The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by [email protected], 2021-05-11 06:22:13

E-KOMPILASI RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN 2021 SEKOLAH RENDAH

ISI KANDUNGAN






1. Sekapur Sirih Seulas Pinang


2. Prakata



3. Dari Meja Editor



4. Pelaksanaan Penjajaran Kurikulum 2.0


5. Kurikulum Kebangsaan



6. Rancangan Pelajaran Tahunan (SPI Bil.3/1999)


7. Kandungan RPT


7.1 RPT Prasekolah

7.2 RPT Tahun 1-6 (SK)

7.3 RPT Tahun 1-6 (SJKC)




8. Penghargaan

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG




Salam Sejahtera
Salam Sabah Hebat!
Katakan Tidak Kepada Nombor 16, Katakan Ya kepada 10 Terbaik.


Kita bersyukur kepada Tuhan kerana kita telah berjaya menghasilkan e-kompilasi RPT sekolah rendah ini.
Tahniah dan sekalung penghargaan kepada Jawatankuasa Kumpulan Pemikir JPN Sabah dan Sektor Pembelajaran,
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah selaku urus setia atas kejayaan menghasilkan e-kompilasi ini.

Sepanjang pelaksanaan PdPR yang bermula pada tahun lalu, saya terpanggil untuk membantu semua pihak yang
terkesan dengan Pandemik COVID-19 ini agar dapat melaksanakan tugasan dengan sebaik mungkin mengikut
norma dan normal baharu. Di antara penekanan yang penting dalam memenuhi keperluan ini adalah melalui
perancangan yang rapi serta pelaksanaan PdP seperti yang telah digariskan dalam Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0. Sehubungan dengan itu,
perlu ada bantuan yang diberikan kepada barisan hadapan dalam pelaksanaan PdPR ini dan e-kompilasi RPT ini boleh menjadi sebahagian
daripada sokongan JPN kepada pihak sekolah dan ibu bapa.

Di antara objektif utama kewujudan e-kompilasi ini adalah agar ibu bapa dan murid dapat mengetahui bidang yang akan dipelajari dalam tahun
ini serta perkembangan pembelajaran anak mereka. Selain daripada itu, melalui e-kompilasi ini juga, guru mendapat contoh RPT terbaik
khususnya bagi guru-guru baharu yang memerlukan bimbingan dalam melaksanakan PdP yang berkesan. Di samping itu juga, penerbitan e-
kompilasi ini juga dapat membantu barisan Pengetua dan Guru Besar serta Penolong Kanan bagi mengetahui status sama ada guru mereka
mengajar mengikut sukatan pelajaran semasa penyemakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dan penyeliaan PdP.

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan agar penerbitan e-kompilasi ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi meningkatkan
kualiti pendidikan di Negeri Sabah.






YBhg. Datuk Dr. Mistirine binti Radin
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

PRAKATA




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan keizinan-Nya, e-kompilasi RPT ini berjaya dihasilkan. Panel penulis
RPT ini adalah terdiri daripada guru-guru sekolah dalam Kumpulan Pemikir JPN Sabah.


Sesungguhnya pandemik COVID-19 telah membawa perubahan ketara dalam sistem pendidikan negara pada tahun 2020.
Inilah masa yang cukup mencabar bagi warga pendidik di Malaysia dan dunia amnya. Sesi pembelajaran secara
bersemuka telah diganti dengan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Oleh yang demikian, pihak Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah telah berusaha menghasilkan e-kompilasi RPT untuk membantu guru melaksanakan PdPR yang
terancang dan memenuhi Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 pada tahun 2021. Dokumen ini boleh digunakan walaupun sesi pembelajaran
secara bersemuka dilaksanakan.


