SK TAMAN ANGGERIK, JOHOR BAHRU
PENGENALAN
PERGERAKAN
PUTERI ISLAM
MALAYSIA
(PPIM)
LATAR BELAKANG PPIM
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan
berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah
rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi
Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan
untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan
pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Allah S.W.T.
SEJARAH PPIM
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan
Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong
yang pertama. Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya
berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada
golongan miskin.
Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6
Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti
Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul
Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh
DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan
Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah,
di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti kebangsaan Malaysia.
SEJARAH PPIM
Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama.Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap
tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987. Pada
Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi
Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun. Pada 11 September 1993,
PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan
di seluruh Malaysia. Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November
1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti
bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital.
PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin
Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa. Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan
Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian
Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum
Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg.
Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011.
PENGERTIAN LOGO PPIM
•Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di
dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
•Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi Permulaan
daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)
•Di bawah logo ini tertulis perkataan :
•“PUTERI“ - Bagi Ahli-Ahli Puteri
•“PEMIMPIN PUTERI" - Bagi Pemimpin-Pemimpin
PENGERTIAN WARNA
•Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan
•Hijau : Agama (Taqwa sebagai TERAS)
•Putih : Kesucian
•Kuning : Kesetiaan dan ketaatan
BENDERA PPIM
Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah
terdapat lencana pergerakan.
Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera.
Penggunaan :
1) Setiap upacara rasmi
2) Tatacara Perjumpaan
VISI PPIM
Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri
berikut :
•Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip
Islam.
•Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri
secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi,
sosial dan fizikal.
•Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama
puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
MISI PPIM
• Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith
di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui
program- program yang dijalankan.
• Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada
masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang
mencabar dan menarik.
•Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan
kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri,
keluarga dan masyarakat.
LAGU PPIM
LIRIK LAGU PUTERI ISLAM MALAYSIA
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
Berusaha Mencari Pengetahuan
Berbakti Membuat Kebajikan
Belajar Mencapai Kemajuan
Bersemangat Penuh Keimanan
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
SULUH KATA PPIM
P- Patuh kepada ibubapa
U- ugama/ agama berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith
T- Taat kepada Allah dan Rasul
E- Erat Ukhuwah Islamiyah
R- Rela berbakti kerana Allah
I-Iman dipupuk ilmu dituntut
I-Insaf diri- Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali
S-Solat ditunai setiap waktu
L-Larangan Allah dijauhi
A-Akhlak mulia pengukuh keimanan
M-Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan