The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ajmalarifmn, 2025-02-27 11:16:08

BUKU LOG KOR SISPA 2025

TUGASAN PB MPU3481a

BUKU LOG: KOR SISPA 2025 DISEDIAKAN OLEH: DISEDIAKAN UNTUK: MUHAMAD AJMAL ARIF BIN MOHD NOR MPU2481A-KOKURIKULUM UB KOR SISPA SEDIA. PANTAS. BERINTEGRITI SEDIA. PANTAS. BERINTEGRITI


ISI KANDUNGAN


BIODATA Name: KELAS; OPSYEN; PROGRAM; ANGKA GILIRAN; NOMBOR MATRIK; ALAMAT;


1.SEJARAH KOR SISPA APM FEBRUARI 2025 Prepared by 1 AJMAL ARIF


PERTAHANAN AWAM DI MALAYSIA P R I N S I P - P R I N S I P A S A S K O R S I S P A 1 . S T R U K T U R & O R G A N I S A S I K O R S I S P A 2 . P A K A I A N P E N G A N G K U T A N & P E R A L A T A N L A T I H A N 3 . APM 2 FEBRUARI 2025 AJMAL ARIF Prepared by


I / Angkatan Pertahanan Awam merupakan satu badan keselamatan yang ditubuhkan bertujuan sebagai badan penyelamat di Malaysia. Unit beruniform Sispa atau Tuspa pula merupakan sebuah badan beruniform yang ditubuhkan di institut pengajian tinggi dan sekolah-sekolah di Malaysia yang mana berkait rapat dengan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Penubuhan badan beruniform inibertujuan untuk memberi pengenalan kepada remaja berkaitan dengan Angkatan Pertahanan Awam serta skop-skop tugas yang terdapat dalam APM. Selain itu, ia bertujuan memberi pendedahan awal dan memberi pengetahuan kepada anak-anak muda berkaitan bantuan awal kecemasan, melawan kebakaran, ascending decending dan sebagainya yang akan diperlukan untuk kehidupan seharian. SEJARAH APM 3


I / SEJARAH KEBANGSAAN 1952 Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Мас 1952 secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan Ordinan, 1939 The Civil Defence Ordinance 1951 (kini dikenali Akta Pertahanan Pertahanan Awam 1951-Akta 221) digubal secara rasmi untuk sebagai satu undang-undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu. 1951 Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British sebagai Passive Defense yang dibentuk dibawah Emergency Regulation Enactment Chapter 41 untuk mengadakan langkah-langkah bagi menghadapi Perang Dunia Kedua, 4


I / Jabatan Pertahanan Awam Negeri Kedah ditubuhkan pada 5 Oktober 1964 bertempat di pekan Pumpong, Alor Setar dan mempunyai 1 cawangan sahaja. Pada 1 Julai, Pejabat Pertahanan Awam Kedah telah dinaik taraf dan berpindah ke Wisma Persekutuan Alor Setar. 1964 SEJARAH DI KEDAH 1970 1980 Berlakunya penaiktarafan jawatan dari Pegawai Penjaga ke Pegawai Pertahanan Awam Daerah. Sehingga kini JPAM Kedah telah mempunyai 10 Pejabat Pertahanan Awam di Daerah (PDPA) iaitu di Kota Setar, Langkawi, Padang Terap, Pendang, Yan, Sik, Kuala Muda, Kulim, Kubang Pasu dan Baling 2013 Pada Tahun 30 Jun 2013 JPAM (kini APM) Kedah telah menerima Pusat Pertahanan Awam yang baru terletak di Anak Bukit dengan pembinaan kompleks bernilai RM 18 juta ringgit. Pada tarikh tersebut POPA Kota Setar telah berpindah ke kompleks tersebut sebagai Pejabat Pertahanan Awam Daerah Kota Setar yang baru 5