Oleh itu, saya merakamkan sekalung penghargaan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan yang
besar dalam menghasilkan e-kompilasi RPT ini. Diharapkan guru-guru dapat memanfaatkan e-kompilasi RPT ini. Di samping itu kepada ibu bapa
yang prihatin dengan kemajuan pembelajaran anak-anak mereka boleh merujuk dokumen ini untuk sama-sama berganding bahu dengan sekolah
dalam melonjakkan kualiti pendidikan di Negeri Sabah.

Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga Pendidikan. Marilah kita terus bersama-sama menjayakan agenda
pendidikan negara demi melahirkan generasi masyarakat Malaysia yang cemerlang dan gemilang.



“SPb, Berfokus dan Berimpak Tinggi”




Dr. Hj. Mohd. Kassim bin Tusin
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Menanggung Kerja Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

DARI MEJA EDITOR






Alhamdulillah, tahniah atas kejayaan menghasilkan e-kompilasi RPT ini. Sekalung penghargaan kepada YBhg Datuk Dr. Mistirine binti Radin,
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang telah mencetuskan idea untuk penghasilan e- kompilasi RPT ini.

E-kompilasi RPT ini bertujuan untuk memberi bimbingan kepada guru-guru untuk menyediakan RPT yang menepati kehendak Dokumen
Penjajaran Kurikulum 2.0. Perkara ini bukan sahaja baharu kepada guru-guru novis, tetapi juga kepada semua guru lama dan baharu. Ini kerana
semua guru tidak mempunyai pengalaman dalam menghadapi pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Sehubungan dengan itu, Kumpulan Pemikir JPN Sabah dan urus setia telah menyahut cabaran YBhg Datuk Pengarah untuk mengumpul RPT
prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.


E-kompilasi RPT ini adalah untuk kegunaan guru-guru. Walau bagaimanapun, ibu bapa juga dapat menggunakannya sebagai rujukan bagi
memastikan anak-anak mereka dapat mengikuti PdP yang dilaksanakan serta memantau perkembangan pembelajaran mereka.


Bagi memudahkan rujukan , warna yang berlainan telah digunakan untuk membezakan kandungannya iaitu warna merah bagi sisipan kandungan,
warna biru bagi program sekolah, warna hijau bagi ujian dan warna kuning bagi cuti persekolahan dan cuti umum.


Diharapkan agar e-kompilasi RPT yang dihasilkan ini dapat dimanfaatkan dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti pendidikan murid.









Sidang Editor

PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM 2.0







KURIKULUM KEBANGSAAN

Pendidikan merupakan suatu proses menuju kemajuan dan kehidupan yang lebih harmoni sama ada untuk individu, masyarakat mahupun

negara. Pada hakikatnya, manusia yang berpendidikan lebih menunjukkan sifat disiplin dan kematangan fikiran yang baik berbanding manusia
yang tidak mendapat pendidikan yang sepatutnya.


Sistem pendidikan yang sempuna dan berkesan berasal daripada sistem yang teratur melibatkan visi dan misi, matlamat, peraturan serta
undang-undang. Oleh itu, terhasilnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menjadi satu garis panduan kepada negara dalam mengurus

pendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan teras kepada Sistem Pendidikan Malaysia yang banyak memberi tumpuan
kepada perkembangan emosi diri para pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani

dan intelek. Kenyataan tersebut boleh dirujuk dalam pernyataan berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia

yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (1988 –

Falsafah Pendidikan Negara)

Salah satu panduan penting selain Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam pendidikan adalah Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan
yang tertera dalam Akta Pendidikan 1996 dinaytakan seperti berikut:

Kurikulum Kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.

[Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]

Kesimpulannya, Kurikulum Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sangat berkait rapat antara satu sama lain dalam usaha
melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi iaitu seimbang dari segala aspek.

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN


Rancangan Pelajaran Tahunan atau lebih dikenali sebagai RPT merupakan dokumen yang wajib disediakan oleh guru. RPT perlu disediakan
setiap tahun kerana merupakan salah satu dokumen yang penting untuk dirujuk dalam menyediakan Rancangan Pelajaran Harian guru.


