The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by [email protected], 2021-05-10 07:34:49

E-KOMPILASI RPT SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2021

ISI KANDUNGAN






1. Sekapur Sirih Seulas Pinang


2. Prakata



3. Dari Meja Editor



4. Pelaksanaan Penjajaran Kurikulum 2.0


5. Kurikulum Kebangsaan



6. Rancangan Pelajaran Tahunan (SPI Bil.3/1999)



7. Kandungan RPT

7.1 SEKOLAH MENENGAH

Peralihan


Tingkatan 1- Tingkatan 5



8. Penghargaan

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG




Salam Sejahtera
Salam Sabah Hebat!
Katakan Tidak Kepada Nombor 16, Katakan Ya kepada 10 Terbaik


Kita bersyukur kepada Tuhan kerana kita telah berjaya menghasilkan e-kompilasi RPT sekolah menengah ini.


Tahniah dan sekalung penghargaan kepada Jawatankuasa Kumpulan Pemikir JPN Sabah dan Sektor Pembelajaran,
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah selaku urus setia atas kejayaan menghasilkan e-kompilasi ini.

Sepanjang pelaksanaan PdPR yang bermula pada tahun lalu, saya terpanggil untuk membantu semua pihak yang
terkesan dengan Pandemik COVID-19 ini agar dapat melaksanakan tugasan dengan sebaik mungkin mengikut
norma dan normal baharu. Di antara penekanan yang penting dalam memenuhi keperluan ini adalah melalui perancangan yang rapi serta
pelaksanaan PdP seperti yang telah digariskan dalam Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0. Sehubungan dengan itu, perlu ada bantuan yang
diberikan kepada barisan hadapan dalam pelaksanaan PdPR ini dan e-kompilasi RPT ini boleh menjadi sebahagian daripada sokongan JPN
kepada pihak sekolah dan ibu bapa.

Di antara objektif utama kewujudan e-kompilasi ini adalah agar ibu bapa dan murid dapat mengetahui bidang yang akan dipelajari dalam tahun
ini serta perkembangan pembelajaran anak mereka. Selain daripada itu, melalui e-kompilasi ini juga, guru mendapat contoh RPT terbaik
khususnya bagi guru-guru baharu yang memerlukan bimbingan dalam melaksanakan PdP yang berkesan. Di samping itu juga, penerbitan e-
kompilasi ini juga dapat membantu barisan Pengetua dan Guru Besar serta Penolong Kanan bagi mengetahui status sama ada guru mereka
mengajar mengikut sukatan pelajaran semasa penyemakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dan penyeliaan PdP.

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan agar penerbitan e-kompilasi ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi meningkatkan
kualiti pendidikan di Negeri Sabah.




YBhg. Datuk Dr. Mistirine binti Radin
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

PRAKATA




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan keizinan-Nya, e-kompilasi RPT ini berjaya dihasilkan. Panel penulis
RPT ini adalah terdiri daripada guru-guru sekolah dalam Kumpulan Pemikir JPN Sabah.


Sesungguhnya pandemik COVID-19 telah membawa perubahan ketara dalam sistem pendidikan negara pada tahun 2020.
Inilah masa yang cukup mencabar bagi warga pendidik di Malaysia dan dunia amnya. Sesi pembelajaran secara
bersemuka telah diganti dengan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Oleh yang demikian, pihak Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah telah berusaha menghasilkan e-kompilasi RPT untuk membantu guru melaksanakan PdPR yang
terancang dan memenuhi Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 pada tahun 2021. Dokumen ini boleh digunakan walaupun sesi pembelajaran
secara bersemuka dilaksanakan.


Oleh itu, saya merakamkan sekalung penghargaan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan yang
besar dalam menghasilkan e-kompilasi RPT ini. Diharapkan guru-guru dapat memanfaatkan e-kompilasi RPT ini. Di samping itu kepada ibu bapa
yang prihatin dengan kemajuan pembelajaran anak-anak mereka boleh merujuk dokumen ini untuk sama-sama berganding bahu dengan sekolah
dalam melonjakkan kualiti pendidikan di Negeri Sabah.


Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga Pendidikan. Marilah kita terus bersama-sama menjayakan agenda
pendidikan negara demi melahirkan generasi masyarakat Malaysia yang cemerlang dan gemilang.


“SPb, Berfokus dan Berimpak Tinggi”




Dr. Hj. Mohd. Kassim bin Tusin
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Menanggung Kerja Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

DARI MEJA EDITOR





Alhamdulillah, tahniah atas kejayaan menghasilkan e-kompilasi RPT ini. Sekalung penghargaan kepada YBhg Datuk Dr. Mistirine binti Radin,
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang telah mencetuskan idea untuk penghasilan e- kompilasi RPT ini.

