata Cameron Highland? Semoga Intan
seronok menetap di sana.

Intan, tahniah atas kenaikan pangkat dan menjadi pegawai pertanian di MARDI Cameron Highland.
Banyak manfaat yang bakal kita peroleh apabila berbudi kepada tanah. Betul tidak Intan? Oleh itu,
saya mohon bolehkah Intan menerangkan dan menjelaskan kebaikan-kebaikan bidang pertanian
secara terperinci kepada masyarakat dan negara?

Saya akan menanti e-mel daripada Intan. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,
Ikazira

e-mel 2
Daripada : [email protected]
Kepada : [email protected]
Subjek : Usaha-usaha memajukan bidang perikanan dan penternakan
Amar Ajdi,
Apa khabar Amar Ajdi yang kini berada di Terengganu? Saya mengharapkan Amar Ajdi dan keluarga
sihat sejahtera. Maaf kerana sudah agak lama saya tidak menghantar e-mel kepada Amar Ajdi.

Sebenarnya, saya sedang menyiapkan satu kerja kursus tentang bidang Perikanan dan
Penternakan. Kebetulan pula, keluarga Amar Ajdi terlibat dalam bidang ini dan telah berjaya menjadi
usahawan yang dikagumi dalam bidang perikanan dan penternakan.
Bolehkan saya mengetahui usaha-usaha yang dilakukan oleh keluarga Amar Ajdi sehingga menjadi
usahawan yang berjaya dalam bidang perikanan dan penternakan.

Saya sangat menanti e-mel daripada Amar Ajdi. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Yang benar,
Nasiruddin

13

Langkah 1 :

Murid membaca soalan dan mengenal pasti T, K dan F dan isikan tempat kosong dengan
jawapan yang tepat.

T = TEMA

K = KATA KUNCI SOALAN

F = FORMAT

Langkah 2 :
Tulis perenggan isi tentang Pertanian,Perikanan dan Penternakan

Ayat Tanya(AT)
APA

Ayat Judul (AJ)

Ayat Huraian (AH)
MENGAPA/BAGAIMANA

Ayat Contoh (AC)

Ayat Impak (AI)
BAIK/BURUK

Ayat Penegas (AP)

14

Pentaksiran

Instrumen 1 : Rubrik Pentaksiran

Tahap KRITERIA Binaan Ayat
Saya
1 i. Ayat mengandungi ayat judul (a), ayat huraian (b), ayat contoh
(c). ayat impak (d) dan ayat penegas (e).
ii. Ayat tidak berkesinambungan.

2 i. Ayat mengandungi ayat judul (a), ayat huraian (b), ayat contoh
(c). ayat impak (d) dan ayat penegas (e).
ii. mempunyai kesinambungan ayat.
iii. Keseluruhan idea mudah difahami.

3 i. Ayat mengandungi ayat judul (a), ayat huraian (b), ayat contoh
(c). ayat impak (d) dan ayat penegas (e).
ii. Menggunakan kata hubung yang sesuai.
iii. Menggunakan penanda wacana yang sesuai.
iv. Keseluruhan idea mudah difahami.
v. Ayat berkesinambungan.

4 i. Ayat mengandungi ayat judul (a), ayat huraian (b), ayat contoh
(c). ayat impak (d) dan ayat penegas (e).
i. Menggunakan kata hubung yang betul.
ii. Menggunakan penanda wacana yang betul.
iii. Ayat berkesinambungan.
iv. Keseluruhan idea mudah difahami.

5 i. Kesemua kriteria 4 tercapai
ii. Keseluruhan idea diolah dengan baik.

6 i. Kriteria 5 tercapai
ii. Contoh / huraian dikaitkan dengan kehidupan sebenar
iii. Keseluruhan idea diolah dengan menarik

Instrumen 2: Refleksi
1. Jelaskan maksud ayat judul?
2. Jelaskan maksud ayat huraian?
3. Berikan contoh peribahasa.
4. Apakah kegunaan peribahasa dalam pembinaan ayat?

15

Panduan Kerja Buat

1. Sasaran dan pendamping rapat/pembimbing perlu memahami terlebih dahulu nota berkaitan
dengan tajuk/topik/tema.
2. Fahami arahan yang terdapat di bahagian aktiviti.

3. Jawab kehendak aktiviti pada Langkah 1.
4. Setelah Langkah 1 dipenuhi, beralih ke Langkah 2.

5. Gunakan idea yang terdapat di Langkah 1 untuk menyiapkan Langkah 2.
6. Gunakan kata hubung serta penanda wacana yang sesuai untuk membina ayat yang gramatis
di Langkah 2.

7. Untuk mengetahui sama ada ayat yang dibina itu gramatis atau tidak, boleh rujuk kriteria binaan
ayat yang terdapat di Pentaksiran, Instrumen 1.
8. Instrumen 2, bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman terhadap topik pembelajaran. Buku

teks boleh dijadikan rujukan untuk menjawab instrument 2 selain pengetahuan sedia ada murid
atau pembimbing utama.
9. Sekiranya Langkah 1 dan Langkah 2 , pentaksiran Instrumen 1 dan 2 telah siap, maka murid

boleh menghantar kerja kepada guru untuk disemak dan penerimaan tugasan seterusnya.

