SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LANCHANG
LORONG BATU LANCHANG
11600 PULAU PINANG
MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI AKADEMIK 2022/2023
TARIKH : 14 MAC 2022 ( ISNIN )
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING
MEDIUAM : GOOGLE MEET
KEHADIRAN : ( SILA RUJUK LAMPIRAN REKOD KEHADIRAN GURU )
AGENDA MESYUARAT
1 UCAPAN ALUAN
1.1 Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) Encik Mohamed Salim mengalu-alukan
kehadiran semua guru pada mesyuarat guru kali pertama bagi sesi akademik
2022/2023.
1.2 Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah di atas kelancaran program Transisi
pada 12 Mac yang dilakukan secara google meet.
Tindakan: Makluman
2 BACAAN DOA
2.1 PKP menjemput Ustaz Wan Mohd Iqbal bin Wan Mustafa membaca doa
supaya mesyuarat berjalan lancar dan dimudahkan semua urusan.
Tindakan : Makluman
1
3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 5 / 2021
3.1 Ustaz Mohd Tarmizy bin Noordin mencadangkan agar minit mesyuarat kelima
tahun 2021 disahkan dan disokong dengan sebulat suara oleh semua yang hadir.
Tindakan : Makluman
4 TAKLIMAT GURU BESAR
4.1 Slogan dan Moto Sekolah
4.1.1 Guru Besar menyatakan slogan sekolah ialah “Kegemilangan Arah Kami”
dan slogan pula “Usaha dan Capai”. Beliau memohon para guru supaya
cakna dengan slogan dan moto sekolah.
Tindakan : Makluman
4.2 Etika Kerja
4.2.1 Guru Besar meminta semua guru mengamalkan etika kerja supaya mutu
kerja dapat ditingkatkan. Etika kerja tersebut ialah kerja secara sepasukan,
berdisiplin dan beradab, perlakuan yang baik dan mempunyai niat bekerja
yang betul. Selain itu, semua guru perlu amanah, ikhlas dan mempunyai
kasih sayang semasa bekerja. Di samping itu, guru juga perlu bijaksana,
bersyukur, berdedikasi, berdisiplin serta akur dengan arahan ketua jabatan.
Tindakan : Makluman
4.3 Etika Perguruan
4.3.1 Etika perguruan juga perlu diikuti oleh setiap guru. Etika tersebut ialah
mempunyai tanggungjawab terhadap murid, ibu bapa, masyarakat, negara
dan rakan sejawat serta profesion keguruan itu sendiri.
Tindakan : Makluman
2
4.4 Barisan Kepimpinan Sekolah
4.4.1 Guru Besar memaklumkan bahawa guru besar dan semua guru penolong
kanan merupakan Senior Leader Team ( STL). Manakala Middle Leader
Team (MTL) pula terdiri daripada ketua panitia, setiausaha unit kurikulum,
HEM dan ko-kurikulum, penyelaras program, ketua aliran dan guru
bimbingan dan kaunseling.
Tindakan : Makluman
4.5 Keberadaan Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)
4.5.1 Kehadiran bertugas semua guru dan AKP direkod menggunakan mesin
perakam waktu di pejabat.
4.5.2 Waktu Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc) bermula pada pukul 7.40
pagi. Guru-guru hendaklah berada di Kawasan sekolah sebelum jam 7.30
pagi.
4.5.3 Guru dan AKP tidak dibenarkan mengetip kad perakam waktu untuk
pegawai lain dan adalah menjadi satu kesalahan dan boleh diambil tindakan
sekiranya berbuat demikian.
4.5.4 Sekiranya dijangka lewat tiba di sekolah, guru-guru boleh memaklumkan
kelewatan ke sekolah sebelum jam 7.20 pagi kepada guru besar (GB) dan
penolong kanan pentadbiran (PKP).
Tindakan : Semua guru
4.6 Kehadiran Guru dan AKP
4.6.1 Guru dan AKP yang tidak dapat hadir secara mengejut atas sebab sakit,
kemalangan atau kecemasan hendaklah memaklumkan dengan segera
kepada GB dan PKP sebelum jam 7.10 pagi.
4.6.2 Ketidak hadiran perlu dimaklumkan untuk tujuan mendapatkan kebenaran
cuti dan untuk kelas ganti guru yang tidak hadir.
3
4.6.3 Guru dan AKP juga tidak dibenarkan keluar waktu bertugas kecuali dengan
kebenaran GB atau PK sahaja. Guru dan AKP yang perlu keluar waktu
pejabat setelah mendapat kebenaran, perlu:
4.6.3.1 Mengisi borang keluar waktu pejabat,
4.6.3.2 Mendapatkan tanda tangan GB atau PK pada borang keluar dan kad
perakam waktu,
4.6.3.3 Mengetip kad perakam waktu sebaik sahaja keluar dan kembali ke
sekolah,
4.6.3.4 Maklumkan kepada pihak pentadbir sekiranya sudah kembali ke
sekolah,
4.6.3.5 Minta bantuan rakan untuk menggantikan kelas sekiranya berlaku
kecemasan.
Tindakan : Semua guru
4.7 Cuti Rehat Khas (CRK)
4.7.1 Kelayakan CRK bagi seseorang guru adalah 10 hari setahun. CRK
merupakan keistimewaan atau kemudahan yang diberikan dan bukannya
hak.
4.7.2 Sekiranya guru merancang hendak mengambil CRK guru dikehendaki
memohon awal sekurang-kurangnya satu minggu sebelum tarikh CRK yang
dipohon. Setelah diluluskan oleh GB, isi dalam di dalam HRMIS.
4.7.3 Tatacara memohon CRK (biasakan yang betul bukan betulkan yang biasa);
4.7.3.1 Mohon kebenaran GB secara lisan.
4.7.3.2 Sesudah GB beri kebenaran, bawa borang dapatkan sokongan dari
PKP.
4.7.3.3 Sesudah PKP tanda tangan sokong, bawa borang dapatkan kelulusan
dari GB.
4.7.3.4 Serahkan borang CRK yang telah disokong dan diluluskan kepada
pembantu tadbir (PT).
4.7.3.5 Tulis nama dan tarikh CRK di papan kenyataan di pejabat.
4
4.7.4 Tujuan CRK
4.7.4.1 Menziarah ahli keluarga dan sanak saudara terdekat yang sakit atau
meninggal dunia.
4.7.4.2 Mengiringi ahli keluarga untuk dapatkan rawatan.
4.7.4.3 Upacara keagamaan.
4.7.4.4 Keadaan kecemasan seperti kemalangan, banjir atau kebakaran.
4.7.4.5 Menghadiri majlis konvokesyen pegawai atau ahli keluarga.
4.7.4.6 Mendaftar anak ke sekolah asrama penuh atau institut pengajian
tinggi.
4.7.4.7 Menunaikan haji.
4.7.4.8 Hadir kursus suai kenal bagi kursus luar kampus.
4.7.4.9 Perkahwinan pegawai / anak pegawai
Tindakan : Semua guru
4.8 Cuti Sakit (MC)
4.8.1 Guru-guru diminta untuk memaklumkan kepada GB dan PK dengan segera
sama ada melalui mesej atau telefon sebelum jam 7.10 pagi.
4.8.2 Isi dalam HRMIS sebaik sahaja mendapat cuti sakit daripada doktor
4.8.3 Serahkan sijil cuti sakit sebaik sahaja kembali ke sekolah kepada GB untuk
ditandatangan dan diserahkan kepada PT selepas ditandatangi.
