Ruj. Kami : SKLKTPJ 100-6/2/1 ( )
Tarikh : 13 MAC 2022
Kepada,
Semua guru SK LKTP Jerangau
Tuan/Puan,
MESYUARAT GURU KALI KE PERTAMA 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
2. Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat
tersebut akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :
Tarikh : 17 Mac 2022
Masa : 9.00 pagi (Khamis)
Tempat : Bilik Mesyuarat Al Murabbi
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
1.0 Perutusan Pengerusi
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Kali ke 4
3.0 Perkara berbangkit
4.0 Info Guru Besar & (Taklimat Pengarah)
5.0 Ucapan Ketua PPD Dungun, Tn Hj Kasman bin Embong
6. 0 Pengurusan & Takwim Persekolahan 2022
7.0 Hal-hal lain
8.0 Penutup
Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“Mendepani Pendidikan Global”
”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
………………………………..
RAZIHAWARI BIN CHE WAN
Guru Besar
Sk. Fail sekolah
MINIT MESYUARAT GURU BIL 1/2022
Tarikh : 17 Mac 2022
Hari : Khamis
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Al Murabbi
Kehadiran :
1. Cg Razihawari bin Che Wan ( Guru Besar )
2. Cg Zamri bin Abu Bakar (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Cg Tn Hj Ahmad Najme bin Abdul Manaf (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
4. .Cg Nazmi bin Che Mohamed ( Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum)
5. Cg Atiya Atiqah binti Abd Halim
6.Cg Azlina binti Mahmud @ Muhammad
7. Cg Mazni binti Mahamad @Mohamad
8.Cg Azhani binti Jaafar
9. Cg Hernani binti Tajul Arifin
10. Cg Mohd Arif bin Ismail
11. Cg Mazlina binti Ab Manaf
12. Cg Nur Nazihah Hanin binti Abd Razak
13.Cg Nor Suhaiza binti Jusuh
14. Cg Rokiah binti Salleh
15.Cg Rosnah binti Mohd Zali
16.Cg Shahidah Farhanah binti Ismail
17.Cg Nurul Ain binti Ahmad Naspu
18. Cg Noorhana binti Mohd Salleh
19.Cg Noor Shafie bin Mohd Ali
20. Cg Raizan binti Romly
21.Cg Roshimah binti Kassim
22. Cg Suriati binti Shafie
23.Cg Wan Ashaari bin Wan Mohd Arifin
24.Cg Wan Norhidayah binti Wan Mohamad
25.Cg Wan Mohd Zuhdi bin Wan Md Amin
26 Cg Wan Salini binti Wan Ab Ghani
27.Cg Zabidah binti Zainuddin
28.Cg Zariani binti Zakaria
29. Cg Zawiyah binti Abdol Aziz
Tidak hadir bersebab
1. Cg Nur Zawani binti Rashid
2 .Cg Rosman bin Abd Rased
3.Cg Melati binti Hussin
4. Cg Nor Suhada binti Khalid
Agenda 1 Perutusan Pengerusi
1.1. Dimulakan dengan bacaan Ummul kitab – Al Fatihah. Ucapan terima kasih atas
kehadiran semua guru. Tahniah atas pencapaian cemerlang dalam semua bidang
tahun 2021/2022.
1.2 Taaruf : Kejayaan yang hebat datangnya daripada usaha yang hebat
• VISI = Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
• MISI = Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk
membangunkan potensi individu bg memenuhi aspirasi negara.
1.3 Komuniti dan pibg bergerak seiring dengan warga SK LKTP Jerangau.(hubungan
baik)
1.4 Membudayakan dokumentasi (Prinsip 6P)
1.5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
1.6 Aspirasi Sistem, 6 Aspirasi Murid dan 11 anjakan
1.7 Perancangan Strategik Sekolah 2019 – 2023
1.8 Makluman Perjawatan SK LKTP Jerangau:
• Guru – 33 orang
• AKP - 6 orang
1.9 Bahagian pentadbiran masih kekal sama seperti tahun 2021.
Tindakan : Makluman
Agenda 2 Pengesahan Minit Mesyuarat
1.2 Cg Wan Mohd Zuhdi bin Wan Md Amin mengesahkan minit mesyuarat guru
kali- 3 dan disokong oleh Ustaz Wan Ashaari bin Wan Ariffin.
Tindakan : Makluman
Agenda 3 Perkara –perkara berbangkit
1.2 Merujuk kepada agenda 6 (minit mesyurat guru kali ke empat sesi 2021/2022,
persediaan erph 2022,rujuk folder 13. Buka folder 2022,copy tapak versi 6.0
untuk minggu pertama.
Tindakan : Semua guru
3.2 Merujuk kepada agenda 8(minit mesyuarat guru kali ke tiga- Buku teks BM,Sains
dan Sejarah belum sampai.Manakala buku teks tahun 1 akan diberi selepas
transisi.
Tindakan : Makluman
Agenda 4 Ucapan Guru Besar-Info
4.1 Maklumat Am 2022 KATEGORI : SK– LUAR BANDAR
GRED A
BIL. GURU L :9 P : 24 JUMLAH :33/33
BIL. AKP L :1 P :4 JUMLAH : 5
BIL. KELAS THP. 1 : 6 THP. 2 : 6 PRA : 2 PPKI : 1
NO. TEL : 09 – 8384575 | EMAIL : [email protected]
SLOGAN : ‘ SERENTAK MENUJU KECEMERLANGAN’
4.2 Bilangan Murid 2022
MURID PRASEKOLAH DAN PPKI
LELAKI PRAMUTIARA PRAPERMATA PPKI
PEREMPUAN 7 7 5
JUMLAH 7 6 1
14 13 6
MURID TAHAP 1
1AL 1 AL 2AL 2 AL 3 AL 3 AL JUMLAH
FARABI
JAZARI FARABI JAZARI FARABI JAZARI
LELAKI 12 12 13 14 11 18 80
PEREMPUAN 12 12 13 10 16 12 75
JUMLAH 24 24 26 24 27 30 155
MURID TAHAP 2
4AL 4 AL 5AL 5 AL 6 AL 6 AL JUMLAH
FARABI
JAZARI FARABI JAZARI FARABI JAZARI
14
LELAKI 15 8 16 12 13 78
PEREMPUAN 11
JUMLAH 5 20 11 19 9 75
25
20 28 27 31 22 153
Jumlah Murid Lelaki 177 341
Jumlah Murid Perempuan 164
4.3 Pembukaan Sekolah Tahun 2022
• Pembukaan semua institusi pendidikan bawah KPM adalah pada 21 MAC
2022(ISNIN).
• Penularan wabak Covid-19 masih tinggi, namun begitu, pembukaan sekolah tetap
dilaksanakan mengikut takwim yang telah dikeluarkan. Pandemik sudah
diumumkan endemic.
4.4 Kesiapsiagaan Sekolah Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2022
• Pemantauan akan dilaksanakan oleh Pengurusan Tertinggi KPM untuk
memastikan sekolah bersedia untuk sesi persekolahan tahun 2022. Pegawai-
pegawai di PPD/JPN PERLU membantu pihak sekolah bagi memastikan semua
sekolah bersedia BEROPERASI.