16

MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5

Sasaran Tingkatan 5

Subjek Bahasa Melayu
Tajuk atau Kemalangan di Jalan Raya
tema

Nota berkaitan Hampir setiap hari kita dihidangkan dengan berita-berita dari kaca
tajuk atau tema televisyen atau corong radio mengenai kemalangan di jalan raya
sehingga meragut nyawa. Keadaan ini menunjukkan bahawa
kemalangan ialah satu masalah serius yang sukar diatasi. Negara kita
juga merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian yang
tinggi akibat kemalangan. Rakyat Malaysia perlulah sentiasa beringat
dan berwaspada semasa berada di jalan raya dan menjadikan jalan
raya kita ialah jalan raya yang selamat.

Standard 3.2.1 Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu
pembelajaran perkara dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Perkataan Maksud
Justifikasi • Sesuatu alasan yang kuat yang menjadikan
sesuatu wajar dilakukan.
Penilaian • Perbuatan menilai atau penaksiran.
Gramatis • Berasaskan prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa.

Objektif Pada akhir pelajaran, murid dapat membuat satu justifikasi
pembelajaran berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan menggunakan ayat
yang gramatis.

Tempoh 2 minggu
pelaksanaan

17

AKTIVITI PEMBELAJARAN

DOMAIN AWAM

Kurikulum baharu Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) yang telah diperkenalkan

disifatkan sebagai tepat pada masanya dalam usaha membudayakan keselamatan sejak
usia kanak-kanak.

Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Tan Sri Lee
Lam Thye berkata, nilai murni seperti menghormati undang-undang, memandu secara
berhemah dan menghormati pengguna jalan raya yang lain perlu disemai di peringkat
sekolah.

Sumber : BH Online, Sabtu, 2 Februari 2019

Petikan akhbar di atas memaparkan sebahagian daripada langkah untuk mengurangkan kadar
kemalangan di jalan raya yang seperti tiada kesudahannya.

Tulis rencana tentang penyelesaian terbaik bagi menangani masalah ini untuk disiarkan dalam
majalah sekolah anda.

18

Langkah 1 :

Murid membaca soalan dan mengenal pasti T, K dan F dan isikan tempat kosong dengan
jawapan yang tepat.

T = TEMA

K = KATA KUNCI SOALAN

F = FORMAT

Langkah 2 :
Tulis perenggan pendahuluan tentang Kemalangan di Jalan Raya

AYAT RANGSANGAN (AR)
• Ayat yang berkaitan dengan tema

AYAT ARAHAN (AA)
• Ayat yang menjawab soalan atau
kata kunci karangan

19

Langkah 3:
Tulis perenggan isi tentang Kemalangan di Jalan Raya

Ayat Tanya (AT)
APA

Ayat Judul (AJ)

Ayat Huraian (AH)
MENGAPA/BAGAIMANA

Ayat Contoh (AC)

Ayat Impak (AI)
BAIK/BURUK

Ayat Penegas (AP)

Langkah 4 :
Tulis perenggan kesimpulan
Ayat Kesimpulan

Ayat Cadangan

Ayat Harapan

20

Pentaksiran

Instrumen 1 : Rubrik Pentaksiran

Tahap KRITERIA Binaan Ayat
Saya
1 i. Penulisan mengandungi pendahuluan, isi dan penutup.
ii. Ayat tidak berkesinambungan.

2 i. Penulisan mengandungi pendahuluan, isi dan penutup.
ii. mempunyai kesinambungan ayat.
iii. Keseluruhan idea mudah difahami.

3 i. Penulisan mengandungi pendahuluan, isi dan penutup.
ii. Menggunakan kata hubung yang sesuai.
iii. Menggunakan penanda wacana yang sesuai.
iv. Keseluruhan idea mudah difahami.
v. Ayat berkesinambungan.

4 i. Penulisan mengandungi pendahuluan, isi dan penutup
ii. Menggunakan kata hubung yang betul.
iii. Menggunakan penanda wacana yang betul.
iv. Ayat berkesinambungan.
v. Keseluruhan idea mudah difahami.

5 i. Kesemua kriteria 4 tercapai
ii. Keseluruhan idea diolah dengan baik.

6 i. Kriteria 5 tercapai
ii. Contoh / huraian dikaitkan dengan kehidupan sebenar
iii. Keseluruhan idea diolah dengan menarik

Instrumen 2: Refleksi
1. Jelaskan maksud justifikasi?
2. Jelaskan maksud ayat penilaian?
3. Apakah kepentingan kohesi dan koheren dalam karangan?
4. Berikan contoh kata ganti nama diri.

21

Panduan Kerja Buat

1. Sasaran dan pendamping rapat/pembimbing perlu memahami terlebih dahulu nota berkaitan

dengan tajuk/topik/tema.
2. Fahami arahan yang terdapat di bahagian aktiviti.
3. Jawab kehendak aktiviti pada Langkah 1.

