The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mikhaelavatar, 2022-05-09 02:47:49

PERLEMBAGAAN MALAYSIA KUMPULAN 6 (1)

PERLEMBAGAAN MALAYSIA KUMPULAN 6 (1)

JABATAN PERDAGANGAN
MPU21032-PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

KELAS: DSK1
NAMA PENSYARAH:
MOHD KHAIRUL NAIM BIN SAMERI

NAMA NO MATRIK

AHMAD NURADEEB BIN RAHIM 25DSK21F2005
25DSK21F2025
KHAIRUL MIKHAEL BIN KHAIRUL JEFFRY 25DSK21F2031
25DSK21F2026
MUTHUKUMAR 25DSK21F2034
MUGENESVARAN A/L VIJAYAN
25DSK21F2035
NUR SYAHIRA BINTI MUHAMMAD
SYARAGI

AININ NUR SOFIYA BINTI HISHAMUDIN

[1]

NO ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
1.0 PENGHARGAAN
2.0 PENGENALAN 3
3.0 KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN 4
4.0 KONSEP PERLEMBAGAAN 5-6
PINDA PERLEMBAGAAN 7-8
9-10
5.0 TUJUAN PERLEMBAGAAN
11-13
6.0 PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN 14-18
PERSEKUTUAN
19
7.0 KEHILANGAN TARAF KEWARGANEGARAAN
20-21
8.0 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
22
9.0 KESIMPULAN
RUJUKAN

[2]

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat
juga kami menyiapkan E-folio yang telah diusahakan selama ini yang
bertajuk ‘Konsep Perlembagaan’.
Selain itu, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada pensyarah kami Encik Mohd Khairul Naim
b. Sameri atas bimbingan, sokongan, nasihat dan tunjuk ajar yang amat
berguna dalam membantu kami sepanjang melakukan E-folio ini. Kami
juga turut menghargai kerana membantu kami ketika susah dan senang.
Jasa beliau yang akan kami kenang sehingga akhir hayat kami.
Seterusnya, tidak lupa kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu
kami menyiapkan dan menyempurnakan E-folio kami yang bertajuk
‘Konsep Perlembagaan’. Bantuan kalian dari segi informasi terkini yang
berkaitan dengan tajuk E-folio kami amat dihargai. Budi kalian yang
sanggup meluangkan masa untuk memberikan maklumat kepada kami
tidak akan dilupakan.
Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami
menyiapkan E-folio ini secara langsung atau tidak langsung semasa E-
folio kami dijalankan.

[3]

1.0)PENGENALAN

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia
merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk
berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Ia
merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca
kepada semua undang-undang.
Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan
kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini.
Selain itu ia menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan
bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

Perlembagaan ialah satu dokumen yang mengandungi semua susunan
peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi
pemerintahan dan pentadbiran sesebuah Negara. Kini, Perlembagaan
Malaysia mengandungi sebanyak 183 Perkara yang tergolong dalam 15
Bahagian. Antara kandungannya menyebut mengenai kuasa kerajaan
persekutuan dan kerajaan negeri, bentuk dan tugas Yang di-Pertuan
Agung, Parlimen, Kabinet.

[4]

2.1) KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Malaysia wujud pada tarikh yang sama dengan kelahiran
negara Malaysia iaitu pada tahun 1963. Perlembagaan Malaysia
mempunyai asas yang kukuh kerana ia dibina di atas Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu (PTM) yang telah digunakan sejak Malaya
mencapai kemerdekaan sehingga terbentuknya Malaysia pada 16
September 1963. Pembentukkan Malaysia pada 16 September 1963,
Tanah Melayu ditukarkan dengan nama Malaysia. Mengikut rentetan
sejarah, Malaysia telah dijajah sejak 20 Mac 1824 sehingga 31 Ogos 1957.
Tempoh 129 tahun telah banyak memberi impak kepada pembangunan
negara termasuklah perhubungan etnik di negara ini. Pada 31 Ogos 1957,
Malaysia telah mencapai kemerdekaan. Menjelang 31 Ogos 1957
sehingga 31 Ogos 2022, Malaysia telah mengecapi kemerdekaan selama
65 tahun. Suatu tempoh panjang yang membolehkan rakyat Malaysia
membentuk kerajaan mengikut acuan sendiri.