4.5 Pemantauan Hari Pertama Sekolah
• Pegawai-pegawai JPN/PPD akan memantau di sekolah untuk memastikan hari
pertama sesi persekolahan tahun 2022 berjalan lancar.
• Sebarang isu yang boleh menjejaskan PdP perlu diambil tindakan penyelesaian
dengan segera.
4.6 Pemeriksaan Hari Pertama Persekolahan
• Pemeriksaan akan dilaksanakan oleh Jemaah Nazir ke lebih 100 buah sekolah di
seluruh negara.
• PPD akan membuat pemantauan untuk hari pertama persekolahan.
4.7 Senarai Semak Panduan Pengurusan Pembukaan Sekolah dan Institusi
Pendidikan (IP) Bawah KPM
• Pengetua/Guru Besar (PGB) boleh memanggil guru-guru untuk bermesyuarat dan
membuat persediaan awal pembukaan sekolah pada minggu akhir cuti
persekolahan dengan mematuhi SOP yang sedang berkuat kuasa bagi kawasan
yang tidak terlibat dengan PKPB. Kaedah alternatif terbaik perlu diambil untuk
melaksanakan mesyuarat dan persediaan awal bagi kawasan-kawasan yang terlibat
dengan PKPB.
• Murid, guru dan warga sekolah masih tidak dibenarkan untuk makan di kantin
sekolah sehingga sebarang keputusan/arahan baharu dikeluarkan oleh KPM.
• Masalah kebocoran bangunan, bumbung di kantin, PPKI akan ditukar.
Dimaklumkan 3 buah bangunan,bumbungnya akan ditukar. Melibatkan blok A,C,
B ,dan D.
• Mohon semua guru maklumkan tempat-tempat yang mengalami kebocoran untuk
dibaiki dan dibaikpulih.
• Tender ke dua melibat kerja-kerja pengecatan semula bangunan yang melibatkan
peruntukan kos sebanyak RM 42,000 ribu. Pihak pengurusan pentadbiran
bersepakat untuk mengecat bahagian luar bangunan.Bahagian dalam bangunan
akan dibuat permohonan semula.
4.8 Pengurusan Program Transisi Murid Tahun Satu 2022
Program Transisi Murid tidak dibenarkan untuk dilaksanakan sebelum sesi
persekolahan tahun 2022 bermula pada 21 mac 2022.
Transisi bermula 21 hb Mac sehingga 21 April 2021(Khamis). Panduan transisi
hendaklahı digunakan sepenuhnya.
Namun begitu SK LKTP Jerangau memilih untuk menggunakan kit Transisi yang
dibuat oleh Ahli Jawatan Kuasa Transisi Sekolah. Pemilihan ini telah dimaklum
kepada pihak PPD oleh Guru Besar untuk makluman pihak PPD-
Tindakan: Semua guru tahun 1.
4.9 Pembukaan Sekolah
Makluman sesi PdP secara bersemuka bagi murid-murid prasekolah serta
murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi sekolah rendah bcrmula 21 Mac
2022 tanpa penggiliran.
Jumlah minimum bilangan hari persekolahan adalah 190 hari. Hari Sabtu
minggu kedua dan keempat boleh dijadikan hari ganti persekolahan sekiranya
perlu, bagi mencukupkan minimum 190 hari .
4.10 Menyokong Rayuan Guru
Keputusan eG-Tukar adalah MUKTAMAD
PGB dilarang sama sekali membuat sokongan terhadap rayuan guru-guru.
Rayuan perlu dibuat secara online (atas talian)
4.11 Terima Guru Lapor Diri Tanpa Syarat
Semua arahan penempatan (AP) yang dikeluarkan Oleh PPD/JPNLKPM perlu
akur walau pun (Guru sakit, lebih opsyen dll) Komunikasi pihak sekolah
dengan guru-guru perlu diperbaiki.
4.12 Peranan e-Operasi
PGB — menyemak, memastikan data sahih, tepat, betul dan terkini serta
membuat pengesahan modul bagi setiap guru dan AKP di sekolah dan
memantau ralat di eOperasi
Penolong Kanan — menyemak dan mengemaskini semua maklumat berkaitan
di dalam eoperasi dan memastikan data berkenaaan sahih dan tepat
Pembantu Tadbir — membantu PKP menyemak dan mengemaskini semua
maklumat guru dan AKP, analisis ralat dan selesaikan dengan segera
Guru/AKP — mengemaskini maklumat peribadi/pasangan dan mengesahkan
maklumat yang Iain menggunakan H) masing-masing.
4.13 Kaedah Pelaksanaan Kemaskini Data
Guru/AKP mcnyemak maklumat dan melaporkan sebarang maklumat terkini
kepada PKP / PT Data
Data dikcmaskini dalam tempoh 3 hari selepas tarikh kejadian
Kcmaskini bcrdasarkan evidens yang disalin dan disimpan dalam fail peribadi
(tindakan PT Data sekolah)
Penentusah peringkat akhir ialah PKP, PGB dan PPD
Pihak sekolah perlu menghantar surat permohonan perlantikan pegawai data
sekolah (kalangan AKP) sekiranya AKP bertukar ke sekolah lain atau bersara.
Peruntukan masa guru data adalah antara 6 hingga 12 waktu sahaja.
4.14 Penempatan Guru Pertukaran Sesi
Terdapat guru yang lulus bertukar antara negeri dan antara daerah bagi sesi
Januari dan Mac 2022.
Pastikan pihak sekolah mengemaskini Maklumbalas Penempatan Guru
Pertukaran dalam eOperasi selepas guru berkenaan sah lapor diri di sekolah
yang baru.
Mohon kemaskini maklumat terkini dalam tempoh 3 hari selepas lapor diri.
(Cth: Alamat, Sejarah Perkhidmatan, Tarikh Semasa dll.)
4.15 Semakan ABM Perjawatan
ABM perjawatan bagi tahun 2022 perlu disemak bagi memastikan pihak
sekolah di bawah seliaan PPD telah:
o Terima makluman perjawatan
o Cetak sijil perjawatan
o Pamer sijil perjawatan
Pihak PPD diminta memastikan semua sekolah mendaftar kelas dan subjek
berdasarkan ABM yang diluluskan sahaja (Rujuk BSKG)
o Kecuali Tingkatan 6 Bawah (pelajar belum daftar)
4.16 Pendaftaran Tahun 1 2022
Sistem pendaftaran online telah ditutup, sebarang pendaftaran baru hendaklah
dibuat melalui borang ASBS dan dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah
masing masing untuk dibuat penempatan.
Untuk permohonan pertukaran sekolah murid tahun 1 yang telah dibuat
penempatan, pertukaran hendaklah menggunakan borang P.U.(A) 275 Jadual
ketiga.
4.17 Lawatan Sekolah
Permohonan lawatan sekolah kurang lima minggu sebelum tarikh lawatan
(rujuk The School (Tour) Regulations 1957).
4.18 Mengundang Orang Kenamaan
Perlu kebenaran Pengarah Pendidikan
4.19 KPI PRA Sekolah SK LKTP JERANGAU tahun 2022
1. Mengemaskini data di dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK)
sepanjang masa.
2. Sentiasa membuat rujukan Utama Buku "Garis Panduan Pengurusan Prasekolah"
cetakan tahun 2018 dalam pengoperasian Prasekolah
3. Sentiasa membuat laporan kepada PPD tentang Status Keselamatan Murid, Kelas,
Alat Permainan Luar, Bangunan dan sebagainya.
4. Menjalankan pelbagai kaedah promosi bagi meningkatkan Enrolmen murid
prasekolah di sekolah bawah seliaan masing-masing.
5. Memastikan kelas prasekolah mempunyai guru ganti semasa ketiadaan guru
prasekolah berkenaan sama ada bercuti, sakit dan sebagainya, bagi memastikan
PdPC sentiasa berjalan dengan lancar.
6. Pihak Pentadbir sekolah perlu ambil maklum bahawa, Pembantu Pengurusan
Murid(PPM) tidak boleh mengajar murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru
prasekolah.
Tindakan: Makluman Guru Pra
4.20 Dendaan Terhadap Murid
Elakkan sebarang jenis dendaan yang boleh mendatangkan kecederaan sekecil
mana pun dan mungkin bersabit dengan tindakan undang-undang
(mahkamah).
Sila baca dan patuhi :
1. Surat pekeliling ikhtisas bil. 8/1993:
hukuman yang tidak dinyatakan dlm.akta pendidikan
2. Surat pekeliling ikhtisas bil. 7/2003:
Kuasa guru merotan murid
4.21 Menghormati Ketua Jabatan
Membuat tindakan tanpa pengetahuan dan kelulusan daripada ketua jabatan
adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuklah
sebaran maklumat palsu, tidak benar dan niat menjatuhkan maruah seseorang
penjawat awam serta imej jabatan. Berbincang dengan ketua jabatan untuk
mencari kaedah penyelesaian terbaik.
4.22 Peraturan Khusus SK LKTP Jerangau 2022
Pakaian Semasa Bertugas
1.1 Mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/85
1.2 Pakaian yang sopan, tidak menjolok mata, kemas, sesuai dengan
profesion keguruan dan masyarakat Timur/pakaian tradisional
1.3 Guru Perempuan pakaian kebangsaan mengikut kaum masing-
masing. Baju tanpa lengan tidak dibenarkan sama sekali dan
berkasut. Berbaju kurung dan kebaya sahaja. Jubah bukan pakaian
rasmi.
1.4 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut yang sesuai,
berkemeja, bertali leher dan berkasut.
1.5 Guru yang mengajar PJK dikehendaki memakai pakaian yang
sesuai, iaitu: Pakaian Guru Pendidikan Jasmani:
Guru lelaki:
Seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T/ Kemeja
Sukan berkolar, Seluar trek. Kasut sukan atau kasut getah tanpa
tumit.
Guru perempuan: Seluar trek atau seluar panjang yang sesuai.
Kemeja T/Kemeja Sukan, baju trek (menutup aurat).Kasut sukan
atau kasut getah tanpa tumit.
4.23 Kedatangan & Waktu Rasmi Persekolahan
Waktu tugas rasmi guru-guru ialah 7.30 pagi -2.00 petang.
Guru-guru tidak dibenarkan pulang lebih awal daripada 2.00 petang.
Perlu tiba sebelum 7.30 pagi.(Sclewatnya 7.45 pagi)
Guru dan staf wajib mengisi kehadiran guru sejurus hadir ke sekolah. Jika ada
masalah catat dlm buku log Kehadiran Guru/Staf.
(Peraturan 24- Tidak hadir bertugas tanpa cuti/tanpa kebenaran /tanpa sebab
boleh diambil tindakan tatatertib. Termasuk tidak hadir bagi apa-apa jua
tempoh masa dan di tempat pegawai tersebut dikehendaki bertugas contohnya
pegawai HILANG selepas menulis nama di waktu persekolahan, dan
MUNCUL semula di waktu petang).
Tindakan: semua guru
4.24 Kedatangan dan waktu rasmi sekolah
Guru bertugas mingguan dikehendaki datang lebih awal dan pulang lebih
lewat daripada biasa. Menulis laporan mingguan.
Semua urusan peribadi guru SEPERTI URUSAN BANK/ SERVIS KERETA
hendaklah dibuat di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan
kecemasan ( terdesak yang amat sangat) dan mesti dengan izin dan makluman
Guru Besar.
Tindakan: semua guru
4.25 Meninggalkan Kawasan Sekolah
Meninggalkan kawasan sekolah semasa bertugas (WAKTU RASMI)
DILARANG sama sekali kecuali mendapat kebenaran Guru Besar, PK atau
atas arahan JPN/PPD.
Sila tuliskan nama pada BUKU KELUAR GURU / KAKITANGAN setelah
mendapat kebenaran Guru Besar. (Sekiranya GB tiada maklumkan kepada
PKP atau dengan kata lain mengikut kekananan).
***KELUAR TANPA IZIN ADALAH DILARANG SAMA SEKALI
seperti makan di luar sekolah pada waktu persekolahan.
Tindakan: semua guru
4.26 Cuti Saki
Maklumkan segera kepada Guru Besar / GPK Pentadbiran/ Pejabat-Sijil Sakit
Swasta/ Kerajaan hendaklah diserahkan dengan segera, termasuk sijil cuti
bersalin.
Cuti kecemasan/ Cuti Rehat Khas (10 hari setahun) - maklumkan dan isi
borang, tetapi seseorang guru tidak boleh memanjangkan Cuti Rehat Khas ini
tanpa sebab yang munasabah dan mesti dengan kelulusan GB. PK hanya
menyokong bukan meluluskan.
Cuti tanpa gaji / tanpa rekod- dipohon dua minggu sebelum cuti.
Keluar negara-perlu isi borang-termasuk cuti haji ( setelah mendapat jadual
penerbangan)- dimohon satu bulan sebelum keluar negeri/negara dan
kelulusan untuk guru hanya di peringkat PPD KECUALI Guru Besar.
Tindakan: semua guru
4.27 e-RPH
Sukatan pelajaran berkenaan-mengikut tahun diajar
Nama murid kelas-kelas yang diajar-belakang eRPH.
Rancangan pelajaran ditulis dengan tangan atau ditampal, Refleksi perlu
ditulis tangan.
Jadual waktu kelas dan persendirian.
Biodata Guru.
Markah Ujian-bulanan, penggal, setara termasuk Ujian-ujian Sumatif. Catatan
mesy, dan perbincangan dgn GB atau Pen. Kanan.
Buku-buku teks untuk rujukan yang digunakan.
Pekeliling KP 256(SPI bil 3/1999) mengenai tujuan penggunaan ERPH
hendaklah dibaca oleh guru.