I / SEJARAH KOR SISPA Pelaksanaan kurikulum Pertahanan Awam dijalankan oleh Jabatan Pertahanan Awam Negeri (JPA3) dan bukan secara berpusat pada tahun 1990-an. Antara IPT awal yang terlibat dengan JPA3 adalah Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Terengganu. (UPMT), Institut Teknologi Mara (ITM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). UPM Cawangan Terengganu (kini Universiti Malaysia Terengganu) merupakan IPT yang pertama menubuhkan Pasukan Anggota Pelajar JPA3 seramai 60 orang pada tahun 1996, diikuti oleh UUM pada tahun 1997, ITM dan UTM pada tahun 1998. Pada tahun 1999, Pusat Kokurikulum UUM dengan kerjasama JPA3 Negeri Kedah telah menawarkan Kursus Pertahanan Awam berstruktur 4 kredit. Inisiatif itu dimulakan dengan 30 orang pelajar berserta 10 orang pensyarah dan kakitangan UUM yang mengikuti Kursus Bakal Pegawai di Pusat Latihan Pertahanan Awam, Butterworth dan seterusnya Majlis Pentauliahan pada 20 Mac 2000 yang disempurna oleh Ketua Pengarah JPA3. 6


I / Pada bulan Disember 2000, penyelarasan semula kokurikulum Pertahana Awam UiTM telah dilakukan oleh JPA3 Negeri Selangor dan seorang Pegaw Penyelaras telah dilantik untuk menguruskan kokurikulum Pertahanan Awa UITM. Pada 16 Januari 2002, pelancaran semula kokurikulum Pertahanan Awam UITM dilaksanakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam. Malay (JPA3) yang mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Malaysia. Pelancaran semula ini menyaksikan kokurikulum Pertahan Awam ini diasingkan daripada Unit Kesatria HEP UITM dan bergerak denga jenama sendiri. la turut menggunakan silibus pembelajaran yang digariska oleh pihak JPA3 dan UiTM. Pada sekitar tahun 2008 dan 2009, beberapa siri perbincangan antara pihak Kokurikulum Pertahanan Awam UiTM Shah Alam dengan pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Selangor untuk membawa usul penubuhan sebuah pasukan beruniform siswazah yang boleh ditauliahkan kepada pihak Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA). SEJARAH KOR SISPA 7


I / SEJARAH KOR SISPA Usaha tersebut akhirnya telah membuahkan hasil apabila kesemua pihak pada masa itu. menerima idea penubuhan pasukan yang dimaksudkan dan bersetuju dengan beberapa perkara yang melibatkan dasar dan pelaksanaan Pada 6 Februari 2010 bertempat di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, Kor Siswa- Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Peringkat UiTM seluruh Malaysia dilancarkan secara rasmi. Pelancaran itu memberi kepercayaan dan keyakinan kepada pihak JPAM untuk membuka ruang yang lebih besar kepada penubuhan Kor Sispa di IPT yang lain. Pendaftaran dan penubuhan Kor Sispa UiTM Shah Alam, Kampus Puncak Alam, Jengka, Machang dan Dungun dibuat dalam tahun 2010-2011. Majlis Pentauliahan Kor Sispa yang pertama berjaya dianjurkan di UiTM Shah Alam pada 12-16 Disember 2010 melibatkan PKS daripada lima buah IPT iaitu UiTM, UMT, UNISEL, UniKL dan USIM. Majlis ini disusuli dengan pelancaran buku Panduan Pengurusan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) yang telah disusun dan diterbitkan dengan kerjasama antara pihak IPPA, JPAM Selangor, JPAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kor Sispa UiTM Shah Alam 8


I / PRINSIP-PRINSIP ASAS APM Mempertingkatkan ketahanan fizikal, mental dan daya kerohanian yang seimbang Menanam semangat kesedaran sivik, ketaatan dan cintakan negara serta penjagaan alam sekitar. Memupuk nilai/ sikap hormat-menghormati, menurut perintah, berdisiplin, bekerjasama, bertanggungjawab, berhemah, kejujuran dan keyakinan diri. Memberi peluang kepada pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam APM untuk membantu diri sendiri dan orang lain. 9


I / STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN 10


I / STRUKTUR ORGANISASI PERINGKAT IPGM KAMPUS IPOH 11


I / PAKAIAN KOR SISPA 5.1.1 APM akan membekalkan pakaian seragam lengkap No. 3 dan 4 secara stok pinjaman kepada pihak IPT Pihak pentadbiran Kor Sispa IPT hendaklah menguruskan bekalan ini dan hanya memohon penggantian jika berlaku sebarang kerosakan. Kehilangan štok pinjaman perlulah diganti oleh individu yang bertanggungjawab 5.1.2 Pakaian bagi tujuan pentauliahan dan pelbagai istiadat APM hendaklah diuruskan oleh pihak IPT sama ada melalui pembelian, pinjaman atau apa-apa alternatif yang bersesuaian. Pihak IPT boleh mendapatkan bantuan daripada pihak APM bagi pembekalan pakaian yang diperlukan 5.1.3 Penyediaan pakaian seragam No. 1, No. 2. Mess Kit dan aksesori wajib bagi Pegawai Kehormat/Bersekutu adalah di bawah tanggungjawab IPT masing-masing 12


I / PENGANGKUTAN KOR SISPA Pihak IPT bertanggungjawab untuk menyediakan pengangkutan yang sesuai kepada Kor Sispa untuk menjalankan sebarang program atau latihan. Namun, pihak pengurusan Kor Sispa IPT juga boleh memohon bantuan pengangkutan daripada Pejabat Pertahanan Awam Negeri / Daerah sekiranya pihak IPT tidak mempunyai pengangkutan bagi tujuan program atau labihan Kor Sispa (bergantung kepada ketersediaan kenderaan). 13


I / PERALATAN LATIHAN KOR SISPA 5.3.1 Bagi tujuan Inthan, pihak IPT hendaklah memperuntukkan peralatan pembelajaran mengikut slibus yang ditetapkan. Perkara ini merangkumi peralatan bagi pertolongan cemas, menyelamat, pengurusan bencana, melawan kebakaran dan lain-lain. 5.3.2 Semua peralatan pembelajaran yang ada hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh APM dan hendaklah sentiasa disimpan, dijaga, diselenggara dan digunakan dengan kaedah yang betul demi keselamatan. pengguna dan kebolehfungsian. 5.3.3 Pihak pengurusan Kor Sispa IPT boleh memohon bantuan peralatan latihan daripada Pejabat Pertahanan Awam Negeri / Daerah dan ILPA sekiranya peralatan di IPT tidak mencukupi tertakluk kepada kelulusan Pegawai APM. 14


2.PENGURUSAN & PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM APM FEBRUARI 2025 AJMAL ARIF Prepared by 15


PROSEDUR PENUBUHAN 1 . P E N D A F T A R A N A H L I 2 . P U N C A K U A S A 3 . P E N G E N A L A N 4 . M A T L A M A T 5 . O B J E K T I F 6 . L O G O L A G U P E R T A H A N A N A W A M 7 . APM FEBRUARI 2025 AJMAL ARIF Prepared by 16


I / Pusat Kokurikulum atau Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT perlu menbuat permohonan bertulis dengan mengemukakan surat dan borang permohonan Lampiran 1) yang telah disokong kepada Naib Canselor/Presiden/Rektor/Ketua Eksekutif kepada Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Nagen (PPAN) dan satu salinan kepada KPM. Bagi penubuhan Kor Siapa pada peringkat cawangan IPT, kelulusan perlu diperoleh daripada IPT induk terlebih dahulu Pihak IPT perlu mengemukakan usul penubuhan Kor Sispa untuk kelulusan pihak Senat/Lembaga Pengarah Pengurus Eksekutif/Presiden 1 2 PENDAFTARAN AHLI & KUMPULAN Permohonan daripada IPT akan dinilai, diproses dan disokong oleh PPAN berdasarkan keperluan Kor Sispa IPT, kemampuan kewangan, pejabat pengurusan, logistik, peralatan dan jurulath sebelum dimajukan kepada IPPA untuk kelulusan dan rekod Sekiranya pemohonan tersebut tidak disokong oleh PPAN, surat maklum balas permohonan penubuhan Kor Sispa perlu dikembalikan kepada pihak IPT berkenaan 4 3 17