E-kompilasi RPT ini bertujuan untuk memberi bimbingan kepada guru-guru untuk menyediakan RPT yang menepati kehendak Dokumen
Penjajaran Kurikulum 2.0. Perkara ini bukan sahaja baharu kepada guru-guru novis, tetapi juga kepada semua guru lama dan baharu. Ini kerana
semua guru tidak mempunyai pengalaman dalam menghadapi pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Sehubungan dengan itu, Kumpulan Pemikir JPN Sabah dan urus setia telah menyahut cabaran YBhg Datuk Pengarah untuk mengumpul RPT
prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.


E-kompilasi RPT ini adalah untuk kegunaan guru-guru. Walau bagaimanapun, ibu bapa juga dapat menggunakannya sebagai rujukan bagi
memastikan anak-anak mereka dapat mengikuti PdP yang dilaksanakan serta memantau perkembangan pembelajaran mereka.


Bagi memudahkan rujukan , warna yang berlainan telah digunakan untuk membezakan kandungannya iaitu warna merah bagi sisipan kandungan,
warna biru bagi program sekolah, warna hijau bagi ujian dan warna kuning bagi cuti persekolahan dan cuti umum.


Diharapkan agar e-kompilasi RPT yang dihasilkan ini dapat dimanfaatkan dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti pendidikan murid.









Sidang Editor

PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM 2.0







KURIKULUM KEBANGSAAN




Pendidikan merupakan suatu proses menuju kemajuan dan kehidupan yang lebih harmoni sama ada untuk individu, masyarakat mahupun
negara. Pada hakikatnya, manusia yang berpendidikan lebih menunjukkan sifat disiplin dan kematangan fikiran yang baik berbanding manusia

yang tidak mendapat pendidikan yang sepatutnya.

Sistem pendidikan yang sempuna dan berkesan berasal daripada sistem yang teratur melibatkan visi dan misi, matlamat, peraturan serta

undang-undang. Oleh itu, terhasilnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menjadi satu garis panduan kepada negara dalam mengurus
pendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan teras kepada Sistem Pendidikan Malaysia yang banyak memberi tumpuan
kepada perkembangan emosi diri para pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani

dan intelek. Kenyataan tersebut boleh dirujuk dalam pernyataan berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia

yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (1988 –

Falsafah Pendidikan Negara)

Salah satu panduan penting selain Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam pendidikan adalah Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan
yang tertera dalam Akta Pendidikan 1996 dinaytakan seperti berikut:

Kurikulum Kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.

[Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]

Kesimpulannya, Kurikulum Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sangat berkait rapat antara satu sama lain dalam usaha
melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi iaitu seimbang dari segala aspek.

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN


Rancangan Pelajaran Tahunan atau lebih dikenali sebagai RPT merupakan dokumen yang wajib disediakan oleh guru. RPT perlu disediakan
setiap tahun kerana merupakan salah satu dokumen yang penting untuk dirujuk dalam menyediakan Rancangan Pelajaran Harian guru.


Penyediaan RPT seharusnya dibuat sebelum sesi persekolahan tahun semasa bermula dari hari pertama hingga ke hari terakhir persekolahan.
RPT yang baik adalah RPT yang ditulis mengikut tahun semasa menggunakan kurikulum terbaru dan terperinci mengikut tarikh persekolahan.


Penyediaan RPT perlu merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 3 Tahun 1999. Antara kandungan SPI tersebut adalah seperti berikut:

Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii)

Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua, Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan

kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir.


(i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN

Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang

dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti
objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.


Sehingga kini SPI berkaitan penyediaan RPT ini masih berkuatkuasa dan perlu dipatuhi oleh semua guru.





KANDUNGAN RPT






7.1 RPT SEKOLAH MENENGAH


Link Peralihan : http://bit.ly/RPT-PERALIHAN




Link Tingkatan 1 : http://bit.ly/RPT-TINGKATAN1




Link Tingkatan 2 : http://bit.ly/RPT-TINGKATAN2




Link Tingkatan 3 : http://bit.ly/RPT-TINGKATAN3





Link Tingkatan 4 : http://bit.ly/RPT-TINGKATAN4




Link Tingkatan 5 : http://bit.ly/RPT-TINGKATAN5

PENGHARGAAN




11. Puan Lily Wong Bitt Lee
1. YBhg Datuk Dr Mistirine binti Radin Pengetua Sekolah Tinggi Kota Kinabalu
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

