NAMA KURSUS :
NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
PUAN FADZILAH BINTI ABD RAHMAN
KUGAASHINI A/P MURUGAN 16DAT21F1043
STEFANIE A/P SANDANASAMY 16DAT21F1057
ERNEST NICHOLAS A/L MICHEL 16DAT21F1999
GAJAN A/L MOHANADASS 16DAT21F1079
PENGENALAN 3-4
FAKTOR - FAKTOR 5-6
KEBAIKAN DAN 7-12
KEBURUKAN GADJET
LANGKAH-LANGKAH 13-15
MENGATASI
DATA 16-17
KESIMPULAN 18
PANDANGAN 19 - 20
AHLI KUMPULAN
RUJUKAN 21
Perkembangan teknologi khususnya gajet semakin Justeru, media merupakan penyumbang utama kepada
meningkat dalam penggunaan masyarakat tidak kira gaya hidup belia dan kanak-kanak masa kini. Kozuki et
umur, bangsa atau jantina. Menurut Beauty et al al. (2002) mengkaji penggunaan permainan komputer
(2015), fungsi gajet ialah untuk menyediakan media dalambelajar dan mengajar. Kajiannya menonjolkan
sosial agar mudah diakses oleh penggunanya. perbandingan keupayaankomputer pada masa dahulu
Contoh gajet ialah telefon pintar, tablet, komputer dan sekarang. Pada masa lalu tahap penguasaan
dan pelbagai lagi. Berdasarkan komputerrendah, maka pergerakan imej dan animasi
Samsudin A. Rahim (1998), perkembangan industri dalam pengajaran tidak bolehdilaksanakan dengan
media dirasai di pertengahan jayanya manakala pada masa ini dengan kelajuan
tahun 1990-an apabila kerajaan menukar dasar komputer serta banyak kemudahan tambahan lagi
kepada perkhidmatan penyiaran, dan seperti multimedia telah memudahkan penggunaan
dengan pindaan undang-undang penyiaran ini computer dalam pengajaran. Ini disokong oleh kajian
membolehkan kemunculan siaran televisyen Zaharah Osman (2016) yang menyatakan: bahawa
satelit. Begitu juga pada pertengahan 1990-an, kanak-kanak yang menonton program "Didi dan Rakan"
berlaku perubahan dalam dasar kerajaan melalui penggunaan gajet akan menjadi lebih
yang telah memberikan lesen untuk operasi bersemangat dan membina daya ingatan mereka
perkhidmatan penyiaran kepada beberapa dengan lebih kuat.
stesen televisyen dan radio swasta untuk
menggalakkan lagi perkembangan media massa di
Malaysia.
Walaupun penciptaan gajet memberi impak positif,
gajet tetap memberi impaknegatif kepada
pengguna. Alat akan membuatkan pengguna
ketagih.Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) juga, teknologi kini menjadi satu
perkarayang murah dan mudah didapati
menyebabkan perubahan budaya diMalaysia (KKM,
2017). Internet khususnya telah menjadi sesuatu
yang mudah diakses danpenggunaannya semakin
meluas di mana-mana. Penggunaan gajet
mempunyai kesan negatif kepada penggunanya
seperti menimbulkan rasa malas. Biasanya
permainan
komputer akan mengabaikan dan menyebabkan
penggunaan masa yang lama untuk setiap satu
pengguna (KKM, 2017).
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui
Berita Harian telah membuktikannya Alat tanpa
wayar seperti tablet dan telefon bimbit adalah agen
risiko yang disebabkan oleh kanser oleh sinaran
yang dihasilkan (Berita Harian, 2015). Sinaran yang
dihasilkan mampu melumpuhkan sistem imunisasi
kanak-kanak jika mereka terdedah kepada sinaran
tersebut tinggi atau dengan kata lain pendedahan
terlalu lama sejak bayi lagi. Menurutnya, gajet
menyebabkan pengguna yang suka bermain
peranti permainan video yang dipegang
menyebabkan masalah tulang belakang. Malaysia
sedang melalui era perubahan di mana 'Makcik
ganti Ibu dan Ayah' sedang dalam proses
membesarkan anak. Fenomena ini bukan sahaja
memberi kesan kepada masyarakat di Malaysia,
tetapi juga komuniti di luar negara, di mana 'Gajet
menggantikan Makcik/Ibu Bapa'. Ramai yang
berkata bahawa adalah lebih baik jika ibu bapa
mempunyai Ipad, kerana ia akan memudahkan ibu
bapa membuat kerja rumah dan teknologi ini
memudahkan ibu bapa mengawal tingkah laku
anak ketika berada di rumah orang lain.
KESIBUKAN IBU BAPA
Antara sebab yang mempengaruhi penggunaan gajet
adalah jumlah kesibukan
ibu bapa. Pada zaman ini, kebanyakan ibu bapa
bekerja seharian dan hanya pulang ke
rumah pada waktu malam. Pada masa yang sama,
mereka sering terlibat dalam
menguruskan hubungan keluarga, seperti keperluan
asas anggota keluarga, hal
peribadi dan urusan rumah tangga dan ini tidak mudah
bagi mereka untuk melakukan
kerja mereka sambil menjaga anak mereka. Hasilnya,
mereka akan menggunakan gajet
sebagai alat utama mereka untuk menghiburkan anak
mereka ketika mereka
menguruskan hal-hal mereka. Sebagai contoh, ibu
bapa tertentu dengan sengaja akan
memberikan alat untuk anak-anak bermain sehingga
mereka dapat menyelesaikan
beberapa tugas sementara fikiran anak-anak tertumpu
pada alat dan perkara ini secara
tidak langsung menjadikan kanak-kanak ketagih
dengan alat. Akhirnya, dapat dilihat
bahawa kesibukan ibu bapa menyumbang kepada
lonjakan isu penggunaan gajet
berlaku.
TEKANAN SOSIAL
Selain itu, tekanan sosial juga menyebabkan masalah
penggunaan gajet
berlaku. Remaja adalah kategori orang yang paling
mudah dijangkiti dan sering
mempunyai minat yang tinggi dan hal ini sangat
mengganggukan jika mereka terdedah
kepada keganasan gadget, seperti buli siber, melihat
laman web pornografi, dan
sebagainya. Namun, ini dapat diselesaikan sekiranya ibu
bapa memerhatikan aktiviti
seharian anak-anak mereka. Ibu bapa juga diharapkan
untuk meluangkan lebih masa
dengan anak mereka. Selain itu, kebanyakkan individu
terutamanya remaja membazir
duit mereka sekadar ingin memiliki sesebuah gajet kerana
tidak ingin diiktiraf sebagai
ketinggalan zaman. Maka, jelaslah bahawa rakan sebaya
merupakan faktor yang
mempengaruhi isu penggunaan gajet semakin berleluasa
PENGARUH RAKAN SEBAYA
Punca ketagihan penggunaan media sosial dalam
kalangan remaja adalah pengaruh rakan sebaya.
Golongan remaja cenderung untuk berjumpa dan
meluangkan masa dengan rakan sebaya untuk
mendapatkan ketenangan dan kegembiraan. Namun
begitu terdapat segelintir daripada mereka yang mudah
terpengaruh dengan melakukan perkara yang sia-sia.
Golongan remaja juga gemar menggunakan media sosial
kerana selebriti dan artis daripada seluruh dunia
menggunakan platform ini sebagai cara untuk mendekati
peminat mereka. Oleh yang demikian, remaja perlu sedar
bahawa mereka dalam peringkat umur yang penting
dalam kehidupan untuk menjadi insan yang berguna
kepada keluarga, masyarakat dan negara
Alat hiburan
Gajet masa kini telah dijadikan sebagai alat hiburan
kerana dilengkapi dengan fungsi untuk mendengar
muzik, video, dan juga boleh mengambil gambar.