Pemahaman latar belakang perlembagaan Malaysia memerlukan kita
menyingkap dan memahami lebaran sejarah penghasilan perlembagaan
Tanah Melayu. Menjelang Kemerdekaan Tanah Melayu, setelah semua
pihak sebulat suara, Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan untuk menggubal
perlembagaan baru bagi menggantikan perlembagaan 1948 yang telah
diguna pakai semenjak Malayan Union dibubarkan. Langkah ini

[5]

menjadikannya sebuah perlembagaan yang kukuh dan mendapat
penerimaan semua pihak dan diisyitiharkan pada Hari Kemerdekaan
Tanah Melayu. Namun Perlembagaan Malaysia juga tetap sebuah
perlembagaan yang berfungsi sepanjang masa. Ini kerana Malaysia
mengamalkan sikap terbuka dan fleksibel. Selaras dengan prinsip-prinsip
demokradi yang diamalkan, pindaan yang sewajarnya dilakukan melalui
proses tertentu di parlimen apabila sesuatu perubahan diperlukan untuk
menyesuaikan dengan dengan keadaan dan masa.

[6]

3.0) KONSEP PERLEMBAGAAN

Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang
menetukan cara pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan.
Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai
anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan
perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang diperintah.

Professor Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997) berpendapat
bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja,
Iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip undang-undang utama di
sebuah negara, perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan, antara
lain Badan Perundangan iaitu Parlimen, Badan Pemerintahan seperti
Jemaah Menteri, makhamah dan lain-lain. Perlembagaan juga
mengandungi peruntukan-peruntukan lain seperti kenegaraan, kebebasan
asasi, agama, bahasa kebangsaan dan sebagainya.

Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), perlembagaan merupakan satu
dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara.
Perlembagaan wujud daripada kehendak keadaan semasa dan diasaskan
atas kebolehan kerajaan untuk menjamin semua yang terkandung di dalam
perlembagaan itu. Jika undang-undang yang dikanunkan berlandaskan
perlembagaan yang tidak dapat dijalankan atau hak yang dijanjikan di
dalamnya tidak dapat ditunaikan, maka perlembagaan itun tidak
bermakna. Oleh itu, perlembagaan mestilah dipegang teguh dan seimbang
dengan hasrat orang ramai. Yang nyata ialah perlembagan bukan sahaja

[7]

merupakan sebuah fikiran atau syor, namun merupakan undang-undang
agung negara.

[8]

4.0) PINDA PERLEMBAGAAN

Sungguhpun Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi, namun
masih boleh dipinda. Hal ini bermakna boleh dibuat pindaan demi
kepentingan rakyat dan negara. Sungguh pun begitu pindaan
perlembagaan Malaysia tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.
Perlembagaan Malaysia boleh dipinda melalui empat cara seperti mana

yang digariskan di bawah Perkara 159 dan 161E:
Cara Perlembagaan Persekutuan Dipinda:

a) Mendapat pungutan suara majoriti biasa ahli Majlis Parlimen.
b) Mendapat suara dua pertiga ahli Majlis Parlimen
c) Mendapat suara dua pertiga ahli Majlis Parlimen dan mendapat
perkenan Majlis Raja-raja
d) Perkara yang menyentuh Sabah dan Sarawak memerlukan pungutan
suara dua pertiga ahli Majlis Parlimen dan persetujuan Yang di-Pertua
Negeri.
e) Pindaan Perlembagaan Malaysia juga boleh berlaku melalui Perkara
150 iaitu melalui deklarasi darurat.

[9]

Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi beberapa perkara yang
tidak boleh dipersoalkan seperti:
Perkara Yang Tidak Boleh Dipersoalkan
a) Agama Islam sebagai agama Persekutuan
b) Kedudukan istemewa Raja-raja Melayu dan Bumiputera di Sabah dan

Sarawak
c) Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan dan soal

kerakyatan.

[10]

5.0) TUJUAN PERLEMBAGAAN

1)Untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil
Kewujudan perlembagaan dari segi sejarahnya adalah berdasarkan tolak
ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang
melayu, bahasa melayu, agama Islam dan lain-lain lagi. Dalam hal ini,
walaupun Perlembagaan memperuntukkan agama Islam sebagai agama
persekutuan/ rasmi negara, tetapi agama lain juga bebas diamalkan di
Malaysia. Peruntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara juga
ada kelonggarannya apabila bahasa-bahasa lain juga boleh digunakan,
manakala dalam perkara hak keistimewaan orang melayu, YDPA tidak
sahaja menjaga kepentingan Orang Melayu, tetapi kaum bukan Melayu
juga mendapat perlindungan yang sewajarnya. Peruntukan ini adalah
untuk melahirkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan tidak
menitikberatkan sesuatu kaum sahaja.

2) Untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah
Sebagaimana yang digariskan dalam Perlembagaan, terdapat beberapa
peruntukan tertentu yang khas untuk YDPA dan Raja/Yang Dipertua
Negeri. Dalam hal ini, walaupun baginda mempunyai bidang kuasa
tertentu tetapi segala tindakan mereka adalah tertakhluk kepada
Perlembagaan. Jadi ini dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh
pemerintah.

[11]

3) Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja memperuntukkan kuasa kepada
pemerintah, tetapi juga kepada rakyat melalui kebebasan asasi dan hak
istimewa orang Melayu. Keadaan ini secara tidak langsung akan
membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan daripada
dominasi kuasa oleh sesuatu pihak. Dalam hal ini, pemerintah ada had
perkara yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan dan apa
yang tidak boleh dilakukan dan rakyat juga ada perkara yang mereka
boleh lakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan.

4) Sebagai alat untuk menyelesaikan masalah
Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi undang-undang tertinggi
negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang
Persekutuan dan negeri. Malahan apa-apa masalah dalam pembuatan
undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman kepada seseorang
warganegara adalah berdasarkan Perlembagaan.

5) Menjamin riwayat negara bangsa
Perlembagaan sememangnya berperanan penting dalam menentukan hala
tuju perjalanan pentadbiran negara. Malahan perlembagaan sendri adalah
asas kepada pembentukan demokrasi di Malaysia. Justeru itu,
pembentukan perlembagaan akan mengekalkan identiti negara bangsa
Malaysia kerana ia telah mecorakkan sistem pentadbiran dan perjalanan
undang-undang negara.

[12]

6) Menjamin keamanan dan kestabilan negara
Perlembagaan yang berfungsi sebagai alat penyelesai masalah, mengawal
kedudukan rakyat dan pemerintah, alat penyelesai masalah sesungguhnya
telah berjaya membentuk keamanan dan kesatbilan negara. Ini
memandangkan terdapat sekatan dalam perlembagaan yang mengawal
pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi
kebebasan dan keistimewaan tertentu. Tetapi kebebasan dan
keistimewaan ini ada hadnya apabila adanya perkara-perkara yang
difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka.

[13]

6.0) Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Persekutuan Malaysia terhasil sejak kemerdekaan masih
mengekalkan peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagaan
seperti hak asasi, kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu, agama
dan bahasa. Ini merupakan satu langkah untuk merealisasikan cita-cita
mewujudkan sebuah negara yang demokrasi dan adil untuk semua pihak.

BAHASA

Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan semenjak abad ke-15
dengan wujudnya Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman penjajahan
British, bahasa Melayu mulai merosot memandangkan bahasa Inggeris
lebih diutamakan. Kedudukan bahasa Melayu dikaji semula dalam
pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Kedudukan
bahasa Melayu telah dimaktubkan dalam Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan Malaysia yang memperuntukan bahasa Melayu mestilah
digunakan untuk maksud-maksud rasmi (termasuk apa-apa maksud
sesuatu pihak berkuasa awam). Perkara ini juga melindungi bahasa-
bahasa lain dan tidak ada sesiapa pun yang dilarang daripada
menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu.

[14]

AGAMA

Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan
agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi Perlembagaan
Persekutuan juga memberi kebebasan kepada semua individu untuk
mengamalkan agamanya sendiri secara aman dan harmoni di mana-
mana bahagian Persekutuan. Raja/Sultan bertindak sebagai Ketua
Agama di negerinya. Manakala YDPA juga berperanan sebagai Ketua
Agama Islam hanya di negerinya sahaja, Melaka, Pulau Pinang dan
Wilayah Persekutuan termasuk Sabah dan Sarawak. Mengikut
perlembagaan,agama Islam terletak dalam Senarai Negeri. Ini
bermaksud hanya negeri-negeri sahaja yang berkuasa dalam hal
perundangan agama Islam. Antara perkara yang terkandung di bawah
kuasa perundangan negeri mengenai Islam ialah:

1. Hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga
2. Adat istiadat Melayu
3. Wakaf
4. Fitrah
5. Zakat
6. Baitulmal
7. Masjid
8. Mahkamah Syariah

[15]