4. Setelah Langkah 1 dipenuhi, beralih ke Langkah 2.
5. Gunakan idea yang terdapat di Langkah 1 untuk menyiapkan Langkah 2.

6. Gunakan kata hubung serta penanda wacana yang sesuai untuk membina ayat yang gramatis
di Langkah 2.
7. Untuk mengetahui sama ada ayat yang dibina itu gramatis atau tidak, boleh rujuk kriteria binaan

ayat yang terdapat di Pentaksiran, Instrumen 1.
8. Instrumen 2, bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman terhadap topik pembelajaran. Buku

teks boleh dijadikan rujukan untuk menjawab instrument 2 selain pengetahuan sedia ada murid
atau pembimbing utama.
9. Sekiranya Langkah 1 dan Langkah 2 , pentaksiran Instrumen 1 dan 2 telah siap, maka murid

boleh menghantar kerja kepada guru untuk disemak dan penerimaan tugasan seterusnya.

22

MODUL PDPR BAHASA MELAYU

TINGKATAN 5 2021

SISTEM BAHASA DAN APLIKASI BAHASA

MORFOLOGI

SASARAN : PELAJAR TINGKATAN 5
SUBJEK : BAHASA MELAYU
TAJUK : MORFOLOGI
TARIKH:01/03/2021 SEHINGGA 12/03/2021

NOTA BERKAITAN TAJUK : Kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu
bahasa,termasuk infleksi,terbitan dan pemajmukan.
STANDARD KANDUNGAN :5.2 : Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai
dalam pelbagai bidang.
STANDARD PEMBELAJARAN 5.2.1 : Memahami dan menggunakan golongan kata dalam
pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks.

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN : 1] Pelajar dapat menjelaskan jenis-jenis kata kerja.
2] pelajar dapat menjelaskan jenis-jenis kata bantu

KATA KERJA

Kata kerja merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu
perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja terbahagi kepada dua:

• Kata kerja transitif
Contoh
Ahmad membaca buku cerita di perpustakaan .

• Kata kerja tak transitif
contoh
Adik berlari-lari di padang

23

KATA KERJA TRANSITIF (KKT)

Kata kerja yang memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada kata nama untuk
melengkapkan maksud ayat.

KKT boleh dikenal pasti dengan imbuhannya iaitu:

(minum, makan) – tiada imbuhan

meN-... - (mencangkul, menebang, memukul)

meN-...-i - (menjalani, menghadiahi, menghadapi)

meN-...-kan - (melarikan, memasukkan, menjalankan)

memper-... - (memperbesar, mempercantik, mempersuami, memperisteri)

memper-...-kan - (mempertingkatkan, mempertunjukkan)

memper-...-i - (memperdengari, memperingati)

KKT boleh dipasifkan. Contoh:

Ayat Aktif Ayat Pasif
Ah Moi sedang membasuh kain di dalam
bilik air.
Pekerja-pekerja sedang memperlebar jalan
raya.
Ibu menidurkan adik di dalam kamar.

Kami makan kentang goreng itu.

Tuan Hakim menjatuhi pengedar dadah itu
hukuman mati mandatori.

24

KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT)

Kata kerja tak transitif (intransitif) ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat
berdiri sendiri dalam ayat. Oleh itu, KKTT tidak memerlukan objek atau penyambut untuk
menyempurnakan maksudnya. KKTT tidak boleh dipasifkan.

KKTT boleh dikenal pasti melalui imbuhannya, contohnya adalah seperti yang di
bawah ini.

• Tanpa imbuhan (pulang,________________________________)
• meN-... (_____________________________________)
• ber-... (________________________________________________)
• ter-... (________________________________________________)
• ber-...-an (________________________________________________)
• ber-...-kan (________________________________________________)
KKTT terbahagi kepada dua iaitu;

i. KKTT __________________

ii. KKTT __________________

KKTT Tanpa Pelengkap

Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap.

Contoh:KKTT di atas boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberikan
keterangan lanjut tentang ayat tersebut.

Contoh:
1. Si Dara itu _____________________________________________-
2. Hanif dan Nazimah ______________________________________
3. Lori yang sarat dengan muatan batu itu ________________________________

KKTT Berpelengkap
Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap (terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata
sendi nama) untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap tidak sama dengan objek
atau penyambut kerana objek atau penyambut hadir selepas Kata Kerja Transitif yang boleh
mengalami proses pasif. Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.
Contoh:
1. Keadaan banjir _____________________________________
2. Pasaran saham ____________________________________________________
3. Pengemis itu tidur ____________________________________________
4. Ying Ying _________________________________________________________
5. Cikgu Zakiah ________________________________________________
6. Hampir lima tahun Mak Limah _________________________________________.

25

Daripada perbincangan di atas, dapatlah kita rumuskan bahawa KKTT dan KKT mempunyai fungsi
yang berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui frasa kerja tak transitif dan
frasa kerja transitif.
Struktur Frasa Kerja Tak Transitif

Kata bantu KKTT Kata Sendi /adjektif Kata Nama

Struktur Frasa Kerja Transitif

Kata Bantu KKT Objek atau Penyambut

Kesalahan-kesalahan Kata Kerja.