Kemudahan yang diperolehi telah menarik minat
semua golongan untuk memiliki gajet. Hiburan ini
secara tidak langsung membantu kita
menghilangkan tekanan akibat penat bekerja
Alat Perhubungan
Gajet juga merupan sebagai alat berkomunikasi
sesama manusia. Oleh sebab adanya perkembangan
teknologi maklumat, kini jurang hubungan antara
penduduk luar bandar dan bandar dapat dikurangkan.
Ini juga membantu kita untuk menjimatkan masa.
Maklumat Mudah Diperoleh
Kemudahan Internet kini boleh dinikmati oleh setiap
orang. Jadi dengan adanya capaian Internet ini, maklumat
akan menjadi lebih mudah untuk diperolehi dengan
menggunakan gajet sebagai medium perantaraan. Segala
maklumat boleh dicapai hanya dengan hujung jari sekelip
mata tanpa batasan waktu. Ini menjimatkan duit kerana
kita kita tidak perlu membeli setiap buku untuk mencari
maklumat yang kita perlu.
Menjana Pendapatan
Kita boleh lihat betapa ramainya masyarakat yang mendapat kebaikan daripada
menjalankan perniagaan di Facebook, Twitter, Tik Tok dan Youtube. Media sosial
digunakan secara meluas pada zaman ini. Secara tidak langsung orang ramai
akan tahu tentang sesuatu produk atau barangan yang diviralkan dan
membelikanya. Ia dapat menjana pendapatan penjual apabila mengguakan gajet
sebagai satu medium kepada perniagaan.
MENINGKATKAN SIKAP MALAS
Walaupun gadget amat penting pada zaman sekarang
untuk memudahkan kerja tetapi jika Penggunaan gajet
yang tidak dikawal boleh membawa kepada banyak kesan
negatif. Antaranya adalah mewujudkan sikap malas.
Kebiasaanya permainan komputer akan mengasyikkan dan
mengambil masa yang lama seseorang pengguna. Ini
boleh meningkatkan sikap malas dan mengakibatkan
remaja hanya menumpukan kepada permainan mahupun
gajet masing-masing. Remaja juga boleh menjadi ketagih
BERLAKU KEKURANGAN MASA
dan banyak masa yang produktif seperti mengulang kaji
pelajaran diabaikan begitu sahaja dan ia akan
Dari sudut yang berlainan pula, masalah kesihatan
mengurangkan rasa keinginan melibatkan diri dengan
akan mula menyerang pelajar yang menggunakan
aktiviti luar rumah. Remaja yang didalam kategori ini,
gajet dalam penggunaan seharian. Mereka akan
merasakan permainan online lebih menyeronokkan
mula menghadapi masalah kekurangan waktu rehat.
berbanding permainan realiti seperti bola sepak, bola
jaring, badminton dan sebagainya. Tidak mampu Kebanyakan masa digunakan untuk melayari
internet bagi mendapatkan maklumat. Ada kalanya
menempatkan diri bersosial di medan sukan bersama
rakan-rakan sebaya. mereka tidur lewat malam untuk menyelesaikan
kerja-kerja memuat turun maklumat daripada
internet. Keadaan ini menyebabkan mereka
keletihan lalu hilang fokus dalam tumpuan
pembelajaran di sekolah. Masalah ini akan memberi
kesan pada penglihatan lalu menyebabkan mereka
menghadapi masalah rabun jauh. Jika berlarutan
masalah rabun ini akan terjadi lalu pelajar
dikehendaki memakai cermin mata. Bukan itu
sahaja, pengguna taksub kepada gajet sehingga
lupa makan atau menjadi malas untuk melakukan
aktiviti di luar. Sebagai contohnya bersenam dan
beriadah.
KEKURANGAN FOCUS
Komunikasi dan Tumpuan juga merupakan salah satu kesan yang buruk. Penyelidik dalam neurobiologi
menyatakan bahawa remaja yang memanfaatkan teknologi mungkin dapat melakukan pelbagai tugas pada
masa yang sama, tetapi kemasukan maklumat baru yang berterusan sebenarnya boleh mengakibatkan
ketidakupayaan menumpukan dan menapis maklumat, serta meningkatkan tekanan perasaan. Antara risiko
lain yang turut meningkat adalah kesusahan sesetengah remaja memahami nuansa komunikasi dan emosi
dalam interaksi sebenar. Disebabkan mereka banyak menghabiskan masa dengan telefon pintar, mereka
lebih menggemari komunikasi dengan respon laju dan pantas. Satu kajian melaporkan bahawa pelajar tidak
dapat menumpukan perhatian kepada kerja rumah mereka untuk lebih daripada dua minit tanpa perhatian
mereka dialihkan oleh gajet mereka
MENJANAKAN MASALAH SOSIAL
Dengan wujudnya rangkaian World Wide Web, individu
dan organisasi boleh memaparkan sebarang maklumat
dengan senang. Namun sekiranya ini digunakan untuk
tujuan yang tidak baik maka ia akan membawa pengaruh
yang negatif terhadap kehidupan. Selain itu, internet juga
membawa maklumat-maklumat lucah yang boleh
menjanakan masalah sosial terutamanya jenayah.
Rangkaian internet boleh juga menjadi saluran tidak sihat
untuk melakukan jenayah. menjadi punca utama remaja
Melayu terjebak dalam gejala ponteng sekolah. Bukan itu
sahaja, penipuan mudah berlaku dan kebanyakan
pengguna mudah tertipu dengan maklumat yang
disebarkan melalui gajet dan sesetengah pengguna ditipu
melalui pembelian barangan secara talian yang tanpa
jaminan melaui media social dengan ini pengguna selalu
mendapat maklumat palsu yang menyebabkan mereka
mengalami kerugian beribu-ribu ringgit dan mereka
dikenali sebagai “Scammer”.
MENGALAMI MASALAH KESIHATAN
Ketagihan permainan komputer ini sudah tentu memberikan impak yang negatif. Remaja akan
menghabiskan masa yang banyak di komputer dan juga bersosial secara maya dengan gajet
masing-masing. Masa dan tempat tidak lagi menjadi isu asal sahaja ada capaian internet maka
ketagihan terhadap permainan mahupun bersosial akan dilakukan demi melepaskan ketagihan.
Lama kelamaan ini akan menjadi rantaian kehidupan dan ketagihan terhadap permainan online
tidak dapat elakkan. Masa berharga hanya dibiarkan berlalu demi ketagihan gajet. Ini adalah
impak yang amat tidak baik kepada remaja. Malam hari dihabiskan dengan melayari internet
dan ini akan memburukkan lagi keadaan bahkan boleh menyebabkan remaja mengalami
masalah kesihatan. Contoh masalah kesihatan akan dialami ialah, masalah penlihatan,
Insomnia, kemurungan, perkembangan fizikal terbantut dan juga berlaku ganguan mental
Peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan telefon pintar
dalam anak mereka ialah ibu bapa mestilah mengajar anak mereka
cara betul menggunakan telefon pintar. Hal ini kerana anak-anak
dapat dielakkan daripada menyalahgunakan telefon pintar yang
dimiliki oleh mereka. Ibu bapa boleh memberikan pengetahuan
kepada anak-anak tentang kes penyalahgunaan telefon pintar dan
memastikan anak-anak mempunyai ilmu penggunaan telefon pintar
yang betul. Sumber daripada akhbar Berita Harian melaporkan
55% remaja mendedahkan maklumat peribadi kepada individu
yang tidak dikenali , termasuk memberikan gambar dan gambaran
fizikal diri mereka. Oleh itu, anak tidak akan menjadi golongan
nomofobia, iaitu fenomena yang menyebabkan seseorang terasa
fobia tanpa telefon pintar. Sebaliknya, anak-anak mampu
memanfaatkan telefon pintar untuk mencari maklumat yang penting
dan berguna. Tambahan pula, anak-anak dapat membaca bahan-
bahan yang berkualiti yang tidak menjejaskan pelajaran mereka
Di samping itu, ibu bapa mestilah mendedahkan anak mereka kepada
isu penyalahgunaan telefon pintar. Hal ini dikatakan demikian kerana
anak-anak remaja akan hilang kawalan terhadap telefon pintar dan
mula ketagihan penggunaan telefon pintar. 29% remaja hari ini
menjadi mangsa dihubungi dan dihendap oleh individu yang tidak
dikenali oleh mereka. Lebih -lebih lagi, 29% remaja memuat naik
maklumat yang salah dan palsu, gambar yang memalukan dan
menyebarkan lawak tidak baik mengenai seseorang dalam media
sosial. Misal kata, ibu bapa harus membincangkan penyalahgunaan
telefon pintar dengan anak-anak. Menurut Akhbar Berita Harian,
laporan menunjukkan bahawa 24% ibu bapa memeriksa kandungan
telefon pintar anak mereka. Akibatnya, anak-anak mereka tidak akan
mengabaikan pelajaran walaupun memiliki telefon pintar sebaliknya
mereka akan memanfaatkan telefon pintar untuk menyimpan nota dan
maklumat peperiksaan. Anak-anak juga hanya menggunakan telefon
pintar sekiranya selesai menjalankan tugas harian. Oleh itu, remaja
begitu tidak akan membazirkan masa kerana bagi mereka masa itu
emas. Tuntasnya, anak mestilah didedahkan oleh ibu bapa tentang
penyalahgunaan telefon pintar agar dapat mengawal anak-anak
daripada menyalahgunakan telefon bimbit.
Seterusnya, ibu bapa mestilah memantau penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak. Hal ini
berpunca daripada ibu bapa dapat mendisiplinkan anak-anak sebelum mereka terlibat dalam gejala sosial.
Ibu bapa boleh mengehadkan jadual anak hanya menggunakan telefon pintar apabila mereka memerlukan
fungsinya. Hal inilah dapat memastikan anak-anak tidak bergaul dengan mana-mana individu di luar sana.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, penggunaan telefon pintar yang terlalu lama akan menjejaskan
kesihatan remaja. Sebagai contohnya, mata remaja akan menjadi kering, penat dan mengalami kesakitan di
batu dan di leher. Oleh hal yang demikian, anak tidak akan mengalami masalah kesihatan mata jika
dipantau oleh ibu bapa. Dengan usaha yang diambil ini anak-anak dapat mengimbangi masa antara
pelajaran dengan aktiviti bersosial. Anak juga akan menjadi lebih rapat dengan ibu bapa daripada rapat
dengan telefon. Anak-anak mestilah dipantau oleh ibu bapa dalam penggunaan telefon pintar supaya
mereka tidak akan bermanja-manja dan bermain-main dengan telefon pintar sehingga melupakan
pelajaran.
Selain itu, ibu bapa bolehlah membelikan anak
mereka telefon pintar sekiranya anak matang.
Hal ini dikatakan demikian kerana banyak ibu
bapa membelikan telefon pintar kepada anak
mereka sewaktu usia anak belum matang lagi.
Anak-anak akan mendapat gantian kasih
sayang ibu bapa yang membeli telefon pintar
yang mahal. Anak pula menyalahgunakan
telefon pintar untuk menunjuk-nunjuk kepada
kawan. Anak yang umur baru setahun jagung,
darah baru setampuk pinang perlu dijaga
kerana mereka masih sangat muda dan belum
berpengalaman. Sebagai contohnya, ibu bapa
boleh mendapatkan pandangan daripada
kawan dan pakar dalam hal ini. Dalam temu
ramah dengan The Mirror, Bill Gates
mengatakan bahawa remaja berusia 14 tahun
baru sesuai memiliki telefon pintar sendiri.