Penyediaan RPT seharusnya dibuat sebelum sesi persekolahan tahun semasa bermula dari hari pertama hingga ke hari terakhir persekolahan.
RPT yang baik adalah RPT yang ditulis mengikut tahun semasa menggunakan kurikulum terbaru dan terperinci mengikut tarikh persekolahan.


Penyediaan RPT perlu merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 3 Tahun 1999. Antara kandungan SPI tersebut adalah seperti berikut:

Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii)

Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua, Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan

kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir.

(i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN


Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang

dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti
objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.


Sehingga kini SPI berkaitan penyediaan RPT ini masih berkuatkuasa dan perlu dipatuhi oleh semua guru.





KANDUNGAN RPT



7.1 RPT Prasekolah

Link : http://bit.ly/RPT-PRASEKOLAH


7.2 RPT Tahun 1-6 (SK)

Link Tahun 1 : http://bit.ly/E-KOMPILASI-RPT-TAHUN1


Link Tahun 2 : http://bit.ly/E-KOMPILASI-RPT-TAHUN2


Link Tahun 3 : http://bit.ly/E-KOMPILASI-RPT-TAHUN3


Link Tahun 4 : http://bit.ly/E_KOMPILASIRPTTAHUN4

Link Tahun 5 : http://bit.ly/E-KOMPILASI-RPT-TAHUN5


Link Tahun 6 : http://bit.ly/3tAq5rpE-KOMPILASI-RPT-TAHUN6


7.3 RPT Tahun 1-6 (SJKC)

Link Tahun 1 SJKC : http://bit.ly/E-KOMPILASI-RPT-TAHUN-1-SJKC

Link Tahun 2 SJKC : http://bit.ly/E-KOMPILASI-RPT-TAHUN-2-SJKC


Link Tahun 3 SJKC : http://bit.ly/E-KOMPILASI-RPT-TAHUN-3-SJKC


Link Tahun 4 SJKC : http://bit.ly/E-KOMPILASI-RPT-TAHUN-4-SJKC


Link Tahun 5 SJKC : http://bit.ly/E-KOMPILASI-RPT-TAHUN-5-SJKC

Link Tahun 6 SJKC : http://bit.ly/E-KOMPILASI-RPT-TAHUN-6-SJKC

8 PENGHARGAAN




1. YBhg Datuk Dr Mistirine binti Radin 11. Puan Lily Wong Bitt Lee
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Pengetua Sekolah Tinggi Kota Kinabalu

2. Encik Mohd Zaini bin Yanin 12. Encik Vasuthevan a/l S. Palanivulu
Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Pengetua Kolej Tingkatan 6, Kota Kinabalu

3. Tuan Haji Abidin bin Marjan 13. P Sunthararajoo a/l Rengasamy
Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Pengetua SMK Entabuan, Tenom

14. Encik Hendry Anandan
4. Dr. Haji Mohd Kassim bin Tusin Pengetua SMK Keningau
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Menanggung Kerja Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran 15. Encik Gambar @ Oyoh bin Wong Ah Kong
Guru Besar SK Telaga, Pitas
5. Puan Hjh. Wanihim binti Othman 16. Puan Tan Lee Lee
Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran Guru Besar SJKC Good Shepherd, Kota Kinabalu

6. Puan Linna binti Hassin 17. Encik Mohd. Hafiz Zuraimy bin Damsah
Pegawai Pendidikan Daerah Semporna Guru Besar SK Api-Api, Kota Kinabalu


7. Hj. Adnan bin Othman 18. Encik Harris Suffian
Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid, PPD Sipitang Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pembelajaran
19. Encik Muarifin Sufianto bin Mohchoeri
8. Puan Foo Lee Yen Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah
Timbalan PPD, Sektor Perancangan PPD Ranau
20. Puan Masniah Masrie
9. Puan Rohani binti Haji Ramlee Ketua Penolong Pengarah, Sektor Perancangan dan
Pengetua SMK Bandaraya, Kota Kinabalu Pengurusan PPD