Rancangan Harian mestilah ditulis sebelum proses PdP bermula. Sesuatu
rancangan yang tidak dapat dijalankan hendaklah diberikan catatan di
bawahnya.
Rancangan bagi tahun yang berlainan kelas bolehlah ditulis secara bergabung
jika berkaitan.
Rancangan Pengajaran Harian seharusnya mengandungi tajuk, objektif,
standard kandungan, aktiviti, standard pembelajaran dan refleksi.
Penolong Kanan & Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia MP adalah
diberi kuasa untuk menyemak perjalanan mata pelajaran masing-masing dan
apabila diperlukan memberikan laporan kepada Guru Besar/PK
ERPH wajiblah boleh diakses dengan mudah( juga dengan buku-buku teks
/nota/LCD /komputer) ketika masuk ke kelas untuk PdP dan wajib dirujuk
untuk pdp.(Pekeliling Bil.3/99)
Guru yang ditugaskan menjadi Guru Ganti diwajibkan mencatat dalam ERPH
perkara-perkara berikut: (SPI Bil. () Mata pelajaran, Tahun, Waktu ( dalam
tulisan merah atau warna lain untuk membezakan dengan waktu mengajar
wajib).
Format KSSR (mencatatkan hasil pembelajaran dalam bentuk peratus
pencapaian) wajib digunakan untuk menyediakan eRPH (Pekeliling Bil.3/99).
Menggunakan KBAT.
Guru Besar / PK akan menandatangani Rancangan Pengajaran Harian dan
Sukatan Pelajaran dalam eRPH-diberi masa dua minggu.
eRPH adalah dokumen penting seseorang guru- merupakan salah satu SKT
untuk penilaian prestasi guru.
***Hari pertama persekolahan guru wajib menyiapkan Rancangan Pengajaran
Harian (CRPH)/Tahunan dan seandainya sewaktu diminta oleh
nazir/pemantau untuk melihat cRPH tersebut guru didapati tidak
menyiapkannya maka SURAT TUNJUK SEBAB akan diberikan semerta.
Tindakan: semua guru
4.28 Waktu Mengajar Adalah Tugas Utama (core busines) – MMI
Kelas wajiblah dipastikan dalam keadaan teratur dan bersih (Pekeliling Bil.
14/89).
Kenalpasti murid Tidak Hadir -direkodkan dalam APDM (Sebelum 10.00
pagi) jika tiada direkodkan sebagai ponteng - direkodkan ( dalam buku khas)
untuk tindakan selanjutnya.
Hendaklah benar-benar berlaku PdP (Pekeliling Bil. 1/88) Mematuhi jadual
waktu persendirian dengan penuh amanah (Kerana akan disoal di dunia dan
akhirat)
Tindakan: Semua guru
4.29 Buku Nota, Buku Kerja & Buku Latihan Murid
Wajib sentiasa diperiksa dengan teliti dan diserahkan balik kepada murid
(segera) dengan arahan membuat pembetulan.
Turunkan tandatangan dan tarikh.
Guru Besar/GPK Pentadbiran/ GPK HEM/GPK KK akan menyemak buku-
buku tersebut (mengikut jadual yang diedarkan) secara berkala.
Ibu bapa/ penjaga juga diminta membuat semakan dengan menandatangani
pada buku berkenaan.
Gunakan pen warna merah untuk menandatangani buku pelajar (Makluman:
untuk urusan biasa digunakan dakwat warna hitam / biru, untuk pemeriksaan
digunakan warna merah dan untuk audit digunakan dakwat hijau).
Tindakan: semua guru
4.30 Lain-lain Peringatan dari Guru Besar
Menulis objektif & Kriteria Kejayaan di papan kenyataan sebelum menulis
tajuk pembelajaran hari itu.
Guru ganti wajib catat dalam cRPH.Penggiliran menyemak cRPH akan dibuat
oleh semua pentadbiran.
Hari pertama persekolahan wajib menulis cRPH. Sekiranya tidak dibuat,
hendaklah menyatakan surat tunjuk sebab.
Catatan kehadiran hendaklah disiapkan sebelum 10 pagi.
Sebarang keputusan hendaklah melibatkan pengetahuan pihak pentadbiran.
Semua mesyuarat induk adalah 4 kali setahun.
Semua mesyuarat Panitia Mata Pelajaran hendaklah sekurang-kurangnya 3
kali setahun.
Sewaktu kegiatan ko kurikulum,semua guru dan murid wajib memakai
pakaian unit uniform yang ada di sekolah masing-masing.Menjadi satu
kesalahan sekiranya memakai baju unit yang tidak ada di sekolah tersebut.
Baju korperat tidak boleh dipakai kecuali melibatkan lapangan luar.
Buku Ko kurikulum dan IMIS hendaklah disemak oleh guru unit masing-
masing.
Sekolah KAFA pada minggu 1 & minggu 2 masih belum dapat dijalankan.
Perhimpunan Mingguan wajib dijalankan.Mesti menggunakan bahasa yang
beradab. Ucapan hendaklah ringkas tetapi padat dan menepati masa.
Sebarang surat rasmi hendaklah ditandatangani olch pihak sekolah.
Test Kendiri Covid 19 di kalangan murid masih berjalan di rumah masing-
masing.
Tindakan: semua guru
Agenda 5 Ucapan Ketua PPD Dungun, Tn Hj Kasman bin Embong
5.1 Tahniah diucapkan atas perancangan dan perjumpaan dapat diadakan. Bersyukur
kerana masih kekal di sekolah yang sama. Setiap guru hendaklah bersyukur atas
nikmat yang Allah S,W,T berikan.
5.2 Setiap guru hendaklah memahami konsep pendidikan yang berteraskan falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu menghasilkan Modal Insan Seimbang. Setiap guru juga
hendaklah mengamalkan konsep GURU 5 M dalam diri masing-masing.
MURSYID Guru yang memberi kecaknaan yang tinggi. Melihat anak murid
seperti melihat anak sendiri
MUADIB Guru yang menjaga adab dan membentuk sahsiah murid
MUDARRIS Guru yang sentiasa memberi inspirasi, harapan dan motivasi yang
berterusan kepada murid
MURABBI Guru yang memberi kemahiran dan Latihan yang berterusan kepada
murid
MUALIM Guru yang menyampaikan ilmu dan pengetahuan kepada murid
5.3 Setiap orang guru juga hendaklah memupuk kasih sayang terhadap anak-anak murid.
Didiklah mereka menjadi insan terpuji.. Tiupkan doa untuk melembutkan hati mereka
dan anak-anak guru sendiri ayat dari surah AS-Syura -ayat 19.
5.4 Setiap sekolah hendaklah melahirkan guru cemerlang. Untuk dacrah Dunggun,target
KPI Pejabat Pendidikan Daerah Dungun adalah seramai 8 orang guru cemerlang.
5.5 Melahirkan PGB dan Pengurusan Sekolah sebagai Suri Teladan (Role Model)
Tingkah laku, komunikasi, pakaian, membuat keputusan, pengurusan masa
dan berkerja melebihi masa yang ditetapkan (tidak merungut).