1. Penggunaan KKT tanpa imbuhan.
Contoh ayat:
Haji Naseer sedang pandang lukisan itu (X)
Haji Naseer sedang memandang lukisan itu. (√)

26

2. Penggunaan kata sendi nama selepas KKT.
Contoh ayat:
Sharifah memahami akan kehendak adiknya. (X)
Sharifah memahami kehendak adiknya. (√)

3. Penggunaan Kata Adjektif selepas KKT.
Contoh ayat:
Ahmad telah menendang kuat-kuat bola itu. (X)
Ahmad telah menendang bola itu kuat-kuat. (√)

4. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT
Contoh ayat:
Cik Min akan berjumpa Cikgu Zue. (X)
Cik Min akan berjumpa dengan Cikgu Zue. (√)

5. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT berimbuhan ber-...-kan
Contoh ayat:
Penculik itu bersenjatakan dengan sebilah pisau. (X)
Penculik itu bersenjatakan sebilah pisau. (√)

6. Tidak meletakkan kata sendi nama selepas KKTT tanpa imbuhan.
Contoh ayat:
Ayah tidak akan pulang rumah tengah hari ini. (X)
Ayah tidak akan pulang ke rumah tengah hari ini. (√)

KATA BANTU

Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan
frasa sendi nama. Kata bantu menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam
dalam binaan ayat. Kata bantu dapat dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu kata bantu
aspek dan kata bantu ragam.

(i) Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu sama ada masa
lampau, masa ini (kini) atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu aspek yang dominan
dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu ialah telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih,
akan, mula dan belum.

Kata Bantu Aspek
Masa lampau Masa ini (kini) Masa hadapan
akan
belum

27

Contoh ayat:

Masa lampau
1. Pekerja industri itu ______________________________________
2. Murid-murid itu _________________________________________
3. Kami pernah ___________________________________________
4. Aminah selalu __________________________________________

Masa ini (Kini)
5. Ah Meng sedang ______________________________
6. Mutusamy tengah _____________________________
7. Puan Siti masih _______________________________

Masa Hadapan
8. Johari akan __________________________________________
9. Baju itu belum ________________________________________
Kata bantu aspek tertentu boleh hadir bersama-sama tanpa menjejaskan makna dalam binaan kata
kerja. Sila lihat ayat contoh yang berikut ini.
10. belum + pernah
Muhammad Hanif belum pernah ____________________________________
11. masih + belum
Harizah masih belum ______________________________________________

28

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata bantu .
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa dan nama khas.

Subjek pengucapan awam dapat memudahkan para pelajar untuk mencari pekerjaan suatu hari
nanti. Kini, banyak pelajar yang memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang, namun
masih gagal mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan status mereka selaku graduan. Hal
ini berlaku demikian kerana mereka gagal meyakinkan pengurus sesebuah syarikat untuk
memilih mereka selaku pekerja. Di samping itu, subjek ini juga dapat mencungkil bakat dan
potensi pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

(Dipetik dan diubah suai daripada Wujudkan Subjek Pengucapan Awam dalam Sistem
Pendidikan Negara oleh Daniel Hakim Hanipi, Dewan Siswa, Bil. 1/2020)

(8 markah)

Soalan 2: SINTAKSIS

SUBJEK DAN PREDIKAT DALAM AYAT

Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa
perkataan yang berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.

Predikat merupakan kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang
menerangkan subjek.

Contoh ayat;

a. Petani itu membajak sawahnya setiap hari.
Subjek : Petani itu
Predikat : membajak sawahnya setiap hari

b. Samsul menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.
Subjek : Samsul
Predikat : menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.

c. Anak Pak Hashim yang tampan itu menjadi guru sementara di Sekolah Menegah
kebangsaan Dato’Abdul Rahman Yassin .
Subjek : Anak Pak Hashim yang tampan itu
Predikat : menjadi guru sementara di Sekolah Menengah kebangsaan Dato’ Abdul rahman Yassin

d. Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Rahman terletak di Nusa Idaman dalam daerah
Iskandar Puteri
Subjek : Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Rahman
Predikat : terletak di Nusa Idaman dalam daerah Iskandar Puteri

29

Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi empat
ayat yang anda pilih seperti yang berikut:

Subjek : __________________________________________________
Predikat :_________________________________________________

Rumah tangga yang sejahtera terbentuk daripada keprihatinan ibu bapa
tentang amalan cara hidup sihat dan cergas. Maklumat penjagaan diri dan pemakanan
diperoleh daripada beberapa laman sesawang seperti Kementerian Kesihatan
Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri, dan Kelab Nutrisi Malaysia.

Pemakanan yang seimbang amat penting untuk penjagaan kesihatan. Manusia
seharusnya mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi berkhasiat.
Pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko
menghidap beberapa jenis penyakit seperti barah, angin ahmar, darah tinggi, kencing
manis, batu karang, obesiti, kolesterol tinggi, dan osteoporosis.

