The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by patriciachelle8, 2023-06-27 11:44:48

KESANTUNAN BERBAHASA TUGASAN 2 BMMB1144

Institut Pendidikan Kampus Batu Lintang

Keywords: BMMB1144

NAMA PENSYARAH: ENCIK IPOT ANAK ANGKI KESANTUNAN BERBAHASA TUGASAN 2 BMMB 1144


MAKLUMAT PELAJAR NAMA: PATRICIA MICHELLE ANAK TOLEN. KUMPULAN: BM SK 2 PPISMP JUN 2022. ANGKA GILIRAN: 2022042310040.


ISI KANDUNGAN 1) SOALAN TUGASAN 2) KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA 3) JENIS-JENIS MEDIA SOSIAL 4) ISU-ISU PENGGUNAAN BAHASA YANG KURANG SOPAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI MEDIA SOSIAL 5) JUSTIFIKASI KESANTUNAN BERBAHASA SEMAKIN LUNTUR 6) CARA-CARA MENANGANI ISU KESANTUNAN BERBAHASA


SOALAN TUGASAN Secara individu anda dikehendaki mencipta satu e-book yang membincangkan isu-isu penggunaan bahasa yang kurang sopan dalam kalangan masyarakat di media sosial. Berikan justifikasi dan cadangkan cara-cara menangani isu kesantunan berbahasa ini agar masyarakat kita dikenali sebagai masyarakat yang mempunyai jati diri yang tinggi.


KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA Ahmad Juhari Moain (2001) Asmah (1996) Salinah Jaafar (2012) Leech (1983) kesantunan berbahasa ialah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa untuk berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. kesantunan ditakrifkan sebagai penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. konsep kesantunan bahasa yang berpandukan kepada enam maksim utama iaitu maksim santun, kedermawanan, sokongan, kerendahan hati, persetujuan dan simpati. Setiap maksim yang dikemukakan menggalakkan ungkapan yang beradab bukannya yang biadap. kesantunan merupakan adab atau tertib mahupun kebiasaan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat dalam memelihara hubungan sesama manusia dan menjaga tatasusila dalam berkomunikasi dan berinteraksi.


JENIS-JENIS MEDIA SOSIAL


ISU-ISU PENGGUNAAN BAHASA YANG KURANG SOPAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI MEDIA SOSIAL


1) PENGGUNAAN BAHASA ROJAK Menurut Asmah (2007), berpendapat bahawa bahasa rojak sebenarnya bahasa campur kod dan alih kod. Perkara yang dimaksudkan dengan bahasa rojak ialah wujudnya perkataan atau frasa daripada bahasa asing dalam bahasa yang dituturkan. Bahasa rojak atau bahasa bercampur sering digunakan oleh generasi Y dan Z di media sosial. Percampuran bahasa atau bahasa rojak dalam kalangan masyarakat juga merupakan satu fenomena kehilangan bahasa. Berdasarkan gambar rajah 1, terdapat seorang netizen telah melontarkan komen “Fucking stupid & irresponsible parents. Dah tahu takda duit nak pakai kereta, tak payah la buat anak je kerja kau. Tak guna otak”. Dapat kita lihat bahawa netizen tersebut telah menggunakan bahasa yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris ketika memberi komen dalam aplikasi Twitter. Buktinya, “fucking stupid” dalam bahasa Melayu bermaksud “bodoh” manakala “irresponsible parents” bermaksud ibu bapa yang tidak bertanggungjawab. Dalam kes ini netizen tersebut melontarkan komen sebegitu disebabkan berasa terlalu marah dan hilang sabar dengan ibu bapa tersebut yang sanggup membawa anak beramai-ramai naik dengan hanya menggunakan satu motosikal sehingga anak yang paling bongsu terjuntai di belakang motosikal. Tujuan netizen tersebut menggunakan bahasa rojak supaya komen yang dinyatakan itu mudah difahami dan menjadi perhatian kepada netizen yang lain. Sumber: Twitter Rajah 1


2) PENGGUNAAN BAHASA SLANGA Menurut Harishon Radzi dan Tengku Fariqul (2016), menjelaskan bahawa penggunaan bahasa slanga dalam kalangan masyarakat mula berkembang pada abad ke-19. Bahasa slanga merupakan kata-kata yang tidak bersifat baku iaitu melanggar tatabahasa dalam bahasa Melayu standard. Penggunaan bahasa slanga dianggap sebagai sebahagian daripada kehidupan masyarakat kini terutamanya golongan muda. Bahasa slanga biasanya digunakan dalam situasi tidak formal. Berdasarkan gambar rajah 2, dapat kita lihat bahawa seorang netizen telah memberi komen di aplikasi Twitter dengan menggunakan bahasa slanga. Buktinya, netizen tersebut telah menggunakan perkataan " langsi" yang bermaksud bising, " kasi " pula bermaksud bagi, "gua" pula bermaksud aku manakala "lu" bermaksud kau dan "ma". Dalam kes ini, netizen tersebut melontarkan komen sebegitu kerana berasa marah dengan seorang remaja lelaki. Disini netizen tersebut ingin memberi pengajaran dan ingin mengajak remaja tersebut bergaduh kerana remaja tersebut terlalu bising dan banyak bercakap. Tujuan netizen tersebut menggunakan bahasa slanga tersebut kerana dia ingin menunjukkan dirinya seperti seorang gangster dan ingin mencabar remaja tersebut. Rajah 2 Sumber: Twitter


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016), bahasa basahan merupakan bahasa yang sering digunakan dalam komunikasi seharian. Bahasa ini hanya mementingkan kefahaman antara penutur dan pendengar manakala dari aspek tatabahasanya kurang dititikberatkan. Bahasa ini turut dipengaruhi oleh dialek dan slanga sesuatu daerah. Berdasarkan gambar rajah 3, seorang netizen telah menyatakan komennya iaitu "Celah mana lawa.. muka dah cam movie avatar dah.. tambah pula rambut n baju. Korang buta ka apa cakap lawa.. ka nak sedapkan hati ja..". Dapat kita lihat disini bahawa netizen tersebut telah menggunakan bahasa basahan ketika menulis komen di dalam aplikasi Twitter. Buktinya, netizen tersebut telah menggunakan perkataan seperti cam (macam), ka (ke), nak (hendak) dan ja (je). Dalam kes ini, netizen tersebut telah menghina seorang selebriti dari negara barat dan mengatakan wajahnya tidak cantik serta kelihatan persis seperti watak kartun Avatar. 3) PENGGUNAAN BAHASA BASAHAN Rajah 3 Sumber: Twitter


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016), perkataan lucah bermaksud kata-kata yang keji, hina dan tidak senonoh. Bahasa lucah menjadi salah satu yang menyumbang kepada pencemaran bahasa Melayu. Hal ini kerana penggunaan bahasa lucah sangat popular digunakan di media sosial. Tambahan lagi, penggunaan bahasa tersebut mampu membuat seseorang berasa malu serta boleh menjatuhkan imej seseorang. Berdasarkan gambar rajah 4, berikut merupakan perbualan antara dua orang wanita dalam aplikasi WhatsApp. Dalam kes ini, seorang isteri telah menghantar mesej kepada seorang wanita yang dipercayai telah merampas suami daripada nya. Dapat dilihat disini bawa sang isteri telah melontarkan kata-kata yang berunsur lucah kepada wanita yang di mesej tersebut. Buktinya, sang isteri telah menggunakan perkataan seperti "pukimak" (kemaluan ibu), "cibai" (kemaluan) dan "lancau" (kemaluan lelaki). Sang isteri melontarkan kata-kata sebegini di dalam perbualan kerana dia berasa sangat geram dan marah kepada wanita tersebut. Tambahan lagi, wanita tersebut bersikap sombong dan suka mencabar kesabaran sang isteri. Namun begitu, penggunaan perkataan tersebut sangatlah tidak sopan dan bersifat kesat sehinggalah boleh menjatuhkan imej wanita yang dipercayai telah merampas suaminya. 4) PENGGUNAAN BAHASA LUCAH Rajah 4 Sumber: WhatsApp


Menurut Amat Juhari Moain (1989) berpendapat bahawa sistem sapaan dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga aspek utama iaitu kata ganti nama, kata rujukan hormat, kata gelaran atau pangkat. Kata ganti nama yang digunakan dengan betul dan sesuai memberi keselesaan kepada seseorang yang diajak berbual. Namun begitu, aspek penggunaannya boleh menjadi rumit dan kerap berlaku kesilapan akibat daripada penggunaan kata panggilan dan gelaran yang tidak sesuai yang boleh menyebabkan perasaan seseorang tersinggung. Berdasarkan gambar rajah 5, seorang netizen telah melontarkan komen iaitu "Eii....malunya dh la penyondol perosak rumahtangga org ade hati nk show off, muka tembok anak kazar". Dalam kes ini, netizen tersebut telah memerli dan menghina seorang wanita yang bernama Ira Kazar kerana telah merampas suami seorang pelakon terkenal iaitu Puteri Sarah. Dapat dilihat disini, netizen tersebut telah mengelar wanita yang bernama Ira Kazar itu adalah penyondol dan perosak rumah tangga. Disini juga, netizen tersebut langsung tidak berasa hormat dengan ayah kepada wanita tersebut kerana memanggilnya dengan nama iaitu "Kazar". Seharusnya netizen tersebut menggunakan kata panggilan dan gelaran yang betul iaitu encik Kazar Saisi. 5) PENGGUNAAN KATA PANGGILAN & GELARAN YANG TIDAK SOPAN. Rajah 5 Sumber: Facebook


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016), bahasa kasar merupakan bahasa yang tidak sopan atau tidak manis untuk dituturkan serta bersifat kesat iaitu menyakitkan hati orang yang mendengar atau membacanya. Penggunaan bahasa kasar ini turut menjadi salah satu fenomena yang tidak terkawal di mana masyarakat menggunakannya untuk menghina, mengejek dan sebagainya. Berdasarkan gambar rajah 6, seorang netizen telah melontarkan komen yang bersifat kasar dan kesat di dalam aplikasi Facebook. Buktinya, netizen tersebut telah menggunakan perkataan seperti babi, sial, hanjing dan puii. Dalam kes ini, netizen tersebut berasa marah kerana dia telah memesan makanan di suatu kedai makan tetapi dia telah lama menunggu pesanannya iaitu kira-kira dalam satu jam setengah. Tambahan lagi, pekerja yang menghantar pesanan tersebut langsung tidak meminta maaf kepada netizen tersebut kerana telah membuatnya menunggu terlalu lama untuk pesanan makanan tersebut. Namun begitu, penggunaan kata-kata tersebut sangatlah tidak sopan dan mampu menyakiti perasaan orang yang disindir itu. Sebaliknya, netizen tersebut seharusnya bersikap lebih sabar dan menyelesaikan masalah itu dengan bertanya secara baikbaik kepada pelayan disitu dan bukannya menyindir dalam media sosial. 6)PENGGUNAAN BAHASA KASAR & KESAT Rajah 6 Sumber: Facebook


JUSTIFIKASI KESANTUNAN BERBAHASA SEMAKIN LUNTUR


IBU BAPA RAKAN SEBAYA KEMAJUAN TEKNOLOGI MASYARAKAT Kurang mendidik dan menerapkan aspek kesantunan berbahasa dalam diri anak-anak. Terlalu mengharapkan para guru untuk mendidik anakanak di sekolah. Kurang memantau etika dan perlakuan anak-anak kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan. Masyarakat kebanyakkan lebih membanggakan budaya luar berbanding budaya sendiri seperti budaya barat dan budaya korea. Masyarakat turut menganggap aspek kesantunan berbahasa kurang penting dalam kehidupan masa kini. Masyarakat turut menganggap berasa kolot dan memalukan apabila menggunakan bahasa yang betul dan sopan-santun. Remaja cepat terpengaruh dengan rakan sebaya mereka. Remaja ingin merasa bebas dan tidak mahu dikongkong oleh ibu bapa. Remaja juga sentiasa mempunyai sifat ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baharu. Remaja menggunakan bahasa-bahasa yang tidak sopan kerana ingin menunjukan keakraban hubungan dengan rakan sebaya mereka. Terpengaruh dengan penggunaan yang salah dan kurang santun di media sosial seperti Tiktok, Facebook dan Instagram. Tayangan-tayangan rancangan dari Barat yang mendedahkan perlakuan dan perkataanperkataan yang tidak sopan. Terpengaruh dengan budaya luar seperti punk, gothik dan sebagainya. Etika pemakaian yang kurang sopan dan menjolok mata seperti baju croftop, minishirt, seluar legging & miniskirt).


CARA-CARA MENANGANI ISU KESANTUNAN BERBAHASA


1) PERANAN IBU BAPA Ibu bapa memainkan peranan sangat penting bagi membendung isu kesantunan berbahasa terutamanya dalam kalangan anak-anak mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang berperanan dalam mencoraknya. Contohnya, ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak untuk menggunakan bahasa yang betul dan bersesuaian. Sekiranya anak-anak telah membuat kesalahan dalam bahasa maka sebagai ibu bapa hendaklah menegur dan membantu memperbetulkan kesalahan tersebut agar kesalahan tersebut tidak berulang lagi. Ibu bapa turut berperanan penting sebagai suri teladan kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap langkah atau kelakuan ibu bapa semestinya akan diikuti dan ditiru oleh anak-anak. Justeru itu, ibu bapa juga seharusnya mengamalkan gaya pertuturan yang sopan ketika berkomunikasi dengan individu lain agar anak-anak juga akan melakukan perkara yang sama dan mengetahui betapa penting aspek kesantunan berbahasa dalam komunikasi seharian dengan orang lain. Ibu bapa juga boleh membelikan buku tatabahasa untuk anak-anak supaya anak-anak dapat mempelajari dan mendalami ilmu tentang penggunaan bahasa yang betul dan tepat.


2) PERANAN PIHAK SEKOLAH Pihak sekolah turut berperanan penting dalam memberikan pendidikan kepada murid-murid terutamanya dari aspek etika dan tingkah laku. Disini kita dapat lihat, guru berperanan penting dalam memantau tingkah laku dan etika murid terutamanya dalam komunikasi di sekolah mahupun di luar bilik darjah. Guru turut berperanan dalam menerapkan disiplin melalui nilai-nilai murini yang membenarkan murid untuk berperwatakan baik, teratur dan beradap sopan. Contohnya, guru haruslah mendidik anak-anak untuk saling hormat-menghormati dengan sesama rakan sebaya dan guru di sekolah dengan mengucapkan salam seperti Selamat pagi, Salam sejahtera dan sebagainya. Pihak sekolah turut berperanan dalam mengadakan program atau kempen bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dengan tujuan untuk memperkasakan dan memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu terutamanya dalam kalangan murid. Antara program yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah seperti Program Minggu Bahasa dan Kempen Bulan Kemerdekaan. Melalui usaha-usaha ini sudah pasti isu kesantunan berbahasa terutamanya dalam kalangan murid dapat dibendung.


3)PERANAN PIHAK MEDIA MASSA Pihak media massa turut berperanan penting dalam membendung isu kesantunan berbahasa terutamanya dalam kalangan masyarakat. Justeru itu, pihak Teknologi dan Komunikasi Malaysia perlulah melakukan pemantauan secara berterusan terhadap bidang penyiaran media massa. Hal ini kerana langkah tersebut dapat memastikan laman sosial berupaya menjadi satu platform bagi pemantapan bahasa yang santun dan beradab sopan. Contohnya, media massa seperti Tiktok, Twitter dan Facebook sepatutnya menghapuskan kandungan video atau komen yang bersifat tidak sopan, berunsur lucah dan sebagainya. Pihak media massa juga berperanan dalam memastikan rancangan yang hendak disiarkan perlulah mematuhi syarat-syarat penyiaran yang ditetapkan terutamanya dalam penggunaan bahasa yang santun.


4) PERANAN PIHAK KERAJAAN Pihak kerajaan juga berperanan penting bagi membendung isu kesantunan berbahasa dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana pihak kerajaan juga bertanggungjawab dalam memimpin pentadbiran dan memacu ekonomi negara ke arah yang lebih baik. Oleh itu, pihak kerajaan seharusnya menguatkuasakan undangundang tentang penggunaan bahasa yang kurang santun terutamanya dalam media sosial. Contohnya, pihak kerajaan seharusnya mengenakan denda atau hukuman seperti penjara, denda bayaran tunai atau kedua-keduanya sekali. Hal ini penting supaya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat agar sentiasa mementingan kesantunan berbahasa sama ada berkomunikasi secara depan muka mahupun di media sosial. Pihak kerajaan juga dapat membina kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mengadakan program untuk memartabatkan dan memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dengan betul. Di samping itu, pihak kerajaan turut berperanan dalam menyokong segala aktiviti yang dilaksanakan oleh individu atau sebuah organisasi terutamanya bertujuan untuk mengangkat nama bahasa Melayu dengan memberi wang peruntukan atau bantuan kepada individu atau organisasi yang menjalankan program tersebut.


Berdasarkan isu-isu yang telah diketengahkan, dapat kita lihat bahawa kebanyakkan pengguna media sosial sememang kurang menitikberatkan aspek kesantunan berbahasa semasa berkomunikasi dan menulis komen. Berdasarkan justifikasi yang telah dikemukakan juga kita dapat mengetahui apakah faktorfaktor yang menyebabkan amalan kesantunan berbahasa semakin luntur. Dengan itu, melalui kerjasama pelbagai pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah, media massa dan kerajaan kita dapat menangani isu kesantunan berbahasa sekali gus dapat meningkatkan martabat negara kita. Oleh itu, diharapkan generasi akan datang sentiasa membudayakan amalan kesantunan berbahasa dan dapat melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa dan berakhlak mulia. KESIMPULAN


SENARAI RUJUKAN


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version