Tindakan : Semua guru
4.9 Guru Bertugas Mingguan.
4.9.1 Sesi persekolahan 2022 akan menggunakan sistem kumpulan bagi guru
bertugas. Setiap ketua kumpulan guru bertugas akan menyediakan jadual
bertugas kumpulan masing-masing.
4.9.2 Guru bertugas perlu berada di tempat bertugas 20 minit (pagi) sebelum dan
selepas loceng (balik).
5
4.9.3 Laporan guru bertugas perlu ditulis setiap hari tanpa gagal. Laporan lengkap
perlu dimuatnaik dalam drive SKBL. Ia akan disemak sebelum jam 12.00
tengah hari setiap hari terakhir dalam minggu tersebut.
4.9.4 Kumpulan guru bertugas bertanggungjawab terhadap sebarang masalah,
program, majlis, peristiwa yang berlaku sepanjang minggu bertugas.
Tindakan : Semua guru
5.0 Etika Berpakaian Penjawat Awam
5.0.1 Seorang guru adalah penjawat awam dan perlu mematuhi etika berpakaian
(from top to toe). Guru hendaklah memakai tanda nama sepanjang masa
bertugas, berpakaian kemas, dan kasut yang bertutup.
5.0.2 Terdapat 3 kategori pakaian yang boleh diikuti oleh guru-guru:
5.0.1.1 Pakaian rasmi dan formal
5.0.1.2 Pakaian rasmi tetapi tak formal
5.0.1.3 Pakaian tak rasmi dan tak formal
5.0.3 Bagi guru Pendidikan Jasmani (PJ), pakaian yang dipakai adalah pakaian
rasmi tak formal termasuk kasut sukan (bukan sandal atau selipar).
5.0.4 Pemakaian seluar bagi pegawai wanita adalah 2 pieces dan 3 pieces (baju
yang sama warna, berwarna gelap, mempunyai butang yang berwarna cerah)
dan kasut bertutup. Guru lelaki mesti bertali leher setiap hari isnin.
5.0.5 Pakaian guru SK Batu Lanchang mengikut hari :
5.0.5.1 Isnin : Pakaian rasmi dan formal.
5.0.5.2 Selasa : Baju T-shirt sekolah (1M1S) atau baju rasmi formal
5.0.5.3 Rabu : Baju unit beruniform ( sebulan sekali ) atau T-shirt unit
beruniform atau baju rasmi formal
5.0.5.4 Khamis : Baju batik
5.0.5.5 Jumaat : Baju rasmi dan formal (guru-guru lelaki dibolehkan
memakai baju melayu lengkap bersamping dan bersongkok)
Tindakan : Semua guru
6
5.2 Cuti Peristiwa
5.2.1 GB memaklumkan bahawa cuti peristiwa yang telah dimohon untuk sesi
persekolahan 2022/2023 ialah seperti berikut;
5.2.1.1 Cuti Sempena Nuzul Al-Quran (18/4/2022- Isnin)
5.2.1.2 Cuti Sempena Hari Raya Aidil Adha (8/7/2022- Jumaat)
5.2.1.3 Cuti Sempena Hari Kokurikulum
5.2.1.4 Kejohanan Sukan Tahunan
Tindakan : Makluman
5.3 Hari Pembukaan Sekolah
5.3.1 Pada hari pertama persekolahan, GB meminta semua guru hendaklah
memastikan penjarakan fizikal sentiasa dipatuhi di dalam bilik darjah,
bengkel, makmal, bilik guru dan sebagainya. Selain memastikan tempat
basuh tangan (sinki), sabun, hand sanitizer, spray disinfectant dan
sebagainya sentiasa mencukupi.
5.3.2 Guru bertugas juga diminta untuk memastikan laluan keluar masuk dan
tempat pengambilan suhu murid tidak berlaku kesesakan terutama pada hari
pertama kerana akan ada lawatan dari pegawai prosa. Guru-guru tahun 1
juga diminta untuk bersedia menerima kehadiran murid tahun 1.
5.3.3 Semua guru kelas dan guru pembantu hendaklah memastikan susun atur
kerusi meja pada tahap memaksimakan ruang dan keluasan sesuatu bilik,
melabel meja murid, menyediakan pelan kelas, jadual bertugas, penyapu
dan tong sampah. Kelas juga hendaklah dipastikan dalam keadaan bersih
dan kemas.
5.3.4 Kantin beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan untuk guru-guru dan
kakitangan sekolah. Murid-murid pula akan menempah makanan
7
menggunakan pautan yang akan dikongsi di dalam group whatapss kelas
masing-masing.
Tindakan : Semua guru
5.6 Pengoperasian Sekolah Semester 1 tahun 2022/2023
5.6.1 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mulai 21 Mac 2022
5.6.1.1 Semua murid SK Batu Lanchang bagi kelas Pra Sekolah, Murid
Tahun 1, Tahun 2, Tahun 6 dan Murid Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) akan menjalani PdP bersemuka tanpa
penggiliran. Manakala bagi murid Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5
akan menjalani PdP secara penggiliran.
5.6.2 Minggu Persekolahan yang Diambil Sekolah.
5.6.2.1 SK Batu Lanchang akan mengambil 40 minggu dari 43 minggu
jumlah minggu persekolahan untuk tahun 2022/2023 bagi tujuan
PdP dan 3 minggu lagi adalah untuk peperiksaan dan persediaan
penutupan sekolah.
5.6.2.2 Jumlah waktu seminggu bagi tahap 1 ialah 42 waktu iaitu Bahasa
Melayu (10), Bahasa Inggeris (8), Matematik (5), Sains (3),
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral (6), Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan (3), Pendidikan Kesenian (3), Bahasa
Komunikasi (Arab, Tamil dan Mandarin)(3) dan perhimpunan (1).
5.6.2.3 Bagi Tahap 2 pula jumlah waktu seminggu adalah 45 waktu dengan
pembahagian waktu Bahasa Melayu (8), Bahasa Inggeris (8),
Matematik (5), Sains (4), Pendidikan Islam / Pendidikan Moral (6),
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (2), Pendidikan
Kesenian (2), Bahasa Komunikasi (Arab, Tamil dan Mandarin)(3)
dan perhimpunan (1), Sejarah (2) dan Rekabentuk dan Teknologi
(2).
Tindakan : Makluman
8
5.7 Pengoperasian KPMPerkasaKU Siri 5 (Pengoperasian Catch-Up Plan (CUP) 3)
5.7.1 Menurut GB Pengoperasian KPMPerkasaKU Siri 5 mengikut pekeliling
Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan berdasarkan Kalendar Akademik
2022/2023 bertarikh 7 Mac 2022. Perlaksanaan PdP hendaklah menggunakan
DSKP sepenuhnya dan tidak lagi menggunakan DPK 2.0.
5.7.2 GB menerangkan bahawa pelaksanaan CUP telah bermula dengan CUP 1 iaitu
pada 01/09/2021 hingga 10/12/2021, diikuti CUP 2 dari 09/01/2022 sehingga
25/02/2022 dan diteruskan dengan CUP 3 mulai 21/03/2022- 15/04/2022.
Jangka masa perlaksanaan CUP 3 adalah sekurang-kurangnya 4 minggu.
5.7.3 Objektif CUP 3 adalah untul menyediakan murid-murid tersebut agar benar-
benar bersedia untuk mengikuti kurikulum persekolahan calendar akademik
2022/2023. Kumpulan sasaran CUP 3 adalah, murid yang tidak dapat ditaksir
(TDD) pada sesi persekolahan tahun 2021/2022 yang lalu dan murid yang
mencapai TP 1, TP 2 dan TP 3.