(Dipetik dan diubah suai daripada Pemakanan yang Sihat,

Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1)

[8 markah]
Soalan 3: PENYUNTINGAN

Dalam petikan 1, terdapat empat kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat enam
kesalahan bahasa, Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan
soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Ada orang menganggap bahawa diet ialah usaha mengurangkan berat badan. Anggapan ini
tidak tepat kerana konsep diet yang sebenarnya ialah amalan pemakanan yang seimbang dari
segi mengambil zat makanan. Kebanyakkan individu mengamalkan cara diet yang tidak betul
untuk kurang berat badan, iaitu dengan cara menahan lapar dan mengurangkan pengambilan
makanan. Individu yang mengamalkan cara pemakanan yang demikian akan mengalami
masalah akibat pengurangan berat badan yang terlalu.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Kepentingan Nutrien’
Buku Teks Bahasa Melayu KBSM Tingkatan Lima,
Halaman 198 KPM)

[4 markah]

30

Petikan 2

Karbohidrat dan lemak dalam makanan bekalan tenaga kepada manusia. Zat makanan ini boleh
didapati dari makanan seperti ubi kentang, nasi, dan seumpamanya. Protein boleh didapati
daripada telur, ikan, susu dan daging. Zat makanan ini penting untuk membesar. Mineral pula
mudah diperolehi daripada makanan laut dan vitamin banyak terdapat dalam sayur dan buah.
Mineral penting kepada kesihatan kerana zat ini berperanan untuk menjaga kesihatan darah dan
membantu tubuh meresap zat makanan lain dengan lebih berkesan. Vitamin pula berperanan
untuk menjaga kesihatan mata, kulit dan gusi serta mengekalkan kecerdasan badan.

Dipetik dan diubahsuaikan daripada
‘Kepentingan Nutrien’
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan Lima KBSM,
Halaman 197,KPM)

[5 markah]

31

JAWAPAN MODUL PDPR BAHASA MELAYU.

BAHAGIAN A : SISTEM BAHASA DAN APLIKASI BAHASA

(35 markah)

Soalan 1: MORFOLOGI ( golongan kata )
KATA KERJA

Kata kerja merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu
perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.

Kata kerja terbahagi kepada dua:

• Kata kerja transitif
Contoh
Ahmad membaca buku cerita di perpustakaan .

• Kata kerja tak transitif
contoh
Adik berlari-lari di padang
KATA KERJA TRANSITIF (KKT)

Kata kerja yang memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada kata nama untuk
melengkapkan maksud ayat.

KKT boleh dikenal pasti dengan imbuhannya iaitu:

(minum, makan) – tiada imbuhan

meN-... - (mencangkul, menebang, memukul)

meN-...-i - (menjalani, menghadiahi, menghadapi)

meN-...-kan - (melarikan, memasukkan, menjalankan)

memper-... - (memperbesar, mempercantik, mempersuami, memperisteri)

memper-...-kan - (mempertingkatkan, mempertunjukkan)

memper-...-i - (memperdengari, memperingati)

32

KKT boleh dipasifkan. Contoh:

Ayat Aktif Ayat Pasif
Ah Moi sedang membasuh kain di dalam Kain sedang dibasuh oleh Ah Moi di dalam
bilik air. bilik air.
Pekerja-pekerja sedang memperlebar jalan Jalan raya sedang diperlebar oleh pekerja-
raya. pekerja.
Ibu menidurkan adik di dalam kamar. Adik ditidurkan oleh ibu di dalam kamar.
Kami makan kentang goreng itu. Kentang goreng itu kami makan.
Tuan Hakim menjatuhi pengedar dadah itu Pengedar dadah itu dijatuhi hukuman mati
hukuman mati mandatori. mandatori oleh Tuan Hakim.
kata kerja transitif ?

menambahkan

mencuci

KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT)

Kata kerja tak transitif (intransitif) ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat
berdiri sendiri dalam ayat. Oleh itu, KKTT tidak memerlukan objek atau penyambut untuk
menyempurnakan maksudnya.

KKTT tidak boleh dipasifkan.

KKTT boleh dikenal pasti melalui imbuhannya, contohnya adalah seperti yang di
bawah ini.

• Tanpa imbuhan (pulang, pergi, duduk, mati, tidur, balik)
• meN-... (mengalir, meletup, menangis, membisu)
• ber-... (berbicara, bercadang, berbincang, berkereta)
• ter-... (terkeluar, terjatuh, terpelosok, tertarik)
• ber-...-an (berguguran, bergandingan, berkibaran, bertaburan)
• ber-...-kan (berselimutkan, bersuamikan, beristerikan, berbantalkan)
Daun itu berguguran di halaman rumah

Samad tidur di ruang tamu berbantalkan lengan

KKTT terbahagi kepada dua iaitu;

i. KKTT tanpa pelengkap

ii. KKTT berpelengkap

KKTT Tanpa Pelengkap

Kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap.

33

Contoh:

Gadis itu asyik termenung.
Ayah dan ibu sedang berbicara.
Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban.
..berlipat
terhidang
bernyanyi.