12. Encik Vasuthevan a/l S. Palanivulu
2. Encik Mohd Zaini bin Yanin Pengetua Kolej Tingkatan 6, Kota Kinabalu
Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
13. P Sunthararajoo a/l Rengasamy
3. Tuan Haji Abidin bin Marjan Pengetua SMK Entabuan, Tenom
Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah
14. Encik Hendry Anandan
Pengetua SMK Keningau
4. Dr. Haji Mohd Kassim bin Tusin
Ketua Penolong Pengarah Kanan 15. Encik Gambar @ Oyoh bin Wong Ah Kong
Menanggung Kerja Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Guru Besar SK Telaga, Pitas


5. Puan Hjh. Wanihim binti Othman 16. Puan Tan Lee Lee
Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran Guru Besar SJKC Good Shepherd, Kota Kinabalu
17. Encik Mohd. Hafiz Zuraimy bin Damsah
6. Puan Linna binti Hassin Guru Besar SK Api-Api, Kota Kinabalu
Pegawai Pendidikan Daerah Semporna
18. Encik Harris Suffian
7. Hj. Adnan bin Othman Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pembelajaran
Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid, PPD Sipitang
19. Encik Muarifin Sufianto bin Mohchoeri
8. Puan Foo Lee Yen Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah
Timbalan PPD, Sektor Perancangan PPD Ranau
20. Puan Masniah Masrie
Ketua Penolong Pengarah, Sektor Perancangan dan
9. Puan Rohani binti Haji Ramlee Pengurusan PPD
Pengetua SMK Bandaraya, Kota Kinabalu
21. Puan Hjh Jumda binti Hj Darwis
10. YBhg, Datin Hasnah binti Mohd Yakob Penolong Pengarah, Sektor Pembelajaran
Pengetua SMKA Kota Kinabalu

SENARAI GURU PENYEDIA RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN ( RPT ) SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2021