10. YBhg, Datin Hasnah binti Mohd Yakob 21. Puan Hjh Jumda binti Hj Darwis
Pengetua SMKA Kota Kinabalu Penolong Pengarah, Sektor Pembelajaran

SENARAI GURU PENYEDIA RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN ( RPT ) TAHUN 2021





SENARAI MATAPELAJARAN DAN PENYEDIA RPT 2021 SJK (C) GOOD SHEPHERD


BIL MATAPELAJARAN PENYEDIA

1 BAHASA CINA TAHUN 1 WONG SHU YI, YONG SIEW ZO
2 BAHASA CINA TAHUN 2 KAREN YONG CHET YING, LEE BING FUNG

3 BAHASA CINA TAHUN 3 TAN LIE MEE, CHUNG TZU KEN
4 BAHASA CINA TAHUN 4 YAP TSIN BOON, LIAU YUN TSHIN @PENNY LIAU
5 BAHASA CINA TAHUN 5 CHONG CHEE WEI, LEN YIAN MEE

6 BAHASA CINA TAHUN 6 KOK HONG TYNG, JANET CHONG FUNG JIN
7 BAHASA MELAYU TAHUN 1 LEE BING FUNG , LAI KAI LING

8 BAHASA MELAYU TAHUN 2 MARIE CHEW , CHONG YUN JAU, CHONG YEN HA
9 BAHASA MELAYU TAHUN 3 ANNEY CHIN, YONG SIEW ZO
10 BAHASA MELAYU TAHUN 4 NIA VUN CHOO, TSEN LEE TUNG, ANNEY CHIN
11 BAHASA MELAYU TAHUN 5 LAI KAI LING

12 BAHASA MELAYU TAHUN 6 TSEN LEE TUNG,MARIE CHEW
13 BAHASA INGGERIS TAHUN 1 YAP TSIN BOON, TAN PENG CHING, TSEN LEE TUNG
14 BAHASA INGGERIS TAHUN 2 NIA VUN CHOO, TAN LIE MEE, ANNEY CHIN

15 BAHASA INGGERIS TAHUN 3 KOK HONG TYNG, TAN PENG CHING
16 BAHASA INGGERIS TAHUN 4 MALCOLM JOHN, VOON FUI KONG, LEN YIAN MEE
17 BAHASA INGGERIS TAHUN 5 VOON FUI KONG, JANET CHONG FUNG JIN

18 BAHASA INGGERIS TAHUN 6 MALCOLM JOHN, VOON FUI KONG
19 MATEMATIK TAHUN 1 TAN LIE MEE,CHUNG TZU KEN,MARIE CHEW

20 MATEMATIK TAHUN 2 WONG SHU YI, NGU SIEW PING, CHONG YEN HA
21 MATEMATIK TAHUN 3 CHONG YUN JAU ,YAP TSIN BOON

22 MATEMATIK TAHUN 4 LIEW YUK TSU, NGU SIEW PING
23 MATEMATIK TAHUN 5 NGU SIEW PING, NIA VUN CHOO

24 MATEMATIK TAHUN 6 KAREN YONG CHET YING, CHONG YEN HA
25 SAINS TAHUN 1 JANET CHONG FUNG JIN, CHUNG TZU KEN
26 SAINS TAHUN 2 LEE BING FUNG, YONG SIEW ZO
27 SAINS TAHUN 3 NGU SIEW PING, LEE BING FUNG

28 SAINS TAHUN 4 CHONG CHEE WEI, TAN PENG CHING
29 SAINS TAHUN 5 KOK HONG TYNG, CHONG YUN JAU

30 SAINS TAHUN 6 CHONG YUN JAU , TAN PENG CHING
31 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1
32 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
33 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3
NOR AZRINA IDAYU BT AHMAD
34 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
35 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5
36 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6

37 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 TAN LIE MEE, LEE BING FUNG, TSEN LEE TUNG
38 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 2 VOON FUI KONG,MARIE CHEW
39 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3 LIEW YUK TSU , CHONG YUN JAU

40 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4 LIAU YUN TSHIN @ PENNY LIAU
41 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5 NGU SIEW PING, NIA VUN CHOO
42 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6 KOK HONG TYNG, JANET CHONG FUNG JIN

43 PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 1 TAN LIE MEE, JANET CHONG, LAI KAI LING
44 PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2 NIA VUN CHOO
45 PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 3 YAP TSIN BOON, TAN PENG CHING

46 PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 4 YAP TSIN BOON, ANNEY CHIN

47 PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 NGU SIEW PING, NIA VUN CHOO
48 PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 6 MALCOLM JOHN

49 PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 1 TAN LIE MEE, JANET CHONG, LAI KAI LING
50 PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 2 CHONG YEN HA, NGU SIEW PING, NIA VUN CHOO

51 PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 LIEW YUK TSU, YAP TSIN BOON
52 PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4 LIAU YUN TSHIN @ PENNY LIAU , KAREN YONG CHET YING
53 PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5 NIA VUN CHOO, CHONG CHEE WEI
54 PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6 MALCOLM JOHN,VOON FUI KONG

55 PSV TAHUN 1 JANET CHONG, NIA VUN CHOO, TAN PENG CHING
56 PSV TAHUN 2 YONG SIEW ZO, ANNEY CHIN

57 PSV TAHUN 3 KOK HONG TYNG, TAN PENG CHING
58 PSV TAHUN 4 YONG SIEW ZO
59 PSV TAHUN 5 CHONG YUN JAU ,JANET CHONG
60 PSV TAHUN 6 TSEN LEE TUNG, CHONG YUN JAU

61 PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 1 WONG SHU YI, JANET CHONG FUNG JIN
62 PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2 CHONG YEN HA, WONG SHU YI
63 PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 3 CHONG YUN JAU, LEE BING FUNG

64 PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4 KAREN YONG CHET YING, LEN YIAN MEE , VOON FUI KONG
65 PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5 LEN YIAN MEE
66 PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6 KOK HONG TYNG

67 SEJARAH TAHUN 4 CHONG YEN HA, TAN PENG CHING, TSEN LEE TUNG
68 SEJARAH TAHUN 5 CHONG YEN HA, LAI KAI LING
69 SEJARAH TAHUN 6 CHONG YEN HA, KAREN YONG CHET YING

70 RBT TAHUN 4 MALCOLM JOHN
71 RBT TAHUN 5 KOK HONG TYNG, VOON FUI KONG
72 RBT TAHUN 6 TSEN LEE TUNG

73 TMK TAHUN 6 KOK HONG TYNG

SENARAI NAMA MATA PELAJARAN DAN PENYEDIA RPT TAHUN 2021, SK API-API KOTA KINABALU



BIL MATAPELAJARAN PENYEDIA

LIZA BINTI TALIP
1 BAHASA MELAYU TAHUN 1
MURNIE BINTI JOEL
2 BAHASA MELAYU TAHUN 2 ANNAH BINTI PAHALUDDIN
3 BAHASA MELAYU TAHUN 3 DANIEL DAULIN

4 BAHASA MELAYU TAHUN 4 SAFARINAH BINTI AZWAN
5 BAHASA MELAYU TAHUN 5 MOHD AZRUL HISHAM BIN AB AZIZ
6 BAHASA MELAYU TAHUN 6 ALIAS RANTAU WENSIS

7 BAHASA INGGERIS TAHUN 1 JESSICA RINE ALPHONSUS
8 BAHASA INGGERIS TAHUN 2 YENTICHIA BINTI DAMIN
9 BAHASA INGGERIS TAHUN 3 PRESENAGANESH PILLAI A/L PERIANEN

10 BAHASA INGGERIS TAHUN 4 SHAMMEY TEY
11 BAHASA INGGERIS TAHUN 5 UMA DEVI A/P KRISHNAN
12 BAHASA INGGERIS TAHUN 6 TONG LEE CHAN

13 MATEMATIK TAHUN 1 SANTHAVALLI A/P SUBRAMANIAM
14 MATEMATIK TAHUN 2 IRENE GABRIEL
15 MATEMATIK TAHUN 3
CHI SIEW PING
16 MATEMATIK TAHUN 4
17 MATEMATIK TAHUN 5 AMMY EMELIA BTE JAMAL
18 MATEMATIK TAHUN 6 NG SHOK TENG@ALICE

19 SAINS TAHUN 1 ROSLE BASAS
20 SAINS TAHUN 2 SITI NURZARINA BINTI AG MOHD HUSSIN
21 SAINS TAHUN 3 ANNAH BINTI PAHALUDDIN

22 SAINS TAHUN 4 JU MARIA CAN JOB@JOSEPH
23 SAINS TAHUN 5 ZURAIMI BIN GARAI@ROSLIE

24 SAINS TAHUN 6 AZIRIA BINTI KASIM
25 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 NORAINI MAIL

26 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 SHARUL ISWAR BIN IDRIS
27 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3 ZULAIKHA BINTI AWANG BESAR
28 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 JAHRAH BINTI MUSADDIKAN
29 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5 MUHAMMAD NUR SYAHFIE BIN IDRIS

30 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6 JAHRAH BINTI MUSADDIKAN
31 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1
SITI NURZARINA BINTI AG MOHD HUSSIN
32 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 2
33 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3 DARSAHANEE BIN YUSOP
34 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4
LIM ZALIMAH BINTI LIM ALI BANDIONG
35 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5

36 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6 MOHD HAFIZ ZURAIMY BIN DAMSAH
37 PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 1 JESSY BINTI GANIE
38 PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2 MUHAMMAD HADI BIN BABA

39 PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 3 ROGAYAH HASSAN
40 PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 4 MOHD AZRUL HISHAM BIN AB AZIZ
41 PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 MOHAMAD ALI ISMAIL

42 PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 6 ALIAS RANTAU WENSIS
43 PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 1 RUJIA BINTI ABDULATIF
44 PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 2 SITI NURZARINA BINTI AG MOHD HUSSIN

45 PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 NORSILAWATI BINTI SARIDAH
46 PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4 AZIRIA BINTI KASIM
47 PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5 AMMY EMELIA BTE JAMAL

48 PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6 MOHAMAD ALI ISMAIL

49 PSV TAHUN 1 SAFARINAH BINTI AZWAN
50 PSV TAHUN 2 RUJIA BINTI ABDULATIF

51 PSV TAHUN 3 NORSILAWATI BINTI SARIDAH
52 PSV TAHUN 4 ROGAYAH HASSAN

53 PSV TAHUN 5 DARSAHANEE BIN YUSOP
54 PSV TAHUN 6 PRESENAGANESH PILLAI A/L PERIANEN
55 PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 1 SAFARINAH BINTI AZWAN
56 PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 2 MURNIE BINTI JOEL

57 PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 3 RUJIA BINTI ABDULATIF
58 PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 4 SHAMMEY TEY

59 PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5 AZIRIA BINTI KASIM
60 PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6 MOHD AZRUL HISHAM BIN AB AZIZ
61 SEJARAH TAHUN 4
62 SEJARAH TAHUN 5 JU MARIA CAN JOB@JOSEPH

63 SEJARAH TAHUN 6
64 RBT TAHUN 4 LIZA BINTI TALIP
65 RBT TAHUN 5 ALIAS RANTAU WENSIS

66 RBT TAHUN 6 LIZA BINTI TALIP
67 TMK TAHUN 6 YIU POH HOCK


Click to View FlipBook Version