KKTT di atas boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberikan keterangan lanjut
tentang ayat tersebut.
Contoh:
1. Si Dara itu asyik termenung di dalam kamar.
2. Hanif dan Nazimah sedang berbicara tentang pilihan raya.
3. Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban ke dalam gaung yang dalam.

KKTT Berpelengkap
Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap (terdiri daripada kata nama, kata
adjektif dan kata sendi nama) untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur
pelengkap tidak sama dengan objek atau penyambut kerana objek atau penyambut
hadir selepas Kata Kerja Transitif yang boleh mengalami proses pasif. Ayat yang
mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.
Contoh:
1. Keadaan banjir sudah beransur surut.
2. Pasaran saham di Malaysia sudah bertambah baik.
3. Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.
4. Ying Ying bercita-cita untuk menjadi arkitek.
5. Cikgu Zakiah tinggal di Kepala Batas.
6. Hampir lima tahun Mak Limah menetap di kampung ini.

Daripada perbincangan di atas, dapatlah kita rumuskan bahawa KKTT dan KKT
mempunyai fungsi yang berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui
frasa kerja tak transitif dan frasa kerja transitif.
Struktur Frasa Kerja Tak Transitif

Kata bantu KKTT Kata Sendi Kata Nama
/adjektif

Ali sedang bekerja di pejabat

Ayah ingin berbincang tentang perkara

34

Saya telah terlupa akan nama rakan

Pasaran saham bertambah kukuh -
sudah

Pesakit itu sudah beransur sembuh -

Siti telah bersuamikan - orang kaya

telah berpayungkan - daun pisang

Struktur Frasa Kerja Transitif

Kata Bantu KKT Objek atau Penyambut

Ali telah membincangkan perkara

Karim akan memperbesar rumah

Askar itu sedang menggilap kasut

hendak menunggang motosikal

Kesalahan-kesalahan Kata Kerja.
-morfologi
=penyuntingan

1. Penggunaan KKT tanpa imbuhan.
Contoh ayat:
Haji Naseer sedang pandang lukisan itu (X)
Haji Naseer sedang memandang lukisan itu. (√)

2. Penggunaan kata sendi nama selepas KKT.
Contoh ayat:
Sharifah memahami akan kehendak adiknya. (X)
Sharifah memahami kehendak adiknya. (√)

3. Penggunaan Kata Adjektif selepas KKT.
antara kkt dengan objek tidak boleh letak kata-kata lain
Contoh ayat:
Ahmad telah menendang kuat-kuat bola itu. (X)
Ahmad telah menendang bola itu kuat-kuat. (√)

35

Ali memukul kuat-kuat ular itu hingga mati. X
Salim melempar ke dinding bola itu X
Salim melempar bola itu ke dinding.

4. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT
Contoh ayat:
Cik Min akan berjumpa Cikgu Zue. (X)
Cik Min akan berjumpa dengan Cikgu Zue. (√)
Saya akan bertemu Ali

5. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT berimbuhan ber-...-kan
Contoh ayat:
Penculik itu bersenjatakan (dengan) sebilah pisau. (X)
Penculik itu bersenjatakan sebilah pisau. (√)
Penculik itu bersenjata dengan pisau.

6. Tidak meletakkan kata sendi nama selepas KKTT tanpa imbuhan.
Contoh ayat:
Ayah tidak akan pulang rumah tengah hari ini. (X)
Ayah tidak akan pulang ke rumah tengah hari ini. (√)

KATA BANTU

Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa
sendi nama. Kata bantu menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam dalam
binaan ayat. Kata bantu dapat dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu kata bantu aspek dan
kata bantu ragam.

(i) Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu sama ada masa
lampau, masa ini (kini) atau masa hadapan. Bentuk-bentuk kata bantu aspek yang dominan
dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu ialah telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih,
akan, mula dan belum.

Kata Bantu Aspek
Masa lampau Masa ini (kini) Masa hadapan
telah sedang akan
sudah tengah belum
pernah masih
selalu

36

Contoh ayat:

Masa lampau
1. Pekerja industri itu telah pulang ke rumah.
2. Murid-murid itu sudah bersarapan.
3. Kami pernah melawat ke Sabah.
4. Aminah selalu teringat akan gurunya yang sudah bersara itu.

Masa ini (Kini)
5. Ah Meng sedang membaca komik.
6. Mutusamy tengah menyiapkan kerja khususnya.
7. Puan Siti masih memasak di dapur.

Masa Hadapan
8. Johari akan ke Kuala Lumpur esok.
9. Baju itu belum berbasuh lagi.