SENARAI MATA PELAJARAN DAN PENYEDIA RPT 2021 SMK KENINGAU


BIL MATAPELAJARAN PENYEDIA

1 ENGLISH FORM 2 ALIZAH BANDA
2 ENGLISH FORM 3 ROZALIA RICHARD

3 ENGLISH FORM 4 ROSE BERNADETTE BERNARD
4 ENGLISH FORM 5 P. VASANTHI A/P PERUMAL

5 MATEMATIK TING 1

6 MATEMATIK TING 2 NURUL NABILAH AWANG
7 MATEMATIK TING 3

8 MATEMATIK TING 4
HAZLILY SUIN
9 MATEMATIK TING 5

10 SAINS TING 2 FELECIA LOSUMIN
11 SEJARAH TING 1 AMINAH @ MINAH HARUN

12 SEJARAH TING 2 JENNY LAPOM

13 SEJARAH TING 3 JAPILIN LAWADIN
14 SEJARAH TING 4 DANIEL JOHN
15 SEJARAH TING 5 PHILIPA DOUNI @ DONALD

16 PEND ISLAM TING 1

17 PEND ISLAM TING 2
ROSNIE BINTI BENEDICT
18 PEND ISLAM TING 4

19 PEND ISLAM TING 5

20 PEND MORAL TING 1

21 PEND MORAL TING 2
22 PEND MORAL TING 3 HAIRIN ADAM SAILI

23 PEND MORAL TING 4

24 PEND MORAL TING 5
25 PJK TING 1

26 PJK TING 2
27 PJK TING 3 BENNY BALIUS

28 PJK TING 4
29 PJK TING 5

30 GEOGRAFI TING 1
31 GEOGRAFI TING 2 HAJAWATI ABAS

32 GEOGRAFI TING 3

33 GEOGRAFI TING 4
DANNY SULIMIN
34 GEOGRAFI TING 5
35 RBT TING 1 AMBROSE GUDAH

36 RBT TING 2
37 RBT TING 3 SUTANIA DAIMAN
38 SRT TING 4
39 SRT TING 5
40 ASK TING 1
41 ASK TING 2

42 ASK TING 3 JERRY UBIN
43 SAINS KOMPUTER TING 4

44 SAINS KOMPUTER TING 5

45 BKD TING 1

46 BKD TING 2

47 BKD TING 3 EDNA STACY SUMANDI
48 BKD TING 4

49 BKD TING 5
50 FIZIK TING 4 DINAH EDEZA

51 KIMIA TING 4 HENERITA RAY AWAH

52 MATEMATIK TAMBAHAN TING 4 NIK NORZAHARIA ZAKARIA
53 BIOLOGI TING 4 SALEHA AYUB

54 BIOLOGI TING 5 HANISIH HAMYASIN

55 PERNIAGAAN TING 4
NORLIANA BINTI RAZALIEGH
56 PERNIAGAAN TING 5

57 EKONOMI TING 4
AZIEYANA AZIZ
58 EKONOMI TING 5

59 SAINS SUKAN TING 4
MAUREEN BONG MEI YEAN
60 SAINS SUKAN TING 5

61 KMK TING 4
NURAINI BOOH
62 KMK TING 5
63 PERAKAUNAN TING 4
NAZA ROZELLA ARIDY
64 PERAKAUNAN TING 5

65 PERTANIAN TING 4 MATHILDA SIUS
66 PERTANIAN TING 6 ADRIAN FRANCIS

67 REKACIPTA TING 4
JAYSON YAHYU
68 REKACIPTA TING 5

SENARAI MATA PELAJARAN DAN PENYEDIA RPT 2021 SMK ENTABUAN, TENOM



BIL MATAPELAJARAN PENYEDIA


1 SAINS TINGKATAN 1
CIK SUHAILA RAHMATULLAH
2 SAINS TINGKATAN 3


3 SAINS TINGKATAN 4 JACINTA STEPHEN


4 SAINS TINGKATAN 5 CIK NORZIAH SAKIM


5 PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1 CIK HANIZAH JUKIM


6 PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2 EN SIBON SOPITANG


7 PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3


8 PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 4 PN MERRY MASION


9 PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 5

SENARAI MATA PELAJARAN DAN PENYEDIA RPT 2021 SMK (A) KOTA KINABALU



BIL MATAPELAJARAN PENYEDIA

1 BAHASA INGGERIS TINGKATAN 1 SHAZILA BINTI MOHD. SALLEH

2 BAHASA ARAB TINGKATAN 1 NUR HUSNA MARDHIAH BUNYI AZLAN
3 BAHASA ARAB TINGKATAN 2 ABDUL HALIM BIN AN.RAZAK

4 BAHASA ARAB TINGKATAN 3 WAN MUHAMMAD ADAM BIN ABD.HALIM
5 BAHASA ARAB TINGKATAN 4 NIK MASITAH BINTI HUSAIN

6 BAHASA ARAB TINGKATAN 5 FARDHAH SAZRIZAH BINTI JANURI
7 FIZIK TINGKATAN 5 NOURHAIZUM BINTI DATUK AWANG ZAINI

8 KIMIA TINGKATAN 5 ROSNA BINTI MALMOD

9 MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 NURHIDAYATI BINTI JUDIN
10 HIFZ- AL QURAN TINGKATAN 4 MUHAMMAD NASIR BIN MOHAMMAD MURSAL
11 HIFZ- AL QURAN TINGKATAN 5 MUHAMMAD FARIDZUAN BIN MOHAMAD YUNUS

12 MAHARAT AL QURAN TINGKATAN 4 FAIZ NAIM BIN MD.NAWI

13 MAHARAT AL QURAN TINGKATAN 5 AHMAD SYAFIQ BIN AZIZ
14 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 SITI NORAFIZAN BINTI AG. YUSSOP

SENARAI MATA PELAJARAN DAN PENYEDIA RPT 2021 SMK BANDARAYA, KOTA KINABALU





BIL MATAPELAJARAN PENYEDIA

1 NORDIN BIN JUDIN
2 SURESH KUMAR A/L MARUTHAMUTHU
3 BAHASA MELAYU TINGKATAN 1 SUZANAH BINTI MOHAMAD
4 TRACY IVY JAMES AUGUSTINE
5 MOINI BINTI RUBIN
6 BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 MURNI BINTI YUSUF
7 TRACY IVY JAMES AUGUSTINE
8 BAHASA MELAYU TINGKATAN 3 NORIAYANI BINTI EJIP
9 ROSELIND BINTI PILANG
10 SITI MARIAM BINTI ZULKIFLIE
11 SUKRIAH BINTI LAMAI
12 NORIAYANI BINTI EJIP
13 ORLEN BINTI SITANG
14 BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 OSMAN BIN MUAMAT
15 PAULINA BAGU
16 RANTIANAH @ RANTIAYAH BTE MASTAR
17 JAUHARIAH BINTI PARMIN
18 PAULINA BAGU
19 BAHASA MELAYU TINGKATAN 5 RANTIANAH @ RANTIAYAH BTE MASTAR
20 SALIMAN BIN SAMIN
21 SARINA BINTI HASSAN
22 ZUBAIDAH BINTI SIPIL

SENARAI MATA PELAJARAN DAN PENYEDIA RPT PERALIHAN SM TINGGI KOTA KINABALU






BIL MATA PELAJARAN PENYEDIA


LIM MEI CHIN@SHERLENE
1 BAHASA MELAYU
PRISCA GEORGE
2 BAHASA INGGERIS
PHUN SIEU CHING
3 BAHASA CINA

PLORINA BINTI PHILIP
4 PENDIDIKAN SENI VISUAL
KONILIA MARSELLA SUAL
5 PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN
HERNI BINTI ESMANTO
6 AMALAN BAHASA MELAYU (ABM)


Click to View FlipBook Version