5.7.4 Penekanan utama adalah terhadap kemahiran asas yang belum dikuasai
menggunakan DSKP. Mata pelajaran yang terlibat ialah Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Hanya murid Tahun 2, Tahun 3 dan
Tahun 4 sahaja kecuali Murid Pemulihan Khas dan Murid Berkeperluan Khas
(MBK). Bagi murid Tahun 5 dan Tahun 6 adalah digalakkan mengikut
keperluan. Manakala murid Tahun 1 akan mengikuti Proram Transisi Tahun
Satu 2.0.
5.7.5 Strategi yang dicadangkan ialah pendekatan terbeza sama ada secara individu
atau kumpulan berdasarkan Take of Value (TOV) CUP 2. Guru boleh
membezakan dari aspek sama ada kandungan pelajaran itu sendiri, proses,
produk atau persekitaran pembelajaran. Selain itu pentaksiran (PBD) boleh
digunakan dan dijalankan secara berterusan.
5.7.6 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Rancangan Pelajaran Tahunan
(RPT) yang sama terhadap semua murid namun menggunakan bahan yang
berbeza. Guru juga perlu fokus kepada murid yang terlibat dengan CUP 3.
Sekiranya tajuk atau tema terlalu sukar, guru boleh pilih tajuk atau tema yang
9
mudah difahami supaya murid dapat merasai dan mengalami pembelajaran
bermakna.
5.7.7 Guru juga boleh menggunakan bahan sedia ada seperti buku teks, buku aktiviti
dan bahan yang dirasakan sesuai untuk PdP. Guru membuat catatan ringkas
setiap aktiviti pendekatan terbeza yang dilakukan dalam RPH dan menyimpan
rekod perkembangan murid sebagai evidens sekiranya diminta pihak PPD dan
JPN. GB memberitahu bahawa guru-guru boleh merujuka bahan CUP yang
beliau akan kongsikan di dalam group whatapps sekolah.
Tindakan : Semua guru
5.8 Program Transisi Tahun Satu (PTTS 2.0)
5.8.1 GB menyatakan bahawa PTTS 2.0 berdasarkan surat siaran KPM Bilangan
1 bertarikh 7 Mac 2022, iaitu Perlaksanaan PTTS 2.0 mulai Kalendar
Akademik Sesi 2022/2023. Pekeliling lama (Pelaksanaan Program Transisi
dan Guru Penyayang bertarikh 4 Disember 2006 ) adalah dibatalkan.
5.8.2 PTTS 2.0 dijalankan selama 4 minggu bermula dari 21/3/2022 sehingga
15/4/2022. Pelaksanaan merangkumi dua fasa iaitu fasa penyesuaian (2
minggu). Fasa ini menekankan sosioemosi, kognitif dan jasmani untuk
meningkatkan keyakinan diri dan membentuk sikap positif dalam interaksi
sosial murid-murid. Fasa kedua ialah fasa kesediaan (2 minggu). Fasa ini
akan memastikan murid dapat menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang diperlukan untuk pembelajaran seterusnya.
5.8.3 RPH adalah seperti biasa dengan Modul Transisi di sisip dalam PdP. Subjek
yang tiada dalam modul boleh menggunakan bahan lain yang sesuai.
5.8.4 Murid Tahun 1 akan menduduki Saringan Literasi dan Numerasi dalam
tempoh transisi. Ia untuk membantu guru subjek mengenalpasti tahap
penguasaan murid. Masalah 3M yang dihadapi murid dapat ditangani awal
dan dapat membantu guru subjek membuat program pemulihan di dalam
kelas. Kelas murid Tahun 1 sekarang bukanlah kelas tetap kerana perubahan
boleh berlaku selepas tamat transisi.
10
5.8.5 Murid yang dikategorikan sebagai murid pemulihan akan berpindah ke
kelas 1 Makmur selepas tamat Transisi supaya fokus membantu murid
membaca, menulis dan mengira dapat dijalankan.
Tindakan : Guru Tahun 1
5.9 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
5.9.1 GB menerangkan bahawa pencapaian tahun semasa tidak boleh dibanding
beza dengan pencapaian tahun lalu. Penilaian adalah mengikut kesesuaian,
kaedah, masa dan tempat.
5.9.2 Penilaian boleh dilaksanakan melalui semakan bahan, pencerapan,
pemerhatian (cara berpakaian, cara selesaikan sesuatu tugas, cara
berkomunikasi dengan pentadbir, rakan sekerja, murid dan ibu bapa) dan
temubual.
5.9.3 Komponen instrumen ada 3 iaitu generik, fungsional dan keberhasilan.
Dalam bahagian generik semua guru dinilai berdasarkan dimensi, elemen
dan aspek yang sama. Fungsional pula dinilai berdasarkan pengetahuan dan
kemahiran bidang tugas masing-masing. Keberhasilan dinilai berdasarkan
peningkatan dan pencapaian hasil kerja berasaskan bidang tugas pegawai
yang dinilai. Ia juga merupakan sesuatu yang boleh diukur sama ada dari
aspek bilangan, kos, dan masa. Pelbagai cara atau kaedah untuk mencapai
keberhasilan.
5.9.4 Guru-guru disarankan untuk membuat antara 5-20 item sahaja pada borang
keberhasilan. Semua subjek yang diajar wajib dimasukkan termasuk subjek
elektif masing-masing. Manakala bagi bidang-bidang lain adalah mengikut
keperluan. Contohnya dalam bidang kokurikulum, bagi pencapaian Naib
Johan kepada Johan dan dari peringkat daerah ke peringkat negeri.
5.9.5 Wajaran dalam memberi markah adalah mengikut dimensi (D) iaitu D1
Profesionalisme (30%), D2 Penglibatan (10%) dan D3 Kemahiran (60%).
Ketiga-tiga dimensi ini merupakan 90% wajaran markah. Manakala
Keberhasilan hanya 10%. Oleh itu GB mengingatkan guru-guru jangan
11
hanya menumpukan keberhasilan sahaja. Perlu juga merangkumi ketiga-
tiga dimensi tersebut.
5.9.6 GB menyatakan bahawa generik D1 iaitu profesionalisme (30%) terdiri
daripada komponen berikut;
5.9.6.1 E1 ( Nilai Profesional )
5.9.6.1.1 A 1.1 : Amalan Profesional
5.9.6.1.2 A 1.2 : Hubungan dengan pelanggan (murid
dan ibu bapa/ penjaga murid)
5.9.6.2 E2 ( Sahsiah )
5.9.6.2.1 A 2.1 : Mengutamakan pencapaian
5.9.6.2.2 A 2.2 : Kepantasan Bertindak
5.9.6.2.3 A 2.3 : Kematangan Emosi & Keyakinan Diri
5.9.6.2.4 A 2.4 : Budaya Kerja Sepasukan
5.9.6.2.5 A 2.5 : Berfokuskan Pelanggan
5.9.6.3 E3 ( Potensi )
5.9.6.3.1 A3.1 : Kepimpinan Berwawasan & Membuat
Keputusan.
5.9.6.3.2 A3.2 : Penyesuaian perubahan
5.9.6.3.3 A3.3 : Keinginan Menimba Pengetahuan
5.9.6.3.4 A3.4 : Pemikiran Kreatif dan Inovatif
5.9.6.4 E4 ( Keilmuan dan Pengetahuan )
5.9.6.4.1 A4.1 : Dasar-dasar Kerajaan
5.9.6.4.2 A4.2 : Peraturan dan Pekeliling
5.9.6.4.3 A4.3 : Penguasaan Bidang Tugas
5.9.6.4.4 A4.4 : Teknologi Maklumat & Komunikasi
5.9.6.5 E5 ( Kesediaan dan Kewibawaan )
5.9.6.5.1 A5.1 : Kesediaan Menjalankan
Arahan/Tugas-tugas lain
12
5.9.6.5.2 A5.2 : Keupayaan Melaksanakan Bimbingan
& Pementoran ( PPP yang berkhidmat
kurang dari 5 tahun pada tahun
penilaian semasa tidak akan dinilai.)