Kata bantu aspek tertentu boleh hadir bersama-sama tanpa menjejaskan makna dalam binaan kata
kerja. Sila lihat ayat contoh yang berikut ini.
10. belum + pernah
Muhammad Hanif belum pernah melawat ke Kuala Lumpur.
11. masih + belum
Harizah masih belum menjamah kuetiau tersebut.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah kata bantu aspek tidak boleh hadir bersama-sama atau
berderetan, malah binaan ayat yang terhasil juga tidak gramatis. Sila lihat ayat contoh yang berikut:
12. Gadis itu akan belum berumah tangga lagi. (X)
13. Banyak orang akan sedang mengikuti ulasan langsung pertandingan bola
sepak itu. (X)
14. Melissa belum akan menyiapkan tugasan sekolahnya. (X)
Ayat (12 hingga 14) di atas menyalahi rumus tatabahasa Melayu. Oleh itu, pengguna bahasa Melayu
baku perlu berhati-hati dalam hal ini.

(ii) Kata bantu ragam berperanan untuk menyatakan atau menerangkan ragam atau suasana
perasaan yang berhubung dengan perbuatan yang dilakukan. Bentuk kata bantu ragam yang lazim
diungkapkan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu baku ialah hendak, mahu, harus, mesti, boleh,
dapat, perlu, wajib, enggan dan patut.

37

Kata Bantu Ragam
Mesti melakukan Hendak melakukan Berkeupayaan Pengizinan melakukan
(sesuatu perbuatan) (sesuatu perbuatan) melakukan (sesuatu (sesuatu perbuatan)
perbuatan)
harus
Mesti hendak
perlu dapat boleh
Wajib mahu

Kata Bantu Ragam
Tidak mahu melakukan (sesuatu perbuatan) Mahu atau tidak mahu melakukan
(sesuatu perkara)
Enggan mungkin
Berdasarkan jadual di atas, yang berikut ini ialah ayat contoh bagi meningkatkan kefahaman pembaca
tentang kata bantu ragam:

Mesti melakukan (sesuatu perbuatan)

15. Semua murid harus cepat ke kelas supaya tidak dikenakan tindakan disiplin.
16. Bil elektrik bulan lepas mesti dijelaskan pada hari ini juga.
17. Kita perlu berhemah semasa berurusan dengan sesiapa sahaja.
18. Umat Islam wajib berpuasa pada bulan Ramadan kecuali mereka yang tidak berupaya.

Hendak melakukan (sesuatu perbuatan)
19. Ibu hendak ke pasar Chowrasta.
20. Banyak orang kini mahu memegang jawatan tinggi.

Berkeupayaan melakukan (sesuatu perbuatan)
21. Mereka dapat pulang ke rumah pada cuti hujung minggu ini.
22. Siti Faezah dapat melanjutkan pelajarannya ke peringkat sarjana.

Pengizinan melakukan (sesuatu perbuatan)
23. Murid-murid boleh ke tandas sekiranya mendapat pas keluar daripada guru.
24. Mereka boleh mengikuti rombongan sekolah ke Johor Bahru kerana mendapat keizinan
daripada ibu bapa masing-masing.

Tidak mahu melakukan (sesuatu perbuatan)
25. Mereka enggan memakai kemeja putih yang jarang itu.
26. Ali enggan menyertai pasukan Bulan Sabit Merah kerana dia tidak berminat.

38

Mahu atau tidak mahu melakukan (sesuatu perbuatan)
27. Siew Lin mungkin tidak akan datang kerana dia kurang sihat.
28. Mariamah mungkin akan berpindah ke sekolah baharu kerana keluarganya akan berpindah
ke daerah lain.

*Rumus tatabahasa Melayu juga membenarkan gandingan berturutan atau berpasangan dalam binaan
ayat yang menggunakan kata bantu ragam. Sebagai contoh, sila lihat ayat yang berikut ini.
29. harus + mahu
Salmiah harus mahu menunaikan rukun Islam yang kelima pada tahun ini.
30. harus + dapat
Encik Daud harus dapat menjawat Guru Cemerlang kerana mempunyai prestasi yang amat
membanggakan sepanjang tiga tahun lalu.
31. mesti + mahu
Encik Lim mesti mahu menghadiri majlis perjumpaan alumni ke-40 sekolah lamanya kerana
ingin menemui rakan-rakan sekolahnya.
32. mesti + dapat
Munirah mesti dapat mencapai 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kerana dia
rajin mengulangkaji pelajarannya.

Seperkara lagi, ada sesetengah kata bantu ragam yang tidak boleh hadir bersama-sama. Sebagai
contoh, sila lihat ayat yang berikut:
33. Ah Chong hendak mahu makan laksa walaupun tidak berselera. (X)
34. Mohan hendak harus membawa keluarganya ke Bukit Fraser. (X)
35. Hashim hendak mesti menyiapkan tugasan sekolahnya pada hari ini. (X)

Ayat contoh (33 hingga 35) di atas menyalahi rumus tatabahasa Melayu. Oleh hal yang demikian,
pengguna bahasa Melayu baku sentiasa cakna akan hal ini agar dapat menghasilkan ayat yang gramatis.

*Selain itu, kata bantu aspek tertentu boleh hadir bergandingan dengan kata bantu ragam, waima
secara mendahuluinya atau ,mengikutinya. Sebagai contoh, sila lihat ayat yang berikut ini.

Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam
36. Pak Husin sedang hendak mengambil wuduk.
37. Razif belum hendak pulang ke rumahnya kerana hendak menghabiskan kerjanya.

Kata Bantu Ragam + Kata Bantu Aspek
38. Hamdiah mesti akan tiba sebentar lagi.
39. Nasser harus sudah makan malam.

Di samping itu, dalam binaan ayat yang merangkumi frasa adjektif, elemen-elemen kata bantu dapat
membantu mendukung pelbagai maksud. Sila lihat ayat contoh yang berikut ini.

39

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja/ dua kata kerja transitif
/kata kerja tak transitif /kata kerja pasif dan dua kata bantu . Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan,
menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

Subjek pengucapan awam dapat memudahkan para pelajar untuk mencari pekerjaan suatu hari
nanti. Kini, banyak pelajar yang memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang, namun
masih gagal mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan status mereka selaku graduan. Hal
ini berlaku demikian kerana mereka gagal meyakinkan pengurus sesebuah syarikat untuk
memilih mereka selaku pekerja. Di samping itu, subjek ini juga dapat mencungkil bakat dan
potensi pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

(Dipetik dan diubah suai daripada Wujudkan Subjek Pengucapan Awam dalam Sistem
Pendidikan Negara oleh Daniel Hakim Hanipi, Dewan Siswa, Bil. 1/2020)

(8 markah

1. Setiap pelajar perlu menghafal sifil untuk memudahkan mereka menyelesaikan
masalah matematik.
2. Graduan yang baru lulus itu sedang mencari pekerjaan yang sesuai dengan
kelulusan mereka.
3. Penerangan yang disampaikan oleh pegawai perubatan itu berjaya meyakinkan
orang ramai untuk menerima suntikan vaksin Covid 19
4. Pelajar sekolah berasrama penuh itu berjaya memperoleh keputusan cemerlang
dalam peperiksaan SPM
5. memilih
6. mencungkil

Kata bantu

1. dapat
2. masih
3. boleh

Soalan 2: SINTAKSIS

SUBJEK DAN PREDIKAT DALAM AYAT

Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau
beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.
Pelaku /

40

Predikat merupakan kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur
yang menerangkan subjek.
cerita

Contoh ayat;

b. Petani itu / membajak sawahnya setiap hari.
Subjek : Petani itu / 1m
Predikat : membajak sawahnya setiap hari/ 1m

c. Samsul /menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.
Subjek : Samsul
Predikat : menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.

d. Anak Pak Hashim yang tampan itu /menjadi guru sementara di Sekolah Menegah
kebangsaan Dato’Abdul Rahman Yassin .
Subjek : Anak Pak Hashim yang tampan itu
Predikat : menjadi guru sementara di Sekolah Menengah kebangsaan Dato’ Abdul rahman
Yassin

e. Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Rahman/ terletak di Nusa Idaman dalam
daerah Iskandar Puteri
Subjek : Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Rahman
Predikat : terletak di Nusa Idaman dalam daerah Iskandar Puteri

Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi empat
ayat yang anda pilih seperti yang berikut:

Subjek : __________________________________________________
Predikat :_________________________________________________

Rumah tangga yang sejahtera/ terbentuk daripada
keprihatinan ibu bapa tentang amalan cara hidup sihat dan cergas.
Maklumat penjagaan diri dan pemakanan/ diperoleh daripada

beberapa laman sesawang seperti Kementerian Kesihatan
Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri, dan Kelab Nutrisi Malaysia.

Pemakanan yang seimbang/ amat penting untuk penjagaan
kesihatan. Manusia /seharusnya mengambil makanan dalam
kuantiti yang kecil tetapi berkhasiat. Pengambilan makanan

seimbang dalam diet seharian/ dapat mengurangkan risiko
menghidap beberapa jenis penyakit seperti barah, angin ahmar,

darah tinggi, kencing manis, batu karang, obesiti, kolesterol tinggi,
dan osteoporosis.

(Dipetik dan diubah suai daripada Pemakanan yang Sihat,
41
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1)

[8 markah]

Soalan 2- SINTAKSIS

1. Subjek : Rumah tangga yang sejahtera
Predikat : terbentuk daripada keprihatinan ibu bapa yang mengamalkan cara
hidup sihat dan cergas.
2. Subjek : Maklumat penjagaan diri dan pemakanan
Predikat: diperoleh daripada beberapa laman sesawang seperti Kementerian
Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri, dan Kelab Nutrisi
Malaysia.
3. Subjek: Pemakanan yang seimbang
Predikat: amat penting untuk penjagaan kesihatan

(Terima mana-mana ayat lain )

SOALAN 3.PENYUNTINGAN

PETIKAN 1:

KESALAHAN PEMBETULAN :

1.Mengambil Pengambilan

2.kebanyakkan kebanyakan

3.kurang mengurangkan

4.terlalu keterlaluan

PETIKAN 2:

KESALAHAN PEMBETULAN

1.bekalan membekalkan

2.dari daripada

3.membesar tumbesaran

4.diperolehi diperoleh

5.meresap menyerap

6.kecerdasan kecergasan.

42

Click to View FlipBook Version