I / PENDAFTARAN AHLI & KUMPULAN Permohonan yang berjaya perlu dimaklumkan oleh IPPA secara bertulis beserta sijil penubuhan kepada PPAN yang berkenaan dan satu salinan surat makluman akan dihantar ke KPM 5 PPAN akan memaklumkan kelulusan permohonan kepada IPT 6 Permohonan yang telah diluluskan akan didaftarkan dengan satu nombor pendaftaran bagi IPT berkenaan x: Kod negeri yang berkenaan, contoh: BB untuk Selangor SISPA: Kor Sispa XX Nama singkatan IPT yang memohon 1. PT Induk C: IPT Cawangan 600: No. Fail Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA XXX: Nombor mengikut urutan, contoh: 01, 02 dan seterusnya. A: IPT Kategori Awam S: IPT Kategori Swasta 7 18


I / Permohonan penubuhan Kor Sispa adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:- a. IPT yang diiktiraf dan berdaftar di bawah KPM b. IPT yang menawarkan program pengajian dengan pelajar yang mengiku pengajian Ijazah Sarjana Muda yang diktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MOA) c. Menawarkan sekurang-kurangnya DUA [2] jam kredit mengikut perancangan setiap IPT KEANGGOTAAN PKS Warganegara Malaysia Pelajar-pelajar yang berdaftar dalam program ijazah Sarjana Muda di IPT Pelajar lepasan diploma yang melengkapi PS13 dan mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di IPT Sihat tubuh badan (pengesahan pegawai perubatan jika diperlukan) Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain. Pendaftaran adalah disokong oleh pihak IPT. Mengisi dan mengemukakan borang permohonan serta lulus tem duga kemasukan. 19 PUNCA KUASA


I / PUNCA KUASA 1.1.1 Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1961 [Akta 221) 1.1.2 Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 [Akta 30] 1.1.3 Akta Universiti Teknologi MARA 1976 [Akta 173] Pindaan 2000 1.1.4 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555) Pindaan 2017 1.1.5 Akta Syarikat 2016 (Akta 777) 1.1.6 Peraturan/Kaedah Pertahanan Awam yang Berkuatkuasa 1.1.7 Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkaitan 1.1.8 Arahan Jabatan/Pekeliling terkini 1.1.9 Minit Mesyuarat Pengurusan dan Latihan SiswaSiswi Pertahanan Awam B8 1/2010 pada 31 Mac 2010 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 20


I / IPT merangkumi Universiti Awam / Institut Pendidikan Tinggi Swasta / Institut Pendidikan Guru pada ketika ini giat bekerjasama dengan pasukan beruniform negara menubuhkan pasukan beruniform di institusi masingmasing seperti kerjasama antara UA dengan Angkatan Tentera Malaysia menubuhkan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan dengan Pasukan Polis DiRaja Malaysia menubuhkan Kor Sukarelawan Siswa-Siswi Polis (Kor Suksis) serta lain-lain pasukan beruniform. Sejajar dengan hasrat untuk membangunkan kemahiran insaniah melalui salah satu daripada lapan teras kokurikulum yang diperkenalkan oleh KPM iaitu Teras Kesukarelawanan, pelajar perlu diterapkan nilainilai positif dengan menyertai mana-mana badan beruniform agar dapat melahirkan golongan pelajar yang mantap dari segi akademik, fizikal, mental dan kemahiran insaniah. Keseimbangan semua aspek ini menjadi tunjang kepada kepentingan penubuhan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa). Penubuhan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar itu sendiri, jabatan, universiti dan masyarakat. PENGENALAN 21


I / MATLAMAT & OBJEKTIF MATLAMAT Penubuhan Kor Sispa sebagai landasan untuk melahirkan pegawai muda yang berkepimpinan, berkelayakan dan profesional dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). 1.4.1 Menyebar dan mendidik pelajar mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan orang awam serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang individu yang berpengetahuan dalam ilmu pertahanan awam. 1.4.2 Menjadi pemangkin kepada kesedaran keselamatan orang awam melalui ilmu pertahanan awam yang diterapkan dan diaplikasikan pada peringkat universiti. 1.4.3 Melahirkan pelajar yang mampu berkhidmat dengan APM sebagai pegawai pasukan yang berkepimpinan, bertanggungjawab, dan berkelayakan dalam melaksanakan tugas. 1.4.4 Menanam semangat kerjasama, tanggungjawab, perikemanusiaan, taat setia dan cinta akan negara. OBJEKTIF 22


I / Menjadi Angkatan Pertahanan Awam yang kompeten dalam kesiapsiagaan awam, perlindungan rakyat dan pengurusan bencana Penubuhan Korsispa sebagai landasan untuk melahirkan pengawai muda yang berkepimpinan, berkelayakan, dan profesional dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Memperkasa kesiapsiagaan awam untuk keselamatan dan kesejateraan negara 'Sedia Pantas Berintegriti' MISI MATLAMAT MOTO VISI 23


I / IKRAR APM Bahawa kami Warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sesungguhnya berikrar akan sentiasa melaksanakan peranan dan tanggungjawab kami dengan ikhlas, cekap, berkualiti tinggi, berintegriti, tidak mementingkan diri sendiri dan bekerja dengan semangat berpasukan ke arah mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan dan responsif terhadap bencana yang mengancam nyawa dan harta benda 24


I / LOGO: Menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan Pertahanan Awam pada peringkat tempatan dan antarabangsa. SEGI TIGA SAMA BERWARNA- Lambang dan warna keselamatan iaitu berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Warna dan corak di tengah segi tiga adalah gabungan warna bendera serta perlembagaan negara Malaysia yang sentiasa dipertahankan. SENTIASA SIAP SEDIA - Di sekeliling segi tiga adalah moto APM. BUNGA PADI BERWARNA BIRU- Melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara ini yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh seperti digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi. TAPAK LOGO BERWARNA OREN- Melambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan padu APM untuk mendokong wawasan yang diharapkan. LOGO APM 25


I / LAGU APM SENTIASA BERSEDIA Marilah kita semua Berganding bahu mengembleng tenaga Berbakti dalam pertahanan awam Untuk bangsa kita Padukan jiwa dan raga Sedia berkorban apa saja Memberi dengan ikhlas khidmat mulia Negara tercinta Malaysia bumi yang bertuah Kami sungguh bangga menjadi warga setia Penuh azam dan tekad bersama Berkhidmat untuk keselamatan rakyatnya Kita sentiasa bersedia Menjunjung wawasan semua Ke arah hidup aman dan sentosa Malaysia jaya! 26


PENUBUHAN KOR SISPA 1 . T A D B I R U R U S T U G A S & T A N G G U N G J A W A B 2 . APM FEBRUARI 2025 AJMAL ARIF Prepared by 27


I / Tadbir urus Kor Sispa distrukturkan kepada empat peringkat Jawatankuasa. Empat peringkat Jawatankuasa ini merangkumi Jawatankuasa Dasar pada peringkat kebangsaan, Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa, Jawatankuasa Kerja Ajutan dan Jawatankuasa Peringkat IPT. Struktur tadbir urus Kor Sispa adalah ditunjukkan dalam Rajah dibawah TADBIR URUS KOR SISPA Jawatankuasa Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam Malaysia hendaklah ditubuhkan pada peringkat kebangsaan dan IPT untuk menggubal dasar, menggerakkan latihan, kegiatan dan pentadbiran Kor Sispa pada peringkat kebangsaan dan IPT. 28


I / TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 1. Jawatankuasa Dasar Kor Sispa Peringkat Kebangsaan a. Pengerusi Bersama i. Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, JPT ii. Ketua Pesuruhjaya APM b. Timbalan Pengerusi Bersama 1. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, JPT ii. Timbalan Ketua Pesuruhjaya APM c. Ahli-ahli i. Komandan-komandan Kor Sispa IPT ii. Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik,: JPT iii. Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan, APM d. Urus Setia Bersama i. Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA ii. Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT 29


I / DESKRIPSITUGASAN Jawatankuasa ini merancang dan membuat keputusan perkara-perkara dasar untuk perkembangan Kor Sispa pada peringkat kebangsaan. Jawatankuasa ini bersidang sekurangkurangnya SEKALI (1) dalam setahun. Sebarang dasar baharu, semakan atau rombakan dasar yang diluluskan hendaklah dibuat secara edaran melalui surat pekeliling Jawatankuasa ini juga hendaklah merancang bajet pengurusan Kor Sispa 30


I / TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 2. Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa a. Pengerusi i. Seorang dilantik dalam kalangan Komandan/Timbalan Komandan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Komandan Kor Sispa IPT Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) b. Timbalan Pengerusi 1. Seorang dilantik dalam kalangan Komandan / Timbalan Komandan Kor Sispa IPT I. Lantikan secara undian dalam kalangan Komandan Kor Sispa IPT ii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) c. Timbalan Pengerusi II 1. Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Pertahanan Awam IPPA d. Ahli-ahli i.Komandan/Timbalan Komandan ii. Pengarah-pengarah APM Negeri iii. Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan iv. Komandan-komandan Institut Latihan - Pertahanan Awam (ILPA) v. Pengerusi/Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ajutan vi. Pegawai Bahagian Mahasiswa Holisti:k ': e. Urus Setia i. Bahagian Pengurusan Angkatan, IPPA ii. Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT 31


I / DESKRIPSITUGASAN Jawatankuasa ini menyelaras dan menguruskan pelaksanaan Kor Sispa mengikut dasar-dasar yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Dasar Kor Sispa Peringkat Kebangsaan. Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya EMPAT (4) kali dalam setahun. Sebarang keputusan mesyuarat hendaklah dimaklumkan ke peringkat Jawatankuasa Dasar. 32


I / TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 3. Jawatankuasa Kerja Ajutan Kor Sispa 3. Jawatankuasa Kerja Ajutan Kor Sispa a. Pengerusi i. Ajutan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) b. Timbalan Pengerusi i. Seorang dilantik dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) c. Ahli-ahli i. Ajutan-ajutan Kor Sispa IPT ii. Penolong Pengarah Cawangan Sokongan, BPA, IPPA iii. Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri iv. Wakil Komandan ILPA d. Urus Setia i. Setiausaha dan Penolong Setiausaha yang dilantik dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT 33


I / DESKRIPSITUGASAN Jawatankuasa ini menyelaras dan melaksanakan arahan dan keputusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa. Jawatankuasa ini bersidang sekurangkurangnya EMPAT (4) kali dalam setahun.


I / TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 4. Jawatankuasa Peringkat IPT a. Pengerusi i. Komandan Kor Sispa IPT b. Timbalan Pengerusi i. Timbalan Komandan Kor Sispa IPT c. Ahli-ahli i. Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri ii. Ajutan Kor Sispa IPT _ iii. Pegawai-pegawai Bersekutu Kor Sispa IPT iv. Pegawai Kokurikulum/HEPA IPT d. Urus Setia i. Ajutan Kor Sispa IPT Deskripsi Tugasan:- Jawatankuasa ini merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat IPT. Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya DUA (2) kali dalam setahun. -


I / DESKRIPSITUGASAN Jawatankuasa ini menyelaras dan melaksanakan arahan dan keputusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa. Jawatankuasa ini bersidang sekurangkurangnya EMPAT (4) kali dalam setahun. 34