KEWARGANEGARAAN

Peruntukan-peruntukan pemerolehan kewarganegaraan disenaraikan
dalam Bahagian 3, Perkara 14 hingga Perkara 22 Perlembagaan
Persekutuan. Perkara 23 hingga Perkara 28 Perlembagaan Persekutuan
pula, menyenaraikan ciri yang berkaitan dengan kehilangan
kewarganegaraan. Seseorang itu boleh mendapatkan kewarganegaraan.
Seseorang itu boleh mendapatkan kewarganegaraan melalui empat cara,
iaitu:
1. Secara kuat kuasa undang-undang
2. Secara pendaftaran/permohonan
3. Secara masukan/naturalisasi
4. Secara cantuman wilayah

[16]

HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU

Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang
Melayu ditakrifkan sebagai:
1. Seorang yang beragama Islam.
2. Bertutur bahasa Melayu.
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu.
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di
Singapura, atau pada hari merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau
di Singapura.
Manakala, Bumiputera di Sabah dan Sarawak (termasuk bukan Melayu)
tergolong menerima keistimewaan seperti mana yang diperoleh orang
Melayu di Tanah Melayu. Antara perkara yang termasuk dalam
keistimewaan orang Melayu sebagai kaum Bumiputera ialah:
1. Perkhidmatan awam
2. Ekonomi
3. Pendidikan

[17]

HAK ASASI

Kebebasan asasi seseorang individu telah diperuntukkan dalam
bahagian-bahagian Perlembagaan Persekutuan. Perkara-perkara
kebebasan asasi adalah seperti berikut:
1. Kebebasan diri
2. Keabdian dan kerja paksa
3. Kesamarataan di sisi undang-undang
4. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
5. Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
6. Kebebasan beragama
7. Kesamarataan dalam pelajaran
8. Hak untuk berharta
9.Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa
kebelakangan dan perbicaraan berulang.

[18]

7.0 )KEHILANGAN TARAF KEWARGANEGARAAN

Setiap warganegara Malaysia boleh kehilangan taraf kewarganegaraan
disebabkan oleh dua keadaan seperti yang diperuntukkan oleh
Perlembagaan iaitu melalui cara penolakan (Perkara 23 Perlembagaan
Persekutuan) dan pelucutan (Perkara 24 Perlembagaan Persekutuan).

• DUA KEADAAN HILANG TARAF KEWARGENEGARAAN

 Penolakan
o Seseorang warganegara yang berumur 21 tahun atau lebih
dan sempurna akal serta telah memperoleh
kewargenegaraan negara lain atau hendak menjadi seorang
wargenegara negara lain boleh menolak wargenegara
Malaysianya.

 Pelucutan
o Seseorang individu itu telah menjadi wargenegara asing.
o Warganegara tersebut membuktikan dia tidak lagi setia
kepada negara sama ada melalui percakapan atau
tindakannya yang boleh mencemar keselamatan dan
kedaulatan negara.

[19]

8.0 ) KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

1.) KEAMANAN
• Menjamin kestabilan negara.
• Melicinkan Pedtabiran dan pemerintahan negara.
• Menstabilkan ekonomi negara.
• Mengelakan perbalahan kaum.

2.) PERPADUAN
• Menjamin hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.
• Perlembagaan membentuk semangat patriotisme.
• Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat.

3.)KESTABILAN POLITIK
• Menentukan peranan Yang Dipertuan Agong.
• Menjamin kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan
Negeri.
• Bidang kuasa kerajaan ditetapkan melalui senarai
Persekutuan"senarai Negeri dan senarai bersama.

[20]

• Menjadi rujukan dalam menggubal undang-undang persekutuan
dan negeri.

4.)SOSIAL
• Menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap,
kebebasan beragama dan pemilikan harta.
• Mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan.
• Mewajibkan pendidikan kepada rakyat.

[21]

KESIMPULAN

Kewujudan Perlembagaan sebagai asas undang-undang sesungguhnya
mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk perjalanan
pemerintahan negara ini. Walaupun ia sebuah perlembagaan yang terlalu
Panjang dan terperinci, setakat ini ia telah berjaya melicinkan
pentadbiran negara serta mewujudkan keamanan dan kestabilan negara.
Perlembagaan sebenarnya adalah tunjang kepada kepada keamanan dan
perpaduan kaum di negara Malaysia. Ini kerana, pembentukan
perlembagaan awal-awal lagi adalah atas dasar persetujuan semua kaum.
Perlembagaan juga menjadi dasar kepada pembentukan demokrasi
berparlimen di Malaysia. Melalui perlembagaan setiap warganegara
sama ada pemerintah dan rakyat mendapat hak masing-masing dan
pembelaan sewajarnya.

[22]


Click to View FlipBook Version