Impaknya, anak remaja itu dapat berfikir
dengan matang dan membuat keputusan yang
baik. Mereka tidak akan membazirkan masa
bersembang kosong dengan aplikasi media
sosial dan memanfaatkan telefon pintar secara
optimum dalam pelajaran dan kehidupan. Anak
remaja ini dapat membuat perbezaan yang
mana kaca, yang mana permata. Sudah terang
lagi bersuluh, telefon pintar mampu dibeli oleh
ibu bapa jika anak cukup matang untuk
menggunakannya agar kawasan dapat
dilakukan terhadap anak-anak daripada
terjerumus dalam ketagihan telefon pintar
sehingga pelajaran terabai.
ANGGARAN PENGUNAAN TELIFON BIMBIT
SELURUH DUNIA
GAJET YANG KERAP DIGUNAKAN
Kesimpulannya, penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja memberi seribu satu
manfaat kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya, namun sebagai pengguna kita perlu
bijak menggunakan gajet atau alatan yang dicipta di dunia yang serba canggih ini dengan
cara yang betul. Jika tidak digunakan untuk kebaikan, ini boleh merosakkan masa depan. dan
fikiran remaja itu sendiri. Media sosial adalah salah satu alat untuk berkongsi dan berhubung
dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia di alam semesta. Sehinggakan pada masa ini
sesiapa yang tidak mempunyai akaun laman sosial dianggap ketinggalan zaman. Hal ini telah
banyak mempengaruhi masyarakat sekeliling dan telah mempengaruhi masyarakat sekeliling
dengan memberikan kesan positif dan negatif. Namun, ia bergantung kepada cara pengguna
memanfaatkan kemudahan yang disediakan. Oleh itu, masyarakat khususnya ibu bapa perlu
memainkan peranan penting untuk mengelakkan kesan buruk akibat penggunaannya kerana
mencegah lebih baik daripada mengubati. Selain itu, masyarakat juga perlu mempunyai
disiplin dan daya tahan dalam mengubah gaya hidup dengan menggunakan laman sosial ini
untuk kegunaan yang baik serta melakukan aktiviti yang lebih berfaedah untuk meningkatkan
kecekapan. Dengan ini, media sosial pada asasnya bertujuan untuk memudahkan komunikasi
sesama manusia di seluruh dunia. Namun, etika yang sepatutnya diamalkan tidak diamalkan
secara jujur oleh pengguna media sosial sehingga mendatangkan celaan terhadap
kepentingan media sosial itu sendiri. hanyut dalam keasyikan kerana masa adalah emas.
Pada pendapat saya, ibu bapa harus menghadiri kursus keibubapaan dan peranannya dari
masa ke masa. Ibu bapa juga mestilah memahami dan mengetahui kelemahan serta
kekuatan anak-anak. Seterusnya, ibu bapa perlu prihatin dan cakna dalam hal yang berkaitan
dengan telefon pintar yang boleh menjejaskan pelajaran anak mereka. Ibu bapa moden
haruslah ingat bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Jangan sekali-kali
membiarkan anak-anak remaja menyalahgunakan telefon pintar. Ibu bapa perlu memainkan
peranan mereka supaya anak remaja tidak akan mengabaikan pelajaran dan tugasan yang
diamanahkan dan anak remaja akan membahagikan masa antara pelajaran dengan
kehidupan. Anak remaja juga akan menggunakan telefon pintar dengan bijaksana dan penuh
manfaat. Remaja ialah harapan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara. Remaja kini akan menjadi bakal pemimpin yang bijak memanfaatkan telefon pintar
dalam kehidupan. Peranan yang penting mesti dimainkan oleh ibu bapa agar anak-anak tidak
menyalahgunakan telefon pintar hingga mengabaikan tugasan dan prestasi mereka.(
STEFANIE)
Pada pendapat saya, kita perlulah mengawal pengunaan gajet dan ledakan teknologi yang
maju seharusnya selaras dengan segi undang-undang supaya etika dan Tata susila
terhadap penggunaannya dapat dikawal dan tidak mendatangkan mudarat kepada semua
sesungguhnya. Sebagai pengguna kita perlu bijak menggunakan gajet atau alat yang dicipta
dalam dunia serba canggih ini dengan cara yang betul untuk mendapatkan kebaikannya .