Kerja berpasukan (team work / kebersamaan).
Amalan kepemimpinan (leadership) pelbagai bergantung situasi
(Instruksional Leadacrship utamakan autentik & demokratik).
Kesegeraan
Kecaknaan (3C-Cakna, Ca'mik dan Ca'ra)
Positif kepada perubahan.
Patuh kepada ketua dan peraturan
Berintegriti.
5.6 Penerangan Hala Tuju Pendidikan Dungun
5.7 Penerangan Maksud Dungun LEADS.
L LEADERSHIP:
- Pegawai dan PGB yang berkualiti dan berkesan yang mampu
meletakkan kepimpinan pada tahap tertinggi.
E EXPERTISE:
- Pegawai, PGB dan guru berupaya menjadi pakar rujuk dalam
pelbagai disiplin ilmu, pengetahuan dan kemahiran
A ACHIEVEMENT:
- Berusaha memperoleh pencapaian terbaik dalam pelbagai bidang:
Pengurusan dan pentadbiran, akademik, sukan dan permainan,
kokurikulum, ko-akademik,HEM, peperiksaan awam, kehadiran dan
lain-lain.
D DEVELOPMENT:
- Pegawai, PGB dan Guru berusaha memajukan diri dalam penguasaan
ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap.
S SYNERGY :
- Tindakan bersama dua atau lebih untuk menghasilkan tindakan padu
yang lebih berkesan berbanding tindakan secara berasingan atau
usaha sama antara individu, organisasi dan lain-lain yang hasilnya
lebih baik berbanding jika usaha tersebut dilakukan secara sendirian
(silo).
5.8 Penerangan ringkas tentang Sekolah Sejahtera
Konsep Sekolahku SEJAHTERA ini dilancarkan oleh Menteri Pendidikan
Datuk Dr Radzi Jidin pada 21 Februari 2022 di Putrajaya.
Pelaksanaan konsep ini adalah bagi memberikan penekanan terhadap nilai
murni menerusi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah.
14 NILAI UTAMA SEJAHTERA
SELAMAT HARMONI
SERONOK TEKUN
SIHAT TEITI
ETIKA TERAMPIL
EMPATI EKSPLORASI
JATI DIRI RASIONAL
ADAB SOPAN ARTIKULASI
5.9 Harapan Tuan PPD agar terus guru-guru terus berusaha untuk menghasilkan pelajar
mendapat pencapaian terbaik dari segi kurikulum, ko kurikulum dan mempunyai
sahsiah terpuji.
Agenda 6 Pengurusan & Takwim Persekolahan 2022
6.1 Semua Guru Adalah Guru Disiplin
Semua guru SK lktp Jerangau adalah Guru Disiplin.
Sentiasa mengamalkan budaya penyayang dan perkhidmatan mesra
pelanggan/ penyayang ( sebagai anak sendiri) - Kebajikan murid adalah
paling utama'.
Mengurus murid mengikut peraturan sekolah sesuai dengan Pekeliling
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Menegur / menasihati / merujuk kepada Guru Besar / GPK HEM / Guru
Bimbingan mengenai salahlaku murid di dalam dan di luar sekolah.
Bekerja sebagai satu pasukan, bersama-sama tolong menolong atas perkara
perkara kebajikan dan taqwa dan tidak bertolong-tolongan di atas dosa dan
permusuhan.
Tahap mencegah mungkar: dengan tangan, mulut dan hati.
Tindakan: semua guru
6.2 Keselamatan Murid & Harta Benda Sekolah
Tanggungjawab semua guru menjaga keselamatan murid semasa berada
dalam kawasan sekolah (Program Sekolah Selamat).
Jika berlaku kecemasan / kemalangan / kecederaan - guru wajib SEGERA
hubungi Guru Besar / semua PK, Ibu Bapa/Penjaga dan Polis.
Sentiasa melapor / rujuk kepada keluarga murid ibu bapa / penjaga.
Jika melibatkan JPN/ PPD perlu buat laporan bertulis - diserahkan segera
kepada Guru Besar / PK Pentadbiran / PK HEM (1-3-7 hari).
Latihan kebakaran-minimum setahun sekali untuk sekolah.
Mesti ada peta laluan kecemasan untuk setiap kelas-tempat berkumpul di
padang sekolah,
Tindakan: semua guru
6.3 Mesyuarat Guru & Kakitangan
Semua guru dan kakitangan WAJIB hadir dan kehadiran hendaklah
direkodkan ke dalam Buku Kehadiran Mesyuarat.
Perlu diminitkan setiap mesyuarat rasmi.
Satu salinan mesyuarat disampaikan kepada Guru Besar / dan semua PK.
Notis mesyuarat hendaklah seminggu lebih awal, kecuali hal-hal
memerlukan tindakan segera.
Semua guru dan kakitangan hendaklah berpakaian rasmi (pakaian kerja)
sewaktu menghadiri mesyuarat guru.
Tindakan: semua guru
6.4 Kewajipan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum
Semua guru wajib terlibat dengan aktiviti kokurikulum ( sebahagian
daripada tugas) dan WAJIB MEMAKAI UNIFORM mengikut unit masing-
masing pada Hari Selasa.
Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.
Kehadiran guru bertugas pada waktu ditetapkan adalah wajib. (Tidak boleh
ditukar ganti tanpa sebab).
Tandatangan buku kehadiran kokurikulum ( disediakan oleh PK
Kokurikulum) Semua murid diwajibkan menyertai kokurikulum (masing-
masing satu unit beruniform, persatuan / kelab dan sukan/ permainan
(IMIS).
Tindakan: semua guru
6.5 Perhimpunan Sekolah
Diwajibkan kepada semua guru dan murid.
Guru bertugas mingguan memastikan keadaan tempat perhimpunan teratur
dan sempurna sebelum majlis bermula. PA sistem berfungsi dengan baik,
murid-murid bersedia.
Guru bertugas mingguan diwajibkan bertugas mengawal murid dengan
bantuan pengawas semasa dan selepas perhimpunan. Perjalanan murid-
murid masuk dan keluar di tapak perhimpunan/dewan perlu dibuat dengan
teratur.
Ucapan dan pengumuman wajiblah ringkas, tepat dan padat sesuai dengan
masa yang diperuntukkan (elakkan meleret-lerct): Sebolehnya 8.15 pagi
sudah selesai kecuali atas beberapa keperluan/kepentingan. Berdasarkan
Pekeliling Bil. 4/1984
Menggunakan bahasa yang elok dan baik mengikut Pekeliling 2/93, 9/89
dan 11/88.
Guru bertugas sewaktu perhimpunan memastikan guru/murid yang akan
berucap pada sesuatu perhimpunan, dan dimaklumkan kepada pengacara
majlis (murid / pengawas yang telah dijadualkan untuk setahun).
Pakaian guru semasa perhimpunan mengikut Pekeliling Bil. 6/85 (Baju kot /
bush jacket, tali leher - Perempuan - Baju sesuai mengikut kaum masing-
masing)
Tindakan: semua guru
6.6 Surat Rasmi Dan Surat Yang Diterima
Semua surat rasmi hendaklah menggunakan surat rasmi/letter head sekolah.
Surat-surat hendaklah ditulis dengan baik, tepat dan bahasa yang betul.
Semua surat rasmi untuk JPN & PPD hendaklah disemak oleh Guru Besar,
PK Pentadbiran, PK HEM, PK Kokurikulum terlebih dahulu.
Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Guru Besar untuk
disampaikan kepada pihak berkenaan.
Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedarkan kepada guru untuk
diambil tindakan. Guru berkenaan seharusnyalah mengambil tindakan
dengan segera. Jika surat itu ditujukan kepada guru dan ada s.k Guru Besar,
maka surat itu bolehlah disimpan sendiri setelah diambil tindakan.
Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkannya
untuk seseorang guru mengambil tindakan maka prosedur seharusnya;
Mengambil fail yang berkenaan di pejabat sekolah tanpa dibawa keluar dari
pejabat - minta dengan KPT/PAR
Mengambil tindakan yang diperlukan Memulangkan semula fail itu kepada
KPT/PAR sekolah dan memastikan surat asal dimasukkan ke dalam fail
tersebut.
Tindakan: semua guru
6.7 Acara Rasmi Sekolah
Semua acara rasmi sekolah yang disertai oleh murid :cth: perkhemahan,
kursus pelajar, lawatan, majlis sekolah: wajib mendapatkan surat kebenaran
ibu bapa /penjaga.
Semua acara rasmi di atas hendaklah mendapat persetujuan Guru Besar
setelah berbincang dengan PK Pentadbiran / PK HEM/PK Ko.
Penganjur yang bertanggungjawab hendaklah dipastikan untuk menjalankan
acara di atas.
Semua guru diwajibkan hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah,
contohnya perhimpunan mingguan/mesyuarat guru dll.
Tindakan: semua guru
6.8 Penggunaan Alat/Harta Sekolah
Alat-alat atau harta sekolah adalah harta kerajaan.
Dilarang menggunakan alat-alat / harta sekolah (seperti telefon, mesin
fotostat, mesin rumput dll) untuk tujuan peribadi.
Penggunaan untuk keselesaan peribadi hendaklah mendapat izin Guru Besar
dan direkodkan (dalam buku penggunaan) serta dibayar. Untuk lebih baik
disyorkan guru-guru menggunakan telefon awam/sendiri.
Alat-alat yang dipinjam untuk kepentingan sekolah lain, PPD dan JPN
hendaklah mendapat permohonan bertulis dari unit-unit berkenaan dan
direkodkan.
Pastikan alat-alat yang dipinjamkan dihantar balik / dipulangkan dengan
cara menelefon pihak berkenaan atau menulis surat.
Jika ada bayaran diberikan hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung
Kebajikan Sekolah.
Semua guru diminta memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga
keselamatan harta benda sekolah.
Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau
tersalah hendaklah ke pengetahuan pihak sekolah.
Ketua Panitia MP / Guru Kanan wajiblah memastikan ada peraturan-
peraturan mengenai penggunaan alat-alat di bilik-bilik tertentu seperti
makmal, bengkel dll.
Tindakan: semua guru
6.9 Pembelian Alat/Buku Dan Lain-Lain
Pembelian buku-buku untuk PdP hendaklah dibuat oleh guru-guru mata
pelajaran setelah dibincang dalam mesyuarat JKS atau mesyuarat panitia dan
DILULUSKAN olch Guru Besar-isi nota minta melalui Ketua Panitia Mata
Pelajaran.
Semua pesanan hendaklah dalam makluman Guru Besar/GPK Pentadbiran
Jika harga barang melebihi RM20,000.00 (satu unit) wajiblah dibuat
pembelian berdasarkan sebut harga dengan kebenaran Guru Besar.
Setiap pembelian wajiblah sentiasa mematuhi Arahan Perbendaharaan dan
Perintah Am.
Setiap bil belian / invois hendaklah diserahkan kepada Ketua Pembantu
Tadbir bagi mengelakkan terjadinya ABB (Akaun Belum Bayar) yang
menyebabkan audit bersyarat.
Tindakan: semua guru
6.10 Penjual Dan Pengedar
Setiap pengedar DILARANG mempromosikan barang dan berjumpa dengan
guru/ murid di sekolah tanpa kebenaran Guru Besar. Mesti mendapat memo
daripada Guru Besar.
Guru dan kakitangan dilarang berniaga dalam kawasan sekolah (kepentingan
peribadi) atau menjadi pengedar/ penjual barang-barang kepada murid
Koperasi Sekolah/ Kedai sekolah perlu melaporkan audit kewangan kepada
Guru Besar / PK Hem 2 kali setahun dan perlu melalui proses audit oleh
Jawatankuasa audit sekolah.
Tindakan: semua guru
6.11 Serah Tugas & Dokumen
Apabila guru bertukar atau pada akhir tahun.
Serahkan kepada PK Pentadbiran /PK HEM/PK KK/Ketua Pembantu
Tadbir.
Semua dokumen penting / kunci bilik2 khas/isi borang serah tugas dan serah
kepada Guru Besar.
Tindakan: semua guru
6.12 Sijil KAFA/ Unit Beruniform/Kelab /Persatuan/ Sijil Penghargaan
Semua guru mata pelajaran yang berkaitan / guru penasihat mestilah
menyediakan sijil kepada murid-murid yang berkenaan sebelum tamat akhir
persekolahan terutamanya murid tahun 6 mengikut format yang telah
ditetapkan.
Tindakan: semua guru
6.13 Buku Teks
Setiap murid wajib memiliki satu set buku teks dan ia boleh digunapakai
pada HARI PERTAMA sesi persekolahan.
Buku Teks adalah untuk penggunaan lama : 6 tahun atau apabila berubah
sukatan.
Perlu penjagaan baik - dibalutkan, digunakan sepenuhnya
Perlu dibuat spot check sekali sekala.
Tulis nama murid dan tahunnya (yang meminjam).
Dikenakan denda kepada murid yang merosakkan atau menghilangkannya.
Tindakan: semua guru
6.14 Hari Pendaftaran Murid
Tidak ada sebarang pungutan yuran/ TIDAK ADA PUNGUTAN YURAN
PIBG dikenakan kepada murid SK LKTP JERANGAU pada hari
pendaftaran.
Buku Tulis Murid WAJIB diberikan sebaik sahaja menerima bayaran
daripada ibu bapa/ penjaga murid-KADAR SEGERA. (Pada masa dan hari
yang sama)
Pastikan murid mendapat 1 MEJA, 1 KERUSI, 1 SET BUKU TEKS pada
hari pendaftaran.
Tindakan: semua guru
6.15 Perhubungan Sesama Guru
Sebagai guru maka hubungan peribadi dan profesionnya yang baik dan sihat
serta sentiasa dapat mengawal tutur kata. Elakkan hubungan yang boleh
menimbulkan skandal.
Juga diharap akan dapat mewujudkan kerjasama dan kerja berpasukan. Guru
tidak mempengaruhi atau memaksa dalam pandangan, fahaman, pendapat
kepada guru / murid atau staf sokongan.
Media Rasmi SKLKTPJ: Telegram dan WhatApps (TBA1038)
Jangan salah gunakan media sosial yang ada : DILARANG sama sekali
untuk berbincang berkaitan isu-isu politik/dan menjatuhkan nama baik
personal dan sekolah.
Tindakan: semua guru
6.16 Bilik Guru
Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah tanggungjawab semua guru
termasuklah keselamatan harta benda di dalam bilik guru.
Waktu guru tidak mengajar dinamakan "Non- teaching period" (bukan Free
period) - gunakanlah masa tersebut untuk kebaikan PdP (semakan buku
latihan murid, relief, persediaan mengajar, pertemuan dengan murid,
penyediaan ABM & kokurikulum): SPI Bil 3/1981
Guru hendaklah berada di bilik guru pada masa tersebut. Guru tidak
digalakkan membenarkan murid berada di dalam bilik guru / bilik-bilik khas
Suasana dan ketenteraman di bilik guru diharapkan positif - Perlu Lantik
jawatankuasa Bilik Guru bagi tujuan keceriaan/keselamatan Bilik Guru
SKPS.
Tindakan: semua guru
6.17 Perjawatan Dan Pengajaran
Guru-guru yang bermasalah dalam perjawatan diminta berurusan dengan
Ketua Pembantu Tadbir.
Guru-guru yang bermasalah dalam bidang pengajaran boleh berurusan
dengan PK Pentadbiran atau Ketua Panitia MP.
Tindakan: semua guru
6.18 Tugas Rasmi-Tanggungjawab
Guru-guru diberikan tugas-tugas berbentuk kurikulum, HEM, Kokurikulum
dan pentadbiran sekolah. Laksanakan dengan cekap, dedikasi dan
bertanggungjawab.
Tugas yang diamanahkan hendaklah dipikul sendiri jangan dipindahkan
kepada orang lain tanpa pengetahuan Guru Besar / PK Pentadbiran.
Rancangan pengajaran & pembelajaran ditulis ke dalam BRPP/ERPH.
Mengadakan ujian-ujian yang sesuai mengikut keperluan atau mengikut
topik atau secara bulanan dan menganalisis ujian tersebut untuk menjadi
panduan mengajar berfokuskan PAK21.
Meningkatkan minat murid kepada ilmu pengetahuan.
Menganggotai panitia MP.
Menggantikan guru yang tidak hadir bila diperlukan oleh Guru Besar
Mengendalikan kegiatan kokurikulum selaku guru penyelaras persatuan /
kelab / unit beruniform / permainan atau sukan mengikut yang ditetapkan
oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
Mengendalikan dan menyempurnakan tugas-tugas khas seperti Guru Kelas,
Guru Bertugas Harian, Guru Bimbingan, Setiausaha Sukan, Guru Buku Teks
dll.
Mengawas dan membantu dalam semua aspek-aspek.
Memberi kerjasama dalam kerja-kerja urusan pejabat sekolah seperti
mengemaskan stok dan mengisi borang-borang, pengangkutan dll.
Setiausaha berusaha memberi khidmat yang sebaik-baiknya kepada pelajar-
pelajar serta menjadikan diri sebagai contoh yang ideal kepada mereka.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke
semasa.
Kebersihan-Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan
sekolah/bilik darjah.
Jadual Giliran Bertugas dalam kalangan murid dalam bilik darjah hendaklah
disediakan oleh Guru Kelas.
Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan
dengan baik dan selamat.
Guru-guru yang mempunyai bilik khas seperti bengkel dan bilik kaunseling,
bilik KH, bilik tayangan, bilik JQAF, Makmal Komputer dan lain-lain
adalah bertanggungjawab untuk menjaga bilik berkenaan dan membuat
jadual penggunaan supaya semua murid dapat menggunakannya secara
bergilir-gilir.
Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf
sokongan, pekerja swasta dan murid.
Guru-guru tidak digalakkan pergi ke JPN & PPD tanpa tujuan-hanya untuk
urusan peribadi.
Urusan guru-guru ke JPN/ PPD wajiblah direkodkan ke dalam Buku Keluar
Guru dan kakitangan setelah dimaklumkan kepada Guru Besar/PK
Pentadbiran.
Semua kunci alatan kemudahan sekolah mestilah disimpan di pejabat
sekolah. Guru-guru yang menyimpan kunci-kunci bilik tertentu mestilah
mendapat kebenaran BERTULIS daripada Guru Besar dan guru tersebut
bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya.
Semua guru wajib memakai tanda nama.
Pemakaian tanda nama diguna pada hari-hari persekolahan, majlis rasmi di
sekolah dan majlis anjuran JPNT, PPD (kursus, mesy, dsbnya.)
Arahan & Pekeliling-Setiap arahan dan pekeliling hendaklah dibaca
dengan teliti dan dipatuhi
Arahan atau pekeliling yang diberi terus kepada guru itu, hendaklah
disimpan dalam fail khas.
Pekeliling dan arahan yang datangnya dari Kementerian, JPN atau PPD
hendaklah dikembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan
diambil.
Setiap arahan daripada Guru Besar / GPK hendaklah dibaca dengan teliti
dan dipatuhi.
Kelab Guru Dan Kakitangan -Semua guru dan kakitangan secara
automatik menjadi ahli Kelab Guru dan Staf dan PIBG sekolah.
Jumlah yuran yang ditetapkan tertakluk kepada keputusan mesyuarat Kelab
Guru dan Staf.
Bersama-sama membina Kelab Guru dan Staf, bukan meruntuhkannya.
Isytihar Harta -Semua guru dan kakitangan diwajibkan mengisytiharkan
harta masing-masing dalam EgHrmis dan maklumkan kepada KPT/PT (SPI
bil 3/2002)
Wajib mengisytiharkan harta apabila dilantik ke dalam perkhidmatan awam
setiap 6 bulan ,apabila dikehendaki olch Kerajaan, atau Memperolehi harta
tambahan, atau untuk melupuskan harta.
Semua pegawai dikehendaki membuat perisytiharan harta sekurang-
kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun atau setiap kali berlaku
kenaikan pangkat.
Keberhutangan kewangan yang serius/pinjaman kewangan-Setiap
kakitangan awam dilarang membuat pinjaman kewangan daripada mana-
mana agensi kewangan melebihi daripada jumlah gaji yang berbaki kurang
daripada 40% daripada emolumen bulanan pegawai.
Setiap permohonan pinjaman mestilah mendapat kelulusan daripada Guru
Besar. Maklumat yang diberi mestilah telus dan tepat. Sila kemukakan slip
gaji sewaktu memohon kebenaran. Hanya Guru Besar sahaja yang layak
memberi kebenaran dan pengesahan.