5.9.7 Generik D2 iaitu penglibatan (10%) merangkumi komponen Jalinan dan
5.9.8 Jaringan ( Networking & Linkages ) dan Sumbangan Profesionalisme dan /
atau Sosial. Seterusnya bagi komponen fungsional iaitu pengajaran dan
pembelajaran guru iaitu D3 (60%). Ia terdiri daripada Perancangan (20%)
iaitu pengetahuan, perancangan dan pengetahuan pentaksiran. Perlaksanaan
pula 30% yang merangkumi penyampaian, penggunaan sumber, kemahiran
komunikasi, teknik penyoalan dan penglibatan & penguasaan pembelajaran
murid. Pentaksiran (10%) iaitu penilaian prestasi murid.
Peratus prestasi adalah seperti berikut;
5.9.8.1 Prestasi rendah – 0-59.99%
5.9.8.2 Prestasi sederhana – 60-79.99% (Layak mendapat
pergerakan gaji)
5.9.8.3 Prestasi tinggi – 80-89.99% (Layak untuk naik pangkat, naik
gred, naik gaji dan sambung belajar)
5.9.8.4 Prestasi Cemerlang – 90-100% (Layak untuk APC)
Tindakan dan Makluman : Semua guru
5.10 e-Operasi
5.10.1 GB mengingatkan semua guru untuk menyemak semua data dari semasa ke
semasa terutama maklumat perkhidmatan, no fail JPN bagi guru bertukar,
sejarah pengalaman mengajar, subjek diajar semasa, alamat emel,
pengistiharan harta, pengesahan, taraf berpencen, dan tarikh-tarikh
perkhidmatan. Sekiranya terdapat perubahan data, maklumkan dengan
segera kepada PKP.
13
5.10.1 Sekiranya diminta untuk menyemak dan mengemaskini data, guru-guru
perlulah menyemak kesemua maklumat dengan teliti sebelum menekan
butang kemaskini dan membuat pengesahan.
5.10.2 Keberadaan guru perlu dimasukkan setiap hari dalam group official
(ke mana, anjuran siapa, di mana, bila) sebelum jam 7.10 pagi untuk dibuat
laporan keberadaan dalam e-operasi.
5.10.3 GB juga meminta guru-guru untuk mengisikan subjek mengajar sesi
2022/2023 dalam borang yang diberikan dan dikembalikan selewat-
lewatnya hari Rabu 16 Mac 2022.
Tindakan : Semua guru
6. TAKLIMAT PENOLONG KANAN PENTADBIRAN (PKP)
6.1 Matlamat dan Azam Baharu
6.1.1 PKP menyatakan secara ringkas matlamat dan azam baharu guru-guru
untuk sesi persekolahan 2022/2023. Antaranya melaksanakan Pdpc
berkesan, kemahiran komunikasi guru-guru, mempunyai misi dan visi,
menguasai ict, budaya tahan dan lain-lain.
Tindakan : Makluman
6.2 Pemantapan Ketua Panitia
6.2.1 PKP menerangkan tugas-tugas ketua panitia seperti, menyimpan fail
panitia di dalam bilik mesyuarat (bermula tahun lepas tidak menggunakan
fail secara fizikal tapi dengan memuat naik ke dalam folder e-kurikulum).
Semua ketua panitia telah menghantar fail, minit curai mesti dimasukkan ke
dalam fail minit mesyuarat dan satu salinan kepada penolong kanan yang
terlibat.
6.2.2 Selain itu, ketua panitia wajib mengisi rekod subsidiari (maklumat
perbelanjaan dan baki wang PCG). Rekod subsidiari perlu dimasukkan
dalam fail kewangan. Semua pembelian aset jika ada perlu direkodkan.
14
6.2.3 Ketua Panitia perlu merancang program intervensi panitia dengan
memberikan fokus kepada headcount, membuat perancangan strategik
panitia, menentukan sasaran dan kpi panitia masing-masing.
Tindakan : Semua Ketua Panitia
6.3 Pengurusan Minit Mesyuarat
6.3.1 PKP menyatakan bahawa mesyuarat panitia hendaklah diadakan 4 kali
setahun. Surat panggilan mesyuarat dan minit mesyuarat perlu dimasukkan
dalam fail minit mesyuarat termasuk minit mesyuarat kewangan dan
kurikulum.
Tindakan : Semua Ketua Panitia
6.4 Pengurusan Kewangan
6.4.1 PKP meminta ketua panitia mengkaji keperluan dan menyediakan anggaran
perbelanjaan tahunan. Ketua panitia perlu menguruskan perbelanjaan dan
mengisi maklumat perbelanjaan dalam rekod subsidiari. Selain itu
merekodkan nombor resit pembelian untuk disimpan di dalam fail.
Tindakan : Semua Ketua Panitia
6.5 Guru yang Menghadiri Kursus
6.5.1 PKP mengingatkan guru yang telah menghadiri kursus iaitu, guru yang
menghadiri sebarang kursus luar mesti menyediakan minit curai dan
memasukkan ke dalam fail minit mesyuarat. bekerjasama dengan
jawatankuasa CPD dalam menganjurkan pelbagai kursus atau latihan
dalaman untuk guru-guru bagi meningkatkan kompetensi, mata kredit
adalah 42.
Tindakan : Semua guru
15
6.6 Biodata Guru Setiap Panitia
6.6.1 PKP meminta ketua panitia mendapatkan biodata guru baharu dan
mengemas kini biodata guru lama, menyediakan carta organisasi,
mendapatkan jadual waktu guru dan mengemaskini maklumat sekiranya
ada perubahan.
Tindakan : Semua Ketua Panitia
6.7 Ujian dan Peperiksaan
6.7.1 Ketua panitia perlu memastikan guru mata pelajaran menyediakan soalan
ujian atau peperiksaan selewat-lewatnya 3 minggu sebelum
ujian/peperiksaan. Kertas ujian atau peperiksaan perlu dihantar untuk
dicetak 2 minggu sebelum tarikh peperiksaan manakala markah pula perlu
direkodkan selewat-lewatnya 2 minggu selepas tarikh ujian atau
peperiksaaan.
Tindakan : Semua Ketua Panitia
6.8 Headcount
6.8.1 Semua panitia dan guru mata pelajaran Tahun 4 hingga 6 untuk subjek teras
perlu melengkapkan tapak headcount dan KPI. Ketua panitia hendaklah
mendapatkan headcount tersebut. Ketua panitia juga perlu menyediakan
headcount untuk Tahun 4 hingga 6.
Tindakan : Semua guru
1.9 Pelaksanaan PBD
1.9.1 Pelaksanaan PBD Tahun 1 hingga Tahun 6 dijalankan secara berterusan
dalam pdpc dan perlu direkod. Guru penyelaras PBD sekolah ialah En.
Deventheran dan Cik Ng Pei Ling.
16
Tindakan : Makluman
1.10 Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB) 2022/2023
1.10.1 PKB melibatkan semua guru mata pelajaran. Ia melibatkan pemantauan
pengajaran dan pembelajaran, semakan rekod pengajaran (e-RPH),
semakan buku latihan pelajar, pengurusan kelas dan pemantauan prestasi
murid. Laporan akan disediakan oleh pihak pengurusan dan ketua panitia.