Golongan remaja merupakan nusa bangsa yang bakal pemimpin masa hadapan negara ke
arah yang lebih baikperanti elektronik merupakan salah satu gaya hidup baharu yang perlu
diterima oleh ibu bapa. Mereka hendaklah memastikan anak-anak tidak menyalagunakan
kebebasan yang diberikan oleh ibu bapa. Mereka hendaklah bijak menyelesaikan masalah
ini. . Setiap pihak perlu berganding bahu sebagai aur dengan tebing demi mencari
mekanisme terbaik dalam menyelesaikan masalah ini. (kugaasini A/P Murugan)
Pada pandangan saya, walaupun banyak kajian lepas menunjukkan bahawa
penggunaan gajet dalam di kalangan kanak-kanak boleh memberi kesan buruk, tetapi
ramai ibu bapa bersetuju bahawa penggunaan gajet tidak dapat dielakkan kerana sesi
pengajaran dan pembelajaran mesti dijalankan secara dalam talian, terutamanya
semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa berikutan Pandemik
Covid-19. Oleh itu, ibu bapa perlu perlu memastikan penggunaan gajet di kalangan
kanak-kanak perlu dikawal dengan baik. Ini bagi mengelakkan kesan negatif terhadap
kesihatan, psikologi, kerohanian dan tingkah laku masa depan kanak-kanak datang.
(Ernest)
Pada pandangan saya, gajet adalah satu anugerah yang sangat berharga kepada kita,
kita mestilah bangga dengan kemajuannya dan menggunakan anugerah ini dengan
sebaiknya. Jadi kita boleh membuat kesimpulan tentang penggunaan gajet dalam
kehidupan seharian adalah penting jika kita menggunakan ia dengan betul malah ia
boleh memberikan lebih banyak kebaikan untuk manusia pada masa hadapan, namun
jika digunakan dengan sebaliknya ia menyebabkan kita menjadi manusia yang mundur.
Selain itu, Kanak-kanak haruslah dididik mengenai tanggungjawab mereka terhadap
penggunaan gajet. Disiplin diri sangat penting dan perlu disemai pada kanak-kanak
seawal mungkin. Ibu bapa perlu menetapkan peraturan dan sentiasa memantau
penggunaannya bagi memastikan peraturan dipatuhi. Jangan jadikan anak mereka
sebagai mangsa kepada perkembangan teknologi terkini.(GAJAN)
1https://mypositiveparenting.org/ms/2015/04/19/pengasuhan-dan-gajet-kebaikan-dan-
keburukan/
2. https://cikgufarha.com/penggunaan-gajet/
3. https://wiser.my/gajet-sebenarnya-mampu-memberi-kesan-positif-kepada-pengguna
4.https://eseistpm.blogspot.com/2016/08/penggunaan-gajet-faedah-dan-keburukan_20.html?m=1
5.https://www.researchgate.net/profile/Siti-
Marziah/publication/325313081_The_Effect_of_Gadget_Usage_Towards_The_Development_of
_Cognitive_And_Social_Among_Preschooler/links/5b051c16a6fdccf9e4f8b9d1/The-Effect-of-
Gadget-Usage-Towards-The-Development-of-Cognitive-And-Social-Among-Preschooler.pdf
6. https://www.ipendidikan.my/ketagihan-media-sosial.html