Tindakan: semua guru
6.19 Tindakan Bersama Warga Sfeja
1. 1 kerusi 1 meja 1set b.teks - mencukupi
2. Senarai nama murid ditampal di pintu kelas
3. Menyiapkan crph hari pertama & ditandatangani oleh pentadbir
4. Melaksanakan pdpc atau pdpr hari pertama (21.3.2022)
5. Merekodkan kehadiran murid - 8.30 pagi sebelum pukul 10 pagi
6. Melaporkan kerosakan / masalah fizikal kelas
7. Menangani isu / masalah murid-ibu bapa secara berhemah
8. Amalkan budaya guru penyayang sebaiknya
9. Melengkapkan data erph (3 minggu)
10. Pengisian data pelan taktikal dan pelan operasi sehingga akhir bulan januari
11. Data jadual kedatangan murid dilengkapkan mulai minggu kedua hingga akhir
bulan januari
12. Wajib ketik 'punch-card' kehadiran (hadir - pulang)
13. Guru pdpc akhir-tunggu schingga selesai doa & murid pulang
14. RMT untuk tahun 2-6, bermula hari pertama persekolahan
15. Slogan SFEJA- Serentak Menuju Kecemerlangan
7.0 Hal –hal lain
7.1 Slot Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid Jabatan
UNIT HAL EHWAL MURID
SUB UNIT SAHSIAH
Kehadiran murid bersemuka di tahap yang memuaskan. Pihak sekolah
hendaklah melakukan intervensi untuk mewujudkan faktor kehadiran murid
ke sekolah. Sebagai contoh program "Jom Ke Sekolah".
Pengisian amalan baik kepada setiap orang murid dalam sistem SSDM.
Memastikan semua guru bertindak untuk melaksanakan pengisian amalan
baik dalam sistem SSDM.
Penyelarasan penggunaan sistem sahsiah diri murid (ssdm) bagi merekod
data murid mencuba dadah (MMD) bermula tahun 2021.
- Memastikan kes-kes murid tangkapan PDRM berkaitan isu jenayah
narkotik/kes dadah perlu merekod data murid tersebut dalam SSDM
pada kategori murid mencuba dadah (MMD). Guru bimbingan dan
kaunseling (GBK) akan terus mendapat data ini dalam SSDM untuk
intervensi kaunseling.
- Salah laku murid berkaitan Kes "VAPE" perlu merekod dalam SSDM
bagi Kategori "ROKOK".
Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) di semua sekolah negeri
Terengganu.
Pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDA) tahun 2022
SUB UNIT KAUNSELING & KERJAYA
Saringan Minda Sihat 2021 -Pengisian Saringan Minda Sihat di negeri
Terengganu pada 2021 hanya 92%.
Melaksanakan program khas (promosi minda sihat) secara menyeluruh
berdasarkan isu di sekolah
Memastikan GBKSM melaksanakan intervensi umum dan khusus kepada
murid.
Memastikan gbksm melaporkan hasil saringan minda sihat kepada pentadbir
sekolah dan seterusnyan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan
laporan yang diterima
SUB UNIT KESIHATAN
Penjualan makanan di kantin tidak mematuhi peraturan makanan dan
minuman yang dibenarkan atau dilarang.
Pengusaha kantin menaikkan harga makanan tanpa perbincangan dengan
pihak pentadbir
Penggunaan kit ujian kendiri secara kurang tepat menyebabkan bekalan
tidak mencukupi. kit ujian kendiri hanya untuk kegunaan murid.
Peratus pemberian vaksin kanak-kanak 5 hingga bawah 12 tahun adalah
paling rendah iaitu hanya 12.5% berbanding negeri-negeri lain dan sarawak
hampir mencapai 70%.
SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
Isu beg berat-pendekatan & ketetapan kpm akan dilaksanakan bagi
menangani isu ini khususnya murid tahap 1 di sekolah rendah.
1. PENYEDIAAN LOKAR- Sekolah satu sesi :
-Murid akan menyimpan buku di dalam laci meja bilik darjah masing-
masing
2. PENYUSUNAN SEMULA JADUAL WAKTU:
-Melaksanakan jadual waktu yang mengandungi 3-4 mata pelajaran
sehari.Mengikut kaedah dan pelaksanaan yang sesuai (terutama aspek
pemberatan subjek, ketersediaan guru dan sesi persekolahan
-sekolah akan diberi kelonggaran untuk menyediakan jadual waktu
mengikut kitaran minggu.
3. BUKU LATIHAN:
-Bilangan buku Latihan hendaklah tidak melebihi 2 buah buku bagi
setiap mata pelajaran pada satu masa.
-Setiap Buku Latihan hendaklah tidak melebihi 80 muka surat.
4. BUKU AKTIVITI DAN BUKU KERJA:
-Murid hanya dibenarkan untuk menggunakan buku aktiviti yang
disediakan oleh. KPM. Buku kerja hanya boleh digunakan sebagi bahan
rujukan atau bahan ulang kaji di luar waktu Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP).
5. BUKU TEKS DIGITAL:
-Penerbitan baharu buku teks dalam fomat digital secara berterusan.
-Murid yang mempunyai peranti boleh mengakses buku teks digital
melalui pelantar DELIMa. (Sebanyak 692 judul buku teks digital dimuat
naik)
6. PENDEKATAN PdP:
-Guru digalakkan menggunakan pendekatan berpusatkan murid. Iaitu
pembelajaran bertema, modular, pembelajaran berasaskan projek,
simulasi amali (virtual lab) atau pembelajaran terbeza
KOKURIKULUM
Pelaksanaan kokurikulum secara bersemuka. Sila rujuk SOP 3.0 yang
sedang berkuatkuasa
Pemakaian unit beruniform pada setiap hari selasa. Penegasan kepada semua
guru dan pelajar supaya memakai uniform yang lengkap dan betul. Semua
PGB sangatlah digalakkan memakai uniform KRS pada hari selasa pertama
setiap bulan. (Rujuk Surat Siaran KPM Bil.19 2013)
VERIFIKASI DATA PAJSK. PGB dan PK Kokurikulum hendaklah
sentiasa menyemak data keahlian dan pencapaian murid dari masa ke
semasa. Elakkan menunggu disaat akhir untuk mengemaskini data bagi
menggelakkan kesesakan talian dan mengurangkan kesilapan (ralat).
Penyertaan murid dalam sebarang aktiviti @ program peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan. Memainkan peranan dalam menggalakan penyertaan
murid
Memperkasakan program 1 murid 1 sukan.
8.0 Penutup
Selamat menjalankan tugas dengan penuh kebertanggungjawaban dan dedikasi untuk
raihkan kecemerlangan sepanjang tahun 2022.
'Serentak Menuju Kecemerlangan'
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari.
Disediakan oleh : Disahkan oleh :
ZAWIYAH BINTI ABDOL AZIZ RAZIHAWARI BIN CHE WAN
Setiausaha Mesyuarat Guru Guru Besar,
SK LKTP Jerangau,Dungun
SK LKTP Jerangau,Dungun
SK : Fail Sek