Tindakan : Makluman
1.11 Latihan untuk Murid Sesi 2022/2023
1.11.1 PKP memaklumkan bahawa semua guru dikehendaki merancang latihan
kepada murid-murid. Latihan yang disediakan bagi tahun semasa hendaklah
mencukupi dan pastikan latihan yang akan diberikan kepada murid sama
seperti yang telah ditetapkan dalam mesyuarat panitia yang pertama.
1.11.2 Semua guru mestilah memberikan latihan kepada murid dan menyemaknya
dan menghantar buku latihan kepada guru besar, penolong kanan dan ketua
panitia dua kali setahun. Sebelum menghantar pastikan semua latihan telah
disemak oleh guru.
1.11.3 Guru juga hendaklah memastikan murid sentiasa membuat pembetulam
latihan yang salah. Terapkan juga KBAT, amalan pembelajaran abad ke 21,
i-Think dan PLC dalam pengajaran dan pembelajaran.
Tindakan : Semua guru
1.12 Profesional Learning Comunity (PLC)
1.12.1 PKP memaklumkan semua panitia harus melaksanakan PLC mengikut
waktu yang telah ditetapkan, laporan harus disediakan dan dihantar kepada
PKP untuk disimpan.
17
1.12.2 Setiusaha CPD perlu memasukkannya dalam SPLG PLC yang telah
dilaksanakan. Guru penyelaras PLC sekolah ialah Puan Ismawiza Binti
Abang Abdullah.
Tindakan : Semua Ketua Panitia
1.13 Pembudayaan Kajian Tindakan
1.13.1 PKP menyatakan bahawa Ustaz Wan Iqbal telah mewakili SKBL untuk
menajalankan kajian tindakan tentang satu tajuk dalam Pendidikan Islam.
1.13.2 Setiap panitia teras perlu menyadiakan sekurang-kurangnya satu kajian
tindakan dan perlu di hantar pada atau sebelum 11 Ogos 2022. Taklimat
tentang kajian tindakan akan diberikan. Pertandingan akan diadakan di
antara setiap panitia. Panitia akan membentang kajian tindakan masing.
PKP akan membantu dalam kajian tindakan kerana beliau mempunyai
pengalaman dan kepakaran.
Tindakan : Semua guru
1.14 Fiesta Pembelajaran 2022/2023
1.14.1 Penolong Kanan Pentadbiran menyatakan bahawa Fiesta Pembelajaran
2022/2023 yang melibatkan subjek teras (BM, BI, Matematik, Sains,
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral) bakal dilaksanakan selama
seminggu. Subjek elektif digalakkan untuk melaksanakan fiesta
pembelajaran semasa pdpc masing-masing atau semasa sembutan bulan
kemerdekaan.
1.14.2 Setiap panitia akan merancang aktiviti yang berkaitan untuk dijalankan
semasa fiesta pembelajaran tersebut. Satu hari satu panitia.
Tindakan : Semua guru
18
1.15 Kelas Pemulihan
1.15.1 PKP memaklumkan saringan pemulihan akan dijalankan sebanyak 3 kali
setahun. Maklumat terperinci berkaitan kelas pemulihan akan disampaikan
oleh Puan Nur Saiyidah dalam agenda hal-hal lain.
Tindakan : Makluman
1.16 NILAM
1.16.1 PKP mengucapkan tahniah di atas kejayaan wakil sekolah dalam anugerah
NILAM peringkat negeri di mana murid wakil BM telah mendapat tempat
ke-2 manakala wakil dalam BI telah mendapat tempat ke-8.
1.16.2 Program NILAM yang akan berjalan seperti biasa sama seperti tahun-tahun
yang terdahulu. Beliau berharap program yang akan dirancang pada tahun
2022/2023 akan lebih melonjakkan nama SKBL di peringkat negeri dan
kebangsaan.
1.16.2 Antara program yang telah dirancang adalah Blog PSS, Portal PSS, Bicara
Buku, TV PSS, Galakan Membaca, Watikah Pelantikan dan Anugerah PSS.
Tindakan : Makluman
1.17 Hal-hal Lain
1.17.1 Hal-hal lain lebih berkaitan dengan panitia setiap mata pelajaran. Semua
ketua panitia(KP) hendaklah memastikan semua fail panitia telah lengkap
dikemaskini.
1.17.2 PKP meminta semua KP memastikan perkara-perkara berikut sentiasa
dikemaskini;
1.17.2.1 Maklumat guru
1.17.2.2 Surat-menyurat
19
1.17.2.3 Surat panggilan dan Minit Mesyuarat Mesyuarat
1.17.2.4 Koleksi soalan sekolah / awam
1.17.2.5 PBD
1.17.2.6 Headcount
Tindakan : Semua Ketua Panitia
1.17.3 Agenda Mesyuarat Panitia yang Pertama
1.17.3.1 Agenda mesyuarat adalah ucapan pengerusi, pengesahan
minit mesyuarat yang lepas, perkara-perkara berbangkit,
biodata guru, jadual waktu guru, sukatan pelajaran,
rancangan tahunan, anggaran perbelanjaan PCG,
perancangan pembelian bahan, menentukan jenis latihan dan
bilangan latihan murid, penggubal soalan peperiksaan
dan skema pemarkahan, post mortem peperiksaan PAT
2021/2022, PBD, perancangan program aktiviti panitia,
agihan tugas, perancangan strategik, headcount, KPI, dan
Program Intervensi.
Tindakan : Semua Ketua Panitia
1.17.4 Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dan Pendidikan Sivik
1.17.4.1 PKP menyatakan tentang Pendidikan Keselamatan Jalan
Raya khas untuk guru BM akan dilaksanakan menggunakan
buku aktiviti yang telah dibekalkan kepada sekolah dan akan
dilaksanakan selama 1jam dalam tempoh sebulan.
1.17.4.2 Pendidkan Sivik juga akan berjalan seperti biasa dan
penerapan nilai-nilai murni dalam pdp sepanjang minggu
Pendidikan Sivik.
Tindakan : Makluman
20
1.18 Jadual Waktu Guru dan Kelas
1.18.1 Jadual waktu akan diberikan selewat-lewatnya hari Khamis. Terdapat
perubahan masa untuk waktu rehat. Waktu rehat bagi sesi 2022/2033 ada
dua kali sahaja. Rehat Tahun 1 akan dijaga oleh 5 orang guru. Manakala
rehat bagi Tahun 2 hingga Tahun 6 akan dijaga oleh 3 orang guru. Guru-
guru tersebut akan memantau keadaan masa rehat. Masa rehat adalah 20
minit sahaja.
Tindakan : Makluman
7.0 TAKLIMAT PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (PK HEM)
7.1 Ucapan Terima Kasih
7.1.1 PKHEM mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama
dalam melaksanakan tugas-tugas berkaitan dengan HEM. Beliau berasa
banggga dengan komitmen guru-guru.
Tindakan : Makluman
7.2 Jawatankuasa Unit HEM
7.2.1 PKHEM memberitahu bahawa beberapa jawatankuasa HEM akan
dirombak. Jawatan setiausaha bagi sesi persekolahan 2022/2023 akan
dipegang oleh Cik Faridah binti Zainun menggantikan setiausaha yang lama
Cik Fatin Hanani binti Mohamad Akhir. Cik Fatin Hanani akan menjadi
ketua di dalam Ahli Jawatankuasa (AJK) Tugas-tuga Khas. Manakala
penolong setiausaha HEM ialah Ustazah Fatin binti Hanapi. Bagi AJK yang
lain akan beliau kongsikan di dalam group whatsapp sekolah.
Tindakan : Makluman
21
7.3 Program HEM
7.3.1 Semua program HEM boleh dirujuk di dalam jadual atau takwim yang telah
disediakan . Perjalanan semua aktiviti/program setiap AJK HEM akan
dipantau dari semasa ke semasa.
Tindakan : Makluman
7.4 Hari Pertama Persekolahan
7.4.1 PK HEM memaklumkan bahawa bagi hari pertama persekolan semua guru
kelas dan guru pembantu telah bersedia untuk menerima kedatangan murid
terutamanya kelas-kelas berada dalam keadaan yang bersih dan tersusun.
7.4.2 Guru Kelas Tahun 1 hendaklah berada awal di dewan. Murid akan
berkumpul di dewan dan akan dibawa ke kelas oleh guru kelas dan guru
pembantu. Murid tahun 1 akan ditempatkan di kelas sementara mengikut
senarai nama yang telah ditetapkan. PK HEM meminta guru-guru
menunjukkan sifat keprihatinan terhadap murid-murid supaya ibu bapa
tidak berasa bimbang.
Tindakan : Semua Guru
7.5 Kedudukan Kelas
7.5.1 PKHEM memaklumkan kedudukan kelas ada sedikit perubahan. Secara
keseluruhan terdapat 32 buah kelas semuanya berbanding 33 buah kelas
pada tahun lepas. Kelas Tahun 1 dan Tahun 2 kekal di blok dan aras yang
sama. Manakala bagi kelas tahun 3 semua berada di blok B di aras 2. Tahun
4 juga masih di blok dan tingkat yang sama seperti sebelum ini. Bagi kelas
tahun 5, semua berada di aras yang sama kecuali kelas 5 Permai belum
ditentukan sama ada di aras bawah atau aras atas. Ia akan dimaklumkan
kemudian. Kelas tahun 6 masih kekal.
Tindakan : Makluman
22
7.6 Kes Covid-19
7.6.1 Negara akan beralih ke fasa endamik bermula 1 April 2022. PK HEM
memaklumkan bahawa kes guru dan murid yang positif covid akan sentiasa
ada. Oleh itu, guru kelas diminta memaklumkan kepada waris untuk
memberitahu guru kelas sekiranya anak-anak positif covid. Guru-guru juga
diminta untuk memaklumkan kepada PK HEM sekiranya positif Covid-19.
Data akan dimasukkan ke dalam APDM oleh PK HEM.
Tindakan : Semua guru
7.7 Masa Rehat & Tag Nama Murid
7.7.1 Guru yang bertugas hendaklah mengehadkan pergerakan keluar murid-
murid. Murid-murid digalakkan membawa tisu basah, sudu dan garpu
sendiri. Ia diharap dapat mengurangkan pergerakan keluar murid.
7.7.2 Tempahan tag nama akan dibuka pada minggu kedua persekolan bagi murid
Tahun 2 hingga Tahun 6. Harga bagi 4 keping adalah RM 3 manakala bagi
8 keping adalah RM6. Tempahan akan menggunakan Google Form yang
akan dikongsikan oleh guru kelas di dalam group kelas masing-masing.
Guru kelas akan kutid duit dari murid-murid. Tempahan akan diuruskan
oleh PKHEM sendiri.
Tindakan : Semua guru
7.8 Group Whatsapp Kelas
7.8.1 Guru kelas yang baharu diminta untuk mewujudkan group whatsapp kelas
masing-masing ataupun guru kelas lama memasukkan guru kelas baharu ke
dalam group sedia ada.
23
7.8.2 Pada hari Rabu akan dikongsikan tempahan makanan bagi minggu pertama
dan minggu kedua. Jadi semua group kelas perlu dibuat dengan segera
untuk memastikan tiada murid yang keciciran maklumat.
7.8.2 Guru kelas Tahun 3 perlu menyediakan kumpulan penggiliran kerana
semasa di Tahun 2 murid-murid tersebut hadir bukan secara penggiliran.
Makluman awal perlu supaya tiada masalah akan berlaku untuk tempahan
makanan dan ibu bapa jelas kumpulan anak masing-masing.
Tindakan : Semua Guru
7.9 Keputusan Feeder School, KMD, KAA dan PKSK
7.9.1 Untuk makluman keputusan penempatan murid tahun 6 ke tingkatan 1
akan diumum pada hari ini pada pukul 12 tengahari. Guru-guru boleh
maklumkan kepada murid-murid tahun 6.
7.9.2 Sekiranya murid ada memohon ke sekolah lain dan belum mendapat
keputusan atau permohonan tidak berjaya, murid tahun 6 dikehendaki
mendaftar di feeder school terlebih dahulu dan membuat rayuan.
Tindakan : Makluman
7.10 Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
7.10.1 Guru kelas diminta untuk mengemaskini kehadiran di dalam APDM
sebelum pukul 10.00 pagi setiap hari waktu persekolahan. Selain itu guru
kelas juga diminta untuk menyemak maklumat murid di dalam APDM
terutamanya maklumat yang tidak logik seperti pendapatan dan alamat
terkini.
Tindakan : Semua Guru Kelas
24
7.11 Program Utama HEM
7.11.1 Pada tahun 2022/2023 unit HEM akan menjalankan dua program utama
iaitu Personaliti SKBL dan Hadir & Menang.
7.11.2 Program Personaliti SKBL merupakan program yang akan menggalakkan
amalan baik di kalangan murid-murid. Guru-guru akan mencalonkan murid
melalui Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).
7.11.2.1 Murid-murid yang mempunyai amalan baik paling banyak akan
dicalonkan untuk menerima anugerah tersebut. Setiap bulan
seorang murid akan dipilih berdasarkan pencalonan. Pemenang
akan dinilai melalui mesyuarat jawatankuasa SSDM.
7.11.2.2 Majlis anugerah akan diadakan sebelum cuti sekolah akhir sesi
persekolahan tahun 2022/2023 atau pada Hari Kanak-kanak.
Murid-murid yang berjaya akan mendapat hadiah dan sijil.
7.11.3 Program Hadir & Menang pula adalah program yang akan mengiktiraf
kehadiran 100% murid ke sekolah. Kategori hadiah adalah pemenang
pertama, kedua dan ketiga serta 100 hadiah saguhati. Hadiah utama bernilai
RM400 Peruntukan adalah melalui sumbangan PIBG sekolah dan masih
menunggu kelulusan.
Tindakan : Makluman
7.12 Jawatankuasa (JK) HEM
7.12.1 PKHEM meminta guru-guru merujuk slaid yang dipaparkan. Beliau akan
menerang secara terperinci jawatankuasa yang perlu sahaja.
7.12.2 Laporan kumpulan bertugas, Ustazah Fatin selaku penolong setiausaha
akan memantau dan menyemak laporan.
25
7.12.3 JK Guru Disiplin masih mengekalkan Ustaz Tarmizi sebagai ketua.
Setiausaha yang baharu adalah Cik Ng Shi Hui. Bagi JK Warden Rehat
masih belum ada keperluan jika mengikut keadaan semasa.
7.12.3 JK Bantuan Murid pula akan diketuai oleh Puan Nursaiyidah dan dibantu
oleh penolong setiausaha Encik Muhammad Sholhi bin Azmi.
7.12.4 JK Kantin masih di bawah Ustazah Aida Fariza. PKHEM meminta JK
kantin untuk bersedia dengan tempahan minggu hadapan.