I / a. Pengerusi 1. Timbalan Komandan Kor Sispa IPT Cawangan TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 5. Jawatankuasa Peringkat IPT Cawangan b. Timbalan Pengerusi 1. Ajutan Kor Sispa IPT c. Ahli-ahli i. Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri atau Daerah ii. Pegawai-pegawai Bersekutu Kor Sispa IPT Cawangan iii. Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT Cawangan iv. Pegawai Kokurikulum/HEPA IPT d. Urus Setia 1. Setiausaha yang dilantik daripada Pegawai yang sedia ada Deskripsi Tugasan:- Jawatankuasa ini adalah merupakan sub kepada IPT induk dan hendaklah merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat IPT Cawangan berdasarkan aspirasi daripada IPT induk. Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya DUA (2) kali dalam setahun. 35


I / TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN a. Memberi nasihat dalam aspek latihan dan bantuan darpada pihak IPT dalam mengendalikan latihan serta meningkatkan pencapaian akademik PKS. b. Bertindak sebagai Pegawai Pemerintah bagi pengurusan Kor Sispa IPT berkenaan, c. Pegawai yang bertanggungjawab merancang peruntukan kewangan Kor Sispa IPT Pegawai Kehormat selaku Komandan Timbalan Komandan a. Bertanggungjawab mengurus semua aspek latihan, pentadbiran dan logistik melalui bantuan daripada pegawaipegawai yang dipertanggungjawabkan b. Membantu menjalankan tugas Pegawai Pemerintah dalam aspek pemerintah, pentadbiran, kawalan dan perhubungan. c. Mendelegasikan apa-apa keperluan, tugas kepada manamana pegawai d. Menjadi perantara antara Kor Siapa dengan pihak IPT dalam semua aspek Menentukan latihan PKS dapat dijalankan dengan lancar dan mengikut jadual latihan seperti yang telah dikeluarkan atau ditetapkan. 36


I / TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB a. Bekerjasama dengan Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT dalam segala aspek pentadbiran dan membantu dalam aspek latihan. b. Mentadbir dan memantau segala urusan pentadbiran Pegawai Penyelaras dan PKS c. Memantau dan menyebarluaskan dasar-dasar yang dikeluarkan oleh APM dan arahan. Komandan d. Menentukan dasar tatatertib dikemaskinikan dan dipatuhi oleh PKS. e. Bertindak sebagai Setiausaha semasa mesyuarat yang dipengerusikan oleh Komandan f. Menentukan semua Perintah Tetap dikemas kini dan mendapat persetujuan daripada Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan APM Negeri dan dipatuhi oleh Pegawai Bersekutu /PKS g. Memberikan nasihat kepada Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT tentang dasar-dasar yang dikuatkuasakan oleh PT dari semasa ke semasa. h. Bertanggungjawab atas kebajikan PKS di IPT. i. Menjaga hubungan dengan lain-lain badan beruniform atau agensi luar untuk mendapatkan bantuan latihan dan pentadbiran Ajutan : 37


I / TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN a. Mengurus semua aspek rekod yang melibatkan sumber pejabat dan personal b. Berhubung dengan pihak IPT dalam semua aspek pengurusan pentadbiran c. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan keseluruhan Kor Sispa. d. Bertanggungjawab kepada Komandan dalam hal-hal pentadbiran. Pegawai Pentadbiran Pegawai Logistik a. Berhubung dengan pihak IPT dalam semua aspek pengurusan logistik b.Menguruskan prosedur pembekalan dan peralatan termasuk pakaian seragam kepada PKS c. Bertanggungjawab kepada Komandan/Ajutan dalam hal-hal logistik 38


I / TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN Pegawai Latihan a. Merancang dan menyediakan jadual lashan b. Memantau pelaksanaan latihan dan aldiviti PKS berjalan mengikut jadual c. Mengatur segata latihan dan aktiviti serta menyediakan perintah gerakan. d. Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam hal-hal latihan dan aktiviti Pegawai Akademik a. Merancang dan menyediakan silibus. b. Menyampai dan mendapatkan penceramah untuk latihan PKS c. Membuat kajian berkaitan subjek-subjek yang diajarkan d. Menyelarasikan penyediaan kertas ujian serta mengurus pemeriksaan dan pemarkushan. e. Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam hal-hal akademik 39


I / TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN a. Bertanggungjawab berkaitan dengan taraf, mutu, kecekapan dan pentadbiran Kor Sispa b. Menguruskan pendaftaran keanggotaan Kor Siapa di IPT c. Merancang dan menjalankan aktiviti Kor Sispa berdasarkan sukatan pelajaran/silib yang ditetapkan d. Melaksanakan penilaian kemajuan pangkat PKS e. Menyediakan Laporan Berkala Kor Sispa f. Menguruskan penyertaan PKS dalam kegiatan pada setiap peringkat. g. Menghadiri perjumpaan/mesyuarat/kursus yang berkaitan dengan Kor Sispa. h. Menguruskan logistik pasukan dan membantu jurulatih i. Menguruskan mesyuarat panel tatatertib PKS j. Membantu tugasan Pegawai Bersekutu Pentadbiran, Pegawai Bersekutu Logatik, Pegawai Bersekutu Latihan dan Pegawai Bersekutu Akademik Kor Sispa IPT Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT (Pegawai Lantikan APM) 40


PAKAIAN SERAGAM P E R A T U R A N P A K A I A N S E R A G A M P E G A W A I K A D E T K O R S I S P A 1 . T A T A C A R A P E M A K A I A N S E R A G A M 2 . 3 . L E N C A N A & P A N G K A T APM FERBURARI 2025 AJMAL ARIF Prepared by 41


I / a. Pakaian Istiadat No. 1 (pentauliahan) JENIS PAKAIAN UNTUK PKS PERATURAN PAKAIAN SERAGAM PEGAWAI KADET KOR SISPA b. Pakaian Seragam No. 2 (bush jacket) c. Pakaian Seragam No. 3 (pakaian pejabat) d. Pakaian Seragam No. 4 (pakaian operasi/kawad) e. T-Shirt oren dan seluar pakaian seragam No. 3 atau 4 (separuh pakaian seragam) f. T-Shirt oren/putih dan seluar sukan hitam/biru gelap (pakaian sukan) g. Tudung biru gelap (PKS wanita) 42


I / UNTUK TUJUAN BERKAWAD a. Jambul (Hackle) b. Mafia c. Anklet d. Sarung tangan putih e. Selempang putih f. Selempang oren untuk ketua platun 43


I / TATACARA PAKAIAN SERAGAM Pakaian Seragam Istiadat Pegawai Tetap dan Pegawai Pasukan Lelaki dan Wanita Pakaian No 1 Pakaian ini dipakai oleh semua pegawai APM lelaki dan wanita apabila teribat dalam sesuatu acara istiadat sama ada pada peringkat jabatan, negeri mahupun persekutuan. Digunakan dalam acara-acara berikut: 1. Majils-Majlis Rasmi Kerajaan Persekutuan/Negeri 2. Majlis Pambukaan Perasmian Dewan 3. Majlis Panerimaan Pingat Kebesaran 4. Perbarisan istiadat dan acara-acara lain yang menetapkan pemakaian pakaian ini. 44


I / Pakaian No 2 Pegawai Tetap dan Pegawai Pisaukan Lelaki dan Wanita Tatacara Pemakaian Pakaian ini dipakai oleh pegawai APM lelaki apabila menjalankan tugas rasmi jabatan atau keadaan tertentu. Tugas-tugas tersebut adalah seperti berikut:- Menghadiri temu duga Menghadiri mesyuarat Hadir ke acara perbarisan di mana anggota perbarisan memakai pakaian nombor 4 (kawad) Dalam semua bentuk lawatan/majlis rasmi TATACARA PAKAIAN SERAGAM 45


Click to View FlipBook Version