The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rayfiza12, 2023-04-16 02:28:22

PROGRAM PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS 2023/2024

PROGRAM KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS

ANJURAN: UNIT KEBERSIHAN DAN KECERIAAN ( 3K ) Unit Hal Ehwal Murid


Kelas merupakan tempat dan ‘rumah’ bagi murid sekolah. Kelas yang menarik dan kondusif akan menarik minat murid untuk belajar serta mahu ke kelas bagi menuntut ilmu. Suasana kelas yang kondusif akan memberikan murid keselesaan untuk belajar di samping merasa teruja untuk menerima ilmu yang baru. Keceriaan kelas adalah tanggungjawab bersama guru kelas dan murid-murid kelas tersebut. Pertandingan keceriaan kelas adalah salah satu medium untuk guru dan murid bersama-sama berganding bahu bagi mengolah dan menceriakan kelas mereka untuk kepuasan diri sendiri dan untuk keselesaan semasa belajar di dalam kelas. Semoga Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas ini akan dapat mencapai objektif untuk melihat kelas ceria dan memberi murid suasana pembelajaran yang baru dan lebih kondusif. PENGENALAN


❖ Mewujudkan iklim serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, dan ceria. ❖ Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan.. ❖ Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan seharian. ❖ Menyemai perasaan sayang kepada bilik darjah, dan menyumbangkan kepada Pengurusan dan kebersihan bilik tersebut. ❖ Membentuk perlakuan dan sentiasa mengutamakan kebersihan. OBJEKTIF PROGRAM


KUMPULAN SASAR Semua kelas dari tahun 1 hingga Tahun 6: ➢ Tahap 1 : Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 ➢ Tahap 2 : Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 ➢ April 2023 – Januari 2024 ➢ 17 April 2023 pengumuman rasmi pertandingan dan syarat - syarat pertandingan serta persiapan kelas. ➢ Penilaian akan dinilai oleh barisan pentadbir, guru inspirasi serta AJK 3K ➢ Penilaian akan dibuat dua kali sebulan PELAKSANAAN PROGRAM


KRITERIA PENILAIAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS BIL KRITERIA PERKARA 1. Keperibadian / Disiplin murid -Pakaian- -Budi Bahasa Tumpuan dalam pdpc Disiplin -Kerjasama 2. Lantai, tingkap, dinding dan koridor -Lantai bersih- -Tingkap bersih -Dinding bersih -Koridor bersih -Keseluruhan kelas bersih 3. Penyapu, penyodok dan bakul sampah -Kedudukan yang betulTersusun dan kemas -Kandungan sampah ( ada/ tiada) -Kreativiti 4. Susun kerusi dan meja Abad ke-21 -Kedudukan meja dan kerusi mengikut elemen 4K- (Komunikatif, Kolabratif,Kritis & Kreatif) -Meja dan kerusi tersusun -Meja dan kerusi bersih -Kreativiti5. Meja guru -Ditempat strategik -Bersih, kemas dan tersusun- -Kreativiti-


6. Papan kenyataan -Carta Organisasi -Jadual waktu kelas terkini -Senarai nama murid -Jadual bertugas -Visi dan Misi -Peraturan kelas- -Carta harijadi- -Pelan Kebakaran Lantai- -Surat siaran semasa -Label dan kreativiti 7. Info Abad ke-21 -Parking lot -Carta ganjaran -Info i-think- -Kreativiti 8. Hasil kerja murid mengikut subjek - meliputi semua subjek- -Berinformasi dan terkini- -Disemak oleh guru- -Kreativiti 9. Sudut bacaan -Mudah diakses dan selesa -Pelbagai jenis bahan bacaan mengikut aras- -Tersusun dan kemas - Kreatif dan ada daya tarikan10. Sudut kitar semula -kemas dan tersusun -Berinformasi dan memberi kesedaran 11. Keceriaan Suasana kelas -bersih dan kemas secara keseluruhan -Ceria dan mesra murid- -Kreatif


HADIAH PERTANDINGAN PIALA PUSINGAN WANG SAGUHATI SIJIL PENGHARGAAN Pemenang bulanan ( Johan tahap 1 dan Tahap 2) kebersihan dan keceriaan kelas akan menerima hadiah berupa Piala Pusingan, wang saguhati serta sijil penghargaan Kelas yang mengumpul markah tertinggi berturut-turut akan dikira sebagai Pemenang Kelas Terbersih Tahunan dan akan menerima piala dan wang


Click to View FlipBook Version