7.12.5 JK Kebajikan. Pengerusi adalah Puan Nursaiyidah. AJK juga dibahagikan
mengikut tugas masing-masing iaitu BAP, Zakat, Murid Yatim, KWAMP
dan derma NGO.
7.12.6 JK RMT / Susu Sekolah. Pengerusi yang baharu iaitu Cik Nurul Akasyah
dan dibantu oleh setiausaha Puan Satwant Sidhu dan AJK yang lain iaitu
Puan Nabila Saada dan Puan Farhana.
7.12.7 JK Kesihatan masih diterajui oleh cikgu Allagaswari. Bilik kesihatan akan
dipindahkan di aras bawah. PKHEM meminta AJK bilik kesihatan
menyediakan bilik di bawah dengan kelengkapan yang cukup untuk
menerima kunjungan jururawat yang dijangka akan datang pada bulan April
atau Mei.
7.12.9 JK Cerdik KPM adalah berkaitan dengan tab untuk murid tahun 4. Tab ini
akan diteruskan sehingga murid tersebut tamat tahun 6.
7.12.10 JK Tugas Khas yang akan bertanggungjawab terhadap program utama
HEM dan program lain yang berkaitan.
Tindakan : Makluman
26
8.0 TAKLIMAT PENOLONG KANAN KOKURIKULUM (PKKO)
8.1 Ketepatan Masa
8.1.1 PKKO menyatakan tentang ketepatan masa setiap kali melaksanakan
perjumpaan kokurikulum iaitu pada setiap hari Rabu, bermula pukul 1.10
petang hingga 3.10 petang.
8.1.2 Pasukan Unit Beruniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan
dijalankan secara bergilir-gilir mengikut takwim kokurikulum sekolah pada
hari Rabu.
8.1.3 PKKO menyatakan tentang kehadiran guru penasihat semasa aktiviti
kokurikulum dijalankan hendaklah tepat pada masanya untuk mengawal
keselamatan murid yang telah sedia ada di dalam kelas.
Tindakan : Semua guru
8.2 Pakaian
8.2.1 Penolong Kanan Kokurikulum menyatakan tentang pemakaian pakaian
seragam unit beruniform yang akan dipakai oleh pelajar dan guru pada
setiap hari Rabu minggu pertama.
8.2.2 Pakaian untuk aktiviti sukan dan permainan pula adalah baju T dan seluar
trek berwarna biru tua atau hitam.
8.2.3 Guru penasihat juga disarankan memakai pakaian yang sesuai dengan
kegiatan yang hendak dilakukan.
Tindakan : Makluman
8.3 Keselamatan Murid Semasa Melakukan Aktiviti Kokurikulum
8.3.1 Penolong Kanan Kokurikulum menyatakan secara ringkas tentang
keselamatan murid semasa melakukan aktiviti kokurikulum yang
melibatkan beberapa faktor seperti penyelenggaraan peralatan sukan,
penyelenggaraan kawasan sukan dan permainan tersebut, kawasan
larangan, cuaca, musim, laporan kemalangan dan kecederaan.
8.3.2 Guru pengiring dikehendaki membuat laporan bertulis kepada pihak
sekolah mengenai sebarang aktiviti yang dijalankan atau disertai.
27
8.3.3 Keselamatan murid dalam dan luar kawasan sekolah semasa kegiatan
kokurikulum dilaksanakan adalah tanggungjawab guru penasihat. Guru
penasihat hendaklah sentiasa mengawasi murid. Murid tidak dibenarkan
melakukan sebarang aktiviti tanpa pengawasan guru penasihat.
Tindakan : Semua guru
8.4 Perancangan Tahunan dan Mingguan
8.4.1 Guru penasihat dikehendaki merancang dan menyediakan kegiatan yang
sesuai dengan kehendak kementerian, jabatan, PPD masing-masing
dengan teratur dan terperinci. Perancangan tersebut hendaklah diserahkan
kepada penyelaras untuk dimasukkan ke dalam ekokurikulum.
8.4.2 Semua aktiviti dan kegiatan mingguan yang dijalankan hendaklah dicatat
di dalam e-laporan. Catatan dibuat oleh guru penasihat. 4 keping gambar
aktiviti perlu dikepilkan sekali sebagai bukti.
Tindakan : Makluman
8.5 Kehadiran Ahli
8.5.1 Kehadiran murid hendaklah dicatat di dalam e-laporan. Guru penasihat
perlu mengambil tindakan terhadap ahli yang tidak hadir.
8.5.2 Guru penasihat yang tidak hadir perlu mendapat kebenaran Guru Besar
atau GPK Kokurikulum.
Tindakan : Makluman
8.6 Peralatan
8.6.1 Peralatan yang digunakan untuk aktiviti kokurikulum hendaklah
direkodkan di dalam buku log penggunaan peralatan dan dimaklumkan
kepada penyelaras.
8.6.2 Peralatan yang telah diguna pakai hendaklah dipulangkan kepada
penyelaras untuk disimpan semula di bilik pengurusan sukan atau
kokurikulum.
Tindakan : Makluman
28
8.7 Surat Kebenaran Penjaga
8.7.1 Kebenaran penjaga wajib diperolehi sebelum murid-murid dibawa keluar
untuk sebarang pertandingan/lawatan/ perkhemahan.
8.7.2 Jika tidak mendapat kebenaran ibu bapa, murid tidak dibenarkan mewakili
sekolah walaupun murid tersebut berpotensi untuk berjaya.
8.7.3 Borang kebenaran ibu bapa/penjaga perlu diisi dan ditandatangani oleh ibu
bapa atau penjaga sebelum murid dibawa keluar sekolah untuk sebarang
aktiviti.(Arahan JPNS:Bil(4)JPNS SK2/Jld ix: Bertarikh 24 Nov 1991)
Tindakan : Makluman
8.8 Laporan Pertandingan atau Program
8.8.1 Pengurus pasukan atau guru pengiring hendaklah menghantar laporan
selewat-lewatnya satu minggu selepas pertandingan.
8.8.2 Laporan tersebut perlu lengkap dengan nama murid yang mengambil
bahagian dan nama kelas.
8.8.3 Guru juga perlu merekodkan pencapaian dan penyertaan murid dalam e-
kokurikulum
Tindakan : Makluman
9.0 Hal-hal Lain
9.1 Bilik-bilik Khas
9.1.1 Bilik-bilik khas hendaklah dikemas dan diceriakan. Pastikan bilik-bilik
khas disediakan rekod penggunaan bilik, jadual penggunaan dan poster SOP
yang sesuai.
29
9.1.2 Penggunaan kunci bilik khas oleh guru hendaklah dicatat dalam buku
pinjaman di pejabat. Murid tidak dibenarkan untuk mengambil kunci bilik
khas. Setelah digunakan kunci hendaklah dipulangkan semula ke pejabat.
Tindakan : Makluman
9.2 Highly Immersive Programme (HIP)
9.2.1 HIP melibatkan semua guru dan murid. Pelancaran HIP telah dimasukkan
di dalam takwim sekolah. Ia akan diadakan setiap minggu iaitu pada hari
Selasa. Penyelaras HIP sekolah adalah Puan Allagaswari a/p Muniandy.
Laporan program hendaklah dibuat dan diserahkan kepad PKP.
Tindakan : Semua guru
9.3 Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia
(SEGAK)
9.3.1 Murid yang terlibat adalah muris Tahap 2. Perlaksanaannya akan mengikut
surat siaran dari KPM. Setakat hari ini sekolah belum menerima surat
pemakluman perlaksanaan SEGAK bagi sesi akademik tahun 2022/2023.
Tindakan : Makluman
9.4 Kelas Pemulihan Sesi Akademik Tahun 2022/2023
9.4.1 Saringan Penguasaan Kemahiran Pemulihan ( akan diadakan 3 kali setahun.
Bermula minggu kedua dan ketiga persekolah iaitu minggu terakhir bulan
Mac akan dimulakan dengan Saringan Penguasaan Kemahiran Pemulihan
30
1. Ia akan melibatkan murid Tahun 2,3,4 dan 5 bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Matematik. Saringan akan dijalankan semasa kelas pemulihan.
Jadual akan dimaklumkan kepada guru-guru yang libat.
9.4.2 Untuk makluman semua guru, jumlah murid Tahun 2 yang akan mengikuti
kelas pemulihan ialah seramai 45 orang iaitu 26 orang (BM) dan 19 orang
(MT). Manakala bagi murid Tahun 3 pula ialah 14 orang iaitu 9 orang (BM)
dan 5 orang (MT). Tahun 4, 6 orang (BM) dan Tahun 5 seorang (BM). Bagi
murid tahun 5 tersebut tidak pernah hadir ke sekolah.
9.4.3 Murid-murid pemulihan akan hadir ke kelas pemulihan pada waktu Bahasa
Melayu dan Matematik kelas perdana. Bagi murid tahun 2, guru pemulihan
akan mengambil murid di kelas masing-masing.
Tindakan : Makluman
9.5 Mesyuarat Agung Kelab Guru dan Staf (KGS) SKBL
9.5.1 Penyata KGS 2021-2022 dibentang oleh Bendahari Kelab iaitu Ustaz
Imran.
9.5.2 Presiden KGS membubarkan AJK KGS sesi 2021-2022
9.5.3 Encik Sangara Nanda menerangkan tentang undian menggunakan POLL.
9.5.4 Pemilihan presiden, penolong presiden, Setiausaha dan Bendahari KGS
2022/2023. Encik Mohammad Firdaus telah dipilih sebagai presiden
manakala Encik Muhammad Nazmi Izzuddin sebagai penolong presiden.
Setiausaha adalah Puan Sakinah dan Bendahari pula ialah Encik
Muhammad Sholhi.
9.5.6 Bagi pemilihan AJK, sebulat suara memberi mandat kepada pengerusi
untuk memilih sendiri AJK KGS 2022/2023.
9.5.7 Ucapan presiden KGS yang baharu. Beliau mengucapkan terima kasih atas
lantikan dan mohon tunjuka ajar dalam meneraju KGS pada masa akan
datang.
Tindakan : Makluman
31
10.0 UCAPAN PENANGGUHAN
10.1 GB mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang
meluangkan masa mengikuti mesyuarat sehingga akhir.
10.2 Beliau berharap semua guru dapat berganding bahu untuk memajukan
sekolah. Beliau memohon maaf jika ada sebarang kesilapan tutur kata serta
perbuatan sepanjang mesyuarat berlangsung. Mesyuarat ditangguhkan pada
pukul 12.00 tengahari.
Tindakan : Makluman
Disediakan oleh,
..........................................................
(MARAYU BINTI AYOP)
Setiausaha,
Pengurusan Minit Mesyuarat Guru Kali Pertama,
SK Batu Lanchang.
15 Mac 2022
Disediakan oleh,
..........................................................
(ISMAWIZA BINTI ABANG ABDULLAH)
Setiausaha,
Pengurusan Minit Mesyuarat Guru Kali Pertama,
SK Batu Lanchang.
15 Mac 2022
32
LAMPIRAN
KEHADIRAN GURU
BIL NAMA GURU JAWATAN
GURU BESAR
1 FAZLEE BIN YAHYA PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
2 MOHAMED SALIM BIN SULAIMAN PENOLONG KANAN HEM
3 ARIFF MAZDI BIN MAT PENOLONG KO-KURIKULUM
4 AZIZAH BINTI MAINDAD KP BAHASA MELAYU
5 NORHAZANA BINTI YUSOFF KP BAHASA INGGERIS
6 SHAZANA BINTI MAIDIN KP MATEMATIK
7 SANGARA NANDA A/L KARRUPIAH KP SAINS
8 RAIS BIN ABDUL AZIZ KP PENDIDIKAN ISLAM
9 WAN MOHD IQBAL BIN WAN MUSTAFA KP PENDIDIKAN MORAL
10 KALIDASS A/L PRAMKUMAR KP PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN
11 AHMAD SUFI BIN AHMAD SOED KP BAHASA TAMIL
12 UMADEVI A/P PARAMASIVAN KP BAHASA CINA
13 MUHAMMAD NAZMI IZZUDDIN BIN MUHAMAD ZUBAIRI KP PENDIDIKAN SENI
14 CHOO LEE YEN KP RBT
15 JAMILAH BINTI BASRI KP BAHASA ARAB
16 NOOR SYUHADA BT JUMALE KP SEJARAH
17 SHANTHINI THEVISRI DHANABALAN KP MUZIK
18 NORDIANA BINTI HARON
19 AIDA FARIZA BT ABDUL RAHMAN
20 NABILA SAADA BINTI ABDUL AZIZ
21 AZMAZURA BINTI ABDUL RAHMAN
22 NORSAKINAH BINTI ABDULLAH
23 ALLAGASWARI A/P MUNIANDY
24 CHUAH TZE HUEY
25 FARHANA BINTI MOHD SHUKRI
26 FARIDAH BINTI ZAINUN
27 FATIN BINTI HANAPI
28 FATIN HANANI BT MOHAMAD AKHIR
29 GENGESVARY A/P SUBRAMANIAM
33
30 ZITTO ZULKARNAEN BIN ABDULLAH
31 HAFIZAH BINTI MOHAMAD SOFIAN
32 ISMAWIZA BINTI ABANG ABDULLAH
33 IMRAN BIN AHMAD MARZUKI
34 LINDA YEAP
35 MAIZATUL ASFARINI BINTI KASRI
37 MOHAMAD FIRDAUS BIN AB RAHMAN
38 MARAYU BINTI AYOP
39 MOHD FERDAUS BIN AHMAD
40 MOHD IZMI BIN MOHAMED IZOHAN
41 MOHD TARMIZY B.NOORDIN
42 MUHAMMAD SHOLHI BIN AZMI
43 NG PEI LIN
44 SYAKIROH RAMLI
45 NOORAZUWA BINTI MD.YASIN
46 SUTHA A/P MOORTHY
47 NUR ZAIDATUL AKMAM BT MOHD ROZI
48 SITI NOOR BT IBRAHIM
49 NURSAIYIDAH BINTI ABDUL RASID
50 ROHAZILA BINTI ABDUL RAHMAN
51 ROZITA BINTI RAMLI
52 SITI KHATIJAH BT ABDUL KADIR
53 SATWANT KOUR A/P BADAN SINGH
54 SHALINI BT MOHD HASHIM
55 SITI NAZARIAH BT SAMSUDIN
56 SITI HAJAR BINTI AHMAD
57 SIVAPRAKASH A/L PATHMANATHAN
58 NAVIN A/L BASKARAN
59 NURUL AKASYAH BINTI KAMARUDIN
60 SYARIFAH NADIA BINTI SYED MANSHOR
61 NG SHI HUI
62 MOHAMAD ABU BAKAR BIN ABU SEMAN
63 NABILAH BINTI ABDULLAH
34
64 HALIS BIN MOHD ISA
65 UMAVATHY A/P SUBRAMANIAM
66 DHEVENTHIRAN DASS RAMADASS
67 MOHAMMAD MUSTHAQIN BIN ABDUL AZIZ
68 MAZLI BINTI MOHD. YUSOF
35